definisi dan penggunaan boneka

Upload: nurul-nadiah

Post on 07-Apr-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Definisi Dan Penggunaan Boneka

    1/1

    DEFINISI DAN PENGGUNAAN BONEKA

    Boneka membawa maksud sebarang benda atau objek yang digerakkan

    dilakonkan oleh seseoramg atau lebih dipanggil sebagai pemain melalui sentuhanatau arahan. Ianya bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada pendengar dan

    penontonnya. Oleh itu apa sahaja objek yang boleh digerakkan ia dipanggil sebagai

    boneka. Untuk menghidupkan watak, seseorang pemain itu akan menghasilkan

    dialog yang dituturkan semasa persembahan. Selain itu boneka juga boleh

    dipertontonkan melalui aksi tanpa menggunakan sebarang dialog.

    Selain itu boneka juga merujuk kepada model dari manusia. Ia merupakan

    tiruan dari bentuk manusia dan juga bentuk binatang. Malahan i a dianggap sebagai

    dekorasi atau koleksi untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Tambahan lagi

    boneka telah digunakan sebagai alat bantu mengajar. Ia bertujuan untuk

    memudahkan penyampaian cerita dengan lebih berkesan dan mudah untuk difaham

    dan senang untuk diingati. Dengan itu pendengar mahupun penonton dapat

    menghayati perjalanan cerita. Secara tidak langsung pendengar juga dapat

    melibatkan diri melalui penggunaan boneka ini. Terdapat beberapa jenis boneka

    yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah

    boneka sarung tangan, boneka tongkat, boneka jari, wayang kuli t dan bonekamobail.

    Pada masa kini penggunaan boneka semakin digemari ramai. Tujuan utama

    penghasilan boneka ialah untuk memenuhi fitrah naluri kanak -kanak yang gemar

    bermain. Melalui bermain, pemikiran dan daya fikiran kanak -kanak dapat diasah

    agar berfikiran lebih kreatif dan berinovasi dalam kehidupan. Selain itu penggunaan

    boneka juga turut terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa

    kini. Kesannya timbullah konsep pembelajaran yang berasaskan permainan. Hal ini

    secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Disamping itu ia

    juga dapat mengelakkan pelajar cepat bosan semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran.