Transcript
Page 1: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

1(II) MODEL-MODEL

PERKEMBANGAN

Page 2: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Model-model Psikologi Perkembangan

Model Perkembangan – satu kumpulan teori yang menggunakan pendekatan yang sama untuk menerangkan perkembangan manusia.

Page 3: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Model Model MekanistikMekanistik

Model Model PerkembanganPerkembangan

Model Model PsikoanalisisPsikoanalisis

Model Model HumanistikHumanistik

Model Model OrganismikOrganismik

Page 4: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

1. Model Mekanistik

manusia disamakan dengan mesin

John Locke: minda bayi adalah dalam keadaan yang kosong dan pasif, dia hanya menerima ransangan daripada persekitaran dan tidak boleh buat pilihan.

Manusia digerakkan oleh persekitaran

Page 5: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Kandungan perlakuan manusia boleh dipecahkan dan dikaji secara sistematik, oleh itu perubahan tingkah laku berbentuk kuantitatif, boleh dilihat, diukur dan diramal.

Teori Behaviorisme

Page 6: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Teori Pelaziman Klasik (Pavlov I.)

Teori Pelaziman Operan (Skinner J.F.)

Teori Teori Pembelajaran Sosial

Page 7: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Teori Pembelajaran Sosial / Teori Kognitif Sosial

Teori ini berkembang dari teori behaviorisme (teori tingkah laku) kerana teori ini dibina daripada prinsip-prinsip operan yang kemudian diperluaskan dengan memasukkan proses-proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan.

Page 8: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Ahli teori pembelajaran sosial berpendapat bahawa teori behaviorisme walaupun tepat tetapi tidak lengkap kerana hanya berfokus kepada sebahagian tingkah laku dan perkembangan, dan tidak mengambil kira aspek-aspek lain yang juga penting terutamanya aspek seperti pengaruh sosial ke atas pembelajaran.

Teori ini menekankan bahawa banyak tingkah laku dipelajari hanya melalui pemerhatian dan peniruan memainkan peranan yang utama dalam kebanyakan pembelajaran dalam perkembangan manusia.

Page 9: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Model Organismik

Manusia dilihat sebagai organisme yang aktif dan berdaya usaha (initiative) serta membina pemahaman tentang dunia dan proses perkembangan dalam struktur kognitif.

Oleh kerana aktiviti manusia bukan hasil daripada tindak balas kepada peristiwa luaran, maka tingkah laku seseorang adalah sukar untuk diramal.

Page 10: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Pengetahuan duniawi tidak dapat diketahui secara objektif tetapi dibina secara aktif oleh kanak-kanak.

Tingkah laku kanak-kanak tidak dapat difahami secara terpisah daripada tujuan, atau dengan memecahkannya kepada bahagian-bahagian, atau dikaji secara terpisah daripada konteks.

Perubahan adalah berbentuk kualitatif.

Page 11: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Penumpuan adalah kepada proses dan bukan hasil

Teori ini melihat bagaimana manusia (bayi) berkembang melalui interaksi antara kematangan genetik dan pengalaman.

Page 12: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Teori Perkembangan Kognitif – Piaget

Fungsi tingkah laku merupakan adaptasi untuk mengekalkan keseimbangan (equilibrium) antara individu dengan persekitaran yang melibatkan 3 perkara: skema, proses asimilasi dan akomodasi.

Terdapat 4 peringkat perkembangan kognitif

(P. Deria, Praolahan, Olahan Konkrit, dan Olahan Formal).

Page 13: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Teori Perkembangan Kognitif Piaget

Jean Piaget yang dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzerland, adalah ahli psikologi yang agung dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat latihan awal dalam bidang biologi dan mendapat Ijazah

Doktor  Falsafah dalam bidang biologi pada umur 22 tahun. Tetapi beliau lebih menumpukan  perhatiannya terhadap kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Sebelum meninggal dunia pada tahun 1980, beliau adalah Pengarah Pusat Antarabangsa Epistimologi Genetik di Geneva.

