dalam tribunal rayuan cukai barang dan …r)_57.2015.pdf · 1/7 dalam tribunal rayuan cukai barang...

Download DALAM TRIBUNAL RAYUAN CUKAI BARANG DAN …R)_57.2015.pdf · 1/7 dalam tribunal rayuan cukai barang dan perkhidmatan di dalam negeri johor darul takzim no rayuan: trcbp (r)-57/2015

If you can't read please download the document

Upload: buikiet

Post on 07-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1/7

    DALAM TRIBUNAL RAYUAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

    DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

    NO RAYUAN: TRCBP (R)-57/2015

    ANTARA

    P.K PERAYU

    DAN

    KETUA PENGARAH KASTAM RESPONDEN

    ALASAN PENGHAKIMAN

    LATAR BELAKANG

    Di dalam kes ini, Perayu tidak berpuashati dengan keputusan Ketua Pengarah Kastam

    melalui surat bertarikh 29 Oktober 2015 yang menuntut penalti lewat mendaftar di

    bawah seksyen 21 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta 762) sebanyak

    RM 10,500.00.

    Pada 4 Mac 2015, Perayu telah membuat permohonan untuk mendaftar melalui

    Taxpayer Access Point (TAP) dengan mengisytiharkan nilai ambang sebanyak RM

    200,000. Pada 9 April 2015, permohonan Perayu ini ditolak di atas alasan jumlah nilai

    bercukai tidak munasabah.

    Pada 21 Mei 2015, Perayu memohon semakan semula terhadap keputusan penolakan

    pendaftaran tersebut. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengkaji semula

    permohonan Perayu dan pada 9 Oktober 2015 telah meluluskan permohonan Perayu

    untuk mendaftar.

  • 2/7

    Pada 11 Oktober 2015, Perayu telah membuat permohonan untuk mendaftar dengan

    menggunakan TAP dengan mengisytiharkan nilai ambang sebanyak RM 2,882,880.00

    yang telah dicapai pada 22 Mac 2015. Pihak JKDM telah meluluskan permohonan

    pendaftaran tersebut dibawah seksyen 21 CBP 2014. Di dalam surat kelulusan

    pendaftaran bertarikh 29 Oktober 2015 tersebut pihak JKDM menyatakan Perayu

    sepatutnya berdaftar pada 1 April 2015.

    Oleh kerana, Perayu telah mendaftar pada 11 Oktober 2015 dan bukannya pada 1 April

    2015, maka melalui surat bertarikh 29 Oktober 2015, Ketua Pengarah Kastam telah

    mengenakan penalti lewat mendaftar dibawah seksyen 21 ACBP 2014 sebanyak RM

    10,500.00.

    HUJAH PERAYU

    Pihak Perayu berhujah mengenai kelewatan tarikh pendaftaran. Beliau menyatakan

    telah mula membuat permohonan pendaftaran seawal 4 Mac 2015 lagi dan bukannya

    pada 11 Oktober 2015. Walau bagaimanapun, permohonan beliau ditolak dan hasil

    semakan di atas permohonan yang pertama yang ditolak , permohonan semakan

    diluluskan. Beliau hanya mengambil masa 2 hari untuk mendaftar kali ke dua melalui

    TAP.

    Mengenai isu kesilapan mengisi nilai ambang sebanyak RM 200,000 semasa membuat

    permohonan kali pertama, Perayu menyatakan bahawa syarikat menjalankan aktiviti

    perniagaan sebagai kontraktor binaan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor

    (PKK) kelas E yang biasa mendapat projek dengan pelbagai jabatan kerajaan di Johor.

    Modus operandi perniagaan Perayu adalah beliau menyewakan lesen beliau kepada

    kontraktor yang lain yang ingin menyertai sebutharga dan tender. Jika

    sebutharga/tender Perayu dipilih, Perayu akan diberi 5% daripada nilai

    sebutharga/tender. Oleh itu , Perayu meletakkan nilai ambang sebanyak RM200,000

    semasa Perayu membuat permohonan pendaftaran pada 4 Mac 2015 dengan

  • 3/7

    mengambilkira pendapatan 5% hasil daripada nilai kontrak yang diperolehi 12 bulan

    sebelum itu. Padahal nilai kontrak yang diperolehi bagi tempoh tersebut adalah

    RM2,882,880.00.

    HUJAH RESPONDEN

    Responden berhujah Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan

    ini kerana ia termasuk di dalam Perkara Yang Tidak Boleh Dirayu di bawah Jadual

    Keempat perkara (k) apa-apa penolakan untuk meremit apa-apa penalty atau surcaj di

    bawah seksyen 62 (2) CBP 2014.

    Seksyen 62 (2) CBP 2014 memperuntukkan:

    Ketua Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian penalty

    yang kena dibayar atau surcaj yang terakru di bawah Akta ini jika adil dan saksama

    untuk berbuat demikian.

    Responden berhujah oleh kerana Ketua Pengarah Kastam telah mengenakan penalti

    lewat daftar di bawah seksyen 21 Akta CBP 2014 maka Tribunal ini tidak mempunyai

    bidangkuasa untuk mendengar rayuan ini kerana ia termasuk didalam seksyen 62(2)

    CBP 2014. Selain itu, hasil daripada permohonan daripada Perayu bertarikh 3

    November 2015 yang dibuat selepas Perayu memfailkan Notis Rayuan kepada Tribunal

    ini, Ketua Cawangan GST Batu Pahat tidak menyokong rayuan pembatalan penalti

    lewat daftar dibawah seksyen 21 Akta CBP 2014.

    Mengenai isu penalti RM 10,500.00, pihak Responden berhujah Perayu telah dikenakan

    penalti kerana hanya mengikrarkan nilai ambang sebanyak RM2,882,280.00 pada 11

    Oktober 2015 sedangkan nilai ambang tersebut telah tercapai pada 27 Mac 2015.

    Perayu sepatutnya mendaftar di dalam tempoh 28 hari dari berakhirnya bulan Mac 2015

    iaitu bermula 1 April 2015 hingga 28 April 2015 berdasarkan seksyen 21(1) Akta CBP

    2014.

  • 4/7

    Responden juga berhujah permohonan pendaftaran kali pertama pada 4 Mac 2015

    tidak boleh diambilkira sebagai tarikh Perayu memohon pendaftaran kerana beliau

    membuat permohonan tersebut di bawah seksyen 24 Akta CBP 2014 iaitu pendaftaran

    secara sukarela kerana mengikrarkan nilai ambang sebanyak RM 200,000. Tarikh

    pendaftaran pada 11 Oktober 2015 hendaklah diambil kira. Ini kerana hanya pada tarikh

    tersebut, pihak Perayu membuat permohonan di bawah seksyen 21 Akta CBP 2014

    iaitu pendaftaran secara normal kerana mengikrarkan nilai ambang melebihi RM

    500,000.00.

    ISU

    1. Adakah Tribunal ini mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan ini di atas alasan

    ianya termasuk di dalam perkara (k) Jadual Keempat iaitu apa-apa penolakan

    untuk meremit apa-apa penalti atau surcaj di bawah seksyen 62(2) Akta CBP

    2014.

    2. Adakah tarikh permohonan pendaftaran pada 4 Mac 2015 tidak boleh diambilkira

    di atas alasan Perayu telah mengikrarkan jumlah nilai ambang RM200,000 dan

    ianya merupakan permohonan pendaftaran secara sukarela di bawah seksyen 24

    Akta CBP 2014.

    KEPUTUSAN

    1. Rayuan Perayu adalah terhadap bil tuntutan penalti lewat mendaftar sebanyak RM

    10,500 di bawah seksyen 21 Akta CBP 2014. Perayu tidak merayu terhadap

    keputusan penolakan untuk meremit penalti di bawah seksyen 62(2) Akta CBP

    2014.

  • 5/7

    Perayu tidak pernah membuat permohonan untuk meremit penalti kepada Ketua

    Pengarah Kastam. Manakala Ketua Pengarah Kastam juga tidak pernah membuat

    keputusan menolak permohonan Perayu untuk meremit penalti di bawah seksyen

    62 (2) Akta CBP 2014.

    Oleh itu, pihak Tribunal ini memutuskan rayuan ini tidak termasuk di dalam perkara

    (k) Jadual Keempat dan juga seksyen 62 (2) Akta CBP 2014 kerana rayuan ini

    adalah terhadap penalti lewat daftar dan bukannya terhadap keputusan

    penolakkan untuk meremit penalti di bawah seksyen 62(2) Akta CBP 2014.

    2. Tribunal ini memutuskan tarikh 4 Mac 2015 hendaklah diambilkira sebagai tarikh

    Perayu mengemukakan permohonan untuk mendaftar dibawah Akta CBP 2014.

