demam denggi

9
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus ) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik

Upload: shanthinie-ramalingam

Post on 07-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Minggu Deman Denggi

TRANSCRIPT

Page 1: Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh

jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh

nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan

nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada

orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu

Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Page 2: Demam Denggi

APA ITU PENYAKIT DENGGI?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Page 3: Demam Denggi

Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar. 

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa

virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya

dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap

darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan

memasuki dan beredar di dalam

Page 4: Demam Denggi

aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan

menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan

jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini

adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di

awal pagi dan awal senja.

Page 5: Demam Denggi

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Tempat pembiakan nyamuk aedes

Dalam Rumah :1. Akuarium2. Perangkap semut3. Timba4. Kolam (Kolah) mandi5. Tempat air peti sejuk6. Tempayan

Luar Rumah :1. Tayar buruk2. Tempurung kelapa3. Botol/gelas pecah yang mengandungi

air4. Salur air hujan5. Tempayan6. Pokok pisang7. Pokok keladi

Page 6: Demam Denggi

8. Longkang yang tersekat9. Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru

2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk

3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur

Page 7: Demam Denggi

4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam

5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir

6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk

7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.

8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

Page 8: Demam Denggi