Transcript

ENUR ADILAH MAHBOB

[email protected]

PRESIDEN pertama Singapura, EncikYusof Ishak, pernah memberitahu isterinya,Puan Noor Aishah Md Salim, beliau menye-sal tidak dapat melakukan lebih banyak ba-gi orang Melayu.

Namun, Puan Noor Aishah percaya jikaAllahyarham dapat melihat pencapaian or-ang Melayu hari ini, beliau tentu gembiradan bangga.

“Semasa hayatnya, beliau ambil beratdan memikirkan tentang cara meningkat-kan kehidupan orang ramai, terutama seka-li orang Melayu kerana beliau waktu itu ber-sama Utusan Melayu,” ujar Puan NoorAishah, 81 tahun.

Beliau berkata demikian semasa ditemuiwartawan selepas Perdana Menteri, EncikLee Hsien Loong, mengumumkan tiga inisia-tif bagi memberi penghormatan kepada Al-lahyarham, di Rapat Hari Kebangsaankelmarin.

Puan Noor Aishah terharu pemerintahmasih ingat jasa bakti Allahyarham meski-pun beliau meninggal dunia lebih empat de-kad lalu pada 1970.

“Kami rasa terharu dan tidak sangka pe-merintah masih mengenang dan menyan-jung tinggi jasa Allahyarham hingga hari ini.Hubungan Allahyarham dengan pe-

merintah memang baik dari dahulu lagi,”ujar Puan Noor Aishah.

Tiga penghormatan bagi Allahyarhamyang diumum Encik Lee ialah masjid barudi Woodlands akan dinamakan sempena Al-lahyarham; Institut Pengajian Asia Tengga-ra (Iseas) akan dinamakan Iseas-InstitutYusof Ishak; dan sebuah Kerusi Profesor Yu-sof Ishak dalam Sains Sosial akan diwujud-kan di Universiti Nasional Singapura(NUS).

Dalam ucapannya, Encik Lee berkatamasyarakat Melayu/Islam mencapai kema-juan besar sepanjang setengah abad lalu, se-jak Allahyarham menjadi Presiden.

Sementara itu, ramai menegur sapa danturut memberi penghormatan kepada PuanNoor Aishah, yang hadir di Rapat Hari Ke-bangsaan di ITE College Central kelmarin.

Antara mereka ialah seorang bekas as-kar, Kapten (Bersara) Haji ShamsudinShadan, 82 tahun, yang berdiri memberitabik hormat kepada Puan Noor Aishah.

“Semasa Allahyarham berkhidmat, sayakerap ke Istana untuk menyelia pengawalyang bertugas di sana. Saya ingat beliau se-bagai seorang yang tegas.

“Saya gembira ada lebih banyak usahabagi mengenang jasa Allahyarham agar ge-nerasi muda dapat mengenali beliau,” ujarHaji Shamsudin, pengerusi pejabat KariahKampong Holland.

NAMA Presiden pertama Singapu-ra , Allahyarham Yusof Ishak, me-mang wajar sekali diabadikan keranasumbangan besar beliau memimpinSingapura pada masa sukar – ketikapemerintahan sendiri negara, pen-yatuan dengan Malaysia dan kemer-dekaan yang tidak diduga.

Bakti Allahyarham sebagai ketuanegara – yang didasari pegangan kuatbeliau pada meritokrasi, dasar berbi-lang kaum dan kemodenan, sebagaim-ana dinyatakan Perdana Menteri LeeHsien Loong dalam ucapan beliau se-masa Rapat Hari Kebangsaankelmarin – banyak menyumbang ke-pada keharmonian dengan Encik Leemenyifatkan Allahyarham sebagaipemimpin yang menyokong kuat mer-itokrasi, dasar berbilang kaum dan ke-modenan.

Allahyarham Yusof dilahirkan pa-da 12 Ogos 1910 di Padang Gajah,Trong, sekitar 29 kilometer dari Taip-ing, Perak. Beliau merupakan anak su-lung dalam keluarga sembilan orang.Ayahnya, Encik Ishak Ahmad, meru-pakan pemangku pengarah JabatanPerikanan.

Encik Yusof menerima pendidikanawal di Sekolah Melayu Kuala KurauPerak, Sekolah Melayu Taiping,Sekolah King Edward VII di Taiping,Sekolah Victoria Bridge dan kemudi-an di Raffles Institution (RI). Beliau

menerima Sijil Sekolah Cambridge pa-da 1927 dengan kepujian dan me-neruskan pendidikannya selama duatahun dalam Kelas Biasiswa Ratu(Queen’s Scholarship) di RI.

Beliau disifatkan sebagai pelajar bi-jak yang gigih berusaha sehingga men-capai cita-cita menjadi wartawan

Selain cemerlang dalam bidang ak-ademik, beliau juga aktif dalam kegia-tan luar darjah. Encik Yusof merupa-kan anggota paling cemerlang dalamKor Kadet dan diberi penghargaan se-bagai kadet pertama yang menerimapangkat Leftenan Muda dalam KorKadet oleh Gabenor Malaya. Beliaujuga dipilih sebagai ketua pelajar.

Selepas tamat pengajian pada1929, beliau menyertai sebuah pro-jek usaha sama dengan dua rakan un-tuk menerbitkan majalah dwiming-guan yang diberi nama Sportsman.Tiga tahun kemudian, beliau menyer-tai Warta Malaya, sebuah akhbar Me-layu, di mana beliau kemudiannya di-lantik Penolong Pengurus dan kemu-diannya Pemangku Editor.

Pada 1938 beliau meletakkan ja-watan dari Warta Malaya untukmenubuhkan Utusan Melayu PressLtd. Pada Mei 1939, akhbar UtusanMelayu yang sudah mula terkenal di-rasmikan dengan Encik Yusof dilantiksebagai Pengarah Urusannya yangpertama.

Pada 1948, Encik Yusof mengada-kan lawatan ke Britain sebagai anggo-ta delegasi akhbar yang pertama.

Beliau mendirikan rumah tanggadengan Puan Noor Aishah MohdSalim pada 1948 dan mereka kemudi-annya dikurniakan tiga anak – dua pe-rempuan dan seorang lelaki.

Beliau berpindah ke Kuala Lum-pur pada 1957 untuk membuat persia-pan dan menyelia pembinaan Ban-gunan Utusan. Semasa di Kuala Lum-pur beliau dipilih sebagai Presiden

Kelab Akhbar Malaya.Dari 1948 hingga 1950, beliau

berkhidmat sebagai anggota Jawa-tankuasa Rayuan Filem. Beliau jugamerupakan anggota Jawatankuasa Ri-zab Alam dan juga Suruhanjaya Ma-laysia. Pada 1959 beliau dilantikPengerusi Suruhanjaya Perkhidma-tan Awam Singapura.

Beliau dilantik Yang di-PertuanNegara Singapura pada 3 Disember1959 dan adalah penduduk setempatpertama memegang jawatan tertinggiitu.

Dalam rangka tugasnya sebagaiYang di-Pertuan Negara, Encik Yusofdan isterinya, Puan Noor Aishah, me-ngadakan lawatan rasmi ke Kembojapada April 1963. Semasa menunai-kan ibadah haji pada tahun sama, be-liau merupakan tetamu Kerajaan Ar-ab Saudi.

Beliau juga pernah dikurniakanAnugerah Darjah Kerabat Kelas Per-tama oleh Sultan Brunei pada Novem-ber 1960.

Allahyarham dilantik sebagai Pre-siden pertama Singapura apabilanegara mencapai kemerdekaandalam 1965.

Semasa menjadi Presiden selama li-ma tahun, Allahyarham disifatkan se-bagai pemimpin yang prihatin ter-hadap kepentingan rakyat.

Beliau percaya pelajaran adalahanak kunci kehidupan lebih baik danyakin masa depan Singapura akan le-bih cemerlang melalui pendidikandan pembangunan sumber tenagamanusia.

Semasa memegang jawatan Pre-siden, Allahyarham dilantik sebagaiCanselor Universiti Singapura,sekarang ini Universiti Nasional Sin-gapura (NUS).

Beliau meninggal dunia akibatserangan sakit jantung dalam usia 60tahun pada 23 November 1970.

Aishah: Suami saya pasti gembira jika dapat lihat pencapaian Melayu kini

MASJID Yusof Ishak yang sedang dibina di

Wooldands boleh dilihat sebagai monumen

yang bukan hanya mengenang sumbangan Al-

lahyarham Yusof Ishak, bahkan menggalak

nilai-nilai murni yang dipegang teguh Pres-

iden Singapura yang pertama itu.

Pengerusi jawatankuasa pembinaan Masjid

Yusof Ishak, Haji Mohamad Ayub Johari, juga

melahirkan kesyukuran saranan beliau untuk

menggunakan nama Yusof Ishak bagi masjid

baru yang sedang dibina telah diterima.

“Allahyarham wajar diberi penghargaan

kerana sumbangan beliau sebagai anggota pe-

rintis dan negarawan yang ternama.

“Saya juga berharap sumbangan Allahyar-

ham kepada negara dan masyarakat boleh di-

jadikan inspirasi kepada masyarakat setem-

pat,” kata Haji Mohamad Ayub ketika di-

hubungi semalam.

Saranan Haji Ayub mengabadikan nama

Yusof Ishak terkandung dalam rencana Berita

Harian yang diterbitkan April lalu.

Dalam Rapat Hari Kebangsaan kelmarin,

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengu-

mumkan bahawa masjid baru yang sedang di-

bina di Woodlands akan dinamakan Masjid

Yusof Ishak.

Dalam usaha mengenang sumbangan Allah-

yarham, beberapa usul akan dibentangkan ja-

watankuasa pembinaan Masjid Yusof Ishak.

“Mungkin kita boleh sediakan satu galeri

di masjid yang merakamkan pencapaian Allah-

yarham dan jika diizinkan pihak keluarganya,

kita boleh pamerkan artifak-artifak milik Al-

lahyarham,” kata Haji Mohamad Ayub.

Beliau menambah bahawa jasa Allahyar-

ham dalam bidang keagamaan, kewartawan-

an dan pendidikan juga perlu diiktiraf dan pi-

haknya bertekad mengimarakkan masjid den-

gan program-program demi manfaatmasyarakat.

“Mungkin satu masa kelak, Masjid YusofIshak boleh dijadikan Monumen Negara,”tambah Haji Mohamad Ayub.

Masjid baru di Woodlands itu terletak diWoodlands Drive 17 berhampiran KelabMasyarakat Ace The Place dan di sebelah ste-sen MRT laluan Thomson yang sedang dalampembinaan.

Haji Mohamad Ayub berkata pihaknya te-lah mengumpulkan hampir $1 juta bagi pembi-naan masjid berkenaan dan mengharapkansokongan masyarakat untuk mencapai matla-mat $2.5 juta.

EADLI YASHIR KUCHIT

adli@sph,com.sg

MASYARAKAT Melayu/Islamboleh mengambil iktibar daripadasumbangan dan pencapaian Pre-siden pertama Allahyarham YusofIshak untuk terus mencapai kecemer-langan.

Inspirasi dan motivasi juga dapatdiraih daripada pencapaian individucermerlang yang disebut PerdanaMenteri Lee Hsien Loong dalam Ra-pat Hari Kebangsaan kelmarin.

Demikan antara pandangan be-berapa pemimpin masyarakat ten-tang inti pati ucapan Perdana Men-teri yang menyentuh masyarakat Me-layu di rapat itu.

Setiausaha Parlimen Kesihatanmerangkap Pengangkutan, ProfesorMadya Dr Muhammad Faishal Ibra-him, berkata masyarakat masa kinidan masa depan perlu tahu akansumbangan Allahyarham kepadanegara.

“Sikapnya yang progresif dan ber-pandang depan serta komitmennyakepada Singapura perlu dicontohi.

“Kita dan generasi masa depanperlu mempelajari dan mengambil ik-tibar nilai-nilai murni Allahyar-ham,” kata Dr Faishal.

Lantas tiga inisiatif untuk mengik-tiraf jasa Allahyarham Yusof, yangdiumumkan Encik Lee dalam rapatkelmarin patut dialu-alukan, kata DrFaishal.

Tiga inisiatif itu ialah menamakansebuah masjid yang sedang dibinaatas nama Yusof Ishak, mengukir na-manya bersama Institut PengajianAsia Tenggara (Iseas) menjadi Iseas–Institut Yusof Ishak; dan mewujud-kan Kerusi Profesor Yusof Ishakdalam Sains Sosial di Universiti Na-sional Singapura (NUS).

Anggota Parlimen GRC Ang MoKio, Dr Intan Azura Mokhtar, ber-pendapat perubahan nama Iseasmencerminkan peri penting jalinanhubungan dengan negara serantau.

“Semasa hayatnya Allahyarhampernah diberi anugerah oleh kera-jaan Malaysia dan Brunei,” ujar DrIntan.

Beliau menambah kerusi Profe-

sor Yusof Ishak di NUS pula menan-dakan sumbangan Allahyarham ke-pada masyarakat – sebagai war-tawan dalam awal kerjayanya dan se-bagai Presiden Republik Singapura.

“Diharapkan, dengan pengikti-rafan ini, masyarakat kita terutamagenerasi muda boleh terus meraih in-spirasi agar mencapai tahap lebihtinggi sebagaimana yang telah dilaku-kan Encik Yusof – mencapai kece-merlangan sebagai pelajar, olah-ragawan, wartawan dan nega-rawan,” kata Dr Intan.

Anggota Parlimen GRC MarineParade, Profesor Madya Dr FatimahLateef, berkata pengiktirafan kepa-da Allahyarham Yusof Ishak bertepa-tan dengan usaha pemerintah men-yanjung jasa anggota perintis.

“Perdana Menteri juga menekan-kan, setiap orang yang menyumbangdan bekerja keras layak diberipengiktirafan yang adil tidak kiraapa bangsa, apa latar belakang,” ka-ta Dr Fatimah.

Selain itu, Perdana Menteri turut

membuat pengiktirafan penting ten-tang kemajuan MasyarakatMelayu/Islam.

Anggota Parlimen GRC ChuaChu Kang, Encik Zaqy Mohamad,memerhatikan:

“Dengan menukil kisah-kisah Me-layu yang cemerlang seperti bila-ngan siswazah yang mendapatijazah kepujian kelas pertama dan ju-ga kisah Encik Abu Bakar yang ber-jaya maju biarpun berpendidikan po-liteknik, Perdana Menteri telah

mengiktiraf pencapaian masyarakatMelayu/Islam.”

Dalam ucapan Rapat Hari Ke-bangsaan itu, Encik Lee mendedah-kan bahawa seramai 35 siswazahMelayu/Islam meraih ijazah sarjanamuda dengan kepujian kelas perta-ma daripada universiti setempattahun ini.

Beliau juga mengumumkan usahapemerintah tentang penekananmenghargai setiap individu berdasar-kan sumbangannya dan bukan han-ya kelayakannya.

KERUSI Profesor Yusof Ishak akan mem-bolehkan Fakulti Sastera dan Sains Ke-masyarakatan Universiti Nasional Singapu-ra (NUS) menarik dan melantik ahli aka-demik bidang kepelbagaian kaum dan bu-daya yang cemerlang dan diiktiraf dunia.

Profesor yang dilantik dijangka memain-kan peranan mengawasi peningkatan penye-lidikan terkini dalam pengajian kaum, etnisi-ti dan masyarakat; pelibatan komunikasidan kemasyarakatan; dan pengajian agamadan kepelbagaian agama. Ini dinyatakanNUS dalam satu kenyataan kelmarin.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong men-gumumkan penubuhan Kerusi ProfesorYusof Ishak dalam Sains Kemasyarakatanitu – sempena presiden pertama Singapura,Allahyarham Yusof Ishak – dalam ucapanRapat Hari Kebangsaan beliau kelmarin.

Ia salah satu daripada tiga penghormatanpemerintah kepada Allahyarham yang diu-mum Encik Lee.

Dua lagi penghormatan ialah masjid barudi Woodlands akan dinamakan MasjidYusof Ishak dan Institut Pengajian AsiaTenggara (Iseas) akan dinamakan semula‘Iseas–Institut Yusof Ishak’.

Usaha mengumpul dana bagi Kerusi Pro-fesor Yusof Ishak itu akan dijalankan jawa-tankuasa yang akan dilantik Menteri Ber-tanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Is-lam, Dr Yaacob Ibrahim.

NUS menyatakan Kerusi Profesor itumengabadi dan memberi penghormatan ke-pada “banyak sumbangan cemerlang EncikYusof kepada Singapura, khususnya minatmendalam beliau dalam menggalak hubun-gan harmoni dalam sebuah negara berbilangkaum dan budaya”.

“Jawatan profesor yang dibiayai itu...akan membolehkan fakulti tersebut me-narik dan melantik ahli akademik sains ke-masyarakatan yang telah menunjukkankecemerlangan dan mendapat pengiktirafanantarabangsa dalam pengajaran dan penye-lidikan bidang kepelbagaian kaum dan bu-daya,” ujar NUS.

Presiden NUS, Profesor Tan ChorhChuan, pula berkata sebagai presiden perta-ma Singapura dan canselor ketiga universitiitu, Allahyarham telah berkhidmat kepadanegara dan universiti dengan cemerlang.

“Beliau mencabar masyarakat universitiini untuk memberi inspirasi kepada kesedar-an kebangsaan dan semangat kemasyaraka-

tan, dan mengingatkan kita supaya menjadipusat bagi pengajian serta juga fokus padapembinaan negara,” kata Profesor Tan.

Dekan fakulti itu, Profesor Brenda Yeoh,menambah Kerusi Profesor Yusof Ishakakan membolehkan pihaknya meningkat-kan kepakarannya dalam pengajian kaum,etnisiti, dan kepelbagaian budaya serta aga-ma.

