doa pulang dan doa pagi

4

Click here to load reader

Upload: syauqi-zamry

Post on 03-Dec-2015

261 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

sk

TRANSCRIPT

Page 1: DOA PULANG Dan Doa Pagi

DOA PULANG

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH

YA ALLAH YA TUHAN KAMI

Ampunilah dosa kami

Dosa kedua ibubapa kami

Dan dosa guru-guru kami

YA ALLAH YA RAHMAN

Berkatilah segala ilmu

Yang telah kami pelajari

Pada hari ini

Perbaikilah Akhlak kami

Sebagaimana Akhlah Nabi Muhammad SAW

Selamatkanlah perjalanan pulang kami

Dan perjalanan pulang guru-guru kami

Page 2: DOA PULANG Dan Doa Pagi

DOA PAGI

YA ALLAH YA RAHMAN

Di pagi yang berkat ini kami memohon kepada Mu

Ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami

Guru-guru kami, kaum muslimin muslimat

Sama ada yang masih hidup

Mahupun yang telah meninggal dunia

YA ALLAH YA KARIM

Bukakanlah hati-hati kami

Dan lapangkanlah dada kami

Untuk menerima ilmu

Serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi

Jadikanlah kami pelajar-pelajar yang berguna

Taat kepada perintah agama

Menyayangi ibubapa

Beradab kepada guru

Serta mencintai ilmu

Page 3: DOA PULANG Dan Doa Pagi

LAMBAIAN PULANG 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Pihak Pentadbir dan guru-guru SK Kompleks Tembesu mengucapkan terima kasih

kepada anak-anak didik semua kerana hadir ke sekolah pada hari ini.

Selamat pulang diucapkan semoga kita berjumpa lagi keesokan hari.

Hati-hati di jalan raya semoga sampai di rumah dengan selamat.

Sekian Terima Kasih.

LAMBAIAN PULANG 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Pihak Pentadbir dan guru-guru Sk Kompleks Tembesu mengucapkan

selamat pulang kepada semua murid.

Pulanglah dan kekalkan ilmu yang dipelajari didada untuk selamanya.

Cikgu harap semua murid berhati-hati semasa melintas jalan

dan selamat sampai di rumah.

Sekian Terima Kasih.