    Oleh kerana pendaftaran dibuat melalui TAP di mana tidak dinyatakan di mana-

    mana ruang di dalam borang tersebut yang menunjukkan borang tersebut khusus

    untuk samada pendaftaran secara normal dibawah seksyen 20 atau pendaftaran

    secara sukarela di bawah seksyen 24 , maka hujah Responden yang menyatakan

    pendaftaran pada 4 Mac 2015 tidak boleh diambil kira kerana ia merupakan

    pendaftaran secara sukarela dan permohonan pendaftaran pada 11 Oktober 2015

    hendaklah diambilkira kerana ia pendaftaran secara normal , hendaklah ditolak

    kerana tidak mempunyai asas.

    Seksyen 20(3)(a) Akta CBP 2014 memperuntukkan:

    Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6) , mana-mana orang yang tidak berdaftar

    yang membuat apa-apa pembekalan bercukai adalah bertanggungan untuk

    berdaftar-

    (a) Pada akhir mana-mana bulan ,jika jumlah nilai yang bagi semua pembekalan

    bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu

    telah melebihi amaun pembekalan bercukai yang ditentukan di bawah

    subseksyen (1) ; atau

    Seksyen 21(1) Akta CBP 2014 memperuntukkan:

  • 6/7

    Seseorang yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah subseksyen 20(3)

    hendaklah memberitahu Ketua Pengarah tentang tanggunggan itu dengan

    memohon untuk didaftarkan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh dua

    puluh lapan hari dari berakhirnya bulan yang disebut dalam perenggan 20(3)(a)

    atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan.

    Jelas di sini, Perayu telah memenuhi kehendak seksyen 21(1) Akta CBP 2014

    apabila membuat permohonan melalui TAP pada 4 Mac 2015 untuk berdaftar.

    3. Adakah apabila permohonan untuk pendaftaran pada 4 Mac 2015 ditolak, maka

    tarikh tersebut tidak boleh diambilkira ? Pihak Tribunal memutuskan berdasarkan

    fakta kes, jelas menunjukkan pihak Kastam telah membenarkan permohonan

    semakan semula yang dibuat oleh Perayu terhadap keputusan penolakan

    permohonan pada 4 Mac 2015. Apabila Ketua Pengarah Kastam membenarkan

    semakan semula pada 9 Oktober 2015, keputusan tersebut bermaksud

    permohonan pendaftaran asal Perayu pada 4 Mac 2015 dibenarkan. Yang

    membezakan permohonan pada 4 Mac 2015 dan 11 Oktober 2015 adalah jumlah

    nilai ambang yang diikrarkan. Namun, permohonan pendaftaran kali kedua

    berasaskan daripada permohonan pendaftaran yang asal iaitu pada 4 Mac 2015.

    Oleh itu, Tribunal ini berpendapat Perayu tidak sepatutnya dikenakan sebarang

    penalti kerana telah memenuhi peruntukkan seksyen 20 dan seksyen 21 Akta

    CBP 2014. Penalti di bawah seksyen 21 (5) dan (6) Akta CBP 2014 adalah tidak

    terpakai bagi kes seumpama ini.

    Seksyen 21(5) menyatakan:

    Jika orang kena cukai tidak mematuhi subseksyen (1) atau (3)-

    a) Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkannya pada tarikh sebagaimana yang

    ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak lebih awal daripada tarikh

  • 7/7

    tanggungannya untuk berdaftar diketahui atau diberitahu kepada Ketua

    Pengarah; dan

    b) Orang itu hendaklah bertanggungan untuk membayar suatu penalty

    pendaftaran lewat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dari

    tarikh dia sepatutnya didaftarkan sehingga tarikh serta-merta sebelum tarikh

    dia didaftarkan sedemikian dan selepas ini disebut sebagai tempoh

    pendaftaran lewat.

    Seksyen 21(6) memperuntukkan:

    Penalti pendaftaran lewat dan tempoh pendaftaran lewat yang disebut dalam

    subseksyen (5) hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dan tertakluk kepada

    suatu amaun tidak kurang daripada satu ribu lima ratus ringgit bagi suatu tempoh

    dalam masa tiga puluh hari dan tidak melebihi suatu amaun dua puluh ribu

    ringgit bagi suatu tempoh melebihi tiga ratus enam puluh hari.

    Berdasarkan alasan-alasan di atas, Tribunal ini memutuskan rayuan Perayu untuk

    mengenepikan penalti lewat mendaftar sebanyak RM10,500.00 dibenarkan.

    Bertarikh: 11 April 2016

    ABDUL GHAFAR BIN AB LATIF

    TIMBALAN PENGERUSI

    TRIBUNAL RAYUAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN