DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
1
بسم هللا الرحمن الرحيم
Assalamulaikum warah matullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam Perak Amanjaya.
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-sama
hadir dalam Perhimpunan Bulanan, bagi bulan Jun 2013.
2. Perhimpunan Bulanan kali ini unik kerana dikelolakan bersama-
sama oleh tiga (3) Ketua Sektor iaitu Sektor Jaminan Kualiti, Sektor
Pengurusan Maklumat (ICT) dan Sektor Psikologi & Kaunseling
dengan persefahaman dan kerjasama yang erat. Terima kasih dan
tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola dan semua warga sektor
yang terlibat menjayakan majlis ini.
3. Tema yang telah dipilih untuk bulan ini adalah ‘Transformasi Minda
Pemangkin Pencapaian Aspirasi Pendidikan’. Selaras dengan hasrat
PPPM, tema ini mengajak semua warga pendidikan agar bersedia
mengubah minda ke arah pemikiran positif untuk menyokong dan
menyahut cabaran melaksanakan lima (5) Aspirasi Sistem dan enam
(6) Aspirasi Murid.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
2
Aspirasi Sistem : i) Akses ii) Kualiti iii) Ekuiti iv) Perpaduan v) Kecekapan Aspirasi Murid : i) Pengetahuan ii) Kemahiran berfikir iii) Kemahiran memimpin iv) Kemahiran dwi-bahasa v) Etika dan kerohanian vi) Identiti nasional
4. Minda yang berkualiti sentiasa optimis untuk melaksanakan sesuatu
perkara supaya menghasilkan yang terbaik walaupun menghadapi
pelbagai halangan. Minda bestari pula sentiasa mengunakan segala
peluang teknologi sebagai pengupaya untuk membantu mencapai
hasrat yang ditetapkan. Manakala minda sejahtera pula, mampu
memberikan sepenuh tumpuan dan komitmen supaya hasil kerja
mencapai produktiviti yang tinggi.
5. Oleh itu transformasi minda biasa ke arah minda berkualiti, bestari
dan sejahtera mampu menjadi pengerak kepada pencapaian
Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid yang disasarkan dalam PPPM.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
3
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati
sekelian
CABARAN SISTEM PENDIDIKAN MASA KINI
6. Kemenjadian murid adalah outcome utama sistem pendidikan
negara. Proses penting yang akan menjamin pencapaian ini adalah
kualiti PdP dalam bilik darjah dan kemampuan kepimpinan
instruksional sekolah mengwujudkan persekitaran pembelajaran
yang selesa dan harmoni.
7. Kemudahan teknologi internet dunia siber masa kini menyediakan
pelbagai perkhidmatan online untuk pembelajaran, pencarian
maklumat serta ruang sosial tanpa batasan waktu atau sempadan
geografi. Di rumah atau tempat awam, maklumat mudah diperolehi
daripada dunia siber oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses
kepada internet. Maklumat ini pula boleh disebarkan dengan sangat
pantas melalui pelbagai kemudahan dan gajet yang canggih seperti
smartphone, android atau PC tablet.
8. Hanya pengguna yang bijak sahaja dapat membezakan sumber
maklumat yang benar atau yang palsu. Warga pendidik mestilah
mempunyai kemahiran minda cemerlang untuk menilai setiap
maklumat yang diterima dari media elektronik atau yang diperolehi
melalui laman sosial dunia siber supaya tidak terperangkap dengan
tipu muslihat dan propaganda pihak yang tidak bertanggungjawab.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
4
9. Sudah tentu pelbagai maklumat ini perlu semak dan dinilai sama
ada berpaksi sumber yang sahih atau meragukan. Generasi Y yang
terdiri dari anak-anak dan remaja mesti dibimbing oleh orang
dewasa supaya tidak mudah terpengaruh dengan serangan siber
dan elemen negatif ini. Kemahiran memilih maklumat ini sangat
penting untuk menjamin golongan ini ada jati diri dan tidak mudah
terpengaruh dengan sebaran maklumat palsu.
10. Sekolah-sekolah juga telah dilengkapi dengan persekitaran
pembelajaran maya dan pengurusan pentadbiran dijalankan melalui
internet mudah alih berkelajuan tinggi 4G. Ini Bermakna pengaruh
internet juga telah masuk ke kawasan sekolah dan warga pendidik
beresiko terpengaruh dengan sebaran maklumat media sosial yang
tidak tepat kerana tiada jaminan keselamatan 100% kandungan
bahan yang ditapis bebas dari unsur negatif yang boleh merosakkan
pemikiran murid.
