· web viewcontoh propoposal berkesan: assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan salam...

4
CONTOH PROPOPOSAL BERKESAN: Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan salam sejahtera pihak pengurusan (nama syarikat penerbitan). Semoga warga (nama syarikat penerbitan) berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin. Pertama-tama, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian anda untuk membaca emel ini. Maaf sekiranya ia mengganggu masa anda. Izinkan saya memperkenalkan diri. Saya, (nama anda) merupakan seorang penulis dan berminat menulis buku bersama (nama syarikat penerbitan). Saya berminat menulis bertemakan (nama topik). Justeru, saya telah menulis proposal dan disertakan pada bahagian bawah emel ini. Saya juga menulis judul-judul cadangan selanjutnya untuk perhatian tuan. Saya kepilkan bersama juga, satu contoh bab penulisan buat perhatian tuan. Semoga mendapat maklum balas memberangsangkan dari tuan. Terima kasih. Sekian. Judul Buku: Pakej Blog Super - Buat Duit Dengan Freelance Blogging Kategori Buku: Bisnes dan Pengurusan Ringkasan Buku: Buku ini menceritakan pengalaman penulis yang pernah menjadi freelance blogger, yakni mengambil servis bagi menulis artikel di blog. Peluang menjana pendapatan sampingan di rumah ini sesuai untuk para pelajar, pekerja kerajaan dan swasta, dan individu yang ingin memiliki bisnes freelance, tanpa memerlukan kos yang tinggi. Tidak banyak buku di luar sana yang membincangkan topik buat duit dengan blog secara khusus. Buku ini akan menerangkan secara spesifik yang merangkumi proses sebelum, dan semasa menjadi freelance blogger. Ini termasuklah cara meletakkan harga servis, lubuk untuk mencari klien, kaedah penerimaan pembayaran, kaedah penjenamaan diri, dan cara berurusan dengan pelanggan. Menurut laman web PTS, senarai terlaris pada bulan Ogos 2011 adalah buku 'Blog + Google Adsense = Duit' karya Tuan Shamsuriyadi, dan 'Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop' karya Tuan Zamri Mohamad. Ini

Upload: vothien

Post on 06-Mar-2018

221 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewCONTOH PROPOPOSAL BERKESAN: Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan salam sejahtera pihak pengurusan (nama syarikat penerbitan). Semoga warga (nama syarikat penerbitan)

CONTOH PROPOPOSAL BERKESAN:

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan salam sejahtera pihak pengurusan (nama syarikat penerbitan).

Semoga warga (nama syarikat penerbitan) berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin.

Pertama-tama, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian anda untuk membaca emel ini. Maaf sekiranya ia mengganggu masa anda.

Izinkan saya memperkenalkan diri. Saya, (nama anda) merupakan seorang penulis dan berminat menulis buku bersama (nama syarikat penerbitan).

Saya berminat menulis bertemakan (nama topik). Justeru, saya telah menulis proposal dan disertakan pada bahagian bawah emel ini. Saya juga menulis judul-judul cadangan selanjutnya untuk perhatian tuan.

Saya kepilkan bersama juga, satu contoh bab penulisan buat perhatian tuan.

Semoga mendapat maklum balas memberangsangkan dari tuan.

Terima kasih. Sekian. 

Judul Buku:Pakej Blog Super - Buat Duit Dengan Freelance Blogging

Kategori Buku:Bisnes dan Pengurusan

Ringkasan Buku:Buku ini menceritakan pengalaman penulis yang pernah menjadi freelance blogger, yakni mengambil servis bagi menulis artikel di blog. Peluang menjana pendapatan sampingan di rumah ini sesuai untuk para pelajar, pekerja kerajaan dan swasta, dan individu yang ingin memiliki bisnes freelance, tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Tidak banyak buku di luar sana yang membincangkan topik buat duit dengan blog secara khusus. Buku ini akan menerangkan secara spesifik yang merangkumi proses sebelum, dan semasa menjadi freelance blogger. 

Ini termasuklah cara meletakkan harga servis, lubuk untuk mencari klien, kaedah penerimaan pembayaran, kaedah penjenamaan diri, dan cara berurusan dengan pelanggan.

Menurut laman web PTS, senarai terlaris pada bulan Ogos 2011 adalah buku 'Blog + Google Adsense = Duit' karya Tuan Shamsuriyadi, dan 'Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop' karya Tuan Zamri Mohamad. Ini menunjukkan terdapat permintaan daripada para pembaca mengenai topik-topik blogging.

Selain itu, kebanyakan siri Buat Duit juga merangkumi isi kandungan yang berkaitan dengan perniagaan internet, dan program bekerja dari rumah. Malah penerimaan masyarakat tempatan mengenai program buat duit internet, khususnya blogging juga menunjukkan satu perkembangan positif. Ini dapat dilihat menerusi kewujudan Seminar Blogging yang dianjurkan oleh individu-individu berpengalaman.

Malah masyarakat kini juga sudah sedia maklum mengenai potensi blog, selepas Berita Harian memaparkan kisah kejayaan Red Mummy menjana pendapatan lumayan menerusi blog pada 23 Januari 2011.

Buku Buat Duit Dengan Freelance Blogging ini adalah pelengkap untuk pemilik blog, atau penulis yang ingin menjana pendapatan sampingan di internet. Buku ini dapat membantu mereka untuk mengenal pasti kekuatan diri, cara untuk meletakkan harga, menguruskan

Page 2: · Web viewCONTOH PROPOPOSAL BERKESAN: Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan salam sejahtera pihak pengurusan (nama syarikat penerbitan). Semoga warga (nama syarikat penerbitan)

kerja, membina jenama, dan juga menjana pendapatan lumayan dengan menawarkan servis freelance blogging.

Perancangan Jangka Masa Panjang (Buku Bersiri):Selain itu, projek ini juga mempunyai perancangan untuk mewujudkan buku bersiri, bagi memberikan situasi menang-menang kepada penulis dan penerbit. 

Ini bermakna penjenamaan terhadap buku 'Pakej Blog Super' akan dibahagikan kepada beberapa tajuk seperti:

- Buat Duit Dengan Freelance Blogging - Buat Duit Dengan Pengiklanan- Membina Pengaruh Menerusi Penulisan Media 2.0- Menjual Servis Menerusi Blog- Menjual Produk Fizikal Blog- Buat Duit Dengan Servis Konsultansi

Rangka kandungan buku:

Berikut adalah cadangan rangka kandungan buku 'Pakej Blog Super - Buat Duit Dengan Freelance Blogging'

BAB01: Apa Itu Freelance Blogging?- Satu Lagi Lubuk Buat Duit Dari Rumah- Kerjaya Halal Memandaikan Bangsa- Kerjaya Freelance Blogging Persada Antarabangsa- Nasihat Kejayaan Hamka Untuk Penulis Freelance

BAB 02: Potensi Freelance Blogging Di Malaysia- Fantasi Freelance- Persediaan sebelum menjadi penulis sepenuh masa- Konsep 'Snowball Effect' Dalam Kejayaan Freelance Blogger - Buat Duit Tanpa Perlu Keluar Rumah- Mempunyai masa untuk diri sendiri, dan keluarga- Freelance blogger seorang pengembar

BAB03: Meletakkan Harga Servis Freelance Blogging- Jangan Hina Kemampuan Diri- Letakkan ikut kemampuan menanggung kualiti

BAB04: Jangka Masa Kerja Freelance Blogger- Rancang masa kerja- Menganggap Diri Sendiri Sebagai Bos dan Pekerja

BAB05: Menjaga Kualiti Masa dan Kualiti Kerja- Rancang jadual penulisan

BAB06: Menetapkan Ruangan Kerja SoHo- Keperluan penting seorang usahawan SoHo- Keperluan sampingan

BAB07: Portfolio - Web Sendiri atau Menumpang?- Kelebihan memiliki (dot) com sendiri- Bahayanya menumpang di bawah payung orang lain

BAB08: Hentam Kromo atau Bina Identiti?- Identiti akan menang, hentam akan karam

BAB09: 8 Tip Penjenamaan Gerila Gaya Apple - Semakin Gah, Semakin Mahal- Cipta logo

Page 3: · Web viewCONTOH PROPOPOSAL BERKESAN: Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan salam sejahtera pihak pengurusan (nama syarikat penerbitan). Semoga warga (nama syarikat penerbitan)

- Kad bisnes- Blog - Kongsikan kepakaran- Simpel- Mempunyai tema warna- Cipta personaliti- Cantikkan customer experience- Menjadi arkitek jenama

BAB10: Sistem KPI Memudahkan Pengurusan Freelance Blogger- Apa itu KPI?- Bagaimana KPI dapat memaksimumkan pendapatan freelance blogger?- Rekod gerak kerja, hasil tepat pada masa

BAB11:  Rahsia Mengukuhkan Brand dan Identiti- Sentiasa lampirkan social proof- Cara menghubungi bekas pelanggan

BAB12: Urus Klien Gaya Jutawan- Aplikasikan fungsi invois- Teknik follow-up- Strategi promosi viral menggunakan klien sedia ada

BAB13: 3 Lubuk Buat Duit Di Malaysia- Forum- Facebook- Blog

BAB14: Mempengaruhi Prospek Untuk Memilih Servis Kita- Fokus pada kelebihan yang klien akan miliki- Berani bersuara- Personaliti mempersona

BAB15: Menyediakan Ruang Pembayaran Online- Maybank2u- CIMB Clicks- Paypal

BAB16: Membina Hubungan Bisnes Jangka Masa Panjang       - Menganggap freelance blogging itu satu bisnes

BAB17: Mencipta Momentum Sebagai Freelance Blogger- Mengaku kalah bukan pilihan pertama- Menulis gol yang bermakna

BAB18: Senarai Semak Freelance Blogger- Keperluan sebelum, dan semasa menjadi freelancer- Jadual kerja untuk freelance blogger separuh masa