Download - 2 Koordinasi Badan
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
37
MODUL 2: KOORDINASI BADAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN 2.1 Memahami koordinasi badan 2.2 Memahami sistem saraf manusia 2.3 Menganalisis koordinasi saraf 2.4 Memahami peranan reseptor regang dalam mengekalkan keseimbangan
koordinasi badan . 2.5 Memahami otak manusia dan kerencamannya
2.1 KOORDINASI BADAN
1. Koordinasi badan ialah penyelarasan gerak balas badan kita terhadap sebarang rangsangan di sekeliling kita (perubahan suhu) dan dalam badan kita.(pencernaan makanan)
2. Terdapat dua jenis koordinasi badan:-
koordinasi saraf
koordinasi hormon
dibahagi kepada menyelaraskan aktiviti menyelaraskan aktiviti badan seperti badan seperti
Rajah 2.1 : Carta ringkasan koordinasi badan
Koordinasi Badan
Koordinasi Saraf Dikawal dan diselaraskan oleh sistem saraf
Koordinasi Hormon Dikawal dan diselaraskan oleh sistem endokrin
Berjalan, melihat, menulis, bercakap, mendengar dan membaca
Pertumbuhan badan, pembiakan, pengawalan kepekatan darah dan pencernaan makanan
Kepentingan koordinasi badan
Membolehkan semua organ badan berfungsi sebagai satu unit untuk mengesan rangsangan dan bergerak balas terhadapnya.
Mengawal koordinasi antara rangsangan dengan gerak balas
Mengelakkan kita daripada kecederaan atau bahaya
Membolehkan kita menyesuaikan diri terhadap perubahan di sekeliling kita
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
38
2.2 SISTEM SARAF MANUSIA
1. Sistem saraf manusia terbahagi kepada:-
sistem saraf pusat
sistem saraf periferi
2. Utusan yang dibawa oleh sistem saraf ialah isyarat elektrik yang disebut impuls.
dibahagi kepada dibahagi kepada dibahagi kepada dibahagi kepada
Rajah 2.2 : Carta pengelasan sistem saraf manusia secara ringkas
(a) Sistem saraf pusat
Merupakan pusat kawalan badan
Terdiri daripada (i) OTAK-: mengawal aktiviti badan seperit berjalan & melihat (ii) SARAF TUNJANG-: mengawal tindakan refleks.
(b) Sistem saraf periferi
Saraf soma
Saraf autonomi
Sistem Saraf Manusia
Sistem Saraf Periferi Sistem Saraf Pusat
Otak Saraf tunjang Sistem saraf soma
(mengawal tindakan terkawal
Sistem saraf autonomi
(mengawal tindakan luar
terkawal
Saraf kranium
Saraf spina
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
39
Sistem
saraf
pusat
Otak
Saraf
tunjangSaraf
spina
Saraf
kranium
Saraf
periferi
Rajah 2.3 : Sistem saraf manusia LATIHAN 2.1 1. Labelkan P dan Q.
Rajah 1
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
40
3. Lengkapkan Jadual 1 di bawah ini untuk menunjukkan jenis saraf dalam sistem
saraf periferi yang mengawal tindakan yang berikut.
TINDAKAN JENIS SARAF
(a) berlari
(b) menghidu
(c) melompat
(d) menggerakkan lidah
(e) denyutan nadi
(f) pernafasan
Jadual 1
2.3 KOORDINASI SARAF
1. Sistem saraf terdiri daripada sel saraf atau neuron.
(a). Neuron
Unit asas sistem saraf
Maklumat yang bergerak sepanjang neuron adalah dalam bentuk impuls / isyarat elektrik
Rajah 2.4 : Struktur neuron
Bahagian Neuron Fungsi
Badan sel Mengawal semua aktiviti neuron
Dendrit Menerima impuls dari neuron-neuron lain dan menghantarnya ke badan sel
Dendron Dendrit yang membawa impuls ke arah badan sel
Akson Dendrit yang membawa impuls keluar dari badan sel
Salut mielin Penebat pada akson yang mengelakkan kebocoran impuls
Mempercepatkan halaju penghantaran impuls
Jadual 2.1 : Bahagian neuron dan fungsinya
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
41
(b) Jenis Neuron Terdapat tiga jenis neuron :- 1. neuron deria
2. neuron perantaraan 3. neuron motor
Ciri-ciri Neuron deria Neuron perantaraan Neuron motor
Struktur
Kedudukan badan sel
Di tengah neuron Di tengah neuron Di hujung neuron
Panjang akson
Pendek Berubah-ubah Panjang
Arah pergerakan impuls
Dari organ deria atau reseptor ke sistem saraf pusat
Dari neuron deria ke neuron motor dalam sistem saraf pusat
Dari neuron perantaraan keluar dari sistem saraf pusat ke otot atau efektor
Fungsi Membawa impuls dari organ deria atau reseptor ke sistem saraf pusat
Menghantar impuls dari neuron deria ke neuron motor
Menghantar impuls dari sistem saraf pusat (otak atau saraf tunjang) ke efektor (otot atau kelenjar)
Jadual 2.2 : Perbandingan antara neuron deria, neuron perantaraan dan neuron motor (c) Reseptor
Sel di dalam organ deria yang mengesan rangsangan akibat perubahan persekitaran
(d) Efektor Organ yang bergerak balas terhadap rangsangan seperti otot dan kelenjar.
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
42
2. Semua reseptor dan efektor disambungkan kepada sistem saraf oleh neuron.
.
Rajah 2.5 : Hubungan antara reseptor, neuron dan efektor dengan sistem saraf
pusat
4. Tindakan Refleks
(a) Tindakan refleks ialah gerak balas badan secara automatik dan pantas terhadap rangsangan luar tanpa pemikiran dan penglibatan serebrum. (b) Ia dikawal oleh saraf tunjang, (c) Tindakan ini bertujuan melindungi kita daripada keadaan yang berbahaya atau kecederaan. (d) Laluan tindakan refleks disebut arka refleks. (e) Contoh tindakan refleks:
RANGSANGAN TINDAKAN REFLEKS
Cahaya terang Anak mata mengecil
Serangga terkena kelopak mata Mata mengerdip
Badan terasa panas Berpeluh
Tersentuh cerek panas Menarik tangan serta merta
Jadual 2.3 : Tindakan refleks
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
43
Rajah 2.6 : Keratan rentas saraf tunjang dan arka reflex
Rajah2.7 : Carta aliran tindakan refleks yang berlaku melalui saraf tunjang
Rajah 2.8 : Contoh tindakan refleks apabila tangan kita terkena jarum
(a) Jika tangan tercucuk oleh jarum, reseptor atau sel-sel deria di kulit terangsang. Impuls saraf tercetus. (b) Impuls itu bergerak di sepanjang neuron deria ke saraf tunjang. (c) Impuls itu bergerak melalui sinaps ke neuron. (d) Impuls itu bergerak di sepanjang neuron perantaraan. (e) Impuls itu melintasi sinaps ke neuron motor. (f) Impuls itu bergerak di sepnajang neuron motor ke otot. (g) Otot mengecut dan tangan tersentak daripada jarum itu
Reseptor
Impuls
Saraf Tunjang
Impuls
Tindakan Refleks
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
44
Rajah 2.9 : Carta aliran arka refleks suatu tindakan reflex
LATIHAN 2.3 1. Rajah 1 di bawah menunjukkan satu neuron.
Rajah 1
(a) Labelkan X
______________________________________________________
(b)
Nyatakan fungsi Y
______________________________________________________
(c) Namakan neuron yang ditunjukkan di atas.
______________________________________________________
(d) Nyatakan fungsi neuron dalam Rajah 1 di atas.
______________________________________________________
(e) Tunjukkan laluan impuls pada Rajah 1 di atas.
X
Y
X
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
45
2. Rajah 2 menunjukkan laluan impuls apabila seorang murid tersentuh objek panas.
Rajah 1
(a) Labelkan X dan Y
(b) Apakah fungsi Y?
___________________________________________________________________
(c) Bahagian yang mana mengawal tindakan refleks?
___________________________________________________________________
(d) Beri satu contoh lain tindakan refleks.
___________________________________________________________________
(e) Apakah kepentingan tindakan refleks?
