deria pndengaran

3
Nurul Ain Bt Batni G 5.2 Deria pendengaran merupakan deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar. Pendengaran ialah suatu proses pencerapan bunyi. Di dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gentian rerambut halus yang terdapat di dalam telinga. Rerambut halus ini bertindak mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah- zarah kecil yang terdapat di persekitaran. Dengan adanya proses seperti ini, pendengaran dapat dihasilkan. Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak- kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Pertuturan merupakan lisan dalam percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu. Oleh hal yang sedemikian, deria pendengaran sangat penting bagi kita manusia. Hal ini kerana, tanpa wujudnya sistem pendengaran yang baik, ia akan menjadi punca kepada permasalahan pertuturan.

Upload: ain-batni

Post on 12-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

try tes

TRANSCRIPT

Page 1: deria pndengaran

Nurul Ain Bt Batni

G 5.2

Deria pendengaran merupakan deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang

dihasilkan oleh objek bergetar. Pendengaran ialah suatu proses pencerapan bunyi. Di

dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gentian rerambut halus yang

terdapat di dalam telinga. Rerambut halus ini bertindak mengesan pergerakan

membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah

kecil yang terdapat di persekitaran. Dengan adanya proses seperti ini, pendengaran

dapat dihasilkan.

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam

perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan

mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa

pertuturan. Pertuturan merupakan lisan dalam percakapan. Apabila seseorang bertutur,

ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran

mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu

mendengar dan bertutur. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah

pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah

pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung

atau dikatakan sebagai bisu. Oleh hal yang sedemikian, deria pendengaran sangat

penting bagi kita manusia. Hal ini kerana, tanpa wujudnya sistem pendengaran yang

baik, ia akan menjadi punca kepada permasalahan pertuturan.

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehidupan kerana kemahiran

mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala ini akan

terganggu jika berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik.

Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-

kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam

kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak

balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan

ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan

Page 2: deria pndengaran

ibunya. Selain daripada itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang

lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis.

Disamping itu, mendengar adalah kemahiran bahasa yang paling kerap

digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk

menegaskan kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak

dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca

bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.

Justeru itu, pentingnya deria pendengaran tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ianya

berfungsi untuk mendengar dan memahami percakapan orang di sekeliling kita.

Secara keseluruhannya, dengan bantuan deria pendengaran, kita dapat

menjalankan komunikasi yang berkesan. Kita dapat menjana dan menerima maklumat

yang disampaikan dan maklumat tesebut boleh kita aplikasikan dalam menjalankan

kehidupan yang baik.

Rujukan

Blog Cikgu Lily: NOTA. (n.d.). Retrieved from http://cheroslailiy.blogspot.com/p/nota.html

Harnie. (2008, November 9). Masalah Pendengaran & Pertuturan(Pemulihan Khas. Retrieved

from http://irene-masalahpendengarandanpertuturan.blogspot.com/