“Lebih penting lagi, ia akan memboleh-kan kita berusaha ke arah mengukuhkan ke-fahaman isu pelbagai kaum, pelbagai bu-daya dan agama dalam kesedaran kebang-saan, bidang yang amat diminati EncikYusof bin Ishak,” ujar beliau.

Allahyarham menjadi canselor NUS (keti-ka itu Universiti Singapura) dari 1965 hing-ga 1970. Sebagai canselor, beliau menunjuk-kan minat mendalam pada perkembangandan pembangunan NUS sebagai sebuah pu-sat kesarjanaan dan fokus pada pemban-gunan negara.

Pada 1969, Allahyarham dikurnia IjazahKehormat Doktor Persuratan oleh NUS ba-gi sumbangan pentingnya kepada pemban-gunan Singapura moden sebagai sebuahnegara pelbagai kaum dan budaya bersatupadu.

PRESIDEN UNTUK SEMUA WARGA

Masjid Yusof Ishak wadah galak nilai murni

Contohi sumbangan cemerlang Yusof Ishak

DR MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

NUS: Kerusi Yusof Ishak akan tingkatkajian kepelbagaian kaum dan budaya

DR FATIMAH LATEEF

RAPAT HARI KEBANGSAAN

BERI HORMAT: Encik Lee Hsien Loong bertinggung untuk bersalaman dengan Puan Noor Aishah yang hadir semasa Rapat Hari Kebangsaan kelmarin. – FotoJOHARI RAHMAT

ENCIK ZAQY MOHAMAD

RAPAT HARI KEBANGSAAN

Untuk semua jawatan,hanya rakyat Singapura boleh memohon.

Gedung barudibuka tidak

lama lagi

Hadiri Temuduga Terbuka**Untuk Jawatan (1), (2) & (3) sahaja**

Tarikh: Setiap Hari kecualiCuti Umum, Sabtu & Ahad

Tempat: Harvey Norman (Head Office)315 Outram RoadTan Boon Liat Building#01– 01/02 S169074

**Untuk Jawatan (4) & (5) sahaja**

Tarikh: Setiap Hari kecualiCuti Umum, Sabtu & Ahad

Tempat: Harvey Norman (Warehouse)No 7 Jalan BesutSingapore 619561

Hubungi: 6262 5150

1. Konsultan Jualan(Jabatan Elektrikal / Komputer)

2. Juruwang3. Penolong Pusat Foto4. Penyelia Gudang /

Penjaga Stor5. Pemandu Penghantaran

Masa kerja yang fleksibel bolehdiaturkan untuk Konsultan Jualan

& Juruwang sahaja.

TINJAU PEMBANGUNAN: (Dari kiri) Encik Yusof Ishak, Encik Lee Kuan Yew, Encik HonSui Sen (Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi) dan Dr Phay Seng Whatt (PengerusiSuruhanjaya Perkhidmatan Awam) meninjau pembangunan yang sedang dijalankan diEstet Perusahaan Jurong pada 1964. – Foto-foto fail THE STRAITS TIMES

TURUN PADANG:Sebagai Yangdi-Pertuan Negara,Allahyarham YusofIshak seringmengelilingi pulaumenaiki kenderaanLand Rover terbukauntuk bertemurakyat. ApabilaSingapura berpisahdari Malaysia pada1965 beliau sebagaiPresiden juga turunpadang untukmenenangkanrakyat.

HAJI MOHAMAD AYUB

Masyarakat Melayu digesa ambil iktibar sikap presiden pertama negara

DR INTAN AZURA MOKHTAR

PERBARISAN HARIKEBANGSAAN:Allahyarham PresidenYusof Ishak meninjaukawat kehormatandalam Perbarisan HariKebangsaan padapertengahan 1960-an.

Siri wang kertas Singapura memaparkan potretnya sementara sebuah sekolah menengah dan bangunan diUniversiti Nasional Singapura (NUS) menggunakan namanya. Kini, sebuah masjid, pusat pengajian tinggi dankerusi profesor akan turut mengabadikan nama Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak. Adli

Yashir Kuchit ([email protected]) menyingkap sejarah hayat Allahyarham.

ERA BARU: PresidenYusof Ishakmerasmikan sidangParlimen Singapurayang pertama pada8 Disember 1965. –Foto MCI

8 Berita Harian | Selasa, 19 Ogos 2014 Berita Harian | Selasa, 19 Ogos 2014 9

Top Related