document1

7
Page 1 of 7 January 2008: VTDI Model ASSURE Reka Bentuk Pengajaran Tajuk : Beriman Dengan Hari Akhirat Guru : Hairolnizam bin Hj. Selamat Tahun : 3 Al-Khawarizmi Mata Pelajaran : Pendidikan Islam - Akidah Tempoh Masa : 60 Minit Analisis Pelajar Ciri umum : i. Tahun 3 Al-Khawarizmi ( 38 orang ) ii. Umur : Semua murid berumur di kalangan 9 tahun iii. Aliran : Perdana iv. Jantina : Terdiri daripada 18 murid lelaki dan 20 murid perempuan. v. Penempatan/kawasan :Semua murid merupakan penduduk luar bandar. vi. Murid keseluruhannya berbangsa melayu dan beragama Islam. vii. Hanya kelas tunggal dan mempunyai tahap pemahaman murid yang berbeza. Kompetensi khusus: i. Murid mengetahui beberapa kejadian bencana alam yang berlaku adalah tanda- ii. tanda kiamat. iii. Murid mengetahui bahawa setiap perbuatan ada balasannya. Gaya pembelajaran i. Auditori - Murid-murid menjalani pembelajaran melalui pendengaran melalui kaedah penerangan guru dan perisian ICT ii. Visual - Murid –murid menjalani pembelajaran melalui penglihatan dan pemerhatian dari kaedah perbincangan dan sumbangaran yang dilakukan. iii. Interpersonal- Murid berkomunikasi dan bekerjasama dalam melaksanakan Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Upload: hairolnizam-selamat

Post on 30-Jul-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1 of 7 January 2008: VTDI

Model ASSURE Reka Bentuk Pengajaran

Tajuk : Beriman Dengan Hari Akhirat

Guru : Hairolnizam bin Hj. Selamat

Tahun : 3 Al-Khawarizmi

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam - Akidah

Tempoh Masa : 60 Minit

Analisis Pelajar

Ciri umum :

i. Tahun 3 Al-Khawarizmi ( 38 orang )

ii. Umur : Semua murid berumur di kalangan 9 tahun

iii. Aliran : Perdana

iv. Jantina : Terdiri daripada 18 murid lelaki dan 20 murid perempuan.

v. Penempatan/kawasan :Semua murid merupakan penduduk luar bandar.

vi. Murid keseluruhannya berbangsa melayu dan beragama Islam.

vii. Hanya kelas tunggal dan mempunyai tahap pemahaman murid yang berbeza.

Kompetensi khusus:

i. Murid mengetahui beberapa kejadian bencana alam yang berlaku adalah tanda-

ii. tanda kiamat.

iii. Murid mengetahui bahawa setiap perbuatan ada balasannya.

Gaya pembelajaran

i. Auditori - Murid-murid menjalani pembelajaran melalui pendengaran melalui

kaedah penerangan guru dan perisian ICT

ii. Visual - Murid –murid menjalani pembelajaran melalui penglihatan dan

pemerhatian dari kaedah perbincangan dan sumbangaran yang

dilakukan.

iii. Interpersonal- Murid berkomunikasi dan bekerjasama dalam melaksanakan

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Page 2 of 7 January 2008: VTDI

kaedah

perbincangan melalui sesi soaljawab yang berlaku. Murid lebih

berpeluang untuk menampilkan diri.

Nyatakan Objektif

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyatakan pengertian Hari Akhirat.

2. Menyebut Dalil Naqli Wajib Beriman Dengan Hari Akhirat.

3. Menjelaskan maksud beriman Kepada Hari Akhirat.

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan

a. Set induksi

Media : Audio visual

Kaedah : Soaljawab

Bahan : Gambar bencana alam & video tsunami

Rasional pemilihan : Penggunaan gambar kaku dan video dapat menarik

perhatian murid tentang tajuk yang akan dipelajari. Penggunaannya yang

dilengkapi dengan visual yang berwarna-warni dan audio yang jelas mampu

membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid-murid. Bahan seperti ini juga

mudah didapati melalui carian internet.

b. Langkah 1

Media : Visual (teks)

Kaedah : Penerangan dan soaljawab

Bahan : Slaid powerpoint

Rasional pemilihan : Murid lebih berminat belajar secara visual dan mendengar

penerangan dari guru. Tumpuan akan lebih diberikan dan guru mudah memberikan

penerangan.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Page 3 of 7 January 2008: VTDI

c. Langkah 2

Media : Visual

Kaedah : Perbincangan dan soaljawab

Bahan : Powerpoint

Rasional Pemilihan : Melalui perbincangan akan menyediakan ruang dan peluang

bagi murid-murid untuk menyatakan pendapat masing-masing melalui pengalaman

dan pengetahuan mereka. Selain itu, murid juga boleh bertukar-tukar idea dan

pendapat dengan rakan-rakan dalam kumpulan agar idea yang lebih bernas

diperoleh.

d. Langkah 3

Media : Visual

Kaedah : Sumbangsaran dan perbincangan

Bahan : Gambar-gambar keindahan ciptaan Allah – air terjun, salji

Rasional pemilihan : Murid akan lebih teransang dengan gambar untuk

mengeluarkan pendapat mereka melalui perbincangan didalam kumpulan dan

seterusnya memupuk sikap berani ke hadapan bagi berkongsi maklumat dengan

kumpulan yang lain.

e. Langkah 4

Media : Visual

Kaedah : Bertulis

Bahan : Slaid petikan teks dan lembaran kerja

Rasional pemilihan : Penggunaan slaid petikan teks dapat menarik minat murid

mencari maklumat yang dikehendaki sebagai bahan ransangan dan rujukan.

