Download - 02 Prakata Rektor
PRAKATA
Buku Panduan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Institut Pendidikan Guru
bertujuan memberikan maklumat berkaitan kursus, meliputi kursus wajib, teras,
pengkhususan serta kokurikulum. Buku ini juga bertujuan menjelaskan kepada pelajar
PPG maklumat ringkas tentang jam kredit, jumlah masa pembelajaran kendiri dan
pembelajaran atas talian. Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini adalah amat
bermakna kepada pelajar PPG dalam usaha mereka menyahut cabaran kerajaan untuk
meningkatkan profesionalisme keguruan.
Buku Panduan PPG bukan sahaja dapat membantu pelajar PPG tetapi juga
dapat menjadi bahan rujukan kepada pensyarah dan pihak pengurusan Institut
Pendidikan Guru di 27 buah kampus yang terdapat di seluruh Malaysia bagi merancang
program ini dengan lebih berkesan.
Adalah diharapkan Buku Panduan ini akan membantu seluruh pelajar PPG untuk
mengoptimumkan penggunaan masa mereka demi mencari ilmu pengetahuan,
kemahiran dan penyuburan nilai jati diri selaras dengan kehendak kerajaan dalam
membangunkan modal insan negara bagi menghadapi cabaran abad ke -21.