___________________________________________________________________
Seterika panas
Otot
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
46
2.4 RESEPTOR REGANG
(a) Deria kinestesis merupakan deria yang membolehkan kita sedar akan pergerakkan dan kedudukan badan. (b) Ia membantu dalam mengekalkan keseimbangan dan koordinasi badan. (c) Reseptor deria kinestesis terdapat dalam otot, sendi, ligamen dan
tendon. (d) Reseptor regang bertindak sebagai organ deria. (e) Contoh aktiviti yang dibantu oleh deria kinestesis:
Bermain piano
Mengikat tali kasut tanpa melihat
Menyikat rambut tanpa melihat cermin
Rajah 2.10 : Reseptor regang yang bertindak sebagai deria kinestesis
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
47
LATIHAN 2.4
Rajah 1.1
1. Rajah 1.1 di atas menunjukkan reseptor regang pada otot manusia.
a) Namakan struktur P dalam petak yang disediakan di rajah 1.1 di atas
b) Nyatakan satu bahagian pada badan manusia, selain daripada di otot , dimana
reseptor regang boleh didapati ______________________________________________________________
c) Nyatakan dua fungsi reseptor regang.
1_____________________________________________________________ 2_____________________________________________________________
d). Tandakan (√) bagi aktiviti yang melibatkan reseptor regang
Rajah 1.2
P:
Reseptor regang
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
48
2.5 OTAK MANUSIA DAN KERENCAMANNYA
Rajah 2.11: Ringkasan bahagian otak dan fungsinya (termasuk saraf tunjang)
Rajah 2.12 : Serebrum dan fungsi pada bahagian tertentu di otak
A : mengakibatkan lumpuh
B : menjejaskan semua tindakan luar kawal
dan boleh mengakibatkan kematian
C : mengakibatkan bisu
D : mengakibatkan kegagalan mengesan bau
dan rasa
E : mengakibatkan buta
F : mengakibatkan pekak
G : mengakibatkan kehilangan imbangan
badan
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
49
Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal
1. Tindakan terkawal ialah jenis tindakan yang kita sedari dan dilakukan mengikut kehendak sendiri.
2. Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku secara automatik tanpa disedari.
Impuls Impuls Impuls Impuls
Rajah 2.13 : Carta alir satu tindakan terkawal apabila melihat seekor anjing
Tindakan terkawal
Perbezaan
Tindakan luar kawal
Tindakan yang kita sedari Jenis gerak balas Automatik
Bermula di otak Rangsangan tindakan Tiada rangsangan
Serebrum Bahagian otak yang
mengawal tindakan
Medula oblongata
Dari otak ke otot melalui
saraf tunjang
Penghantaran impuls Dari medula oblongata ke
orga-organ dalaman
Otot-otot rangka seperti
otot biseps
Bahagian yang bergerak
balas
Organ-organ dalaman
seperti jantung
Sistem saraf soma Jenis saraf yang terlibat Sistem saraf autonomi
Menulis, bercakap,
berjalan, mendengar,
menari
Contoh tindakan Denyutan jantung,
peristalsis, pernafasan,
bersin, menguap
Jadual 2.4: Perbandingan antara tindakan terkawal dengan tindakan luar kawal
Ransangan Mata (reseptor
menghasilkan impuls)
Otak Keputusan dibuat
(anjing itu garang)
Impuls bergerak melalui
neuron deria ke otak
Impuls bergerak
melalui neuron motor
ke otat
Gerak balas otot (kaki
bergerak meninggalkan)
tempat itu)
Ransangan Mata (reseptor menghasilkan impuls)
Otak Keputusan dibuat (anjing itu garang)
Impuls bergerak melalui neuron deria ke otak
Impuls bergerak melalui neuron motor ke otat
Gerak balas otot (kaki bergerak meninggalkan)
tempat itu)
