doa majlis penutup

Upload: angel-zachary-rayyan

Post on 04-Mar-2016

278 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Doa

TRANSCRIPT

Majlis Perasmian PenutupProgram Perkampungan Ilmu 2015

Teks Ucapan Bacaan Doa

SMADI

.Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Sesungguhnya kami berkumpul pada hari yang mulia lagi berbahagia ini adalah untuk mencari berkat, maghfirah dan redhamu. Maka berkatilah Majlis Perasmian Penutup Program Mahasiswa bersama Pelajar tahun 2010 Ya Allah..

Ya Fatah Ya Alim

Sesungguhnya kami yang hadir pada malam ini Ya Allah mempunyai satu iltizam yang tinggi untuk menjadi pemimpin dan yang dipimpin Ya Allah. Ini kerana, kami sedar bahawa kami yang bakal begelar mahasiswa dan mahasiswi inilah yang bakal merencanakan, mencorakkan serta membentuk modal insan yang berkualiti di masa hadapan . Oleh ituberilah kekuatan dan semangat dalam diri kami untuk menempuh sebarang ranjau, mehnah, cabaran dan tribulasi yang mendatang ini dengan penuh ketenangan, keyakinan dan istiqomah Ya Allah

Ya Zaljala Liwal Ikram

Moga-moga program yang telah kami lalui selama 3 hari ini mampu membuang segala sifat serta sikap negatif dan mazmumah yang ada dalam diri kami, moga berlakunya juga pekongsian pintar sesama kami, serta perkukuhkanlah ikatan hati-hati kami agar kami dapat hidup di dalam sekolah ini sebagai sebuah keluarga yang harmoni.Kami mengharapkan agar Program Mahasiswa bersama Pelajar ini mampu memberikan kami input dan pengetahuan yang berguna dalam usaha kami untuk menjalani memimpin rakan-rakan kami dan juga untuk mempersiapkan diri kami bagi menjadi pemimpin yang berkualiti di masa akan datang Ya Allah