dibwh langit yg sama

8

Click here to load reader

Upload: cik-ha

Post on 29-Jun-2015

191 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

pembentangan pelajar tingkatan 5 Sek Men Islam Aman,K.Bharu, Kelantan

TRANSCRIPT

Page 1: Dibwh langit yg sama

Bahasa Melayu : SajakDi Bawah Langit Yang Sama

Kumpulan ke 10 : Asni Hazima Nur Afifah✿ ✿

Page 2: Dibwh langit yg sama

Di BawahLangit yang Sama (Lim Swee Tin)Di bawah langit yang samaKita hirupi udaraTanpa mengira BeirutmuAtaupun Kuala LumpurmuKita menghirup udara yang samaDi bawah langit yang sama.

Aku suka gerimis di Kota LondonPernah terpesona angin dingin-tajam di WashingtonPohon-pohon hijau atau aneka warnaTiada bezanya.

Siapa pun menghuni Australia penghuni AfrikaKerana di bawah langit ini kita sama.

Aku ingin menyeberangi Laut China SelatanLayari LautanTeduh rentasi Laluan SuteraBerkongsi siang miliki malamAnyam cinta pelangikan zamanTiupkan harapan senadaSesama kita – warga duniaDi bawah langitnyaYang sama.

Peta-peta itu yang memisahkanJangan tutup pos sempadanVisa hanya keperluan rasmi seketikaPasport dokumen pengenalan titik mulaKita dakapi mimpi tak berbezaGapai hasrat

Lebur kebencian kuburkan sejarah hitamDi bawah langit yang Sama.

Page 3: Dibwh langit yg sama

MaksudSajakRangkap 1 ➜Tidak kira sama ada di Beirut atau di Kuala Lumpur, semua manusia adalah sama. Mereka menghirup udara yang sama & berteduh dibawah langit yang sama. Rangkap 2 ➜Penyajak menyatakan bahawa dia suka akan hujan rintik-rintikdi Kota London . Dia pernah juga terpikat akan ke dinginan angin di Washington . Dia mendapati pohon-pohon hijau atau aneka warna di sana tiada bezanyadengandi tempat lain.  Rangkap 3 ➜Orang yang tinggaldi Australia atau di Afrika juga tetap berada dibawah langit yang sama. Rangkap 4 ➜Penyajak ingin menyeberangi Laut China Selatan, melayari Lautan Teduh dan merentasi Laluan Sutera. Dia ingin berkongsi siang dan malam, menyemaikan rasa cinta sejagat, dan memberikan harapan yang sama kepada warga dunia. Rangkap 5 ➜Meskipun warga dunia dipisahkan oleh peta-peta, penyajak berharap agar sempadan yang memisahkan manusia itu sentiasa terbuka. Visa dan pasport hanyalah merupakan dokumen rasmi bagi pengenalan diri . Atas dasar perpaduan sejagat, manusia perlu membuang perasaan benci dan melupakan sengketa silam.

Page 4: Dibwh langit yg sama

Kemanusiaan sejagat. Manusia yang ada dimuka

bumi ini adalah sama kerana semuanya berada

dibawah langit yang sama.

T E M A !

Page 5: Dibwh langit yg sama

Persoala

n

2) Halangan-halangan hubungan

baik antara masyarakat dunia.

1) Tanggungjawab setiap manusia untuk

mewujudkan keamanan dunia

3) Perkongsian sumber alam secara adil dan

saksama

Page 6: Dibwh langit yg sama

a) Repetisi– “Di bawahlangit yang sama” [rangkap 1, baris 1 danbaris 6 ]

b) Hiperbolai- “angindingin-tajam” ii- “LayariLautanTeduhrentasiLaluanSutera”iii- “ pelangikanzaman”

c) Asonansi(pengulanganhurufvokal)i- Di bawahlangit yang samaIi- Ataupun Kuala Lumpurku

d) Aliterasi(pengulanganhurufkonsonan)i- “Kita dakapimimpitakberbeza”Ii- “Anyamcintapelangikanzaman”

Unsur bahasa

Page 7: Dibwh langit yg sama

N I L A IKasih sayangSetiap insan adalah sama dan harus menyayangi atas nama kemanusiaan

PerpaduanPerpaduan hidup masyarakat dunia menjamin keharmonian dan dunia

MuafakatHarapan kehidupan masyarakat dunia akan tercapai apabila harapan itu dilaungkan secara bersama-sama dan senada

PersahabatanManusia didunia boleh bersahabat baik kerana halangan yang ada adalah keperluan dan peraturan rasmi yang seketika sahaja

Berpandangan positifSikap benci-membenci dan sejarah hitam dalam kalangan masyarakat dunia wajar dileburkan

Page 8: Dibwh langit yg sama

1. Masyarakat dunia hendaklah bersatu padu dan menerima antara satu sama lain tanpa mengira keturunan dan asalusul .

2. Perasaan benci-membenci mesti dihindari bagi mewujudkan keharmonian hidup sejagat

3. Pasport, dokumen visa, dan pos sempadan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk masyarakat dunia mewujudkan perbezaan

PENGAJARAN