Download - 1.0-6.0 (1)
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
1/36
1.0 Pengenalan
Kurikulum merupakan salah satu ilmu teras dalam pendidikan pada masa kini.
Tanpa kurikulum sistem pendidikan sukar dilaksanakan di semua tempat atau di
sekolah. Bidang kurikulum berdiri di atas pelbagai cabang ilmu seperti
pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Kejayaan
sistem pendidikan di sesebuah negara amat bergantung kepada reka bentuk
kurikulum tersebut. Reka bentuk kurikulum yang unggul menjadikan negara itu
maju dan membangun. Di kebanyakan negara maju, telah berusaha
membangunkan kurikulum sejajar dengan keperluan dan matlamat
pembangunan negara. Sesuatu kurikulum dapat dinilai keberkesanannya
selepas beberapa tahun kurikulum tersebut diperkenalkan, ia mengambil masa
yang lama untuk membuat penilaian kepada sesuatu kurikulum yang
dilaksanakan. Oleh itu, reka bentuk kurikulum menjadi dasar bagi
pengembangan potensi setiap individu dan pembangunan sumber asli negara
yang dipadankan dengan ilmu yang diperoleh melalui kurikulum.
2.0 Definisi kurikulum
Perkataan kurikulum adalah berasal dari bahasa Yunani yang sering digunakan
dalam bidang olahraga, iaitu currere yang bererti jarak yang harus ditempuh
dalam kegiatan larian dari pemulaan sehingga tamat. Pengertian ini mula di
gunakan dalam bidang pendidikan. Dalam bahasa Arab pula istilah kurikulum
bermaksud Manhaj, iaitu jalan yang terang di lalui manusia dalam kehidupan.
Manusia menggunakan istilah ini untuk menggambarkan bidang yang khusus
kepada seseorang yang mengajar ilmu pengetahuan (Ishak Ramly.2003).
Banyak pandangan yang di berikan oleh ahli-ahli pendidikan dan
kurikulum yang boleh digunakan berhubung dengan definisi kurikulum.
Kurikulum merangkumi perkara yang paling besar seperti (semua pengalaman
yang didapati di dalam dan di luar sekolah) dan yang paling kecil ( perkara yang
1
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
2/36
diajar di sekolah), kurikulum dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu kurikulum
sebagai program yang di rancang dan dilaksanakan di sekolah. Selain itu,
kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di
dalam kelas. Seterusnya kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi
membudayakan, pengalaman individu dan masyarakat secara individu atau
kumpulan.
Menurut Bellack dan Kliebard, 1977 dalam Ishak Ramly 2005, telah
memasukkan unsur-unsur domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam
kurikulum. Daripada tiga yang diklasifikasikan tadi terbentuk pula beberapa
domain khusus seperti ilmu aktual, simbolik, konsep, generalisasi, kemahiran
intelektual, manipulatif, sikap, minat, nilai dan apresiasi. Selain itu, Taba (1962)
berpendapat bahawa kurikulum adalah perancangan pembelajaran dan semua
kurikulum mempunyai elemen yang di tetapkan seperti pernyataan tujuan dan
objektif spesifik, pemilihan organisasi kandungan pelajaran, pola pengajaran dan
pembelajaran serta penilaian hasil pembelajaran.
Menurut Neagley dan Evans, 1967 dalam Ishak Ramly, 2005 kurikulum
adalah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihaksekolah. Pengalaman tersebut bagi membimbing pelajar untuk memperolehi
hasil pembelajaran yang telah ditetapkan terkebih dahulu berdasarkan kepada
kemampuan masing-masing. Ianya di persembahkan dalam keadaan yang
paling baik bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Tanner dan Tanner, 1980 dalam Ishak Ramly, 2005 Menyatakan bahawa
kurikulum adalah proses pembinaan semula pengetahuan dan pengalaman,
dibina secara sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau universiti, bagi
membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka.
2
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
3/36
3.0 Perubahan dalam kurikulum
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, 1994 perubahan bermaksud pertukaran,
peralihan dan hal berubah. Oleh hal yang demikian, perubahan kurikulum
bermakna kurikulum tersebut diubah kepada yang lebih baik ataupun boleh jadi
lebih buruk lagi. Sekiranya, kita tidak dapat menerima hakikat dalam sesebuah
perubahan menunujukkan ianya membawa ke arah lebih buruk.
Istilah ataupun konsep pembaharuan kurikulum adalah lebih khusus dan
memberi gambaran bahawa kurikulum yang sedia ada akan diberi elemen-
elemen yang baru dan diperbaiki dengan keadaan kurikulum yang ada supaya
menjadikan kurikulum tersebut lebih berkesan. Bagi mengamalkan pembaharuan
sebuah kurikulum, yang paling penting mestilah terlebih dahulu terdapat satu
bentuk kurikulum. Sekiranya kurikulum itu tidak ada, maka proses pembaharuan
kurikulum sudah tentulah tidak boleh dilaksanakan.
Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan sesuatu
kurikulum perlu diperbaharui. Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendiri
dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktornya ialah:
a. Kewujudan ilmu-ilmu yang baru atau perkembangan penemuan ilmu-
ilmu baru
Ilmu sentiasa berkembang dan tidak statik. Ilmu boleh dicari dengan
kemudahan teknologi seperti membaca akhbar, majalah atau
mendengar melalui radio atau melihat melalui kaca televisyen.
Contohnya, dalam bidang perubatan kita mendapati ia berkembang
dengan pesat sekali. Sekiranya terdapat penyakit baru yang datang,penyelidik akan cuba mencari penawar untuk sesuatu penyakit itu.
Oleh hal yang demikian, ia penting kepada ahli-ahli pengubal
kurikulum untuk kemaskini supaya penerima kurikulum mendapat ilmu
mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman.
3
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
4/36
Ilmu-ilmu yang baru itu mungkin dalam prinsip atau teori dan
sebagainya.
b. Keperluan individu
c. Keperluan universal
d. Kehendak masyarakat yang berubah.
Kehendak masyarakat sentiasa berubah. Begitu juga dengan sesuatu
benda, tiada yang kekal dan pasti akan berubah. Elemen yang
mempengaruhinya ialah tahap kedewasaan dan tahap kematangan
ahli-ahli masyarakat itu. Maka, setiap kemahuan masyarakat akan
menjadi faktor penting perubahan kurikulum.
e. Perkembangan dasar kerajaan.
Pembaharuan kurikulum juga boleh berlaku disebabkan oleh
perkembangan dasar kerajaan. Setiap arahan daripada kerajaan
memerlukan pihak pembentuk kurikulum meneliti semua kurikulum
yang sedang digunakan dan seterusnya membuat pelbagai tindakan
ke arah memperbaharui kurikulum sedia ada. Sekiranya tiada
perubahan tentulah ia menyimpang dengan kehendak kerajaan. Oleh
itu, perkembangan dasar kerajaan mempengaruhi perubahan
kurikulum.
4
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
5/36
f. Kelemahan yang telah dilakukan ataupun yang terdapat dalam
kurikulum.
Contohnya, mungkin telah didapati bahawa proses pemilihan objektif
ataupun isi bagi kurikulum telah tidak dilaksanakan dengan sempurna
dan oleh hal yang demikian, menyebabkan kurikulum itu tidak dapat
berkesan. Oleh itu, perwujudan aspek pembaharuan dalam sesuatu
kurikulum itu wujud.
Malah, melaksanakan proses pembaharuan kurikulum ada beberapa
langkah yang perlu dilaksanakan atau perlu dilalui. Langkah-langkah itu perlu
dilaksanakan supaya proses pembaharuan akan menjadi lebih berkesan. Antara
langkah-langkah tersebut ialah:
a. Mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan.
Aktiviti ini cuba menyelesaikan persoalan yang berkaitan dengan
mengapakah sesuatu kurikulum itu boleh diubah? Jawapan kepada
persoalan tersebut adalah penting kerana ia merupakan asas kepada
aktiviti seterusnya. Sekiranya, kita tidak tahu atau tidak faham dan
tidak jelas mengapa sesuatu kurikulum itu perlu diubah menyebabkan
proses pembaharuan itu menjadi kacau dan tidak mempunyai rangka
panduan dan tujuan yang sepatutnya. Maka perubahan tidak akan
menjadi seperti yang diinginkan.
b. Mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum
dengan masalah yang telah dikenalpasti.
5
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
6/36
Langkah ini adalah penting untuk mewujudkan bukti yang lebih kuat
dan nyata lagi mengenai kelemahan yang terdapat dalam kurikulum
yang sedia ada itu. Malah, perlu dikenal pasti aspek-aspek kurikulum
yang perlu dibaiki supaya menjadi lebih berkesan.
c. Mewujudkan objektif.
Pemikiran mengenai objektif sepatutnya selari dengan pemikiran yang
diperolehi daripada langkah- langkah sebelumnya. Seterusnya,
langkah haruslah sesuai dengan objektif pembaharuan yang telah
diwujudkan.
d. Mewujudkan rangka bentuk atau model pembaharuan.
Langkah ini penting dilakukan supaya model yang akan diwujudkan
nanti dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keseluruhan
bentuk pendekatan proses pembaharuan itu. Dengan kata lain, unsur-
unsur praktikal dan realiti perlu diberi pertimbangan dalam perwujudan
konseptual model tersebut.
e. Mengenalpasti keperluan dan kemudahan yang dikehendaki.
f. Membuat penilaian mengenai hasilnya.
6
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
7/36
Tujuan langkah ini untuk memberi gambaran awal mengenai hasil
proses pembaharuan supaya dengan demikian, mereka yang
bertanggungjawab memperbaharui kurikulum ini tidak akan berasa
terkejut dan gelisah sekiranya terdapat beberapa kelemahan selepas
dilaksanakan. Sekurang-kurangnya, kita dapat memikirkan cara
mengatasi kelemahan yang ada.
g. Melaksanakan.
Langkah-langkah yang terlibat diperingkat ini bukan sahaja
memperbaharui kurikulum yang berkenaan tetapi melaksanakan kerja-
kerja menguji kurikulum yang telah diperbaharui. Penilaian formatif akan
terus dilakukan dianalisa untuk terus memperbaikinya. Selepas itu
barulah kurikulum ini diperkenalkan sepenuhnya kepada semua sekolah
yang berkenaan. (Razali Arof.1996).
Menurut Azizah Lebai Nordin, 2002 dalam Sharizan Hasan dan
Ahmad Shahabudin, 2006 mengatakan pendidikan prasekolah dalam
bentuk tadika di Malaysia mula dikenali pada tahun 1992. Pada mulanya
pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan
pertengahan atasan. Hanya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) dan Jabatan Kemajuan Masyarat (KEMAS) mula menubuhkan
pusat-pusat tadika, kebanyakannya di luar bandar.
Pada 1970, KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi
Nasioal (JPNIN) memulakan kelas prasekolah awam. Pada 1986, Buku
Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia ( KPM ). Pada tahun 1992 Kementerian Pelajaran Malaysia
7
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
8/36
memulakan prasekolah di seluruh Malaysia. Seterusnya pada tahun 1993
sebuah Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia
dikeluarkan oleh KPM. Selang beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun
2003 pendidikan prasekolah menguna pakai sebuah kurikulum yang baru
iaitu Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( KPK ). Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan ( KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang
holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan mengikut
keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Selanjutnya, pada tahun 2008/2009
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan disemak semula dan pada tahun
2010/2011 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
digunakan.
Dalam perkembangan kurikulum prasekolah, pelbagai perubahan
yang telah dilakukan antaranya ialah:
1. Kurikulum yang releven dengan keperluan semasa dan
cabaran masa depan.
2. Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi,
inovasi, kreativiti dan keusahawanan.
8
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
9/36
3. Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti
penguasaan pelbagai etika, yakin diri, jati diri, daya
kepimpinan, semangat patriotik dan berpegang teguh
kepada ajaran agama.
4. Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat "early start"
dalam pendidikan melalui program prasekolah.
5. Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih
bermakna dan menyeronokkan.
6. Memastikan kesinambungan antara Prasekolah dengan
Tahun 1.
7. Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang
sedia ada.
4.0 Tokoh-tokoh yang terdapat dalam Pendidikan Prasekolah
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik
merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. Sebenarnya, yang termasuk
dalam kriteria input instrumental cukup banyak, tetapi cukup disebut kurikulum
saja. Dengan ini bererti kurikulum bukanlah kumpulan yang harus difahami,
melainkan seluruh aspek yang diatur dalam rangka mencapai tujuan pendidikan
tertentu. Termasuk di dalam hal ini adalah manusia pelaksananya, peralatan,
metode, biaya dan sebagainya. Inilah pengertian kurikulum secara umum.
4.1 Jean- Jacques Rousseau (1712-1718).
Dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak pelbagai tokoh-tokoh yang
terdapat seperti Jean- Jacques Rousseau (1712-1718). Beliau adalah seorang
9
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
10/36
ahli falsafah Perancis dan dikenali kerana bukunya Emile yang membincang
tentang asuhan dan pendidikan anak-anak secara semulajadi. Selain itu,
pandangan beliau dalam pendidikan kanak-kanak disebut sebagai Naturalisme.
Pendidikan Naturalisme ini yang bercorak yang membenarkan perkembangan
individu tanpa ada gangguan dan halangan. Bagi Rousseau, pendidikan secara
semulajadi natural dapat mempertingkatkan kualiti-kualiti seperti kegembiraan,
spontan dan inkuisitif (melahirkan kecenderungan dan perasaan mereka dengan
bebas.
Dalam Falsafah Rousseau ialah manusia pada asal kejadiannya adalah
baik oleh itu pendidikan perlu menggalakkan supaya kebaikan ini boleh
berkembang dan juga pada pandangannya manusia perlu hidup dalam suasana
yang natural tanpa adanya pengaruh yang kurang sihat daripada masyarakat.
Disini keseimbangan sosial dan emosi lebih perlu diberi perhatian berbanding
dengan pengumpulan maklumat dan kemahiran.
Dalam falsafahnya terdapat empat yang diberi penekanan iaitu
kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti. Guru memainkan peranan
menjadi pembimbing yang membenarkan kanak-kanak secara semulajadimengikut peringkat umur yang berbeza. Justeru itu, membentuk kurikulum yang
disusun mengikut peringkat umur yang berbeza dan berdasarkan minat dan
aktiviti kanak-kanak. Oleh kerana pendidikan perlu berasaskan pengalaman
kanak-kanak menggunakan objek sebelum mengenali simbol. Oleh itu, buku teks
tidak penting bagi kanak-kanak sehinggalah mereka mencapai umur 12 tahun.
Rousseau juga berpendapat bahawa pendidikan kanak-kanak perlu
bermula semenjak kelahirannya. Di sini ibu bapa dan guru perlu membuat
pemerhatian perkembangan kanak-kanak dan menyediakan pengalaman-
pengalaman berdasarkan masa-masa yang sesuai dan pendidikan pada
pandangan Rousseau berlaku melalui tiga punca iaitu keadaan semula jadi ,
manusia dan benda.
10
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
11/36
4.2 Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)
Seterusnya, tokoh lain iaitu Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827) dilahirkan di
zurich, Switzerland. Ia sangat terpengaruh dengan idea-idea Rousseau dan
bukunya mile yang berkaitan dengan konsep semula jadi nature. Pada tahun
1774, beliau telah membuka sebuah sekolah di ladangnya untuk kanak-kanak
miskin yang dikenali Neuhof Pestalozzi memperkembangkan ideanya yang
mengintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan
untuk bacaan dan tulisan. Di sekolah ini, beliau mengaplikasikan pendapat
Rousseau yang menjadikan kecenderungan semula jadi kanak-kanak sebagai
asas kepada pengajaran.
Pengaruh Rousseau dengan konsep semula jadi beliau telah mengasuh
anaknya Jean-Jacques dengan menggunakan `Emile` sebagai panduan. Beliau
menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau,
anaknya tidak boleh membaca dan menulis semasa umur 12 tahun. Keadaan ini
berlaku mungkin kerana masalah fizikal (Anaknya dikatakan menghidap penyakit
gila babi atau epileptik dan juga mungkin kerana beliau tidak dapat
menterjemahkan idea-idea Rousseau yang abstrak dan mempraktikkannya. Apayang boleh dipelajari daripada kegagalan Pestalozzi ini ialah pendidik awal
kanak-kanak tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada inisiatif kanak-
kanak dan mengharapkan kanak-kanak sendiri mempelajari apa yang mereka
perlu tahu.
Pelbagai idea-idea mengenai pendidikan oleh Pestalozzi antaranya ialah
Pestalozzi percaya bahawa teknik mengajar secara mengingat dan menghafal
adalah tidak berkesan. Beliau menekankan tentang penggunaan bahan maujud
dan penerokaan kendiri dalam pengajaran kanak-kanak. Salah satu sumbangan
Pestalozzi yang berharga ialah pembentukan kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan keperluan individu. Beliau yakin bahawa kanak-kanak perlu
dilibatkan dalam aktiviti yang bermakna kepada mereka berdasarkan minat dan
11
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
12/36
pengalaman mereka. Beliau juga mencadangkan supaya kanak-kanak diajar
secara berperingkat-peringkat berdasarkan kebolehan mereka dan usaha
mereka sendiri. Pestalozzi percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan
kepada pengalaman deria. Melalui pengalaman-pengalaman deria yang sesuai
kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Berdasarkan
kepercayaan ini beliau membentuk kaedah pengajaran yang berdasarkan objek.
Pestalozzi percaya cara yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan
melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.
Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur iaitu `multiage grouping.
Dengan ini kanak-kanak yang lebih tua boleh membantu kanak-kanak yang lebih
muda. Beliau juga yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar
anaknya.
4.3 Robert Owen (1771-1858)
Selain itu, tokoh seperti Robert Owen (1771-1858). Beliau merupakan seorang
environmentalis. Beliau percaya bahawa masyarakat boleh membentuk peribadi
kanak-kanak. Owen percaya bahawa sahsiah yang baik perlu dipupuk sewaktu
kanak-kanak masih kecil dan tingkah laku kanak-kanak pada asasnyadipengaruhi oleh persekitaran. Owen telah membuka `infant school pada tahun
1816 di New Lanark Scotland, sebuah model bandar kilang yang diurus olehnya
untuk memberi asuhan kepada 100 kanak-kanak yang berumur daripada 18
bulan hingga 10 tahun sementara ibu bapa mereka bekerja di kilang kapas
kepunyaannya. Usahanya ini telah membawa kepada pembukaan sekolah
`infant di London pada tahun 1818.
Antara matlamat pembukaan sekolah kanak-kanak ini adalah bertujuan
untuk memajukan pemikiran kanak-kanak daripada ibu bapa mereka yang tidak
berpelajaran. Beliau juga menyediakan pendidikan kepada pekerja-pekerjanya
untuk menjadikan mereka manusia yang rasional. Sumbangan Owen seperti
pembukaan sekolah kanak-kanak yang pertama telah mendahului kindergarten
12
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
13/36
Froebel. Idea dan amalannya telah mempengaruhi pendidik-pendidik dari segi
kepentingan pendidikan awal dan hubungan di antara pendidikan dan kemajuan
sosial.
4.4 Friedrich Froebel (1782-1852)
Manakala tokoh seperti Friedrich Froebel (1782-1852). Beliau merupakan
Seorang tokoh pendidikan Jerman. Banyak menghabiskan masa hayatnya
membentuk sistem pendidikan awal kanak-kanak. Froebel belajar daripada
Pestalozzi dan bekerja dengannya. Berbanding dengan Pestalozzi yang
memberi tumpuan kepada pengajaran, Frobel membentuk kurikulum dan kaedah
pengajaran awal kanak-kanak. Beliau digelar sebagai father of the
kindergarten. Beliau telah mengasaskan sekolah taman kanak-kanak pada
tahun 1837. Sekolah ini dinamakan kindergarten. `Kinder' bermakna kanak-
kanak, `garten'bermakna taman. Oleh sebab itu taman kanak-kanak perlulah
dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Froebel
adalah seorang yang kuat beragama yang menganggap manusia secara
semulajadi adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi
terhadap Tuhan.
Sumbangan Froebel dalam pendidikan ialah dalam bidang pembelajaran,
kurikulum, metodologi pengajaran dan latihan guru. Konsepnya mengenai kanak-
kanak dan bagaimana mereka belajar adalah berasaskan kepada idea yang
diistilahkan sebagai unfolding (proses pengembangan seperti bunga yang
kembang) yang telah diasaskan oleh Comenius dan Pestalozzi sebelumnya.
Peranan pendidik sama ada ibu bapa atau guru ialah membuat pemerhatian
terhadap natural unfoldingdan menyediakan aktiviti yang membolehkan kanak-
kanak belajar apabila mereka sudah ada kesediaan untuk belajar. Peranan guru
dapat membentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak. Froebel menganggap
kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam, mula bercambah, dan mula
mengeluarkan pucuk dan akhirnya menghasilkan buah. Beliau mengumpamakan
13
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
14/36
guru sebagai tukang kebun. Di dalam kebunnya yang dipenuhi dengan kanak-
kanak, mereka dididik dalam suasana yang tertutup penuh dengan keharmonian
dalam keadaan semula jadi. Pandangan Froebel terhadap Kindergarten perlu
dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak seperti dicat
dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang dapat dimasuki cahaya,
dipenuhi dengan tanam-tanaman, binatang, gambar-gambar, bunyi-bunyian dan
alat permainan yang merupakan bentuk daripada objek mudah, saiz dan warna
yang menarik. Untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak ianya perlu
dilengkapi dengan kerusi dan meja yang sesuai mengikut saiz kanak-kanak dan
tidak perlu dilengkapkan dengan kerusi serta meja orang dewasa sehingga
menghalang perjalanan aktiviti.
Di kindergarten perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak
hendaklah dipupuk yang dapat memberi latihan terhadap kanak-kanak.
Kindergarten merupakan satu institusi yang membolehkan kanak-kanak bergaul
dengan rakan sebaya tanpa kawalan ibu bapa dan guru. Suasana di
kindergarten hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat
yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Pendidikan
adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Pendidikan hendaklahberdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Kanak-kanak
mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Kanak-kanak hendaklah dianggap
sebagai kanak-kanak dan mereka perlu diberi kebebasan. Peringkat pendidikan
awal kanak-kanak sangat penting kerana ia adalah asas kepada semua
pendidikan selanjutnya. Kindergarten seolah-olah tapak semaian bagi latihan
kemasyarakatan seperti kerjasama, menggunakan daya usaha sendiri, bersikap
membina, hormat menghormati, menjaga kebersihan dan menjaga kesihatan
yang baik dan teratur.
Strategi Pengajarannya ialah Main sebagai satu strategi dalam pendidikan
dianggap sebagai sumbangan Froebel yang terbesar dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan dan bermain
14
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
15/36
itu satu tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu
semua kerja-kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri
main. Kanak-kanak dapat melahirkan keunikan mereka melalui main. Selain
daripada main Froebel juga menekankan tentang latihan pekerjaan untuk kanak-
kanak. Bermain dengan alat permainan adalah perkara yang bermakna dalam
kehidupan kanak-kanak. Permainan adalah bahan asas pembelajaran dan
perkembagan minda mereka. Ketika bermaian mereka mendapat kepuasan
kerana naluri ingin tahu kanak-kanak dapat dipenuhi barang-barang permainan
itu. Permainan ialah apa sahaja bahan ataupun aktiviti yang memberi kepuasan,
kegembiraan dan ketenangan kepada orang yang bermain dengannya terutama
kanak-kanak. Bermain bagi kanak-kanak adalah belajar. Naluri bermain adalah
keinginan semula jadi dan berkembang mengikut peringkat umur.
Ketika bermain, kanak-kanak menggunakan kesemua sensorik
pancaindera, serta melakukan koordinasi fizikal dan kemahiran motoriknya.
Keadaan ini dapat merangsang mereka bergerak dan berkembang secara aktif.
Melalui permainan, kanak-kanak juga dapat mengetahui banyak perkara seperti
mengetahui mengenai objek, orang lain dan peristiwa- peristiwa yang berlaku di
sekitarnya. Kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari daripada bermain dapatdigunakan oleh mereka ketika berinteraksi dengan orang lain dan ketika
mengadaptasi dengan alam sekitarnya. Setiap permainan adalah asas kepada
pendidikan yang lebih formal.
Bermain juga memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan
beberapa kemahiran asas yang dimiliki. Bermain bukan sahaja memberi
keyakinan diri, malah dapat mendorong keinginan mereka supaya mempelajari
pelbagai perkara lagi. Contohnya dengan bermain permainan cantum dan lekat
bagi membina rumah dapat menyedarkan mereka membuat rumah memerlukan
percantuman beberapa bahan asas seperti tiang, dinding, lantai, bumbung dan
lain-lain.
15
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
16/36
Selain itu, Froebel juga menerima prinsip yang dikemukakan oleh Pestalozzi
mengenai penggunaan alat atau objek dalam pengajaran untuk menimbulkan
minat dalam pembelajaran. Beliau juga setuju dengan prinsip yang mengatakan
bahawa semua pendidikan bermula dengan persepsi deria. Froebel telah
membahagikan proses awal kanak-kanak di antara kelahiran dan umur 6 tahun
kepada peringkat-peringkat berdasarkan perkembangan fizikal dan mental.
Beliau membahagikan kepada tiga peringkat iaitu bayi (infancy), awal kanak-
kanak (early childhood) dan peringkat kanak-kanak (childhood). Dari segi jadual
waktu beliau berpendapat bahawa jadual waktu pengajaran kanak-kanak tidak
terbatas.
4.5 Maria Montessori
Maria Montessori Seorang tokoh pendidikan di Rome, mempunyai pengalaman
mengenai pendidikan kanak-kanak yang terancat akal. Dalam tahun 1899,
terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini
beliau menghabiskan masanya selama dua tahun bersama rakan-rakannya
melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanakterancat akal. Pada masa ini beliau banyak menghabiskan masa dengan kanak-
kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai
bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehi melalui
kajiannya. Sebahagian daripada kanak-kanak yang beliau ajar dilabel sebagai
`uneducable' telah dapat belajar dengan baik sehingga boleh membaca dan
menulis, sebahagiannya telah lulus peperiksaan sekolah rendah dan lulus
dengan gred yang lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa.