Lembaran kerja yang dibina dengan menggunakan perisian microsoft word juga lebih

menarik, jelas serta mudah difahami oleh murid.

f. Penutup

Media : Audio Visual

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Page 4 of 7 January 2008: VTDI

Kaedah : Soaljawab dan Rumusan

Bahan : Lagu videoklip Rukun Iman

Rasional pemilihan : Selepas menyaksikan videoklip guru dapat bersoaljawab

dengan murid tentang isi pengajaran dan seterusnya guru boleh membuat rumusan

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalan.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

1)Media ICT digunakan untuk menarik minat dan perhatian pelajar.

Bagaimana disemak/dipratonton:

Guru memastikan alat berfungsi dengan baik sebelum digunakan dan memastikan

penggunanya secara menyeluruh dan menyediakan backup program sebagai langkah

berjaga-jaga.

Persediaan persekitaran :

Guru memastikan susun atur kerusi meja murid dan guru dalam keadaan yang bersedia

dan ruang kelas dalam keadaan bersedia dan suasana yang kondusif semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran berjalan.

2)Kaedah penerangan dan perbincangan melalui teknik soaljawab digunakan bagi

mewujudkan interaksi dua hala antara guru dan murid.

Bagaimana disemak/dipratonton :

Guru memastikan soalan yang diberi pada tahap aras yang sesuai dengan murid dan

penerangan guru menggunakan bahasa yang mudah.

Persediaan persekitaran :

Guru memastikan murid dalam keadaan bersedia dan menunjukkan minat untuk turut serta.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Page 5 of 7 January 2008: VTDI

Persediaan pengalaman pembelajaran :

Guru perlu membimbing murid semasa bersoaljawab dan melakukan penerangan secara

berselang seli dengan penerangan.

3)Bahan yang dipilih untuk :

a) Paparan gambar bencana alam dan tayangan video untuk meransang murid.

b) Slaid power point interaktif memudahkan guru membuat penerangan dan sebagai

rujukan murid untuk menjana idea.

c) Video selingan lagu nasyid sebagai penutup.

Bagaimana disemak/ dipratonton:

Guru memastikan video/slaid yang dibina mempunyai kualiti yang baik dari segi audio dan

visualnya dan bersesuaian dan juga mengambil tahu durasi video yang akan di tayangkan

kepada murid supaya mengikut perancangan.

Persediaan persekitaran :

Kedudukan murid bersesuaian dan selesa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

dijalankan.

Persediaan pengalaman pembelajaran :

Pembelajaran berpusatkan bahan dan murid, oleh itu guru perlu membuat pemerhatian

dan pengawalan kelas dengan baik.

Penglibatan Pelajar

Set induksi (5 minit)

- Murid meyaksikan gambar bencana alam dan tayangan video Tsunami.

- Guru bersoaljawab dengan murid tentang dan mengaitkan dengan tajuk pengajaran.

Langkah 1 (15 minit)

- Murid mendengar penerangan isi pengajaran oleh guru menggunakan slaid

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Page 6 of 7 January 2008: VTDI

powerpoint berkaitan pengertian Hari Akhirat, beriman kepada Hari Akhirat, Hukum

dan Dalil Naqli.

- Murid bersoaljawab dengan guru tentang isi pengajaran.

Langkah 2 (10 minit)

- Murid menyaksikan paparan slaid powerpoint berkaitan perihal kehidupan alam

akhirat.

- Murid dan guru dalam sesi perbincangan mengenai isi pengajaran.

Langkah 3 (20 minit)

- Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyenaraikan

sebab ( alasan ) berlaku Hari Akhirat merujuk bahan ransangan yang diberikan.

- Setiap wakil kumpulan tampil ke hadapan dan menyatakan hasil dapatan kumpulan

mereka dan kumpulan lain menilai hasil mereka.

- Murid dan guru mengadakan perbincangan dan membuat rumusan terhadap isi

pengajaran.

Langkah 4 (6 minit)

- Murid menjawab soalan lembaran kerja yang diberi sebagai penilaian.

- Murid diberi bahan ransangan dan dipaparkan sebagai rujukan murid untuk

menyiapkan lembaran kerja yang diberi.

- Guru membuat penilaian hasil kerja murid dan pemulihan terhadap murid yang

lemah.

Penutup (4 minit)

- Murid diperdengarkan nasyid “ Rukun Iman ” kepada murid.

- Murid menjawab pentanyaan guru tentang nasyid yang didengari.

- Guru membuat rumusan dan penilaian terhadap sesi pengajaran yang disampaikan.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Page 7 of 7 January 2008: VTDI

Menilai dan Menyemak Semula

Penilaian pelajar :

- Murid dapat menyatakan pengertian Hari Kiamat.

- Murid dapat menyebut Dalil Naqli wajib Beriman Dengan Hari Akhirat.

- Murid dapat menerangkan alasan mengapa berlakunya Hari Akhirat.

Keberkesanan media :

- Bahan ICT yang disediakan dan dibina amat membantu dalam proses P & P.

- Bahan ICT yang disediakan dan dibina menarik minat murid dan bersesuaian.

Penilaian guru :

- Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik seperti yang

dirancangkan.

- Keseluruhannya objektif pengajaran tercapai melalui penilaian yang diberi dan

pemulihan dapat dilakukan kepada murid yang lemah melalui lembaran kerja yang

diedarkan.

DISEDIAKAN OLEH : Hairolnizam bin Selamat PIM3 PPG Ambilan Jun 2011 ( Semester 4 ) UNTUK PERHATIAN : Puan Zuraidah binti Baharin

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)