11. Konflik manafaat dan ancaman sumber maklumat internet untuk
menambahkan pengetahuan bagi memenuhi tuntutan era
globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu
teknologi dan jati diri pengguna.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
5
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENGAUDITAN MS ISO 9001:2008
12. Pengauditan Dalaman ISO jabatan akan dilaksanakan pada bulan
Julai 2013 manakala audit SIRIM dijadualkan pada bulan September
2013. Semua sektor/ unit diminta membuat persediaan dan
semakan dokumen supaya sentiasa mematuhi Prosedur Kerja yang
telah ditetapkan. Jabatan berharap pada tahun ini tidak ada Non
Compliance Report (NCR) yang major. Selain itu seluruh warga
jabatan hendaklah berusaha untuk meminimakan laporan
Opportunity For Improvement (OFI).
13. Semua Pengurus dan Pembantu Kualiti sektor hendaklah sentiasa
bekerjasama dengan Ketua Sektor dan pegawai yang
bertanggungjawab supaya melaksanakan setiap prosedur yang
telah ditetapkan dalam dokumen ISO. Taklimat dan mesyuarat
penyelarasan hendaklah diadakan dengan lebih kerap supaya
semua warga jabatan mempunyai kefahaman yang sama dan akur
dengan tatacara yang dilaksanakan.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
6
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENILAIAN PENARAFAN BINTANG (STAR RATING)
14. Penilaian Penarafan Bintang KPM akan dilaksanakan pada tahun
2014 berdasarkan dokumen yang disediakan pada tahun 2013. Tiga
(3) komponen utama yang akan dinilai iaitu Kewangan/ Tadbiran
(50%), Perkhidmatan Teras (25%) dan Khidmat Pelanggan (25%).
Pencapaian daerah akan menyumbang 5% dan pencapaian JPN
akan menyumbang 10% markah prestasi KPM.
15. Oleh itu, semua pegawai/ staf setiap sektor diminta memberikan
kerjasama mematuhi dan melengkapkan dokumentasi komponen
yang dinilai oleh panel supaya prestasi jabatan dan kementerian
mencapai taraf lima (5) bintang. Sektor Jaminan Kualiti sebagai
urus setia akan menyelaraskan taklimat dan latihan kepada pegawai
meja setiap sektor melaksanakan SSR di jabatan.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
7
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PROGRAM 5S
16. Program 5S jabatan telah dilancarkan pada akhir tahun 2013.
Semua bahagian dan blok bangunan telah diletakkan di bawah
tanggungjawab ketua zon masing-masing untuk mengemaskini dan
mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Setiap zon bersaing
secara sihat melaksanakan tugasan mengikut kreativiti idea ahli dan
perancangan tersendiri.
17. Pada awal tahun 2013, satu pertandingan mencipta logo dan slogan
5S jabatan. Sambutan dalam kalangan pegawai dan staf jabatan
sangat menggalakkan. Diharapkan logo dan slogan ini akan dapat
memeriahkan lagi pelaksanaan 5S di jabatan.
18. Sehingga Jun 2013, sejumlah empat (4) PPD telah berjaya
melaksanakan amalan 5S di pejabat masing-masing iaitu PPD
Batang Padang, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta
Selatan
19. Saya mencadang kepada Urusetia 5S jabatan supaya mengadakan
pertandingan antara untuk memilih zon yang telah mencapai
kecemerlangan dan zon yang berjaya menghasilkan kreativiti serta
inovasi melaksanakan 5S sebelum pengauditan dalaman
dilaksanakan. Ganjaran hadiah yang menarik boleh ditawarkan
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
8
kepada setiap pemenang yang berjaya sebagai inisiatif galakan
kepada warga jabatan.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
9
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian MODERATOR PORTAL JABATAN
20. Portal Jabatan Pelajaran Perak versi baharu telah beroperasi
bermula bulan April 2013. Sejumlah 57 orang moderator dari sektor
dan wakil persatuan di JPN telah dilantik untuk mengemaskini
kandungan portal setiap hari. Sejumlah dua (2) orang webmaster
dari Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) telah dilantik untuk
mentadbir operasi portal ini dari segi teknikal.
21. Penilaian terhadap moderator yang aktif menyumbang bahan dibuat
secara berkala untuk memantau prestasi perkhidmatan individu. Sijil
penghargaan khas diberikan kepada moderator yang telah
berkhidmat dengan cemerlang. Manakala pertandingan pelbagai
kategori pemilihan moderator terbaik akan diadakan pada bulan
November tahun ini sebagai galakkan persaingan sihat
meningkatkan bahan berkualiti dalam portal.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
10
22. Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati
sekelian
PROGRAM PEMENTORAN
23. Pementoran adalah satu pendekatan untuk memberi bimbingan,
sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor bagi
pembangunan diri menti. Pendekatan yang digunakan melibatkan
aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran personal dan
profesional seorang pegawai dalam jangkamasa yang ditetapkan.
24. Program ini telahpun dilaksanakan bermula Jun sehingga Disember
2013. Sejumlah 11 orang mentor dan 11 orang menti teribat di JPN
dan setiap PPD diwakili 2 orang mentor dan 2 orang menti.
25. Tujuan program Pementoran adalah seperti berikut :
i) Membimbing pegawai yang memerlukan bimbingan dalam
meningkatkan prestasi kerjaya dan psikososial.
ii) Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek
personel, sosial, budaya dan profesional.
iii) Membina keperibadian tinggi dalam kalangan warga
organisasi.
iv) Membudayakan budaya keja kelas pertama dan prestasi
tinggi dalam organisasi.
v) Menerapkan amalan pembelajaran berterusan.
vi) Meningkatkan imej dan prestasi pegawai dan organisasi.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
11
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENGUMUMAN : PROMOSI SISC+ dan SIP+
26. Dalam kesempatan ini, saya ingin membuat promosi jawatan School
Improvement Specialist Coach + (SISC+) dan School Improvement
Partner + (SIP+) yang akan ditempatkan di PPD selaras dengan
program transformasi daerah.
27. SISC+ adalah seorang pembimbing kepada guru berdedikasi dan
komited untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah yang
ingin ditingkatkan prestasinya.
28. SIP+ pula adalah seorang pembimbing kepada pihak pengurusan
untuk meningkatkan kualiti pentadbiran di sekolah yang ingin
ditingkatkan prestasinya.
29. Sejumlah 120 orang calon jawatan SISC+ dan 36 SIP+ akan dilantik
bermula 01 Januari 2014. Saya harap ramai warga pendidik yang
berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan dapat
membuat permohonan segera.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
12
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian
PENGUMUMAN : KEPUTUSAN TAWARAN BARU 2012
30. Berdasarkan Tawaran Baru (New Deals) yang merupakan salah satu
sub-NKRA (National Key Result Area) Kementerian Pelajaran, setiap
Guru Besar dan Pengetua perlu merancang dan berusaha untuk
mengangkat kedudukan sekolah masing-masing setinggi mungkin
dalam peperiksaan awam. Kejayaan cemerlang ini akan
meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang menyumbang tujuh
puluh peratus (70%), sementara Penilaian Kendiri Sekolah (PKS)
menyumbang tiga puluh peratus (30%) dalam penilaian pemilihan
calon-calon yang layak dikurniakan Tawaran Baru.
31. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa keputusan Tawaran
Baru KPM 2012 telahpun diperolehi. Sejumlah 72 buah sekolah
rendah di negeri Perak telah tersenarai untuk dikurniakan Tawaran
Baru kepada Guru Besar. Seramai 59 Guru Besar telah berjaya
setelah verifikasi dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) dengan pecahan 40 buah Sekolah Kebangsaan (SK), 14 buah
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan lima (5) buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
13
32. Bagi sekolah menengah pula, sejumlah 22 buah sekolah telah
tersenarai untuk dicadangkan menerima Tawaran Baru. Daripada
jumlah tersebut, 15 Pengetua telah berjaya menerima anugerah
tersebut dengan pecahan tujuh (7) buah Sekolah Berasrama Penuh
(SBP), tujuh (7) buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan
satu (1) buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
33. Tahniah dan syabas kepada semua sekolah yang telah berjaya.
Jabatan berharap bilangan Guru Besar serta Pengetua yang akan
menerima Tawaran Baru pada tahun ini akan terus bertambah.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
14
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENGUMUMAN : PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2013
34. Dalam usaha kita melahirkan guru yang berinovasi, berbagai usaha
telah dilaksanakan. Pertandingan Guru Inovatif 2013 diadakan
untuk memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi dalam kalangan
guru di negeri Perak, bagi mencapai tahap rekacipta terkini dari segi
rekabentuk dan kegunaan. Ia juga sebagai platform bagi
penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang
kreativiti dan teknologi untuk menunjukkan kemampuan mereka
mencipta atau menemui sesuatu yang baru.
35. Pencapaian cemerlang negeri Perak adalah menjadi Johan
Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2013 Kategori
Individu Sekolah Menengah yang telah dimenangi oleh Encik
Romizal Rosdi dari SMK Seri Setia, Teluk Intan.
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013
15
Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PELANCARAN PROGRAM PEMENTORAN DAN LOGO 5S
36. Dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ , saya dengan sukacitanya
melancarkan Program Pementoran dan Logo 5S Jabatan Pendidikan
Negeri Perak.
PENUTUPAN
37. Sekian. Terima kasih.
Wa billahi taufiq, wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh