demokrasi dalam sistem pilihan raya

Upload: mr-oyiez

Post on 07-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    1/19

    1

    1.0 PENGENALAN

    Pilihan raya adalah merupakan salah satu elemen penting dalam amalan demokrasi.

    Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sistem pilihan raya dilihat

    sebagai suatu aktiviti yang melibatkan rakyat dalam proses pemilihan perwakilan untuk

    mewakili suara rakyat dalam proses pembuatan dasar. Seperti mana menurut Abraham

    Lincoln, the government of the people, by the people and for the people, maka aktiviti

    mengundi merupakan penyertaan rakyat dalam politik secara langsung sama ada secara

    individu mahupun dalam bentuk perkumpulan seperti melalui kumpulan pendesak,

    kumpulan berkepentingan ataupun organisasi-organisasi bukan kerajaan.

    Menurut Ghazali (1999), mengundi merupakan suatu aktiviti yang mudah dan singkat

    tetapi memerlukan kepada proses pembuatan keputusan yang dilihat kompleks,

    mengambil tempoh masa membuat keputusan yang agak panjang dan menimbulkan

    beberapa persoalan pokok yang penting. Yakni, persoalan tentang mengapa pengundi

    memilih parti dan juga calon parti A dan bukan dari parti B, mengapa pengundi memilih

    parti yang berbeza dalam pilihan raya yang berlainan dan pemilihan yang dibuat adalah

    berdasarkan kepada pertimbangan dari segi calon, parti ataupun isu?

    Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 yang telah diadakan pada 8 Mac 2008,

    ianya jelas memperlihatkan bahawa terdapatnya perubahan dalam pola pengundian rakyat

    Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional1

    (BN) tidak berjaya untuk mengekalkan majoriti

    dua pertiga dan hanya berjaya untuk mendapatkan 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat2

    telah meraih sebanyak 82 kerusi Parlimen. Dengan itu, kerajaan Pakatan Rakyat telah

    1 Barisan Nasional merupakan sebuah pakatan politik yang terdiri daripada tiga parti utama iaitu UnitedMalays National Organization (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian

    Congress (MIC) dan juga parti-parti komponen yang lain seperti parti Gerakan, Parti Bersatu Sabah (PBS),

    United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO), Sarawak Progressive Democratic

    Party (SPDP), Sarawak People's Party (PRS), People's Progressive Party (PPP), United Traditional

    Bumiputera Party (PBB), Sarawak United People's Party (SUPP), Liberal Democratic Party (LDP) dan

    United Sabah People's Party (PBRS)

    2Pakatan politik dalam Pakatan Rakyat terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia dan

    juga Parti Tindakan Demokratik (DAP)

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    2/19

    2

    berjaya membentuk lima buah kerajaan di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah,

    Kelantan, Selangor dan Perak. Oleh yang demikian, kajian ini akan memperjelaskan

    fenomena yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum 2008 dengan memerhati dan

    menganalisis orientasi pengundi berdasarkan kepada aspek isu, calon mahupun

    identifikasi seseorang pengundi terhadap sesebuah parti.

    2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN DALAM PILIHAN

    RAYA

    Dalam menerangkan tentang keputusan pilihan raya di Malaysia, terdapat tiga faktorpenting yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan dalam pengundian. Pertamanya

    menerusi teori identifikasi parti yang mengaitkan pemilihan dalam pilihan raya yang

    dibuat oleh individu berdasarkan kepada kesetiaannya kepada sesebuah parti. Kedua, iaitu

    diperhatikan menerusi perspektif calon, yakni penilaian berdasarkan kepada ciri-ciri yang

    ditonjolkan oleh seseorang calon sebagai seorang pemimpin dan ketiganya menerusi

    faktor isu-isu semasa yang mempunyai pengaruh dan kepentingan kepada pengundi.

    2.1 Teori Identifikasi Parti

    Dalam tahun 1950-an, teori identifikasi parti telah diperkenalkan oleh sekumpulan

    pengkaji psikologi sosial di Amerika Syarikat3. Menurut teori ini, pengundi mempunyai

    kesetiaan yang berpanjangan terhadap sesebuah parti tertentu dan ianya mempengaruhi

    sikap dan tingkah laku politik bagi seseorang pengundi. Kajian yang dilakukan juga

    mendapati bahawa pengundi tidak begitu peka dan berpengetahuan di dalam berpolitik,

    sebaliknya faktor identifikasi parti yang menjadi kecenderungan pengundi untuk sentiasa

    mengundi bagi parti berkenaan. Manakala sebahagian daripada pengundi pula dikatakan

    3Teori ini dikaji dan diperkenalkan oleh A.Campbell dan rakan-rakannya daripada Universiti of Michigan

    menerusi sebuah tinjauan pilihan raya yang pertama diadakan bagi seluruh Amerika Syarikat. Teori ini

    mengkritik teori sebelumnya yang menerangkan bahawa faktor keserasian di antara keutamaan pengundi

    dengan dasar sesebuah parti menjadi sebab utama yang mempengaruhi pemilihan dalam pengundian.

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    3/19

    3

    bersedia untuk mengundi parti politik yang tidak menggambarkan kehendak dan juga

    pilihan mereka dalam sesebuah pilihan raya yang tertentu (Ghazali. 1999: 25).

    Sikap dan tingkah laku politik seseorang pengundi adalah dipengaruhi oleh kesetiaan

    terhadap parti. Apabila membuat keputusan, pengundi yang mengidentifikasikan diri

    kepada sesebuah parti akan setia dan sentiasa mengundi parti tersebut, manakala

    pengundi yang tidak mengidentifikasikan diri kepada mana-mana parti dikatakan akan

    membuat keputusan berdasarkan kecenderungan mereka kepada sesuatu isu ataupun

    persepsi mereka terhadap calon. Malah, diperhatikan bahawa aspek-aspek seperti calon

    dan isu berkemungkinan mempengaruhi pengundi secara sementara dan berlaku dalam

    bilangan yang kecil. Fenomena ini tidak menjejaskan kesetiaan dan identifikasi pengundikepada sesebuah parti (Ghazali. 1999: 25-27).

    Di dalam menjelaskan situasi dalam sesebuah pilihan raya, hubungkait di antara aspek

    isu, calon dan parti boleh dilihat seperti dalam Rajah 1:

    Rajah 1: Hubungkait di antara pilihan pengundi, identifikasi parti dan sikap

    (Sumber: Budge et al. 1976: 6)

    Keahlian

    kumpulan

    sosial

    Calon

    Sikap terhadap faedah

    kumpulan

    Sikap terhadap dasar

    Isu dalam

    kempen

    Identifikasi

    parti

    Sikap terhadap parti A

    Sikap terhadap parti B

    Pilihan

    pengundi

    Kebaikan dan

    keburukan semasa

    Sikap terhadap parti

    sebagai pemerintah

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    4/19

    4

    Sekiranya terdapat pengundi yang mengidentifikasikan diri mereka kepada parti B

    memilih untuk mengundi parti A dalam pilihanraya. Maka, pemilihan mereka tersebut

    dilihat sebagai suatu yang bersifat sementara kerana ianya dibuat atas faktor isu atau

    calon. Namun, ianya tidak menjejaskan kesetiaan mereka kepada parti B. Terdapat

    kemungkinan besar dalam pilihan raya berikutnya, pengundi-pengundi tersebut akan

    mengundi semula parti B. Selain itu, teori identifikasi parti juga memperakui bahawa

    faktor isu dan calon juga boleh dipertimbangkan sebagai faktor-faktor yang

    mempengaruhi keputusan dan pilihan yang dibuat oleh pengundi (Ghazali. 1999: 27).

    2.1.1 Proses Pembentukan dan Perubahan dalam Identifikasi Parti

    Proses pembentukan identifikasi parti adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu

    mengambil kira peranan keluarga dalam mempengaruhi kesetiaan terhadap sesebuah

    parti. Institusi keluarga sebagai agen sosialisasi politik mempengaruhi kesetiaan politik

    pada anak. Sekiranya ibu bapa merupakan penyokong setia kepada parti A, maka secara

    tidak langsung terdapat kemungkinan besar bahawa anak juga menjadi penyokong setia

    kepada parti tersebut.

    Jadual 1

    Hubungan di antara ibu bapa dan anak dengan identifikasi parti

    Identifikasi parti anak Ibu bapa aktif berpolitik Ibu bapa tidak aktif berpolitik

    Demokrat

    (%)

    Republikan

    (%)

    Berkecuali

    (%)

    Demokrat

    (%)

    Republikan

    (%)

    Berkecuali

    (%)

    Demokrat yang kuat 50 5 21 40 6 20

    Demokrat yang lemah 29 9 26 36 11 15

    Bebas 12 13 26 19 16 26

    Republikan yang

    lemah

    6 34 16 3 42 20

    Republikan yang kuat 2 37 10 1 24 12

    Tidak kisah tentang

    politik/ Apati

    1 2 1 1 1 7

    100 100 100 100 100 100

    (Sumber: Campbell et al. 1960: 147)

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    5/19

    5

    Berdasarkan pemerhatian kepada jadual di atas, kecenderungan ibu bapa

    mempengaruhi identifikasi politik kepada anak-anak. Sekiranya ibu bapa merupakan

    individu yang aktif bergiat dalam politik dan merupakan penyokong setia kepada parti

    Demokrat, 50 peratus daripada anak-anak mereka turut menjadi penyokong kuat kepada

    parti Demokrat. Begitu juga demikiannya bagi ibu bapa yang aktif berpolitik dan

    menyokong parti Republikan, 37 peratus daripada anak-anak juga menjadi penyokong

    Republikan yang kuat. Oleh yang demikian, kecenderungan politik keluarga

    mempengaruhi kesetiaan politik pada anak dan seterusnya membentuk identifikasi parti

    kepada anak-anak.

    Meskipun demikian, perubahan dalam identifikasi parti boleh berlaku atas sebab duafaktor iaitu faktor peribadi dan faktor sosial. Faktor peribadi boleh dilihat menerusi

    pengalaman yang dilalui dalam suasana baru. Ianya mungkin boleh menimbulkan tekanan

    sosial yang menyebabkan seseorang itu akur kepada nilai dan pendirian politik yang

    berbeza dengan yang sedia ada. Manakala, faktor sosial seperti perubahan-perubahan

    besar dalam masyarakat dan juga langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah

    ekonomi dan sosial boleh mengubah identifikasi kepada sesebuah parti (Ghazali. 1999:

    28-30).

    2.2 Calon

    Imej boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang berbentuk subjektif. Dalam erti kata yang

    lain, imej adalah satu gambaran yang berhubung dengan gambaran persepsi iaitu

    penafsiran manusia terhadap sesuatu berdasarkan pengalaman. Boulding (1996)

    berpendapat bahawa imej adalah pengetahuan mengenai dunia di mana semasa seseorang

    melakukan interaksi, ia memperolehi mesej mengikut pengalamannya. Imej juga

    mempunyai komponen tingkah laku seperti persepsi terhadap kognitif, afektif dan konatif

    yang cenderung kepada penafsiran imej. Kognitif bermaksud sesuatu tafsiran imej yang

    melibatkan pengetahuan dan maklumat daripada persekitaran seperti latar belakang calon

    iaitu umur, pengalaman mahupun pendirian calon tersebut terhadap sesuatu isu. Afektif

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    6/19

    6

    pula merujuk kepada perasaan pengundi terhadap calon-calon yang bertanding manakala

    konatif pula adalah tindakan terhadap calon iaitu sama ada memilih untuk mengundi atau

    tidak mengundi calon tersebut.

    Menurut Nimmo dan Savage (1976), imej yang ditonjolkan oleh calon adalah dinilai

    menerusi dua aspek iaitu pertamanya menerusi peranan politik atau political role, iaitu

    aspirasi yang ditonjolkan oleh calon untuk menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah

    komuniti. Dalam erti kata lain iaitu masyarakat menilai calon menerusi perbuatan dan

    juga kelayakannya sebagai seorang pemimpin, misalnya seperti kelayakan akademik dan

    tahap pendidikan yang dimiliki oleh calon tersebut dan sumbangan calon kepada

    pembangunan rakyat di sesebuah kawasan parlimen.

    Keduanya iaitu menerusi gaya memimpin yang dimiliki oleh calon tersebut, yakni

    merujuk kepada Stylistic Role yang dimiliki oleh calon. Calon-calon yang bertanding

    dalam pilihan raya menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu untuk menarik

    pengundi dengan keupayaan yang dimilikinya, sama ada menerusi kelebihan dari segi

    liputan media massa bagi calon-calon yang bertanding dalam kawasan parlimen tertentu,

    mahupun menerusi penilaian aspek peribadi yang ada pada diri calon. Misalnya

    menonjolkan sifat-sifat jujur, berintergriti, prihatin kepada permasalahan rakyat dan

    sebagainya.

    Oleh yang demikian, peranan politik dan juga gaya memimpin berperanan sebagai

    faktor-faktor yang mempengaruhi tanggapan pengundi kepada seseorang calon dalam

    pilihan raya, seterusnya mempengaruhi orientasi pengundian rakyat dalam sesebuah

    pilihan raya.

    2.3 Isu

    Dalam pilihan raya umum 2008, pelbagai isu telah dibangkitkan oleh kedua-dua parti

    sama ada parti pemerintah yakni pihak Barisan Nasional mahupun barisan pembangkang

    iaitu Pakatan Rakyat. Barisan Nasional telah menggunakan isu politik pembangunan

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    7/19

    7

    untuk meraih sokongan dan juga undi daripada rakyat. Melalui kelebihan jentera pilihan

    raya seperti media yang dimiliki oleh parti pemerintah memudahkan lagi parti Barisan

    Nasional untuk mempromosi dan menghebahkan kepada rakyat tentang politik

    pembangunan yang telah berjaya dilaksanakan semasa pemerintahan Barisan Nasional.

    Sebaliknya, Pakatan Rakyat pula dengan menggunakan media alternatif sebagai alat

    hebahan kepada rakyat gigih memperjuangkan pelbagai isu-isu sosial seperti isu

    pembiayaan pendidikan, penyelewengan kuasa, rasuah dan korupsi yang berlaku dalam

    pentadbiran pemerintah, isu peningkatan kadar jenayah, kes pembunuhan altantuya yang

    diwarwarkan dalam media mempunyai perkaitan dengan salah seorang pemimpin

    tertinggi dalam sebuah parti komponen Barisan Nasional dan juga krisis pemimpin yaknipergolakan politik dalaman yang berlaku dalam parti UMNO. Pada masa yang sama, isu

    kegawatan ekonomi dan juga inflasi turut dijadikan isu oleh pembangkang untuk

    menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12.

    Oleh yang demikian, secara umumnya isu-isu dalam pilihan raya boleh dilihat

    daripada tiga aspek iaitu isu politik, isu ekonomi dan juga isu sosial. Ianya sedikit

    sebanyak berperanan dalam mempengaruhi proses pembuatan keputusan pengundian

    seseorang pengundi dalam sesebuah pilihan raya. Meskipun kebanyakan sarjana

    berpendapat bahawa teori identifikasi parti lebih memainkan peranan dalam menentukan

    pilihan pengundi, namun isu juga berkemungkinan boleh mempengaruhi sesuatu

    keputusan yang dibuat oleh pengundi walaupun untuk sementara dan ianya berlaku dalam

    bilangan yang kecil (Ghazali. 1999: 26).

    3.0 PERILAKU PENGUNDI

    Perilaku pengundi adalah dipengaruhi oleh aspek-aspek seperti identifikasi parti, calon

    dan juga isu. Namun, perilaku pengundi yang bakal menentukan pemilihan dan keputusan

    seseorang individu dalam membuang undi.

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    8/19

    8

    3.1 Sosialisasi Politik

    Ghazali (1999) menyatakan bahawa persekitaran, yakni merujuk kepada keluarga sebagai

    agen sosialisasi politik yang berperanan penting untuk mempengaruhi perilaku pengundi.

    Terdapat hubungkait di antara parti yang disokong oleh ibu bapa dengan perilaku

    mengundi dikalangan anak-anak.

    Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh kumpulan Michigan, mereka mendapati

    bahawa sekiranya sesebuah keluarga merupakan penyokong setia kepada Parti

    Demokratik, maka terdapat 79% kebarangkalian bahawa anak-anak dalam keluarga

    tersebut cenderung untuk menjadi penyokong kepada parti Demokratik dan begitu jugasebaliknya bagi ibu bapa yang menyokong parti Republikan. Akan tetapi, ianya berbeza

    pula halnya bagi keluarga yang mana kedua-dua ibu bapa terlibat aktif tetapi tidak

    memperlihatkan kesetiaan kepada mana-mana parti, maka peratusan anak-anak yang setia

    kepada parti Demokratik dan Republikan adalah lebih rendah.

    Atas sebab demikian, maka dikatakan bahawa keluarga sebagai agen sosialisasi

    politik adalah merupakan antara faktor yang mempengaruhi perilaku pengundi di

    kalangan rakyat kerana ibu bapa secara tidak langsung memainkan peranan dalam

    menerapkan kecenderungan pada anak-anak untuk setia kepada satu-satu parti.

    3.2 Sikap dan Persepsi Pengundi

    Persepsi adalah gambaran ataupun bayangan dalam fikiran yang melibatkan pancaindera.

    Selain itu, persepsi juga merujuk kepada tanggapan seseorang pengundi terhadap imej

    calon dalam sesebuah pilihan raya. Ini dapat meningkatkan pemahaman pengundi

    terhadap tingkah laku politik kerana proses persepsi boleh mempengaruhi keseluruhan

    proses tingkah laku pengundi. Pengundi melakukan pemerhatian berlaku dengan

    mengambil kira objek-objek persekitaran seperti parti-parti politik, calon-calon dan

    slogan, serta isu-isu politik (Kirkpatrick. 1972: 19).

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    9/19

    9

    Sikap dan persepsi pengundi terhadap isu dan calon memainkan peranan dalam

    mempengaruhi pengundi semasa pilihan raya. Sesetengah pengundi seperti pengundi

    apong dan pengundi-pengundi yang memilih untuk membuat keputusan pada saat akhir

    membuat keputusan mereka berdasarkan kepada isu dan calon. Mereka tidak terikat

    kepada mana-mana parti. Oleh yang demikian, penilaian dan persepsi pengundi terhadap

    isu dan calon adalah bersifat bebas dan bergantung atas pertimbangan mereka sendiri.

    Andaian dan jangkaan pengundi berhubung sesuatu isu dan calon tertentu yang dapat

    memenuhi kehendak mereka adalah berperanan penting dalam mempengaruhi keputusan

    sesama mengundi (Ghazali. 1999: 38).

    3.3 Teori Pilihan Rasional

    Teori pilihan rasional merupakan suatu pendekatan yang digunakan oleh saintis sosial

    bagi memahami perilaku dan tingkah laku manusia. Pendekatan ini sudahpun menjadi

    paradigma yang dominan dalam disiplin ekonomi, tetapi dalam masa kini ianya juga turut

    digunakan dalam disiplin seperti Sains Politik, Sosiologi dan Antropologi. Idea asas

    kepada teori pilihan rasional ini adalah bahawa individu melakukan apa yang terbaik bagi

    mereka dalam keadaan-keadaan yang tertentu (Green. 2002: 2).

    Premis asas kepada teori pilihan rasional adalah bahawa manusia meletakkan perilaku

    mereka berdasarkan kepada perkiraan secara rasional. Keduanya iaitu bahawa mereka

    bertindak dengan rasional semasa membuat keputusan dan seterusnya pilihan mereka

    bermatlamat untuk memaksimumkan kepuasan dan juga keuntungan bagi diri mereka4.

    Menurut Amartya Sen (1990):

    It seems easy to accept that rationality involves many features that cannot be

    summarized in terms of some straightforward formula, such as binary consistency. But

    this recognition does not immediately lead to alternative characterizations that might be

    regarded as satisfactory, even though the inadequacies of the traditional assumptions of

    rational behaviour standardly used in economic theory have become hard to deny. It will

    4http://www.businessdictionary.com/definition/rational-choice-theory-RCT.html (6 April 2009)

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    10/19

    10

    not be an easy task to find replacements for the standard assumptions of rational

    behaviour, that can be found in the traditional economic literature, both because the

    identified deficiencies have been seen as calling for rather divergent remedies, and also

    because there is little hope of finding an alternative assumption structure that will be as

    simple and usable as the traditional assumptions of self-interest maximization, or of

    consistency of choice. (dipetik dalam Green.2002: 2)

    Teori ini menyatakan bahawa manusia bertindak dalam aturan yang rasional dan

    melakukan tindakan untuk kepentingan peribadi. Teori ini juga menyatakan bahawa

    terdapatnya ganjaran dan juga hukuman yang dikaitkan dengan setiap tindakan. Individu-

    individu membuat keputusan sama ada ianya akan membawa maanfaat kepada mereka.Dalam erti kata yang lain, sekiranya ganjaran mengatasi hukuman, maka mereka akan

    mengambil tindakan berasaskan kepada apa yang telah diputuskan. Ahli psikologi juga

    telah menemukan teori untuk merangkumkan janji pemberian ganjaran dan juga ugutan

    hukuman sebagai faktor motivasi yang mendorong individu untuk melakukan atau tidak

    melakukan sesuatu tindakan (Scott. 2000).

    Kajian menunjukkan bahawa pengundi akan memilih berdasarkan kepada siapa yang

    dirasakan akan melakukan yang terbaik untuk negara mereka secara keseluruhannya.

    Sememangnya turut diakui bahawa adalah merupakan suatu tindakan yang tidak rasional

    sekiranya mengambil perkiraan yang lebih bersifat mementingkan diri sendiri apabila

    seseorang itu mengundi.

    Malahan, motivasi masyarakat dalam proses politik juga adalah tidak kurang bezanya

    dengan situasi seorang pengguna di kedai. Rakyat menyokong calon dan mengundi

    kepada pihak yang dirasakan boleh menjaga kepentingan diri mereka. Sebagai contoh,

    sekiranya seorang ahli politik mencadangkan sebuah projek yang menjanjikan

    perlindungan kepada pemilik-pemilik rumah daripada masalah banjir, tindakan seterusnya

    bergantung kepada mereka kerana manfaat dan kesan daripada daripada projek tersebut

    akan dikongsi bersama. Tidak terdapat jaminan sama ada kebajikan setiap individu akan

    terjaga.

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    11/19

    11

    Perilaku individu adalah terdorong oleh matlamat untuk memaksimakan utiliti atau

    penggunaan, jika merujuk kepada istilah ekonomi iaitu bermaksud untuk kepentingan

    kesejahteraan peribadi. Ahli ekonomi tidak menafikan bahawa masyarakat mementingkan

    keluarga, sahabat dan juga komunitinya tetapi pilihan orang awam mengandaikan bahawa

    individu adalah lebih mementingkan kepentingan peribadi.

    4.0 ANALISIS PILIHAN RAYA UMUM KE-12 DI WILAYAH

    PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    Bagi menganalisis faktor-faktor yang berperanan penting dalam mempengaruhi keputusan

    pilihan raya umum ke-12 di Malaysia. Maka, kajian ini memilih kawasan parlimenWilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menilai orientasi pengundi sama ada ianya

    cenderung ke arah identifikasi parti atau berdasarkan kepada faktor isu dan calon-calon

    yang bertanding.

    Jadual 2

    Keputusan pilihan raya umum bagi kawasan parlimen Kuala Lumpur (1995-2008)

    Kawasan Calon (Parti) JumlahPengundi

    YangMengundi

    Majoriti Pemenang

    P114 - KEPONG DR TAN SENG GIAW (DAP) 35,552 (60,347) 47,468 23,848

    P114 - KEPONG

    (2004)

    DR TAN SENG GIAW (DAP) 23,282 (60,273) 44,915 1,861

    P103KEPONG(1999)

    DR TAN SENG GIAW (DAP) 25,085 (64,956) 49,407 1766

    P103KEPONG(1995)

    DR TAN SENG GIAW (DAP) * * *

    P115BATU CHUA TIAN CHANG (PKR) 29,785 (70,544) 50,729 9,455

    P115BATU(2004)

    NG LIP YONG @ NG LIP SAT (BN)28,718

    (67,652) 46,228 11,517

    P104BATU

    (1999)

    NG LIP YONG @ NG LIP SAT (BN)

    22639

    (67,652) 46,228 11,517

    P104BATU

    (1995)

    JOSEPH CHONG CHEK AH

    (BEBAS)

    * * *BEBAS

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    12/19

    12

    P116 -

    WANGSA

    MAJU

    WEE CHOO KEONG (PKR) 19,637 (54,509) 39,481 150

    P116 -

    WANGSA

    MAJU (2004)

    YEW TEONG LOOK (BN) 23,135 (50,682) 36,425 10,185

    P105 -

    WANGSAMAJU (1999)

    ZULHASNAN RAFIQUE (BN) 29997 (75,087) 54,276 5718

    P105 -

    WANGSA

    MAJU (1995)

    DATUK DR. KAMAL SALIH (BN) * * *

    P117 -SEGAMBUT

    LIM LIP ENG (DAP) 25,046 (59,690) 42,901 7,732

    P117 -SEGAMBUT

    (2004)

    TAN KEE KWONG (BN) 28,061 (57,349) 39,794 16,968

    P106SEGAMBUT

    (1999)

    TAN KEE KWONG (BN) 24,926 (60,110) 41,266 8586

    P106 -

    SEGAMBUT

    (1995)

    TAN KEE KWONG (BN) * * *

    P118 -

    SETIAWANGSA

    DATUK ZULHASNAN RAFIQUE

    (BN-UMNO) 25,489

    (57,161) 43,762 8,134

    P118 -

    SETIAWANGSA

    (Baru) (2004)

    ZULHASNAN RAFIQUE (BN)

    27,757

    (51,536) 36,137 19,669

    P119 -

    TITIWANGSA

    DR LO' LO' MOHD GHAZALI (PAS)