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
50
LATIHAN 2.5
1. Kelaskan tindakan atau aktiviti yang diberikan mengikut bahagian otak yang bertanggung jawab untuk melakukannya.
2. Kelaskan aktiviti yang berikut kepada tindakan terkawal dan tindakan luar kawal.
Menari Berkongsi Memegang Bersin Menelan Merasa Bertatih Melihat Batuk Berjalan Mendengar Denyutan nadi Menghidu Bernafas
Jenis Tindakan
Serebrum Serebelum Medula oblongata
(a) (c) (b)
Memikir Mengingat Denyutan jantung Berjalan Menendang Peristalsis Melihat Merembeskan air liur Pencernaan Pembesaran anak mata
Jenis Tindakan
Tindakan terkawal Tindakan luar kawal
(b) (a)
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
51
MODUL 2: KOORDINASI BADAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN 2.6 Memahami koordinasi hormon dalam badan 2.7 Menganalisis koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin 2.8 Menilai kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan 2.9 Menganalisis kesan pengambilan alkohol yang berlebihan terhadap koordinasi
badan dan kesihatan 2.10 Menyedari kepentingan minda yang cerdas dan sihat 2.6 KOORDINASI HORMON DALAM BADAN
Hormon
1. Hormon adalah bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.
2. Hormon dihasilkan dalam kuantiti yang kecil dan diangkut oleh sistem peredaran darah ke seluruh badan.
Kelenjar Endokrin dan Fungsinya 1. Sistem endokrin terdiri daripada kelenjar endokrin iaitu kelenjar tanpa
duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah.
Rajah 2.13 : Ringkasan kelenjar endokrin dan fungsinya
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
52
KESAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
HORMON
KESAN KEKURANGAN
KESAN BERLEBIHAN
Hormon
pertumbuhan
(kelenjar pituitari)
Pertumbuhan terbantut
Ciri-ciri kekerdilan
Pertumbuhan melampau
Ciri-ciri kegergasian
Tiroksina
(kelenjar tiroid)
Kadar metabolisme rendah
Pertumbuhan fizikal terbantut
Perkembangan otak kanak-kanak
terencat
Menyebabkan goiter
Kadar metabolisme tinggi
Emosi tidak stabil
Cepat marah
Mata menonjol keluar
Adrenalina
(adrenal)
Kemampuan untuk mengatasi
tekanan hidup berkurang.
Otot menjadi lemah.
Aras glukosa dan garam
dalam darah tinggi.
Tekanan darah tinggi.
Insulin & glukagon
(pankreas)
Penyakit kencing manis
(diabetes)
Kekurangan gluosa dalam
darah.
Estrogen dan
progesterone
(ovari)
Kemandulan
Kitar haid terganggu
Keguguran fetus sebelum cukup
bulan
Perkembangan ciri-ciri seks
sekunder terbantut
Terlalu bersifat
keperempuanan
Testosterone
(testis)
Sperma kurang matang
Perkembangan ciri-ciri seks
sekunder terbantut.
Terlalu bersifat kelelakian.
Jadual 2.5 : Kesan ketidakseimbangaan hormon
PERBANDINGAN KOORDINASI SARAF DAN KOORDINASI KIMIA
KOORDINASI SARAF KOORDINASI KIMIA
Dikawal oleh sistem saraf Dikawal oleh sistem endokrin
Maklumat dihantar dalam bentuk IMPULS Maklumat dihantar dalam bentuk HORMON
Gerak balasnya boleh dipercepat atau diperlambatkan
Gerak balas adalah lambat
Pusat kawalan adalah otak dan saraf tunjang
Pusat kawalan adalah kelenjar-kelenjar
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
53
LATIHAN 2.6 Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
1. Pituitari - terletak dalam otak, mengawal kelenjar lain serta berfungsi dalam _________________________
2. Tiroid - terletak di tepi leher,mengawal _____________ dan perkembangan otak.
3. Adrenal - terletak di atas ginjal, menolong seseorang menghadapi ____________
4. Pankreas - terletak di pankreas, mengawal aras _______________dalam darah.
5. Ovari (perempuan) - terletak dalam ovari, mengawal perkembangan seks dan ________________________.
6. Testis (lelaki) - terletak dalam testis, mengawal perkembangan seks dan _______________________.
7. Rajah 1.1 menunjukkan kedudukan tiga endokrin dalam badan manusia.
Rajah 1.1
(a) Nyatakan satu kesan jika kelenjar P merembeskan hormon berlebihan.
(b) (i) Namakan kelenjar Q. (ii) Nyatakan hubungan antara hormon yang dirembes oleh Q dengan
diabetes.
(c) (i) Namakan kelenjar yang berlabel R. _________________ _____ (ii) Nyatakan satu fungsi hormon yang dirembes oleh R
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
54
(d) Rajah 1.2 menunjukkan seorang lelaki yang mengalami ketidakseimbangan hormon.
. Rajah 1.2
(i) Kenapa lelaki di atas mengidap penyakit tersebut?
(ii) Namakan kelenjar endokrin yang terlibat dalam (d)(i)
2.7 KOORDINASI ANTARA SISTEM SARAF DENGAN SISTEM ENDOKRIN
1. Kedua-dua sitem saraf dan endokrin menyelaraskan gerak balas terhadap
sesuatu rangsangan
2. Sebagai contoh, dalam keadaan cemas dalam keadaan ketakutan semasa
kebakaran. Hormon dirembeskan oleh kelenjar adrenal untuk menukar
glikogen kepada glukosa untuk kegunaan otot-otot badan supaya dapat
bergerak balas dengan lebih cepat.
3. Walau bagaimanapun kawalan hormon berbeza dari kawalan saraf dalam
beberapa aspek.
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
55
Jadual 2.6 : Membandingkan sistem saraf dengan sistem endokrin
LATIHAN 2.7 Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
1. Impuls yang dihantar dalam sistem endokrin adalah dalam bentuk bahan kimia yang disebut
2. Koordinasi adalah jauh lebih cepat dari koordinasi
3. Kedua-dua sistem endokrin dan sistem saraf berfungsi untuk
dan aktiviti-aktiviti badan. 4. Koordinasi biasanya berlaku secara berterusan untuk
suatu tempoh yang lama.
Mengawal dan menyelaras fungsi
serta aktiviti-aktiviti badan.
Bergerak balas terhadap rangsangan
Mempunyai organ sasaran.
Perbezaan
Koordinasi
Cara penghantaran impuls
Kelajuan penghantaran impuls
Tempoh kesan
Kawasan tindakan
Gerak balas
Contoh koordinasi badan
Terdiri daripada saraf-saraf Melalui saraf secara elektrokimia Sangat cepat Sekejap sahaja Khusus Cepat dan serta-merta Menulis, menari
Terdiri daripada kelenjar-kelenjar tanpa duktus Melalui aliran darah dalam bentuk bahan kimia (hormon) Perlahan Lama Luas Lambat dan berlaku secara berterusan
Pertumbuhan, metabolisme badan
Sistem Saraf Persamaan Sistem Endokrin
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
56
2.8 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP KOORDINASI BADAN DAN KESIHATAN
1. Dadah boleh ditakrif sebagai bahan kimia yang boleh mengubah fungsi dan
fisiologi badan. 2. Penyalahgunaan dadah berlaku jika dadah bukan digunakan untuk tujuan
perubatan. 3. Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan ketagihan dan menjejaskan
kesihatan.
Jenis Dadah
Contoh Ciri-ciri
Stimulan Amfetamin
Nikotina
Meningkatkan kadar
metabolisme.
Menjadikan seseorang lebih aktif
Opiat Morfin
Heroin
Kokain
Melegakan kasakitan dan
kegelisahan
Halusinogen Ganja
LSD
Menyebabkan khayalan
Menyebabkan kegilaan dan
kematian
Jadual 2.7 : Jenis-jenis dadah dan ciri-cirinya
Jenis Dadah Sumber Dadah
Candu Diperolehi daripada bunga pokok popi
Morfin Bahan berwarna perang yang diproses daripada candu
Heroin Serbuk putih atau perang yang diproses daripada morfin
Ganja Daun dan bunga kering daripada tumbuhan Cannabis Sativa
Jadual 2.8 : Dadah dan sumbernya
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
57
Jadual 2.9 : Kesan buruk penyalahgunaan dadah
2.9 KESAN PENYALAHGUNAAN ALKOHOL
1. Minuman beralkohol mengandungi etanol. 2. Contoh minuman beralkohol: wain, bir, whiski dan champangne. 3. Alkohol mengganggu system saraf dengan mengurangkan keupayaannya untuk
berfungsi dan koordinasi secara berkesan 4. Di bawah menunjukkan kesan alkohol terhadap organ dalaman manusia
ORGAN KESAN
OTAK Kerosakan pada otak, koma
Cepat kelihatan tua
JANTUNG Penyakit jantung
Tekanan darah tinggi, strok
HATI Bengkak hati, luka pada hati
PERUT Ulser perut
Jadual 2.10 : Kesan alkohol terhadap organ-organ manusia
Kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap
koordinasi badan
dan kesihatan
Merangsang gerak balas badan
Dadah seperti amfetamin mengaktifkan sel-sel otak dan meningkatkan kadar metabolisma. Pengguna menjadi lebih aktif, tidak dapat tidur dan bersikap agresif
Halusinasi
Dadah seperti ganja menggangu fungsi otak terutamanya dari segi persepsi jarak, ruang dan masa. Dadah ini menyebabkan khayalan,
kegilaan dan kematian.
Melambatkan gerak balas badan
Dadah seperti heroin, morfin dan barbiturat melambatkan gerak balas sistem saraf terhadap rangsangan.
Pengguna berasa mengantuk dan kurang sedar akan persekitarannya.
Jangkitan penyakit
Perkongsian jarum suntikan antara penagih dadah menyebabkan jangkitan penyakit seperti AIDS dan Hepatitis B.
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
58
5. Elak diri dari pengambilan alkohol yang berlebihan dapat
Menikmati kesihatan yang lebih sempurna
Bebas dari ketagihan
Mencegah kemalangan
Dapat menghindari masalah keluarga dan sosial.
2.10 KEPENTINGAN MINDA YANG SIHAT DAN WARAS
1. Minda ialah keupayaan otak untuk berfikir dan menaakul.
2. Minda yang sihat membolehkan seseorang membuat pertimbangan yang logik
sebelum bertindak.
3. Minda seseorang menentukan emosi dan sikapnya.
4. Ciri-ciri minda yang sihat:
Berfikiran positif
Berdikari
Penyayang
Bertanggungjawab
Berfikiran rasional
Mudah mengikut perubahan
5. Minda yang kurang sihat boleh membawqa kesan buruk kepada kesihatan .
6. Faktor yang mempengaruhi minda:
i. Faktor dalaman
ii. Faktor luaran
Rajah 2.14 : Faktor-faktor yang mempengaruhi minda
Faktor-faktor yang mempengaruhi minda
Faktor Luaran Faktor Dalaman
Faktor sosial seperti keluarga dan rakan sebaya.
Keadaan persekitaran seperti keadaan cuaca dan suhu.
Tekanan mental akibat pengalaman yang mendukacitakan seperti kematian seseorang yang dikasihi.
Kecederaan bahagian otak akibat penyakit atau kemalangan.
Penyakit seperti gastrik atau sakit sendi boleh mengganggu kesihatan minda.
Ketidakseimbangan hormon dalam badan seperti kekurangan hormone daripada kelenjar tiroid membantutkan perkembangan mental kanak-kanak.
Penyalahgunaan dadah menyebabkan seseorang berkhayal dan otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Pengambilan alkohol secara berlebihan menyebabkan seseorang berfikir secara tidak logik
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
59
LATIHAN 2.9 1. Jadual 1 bawah menunjukkan kandungan alkohol dalam beberapa jenis minuman .
Minuman Alkohol Kandungan Alkohol
Bir 4-7%
Wain 8-14%
Spirit 30-50%
Jadual 1
(a) Apakah yang terkandung dalam minuman beralkohol?
(b) Apakah kesan pada seseorang yang kandungan alkohol dalam darah
melebihi 0.4%?. Senaraikan dua contoh.
i.
ii.
(c) Beri dua contoh ciri-ciri yang ditunjukkan oleh seseorang yang
mempunyai minda yang waras dan sihat.
i.
ii.
SOALAN OBJEKTIF Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang terbaik. 1. Maklumat di bawah menunjukkan bahagian yang terlibat dalam arka refleks.
A J L N M K
B K M N L J
C K L N M J
D L M N K J
J – Efektor
K - Reseptor
L - Neuron deria
M - Neuron motor
N - Neuron perantaraan
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
60
2. Rajah 1 menunjukkan sejenis neuron.
Rajah 1
Neuron itu membawa impuls dari
A sistem saraf pusat ke efektor
B efektor ke sistem saraf pusat
C sistem saraf pusat ke reseptor
D reseptor ke sistem saraf pusat
3. Rajah 2 menunjukkan sistem saraf manusia.
Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah merupakan saraf kranium?
Rajah 2
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
61
4. Rajah 3 menunjukkan struktur otak manusia
Rajah 3
Apakah bahagian yang berlabel Y
A Serebrum B Serebelum
C Saraf tunjang D Medula oblongata
5. Rajah 4 menunjukkan struktur otak manusia. Antara bahagian yang berlabel. A, B, C,
dan D, yang manakah mengawal tindakan pendengaran?
Rajah 4
6. Antara berikut, yang manakah memberi maksud koordinasi badan?
A Penyelarasan pertumbuhan badan B Penyelarasan badan yang dikawal oleh otak sahaja C Penyelarasan badan yang dikawal oleh sistem endokrin D Penyelarasan gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan tiga saat
7. Seorang remaja perempuan tidak lagi mengalami kedatangan haid. Antara yang
berikut, yang manakah gagal berfungsi dengan baik?
A Pituitari B Adrenal C Ovari D Tiroid
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
62
8. Glukosa dapat dikesan dalam air kencing seorang dewasa. Antara kelenjar endokrin
berikut yang manakah tidak berfungsi dengan normal?
A Ovari B Kelenjar Adrenal C Kelenjar pituitari D Pankreas
9. Kekurangan bahan yang manakah dalam badan akan menyebabkan kencing manis?
A Iodin B Insulin C Kalsium
D Natrium 10. Rajah 5 menunjukkan lintasan impuls dalam koordinasi saraf bagi seseorang yang
sedang berjalan.
Rajah 5
Antara yang berikut, yang manakah mewakili X dan Y?
X Y A Efektor Kelenjar B Reseptor Efektor C Efektor Reseptor D Reseptor Saraf tunjang
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
63
11. Rajah 6 menunjukkan kesan kekurangan sejenis mineral dalam badan manusia.
Rajah 6
Mineral Kelenjar endokrin
A Kalsium Tiroid
B Iodin Pankreas
C Iodin Tiroid
D Natrium Adrenal
12. Rajah 7 menunjukkan laluan impuls dalam arka refleks.
Apakah P, Q dan R?
P Q R
A Neuron deria Neuron perantaraan Neuron motor
B Neuron perantaraan Neuron motor Neuron deria
C Neuron motor Neuron deria Neuron perantaraan
D Neuron deria Neuron motor Neuron perantaraan
13. Laluan manakah yang betul dalam koordinasi badan?
A Rangsangan reseptor sistem saraf pusat efektor gerak balas
B Reseptor rangsangan sistem saraf pusat gerak balas efektor
C Reseptor Rangsangan gerak balas sistem saraf pusat efektor
D Rangsangan sistem saraf pusat reseptor efektor gerak balas
Rajah 7
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
64
14. Rajah 8 menunjukkan sebahagian daripada sistem saraf pusat manusia. Antara
bahagian A, B, C dan D yang manakah mengawal denyutan jantung?
15. Rajah 9 menunjukkan kelenjar endokrin bagi seorang remaja perempuan. Dia
mengalami kitar haid yang tidak teratur.
Antara organ A, B, C dan D, yang manakah tidak berfungsi dengan baik?
Rajah 8
Rajah 9
Modul 2 Sains Tingkatan Empat GCBP
65
Lengkapkan silang kata berikut:
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Melintang
1 Organ deria yang mengesan sesuatu rangsangan.
3
Penyelarasan organ-organ dan sistem-sistem dalam badan supaya organ dan sistem tersebut dapat bekerjasama pada masa dan kadar yang sesuai untuk melakukan sesuatu gerak balas atau tindakan
6 Sistem saraf manusia terbahagi kepada sistem saraf pusat dan sistem saraf ......
8 Neuron yang meyampaikan impuls dari neuron deria ke neuron motor.
10 Organ yang bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan.
11 Sistem ..... dan sistem endokrin berinteraksi dalam penyelarasan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan.
12 Merupakan unit asas sistem saraf.
Menegak:
2 Sistem saraf pusat terdiri daripada ..... dan saraf tunjang.
3
Deria yang berfungsi untuk mengimbangkan gerakan badan dan menyedarkan kita tentang kedudukan kita tanpa melihatnya.
4 Koordinasi badan manusia terdiri daripada koordinasi saraf dan koordinasi ......
5 Neuron yang membawa impuls dari reseptor di organ deria ke sistem saraf pusat.
7 Neuron yang membawa impuls saraf dari sistem saraf pusat ke efektor, iaitu otot atau kelenjar endokrin.
9 Tindakan yang merupakan gerak balas yang berlaku secara automatik tanpa berfikir terhadap sesuatu rangsangan luar.