Kaedah Mengajar Montessori menekankan kepada Kaedah yang sesuai
dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan
perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan
deria. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan ` sensory
16
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
17/36
teaching and learning'. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan
latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan supaya
kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan mengguna deria dengan
cekap.
Sumbangannya terhadap kanak-kanak ini dan juga ceramah-ceramah yang
disampaikan kepada orang ramai sama ada di Itali dan di negara-negara Eropah
yang lain menjadikan Maria Montessori seorang yang terkenal lebih-lebih lagi
kerana beliau seorang pendidik dan juga seorang doktor. Pada tahun 1904,
beliau diminta menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak di kawasan`slum
yang merupakan `rehousing programe'. Sekolah pertama dan yang besar di
San Lornso ini diperuntukkan kepada kanak-kanak yang berumur tiga hingga
enam tahun. Beliau menamakan sekolahnya ini sebagai ` Casa dei Bambini ' ,
the Children 's House in Italian. (Lesley Britton 1992 ). Dua tahun berikutnya,
beberapa buah sekolah lagi dibuka. Di sekolah-sekolah ini Montessori telah
menggunakan kaedahnya kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa
kaedah yang digunanya boleh mendatangkan hasil pencapaian yang baik
kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki pencapaian kanak-
kanak yang normal.
Prinsip-Prinsip yang terdapat dalam kaedah Montessori seperti menghormati
kanak-kanak. Mengikut Montessori orang dewasa perlu melayan kanak-kanak
dengan baik. Mereka perlu dilayan seperti kanak-kanak bukan seperti orang
dewasa. Orang dewasa tidak boleh memaksa kanak-kanak menerima idea
mereka. Guru dan ibu bapa menghormati kanak-kanak dengan pelbagai cara
antaranya ialah membantu kanak-kanak untuk belajar melakukan sendiri aktiviti
mengikut pilihan mereka. Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan, mereka akan
dapat memperkembangkan kemahiran dan kebolehan mereka yang menjadi
asas dalam pembelajaran berkesan, autonomi dan penghargaan kendiri yang
positif. Seterusnya ialah Absorbent Mind ialah cara kanak-kanak memperolehi
pengetahuan adalah berbeza daripada orang dewasa. Jika orang dewasa
17
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
18/36
menggunakan pemikiran untuk memperolehi pengetahuan, kanak-kanak pula
menggunakan anggota fizikal mereka atau pancaindera. Daripada umur 3-6
tahun, kanak-kanak telah menggunakan conscious absorbent mind iaitu boleh
membuat pemilihan daripada maklumat yang diperolehi daripada alam sekitar
dan dapat mempertingkatkan lagi penggunaan deria mereka. Pada peringkat ini
kanak-kanak sudah boleh menguasai beberapa kemahiran seperti membeza,
memadan dan menggeredkan warna, sejak lahir sehingga berumur 3 tahun pula
pemikiran kanakkanak diistilahkan sebagai unconsciouis absorbent mindyang
diperkembangkan melalui penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa,
bau dan sentuh. Apa yang kanak-kanak pelajari bergantung kepada orang-
orang yang terdapat di sekeliling mereka iaitu percakapan, perbuatan dan
bagaimana mereka memberi respon kepada kanak-kanak. Pengalaman yang
sedia ada dan bahan-bahan yang disediakan untuk kanak-kanak juga
menentukan jenis dan kualiti pembelajaran.
Selain itu, jangkamasa sensitif Montessori percaya terdapat jangka masa
sensitif di mana pada waktu ini kanak-kanak cepat mempelajari beberapa
tingkah laku dengan lebih berkesan ( Banyak ahli pendidik awal kanak-kanak
memberi maksudsensitive
periods ini sebagai kesediaanreadiness
).
Semuakanak-kanak akan melalui peringkat ini tetapi jangka masa bagi tiap-tiap kanak-
kanak adalah berbeza. Guru dan ibu bapa perlu mengesan masa-masa sensitif
ini dan menyediakan pengalaman-pengalaman untuk memperkembangkan
kemahiran kanak-kanak. Guru dan ibu bapa perlu membuat pemerhatian.
Terdapat ramai pendidik berpendapat bahawa pemerhatian terhadap kanak-
kanak lebih penting daripada memberi ujian kepada mereka. Jangka masa
sensitif dalam pembelajaran berlaku dalam masa awal hayat iaitu semasa
bermula perkembangan pesat dari segi fizikal dan bahasa. Guru mempunyai 3
peranan seperti mengakui wujudnya masa-masa yang sensitif, belajar untuk
mengesaninya dan menyediakan pengalaman-pengalaman untuk
memperkembangkan potensi kanak-kanak.
18
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
19/36
Prinsip seterusnya ialah persekitaran yang disediakan (Prepared
Environment) Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran
yang disediakan. Persekitaran ini mungkin bilik darjah, rumah, taman asuhan
kanak-kanak atau di padang permainan. Matlamat penyediaan persekitaran ini
ialah untuk membolehkan kanak-kanak berdikari dan tidak bergantung kepada
orang dewasa. Sebaliknya mereka melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri
dan pendidikan kendiri (Auto Education). Maksud pendidikan kendiri ialah
apabila kanak-kanak boleh mendidik diri mereka sendiri semasa melakukan
aktiviti-aktiviti yang terdapat di persekitaran yang disediakan. Melalui penglibatan
dalam aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu, membuat refleksi dan
mendapat kepuasan diri.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Montessori semua kanak-kanak
mempunyai ciri-ciri yang universal. Ciri-ciri berikut adalah semua kanak-kanak
mempunyai `absorbent mind' semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang
sensitif, semua kanak-kanak ingin belajar, semua kanak-kanak belajar melalui
bermain atau bekerja, semua kanak- kanak melalui berbagai peringkat
perkembangan dan Semua kanak-kanak ingin berdikari.
5.0 Kurikulum awal kanak-kanak yang terdapat di Malaysia
Pendidikan Awal kanak-kanak melalui kurikulum yang formal telah bermula
seawal usia 6 tahun. Kanak-kanak pada usia ini telah mula memasuki taman-
taman didikan atau lebih dikenali dengan prasekolah. Bagaimanapun
pertumbuhan pesat pusat-pusat jagaan atau asuhan awal kanak di Malaysia
yang juga dikenali sebagai TASKA menunjukkan bahawa definisi Pendidikan
19
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
20/36
Awal Kanak-kanak di Negara kita juga telah berubah . Anak-anak seawal usia 0
hingga 6 tahun bukan sahaja perlu di asuh dan dijaga tetapi juga telah mula
boleh dididik.
Mastura Badzis, 2008 mengatakan pendidikan merupakan satu wadah
penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga
memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik
dalam semua aspek kehidupan dan dikaitkan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.
Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses
kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu
seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran.
Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam
konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya
ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang
(Department of Education and Science. 1990).
Oleh hal yang demikian, kurikulum yang seimbang dan menyeluruh dapatmembantu menjayakan matlamat yang ingin dicapai. Kurikulum dimaksudkan
sebagai rancangan aktiviti dan pengalaman yang disediakan untuk murid-murid
di sekolah. Kurikulum ini merangkumi aktiviti akademik seperti kursus atau mata
pelajaran dan aktiviti luar bilik darjah seperti persatuan-persatuan di sekolah,
sukan dan permainan. Selain daripada itu, guru-guru, murid-murid, sekolah,
disiplin, kelengkapan pengajaran, komuniti dan pendapat masyarakat merupakan
unsur penting dalam kurikulum. Sekiranya hal tersebut berubah, kurikulum juga
akan berubah (Musa. 1992).
Terdapat dua kurikulum yang penting dalam kurikulum awal kanak-kanak
iaitu kurikulum Standard Prasekolah dan Kurikulum Permata.
20
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
21/36
5.1 Prasekolah
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan
pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas
pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan
ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu, guru prasekolah perlu
mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang
merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran
pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang
berkaitan dengan pendidikan prasekolah. (Rozumah & Salma. 1985).
Dalam kehidupan kanak-kanak, pendidikan prasekolah adalah masa yang
paling penting kerana semua pembentukan personaliti akan terbentuk pada
masa ini. Contohnya, seperti di Cuba, pembentukan pendidikan kanak-kanak
dapat dihasilkan dengan perhatian pendidikan kanak-kanak lelaki dan
perempuan seawal setahun sehingga lima tahun.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang telah digubal mempunyai
matlamat untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaanmasuk ke sekolah rendah. Kurikulum pendidikan prasekolah mempunyai
kepentingannya yang tersendiri dan telah mengubah akta pendidikan. Menurut
Akta Pendidikan 1996 pindaan Seksyen 22 (1) Menteri hendaklah menetapkan
suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang
hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah
menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh
oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.
Oleh hal yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengorak langkah pertama dalam bidang awal kanak-kanak dengan satu
21
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
22/36
Kaedah-Kaedah Guru/ Kaedah-Kaedah (Kindergarten dan Sekolah Asuhan)
(Pendaftaran) 1972 Warta Kerajaan P.U. (A) 414, untuk menyatakan prosedur
yang mesti dipatuhi mengenai pendaftaran tadika, guru dan ahli-ahli lembaga
pengelolanya. Walaupun begitu badan-badan yang mengendalikan prasekolah
ini merasa perlu untuk mendapat panduan dan bimbingan daripada Kementerian
Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program
pendidikan awal kanak-kanak yang lebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah
"annex" 1992, berdasarkan mesyuarat Jemaah Menteri 18 Disember 1991
bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah.
Namun, dalam pelaksanaan program ini, kurikulum perlu dirancang dan
distrukturkan mengikut titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut apayang mereka tahu dan boleh buat, bahan atau kandungan dan aktiviti
pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak. dan
merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada
pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.
5.1.1 Faktor-faktor perlaksanaan kurikulum prasekolah
a) Ciri kanak-kanakb) Alam persekitaran
c) Prinsip pembelajaran
d) Aktiviti yang terancang
Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan melaksanakan Program PeluasanPendidikan Awal Prasekolah di seluruh negara seiring dengan PIPP Teras ke-2
membangunkan modal insan. Program peluasan ini melibatkan 700 buah kelas
prasekolah. Kini, KPM berusaha menjalinkan kerjasama dengan PERMATA
berbekalkan peruntukan sebanyak RM 200 juta.
22
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
23/36
5.1.2 Tahap persekolahan di Malaysia
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Seterusnya, ia dapat meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak
agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk
menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Standard
kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran
asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran iaitu bahasa dan komunikasi,
pendidikan kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika serta perkembangan ketrampilan diri
Komponen ini adalah sama dalam pendidikan sekolah rendah maka
kanak-kanak tidak akan mengalami kejutan budaya ketika memasuki alam
persekolahan pada umur 7 tahun (Rohani 2003).
Komponen bahasa dan komunikasi terdiri daripada Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris wajib dipelajari manakala Bahasa Cina dan India pula hanya kanak-
kanak prasekolah beraliran bahasa tersebut sahaja akan belajar. Bahasa
Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu, manakala Bahasa Inggeris
diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yang menggunakan bahasa
penghantarnya Bahasa Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang
bahasa penghantarnya bukan Bahasa Malaysia. Fokus utama tunjang ini adalah
kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran ini dapat dipraktikkan dengan
aktiviti dan permainan bahasa yang dirancang oleh guru. Ia lebih kepada
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
23
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
24/36
Pendidikan Kerohanian dan moral, sikap dan nilai pula merangkumi
pendidikan Islam dan pendidikan moral. Masa yang ditetapkan selama dua jam
seminggu. Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang
rukun iman, rukun islam, sirah dan Kalimah Syahadah manakala pendidikan
moral memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan
seperti nilai-nilai murni. Pengajaran ini selalunya melalui kaedah bercerita,
simulasi, menyanyi, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain. Pendidikan moral
lebih kepada nilai berkaitan perkembangan diri, nilai berkaitan diri dengan
keluarga, nilai berkaitan diri dengan masyarakat nilai berkaitan diri dengan alam
sekitar dan nilai berkaitan diri dengan negara.
Tunjang Ketrampilan diri menekankan perkembangan sosioemosi kanak-
kanak. Ia merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri,
pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan
kemahiran sosial. Ia tidak merangkumi aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua
aktiviti sama ada aktiviti rutin, rehat, makan dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lain.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi fizikal danpenjagaan kesihatan serta perkembangan kreativiti. Aspek perkembangan fizikal
adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang
mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti sukan
dan sebagainya. Kebersihan persekitaran dan pemakanan dan kesihatan fizikal
diri akan ditekankan. Perkembangan Kreativiti merangkumi seni visual,
pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Kanak-kanak ini dapat
mezahirkan idea mereka secara kreatif dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti
kreativiti.
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains dan awal
matematik, awal Sains membolehkan organ deria dan peralatan mudah semasa
membuat pemerhatian, mengukur dan membanding. Ia lebih menekankan
24
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
25/36
kepada penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan awal
Matematik pula menekankan pengalaman konsep pranombor, nombor, operasi
nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu dan menyediakan peluang
menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu melalui tunjang Sains
dan Teknologi.
Seterusnya, tunjang Kemanusiaan pula memberi peluang kanak-kanak
memahami dirinya, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga,
rakan, komuniti, dan alam sekitar. Malah, menekankan kepada pemahaman
budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah kurikulum berasaskan
standard dan berbentuk modular.dan merangkumi dua modul iaitu modul asas
dan bertema. Modul asas merangkumi penguasaan literasi awal 4M iaitu
membaca, menulis, mengira dan menaakul. Tema pembelajaran pula mengikut
keperluan murid, keperluan setempat, dan keperluan semasa seperti perayaan.
Semangat hormat menghormati sentiasa diasuh melalui tunjang-tunjang ini.
Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut akan menghormati kebudayaan
dari semua etnik dan kaum di Malaysia maka apabila mereka besar tidak akanberlaku perpecahan kaum.
Teori pembelajaran yang dijadikan fokus adalah pembelajaran
konstruktivisme dimana murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak
dijalankan secara spoon feeding dan murid diberi peluang untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah serta mengaitkan dengan pengalaman yang dialami
oleh kanak-kanak tersebut.
Peruntukan masa dalam kurikulum ini, dilihat selesa untuk kanak-kanak
tersebut iaitu empat jam sehari (termasuk masa rehat) iaitu sejumlah 20 jam
satu minggu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Manakala 3 jam 30
25
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
26/36
minit sehari iaitu 17 jam 30 minit satu minggu untuk kanak-kanak berumur 4
tahun ke atas.
Rajah 1: Wajaran Masa bagi Prasekolah
Penilaian murid yang dapat dilihat melalui pemerhatian dengan melihat
secara tingkah laku murid, perbualan dan hasil kerja murid. Perekodan pula
lebih kepada senarai semak, rekod Anexdot, rekod berterusan (Running Record)
serta boleh dillihat dengan penyimpanan maklumat dalam portfolio seperti rekod
peribadi, rekod kemajuan dan hasil kerja.
5.2 Kurikulum Permata
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada
perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma.
1985). Oleh hal yang demikian, kurikulum awal kanak-kanak harus melihat
kepada tahap perkembangan mereka. Perkembangan kurikulum awal kanak-
26
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
27/36
kanak di Malaysia telah berkembang secara baik sehingga kini dengan
penubuhan agensi, institusi, dasar, program dan latihan yang berkaitan dengan
kanak-kanak supaya impian Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri
Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan modal insan Negara yang hollistik
dan produktif bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Implikasi daripada
polisi ini sebenarnya, kita akan Berjaya menghasilkan tenaga kerja dan
warganegara yang produktif yang akan membawa pulangan ekonomi yang baik
kepada Negara (Aminah Ayob et.al. 2008).
Oleh itu, Projek perintis Setiap anak PERMATA Negara telah
dilaksanakan setelah dicetuskan oleh Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah
beliau melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yangdipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. Oleh hal
demikian, Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan
perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur
lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan
kurang daripada RM1,500 sebulan.
Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibubapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap minggu untuk
bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan
tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan
anak.
Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan
didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepadapembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif,
sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Sehingga kini 17,565 kanak-kanak di 457
pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat daripada
program ini di mana modul pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus
27
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
28/36
penjagaan kanak-kanak kepada pendidik disediakan oleh Universiti Perguruan
Sultan Idris (UPSI).
Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanakKebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara
mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang
tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa
mereka lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80
peratus daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat
dengan penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan
mudah mengikut arahan.
Rosmah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata
Negara berkata, kanak-kanak di bawah program ini juga terbukti sekurang-
kurangnya setahun lebih ke hadapan berbanding kanak-kanak sebaya mereka
dalam beberapa perkara termasuk aspek kematangan emosi, keyakinan dan
kemahiran berkomunikasi.
Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal
kanak-kanakdan satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras
kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan
kanak-kanak iaitu Permata Seni melibatkan latihan pelajar yang pintar dan
berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Permata Pintar bertujuan
membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk
menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika
Syarikat, Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami,
mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan al-Quran, dan dikendalikan
Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun,
28
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
29/36
Perkasa Remaja, yang dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan membimbing
remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat dalam gejala
sosial serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada
masyarakat dan negara (Bernama. 2009).
Pada tahun 1960, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang
secara umum untuk mendapatkan pendidikan selepas merdeka . Pada tahun
1969, berlaku satu revolusi telah berlaku iaitu Yayasan Asia telah
menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of
Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir
sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah
dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada pelbagai bangsaseperti Melayu, Cina dan India. (Bernard Van Lee 2009).
Pada tahun 1970, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan
(FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan
Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil
keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau
Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi
kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus
bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U
(A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)(Pendaftaran)
pada 1972.
Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan
kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai
29
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
30/36
aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal
Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan
pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer
Foundation, 2009). Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga
pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Maktab
Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1972 sehingga 1976.
Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek
rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan
Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab
Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard
Van Leer Foundation 2009).
Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius
pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut
bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal menyebabkan
tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan.
Tujuannya untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Garis
Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan
digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan
Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi
Pendidikan awal kanak-kanak. Usaha ini turut disokong oleh Y.B Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Y.B Menteri Pelajaran.
Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Saya yakin bahawa Pusat Anak Permata Negara akan mencapai matlamatnya
dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak yang berakhlak mulia serta
mempunyai kekuatan dalaman yang membolehkan mereka menghadapi cabaran
dan masalah dengan tenang dan baik. Anak-anak yang mempunyai nilai-nilai
seperti ini akan membangun sebagai modal insan berminda kelas pertama.30
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
31/36
Malah, mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Permata
bermaksud :
[ Akta Pendidikan 1996 : Peraturan-peraturan 9Kurikulum Kebangsaan
Pendidikan 1997]
Falsafah permata adalah untuk melahirkan setiap anak permata negara,
setiap anak amat berharga, setiap anak adalah modal insan negara. Malah,
pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi,
kognitif dan Komunikasi mereka. Malah, fokus permata adalah kepadapengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang memenuhi kriteria seperti
berumur antara satu hingga lima tahun, menetap di pinggir atau luar bandar,
datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah serta disertai berbilang
kaum dan agama.
Rasional permata diwujudkan antaranya disebabkan kajian telah
membuktikan neurosains menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat
penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Oleh itu, kita perlu
menyediakan pengalaman pembelajaran yang positif supaya otak kanak-kanak
akan berkembang dengan baik. Malah, hubungan emosi dan sosial yang dibina
penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan
penyayang. Oleh itu, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) diberi
....suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu memperkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan
31
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
32/36
tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran
serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak
PERMATA Negara (Mazlah. 2009).
5.2.1 Struktur Kurikulum Permata
Kurikulum PERMATA memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak
secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi,
berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah
a) Kasih sayang dan belaian
b) Interaksi dan komunikasi
c) Pemikiran dan bacaan
d) Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui
pembelajaran secara bebas
e) Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
f) Belajar melalui bermain
g) Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan
Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan falsafah pendidikan
kebangsaan Malaysia serta mengandungi enam bidang pembelajaran seperti
motor kasar dan halus, Estitika dan kreativiti, Sensori dan pemahaman dunia
persekitaran, Sosio-emosi dan kerohanian, Bahasa dan literasi awal, Pra-
matematik dan logik. Bagi menyesuaikan kurikulum dengan perkembangan
fizikal kanak-kanak selaras dengan umur mereka ia dipecahkan dalam lima
modul iaitu Modul 1 : 0 6 Bulan, Modul 2 : 6 12 Bulan, Modul 3 : 1 2 Tahun,
Modul 4 : 2 3 Tahun dan Modul 5 : 3 5 Tahun
Teknik pembelajaran permata ialah dengan merangsang minda kanak-
kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti
32
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
33/36
permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan
menyeronokkan bagi kanak-kanak. Kurikulum permata menerapkan mereka
juga suka berkawan dan bersosial kanak-kanak kecil, Kanak-kanak suka
meneroka, mengeksperimen, bertanya, mencipta dan merekabentuk, membina
minat membaca dan berfikir sejak dari awal dan merangsang kemahiran
matematik dan pemikiran secara logik.
5.2.2 Keistimewaan program Permata
Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu ( integrated) dengan
penglibatan ibubapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai
perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Malah, program
PERMATA bertujuan melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang,
mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir
berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bijak bergaul dan
sihat jasmani; dan Suci rohani. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
Program PERMATA. Komitmen penglibatan aktif dan berterusan mereka
dipastikan melalui satu akujanji bahawa mereka akan menyumbang.
Satu jam seminggu atau empat jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat
Anak PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri ialah
berbincang dan menilai perkembangan kanak-kanak, memberi makan,
memandikan, membaca, bercerita dan memasak dengan kanak-kanak,
menyertai lawatan sambil belajar bersama kanak-kanak, menyertai program
kesihatan dan kaunseling dan memastikan kesinambungan kaedah
pembelajaran PERMATA semasa di rumah.
Hasil pembelajaran permata adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai sosio-emosi yang kukuh, self-esteem yang tinggi, berkeyakinan diri,
dan budi pekerti yang mulia. Seterusnya, ia dapat menggalakkan kanak-kanak
berkomunikasi dan seterusnya memahirkannya, memudahkan mereka
33
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
34/36
berinteraksi dan menguasai kebolehan berfikir logik dan pra-matematik. Malah,
kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi, mampu untuk
bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya, meningkatkan minat kanak-kanak
untuk ingin tahu, suka menyiasat dan meneroka, mengeksperimen dan
menyelesaikan masalah, serta menumpukan perhatian dalam menerokai
sesuatu pembelajaran. Kanak-kanak dapat mengenali potensi serta kebolehan
diri sendiri dan bebas membuat keputusan berdasarkan potensi/kebolehan
dirinya. Malah, kanak-kanak yang sihat dari segi fizikal dan mental serta
berdipslin dalam menyusun atur kehidupannya, menghayati pentingnya
kebersihan diri, dan mengurus diri sendiri dengan baik.
Pusat anak permata negara terawal diwujudkan di PERMATA Mempaga,
PERMATA Chini, PERMATA Putrajaya, PERMATAKepala Batas dan PERMATA
Subang Jaya. Selain dari 5 Pusat ini, 7 lagi Pusat Anak PERMATA Negara telah
beroperasi di Pasir Mas di Kelantan, Batu Pahat di Johor, Bukit Peringgit di
Melaka, Tambun Tulang di Perlis, Dungun di Terengganu, Tuaran di Sabah dan
Kota Samarahan di Sarawak. Pusat Anak PERMATA Negara di Chembong,
Negeri Sembilan dijangka beroperasi pada akhir bulan Februari 2008. Batu
Pahat, Johor Bukit Peringgit, Melaka, Dungun, Terengganu Pasir Mas, KelantanTambun Tulang, Chembong, Negeri Sembilan Tuaran, Sabah Samarahan,
Sarawak Kuala Ketil, Kedah, Bercham, Perak Bangunan baru akan dibina oleh
Kerajaan Negeri. Seteruanya, Pusat Anak PERMATA Negara Bercham, Perak
dan Kuala Ketil, Kedah dijangka akan beroperasi sebelum April 2008.
Program ini masih perlu ditinjau dengan lebih mendalam. Penghasilan
program yang efektif kepada kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan
pelbagai adalah kolaborasi antara semua. Kolaborasi yang berkesan dapat
diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka
dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan
meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak autistik dalam sepanjang
perjalanan kolaborasi. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah
34
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
35/36
diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan
kepada kanak-kanak berkeperluan khas, termasuklah program intervensi awal
untuk kanakkanak autistik. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang
pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya dalam
persekitaran semula jadi.
Kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik, boleh
menggunakan ayat penuh dan betul. Malah boleh menggunakan bahasa
ekspresi dan bercerita serta bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi
mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan
PERMATA. Dari segi pengurusan diri pula, kanak-kanak PERMATA lebih pandai
mengurus diri sendiri berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulanya, kurikulum memainkan peranan yang besar kepada masyarakat
dan negara terutamanya dalam bidang pendidikan. Perubahan masyarakat dan
sistem pendidikan selalunya berkaitan dengan keperluan dan tuntutan
perkembangan semasa terutama dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Bidang
pendidikan mempunyai fungsi dan pengaruh sosial yang besar dan ketara pada
anggota masyarakat. Di Malaysia, kurikulum adalah proses merencana,
memandatkan, menyepadukan, mentafsirkan isi ataupun maksud, matlamat dan
objektif kurikulum. Semua sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau
swasta mengikuti perubahan yang berlaku secara serius supaya masyarakat
yang di bina melalui pelaksanaan kurikulum berfungsi kepada negara. Dalam
35
-
7/29/2019 1.0-6.0 (1)
36/36
pembentukan masyarakat yang seimbang dalam jasmani, rohani, mental dan
fizikal sebenarnya perlu dibentuk sejak kecil lagi. Oleh itu, pendidikan awal
kanak-kanak perlu diberi perhatian sewajarnya serta komponen didalamnya
bersesuaian dengan kehendak negara iaitu melahirkan insan yang berkualiti dan
dapat memenuhi tenaga kerja kepada negara.