debentur

27
Debentur

Upload: irdiyani

Post on 31-Jul-2015

288 views

Category:

Documents


33 download

TRANSCRIPT

Page 1: Debentur

Debentur

Page 2: Debentur

Maksud Debentur0 Tiada maksud undang-undang yang tepat dikaitkan dengan perkataan

debentur.0 Seperti dinyatakan oleh Hakim Chitty dalam kes : Levy Iwn Abercorris

Slate and Slab Co (1887)“ Pada pendapat saya, debentur bermaksud suatu dokumen yang mewujudkan hutang, dan apa-apa dokumen yang memenuhi syarat ini adalah merupakan debentur. Saya tidak dapat melihat mana-mana definisi undang-undang yang tepat tentang istilah tersebut, ia bukannya istilah dari segi undang-undang mahupun istilah teknikal dagangan ataupun apa yang dinamakan sebagai istilah sastera.”

0 Sekuriti terhadap harta syarikat dapat diperoleh dalam bentuk debentur.

Page 3: Debentur

Maksud Debentur (cont)

0 Di bawah Seksyen 4 Akta Syarikat 1965: debentur diistilahkan sebagai termasuk debentur saham, bond, nota dan apa-apa sekuriti syarikat sama ada yang menjadi cagaran atas harta syarikat atau tidak.

0 Ciri-ciri debentur seperti berikut:(a) Ia menetapkan janji oleh sesebuah syarikat yang menerima pinjaman untuk membayar hutang yang dipinjam dan faedah serta gadaian ke atas hartanya sama ada secara tetap atau terapung.(b) Mengandungi syarat-syarat lain tentang pinjaman. Contohnya ialah sekatan yang dikenakan iaitu tidak boleh lagi mewujudkan cagaran yang lain.

Bagi tujuan undang-undang syarikat, debentur merupakan suatu jaminan hutang yang diwujudkan oleh sebuah syarikat dalam tempoh masa sederhana atau tempoh panjang.

Page 4: Debentur

0 Apabila wujud debentur maka syarikat mestilah melantik pemegang amanah utk memelihara hak dan aset sebagai wakil bg hak orang ramai.

0 Ini kerana suatu gadai janji adalah tidak praktikal jika tanah tersebut diserah hak kepada pemegang gadai janji yang ramai jumlahnya.

0 Dalam kes sedemikian, adalah lebih sesuai bagi seseorang untuk dilantik sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur.

0 Apabila debentur ditawarkan kepada orang awam, perlantikan seorang pemegang amanah adalah mandatori di bawah seksyen 74(1).

Page 5: Debentur

0perlantikan pemegang amanah berkenaan syarikat yang menawarkan debentur kepada orang ramai hendaklah dimaklumkan kepada pemegang debentur dalam suratikatan amanah.

0pemegang amanah dilantik oleh syarikat : perbadanan dan bukan orang perseorangan.

Page 6: Debentur

Tugas Dan Kewajipan Pemegang Amanah

0 Seksyen 78(1) (a) – (g) : Tugas dan kewajipan pemegang amanah kepada pemegang-pemegang debentur.

0 Peruntukan seksyen 78(1) (a) – (g) : - pemegang amanah memastikan aset syarikat yang dipinjam-cukup untuk melaksanakan hutang syarikat.- syarikat mematuhi syarat yang ditetapkan dalam debentur @ suratikatan amanah.

0 Pemegang amanah boleh buat permohonan kepada Menteri, jika perlu memohon kepada mahkamah apabila mendapati aset syarikat tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang syarikat. (seksyen 78(2) (3)

0 Seksyen 78(4) : mahkamah mempunyai kuasa yang luas@discretion untuk melindungi kepentingan pemegang-pemegang debentur, ahli-ahli perbadanan meminjam @ perbadanan awam.

0 Seksyen 78(4) (a) mahkamah boleh mengarahkan pemegang amanah mengadakan mesyurarat pemegang debentur berkenaan maklumat mengenai kepentingan mereka dan cadangan yang perlu diberi oleh pemegang amanah untuk kepentingan mereka, @aturcara mesyuarat sebagaimana Mahkamah fikir sesuai.

