doa iftitah

12
BEBERAPA PERSOALAN SOLAT MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN 3 CARA MEMBACA DOA IFTITAH Membaca doa iftitah setelah takbirat al-Ihram merupakan satu tuntutan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Terdapat sebegitu banyak hadis yang menunjukkan bagindashalallahu 'alaihi wasallam amat menitik beratkan pembacaan doa iftitah ini. Walaupun majoriti ulama’ menyatakan membaca doa iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam serta mempraktikkan suruhannya sebagaimana sabdanya:"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[1] maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat: يِ نْ عَ يَ وءُ ضُ وْ ل اَ عَ ضَ يَ فَ َ ّ ضَ وَ تَ ي يَ ّ نَ حِ س َ ّ ن ل اْ $ نِ مٍ دَ حَ لٌ ةَ لَ ضُ ّ مِ تَ يَ لَ ّ لَ 2 حَ َ ّ اُ دَ مْ حَ يَ وُ رِ ّ 2 بَ كُ يَ ّ مُ < ث> ُ هَ عِ ض اَ وَ م

Upload: almira143

Post on 20-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

BEBERAPA PERSOALAN SOLAT

MAKLUMAT BUKU:KANDUNGAN

3CARA MEMBACA DOA IFTITAHMembacadoaiftitahsetelahtakbirat al-Ihrammerupakan satu tuntutan Nabishalallahu 'alaihi wasallam. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan AllahSubhanahu wa Ta'ala. Terdapat sebegitu banyak hadis yang menunjukkan bagindashalallahu 'alaihi wasallamamat menitik beratkan pembacaan doaiftitahini. Walaupun majoritiulamamenyatakan membaca doaiftitahini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabishalallahu 'alaihi wasallamserta mempraktikkan suruhannya sebagaimana sabdanya:"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[1]maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doaiftitahini. Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabishalallahu 'alaihi wasallamyang menunjukkan bahawa doaiftitahini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat: .Tidak sempurna solat seseorang sehinggadiamenyempurnakan wuduknyasebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla, menyanjung-Nya,dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah baginya (dihafalnya)[2]Apa yang dapat kita fahami dari hadis di atas adalah, setelah kita bertakbirmaka hendaklah kita memuji dan menyanjungi Allah'Azza wa Jallamelalui pembacaan doaiftitah. Tanpanya maka tidak sempurnalah solat kita.Kebiasaannya bagi umat Islam diMalaysia, doaiftitahyang diamalkan dalam solat adalah seperti berikut: .Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku daripada golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku adalah tergolong dari golongan Islam.[3]Namun begitu, setelah diteliti doaiftitahdi atas, maka dapati tidak wujud satu hadispun yang sahih datangnya dari Nabishalallahu 'alaihi wasallamyang menunjukkan bagindashalallahu 'alaihi wasallammengajar cara pembacaan sedemikian rupa. Setakat kajian penulis, yang wujud hanyalah hadis-hadis yang seakan-akan sama dengan cara pembacaan di atas tetapi ianya terpisah-pisah dan diambil sekerat sahaja.Marikita lihat hadis-hadis tersebut:[4]Pertama:Dari Ibn 'Umar, dia berkata:Sedang kami bersolat bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, salah seorang dari kami mengucapkan: .Allah yang Maha Agung lagi Maha Besardan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah pagi dan petang.Bersabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam:Siapa yang telah mengucapkan kalimat begini dan begini?Salah seorang dari kami menjawab: Saya, wahai Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.Baginda berkata: Ianya (ucapan tersebut) telah membangkitkan rasa ajaib kepada aku kerana pintu-pintu syurga telah terbuka disebabkan oleh ucapan itu.Ibn 'Umar berkata: Aku tidak pernah meninggalkan ucapan tersebut semenjak mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkata begitu.[5]Kedua:Dari AlibinAbi Thalibradhiallahu 'anh, dia berkata: Bila Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri hendak mengerjakan solat, diucapkannya takbir kemudian dibacanya: . . . .Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta seluruh langit dan bumi, dengan sepenuh penyerahan dan bukanlah aku daripada golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.Tidak ada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintah dan aku tergolong dari golongan Islam.YaAllah, Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu, aku telah membuat aniaya terhadap diriku dan mengakui kesalahanku, maka ampunilah dosaku kesemuanya, dan tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosaku itu melainkan Engkau.Dan tunjukilah aku kepada akhlak terbaik, tak ada yang akan menuntun kepada akhlak yang terbaik itu kecuali Engkau; dan jauhkanlah aku dari akhlak yang jelek, tak ada yang dapat menjauhkan aku dari akhlak yang jelek itu melainkan engkau.Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan aku patuhi perintah-Mu.Dan kebaikan itu seluruhnya berada dalam Tangan-Mu sedangkan kejahatan itu tak dapat dipergunakan untuk menghampirkan diri kepada-Mu.Aku milik-Mu, kepada-Mu-lah yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi, aku meminta ampun dan bertaubat.[6]Cara pembacaan yang lazimnya dibacakan di Malaysia adalah hasil penggabungan dan pemotongan kedua-dua hadis di atas. Sekiranya menggabungkan kedua-dua hadis di atas adalah baik untuk dibacakan sebagai doaiftitahdalam solat tentu Nabishalallahu 'alaihi wasallamakan mengajar kita cara yang sedemikian rupa dan tentu juga para sahabatradhiallahuanhumserta paratabiut at-Tabiinyang paling awal sekali mengamalkan cara pembacaan tersebut. Namun hakikatnya ia tidak sedemikian rupa. Oleh itu sepatutnya kita berusaha untuk mengamalkan doaiftitahsebagaimana yang telah diajar oleh Nabishalallahu 'alaihi wasallamdengan tidak merubahnya dengan penambahan atau pengurangan kepada bentuk pembacaan yang lain. Ini selari dengan perintah bagindashalallahu 'alaihi wasallamuntuk mencontohi baginda sepenuhnya dalam tatacara bersolat sebagaimana sabdanya:"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[7]Tambahan lagi Allah'Azza wa Jallajuga berfirman:Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allahdan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[8]Oleh itu adakah wajar bagi kita untuk membelakangi cara yang ditunjukkan oleh Rasulullahshalallahu 'alaihi wasallamseorang manusia yang telah dijamin oleh AllahSubhanahu wa Ta'alasebagai contoh ikutan yang terbaik lantas memilih doaiftitahyang hanya direka cipta oleh insan lain yang tidak terpelihara dari kesalahan (tidak maksum)? Firman AllahSubhanahu wa Ta'ala:Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (shalallahu 'alaihi wasallam)kepada kamu maka terimalah serta amalkandan apa yang ditegah daripada kamu, hendaklah kamu jauhi.[9]

Selain dari dua cara pembacaan doaiftitahdi atas, terdapat beberapa lagi bentuk bacaan yang telah diajar oleh bagindashalallahu 'alaihi wasallamyang antaranya adalah seperti berikut:[10]Pertama:Berkata Abu Hurairah: Biasanya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam diam sejenak antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Aku berkata: Dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah, diamnya engkau antara takbir dan bacaan, apakah yang engkau ucapkan? Baginda bersabda: Aku mengucapkan: . . .Ya Allah, jauhkanlah antara aku dengan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat.Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari noda.Ya Allah, cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air, saljidan air embun.[11]Kedua:Dari Abdurrahman bin Auf katanya: Saya bertanya kepada Aisyah doa apakah yang dibaca Nabi Allah shalallahu 'alaihi wasallam sebagai pembukaan solat bila dia melakukannya di waktu malam. Jawab beliau: Sebagai pembukaan bagi solatnya di waktu malam Nabi membaca: .Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.[12]Ketiga:Dari Ibnu Abbas, katanya: Bila Nabi shalallahu 'alaihi wasallam melakukan solat tahajjud di waktu malam, dia membaca: . .Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemelihara seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. EngkaulahRajaseluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Nur seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemilik seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu, Engkaulah yang Maha Benar, janji-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, firman-Mu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, dan Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam itu benar dan hari kiamat itu benar.Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri, dengan-Mu aku berimandankepada-Mu akubertawakal. Hanya kepada-Mu aku bertaubat. Hanya kepada-Mu aku mengadu, dan kepada hukum-Mu aku berpedoman. Oleh kerana itu, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang akan datang, yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan kecuali Engkau(atau selain Engkau)dan tiada daya atau kekuatan kecuali hanya dengan pertolongan-Mu.)[13]Terdapat beberapa lagi bentuk doaiftitahyang pernah diamalkan oleh Rasulullah shalallahu'alaihi wasallamyang datang dari hadis-hadis baginda yang sahih.[14]Dengan kepelbagaian cara bacaan Nabishalallahu 'alaihi wasallamini, maka tidak sepatutnya kita mempunyai ruang untuk memilih cara pembacaan doaiftitahyang tidak diketahui siapa yang mencipta kaedahnya atau daripada mana sumbernya. Malah al-Syafiirahimahullahjuga tidak membaca doaiftitahsebagaimana yang lazimnya dibacakan di Malaysia yang mengaku mazhab rasminya adalah mazhab al-Syafii. Beliau dalam kitabnyaal-Umm(Kitab Induk) telah menggunakan doaiftitahyang diriwayatkan daripada Aliradhiallahuanhseperti yg telah saya paparkan di atas.[15]Telah berkata al-Syafiirahimahullah:Kalau ditambah sesuatu padanya atau dikurangkan (pada bacaan doaiftitahtersebut pen), nescaya aku memandangnya makruh.[16]Sewajarnya bagi umat Islam di Malaysia yang mengaku bermazhab al-Syafii untuk akur dengan pendapat pembela sunnah (al-Nashir al-Sunnah) ini. Maka marilah kita sama-sama mengamalkan pembacaan doaiftitahdalam solat kita sebagaimana yang benar-benar diajar olehRasulullahshalallahu 'alaihi wasallamselari dengan perintah bagindashalallahu 'alaihi wasallammelalui sabdanya:"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[17]