diskaun 10% ptptn

6
FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT ANSURAN BAYARAN BALIK PINJAMAN/ PEMBIAYAAN PTPTN SELAMA 12 BULAN BERTURUT-TURUT ATAU 12 BULAN KE HADAPAN MENGIKUT JADUAL BAYARAN BALIK MULAI 1 OKTOBER 2012 SOALAN 1 Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%? Jawapan : Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Oktober 2012. SOALAN 2 Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%? Jawapan : Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini. Pengiraan dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Oktober 2012. SOALAN 3 Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi daripada ansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut- turut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%? Jawapan : Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.

Upload: ciklaili-com

Post on 22-Jun-2015

9.970 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diskaun 10% PTPTN

FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT ANSURAN BAYARAN BALIK

PINJAMAN/ PEMBIAYAAN PTPTN SELAMA 12 BULAN BERTURUT-TURUT ATAU 12 BULAN KE HADAPAN

MENGIKUT JADUAL BAYARAN BALIK MULAI 1 OKTOBER 2012 SOALAN 1 Siapakah yang layak menerima pemberian diskaun 10%? Jawapan : Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman/ pembiayaan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Oktober 2012.

SOALAN 2 Saya telah membuat bayaran balik pada setiap bulan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan : Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini. Pengiraan dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Oktober 2012. SOALAN 3 Saya telah membuat bayaran balik ansuran bulanan melebihi daripada ansuran bulanan yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut? Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan : Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.

Page 2: Diskaun 10% PTPTN

Contoh pengiraan : Jumlah bayaran balik mengikut : RM2,100 Jadual bayaran balik (12 bulan) Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan) : RM3,000 Pemberian diskaun yang diberikan : RM 300 (10% x RM3,000)

SOALAN 4 Saya membuat bayaran balik setiap bulan tetapi tidak mengikut jadual bayaran balik iaitu kurang daripada ansuran yang ditetapkan, tetapi berturutan selama dua belas (12) bulan. Adakah saya layak mendapat pemberian diskaun 10%?

Jawapan : Tidak layak.Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang ditetapkan. SOALAN 5 Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%?

Jawapan : Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula 1 Oktober 2012.

SOALAN 6 Dalam bentuk apakah pemberian diskaun 10% ini diberikan? Jawapan : Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.

Page 3: Diskaun 10% PTPTN

SOALAN 7 Bilakah pemberian diskaun 10% akan diberikan kepada peminjam? Jawapan : Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.

SOALAN 8 Saya telah dikenakan tindakan saman/ penghakiman, tetapi membuat bayaran balik secara ansuran berturutan selama dua belas (12) bulan (selepas Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%? Jawapan : Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balik selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah.

SOALAN 9 Berapa kalikah diskaun 10% diberikan kepada peminjam? Jawapan : Pemberian diskaun 10% akan diberikan tanpa had (masih dalam jadual bayaran balik sebenar), tertakluk kepada peminjam membuat bayaran balik untuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan. SOALAN 10 Saya telah membuat bayaran balik (sebelum Bajet 2013 diumumkan). Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%? Jawapan : Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1 Oktober 2012 dan ke hadapan.

Page 4: Diskaun 10% PTPTN

SOALAN 11 Adakah saya perlu memohon bagi mendapatkan pemberian diskaun 10%? Jawapan : Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan. SOALAN 12 Saya membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji tetapi terdapat kesilapan potongan gaji/ lewat diremitkan oleh majikan kepada PTPTN. Adakah saya layak untuk pemberian diskaun 10%? Jawapan : Layak setelah pengesahan semula dilakukan oleh pihak majikan kepada PTPTN.

SOALAN 13 Saya telah menunaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) tetapi bukan merupakan peminjam PTPTN. Adakah saya layak menerima pemberian diskaun 10%? Jawapan : Layak sekiranya bayaran balik Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) dibuat selama dua belas (12) bulan berturut-turut bermula 1 Oktober 2012.

SOALAN 14 Adakah pemberian diskaun 10% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN? Jawapan : Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.

Page 5: Diskaun 10% PTPTN

SOALAN 15 Bagaimanakah pemberian diskaun 10% dikira? Jawapan : Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulanan mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan. SOALAN 16 Sekiranya saya mempunyai lebih daripada dua (2) pinjaman, adakah saya layak untuk menerima pemberian diskaun 10%? Jawapan : Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. SOALAN 17 Saya membuat bayaran tetapi tidak konsisten (kadang-kadang mengikut jadual bayaran balik, kadang-kadang kurang), dan telah membuat bayaran balik dua belas (12) bulan berturutan sebelum ini, adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%? Jawapan: Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10% hanya diberikan untuk ansuran berturut-turut selama dua belas (12) bulan atau dua belas (12) bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. SOALAN 18 Saya membuat bayaran balik sekali (melalui KWSP), adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%? Jawapan: Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau melebihi ansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan.

Page 6: Diskaun 10% PTPTN

SOALAN 19 Saya telah membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji dan dijangka akan tamat pada Disember 2012. Adakah saya layak untuk mendapat pemberian diskaun 10%? Jawapan : Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada Oktober 2012 dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut-turut. SOALAN 20 Saya telah membuat bayaran balik melalui Arahan Tetap (Standing Instruction – SI) tetapi mengikut rekod PTPTN terdapat bayaran balik yang tidak diterima dalam tempoh 12 bulan ? Jawapan : Semakan akan dilakukan dan kelayakan akan ditentukan berdasarkan kepada semakan PTPTN dan pihak bank.