Page 7: Debentur

Hak pemegang debentur

0pemegang debentur adalah seorang pemiutang dan bukan ahli syarikat

01. pemegang debentur yang dicagar dengan gadaian terapung mempunyai hak yang sama sebagai seorang ahli syarikat untuk menghalang tindakan ultra vires di bawah seksyen 20(2)(a).

0Dengan itu, jika sesebuah syarikat menawarkan untuk memasuki suatu transaksi yang tidak diberi kuasa oleh Akta atau memorandum persatuan, maka pemegang debentur boleh memohon kepada mahkamah untuk menghalang transaksi tersebut.

Page 8: Debentur

2. pemegang debentur @ pemegang amanah bagi pemegang debentur berhak mendapat notis terhadap sesuatu mesyuarat jika ada cadangan untuk meminda fasal objek dalam memorandum persatuan.

Page 9: Debentur

3. remedi berkaitan dengan layanan yang tidak adil dan penindasan kepada ahli di bawah seksyen 181, terdapat juga pada pemegang debentur.

Dengan itu, pemegang debentur syarikat boleh, Menteri boleh memohon kepada mahkamah atas alasan: ha-ehwal syarikat dijalankan dengan cara yang menindas kepada satu atau lebih ahli @ pemegang debentur.[seksyen 181(1)(a) ]

Page 10: Debentur

cagaran

0Syarikat mengeluarkan debentur kepada orang ramai@institusi kewangan, syarikat akan memberikan jaminan menerusi cagaran ke atas aset syarikat.

0Dalam peruntukan undang-undang syarikat, maksud cagaran@gadaian boleh dilihat daripada seksyen 4 Akta Syarikat 1965 seperti berikut:“gadaian” termasuklah gadai janji dan mana-mana perjanjian untuk memberi atau menyempurnakan cagaran atau gadai-janji sama ada atas permintaan atau selainnya.”

Page 11: Debentur

0Syarikat boleh mencagarkan tanah@lain-lain aset tetap dan juga cagaran terapung ke atas aset-aset semasa atau aset masa hadapan seperti stok dagangan, saham dan buku hutang syarikat.

Page 12: Debentur

1. Cagaran Tetap0 Caj tetap boleh terhasil terhadap harta syarikat

termasuk tanah dan jentera.0 Ciri penting caj tetap syarikat tidak lagi mempunyai

kuasa untuk berurusniaga dengan aset yang dicagarkan setelah mendapat persetujuan daripada pemegang cagaran(pemiutang

Page 13: Debentur

2. Cagaran Terapung0 Caj terapung : merupakan caj yang mengandungi berbagai-

bagai aset yang bukan merupakan harta spesifik.0 Sebagai contoh, sesebuah syarikat boleh mencajkan stok

perniagannya sama ada bagi yang sedia ada atau pada masa akan datang.

0 Caj terapung: satu bentuk cagaran yang tidak tetap ke atas beberapa jenis aset syarikat yang berubah; contohnya stok dagangan syarikat @saham.

0 Ciri yang penting: selepas aset-aset dicagarkan, syarikat masih mempunyai kuasa untuk berurusan dengan aset berkenaan dalam perjalanan biasa syarikat tanpa persetujuan peminjam.

Page 14: Debentur

Re Yorkshire Woolcombers Association Ltd (1903)

Hakim Romer J menyatakan cagaran terapung mempunyai tiga(3) ciri utama seperti berikut:

(a) Cagaran ke atas satu kelas aset syarikat yang sedia ada dan pada masa akan datang

(b) Aset bertukar dari semasa ke semasa mengikut perjalanan biasa perniagaan

(c) Syarikat masih boleh berurusan dengan aset tersebut sehingga cagaran terapung dibekukan.

Page 15: Debentur

Pembekuan Cagaran TerapungCrystallisation of Floating Charge

0 suatu gadaian terapung, gadaian itu akan masih bergerak di mana penggadai itu bebas untuk menggunakan aset yang digadai mengikut urusan perniagaan yang biasa.

0 Gadaian itu menjadi tetap(beku) atas sebab berikut:1. Tamat perniagaan2. Berlaku penggulungan3. Perlantikan penerima4. Jika berlaku sesuatu seperti yang dinyatakan dalam cagaran terapung5. Pemiutang membekukan cagaran terapung6. Kesilapan dalam pembayaran faedah7. Pembekuan automatik (jika wujud gadian lain selepas gadaian

terapung)

Page 16: Debentur

keutamaan1. Cagaran tetap akan diutamakan berbanding dengan cagaran

terapung yang diwujudkan pada bila-bila masa ;walaupun cagaran tetap dibuat pada tarikh kemudian daripada cagaran terapung.

0 Pengecualian kepada kaedah am: keutamaan caj terapung: dalam 2 situasi seperti berikut:(a) Pemegang cagaran terapung melarang kewujudan cagaran

berikutnya (e.g. cagaran tetap)(dikenali sebagai “negative pledges”)dan lebih mengutamakan cagaran terapungnya sendiri.

(b) Pemegang cagaran tetap mendapat notis sebenar tentang sekatan tersebut [kewujudan cagaran terapung + larangan diketahui oleh pemegang cagaran tetap maka pemegang cagaran terapung akan mendapat keutamaan]

United Overseas Bank Ltd Iwn Forward Overseas Credit Ltd ( 1988)

Page 17: Debentur

2. jika terdapat cagaran terapung yang pertama dan kedua?

0Keutamaan diberi berdasarkan tarikh pendaftaran dengan ROC

0Pengecualian: Kebenaran@Persetujuan pemegang cagaran pertama diperlukan : supaya pemegang cagaran terapung kedua mendapat keutamaan.

0kes Re Benjamin Cope & Sons Ltd (1914)

Page 18: Debentur

3. Antara cagaran tetap yang pertama dan kedua, keutamaan akan diberikan berdasarkan tarikh cagaran tersebut didaftarkan dengan Registrar of Companies (ROC)

Page 19: Debentur

4. Cagaran yang didaftarkan keutamaan lebih berbanding cagaran tidak didaftarkan.

0Pemegang cagaran tidak didaftarkan : kesan : pemiutang yang tidak terjamin dan keutamaannya akan berkurangan.

0Walau bagaimanapun, sekiranya syarikat tidak digulungkan, syarikat hendak membayar hutang yang dijamin dengan cagaran yang didaftarkan

Page 20: Debentur

Pendaftaran cagaran

0 Prinsip cagaran terbatal selepas tamat tempoh 30 hari terhadap pemiutang adalah berasingan dengan tanggungan hutang syarikat, di mana terbatal : cagaran hilang keutamaan semasa berlaku tuntutan terhadap hutang syarikat dan pemegang cagaran akan menjadi pemiutang yang tidak terjamin (unsecured creditors)

0 Sebaliknya, jika butir-butir gadaian dihantar serah kepada pendaftar dalam masa 30 hari, gadaian itu akan sah walaupun pendaftar tersebut tidak mengeluarkan sijil pendaftaran sehingga tempoh pendaftaran tersebut. Contoh kes : United Asian Bank Bhd Iwn Kwong Yik Bank Bhd (tidak dilaporkan) (Mahkamah Tinggi, Malaysia)[Tarikh cagaran didaftarkan dengan ROC > lebih diberi keutamaan berbanding tarikh sijil dikeluarkan]

Page 21: Debentur

United Asian Bank Bhd Iwn Kwong Yik Bank Bhd

Shahalah Sdn Bhd (“Shahalah”) telah mengeluarkan satu debentur bertarikh 20 Jun 1977 kepada United Asian Bank Bhd (“UAB”). Pada 24 Mac 1978, Shahalah telah mengeluarkan debentur kedua kepada Kwong Yik Bank Sdn Bhd (“Kwong Yik”). Debentur UAB telah diserah simpan kepada pendaftar dalam masa 30 hari tarikh pembentukannya. Walau bagaimanapun, sijil pendaftaran tersebut tidak dikeluarkan sehingga 31 Julai 1979. Pada masa yang sama, Kwong Yik telah mendaftar debentur mereka dan peroleh sijil pendaftaran pada 31 Mac 1978. UAB mendapatkan deklarasi debenturnya menduduki kedudukan yang lebih utama daripada debentur Kwong YikKeputusan: Hakim Chan membenarkan deklarasi tersebut. UAB telah mengambil semua langkah yang diperlukan apabila mereka menyerah simpanan butir-butir gadaian mereka dengan pendaftar dalam tempoh masa 30 hari yang dibenarkan. Gadaian tersebut adalah sah walaupun terdapat kelewatan dalam keluaran sijil pendaftaran.

Page 22: Debentur

Johor Para Ruber Co.Ltd Iwn Registrar of Companies Malayan Union (1948) MLJ , tarikh kewujudan cagaran bermula dari tarikh cagaran didaftarkan di Pejabat Hak Milik (21 hari): seksyen 81 Ordinan Syarikat 1940. dan bukan semasa penyerahan salinan gadaian kepada Registar of Companies melalui pos

Esberger &Sons Ltd Iwn Capital & Counties Bank (1913)

prinsip kes ini : cagaran wujud bila dokumentasi syarikat berkenaan pinjaman dengan pemiutang selesai dan BUKAN pada tarikh wang pinjaman diserahkan kepada syarikat.

Page 23: Debentur

0 Tambahan masa bagi pendaftaran dibenarkan oleh mahkamah sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa : seksyen 114 :

(a) kegagalan itu disebabkan tidak sengaja atau kecuaian atau atas sebab lain yang mencukupi;(b) Tiada prejudis terhadap kedudukan pemiutang dan pemegang saham;(c) Ia adil dan saksama.

Kes : Re Kris Cruisers Ltd (1949) : fakta bahawa syarikat telah menerima nasihat yang salah dan kekeliruan tentang siapakah yang sepatutnya mendaftar antara setiausaha dan peguam adalah salah satu beberapa alasan bagi pemanjangan@perlanjutan masa.

Page 24: Debentur

Maklumat cagaran yang didaftarkan di simpan di Pejabat Pendaftar Syarikat

Seksyen 111(2) : Pendaftar hendaklah mengeluarkan sijil tiap-tiap pendaftaran dan sijil tersebut hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa keperluan kepada pendaftaran telah dipatuhi. pendaftaran ini bertindak sebagai notis konstruktif terhadap kewujudan caj dalam debentur.

Page 25: Debentur

0 apabila hutang telah diselesaikan atau harta tidak lagi menjadi cagaran, syarikat bertanggungjawab mengemukakan memorandum penyelesaian hutang tersebut kepada Pendaftar Syarikat dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembayarannya yang diperuntukkan di bawah seksyen 113 Akta Syarikat 1965.

0 Pendaftaran cagaran yang disimpan di Pejabat Pendaftar mengandungi perihalan ringkas tentang harta yang terjumlah dalam cagaran dan nama orang-orang yang berhak terhadap cagaran tersebut. (seksyen 115(2)

0 Pendaftaran ini boleh diperiksa oleh mana-mana orang sama ada pemiutang atau ahli syarikat, manakala bagi orang awam pula dengan membayar sedikit yuran (tidak melebihi dua ringgit untuk tiap-tiap pemeriksaan seperti ditetapkan oleh syarikat. [Seksyen 115(3) ]

0 Mana-mana syarikat yang tidak mematuhi syarat ini telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 115 (4)Akta Syarikat 1965. [Penalti : Dua ribu ringgit.]

Page 26: Debentur

Syarat negative pledges

0 Jika larangan berlaku: syarikat mesti membayar pinjaman dengan serta merta (immediate effect enforceable).

0 Re Vallertort Sanitary Steam Laundry Co Ltd (1903)0 jika pemegang cagaran lain mempunyai pengetahuan berkenaan

kewujudan cagaran terapung tersebut + larangan yang dikenakan terhadap syarikat barulah efektif larangan tersebut

0 larangan@negative pledges : Keutamaan pemegang cagaran terapung hanya terjamin jika terdapat dua ciri seperti berikut:(a) kewujudan cagaran terapung +(b) larangan dalam cagaran tersebut (pengetahuan oleh pemegang pemegang cagaran yang kemudian)

Page 27: Debentur

0 Jwb soalan no 2 di akhir topik 11.