Page 14: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

IDEA ASAS YANG MENDASARI TEORI KOGNITIF PIAGET

• Latar belakang biologi

1. Apakah ciri-ciri organisma yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran?

Kanak-kanak:

- mesin deria- semulajadi mempunyai ciri mendapatkan seberapa banyak maklumat

- motivasi intrinsik – minat kepada yang bermaklumat

2. Bagaimanakah cara yang paling tepat, mudah dan berguna dalam mengklasifikasi organisma?

- Berdasarkan ciri-ciri fungsi mental yang umum pada peringkat-peringkat tertentu yang digambarkan oleh tingkah laku.

Page 15: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

KONSEP-KONSEP DALAM TEORI KOGNITIF PIAGET

Konsep kecerdasan: “Kemampuan manusia mengADAPTASI dirinya dengan persekitaran dengan mewujudkan keseimbangan (EQUILIBRIUM) di dalam struktur mindanya melalui EVOLUSI secara beransur-ansur dengan menumpukan kepada aktiviti mental manusia.

•Konsep SKEMA dan SKEMATA

•ADAPTASI – konsep ASIMILASI dan AKOMODASI

Page 16: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

TTeori Peringkat –Organismik (Stage

Theory) Jean Piaget- Membina teori perkembangan peringkat untuk

perkembangan kognitif dan affective individu dari lahir sehingga umur 14 thn.

- Kemajuan peringkat perkembangan ini tidak berubah

- Apabila peringkat perkembangan dicapai, ia tidak akan berbalik.

Page 17: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

- Dalam teori Piaget ini, perkembangan kognitif dan afektif berakhir semasa remaja.

- Teori ini menekankan kewujudan dan penguasaan skemata (skema bagaimana individu mempersepsi persekitaran) mengikut peringkat perkembangan, iaitu masa apabila kanak-kanak menguasai cara baru dalam perwakilan maklumat secara mental.

Page 18: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

- Teori ini dianggap konstruktivis kerana kita perlu membina (konstruk) kebolihan kognitif melalui ‘self motivated action’

- Piaget membahagikan skema yang digunakan oleh kanak-kanak untuk memahami sekitarnya melalui 4 peringkat utama yang mempunyai korelasi dengan umur dan meningkat dari segi sofistikasinya.

Page 19: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

Jean Piaget telah banyak membuat kajian dan eksperimen dalam bidang psikologi pembelajaran kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat dan telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat peringkat.

Page 20: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

PERINGKAT DERIA MOTOR(0-2 TAHUN)

Kanak-kanak mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya. Mereka mengetahui benda-benda wujud dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal, tetapi tidak berfikir langsung kenapa benda itu wujud. Misalnya, kanak-kanak tahu ibu akan mendampinginya jika dia menangis. Dia juga mengetahui adanya perhubungan antara benda-benda. Misalnya, jika dia berasa lapar, dia menangis; jika hendak menaiki meja, dia akan menggunakan kerusi.

Page 21: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt
Page 22: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

•PERINGKAT PRA-OPERASI (2-7 tahun)

•Pra konseptual (2-4 tahun)

- objek yang hampir serupa adalah sama

- penaakulan transduktif (spesifik ke spesifik)

- sinkretik – belum dapat menguasai pembentukan kelas dan subkelas

•Intuitif (4-7tahun)

-intuitif (cth animisme)

-berorientasikan persepsi sendiri (egosentrik)

-tidak dapat menguasai konsep pengkelasan, pengekalan dan transformasi

Page 23: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt
Page 24: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt
Page 25: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt
Page 26: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

PERINGKAT OPERASI KONKRIT Peringkat ini bermula dari umur enam tahun hingga dua belas tahun. Kanak-kanak mula dapat mengekalkan konsep padanan 1 dengan 1 antara dua set; mereka dapat juga memahami konsep keterbalikan dan dapat membalikkan proses secara abstrak.

 Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep keabadian.

Page 27: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air yang sama ke dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak menyimpulkan bahawa kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk berubah.

 Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka dapat juga memahami aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.  

