dalam mahkamah rayuan malaysia - kehakiman.gov.mym)-196-07-2015_(idn).pdf · penerbangan mas mh176...

37
- 1 - DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.B-05(M)-196-07/2015 (IDN) ANTARA EKO FERIYANTO ... PERAYU (Pasport no: A4110723) LWN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-175-09/2013 Pendakwa Raya lwn Eko Feriyanto) KORAM TENGKU MAIMUN TUAN MAT, HMR MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR ZAMANI A.RAHIM, HMR

Upload: truongdat

Post on 07-Jul-2019

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 1 -

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

(BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO.B-05(M)-196-07/2015 (IDN)

ANTARA

EKO FERIYANTO ... PERAYU (Pasport no: A4110723)

LWN

PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN

(Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-175-09/2013

Pendakwa Raya

lwn

Eko Feriyanto)

KORAM

TENGKU MAIMUN TUAN MAT, HMR

MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR

ZAMANI A.RAHIM, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 2 -

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Pendahuluan

[1] Perayu, seorang warganegara Indonesia, telah disabitkan dan

dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas

pertuduhan pindaan seperti yang berikut:-

“Bahawa kamu pada 22 Februari 2013, lebih kurang

jam 6.43 pagi di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1

(CPP 1), Balai Ketibaan Antarabangsa, Aras 3,

Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di dalam Daerah

Sepang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah

didapati mengedar dadah berbahaya iaitu

Methamphetamine seberat 1824 gram dan dengan itu

kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah

Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang

boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang

sama.”.

[2] Terkilan dengan keputusan tersebut, Perayu telah memfailkan

rayuan ke Mahkamah ini. Kami telah mendengar rayuan ini pada

31.10.2016 dan di akhir penghujahan pihak-pihak, kami mendapati

rayuan bermerit. Oleh itu, kami telah membenarkan rayuan Perayu

dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Kini kami

menzahirkan alasan-alasan terperinci keputusan kami.

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 3 -

Ringkasan Kes Pendakwaan

[3] Naratif kes pendakwaan bolehlah diringkaskan seperti berikut:-

(a) Pada 22.2.2013, Perayu ialah salah seorang penumpang

penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang

mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (“KLIA”).

(b) Pada jam 6.43 pagi, tarikh yang sama, Pegawai Kastam

Mohd Sahazrul bin Mohd Sahar (SP6) melihat Perayu

menolak troli menghampiri Mesin Pengimbas D di

Cawangan Pemeriksaan Penumpang I (“CPP I”), KLIA .

(c) SP6 meminta Perayu mengimbas kesemua bagasi yang

dibawanya. Perayu membawa 3 bagasi iaitu:-

(i) 1 (satu) beg tarik warna kelabu berjenama ‘Swiss

Polo’ (P6) yang diletakkan di atas troli;

(ii) 1 (satu) beg silang warna hitam berjenama ‘Palazzo’

(P70); dan

(iii) 1 (satu) beg galas warna hitam bercampur kelabu

berjenama ‘X’ (P8) yang digalas oleh Perayu.

(d) Pegawai Kastam (Solehuddin Isa) yang bertugas di mesin

pengimbas ketika itu mendapati imej berwarna hijau yang

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 4 -

mencurigakan di bahagian tengah dasar beg tarik (P6).

(e) Setelah diperiksa, tag beg tarik tersebut tertulis No.

0232809734 atas nama EKO/FERIYANTOMR iaitu Perayu.

Beg tarik itu juga berada di dalam keadaan berkunci.

(f) SP6 mengarahkan Perayu untuk pergi ke Kaunter

Pemeriksaan D bagi pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan

lanjut dilakukan oleh SP6 dengan dibantu oleh Pegawai

Kastam Kanan Mohd Nazri bin Shafie (SP7).

(g) SP6 meminta Perayu membuka kunci dan nombor

kombinasi beg tarik. Perayu dilihat mengambil anak kunci

beg dari dalam beg silang yang dibawanya. Beg tarik itu

berjaya dibuka.

(h) SP6 mendapati ada pakaian-pakaian wanita di dalam beg

tarik tersebut. Setelah beg dikosongkan, SP6

mengarahkan Perayu untuk mengimbas beg tersebut sekali

lagi.

(i) Hasil imbasan mendapati imej hijau tadi masih lagi

kelihatan pada lantai bahagian tengah di bahagian dalam

dasar beg tarik.

(j) SP6 mengarahkan Perayu untuk memasukkan semula

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 5 -

barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

tersebut ke Pejabat Kastam CPP 1 dengan diiringi oleh

SP6, SP7 dan Solehudin Isa.

(k) Pemeriksaan seterusnya telah dilakukan oleh SP7 dengan

disaksikan oleh Muhamad Ardy bin Ismail SP9 (IO),

Syarizal bin Mat Zahit (SP5), Kamarol Zaman bin Mohd

Daud (SP4) dan Perayu sendiri. Setelah melihat dan

mendapati bahagian lantai beg tidak selari dan tidak rata,

SP7 telah membuka bahagian lantai beg tersebut dengan

menggunakan pemutar skru.

(l) Setelah lantai beg dikeluarkan, SP7 menjumpai satu

bungkusan yang dibalut dengan cellotape berwarna coklat

mengandungi serbuk kristal putih. Ujian awal mendapati

bahan tersebut adalah positif dadah jenis

Methamphetamine.

(m) Pemeriksaan lanjut dibuat ke atas beg silang dan beg galas

yang dibawa oleh Perayu tetapi tidak menjumpai apa-apa

barang salah.

(n) Perayu dan kesemua bagasi yang dibawanya kemudiannya

diserahkan kepada SP9 untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 6 -

Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan

[4] Di akhir kes pendakwaan, Yang Arif Hakim Bicara memutuskan

bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima

facie terhadap Perayu dan Perayu telah diperintahkan untuk membela

diri atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

[5] Pada intipatinya, alasan-alasan yang dinyatakan oleh Yang Arif

Hakim Bicara dalam mencapai keputusannya ialah seperti berikut:-

(a) Dadah berbahaya yang menjadi hal perkara pertuduhan

didapati berada di bawah jagaan dan kawalan Perayu;

(b) Berdasarkan berat dadah yang menjadi hal perkara

pertuduhan iaitu 1,824 gram Methamphetamine; anggapan

pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah

Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) adalah terpakai;

(c) Terdapat keterangan yang boleh dibuat inferen bahawa

dadah yang menjadi hal perkara pertuduhan adalah

bertujuan untuk diedarkan sebagaimana yang ditakrifkan di

bawah seksyen 2 ADB 1952, dan

(d) Analisis ahli kimia mengesahkan bahawa dadah berbahaya

yang menjadi hal perkara pertuduhan ialah dadah

berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 7 -

kepada ADB 1952.

Kes Pembelaan

[6] Perayu telah memberikan keterangan atas sumpah. Pembelaan

Perayu bolehlah diringkaskan seperti berikut:-

(a) Perayu ialah seorang warganegara Indonesia.

(b) Perayu bekerja di stesen (pam) minyak dengan gaji

sebanyak 1 juta 500 ribu rupiah semenjak tahun 2005.

Perayu juga bekerja sambilan sebagai penjual telefon

bimbit di Roxy Jakarta dengan pendapatan sebanyak 1 juta

rupiah sebulan.

(c) Perayu telah pergi ke Maldives pada 17.2.2013 untuk

mengambil baju-baju atas permintaan kawannya yang

bernama Agus Hasanah. Agus Hasanah ialah kawannya

semenjak sekolah menengah atas lagi. Baju-baju itu

dikatakan untuk diberikan kepada Jerry, seorang berbangsa

Afrika yang berada di Malaysia.

(d) Tiket penerbangan Perayu untuk ke Maldives ditanggung

sepenuhnya oleh Agus Hasanah manakala hotel telah

ditempah oleh Jerry. Perayu pernah berjumpa dengan

Jerry sebelum ini.

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 8 -

(e) Agus Hasanah memberitahu Perayu bahawa seorang

bernama Patricia akan menunggunya di hotel tempat di

mana dia menginap untuk memberikan baju-baju tersebut

kepadanya dan dia dikehendaki membawa baju-baju

tersebut untuk diberikan kepada Jerry yang tinggal di

Malaysia. Perayu menyatakan Jerry mempunyai ketinggian

lebih kurang 170 cm, badan berisi, rambut botak dan

berjanggut.

(f) Perayu mengatakan bahawa Patricia telah menyerahkan

kepadanya satu beg (Eks. P6) beserta 2 (dua) anak kunci

semasa di Dermaga sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur.

Perayu turut menggambarkan rupa bentuk Patricia semasa

memberi keterangan, iaitu berbadan besar, berkulit hitam

dan berasal dari Afrika seperti Jerry.

(g) Semasa menerima beg tersebut daripada Patricia, Perayu

ada membuka beg tersebut dan mendapati di dalamnya

mengandungi baju-baju wanita yang baru, lebih kurang 20

helai.

(h) Perayu menafikan yang dia mempunyai pengetahuan

mengenai kewujudan dadah di dalam beg tersebut.

(i) Perayu juga menafikan terdapat barang milikannya di

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 9 -

dalam beg tersebut dan menafikan beg tersebut hanya

mengandungi 6 helai baju.

(j) Perayu ada memberitahu pihak Kastam bahawa beg

tersebut adalah kepunyaan Jerry dan pihak Kastam telah

menyemak telefon bimbitnya setelah diberitahu perkara itu.

(k) Reaksi Perayu ialah biasa sahaja sebelum dadah

berbahaya dijumpai di dalam beg tersebut kerana dia yakin

bahawa beg tersebut hanyalah mengandungi baju-baju

wanita sebagaimana yang diberitahu oleh Agus Hasanah

kepadanya.

Keputusan Di akhir Kes Pembelaan

[7] Di akhir perbicaraan kes, Yang Arif Hakim Bicara telah

memutuskan bahawa pembelaan Perayu telah gagal menimbulkan

keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Oleh

itu, Perayu didapati bersalah, disabitkan dan dijatuhkan hukuman

gantung sampai mati seperti yang diperuntukkan oleh undang-

undang.

[8] Alasan-alasan utama Yang Arif Hakim Bicara apabila

memutuskan bahawa Perayu telah gagal menimbulkan keraguan

munasabah terhadap kes pendakwaan bolehlah diringkaskan seperti

berikut:-

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 10 -

(a) Pembelaan Perayu adalah merupakan sesuatu yang

difikirkan kemudian (“afterthought”), sukar dipercayai dan

tidak kredible;

(b) Pembelaan Perayu bahawa dia tidak mempunyai

pengetahuan mengenai isi kandungan beg tersebut adalah

suatu penafian kosong semata-mata;

(c) Anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952

telah gagal dipatahkan oleh Perayu; dan

(d) Doktrin kebutaan disengajakan (“wilful blindness”) adalah

terpakai terhadap Perayu.

Rayuan

[9] Peguambela terpelajar Perayu telah mengemukakan pelbagai

alasan untuk mencabar keputusan Yang Arif Hakim dalam Petisyen

Rayuan. Namun, di hadapan kami, alasan penting yang dikemukakan

ialah seperti berikut:-

(a) Yang Arif Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan

bahawa pembelaan Perayu ialah sesuatu yang difikirkan

kemudian (“afterthought”) dan penafian kosong semata-

mata;

(b) Yang Arif Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 11 -

bahawa Perayu mempunyai pengetahuan terhadap

kandungan beg (P6);

(c) Yang Arif Hakim Bicara terkhilaf untuk memutuskan bahawa

walaupun Notis Alcontara telah diberikan, pihak

pendakwaan gagal untuk membuat siasatan dan

menyangkal versi Perayu.

(d) Yang Arif Hakim Bicara terkhilaf apabila memutuskan

bahawa doktrin kebutaan disengajakan (“wilful blindness”)

terpakai terhadap Perayu; dan

(e) Kegagalan Yang Arif Hakim Bicara membuat dapatan jelas

mengenai anggapan yang terpakai terhadap Perayu telah

memprejudiskan Perayu. Yang Arif Hakim Bicara telah

menggunakan anggapan-anggapan di bawah seksyen-

seksyen 37(d), 37(da) dan juga milikan sebenar

berdasarkan takrif seksyen 2 ADB 1952 tanpa menyatakan

anggapan yang mana satu sebenarnya terpakai kepada

Perayu.

Analisis dan Keputusan Mahkamah Ini

Alasan (a) dan (b)

[10] Yang Arif Hakim Bicara dalam Alasan Penghakimannya di muka

surat 28, Jilid I, Rekod Rayuan membuat kesimpulan seperti berikut:-

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 12 -

“Meneliti kepada Pembelaan tertuduh, didapati yang isi

pembelaannya adalah bersifat penafian semata-

mata dan sukar untuk dipercayai serta

keterangannya tidak “credible”. Semasa

memberikan keterangan, tertuduh telah menafikan

bahawa beliau mempunyai pengetahuan dan

kewujudan dadah di dalam beg P6 tersebut.”.

(Penekanan ditambah).

[11] Peguambela terpelajar Perayu berhujah dan kami bersetuju

bahawa sesungguhnya pembelaan Perayu tidak boleh dalam apa jua

keadaan sekalipun dikatakan sebagai suatu penafian semata-mata.

Perayu telah memberikan penjelasan yang terperinci dan munasabah

mengapa dia tidak berada dalam kedudukan untuk mengetahui

bahawa beg tersebut sebenarnya mengandungi dadah berbahaya

yang menjadi hal perkara pertuduhan. Pembelaan yang dikemukakan

oleh Perayu bukanlah sesuatu yang tiba-tiba dibangkitkan atau timbul

semasa pembelaan, malah ia telah dikemukakan kepada saksi-saksi

di peringkat kes pendakwaan lagi.

[12] Intipati pembelaan Perayu ialah “pembawa ikhlas” (“innocent

carrier”). Dalam mempertimbangkan sama ada pembelaan tersebut

telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes

pendakwaan, fakta atau keterangan relevan yang pada lazimnya

diambilkira oleh mahkamah, antara lain, ialah –

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 13 -

(a) sama ada beg/bekas yang mengandungi dadah berbahaya

itu, apabila dilihat dengan mata kasar, kelihatan biasa, tidak

diubahsuai dan tidak menampakkan sesuatu yang

mencurigakan;

(b) sama ada Perayu telah memberikan kerjasama penuh

semasa dia ditahan dan semasa bagasinya diperiksa oleh

pihak berkuasa;

(c) sama ada Perayu berada dalam keadaan biasa; tidak

menunjukkan perasaan cemas atau takut atau cuba

melarikan diri apabila dia diminta oleh pihak berkuasa untuk

membuat imbasan dan apabila beg/bekas tersebut didapati

mengandungi dadah berbahaya;

(d) sama ada Perayu memberikan reaksi terkejut atau

terperanjat selepas diberitahu bahawa terdapat dadah di

dalam beg/bekas yang dibawanya; dan

(e) sama ada apabila dadah berbahaya telah dijumpai di dalam

beg/bekas yang dibawanya, Perayu dengan kadar yang

seberapa segera yang praktikal telah memaklumkan

kepada pihak berkuasa orang atau orang-orang yang pada

fikirannya bertanggungjawab meletakkan dan/atau

memasukkan dadah berbahaya di dalam beg/bekas

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 14 -

tersebut tanpa pengetahuannya.

[13] Ini adalah merupakan “a fact sensitive inquiry” yang perlu

dilaksanakan oleh Mahkamah untuk menentukan sama ada

berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan, pembelaan

tersebut telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah

terhadap kes pendakwaan dan/atau pembelaan tersebut wajar

diterima oleh mahkamah.

[14] Peguambela terpelajar telah menarik perhatian kami secara

terperinci kepada beberapa aspek keterangan yang dihujahkan,

apabila dilihat secara keseluruhan, secara jelas menunjukkan bahawa

Perayu di dalam kes ini tidak mempunyai pengetahuan mengenai

dadah yang terkandung di dalam beg (Eks. P6).

[15] Pada hemat kami, aspek-aspek keterangan tersebut perlu

dirujuk secara terperinci bagi membolehkan satu kesimpulan dibuat

mengenai pembelaan “pembawa ikhlas” yang dikemukakan oleh

Perayu.

Fakta (a): bahawa jika dilihat dengan mata kasar, beg (Eks. P6) adalah kelihatan biasa, tidak diubahsuai dan tidak mencurigakan.

[16] Fakta yang relevan ialah seperti berikut:-

(i) Semasa pemeriksaan balas SP5 (Pegawai Imbasan)

(Rujuk muka surat 14, Jilid 2, Rekod Rayuan)

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 15 -

S: Jika kamu lihat dari pandangan mata kasar, beg itu

kelihatan biasa dan tidak diubah suai?

J: Ya.

Fakta (b): bahawa Perayu telah memberikan kerjasama penuh

semasa ditahan di KLIA.

[17] Fakta yang relevan ialah seperti berikut:-

(i) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)

(Rujuk muka surat 23, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Adakah kamu mengikut arahan Pegawai Kastam?

J: Betul.

(ii) Semasa pemeriksaan balas SP6 (Pegawai Imbasan)

(Rujuk muka surat 14, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Setuju bahawa kali pertama kamu lihat OKT dan

sehingga ke kaunter pemeriksaan OKT memberi

kerjasama penuh?

J: Ya.

(iii) Semasa pemeriksaan semula SP2 (Pegawai Serbuan)

(Rujuk muka surat 23, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Pada kesemua masa material. OKT telah memberi

kerjasama penuh?

J: Setuju.

(iv) Semasa pemeriksaan balas SP2 (Pegawai Serbuan)

(Rujuk muka surat 23, Jilid 2, Rekod Rayuan)

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 16 -

S: Beg kelabu tersebut kelihatan normal pada

pandangan kasar?

J: Setuju.

(v) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)

(Rujuk muka surat 41, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Adakah kamu mengetahui terdapat ruang

tersembunyi di dalam beg tersebut?

J: Tidak.

S: Bagaimana keadaan beg tersebut semasa kamu

terima?

J: Macam biasa.

Fakta (c): bahawa Perayu kelihatan normal dan tenang semasa

diarahkan oleh SP6 untuk membawa beg (Eks. P6) ke

Mesin Imbasan.

[18] Fakta yang relevan ialah seperti berikut:-

(i) Semasa pemeriksaan utama SP5 (Pegawai Imbasan)

(Rujuk muka surat 10, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Apa yang berlaku selepas itu?

J: …Setelah sampai di kaunter pemeriksaan D, saya

mengarahkan beliau untuk membuka beg berwarna

kelabu Swiss Polo dan beliau telah mengeluarkan 2

buah kunci untuk membuka beg tersebut.

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 17 -

S: Apakah reaksi OKT pada masa itu?

J: Dia biasa dan tenang sahaja.

(Rujuk muka surat 11, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Untuk imbasan kali kedua adakah kamu sendiri lihat di

skrin?

J Saya bersama Encik Solehudin dan Encik Nazri.

….

S: Bagaimana reaksi OKT pada masa itu?

J: Dia masih biasa dan tenang sahaja

(ii) Semasa pemeriksaan balas SP5 (Pegawai Imbasan)

(Rujuk muka surat 14, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Sepanjang masa OKT bereaksi tenang dan normal?

J: Ya.

(iii) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)

(Rujuk muka surat 43, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Sebelum kamu dimaklumkan bahawa terdapat

dadah, apa reaksi kamu?

J: Biasa sahaja. Kerana saya tahu di dalam beg itu

cuma baju perempuan (baru) kesemuanya.

Fakta (d): bahawa Perayu terkejut dan hampir pitam selepas

dadah berbahaya dijumpai di dalam beg (Eks. P6)

[19] Fakta yang relevan ialah seperti berikut:-

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 18 -

(i) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)

(Rujuk muka surat 43, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Apabila kamu sampai di Pejabat Kastam, apa yang

berlaku?

J: Selepas itu Pegawai Kastam menimbang dan

mengoyak sedikit untuk menunjukkan kepada saya

bahawa itu adalah dadah. Setelah mereka

menunjukkan bahawa itu adalah dadah, reaksi saya

langsung pucat dan hampir mahu pitam.

S: Kenapa?

J: Kerana saya terkejut kerana di dalam beg terdapat

barang ini kerana perjanjian Agus Hasanah Cuma

menghantar baju sahaja. Saya terkejut kerana di

dalam beg ini terdapat dadah.

(ii) Semasa pemeriksaan balas SP2 (Pegawai Serbuan)

(Rujuk muka surat 23, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Setuju masa material sehingga kamu memotong

bungkusan itu, baru OKT berubah dari keadaan

biasa sehingga nak pengsan?

J: Reaksi dia cemas dan tergamam.

S: Kamu telah berikan dia air untuk minum, kerana dia

nak pengsan?

J: Setuju.

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 19 -

[20] Di samping itu, terdapat juga keterangan yang boleh

menunjukkan bahawa Perayu telah memaklumkan kepada SP9

tentang fakta-fakta penting berikut :-

(a) bahawa Perayu tidak mengetahui terdapat dadah

berbahaya di dalam beg (Eks. P6) dan dia telah ditawarkan

kerja oleh Agus Hasanah, kawannya semenjak di sekolah

menengah lagi, untuk membawa pakaian dari Maldives ke

Malaysia;

(b) kewujudan penama Jerry dan Agus Hasanah dan nombor

telefon Nokia mereka (Eks. P29);

(c) bahawa semua kos tiket kapal terbang dan penginapan

hotel dibayar oleh Agus Hasanah dan Jerry; dan

(d) Seorang perempuan berbangsa Afrika, Patricia, telah

menyerahkan beg (Eks. P6) kepada Perayu di Maldives.

[21] Keterangan menunjukkan bahawa SP9 telah memeriksa telefon

yang dirampas daripada Perayu, termasuklah handphone blackberry

(Eks. P7B). Perayu telah memeriksa beg (Eks. P6) dan mendapati

hanya pakaian-pakaian wanita yang terdapat di dalam P6 tersebut,

sebelum dia bertolak ke Malaysia dengan kapal terbang.

[22] Perlu juga diambil perhatian bahawa terdapat keterangan yang

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 20 -

menunjukkan bahawa beg (Eks. P6) mengandungi pakaian-pakaian

baru wanita dengan tag dan terdapat pakaian-pakaian yang terdapat

di dalam P6 tersebut telah tidak disenaraikan dalam Borang Bongkar

(Eks. P26) dan “Borang Penyerahan Barang-Barang Kes” (Eks. P27).

[23] Keterangan yang relevan ialah seperti berikut:-

(i) Semasa pemeriksaan balas SP9 (Pegawai Penyiasat).

(Rujuk muka surat 28 – 29, Jilid 2 Rekod Rayuan).

S: Setuju apabila kamu menyemak pakaian baju di dalam

beg kelabu tersebut P6, ia dipenuhi dengan pelbagai

baju perempuan?

J: Setuju.

S: Setuju bahawa apabila kamu semak tadi, masih ada

baju baru yang bertag?

J: Ya, saya setuju.

S: Senarai bongkar dan senarai borang penyerahan

tidak lengkap kerana tidak mencatatkan kesemua

item-item baju yang dirampas daripada beg P6.

Setuju?

J: Setuju.

(ii) Semasa pemeriksaan utama Perayu (SD1)

(Rujuk muka surat 40 – 41, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Apa yang terdapat di dalam beg tersebut?

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 21 -

J: Saya dapati di dalam beg itu ada baju wanita (baru)

kesemuanya.

S: Boleh kamu anggar berapa helai baju wanita (baru)

itu?

J: 20 helai.

Rujuk saksi kepada P19 – gambar 5 dan gambar 6

S: Saksi pendakwaan mengatakan cuma ada 6 helai

baju di dalam beg tersebut?

J: Tidak betul.

S: Di dalam beg P6 adakah barang-barang peribadi

kamu di dalam beg tersebut?

J: Tidak ada.

S: Selain daripada pakaian baru wanita, adakah kamu

dapat lihat barang-barang lain di dalam beg

tersebut?

J: Tiada.

[24] Mengenai isu bahawa beg (Eks. P6) mempunyai tag atas nama

Perayu, penjelasan berikut telah diberikan oleh Perayu:-

Semasa pemeriksaan semula Perayu (SD1)

(Rujuk muka surat 63, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Kamu mengaku ke dadah itu kamu yang punya?

J: Tidak.

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 22 -

S: Mengapa kamu mengaku, bila check in beg, kamu

mengakui semua isi beg itu. Kenapa kamu cakap macam

itu?

J: Kerana jika nak masuk di dalam bagasi pesawat harus

menggunakan nama saya. Saya hanya mengakui tag

bagasi itu mempunyai nama saya sahaja. Saya tidak

mengakui semua kandungan di dalam milik saya.

[25] Pada hemat kami, sekiranya Y.A Hakim Bicara menumpukan

mindanya terhadap keterangan dan keadaan yang dinyatakan di atas

dan menilai keterangan secara menyeluruh dan objektif, beliau akan

mencapai kesimpulan yang berlainan iaitu pembelaan Perayu,

sesungguhnya adalah munasabah, disokong oleh keterangan, bukan

sesuatu yang direka-reka atau difikirkan kemudian dan telah

menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

[26] Perlu diambil perhatian bahawa fakta-fakta yang berkaitan

dengan pembelaan Perayu telah dikemukakan kepada saksi-saksi

pendakwaan dan ia bukanlah merupakan suatu penafian kosong

semata-mata atau sesuatu yang difikir kemudian. Dalam kes Chai

Tee Keiong v Public Prosecutor [2014] 2 MLJ 264, Mahkamah ini

menegur hakim bicara dalam kes tersebut yang telah gagal

menimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh Perayu bersama-

sama dengan penyataan beramaran dan melabelkan pembelaan

Perayu sebagai “penafian kosong” dan sebagai “suatu yang telah

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 23 -

difikirkan kemudian”. Mahkamah menyatakan:-

“[57] With respect, it was an unfair criticism mounted

against the defence of the appellant. It was simply

against the weight of the evidence. It was, in our

judgment, neither a defence of 'bare denial' nor an

'afterthought' defence. The defence of the appellant

was advanced or put at the appropriate time when

the prosecution witnesses gave their evidence. This

was not the case where the defence was raised for

the very first time at the defence stage. In fact, the

defence was put or suggested to the relevant

prosecution witnesses during the trial proper. That

being the case, the defence of the appellant cannot

be branded as a 'bare denial' or a 'recent invention'

or an 'afterthought'. The need to cross-examine and to

put your case across is a sound rule of law. It allows the

opposite party to explain and defend.”. (Penekanan

ditambah).”.

Alasan (c): Walaupun Notis Alcontara telah diberikan, pihak

pendakwaan gagal untuk membuat siasatan dan menyangkal

versi pembelaan.

[27] Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Perayu telah

memberitahu SP9 bahawa dalam telefon bimbit beliau tertera nama

Jerry dan Agus Hasanah. Perayu juga telah memaklumkan kepada

SP9 bahawa Agus Hasanah atau “Endot” telah mengirimkan wang ke

Western Union dan dalam Eks. P38A, di item no.11, terdapat alamat

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 24 -

dan nombor telefon Agus Hasanah.

[28] Adalah tidak diragukan bahawa butir-butir terperinci mengenai

Agus Hasanah telah diberikan oleh Perayu kepada SP9 iaitu nama

penuh, alamat dan nombor telefon bimbit. Malangnya, SP9 (Pegawai

Penyiasat) tidak membuat siasatan yang bersunggguh-sungguh

untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh Perayu tersebut.

[29] Keterangan relevan ialah seperti berikut:-

“Semasa pemeriksaan balas, SP9 menyatakan:-

(Rujuk muka surat 30, 31 dan 32, Jilid 2, Rekod Rayuan)

S: Setuju bahawa OKT juga telah memberitahu berkenaan

nombor telefon Agus dan Jerry ada di dalam

handphone Nokia?

J: Ya, saya setuju.

S: Dan dia juga telah memberitahu kamu bahawa

nombor telefon disimpan sebagai penama Jerry dan

nama Agus sebagai Endot, setuju?

J: Setuju.

S: OKT telah memberitahu bahawa semua perbelanjaan

untuk beli tiket, tempahan hotel semua telah

diuruskan oleh Agus dan Jerry?

J: Saya setuju.

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 25 -

S: Sila rujuk kepada P38 A di muka surat 2 dan 3 iaitu tag

mesej No. 11 di bahagian bawah, setuju tercatat

terdapat alamat nama Agus Hasanah, alamat beliau

dan nombor telefon beliau?

J: Saya setuju.

S: Adakah kamu membuat siasatan terhadap Agus

Hasanah?

J: Tidak.

S: Setuju di dalam penyataan kamu dan di dalam

rakaman percakapan OKT telah mengatakan

bahawa dia tidak tahu ada dadah di dalam beg

tersebut?

J: Saya setuju.”.

(Penekanan ditambah).

[30] Pada hemat kami, kegagalan SP9 untuk membuat siasatan

terhadap penama Agus Hasanah dan Jerry telah memprejudiskan

Perayu dan menafikan peluang Perayu untuk dilepas dan dibebaskan

atas pertuduhan yang serius ini.

[31] Dalam kes Phiri Mailese (Zambian) v Public Prosecutor

[2013] 5 MLJ 70, Mahkamah ini menyatakan di muka surat 790 –

791:-

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 26 -

“In addition if ‘Alcontara Notice’ has been given to the

prosecution at the earliest opportunity then onus will be

placed on the prosecution to disprove the accused’s

version. In Alcontara a/l Ambross Anthony v Public

Prosecutor [1996] 1 MLJ 209, Edgar Joseph JR FCJ

had this to say:

To resume our discussion regarding the important

point of misdirection as regard the burden of proof,

especially the burden on the defence, we must point

out, with respect, that it was wrong for the judge to

have criticised the defence for having failed to put to

the investigating officer, the name of Che Mat, or the

latter's telephone number or his place of abode, for

the simple reason that these particulars had been

disclosed in the cautioned statement of the appellant

made the day after his arrest so that the police had all

the time in the world to check their veracity. That

being the case, the onus was on the prosecution to

check on whether the appellant's version of the facts,

as they appeared in his cautioned statement and to

which we have referred, was true or false. In other

words, the onus was upon the prosecution to

disprove this important part of the appellant's version

of the facts. The defence were, therefore, under no

duty to put the matters aforesaid to the investigating

officer, having regard to their prior disclosure in the

cautioned statement. In holding to the contrary, the

judge had undoubtedly overlooked the material

portions of the cautioned statement touching on Che

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 27 -

Mat, reversed the onus, and placed it on the defence,

so that on this further ground also, the conviction had

to be quashed.

It is pertinent to note that the ‘Alcontara Notice’ must

have sufficient particulars in the right perspective and

not a vague notice where the prosecution will not be

able to advance their investigation to rebut the defence

story or version. It must also be given at the earliest

opportunity at the material time of the arrest or at least

upon counsel taking instruction from the accused to

conduct its defence. In addition the defence's version

should be put at the prosecution stage and the story

must be maintained at the defence stage. There will be

a duty placed on the judge even at the prosecution

stage to positively evaluate the story of the accused

relating to ‘Alcontara Notice’ before evaluating the

prosecution case and applying the maximum evaluation

as Alcontara case places the onus on the prosecution

to rebut or sufficiently explain that they have discharged

that onus. In the instant case evidence will show that

the defence has not given an ‘Alcontara Notice’ in the

right perspective; and ….”.

Alasan (d): Ketidakpastian Pemakaian Anggapan Terhadap Perayu

[32] Dalam alasan penghakimannya, Yang Arif Hakim Bicara

menyatakan di muka surat 27 - 28, Jilid I, Rekod Rayuan seperti

berikut:-

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 28 -

“Oleh itu jelas, Tertuduh telah mengedar dadah

tersebut berdasarkan keterangan bahawa dadah yang

ditemui itu adalah terjumlah kepada perbuatan

mengangkut atau membawa seperti mana yang

ditakrifkan dengan perkataan pengedaran di bawah

Seksyen 2 Akta dan juga pemakaian andaian

pengedaran di bawah Seksyen 37(da) Akta yang

sama.”

Di muka surat 30, Jilid yang sama Yang Arif Hakim

Bicara menyatakan:-

“Ia juga tidak berjaya mematahkan anggapan di

bawah Seksyen 37(d) Akta, di atas keterangan yang

tidak disangkal bahawa…. ”

Di muka surat 33, Jilid yang sama Yang Arif Hakim

Bicara menyatakan:-

“Melalui keterangan SP6 dan SP7 juga, adalah jelas

tertuduh juga mempunyai pemilikan terhadap dadah

yang dijumpai di dalam beg P6 serta pemilikan

secara langsung (actual possession) terhadap

dadah tersebut semasa kejadian…”

Di muka surat 34, Jilid yang sama Yang Arif Hakim

Bicara menyatakan:-

“Meneliti pula kepada berat dadah tersebut, ia dengan

sendirinya mencukupi dari segi undang-undang untuk

menganggap yang Tertuduh mengedar dadah

tersebut.”.

(Penekanan ditambah).

Page 29: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 29 -

[33] Nampaknya, Yang Arif Hakim Bicara telah menggunapakai

(“invoked”) anggapan-anggapan di bawah seksyen-seksyen 37(d) dan

(da) dan juga pemilikan sebenar di bawah takrifan seksyen 2 ADB

1952 tanpa secara jelas menyatakan anggapan yang mana satukah

yang digunapakai untuk membuktikan elemen pengedaran. Pada

pandangan kami, keadaan demikian telah memprejudiskan Perayu

kerana Perayu tidak dapat memastikan dengan jelas anggapan-

anggapan yang digunapakai terhadapnya bagi membolehkan satu

pembelaan berkesan dikemukakan.

[34] Dalam hubungan ini, Mahkamah ini menyatakan dalam kes

Seyedalireza Seyedhedayatollah Ehteshamiardestani v Public

Prosecutor [2014] 6 MLJ 408 seperti berikut di muka surat 417 -

418:-

“If the learned trial judge had resorted to the

presumption in calling the defence, the law requires that

the learned trial judge apply the test of balance of

probabilities in considering whether the appellant had

rebutted the presumption (see Public Prosecutor v Ku

Yahya bin Ku Bahari & Anor [1999] MLJU 731;

[2002] 1 CLJ 113). We find no such application of the

test of balance of probabilities by the learned trial judge.

In our view, the approach of not electing or making a

finding on which presumption that was invoked but by

merely relying on the alternative, is most undesirable. It

reflects the uncertainty on the part of the trial judge to

Page 30: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 30 -

make a finding. The trial judge ought to make the

necessary finding ie whether it was actual or presumed

possession and whether it was presumed or actual

trafficking based on the evidence before her. We are

further of the view that it is important that such a finding

be made as it impacts the burden placed on the

defence.

In this regard we echo the views of Augustine Paul J (as

His Lordship then was) in the case of Public

Prosecutor v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705;

[2000] 4 CLJ 649 :

It must first be observed that reliance on the

presumption provisions where there is available

evidence of the facts to be presumed will be

unfavourable to the accused. This is because where

the court relies on a statutory provision relating to a

presumption of law like the presumption provisions it

is bound to take the fact as proved until evidence to

the contrary is given, on a balance of probabilities, to

disprove it (see Public Prosecutor v Yuvaraj [1969]

2 MLJ 69; Nagappan Kuppusamy v Public

Prosecutor [1988] 2 MLJ 53). This results in a legal

burden being imposed on an accused person though

it is not illegal. Failure to discharge the burden, even

where a reasonable doubt as to guilt exists, will be

followed by conviction (see State v Mello & Anor

[1999] 1 LRC 215). However, if the court had acted

on the available evidence in proof of the relevant

ingredients without resorting to presumptions there is

only an evidential burden on an accused person to

raise a reasonable doubt. This indiscriminate use of

Page 31: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 31 -

presumptions when there is evidence of the facts to

be presumed will be unfavourable to the accused as

it will place a heavier burden on him which could

have been avoided. Fairness to the accused

therefore demands that the presumption provisions

are used only when there is no evidence of the facts

to be presumed.

In the instant case, it is our judgment that the failure of

the learned trial judge to make a finding as to which

presumption was relied upon for possession and

trafficking and the failure to consider whether the

appellant had rebutted the presumption, amounts to a

misdirection by way of non-direction which has

prejudiced the appellant.”.

Alasan (e): Doktrin Kebutaan Disengajakan (“wilful blindness”)

Tidak Terpakai

[35] Pada pandangan kami, berdasarkan keterangan dan keadaan

yang wujud dalam kes ini, doktrin kebutaan disengajakan adalah tidak

terpakai terhadap Perayu. Fakta asas (“primary fact”) tidak

membolehkan Perayu mengesyaki dan/atau mencurigai bahawa beg

(Eks. P6) tersebut mengandungi dadah berbahaya yang menjadi hal

perkara pertuduhan kerana –

(a) apabila Patricia menyerahkan beg (Eks. P6), kepada

Perayu, Perayu telah memeriksa beg tersebut dan

mengambil gambar P6. Perayu tidak melihat atau

Page 32: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 32 -

mengesyaki terdapat dadah berbahaya di dalamnya;

(b) Perayu melihat beg (Eks. P6) hanya mengandungi pakaian-

pakaian baru wanita; dan

(c) Beg (Eks. P6) kelihatan biasa dan tidak ada sesuatu

perkara yang boleh menimbulkan kecurigaan Perayu yang

akan mendorong beliau untuk membuat inkuiri lanjut. Tidak

terdapat apa-apa alasan bagi Perayu mengesyaki bahawa

“sesuatu yang tidak kena” dengan beg (P6) tersebut.

[36] Dalam kes Public Prosecutor v Herlina Purnama Sari [2017]

1 MLRA 499, Md Raus Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan

(sekarang Ketua Hakim Negara) telah menjelaskan doktrin ini dengan

terperinci seperti berikut:-

“Wilful blindness necessarily entails an element of

deliberate action. If the person concerned has a clear

reason to be suspicious that something is amiss

but then embarks on a deliberate decision not to

make further inquiries in order to avoid confirming

what the actual situation is, then such a decision is

necessarily a deliberate one. The key threshold

element in the doctrine of wilful blindness itself is

that of suspicion followed by (and couplet with) a

deliberate decision not to make further

investigations. Whether the doctrine of wilful blindness

should be applied to any particular case would be

Page 33: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 33 -

dependent on the relevant inferences to be drawn by

the trial judge from all the facts and circumstances of

the particular case giving due weight, where necessary,

to the credibility of the witnesses. (see PP v. Tan Kok

An [1995] 4 MLRH 256)

45. The concept of "wilful blindness" had been

discussed in a number of local cases but it seems to

have had its genesis in the dissenting judgment of Yong

Pung How CJ (Singapore) in the case of Public

Prosecutor v. Hla Win [1995] 2 SLR 424. The doctrine

of "wilful blindness" can be summarised to be

applicable to a situation where the circumstances are

such as to raise suspicion sufficient for a reasonable

person to be put on inquiry as to the legitimacy of a

particular transaction. To put it another way if the

circumstances are such as to arouse suspicion, then it

is incumbent on a person to make the necessary

inquiries in order to satisfy himself as to the

genuineness of what was informed to him. Should he

fail to embark upon this course of action, then he will be

guilty of "wilful blindness". In other words he is then

taken to know the true situation. He then cannot be said

to have rebutted the presumption of knowledge or have

raised a reasonable doubt as to his knowledge of the

situation.”

[37] Dalam nada yang sama, dalam kes Sarumathi Rengasamy v

Pendakwa Raya (Rayuan Jenayah No. P-05-248-10/2013),

Mahkamah ini menjelaskan seperti berikut:-

Page 34: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 34 -

[37] In Global-Tech Appliances, Inc. v SEBS.A.

179L Ed. 2nd 1167 (May 31, 2011), the United States

Supreme Court held that the doctrine of wilful blindness

had two basic components: “(1) the defendant must

subjectively believe that there is a high probability

that a fact exists; and (2) the defendant must take

deliberate actions to avoid learning of that fact”.

The Court stated that:

“Under this formulation, a wilfully blindness

defendant is one who takes deliberate actions to

avoid confirming a high probability of wrongdoing

and who can almost be said to have known the

critical facts. ………. By contrast, a reckless

defendant is one who merely knows of a substantial

and unjustified risk of such wrongdoing …… and a

negligent is one who should have known of a similar

risk but, In fact, did not…… .”.

[38] Similar observation was made by Glanville

Williams, cited in Sansregret v The Queen [1985] 1

S.C.R. 570, as follows:

“The rule that wilful blindness is equivalent to

knowledge is essential, and is found throughout the

criminal law. It is, at the same time, an unstable rule,

because judges are apt to forget its very limited

scope. A court can properly find wilful blindness

only where it can almost be said that the defendant

actually knew. He suspected the fact; he realized its

probability; but he refrained from obtaining the final

confirmation because he wanted in the event to be

able to deny knowledge. This, and this alone, is

Page 35: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 35 -

wilful blindness. It requires in effect a finding that the

defendant intended to cheat the administration of

justice. Any wider definition would make the doctrine

of wilful blindness indistinguishable from the civil

doctrine of negligence in not obtaining knowledge.”.

(Penekanan ditambah).

[38] Sebelum kami membuat kesimpulan, kami ingin menyatakan

bahawa kebanyakan isu yang terlibat dalam rayuan ini adalah

berkisar kepada penemuan atau dapatan fakta oleh Yang Arif Hakim

Bicara. Kami sedar bahawa mahkamah yang mendengar rayuan

hendaklah perlahan dan berhati-hati dalam mengubah atau

campurtangan terhadap penemuan atau dapatan fakta yang dibuat

oleh hakim bicara. Dalam kes Bank Pertanian Malaysia Berhad v

Nora’rifah Darus [2014] 7 CLJ 631, Mahkamah ini menyatakan di

muka surat 640:-

“[18] At the outset we must say that the jurisdiction of

the appellate court to intervene with the finding of facts

by a trial Judge is well defined in catena of decisions by

our courts. It has been settled that an appellate court

can intervene with the finding of facts when the findings

are grounded entirely on speculations, surmises or

conjectures; when an inference made by a trial court

from its factual findings is plainly wrong, absurd or

illogical; where there is none or insufficient judicial

appreciation of evidence; when the findings of a trial

court run contrary to the admission of the parties to the

Page 36: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 36 -

case, or fail to notice certain relevant facts which if

properly considered, will justify a different conclusion;

when the findings of fact are premised on the absence

of evidence, or are contradicted by the evidence on

record. (See Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin

@ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (FC); Kyros

International Sdn. Bhd. v. Ketua Pengarah Hasil Dalam

Negeri [2013] 2 MLJ 650; Sundram Ramasamy v.

Arujunan a/l Arumugam & Anor [1994] 4 CLJ 300, SC;

Multar Masngud v. Lim Kim Chet and Anor [1982] CLJ

107 (FC); Choo Kok Beng v. Choo Kok Hoe and Ors

[1984] 2 MLJ 165b).”.

[39] Dalam rayuan ini, selepas kami menyemak keterangan dengan

teliti dan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak-

pihak, kami mendapati Yang Arif Hakim Bicara telah membuat

kesimpulan yang tidak disokong oleh keterangan dan/atau tidak

memberi keberatan sewajarnya kepada aspek-aspek tertentu

keterangan yang boleh menyokong versi pembelaan. Kesimpulan

Yang Arif Hakim Bicara bahawa pembelaan Perayu adalah penafian

kosong dan sesuatu yang difikirkan kemudian adalah tersasar dan

khilaf. Kami berpendapat keputusan Yang Arif Hakim tidak dapat

dipertahankan dan perlu diubah demi keadilan.

Kesimpulan

[40] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, kami berpendapat

bahawa sabitan yang dibuat oleh Yang Arif Hakim Bicara adalah tidak

Page 37: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA - kehakiman.gov.myM)-196-07-2015_(IDN).pdf · penerbangan MAS MH176 (Maldives – Kuala Lumpur) yang ... barang-barangnya ke dalam beg dan membawa beg

- 37 -

selamat dan bertentangan dengan keberatan keterangan. Oleh itu,

kami sebulat suara membenarkan rayuan Perayu. Sabitan dan

hukuman Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Perayu

diperintah dilepas dan dibebaskan serta-merta.

Bertarikh: 5 Julai 2017 t.t.

(MOHD ZAWAWI BIN SALLEH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara Perayu: Selvi Sandrasegaram (Irwan Sumadi bersamanya) Tetuan Gooi & Azura No. 12-1 & 14-1 Jalan Serkut Taman Pertama Cheras 56100 Kuala Lumpur Peguamcara Responden: Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Putrajaya.