    17,857

    (49,892) 33,933 1,972

    P119 -

    TITIWANGSA

    (2004)

    ASTAMAN ABDUL AZIZ (BN)

    22,910

    (52,017) 34,194 11,815

    P107

    TITIWANGSA

    (1999)

    DATUK SULEIMAN MOHAMED

    (BN) 18,624

    (53,694) 35,735 1513

    P107 -TITIWANGSA

    (1995)

    DATUK SULEIMAN MOHAMED(BN) * * *

    P120 - BUKITBINTANG

    FONG KUI LUN (DAP) 26,811 (59,986) 39,811 14,277

    P120 - BUKITBINTANG

    (2004)

    FONG KUI LUN (DAP) 19,107 (65,112) 39,637 286

    P108 - BUKIT

    BINTANG

    (1999)

    FONG KUI LUN (DAP) 19,115 (62,865) 37,294 1134

    P108 - BUKITBINTANG

    (1995)

    DR. LEE CHONG MENG (BN) * * *

    P121 - LEMBAH

    PANTAI

    NURUL IZZAH ANWAR (PKR)

    21,728

    (56,650) 41,289 2,895

    P121 - LEMBAH

    PANTAI (2004)

    SHAHRIZAT ABDUL JALIL (BN)

    26,474

    (56,562) 37,873 15,288

    P109 - LEMBAH

    PANTAI (1999)

    SHAHRIZAT ABDUL JALIL (BN)

    18,689

    (52,607) 35,961 1417

    P109 - LEMBAH

    PANTAI (1995)

    SHAHRIZAT ABDUL JALIL (BN) * * *

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    13/19

    13

    P122 -

    SEPUTEH

    TERESA KOK SUH SIM (DAP)

    47,230

    (76,891) 58,142 36,492

    P122 -

    SEPUTEH

    (2004)

    TERESA KOK SUH SIM (DAP)

    28,921

    (74,702) 46,503 11,503

    P110

    SEPUTEH(1999)

    TERESA KOK SUH SIM (DAP)

    28,657

    (72,014) 52,705 5200

    P110 -

    SEPUTEH

    (1995)

    LIEW AH KIM (MDP) * * *

    P123 - CHERAS TAN KOK WAI (DAP) 39,253 (68,725) 50,450 28,300

    P123 - CHERAS(2004)

    TAN KOK WAI (DAP) 26,940 (67,794) 43,146 10,970

    P111CHERAS

    (1999)

    TAN KOK WAI (DAP) 27,477 (65,784) 46,166 8788

    P111 - CHERAS

    (1995)

    TAN KOK WAI (DAP) * * *

    P124 - BANDARTUN RAZAK

    TAN SRI ABDUL KHALIDIBRAHIM (PKR) 28,123

    (72,628) 54,438 2,515

    P124 - BANDARTUN RAZAK

    (2004)

    TAN CHAI HO (BN) 33,223 (67,241) 49,519 17,527

    P112 - BANDAR

    TUN RAZAK

    (1999)

    TAN CHAI HO (BN) 22,273 59,182 43,322 1224

    P112- BANDARTUN RAZAK

    (1995)

    TAN CHAI HO (BN) * * *

    Petunjuk :

    Democratic Action Party Barisan Nasional Bebas

    Parti Keadilan Rakyat Parti Islam Se-Malaysia Malaysian Democratic Party

    * tiada data terperinci bagi pilihan raya tahun 1995.

    (Sumber: Berita Harian Online dan Tripod)

    4.1 Orientasi Pengundian di Kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala

    Lumpur

    Berdasarkan pemerhatian kepada jadual di atas, terdapat perubahan yang ketara pada pola

    pengundian semenjak pilihan raya umum 1995 sehinggalah pilihan raya umum 2008.

    Pengaruh identifikasi parti boleh dilihat menerusi pilihan raya bagi kawasan parlimen

    seperti Kepong, Setiawangsa, Bukit Bintang, Seputeh dan juga Cheras. Kawasan-kawasan

    MDP

    BEBAS

    MDP

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    14/19

    14

    tersebut menunjukkan prestasi cemerlang parti-parti tertentu bagi kawasan-kawasan

    pilihan raya tertentu.

    Misalnya bagi kawasan parlimen Kepong, Bukit Bintang, Seputeh dan juga Cheras

    adalah merupakan kubu kuat Parti DAP kerana ia telah berjaya memenangi kerusi di

    parlimen tersebut sebanyak tiga hingga empat kali berlangsungnya pilihan raya umum di

    Malaysia. Keadaan ini menunjukkan bahawa terdapatnya identifikasi parti di kalangan

    pengundi-pengundi di kawasan parlimen tersebut. Bagi parti Barisan Nasional pula,

    mereka hanya mampu mempertahankan kerusi parlimen Setiawangsa apabila berjaya

    memenangi kerusi tersebut untuk empat pilihan raya berturut-turut.

    Tidak dinafikan juga bahawa faktor calon turut memainkan peranan dalam

    mempengaruhi orientasi pengundi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam pilihan

    raya 2008, barisan pembangkang telah memperkenalkan calon-calon dari kalangan muka-

    muka baru seperti Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan lain-lain calon

    Pakatan Rakyat yang dilihat membawa imej yang bersih, baik dan bebas daripada

    tuduhan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dan kronisme. Ini secara tidak

    langsung mempengaruhi perilaku pengundi dari segi tanggapan dan juga persepsi yang

    wujud di antara pengundi terhadap calon-calon yang bertanding di kawasan masing-

    masing. Rakyat lebih memilih untuk mengundi calon yang dirasakan berkelayakan, yang

    memiliki keperibadian yang mulia dan juga berkeupayaan untuk menjadi pemimpin dan

    wakil kepada rakyat.

    Selain itu, kemenangan pembangkang di Wilayah Persekutuan juga dibantu oleh

    faktor isu ekonomi dan isu-isu sosial yang dibangkitkan oleh pembangkang.

    Pembangkang telah membangkitkan isu-isu sosial seperti kadar jenayah yang semakin

    meningkat, isu-isu integriti seperti korupsi, nepotisme dan kronisme, halangan dan

    sekatan dari segi kebebasan bersuara dan juga isu pendidikan yang telah berjaya menarik

    perhatian pengundi dalam pilihan raya umum 2008.

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    15/19

    15

    Jadual 3

    Analisis strata isu-isu utama yang difaktorkan sebagai masalah negara

    Isu-isu utama Responden

    Masalah pembiayaan pendidikanTuntutan diberikan biasiswa

    4193

    Masalah pembiayaan pendidikan secara umum

    Tuntutan dihapuskan yuran sekolah, universiti dan lain-lain

    3774

    Masalah peningkatan indeks jenayah

    Tuntutan dibasmikan kemasukan pendatang asing

    2095

    Masalah rasuah dan kronisme dalam institusi kerajaan 2076

    Masalah kemudahan awam terutama pengangkutan awam 2072

    Masalah kesihatan

    Tuntutan kesihatan percuma atau alternatif kaedah kesihatan yang murah

    2007

    Masalah kebebasan bersuara

    Tuntutan kebebasan dan keterbukaan media

    2004

    Masalah kenaikan harga barang

    Tuntutan sistem kawalan harga dan jaminan kualiti

    1855

    Masalah pekerjaan dan gaji/ upah 1576

    Masalah perumahan

    Tuntutan kawalan harga dan sewa

    1355

    Jumlah 21000

    (Sumber: www.zentrum.uni.cc)

    Dalam suatu kajian yang dijalankan ke atas responden dari kalangan umur 21 tahun

    hingga 41 tahun, berpandukan kepada 1500 responden bagi setiap negeri telah mendapati

    bahawa isu-isu sosial dan juga isu yang berkait dengan ekonomi merupakan isu-isu

    penting yang menarik perhatian rakyat dalam pilihan raya umum 2008. Berdasarkan

    jadual 3, isu yang mendapat perhatian daripada responden adalah isu yang berhubungkait

    dengan aspek kebajikan rakyat seperti pembiayaan pendidikan, kesihatan, kemudahan

    awam dan sebagainya.

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    16/19

    16

    Jadual 4

    Analisis strata ketidakpercayaan terhadap Barisan Nasional

    Isu-isu penolakan Barisan Nasional Responden

    Rasuah (korupsi) dan kronisme 3327

    Menghalang kebebasan bersuara 2673

    Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa 2411

    Ketidakcekapan pengurusan sumber kekayaan seperti petroleum 2309

    Pemimpin yang tidak amanah, tidak cekap dan pentingkan diri sendiri. 2304

    Kacau bilau dalam pengurusan universiti, sekolah, sukan, masjid dan lain-lain 1778

    Jenayah yang meningkat kerana penguatkuasaan dan sistem penyampaian

    yang lemah

    1675

    Terlalu perkauman, tidak menghormati hak semua kaum 1669

    Dasar yang tidak tetap, suka mengubah sistem dan cara tadbir yang tidak

    stabil (isu yuran, harga barang dan pengangkutan awam)

    1654

    Perebutan jawatan sesama sendiri 1200

    JUMLAH 21000

    (Sumber: www.zentrum.uni.cc)

    Jadual 4 pula menunjukkan bahawa isu-isu yang berkait dengan intergriti, amalan

    demokrasi seperti kebebasan media dan kebebasan bersuara, isu keselamatan dalam

    negeri seperti peningkatan kadar jenayah telah menjadi sebab yang mempengaruhi

    perilaku pengundi untuk menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008. Ini

    seterusnya telah mengakibatkan Barisan Nasional untuk gagal untuk meraih majoriti dua

    pertiga dalam Parlimen dalam pilihan raya umum ke-12 dan gagal untuk mengekalkan

    prestasi cemerlang seperti dalam pilihan raya umum yang lepas.

    Meskipun demikian, keputusan pilihan raya umum 2008 tidak hanya dipengaruhi oleh

    faktor-faktor tersebut. Malahan, krisis ekonomi yang berlaku pada ketika ini turut sedikit

    sebanyak menyumbang kepada perilaku pengundi di Malaysia yang menolak Barisan

    Nasional dalam pilihan raya ke-12. Jika dibuat perbandingan ke atas keputusan pilihan

    raya umum 2004 hingga 2008, keadaan ekonomi yang semakin pulih selepas daripada

    krisis kegawatan ekonomi global pada tahun 1997 telah menyumbangkan kemenangan

    besar kepada parti Barisan Nasional dalam pilihan raya 2004. Ini secara tidak langsung

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    17/19

    17

    menjelaskan bahawa situasi dan juga perkembangan ekonomi merupakan faktor eksternal

    yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya kerana ianya boleh menentukan

    prestasi cemerlang atau menurun yang dicapai oleh sesebuah parti.