Page 28: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

PERINGKAT OPERASI FORMAL

Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun. Kanak-kanak memasuki peringkat pemikiran abstrak. Mereka mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman konkrit, membuat kesimpulan dengan menstrukturkan situasi secara mental, misalnya, membuktikan teori-teori matematik.  

Selain itu, ia dapat menggunakan simbol-simbol matematik dan mengulas idea abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain, memanipulasikan konsep secara mental dan menggunakan logik dalam menyelesaikan masalah.

Page 29: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Teori Perkembangan Moral – Kohlberg

Teori Pemprosesan Maklumat – Gagne

Page 30: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Model Psikoanalisis / Psikodinamik

Melihat manusia berada dalam konflik antara kehendak malurinya dengan sekatan masyarakat.

Tumpuan: perkembangan emosi dan personaliti

Cuba memahami dan menerangan pembentukan perasaan rasional dan tidak rasional dan perlakuan.

Page 31: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Mengkaji perkembangan manusia dengan melihat pengalaman awal seksual dan emosi seseorang yang mungkin mempengaruhi perlakuannya pada masa akan datang.

Teori Psikoseksual Freud – Sigmund Freud

Page 32: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Freud: sejak lahir, manusia didorong oleh dorongan-dorongan yang tidak rasional ke arah keserokan/kenikmatan. Dorongan ini dikenali sebagai ‘libido’ penggerak hidup atau tenaga ‘psychic’ yang menggerakkan tingkah laku manusia.

Teori personaliti menerangkan 3 jenis konflik yang dialami oleh manusia iaitu: Id, Ego, dan Superego.

Page 33: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Teori Psikososial – Erikson

penekanan: superego, bukan id.

Sebagai ahli dalam masyarakat, Erikson percaya bahawa personality manusia adalah kombinasi antara perwarisan dengan persekitaran.

Erikson senaraikan 8 peringkat perkembangan personality dan dalam setiap peringkat ada krisis yang perlu diselesaikan. Sebaik sahaja satu krisis diselesaikan, manusia akan bergerak kepada peringkat yang lain.

Page 34: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Model Humanistik

Manusia merupakan entiti yang baik, berperlakuan dan berfikiran positif, berpotensi dan responsif.

Teori Keperluan Maslow – Abraham Maslow

Hierarki Keperluan: Tatatingkat keperluan manusia yang disusun mengikut hierarki iaitu daripada keperluan yang paling asas hingga ke keperluan yang paling tinggi. Setiap keperluan asas (bawah) harus dipenuhi sebelum keperluan yang di atas wujud, yang juga harus dipenuhi.

Page 35: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Matlamat utama manusia ialah menyempurnakan kendiri.

Personaliti mengikut model ini ialah pembinaan imej kendiri.

Terapi berpusatkan klien: Carl Rogers

Page 36: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Model Model MekanistikMekanistik

Model Model PerkembanganPerkembangan

Model Model PsikoanalisisPsikoanalisis

Model Model HumanistikHumanistik

Model Model OrganismikOrganismik

Page 37: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Model Model MekanistikMekanistik

Model Model PerkembanganPerkembangan

Model Model OrganismikOrganismik

Model Model EkologiEkologi

Page 38: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Model Kontekstual / Ekologi

Penekanan kepada peranan masyarakat, budaya, dan keluarga dalam membentuk hasil perkembangan.

 

Menekankan kepentingan konteks dan persekitaran individu.

Page 39: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Manusia mempunyai kekuatan, kemudahlenturan, ketahanan dan mudah menyesuaikan diri (adaptif) dengan keadaan persekitaran dan faktor-faktor dalaman.

Teori: Bronfenbrenner, Bandura, Vygotsky dan ahli tingkah laku spt Skinner.

Bronfenbrenner: Perkembangan berlaku melalui hubungan antara tingkah laku manusia dengan konteks social; mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem, kronosistem.

Page 40: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

TEORI SISTEM EKOLOGI- Urie Bronfenbrenner

Teori ini melihat perkembangan dalam konteks sistem perhubungan yang menjadi persekitaran seseorang.

Setiap lapisan persekitaran memberi kesan ke atas perkembangan.

Perubahan dalam mana-mana lapisan akan mengakibatkan perubahan dalam lapisan yang lain.

Page 41: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Lapisan persekitaran

Page 42: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Lapisan persekitaran

- Mikrosistem - kronosistem

- Mesosistem -Interaksi dalam

lapisan dan antara- Exosistem lapisan merupakan

inti pati teori ini.- Makrosistem

Page 43: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Mikrosistem- lapisan yang paling hampir dengan kanak-kanak dan mempunyai perhubungan secara langsung.

-Struktur mikrosistem ini ialah keluarga—perhubungan ialah ‘bidirectional influences’. Impak perhubungan ini amat kuat.

-Interaksi pada luar sistem ini juga memberi impak kepada struktur dalaman lapisan ini.

Page 44: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Mesosistem- lapisan ini membina hubungan dengan mikrosisitem. Contoh: perhubungan ibu bapa dengan guru, rumah ibadah dengan jiran serantau dll.

Exosistem- sistem sosial yang lebih luas I mana individu tidak berfungsi secara langsung. Contoh: skedul pekerjaan ibu bapa di pejabat, hospital.

Makrosistem- lapisan paling luar dalam persekitaran individu tetapi mempunyai impak; seperti nilai budaya, adat, peraturan dan undang-undang.

Page 45: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Kronosistem- meliputi faktor masa yang memberi kesan kepada individu. Contoh: masa kematian orang disayangi, masa peruhan fisiologi (kanak-kanak & remaja). Apabila meningkat dewasa mereka memberi reaksi berbeza kepada persekitaran dan mungkin boleh menentukan bagaimana perubahan itu boleh mempengaruhi mereka.

Page 46: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Vygotsky: 3 idea asas iaitu:

 

1.    kepentingan budaya

2.    peranan bahasa

3. konsep Zon Pertumbuhan Proksimal

Page 47: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

(1) Kepentingan Budaya

 Fungsi awal mental bersifat semula jadi dan merupakan kapasiti yang tidak dipelajari boleh bertukar kepada fungsi mental yang tinggi hasil pendedahan kepada budaya.

Ciri terpenting budaya: Bahasa

Page 48: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

(2) Peranan Bahasa

Bahasa membolehkan berlakunya interaksi sosial dan daripada bahasa terhasillah asuhan dan pengajaran

(3) Zon Perkembangan Proksimal

Proksimal: potensi untuk berkembang

Perkembangan berlaku apabila ada peluang dan tuntutan dari persekitaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak

Page 49: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Perkembangan merupakan fungsi interaksi antara budaya & kapasiti asas biologi dengan jadual kematangan

Setiap individu ada zon perkembangan proksimal, iaitu fasa potensi (yang tidak dapat diukur dengan ujian IQ) untuk perkembangan intelek yang akan datang

Zon ini menerangkan apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak sendirian dan apa yang dapat dicapai dengan bantuan & bimbingan orang lain.

Page 50: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Jika tuntutan melebihi zon ini, ia tidak berkesan untuk memupuk perkembangan, dan jika tuntutan itu terlalu rendah, ia menjadi satu pembaziran.

Oleh itu, berilah tugasan yang berada di zon ini dan beri bantuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan.

Page 51: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Teori Erik Erikson (Teori Peringkat perkembangan psiko-sosial)

- Berdasarkan psikologi dalaman, biologi dan antropologi

- Teorinya mengutarakan konsep ‘krisis identiti’- di mana individu melalui 8 siri krisis sepanjang hayatnya

Page 52: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

- Erikson memberi lebih penekanan kepada peranan masyarakat berbanding Piaget.

- Berdasarkan psikologi dalaman (depth psychology), Erikson menyatakan tidak satu krisis pun dapat diselesaikan sepenuhnya dan krisis ini akan muncul semula pada lewat umur.

- Idea krisis identiti ini bolerh dikaitkan dengan ‘pop culture’ remaja.

Page 53: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

- Ada lapan peringkat krisis:

- Peringkat Kanak-kanak

• Trust vs Mistrust (infant)• Autonomy vs Shame and Doubt (toddler)• Initiative vs Guilt (pre - school)• Industry vs Inferiority (primary School)

Page 54: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

-Peringkat Remaja

• Identity vs Role Confusion• Intimacy vs Isolation

-Peringkat Dewasa

• Generativity vs stagnation• Integrity vs Despair

Page 55: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Psikologi Perkembangan Mengikut Perspektif Islam

Tuhan maha Pencipta dan Penentu bagi pola dan proses pertumbuhan dan perkembangan.

Berikut merupakan prinsip perkembangan.

Perkembangan merupakan proses beransur (gradual)

-Pola perkembangan manusia adalah berperingkat dari persenyawaan sehingga mati.

Page 56: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

- Pola ini dicipta, ditentukan dan diperingkatkan oleh Tuhan

- Setiap manusia mesti melalui setiap peringkat ini.- “You shall travel from stage to stage”-(84:19)- Mengikut Al-Quran- perkembangan dikategorikan

kepada 2 fasa: a) pra-natal dan b) pasca natal.- Pra-natal mempunyai masa yang tetap dan mencapai

kemuncak perkembangan apabila dilahirkan.

Page 57: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Pasca natal -tidak dinyatakan perkembangan tetap yang boleh digeneralisasikan kepada semua individu kerana ia berbeza antara individu.

Namun demikian, secara umumnya pentaklifan manusia dalam Islam dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu sebelum baligh (minor) dan selepas baligh.

Page 58: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Kanak-kanak yang belum mencapai baligh (puberty) dianggap minor yang belum boleh dipertanggungjawabkan di atas tindakan mereka (pentaklifan) (Ruj. Hadith).

Fasa minor pula terbahagi kepada pra mumayyiz dan mumayyiz. Pembahagian ini adalah berkait rapat dengan konsep tamyiz.

Konsep tamyiz bermaksud boleh membezakan dan

merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membezakan antara perkara yang baik dan buruk, yang bersih dan kotor.

Page 59: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Perkembangan manusia merupakan proses kumulatif dan simultaneous (pada masa yang sama).

Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa perkembangan manusia adalah kumulatif. Bererti, perkembangan baru yang dicapai oleh individu akan bertambah atas yang telah ada ada yang telah dicapai.

Page 60: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

- Juga perkembangan manusia merupakan proses ‘simultaneous’ dan saling berkait. Contohnya semua aspek perkembangan seperti fizikal, mental. Sosial, emosi dan moral tidak terpisah. Setiap satu meneguh yang lainnya.

- Pada setiap peringkat, semua aspek ini meningkat berkadaran (proportionately) dan mengikut urutan dari segi pertumbuhan kematangan.

Page 61: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Perkembangan melebihi kewujudan biasa di dunia

- Kehidupan manusia melebihi dunia fana- Kehidupan dunia merupakan permulaan kehidupan

yang lebih kekal (hidup selepas mati)- Kehidupan ini ialah sama ada penuh kegembiraan

atau kesengsaran- Takutkan kematian dan kehidupan kemudian hari

mempunyai kaitan dengan tabii psikologi dan perkembangan manusia.

Page 62: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

Perkembangan manusia melalui fasa kritikal dan sensitif

-Fasa ini ialah formatif yang menjadi asas kepada perkembangan kemudian.

- Maka fasa pra natal, bayi, kanak-kanak dan remaja merupan masa sensitif.

- Implikasinya ialah dari segi pemeliharaan dan juga masa transisi (remaja) kanak-kanak ke dewasa. Msa ini ialah masa kegirangan dan penuh godaan.

Page 63: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

- Masa remaja ini juga kritikal kerana bermulanya taklif ( tanggungjawab sendiri). Baligh menentukan sesorang itu bertanggungjawab ke atas segala perbuatannya.

- Jika dia melakukan perbuatan yang tidak baik maka bemulalah dosa.

Page 64: (1.2)Model Model+Perkembangan.ppt

RUMUSAN


Top Related