deontologi

14
DEONTOLOGI EVA NATHYLEA

Upload: eva-nathylea

Post on 04-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

deontologi

TRANSCRIPT

Deontologi

DeontologiEVA NATHYLEA

Teori prinsip kewajipanPengenalanTokoh penting yang membincangkan etika ini adalah Immanuel Kant (1724-1804)(falsafah Greek).Hasil karyanya : Groundwork Of The Metaphysic Of Morals dan Lectures On Ethics.PRINSIP KEWAJIPANPati etika Kant : tiada yang baik tanpa syarat kecuali good will (tekad baik)Bakat minda (kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan), hadiah atau pemberian alam (seperti kekuasaan, kekayaan dan kehormatan) dan ciri watak (seperti keberanian, ketabahan dan kecekalan hati) memang baik dan diingini namun kesemua bakat minda, pemberian alam dan ciri watak tidak boleh dianggap sebagai baik dan benar tanpa syarat.Contoh :tidak patut menggunakan kebijaksanaan (bakat minda) atau kekuasaan (pemberian alam) untuk mengeksploitasi orang lainTidak boleh menggunakan keberanian dan ketabahan hati (ciri watak) untuk menceroboh ketenteraman orang lain.Tegasnya, dalam keadaan atau situasi tertentu, bakat minda, pemberian alam dan ciri watak boleh juga menjadi jahat dan menyakiti orang lain, iaitu apabila disalahgunakan dengan tekad jahat.Selain itu,menurut Kant, Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan bukan atas apa yang dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi. Menurut Kant, walaupun kita bertujuan altruistik (mempunyai sikap mengutamakan kesenangan orang lain), tindakan kita masih tiada nilai moral jika simpati dan kemurahan hati merupakan kecenderungan semula jadi.

Menurut Kant, motif tunggal tekad baik hanyalah melakukan kewajipan.Prinsip kewajipan : tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu satu kewajipan.Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan itu, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya.Kant juga mengatakan bahawa mengamalkan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau menghormati undang-undang.

Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan oleh Kant sebagai satu prinsip moral.

Kritikan terhadap etika kantTeori Kant berpendapat seseorang itu belum baik dari segi moral jika dia bertindak semata-mata menurut kecenderungan.Hal ini kerana tindakan sedemikian bersifat semula jadi dan tidak melibatkan taakulan.Cth : individu itu masih gagal sebagai orang yang benar-benar baik jika tindakannya membantu orang lain kerana dia memang semula jadi seorang yang murah hati, bersimpati dan jujur. (perlakuannya bukan kerana tuntutan kewajipan)menurut Grassian (1981) walupun kecenderungan ialah sifat fizikal dan psikologi, dia berpendapat bahawa kesediaan seseorang itu untuk melakasanakan kewajiannya ditentukan juga oleh faktor persekitaran dan sifat yang diwarisi. Seseorang boleh dianggap palsu atau berpura-pura jika dia membantu orang lain hanya apabila dia mendapat faedah daripada bantuan itu.Beliau percaya individu yang berpura-pura atau tidak jujur juga ialah individu yang membuat sesuatu atas alasan kewajipan.Warnock (1981) dan Durkeim (1974) beranggapan bahawa kita tidak boleh dan tidak patut melakukan sesuatu yang tidak bermakna pada diri kita hanya atas sebab telah diperintahkan berbuat demikian.Ross (1998) mengkritik pendirian Kant yang mengetepikan kesan sesuatu tindakan. Menurutnya, pertimbangan moral tidak boleh mengabaikan hasil atau kesan segala perlakuan dan tindakan kita.Kant berpendapat bahawa apabila seseorang bertindak kerana kewajipan, dia juga akan mentafsirkan secara betul apa yang dituntut oleh kewajipan itu. Grassian (1981)berpendapat mungkin terdapat ramai orang yang bertindak berdasarkan tafsiran yang salah.Contohnya: ada orang berpendapat bahawa merotan anak suatu kewajipan kerana jika tidak berbuat demikian, anak-anak akan menjadi manusia yang biadap.Namun demikian, kita berpendapat bahawa hujah tersebut tidak begitu adil kerana seseorang itu tidak akan menjadi pendera kanak-kanak jika dia benar-benar mematuhi formula perintah mutlak yang antara lainnya menegaskan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat.Walaupun ditegaskan bahawa tanggungjawab dilaksanakan kerana ia adalah kewajipan tetapi apabila timbul keadaan dimana dua kewajipan berkonflik, sukar untuk memilih yang mana perlu diutamakan. Contoh : ~seorang pelajar ingin menyiapkan tugasan yang akan dihantar pada keesokkan harinya tetapi pada masa yang sama ibunya sedang sakit. Sekian,terima kasih