Transcript
Page 1: 1 RN 11 1 EI Reka cipta UMKReka cipta UMK kreativiti tinggi Dr Noor Azizi Ismail tertarik melihat pembungkusan baharu yang diperkenalkan Jabatan Penjara. PAKAN: Penduduk di ka-wasan

NASIONALN16 8 - 10 RAMADAN 1441 / 1 - 3 MEI 2020 HarakahNEGERI

Oleh SALMAH MAT HUSAINFoto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:  Universi-ti Malaysia Kelantan (UMK) mempunyai  barisan  pens-yarah  di  Fakulti  Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang  mempunyai  kebole-han  mencipta  rekaan  den-gan kreativiti tinggi.

Naib Canselor UMK Prof Dato’  Ts.  Dr  Noor  Azizi  Is-mail  berkata,  kepakaran dimanfaatkan bagi mencip-ta  label  produk  makanan bakeri dan kuih raya kegu-naan  Penjara  Pengkalan Chepa.

Katanya  labelnya begitu cantik  dan  menarik  menja-di salah satu faktor mening-katkan jualan. 

“Sumbangan kami men-

cipta  label  baharu  untuk memberi  wajah  yang  leb-ih  menarik.  Alhamdullilah label  yang  dihasilkan  pen-syarah  Komunikasi  Visual diterima  Penjara  Pengkal-an Chepa.

“Penjara  pula  mempun-yai  rangkaian  produk  bak-eri dan pasteri yang enak,” katanya  pada  Pelancaran Reka  Bentuk  Label  Pem-bungkusan  Baharu  Kuih Raya  Penjara  Pengkalan Chepa baru-baru ini.

Hadir  sama  Pengarah Kesihatan  Kelantan,  Dato’ Dr  Zaini  Hussin,  Penolong Kanan  Komisioner  Penja-ra Tuan Ahmad Kamarudin Yaacob  dan  Dekan  FTKW, Dr Hanisa Hassan.

Dr  Noor  Azizi  juga  ber-kata, komitmen UMK untuk 

menerajui inisiatif universi-ti untuk masyarakat seperti yang  ditekankan  Kemente-rian Pendidikan Tinggi.

“Kami  juga  menawar-kan kepada masyarakat un-tuk menggunakan platform pemasaran digital kami se-bagai  platform  perniagaan atas  talian  melalui  Laman e-Dagang UNIK19.com,” ka-tanya.

Sementara  itu  Tuan  Ah-mad  berkata,  beliau  yakin rekabentuk  dan  pembung-kusan  baharu  itu  dapat membantu mengkomersial-kan lagi produk bakeri dan pastri  Penjara  Pengkalan Chepa. 

Katanya  juga  hasil  pen-dapatan  produk  makanan bagi  2019  berjumlah RM676,461.

Reka cipta UMK kreativiti tinggi

Dr Noor Azizi Ismail tertarik melihat pembungkusan baharu yang diperkenalkan Jabatan Penjara.

PAKAN:  Penduduk  di  ka-wasan  pedalaman  Wak  Pak-an yang tidak dapat ke bandar bagi  membeli  barang  keper-luan  harian  dibantu  Yayasan Kebajikan Negara. 

Baru-baru  ini  seramai  62 ketua  keluarga  menerima bantuan tersebut.

Penerima  terbabit  terdi-ri daripada penduduk yang mendapat  bantuan  bulan-an  Jabatan  Kebajikan  Ma-syarakat.

Bantuan  tersebut  di-harap  dapat  meringankan penduduk  susulan  Perintah Kawalan  Pergerakan  (PKP) 

yang memasuki fasa keempat.Manakala  di  Betong  sum-

bangan  penutup  hidung  dan mulut diagihkan kepada pen-duduk di Dun Layar sejak 24 April lepas.

Sehingga  sekarang  sum-bangan  daripada  kerajaan Sarawak yang diagihkan meli-batkan penduduk di 41 rumah panjang, enam kampung Me-layu  dan  masyarakat  Cina  di Pekan Betong.

Adun Layar Gerald Rentap Jabu  turut  menyumbang  ce-cair  pembasmi  kuman  untuk operasi nyah kuman di pering-kat komuniti setempat. 

“Kerja-kerja  pengagihan diteruskan kepada semua ket-ua keluarga untuk membend-ung pandemik Covid-19,” kat-anya di sini.

Sumbangan penutup mu-lut  dan  hidung  secara  per-cuma  turut  diagih  di  ka-wasan  Dun  Bukit  Begunan, di  mana  seramai  4,529  ket-ua  isi  rumah menerima per-alatan  itu  sumbangan  kera-jaan Sarawak.

Penutup  mulut  dan  hid-ung  itu  diserahkan  melalui Pusat Khidmat Dun Bukit Be-gunan  untuk  diagih  kepada ketua isi rumah. 

JENGKA: Pelbagai  pihak tampil  membantu  pen-duduk  yang  terjejas  di Jengka  17  ekoran  Perin-tah  Kawalan  Pergerakan (PKP) sekarang.

Antaranya  Bank  Raky-at baru-baru ini menyum-bang  sebanyak  50  bung-kus  makanan  kepada 50  keluarga  yang  terje-jas.  Sumbangan  diterima Imam  masjid  Jengka  17 Ustaz Zainuri Yahya.

Selain  itu  sumban-gan  daripada  kerajaan pusat,  kerajaan  neg-eri,  pemimpin  poli-tik,  NGO,  agensi  ker-ajaan,  jawatankuasa masjid,  bank  dan  orang 

perseorangan.Majlis Ugama Islam Pa-

hang  (MUIP)  turut  men-gagih sumbangan melalui Pusat  Khidmat  Adun  Jen-gka  bagi  membantu  40 penduduk yang terjejas. 

Manakala  penduduk Jengka  17  yang  terjejas sepanjang  PKP  sekarang boleh  menghubungi  Tok Empat  atau  wakil  Adun Jengka  Ustaz  Zainuri  di talian 013-989 1117 dan di Jengka  21  boleh  hubungi 019-965 2780 (Zul). 

Pelbagai pihak bantu penduduk terjejas

Penduduk Jengka menerima sumbangan

daripada pelbagai pihak.

Yayasan Kebajikan bantu penduduk di pedalaman

Penduduk di pedalaman Sarawak menerima sumbangan Yayasan Kebajikan Negara.

JENGKA: Pusat Khidmat Ma-syarakat  Dun  Jengka  meneri-ma sumbangan 600 bungkus barang  basah  untuk  diagih-kan kepada penduduk Jengka 17 yang terkesan ekoran Perin-tah Kawalan Keselamatan Lo-kaliti (PKKL). 

Barangan  berkenaan  dis-umbangkan  Pasaraya  Econ-save  Jerantut  dan  Econsave Jengka. 

Adun  Jengka  Ustaz  Shah-ril  Azman  Abdul  Halim  mer-akam  ucapan  terima  kasih kepada Econsave yang mem-bantu  penduduk  Jengka  17 kali kedua sepanjang PKKL di-laksanakan di kawasan berke-naan. 

“Semoga dengan sumban-

gan  itu  membolehkan  pen-duduk  Jengka  17  dapat  me-nyambut  Ramadan  dengan penuh  kesabaran,”  katanya selepas  menerima  sumban-gan itu baru-baru ini. 

Econsave Jengka dan Jeran-tut diwakili pengurusnya. Had-ir sama Imam Masjid Felda Jen-gka 17 Ustaz Zainuri Yahya dan Tok Empat Yusuf Arshad.

Manakala  dalam  perkem-bangan berkaitan Pusat Khid-mat  Masyarakat  Dun  Jengka bersama  Team  Cakne  Rakyat menyampaikan  sumbangan barang dapur kepada 15 kelu-arga warga asing yang bekerja di kilang kayu. 

Sumbangan itu disampai-kan  Lajnah  Kebajikan  PAS Kuala  Krau.  Pusat  Khidmat Dun  Jengka  dan  PAS  Cawa-ngan  Bandar  Jengka  pula menyampaikan  sumbangan barangan  kepada  anggota Jabatan  Pertahanan  Awam Malaysia  (JPAM)  dan  KRT Nadi Kota.

Pekerja asing dibantu wakil rakyat

Ustaz Shahril Azman menerima sumbangan daripada Pasaraya Econsave.

Petugas Pusat Khidmat Adun Jengka menyampaikan sumbangan kepada warga asing yang bekerja di kilang kayu.

Top Related