    5.0 KESIMPULAN

    Pilihan raya umum 2008 memperlihatkan keputusan yang menunjukkan kemampuan

    pembangkang untuk menggugat kejayaan Barisan Nasional untuk memenangi pilihan

    raya umum di negara ini seperti mana dalam pilihan raya umum sebelumnya. Sekaligus

    pembangkang mampu untuk menguasai 5 buah negeri dan berjaya untuk menafikanmajoriti dua pertiga Barisan Nasional. Jika sebelum ini, faktor identifikasi merupakan

    faktor yang paling dominan dalam menjelaskan orientasi pengundi. Namun, senario

    pilihan raya umum 2008 pula menunjukkan bahawa faktor seperti isu dan juga calon turut

    memainkan peranan dalam mempengaruhi pembuatan keputusan oleh pengundi.

    Jika dinilai berdasarkan kepada teori pilihan rasional, pengundi di kawasan parlimen

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan untuk mengundi parti dan calon

    yang berbeza daripada parti yang memenangi pilihan raya umum terdahulu kerana

    timbulnya isu-isu seperti isu peningkatan indeks kadar jenayah, isu inflasi dan kenaikan

    harga barang disebabkan oleh masalah kegawatan ekonomi dan sebagainya yang

    menggugat kepentingan rakyat. Ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa rakyat amat

    mementingkan perlindungan kebajikan dan kepentingan mereka daripada kerajaan yang

    memerintah. Ini juga sekaligus menjelaskan bahawa perilaku pengundi dalam pilihan raya

    umum 2008 tidak lagi dipengaruhi partisan terhadap sesebuah parti semata-mata,

    sebaliknya rakyat mula menyelaraskan prinsip partisan mereka berpandukan kepada parti

    yang memperjuangkan isu-isu yang menjaga kepentingan pengundi.

    Namun begitu, aspek identifikasi parti masih lagi releven dalam menjelaskan

    keputusan pilihan raya umum 2008 di kawasan Wilayah Persekutuan. Kemenangan parti

    DAP di keempat-empat kawasan Parlimen seperti Kepong, Bukit Bintang, Seputeh dan

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    18/19

    18

    juga Cheras untuk beberapa pilihan raya secara berturut-turut semenjak dari pilihan raya

    umum 1999 membuktikan bahawa pengundi-pengundi telah mengidentifikasikan diri

    mereka kepada parti DAP.

    Tidak dinafikan juga bahawa aspek calon juga mempengaruhi orientasi pengundian

    dalam pilihan raya umum 2008 kerana rakyat mahukan pemimpin yang membawa imej

    seorang pemimpin yang positif dan berkelayakan. Isu rasuah, penyelewengan dan korupsi

    yang kian berleluasa dalam pentadbiran dan birokrasi negara menyebabkan rakyat

    menolak calon-calon daripada Barisan Nasional kerana dilihat sebagai sinonim dengan

    elemen-elemen negatif tersebut. Adalah merupakan suatu kelebihan kepada parti

    pembangkang kerana telah mengemukakan calon-calon yang mempunyai kelayakan danimej yang lebih positif berbanding parti Barisan Nasional.

    Oleh yang demikian, orientasi pengundi dalam pilihan raya umum 2008 bukan setakat

    dipengaruhi oleh faktor identifikasi parti semata-mata bahkan aspek isu dan juga calon

    turut memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi keputusan pengundi untuk

    mengundi parti yang memperjuangkan isu-isu dan juga polisi yang dekat di hati rakyat.

  • 8/3/2019 Demokrasi Dalam Sistem Pilihan Raya

    19/19

    19

    RUJUKAN

    Berita Harian. (tanpa tarikh). Pilihan Raya Umum ke-12 (atas talian)

    http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya (1 Febuari 2009)

    Budge, I et al (pnyt). 1976. Party Identification and Beyond. New York: John Wiley.

    BusinessDictionary. (tanpa tarikh). Rational Choice Theory (atas talian)

    http://www.businessdictionary.com/definition/rational-choice-theory-RCT.html (6

    April 2009)

    Franklin, C.H. 1984. Issue Preferences, Socialization, and the Evolution of Party

    Identification. American Journal of Political Science28(3): 459-478 (atas talian)

    http://www.jstor.org/stable/2110900 (15 Febuari 2009)

    Ghazali Mayudin et al (pnyt). 1999. Pengundian dan Identifikasi Parti. Bangi: Jabatan

    Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Kirkpatrick, S.A & Morgan, D.R. 1972. Urban political analysis. New York: New York

    Free Press.

    Nimmo, D & Savage, R.L. 1976. Candidates and Their Images: Concepts, Methods and

    Findings. California: Goodyear Publishing.

    Tripod. (tanpa tarikh). Parliament Constituencies: Bahagian Pilihanraya Parlimen (atas

    talian) http://www.mindarakyat2.tripod.com/pwpersekutuan.html (24 Mac 2009).

    Tripod. (tanpa tarikh). Pilihan Raya 99-MalayWorld (atas talian)

    http://ujid.tripod.com/election/kl99.html (24 Mac 2009).

    Zentrum Future Studies Malaysia. 2008. Future Studies (atas talian)

    http://www.zentrum.uni.cc (4 Mac 2009).