dalam isu 65 - jupem.gov.my · masyarakat ke satun, thailand mesyuarat jawatankuasa peringkat...

50

Upload: others

Post on 04-Nov-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada sukuan kedua tahun 2017 di lembaran Berita Ukur Bil. 65 (BU65), edisi April – Jun 2017.

Berita Ukur (BU) bilangan BU65 pada sukuan kedua tahun 2017 ini menyajikan pelbagai berita menarik dari Kementerian, Ibu Pejabat JUPEM dan JUPEM Negeri. Ia termasuklah aktiviti – aktiviti rasmi dan tidak rasmi anjuran jabatan. Pastinya artikel yang disajikan di dalam BU65 dapat dijadikan sumber bahan bacaan dan maklumat ilmiah untuk tatapan warga JUPEM dan semua pembaca.

Akhir sekali, sidang pengarang amat mengalu-alukan sebarang sumbangan apa jua hasil karya penulisan untuk dimuatkan dalam berita ukur edisi seterusnya. Karya-karya tersebut boleh diemelkan kepada sidang pengarang melalui emel [email protected] atau [email protected].

Akhir kalam, selamat membaca!

Meja PengarangDari

DAPATKAN BERITA UKUR EDISI SEBELUM INI DI:WWW.JUPEM.GOV.MY/V1/MY/MEDIA/BERITA-UKUR

JAN-MAC

201764

PROGRAM UKUR bersama rakyat (UbeR)

DEMONSTRASI DRON DI CAMERON HIGHLANDS

Jabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaWisma JUPEM

Jalan Sultan Yahya Petra50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618www.jupem.gov.my

APR - JUN201765

UKUR bersama rakyat (UbeR)

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Wisma JUPEMJalan Sultan Yahya Petra

50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618

www.jupem.gov.my Majlis PenyerahanNOTA SERAHAN TUGAS

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

sebagai

4

Majlis Penyerahan Nota Serah TugasKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan

Malaysia

6Majlis Tandatangan Nota Kerjasama

bersama PLANMalaysia

9JUPEM Menerima

Anugerah Majikan Prihatin

DALAM ISU 65BERITA UKUR JUPEM

April - Jun 2017

MENARIK DALAMBERITA UKUR JUPEM

Lawatan Teknikal keSempadan AntarabangsaMalaysia - Thailand

15

10

20

Lawatan Kerja Sempadan Antarabangsa Malaysia - Thailand di Sungai Golok

Majlis Berbuka PuasaJUPEM

4

KANDUNGAN

10 36

9

26Lawatan TeknikalDelegasi dari Nepalke JUPEM

Sambutan Hari Bumi2017

22

29

Konvensyen KumpulanInovatif & Kreatif JUPEM2017

32

34

42Program Khidmat Masyarakat ke Satun, Thailand

Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Tindakan Pemulihan Cameron Highlands Kali Ke-2

Lawatan Kerja Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor ke Pos APMM di Batuan Tengah Johor

48Sudut Kesihatan Heart AttackWarning Sign

45Keratan Akhbar

46Info Tekno Teknologi Multibeam Survey

22 6

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Majlis Penyerahan

Pada 22 Jun 2017, bertempat di Dewan Ukur, Jalan Sultan Yahya Petra telah berlangsung Majlis Tandatangan dan penyerahan Nota Serah Tugas daripada YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia kepada YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia I. Penyerahan Nota Serah Tugas tersebut telah disaksikan oleh YBrs. Sr Dr. Teng Chee Hua, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Pengarah-Pengarah Ukur Negeri, Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian dan warga JUPEM. Terdahulu YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil menyampaikan amanat terakhir sebelum bersara wajib pada 29 Jun 2017. Pada majlis yang sama YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil turut melancarkan video integriti. Sejurus

selesai majlis pelancaran tersebut, pegawai serta kakitangan berkumpul di pintu keluar Dewan Ukur bagi menyaksikan ketukkan terakhir punch card YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil.

NOTA SERAH TUGAS

4 Berita Ukur

5

MAJLIS MENANDATAGANI

BERSAMA PLANMalaysiaMajlis Menandatangani Nota Kerjasama Persefahaman antara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia berkaitan perkongsian maklumat geospatial telah diadakan pada 15 Mei 2017 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM. MoU tersebut ditandatangi oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia bagi pihak JUPEM, manakala pihak JPBDSM di wakili oleh YBhg. Dato’ Tpr. Dr. Dolbani bin Mijan, Ketua Pengarah PLANMalaysia.

MoU ini merupakan suatu platform bagi JUPEM dan JPBDSM menjalinkan kerjasama strategik yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak melalui perkongsian data/maklumat geospatial antara JUPEM dengan agensi-agensi kerajaan termasuklah PLANMalaysia. Kerjasama ini bukanlah satu perkara yang baru dan ianya telah diamalkan sebelum ini. JUPEM bersedia untuk kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi membekalkan data-data asas kepada semua agensi kerajaan.

Dalam ucaptama YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, JUPEM dan PLANMalaysia akan melibatkan kerjasama dari segi pakaran dan bantuan khidmat teknikal; perkongsian maklumat data seperti Data Kadaster, Ortofoto, Digital Terrain Model (DTM), Digital Surface Model (DSM), 3D City Model dan data perancangan; Menyelaras perancangan bagi menyediaan maklumat geospatial

untuk tujuan perkongsian supaya pertindihan usaha dalam pengutipan data dapat dielakkan; Menghasilkan peta bandar yang komprehensif dan terkini yang boleh disalurkan kepada pihak PLANMalaysia bagi pelbagai kegunaan; Perkongsian imej ortofoto, maklumat imej dan atribut dapat membantu PLANMalaysia dalam melengkapkan pangkalan data GIS bagi kegunaan merancang proses perbandaran, pemantauan, penguatkuasaan, kawalan keselamatan dan alam sekitar; Perkongsian penggunaan aset-aset kerajaan yang sesuai di kalangan JUPEM dan PLANMalaysia; dan Unjuran perancangan pembangunan masa depan melalui model 3-Dimensi seperti shadow effect ke atas pembangunan sedia ada dan juga lain-lain aplikasi fungsi analitikal.

Jalinan kerjasama ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menggalakkan kerjasama strategik antara pihak kerajaan, badan berkanun, swasta dan lain-lain.

NOTA KERJASAMA PERSEFAHAMAN

6 Berita Ukur

7

Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat telah diadakan pada 16 Mei 2017 bertempat di Bilik Tamu Panglima Tentera Darat. Pada Majlis tersebut, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah ditauliahkan Kolonel Kehormat Juruukur Angkatan Tentera. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Jen Dato’ Sri Zulkiple bin Haji Kassim, Panglima Tentera Darat (PTD).

PEMAKAIAN PANGKAT MajlisKOLONEL KEHORMAT JURUUKUR ANGKATAN TENTERA

8 Berita Ukur

Tahniah kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kerana menerima Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya sempena Sambutan Hari Pekerja 2017 anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya pada 1 Mei 2017. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman. JUPEM diwakili oleh YBrs. Sr Dr. Teng Chee Hua, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, bagi memerima anugerah tersebut. Turut hadir dalam majlis penyampaian tersebut Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat.

JUPEM MENERIMAANUGERAH MAJIKAN PRIHATIN

9

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sempadan darat dan maritim bersama dengan negara-negara jirannya seperti Thailand, Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, Filipina dan Vietnam dengan jarak keseluruhan sempadan antarabangsa darat sepanjang 3,230 kilometer dan sempadan maritim sepanjang 5,749 kilometer. Manakala Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan competent authority dalam hal ehwal persempadanan yang diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan kerja-kerja penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan secara bersama dengan negara-negara jiran dengan matlamat utama untuk menzahirkan kedaulatan negara di rantau ini.

Agenda persempadanan antarabangsa sering kali mendapat perhatian khusus pihak Kerajaan semasa Rundingan Tahunan Antara Ketua-Ketua Negara berhubung pelaksanaan aktiviti penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan darat dan maritim dengan negara-negara jiran terlibat. Persempadanan yang jelas dan tepat memainkan peranan yang penting di dalam keharmonian sesebuah negara dan dapat meminimumkan isu-isu rentas sempadan seperti pencerobohan wilayah, penyeludupan, pemerdagangan manusia serta isu-isu keselamatan negara.

Bersempena dengan sesi pemeriksaan bajet mengurus tahun 2018 yang telah diadakan di Alor Star, Kedah, satu lawatan kerja ke persempadanan antarabangsa Malaysia-Thailand telah diadakan pada 26 April 2017 melibatkan wakil agensi pusat daripada Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang terdiri daripada YBhg. Dato’ Suhaimi bin Hj Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) dan Encik Daniel Lee bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Perolehan (BKEP), pegawai dari Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan (BTUP) serta beberapa pegawai lain yang berkaitan. Lawatan teknikal ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan juga diiringi oleh YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan. Ianya bertujuan untuk memberi penjelasan dan gambaran sebenar kepada pegawai-pegawai agensi pusat mengenai skop kerja aktiviti penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara jiran serta kepentingan peruntukan yang berterusan dan tersedia bagi membiayai aktiviti pengukuran sempadan antarabangsa tersebut.

Melalui lawatan sehari penuh ini, peserta telah dibawa ke lokasi kerja-kerja tanam pastian dan penyelenggaraan tanda sempadan Malaysia - Thailand di Kawasan Keutamaan XIIA (BP 33 - 37), Bang Thung Sai Jae, Sabaiyoi serta melawat Kem Sementara Pasukan Ukur Bersama. Sesi lawatan diakhiri dengan tinjauan ke lokasi pagar selapis (Single Barrier) sedia ada yang dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di kawasan Keutamaan VI (BP 15A) berhampiran pintu keluar masuk sempadan Malaysia – Thailand di Padang Besar, Perlis.

LAWATAN TEKNIKAL KE SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA - THAILAND

10 Berita Ukur

11

GAMBAR GALERI Lawatan Teknikal SempadanMALAYSIA - THAILAND

12 Berita Ukur

13

14 Berita Ukur

Pada 13 Jun 2017, pihak pengurusan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang disertai oleh YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan juga turut disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) dan pegawai-pegawai kanan NRE ke sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Kelantan. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pihak pengurusan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mengenai hal-hal berkaitan dengan sempadan maritim Malaysia-Thailand di Sungai Golok.

Pihak JUPEM diketuai oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan turut disertai oleh YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan, Sr Mohd Latif bin Zainal, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung dan pegawai-pegawai JUPEM dari Ibu Pejabat dan JUPEM Negeri Kelantan.

Satu taklimat berkaitan sempadan antarabangsa Malaysia (Kelantan) - Thailand dan status pengukurannya telah diadakan sebelum lawatan tapak dijalankan. Taklimat ini disampaikan oleh Sr Mohd Latif bin Zainal. Selain daripada taklimat tersebut, delegasi NRE juga telah diberi taklimat tentang kerja-kerja tebatan banjir di Sg. Golok dengan menaiki bot dan mengambil masa satu jam perjalanan daripada Jeti Polis Marin Pangkalan Kubor di muara Sg. Golok (Kolok River).

DI SUNGAI GOLOK

LAWATAN KERJA SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA - THAILAND

Tanda Sempadan Boundary Point B

Latitud 6 º 14.5’, Longitud 102 º 5.5’15

Seminar FIG Working Week 2017 yang menghimpunkan para profesional dan komuniti antarabangsa dalam bidang Geospatial telah berlangsung pada 29 Mei 2017 hingga 2 Jun 2017 di Helsinki, Finland. Dua kertas kerja antarabangsa yang menyentuh aspek terkini dalam bidang Geospatial telah dibentangkan oleh pegawai JUPEM semasa seminar ini berlangsung. Pembentangan kertas kerja pertama bertajuk Towards Augmented Topographic Map: Integration of Digital Photograph Captured from MAV and UAV Platforms telah dibentang oleh Sr Ng Eng Guan, Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya. Selanjutnya kertas kerja kedua oleh Sr Sarah binti Shaharuddin bertajuk Cadastral In Supporting Smart Cities In Malaysia telah dibentang di dalam sesi teknikal Land Management In Growing Urban Zones. Melalui kedua-dua pembentangan kertas kerja ini, JUPEM telah bersama-sama berkongsi pengalaman serta pendekatan terkini yang digunakan dalam pengumpulan data di lapangan, teknologi terkini yang digunakan, pendekatan digital yang digunapakai serta cabaran yang perlu di hadapi dalam menyediakan perkhidmatan berasaskan Service Oriented Architecture di Jabatan.

Pada 29 Mei hingga 2 Jun telah berlangsung Technical Commitee Meeting bagi Standard ISO/TC 211 Geographic Information/Geomatics di Stockholm (Sweden) yang diwakili oleh YBrs. Sr Haji Mohamad Kamili bin Adimin, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster, JUPEM.Technical Commitee Meeting ini bertanggungjawab mewujudkan struktur standard maklumat sesuatu objek dan lokasinya relatif diatas permukaan bumi. Standard ini ditentukan berdasarkan kepada maklumat geografi, kaedah, peralatan dan perkhidmatan untuk pengurusan data (termasuk definisi dan penerangan), memperoleh, memproses, menganalisis, mengakses, menyampaikan dan memindahkan data tersebut dalam bentuk digital / elektronik antara pengguna yang berbeza, sistem dan lokasi. Standard ini hendaklah mengikut teknologi maklumat yang sedia ada dan menyokong rangka kerja pembangunan aplikasi bagi sektor tertentu yang menggunakan data geografi.

1. FIG WORKING WEEK 2017, HELSINKI, FINLAND

2. TECHNICAL COMMITEE METTING BAGI ISO/TC 211 GEOGRAPHIC INFORMATION, STOCKHLOM, SWEEDEN

16 Berita Ukur

Sempena 10 th International Symposium on Digital Earth (ISDE) & Locatel 17 Digital Transformation-Our Future yang telah berlangsung pada 3 hingga 6 April 2017 di Sydney, Australia. Satu kertas kerja telah dibentangkan oleh YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan mewakili JUPEM dibawah skop Land Surveying and Administration, Spatial Infrastructure, Smart Cities, Virtual Globe, Engineering/Utilities, Big Data, Geospatial and Next Generation Positioning Infrastructure. Simposium ini merupakan simposium antarabangsa yang dianjurkan oleh ISDE dan menjadi platform membincangkan teknologi dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan, perlindungan alam sekitar, risiko bencana, pemulihara sumber asli dan peningkatan taraf hidup. Pada majlis yang sama turut berlangsung juga satu mesyuarat iaitu Executive Board Meeting bagi WG1 – Geodetic Frame yang turut disertai oleh YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed dan Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman.

3. 10th INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON DIGITAL EARTH & LOCATEL 17 DIGITAL TRANFORMATION -OUR FUTURE, SYDNEY, AUSTRALIA

UNGGIM - EXECUTIVE BOARD MEETING WG1 – GEODETIC FRAME

17

Selain dari program turun padang lawatan Sungai Golok tersebut, YBhg. Dato’ Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang diiringi oleh YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan. Turut sama dalam kunjungan tersebut YBhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kunjungan hormat tersebut bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pengukuran sempadan Negeri Kelantan dengan negeri-negeri berjiran.

KUNJUGAN HORMAT KE PEJABATS E T I A U S A H A N E G E R I K E L A N T A N

18 Berita Ukur

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menganjurkan program berbuka puasa yang disertai oleh YB Dato Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar, YBhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli), dan turut disertai oleh pegawai tertinggi JUPEM yang terdiri YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Mohd Nor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia I, YBrs. Dr. Teng Chee Hua, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia II, pegawai-pegawai kanan JUPEM di Ibu Pejabat dan JUPEM Negeri. Program tersebut telah diadakan mengikut zon-zon iaitu Zon Utara di Alor Setar, Kedah pada 4 Jun 2017, Zon Tengah di NRE pada 7 Jun 2017, Zon Timur di Kota Bharu, Kelantan pada 13 Jun 2017 dan Zon Selatan di Ledang, Johor pada 16 Jun 2017. Sempena Program Berbuka Puasa ini, pihak NRE turut memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga NRE yang kurang bernasib baik.

JUPEM MENYERTAI PROGRAM BERBUKA PUASA ANJURAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

ZON UTARA ZON TENGAH

ZON TIMUR ZON SELATAN

19

20 Berita Ukur

MAJLIS BERBUKA PUASA JUPEM 1438H / 2017

Majlis Berbuka Puasa Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah diadakan pada Khamis 22 Jun 2017 bersamaan 27 Ramadhan yang dihadiri jemputan dari Pejuta, RISM, LJT, Puspanita dan kakitangan JUPEM. Majlis ini turut diserikan takzirah yang disampaikan oleh AL- Fadhil Ustaz Haji Mohd Akib bin Haji Abdullah, Pendakwah Bebas dari Aman Palestin. Majlis turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

21

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2017 telah berjaya diadakan pada 13 April 2017 di Dewan Prima, Wisma LJT, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta semua Pengarah Ukur Bahagian/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri. Konvensyen ini telah disertai oleh enam pasukan yang terdiri daripada JUPEM Negeri Sembilan (PERPATIH), Bahagian Pemetaan Utiliti (i-padu), JUPEM Terengganu (PAYANG), Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (G2U), Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (NABALU) dan Bahagian Geospatial Pertahanan (UGeo). Pasukan dari JUPEM Terengganu (PAYANG) telah dinobatkan sebagai Johan Konvensyen KIK dan Anugerah Persembahan Terbaik. Johan dan Anugerah Dokumentasi Terbaik pula dimenangi oleh Kumpulan UGeo dari Bahagian Geospatial Pertahanan manakala Tempat Ketiga dan Anugerah Pameran Terbaik dimenangi oleh Kumpulan PERPATIH dari JUPEM Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan KIK yang menyertai kerana berani tampil memberikan persembahan dan komitmen yang tinggi.

konvensyen

INOVATIF & KREATIF KUMPULAN

JOHAN JUPEM TERENGGANU (PAYANG)

NAIB JOHAN BAHAGIAN GEOSPATIAL PERTAHANAN (UGeo)

JOHAN JUPEM TERENGGANU (PAYANG)

KETIGA JUPEM NEGERI SEMBILAN (PEPATIH)

22 Berita Ukur

23

24 Berita Ukur

GAMBAR G a l e r i

KONVENSYEN KIK 2017

25

Seramai empat (4) delegasi dari Ministry of Land Reform and Management, Nepal yang diketuai oleh Encik Arjun Raj Panta telah mengadakan lawatan teknikal sambil belajar ke JUPEM pada 7 Jun 2017 (Rabu) bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Sr Dr. Teng Chee Hua, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II manakala satu taklimat ringkas tentang aktiviti Kadaster di JUPEM juga telah disampaikan oleh Sr Mohd Azua bin Mohd Zain dan Sr Zuhairy bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahagian Kadaster. Sesi lawatan ke JUPEM W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya turut diadakan.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Sabah telah mengambil inisiatif melakukan lawatan dan perbincangan ke Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada 23 Mei 2017 bertujuan untuk mewujudkan jaringan perkongsian maklumat geospatial melalui pendekatan konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS). Program ini diketuai oleh Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Sr. Tuan Haji Anual bin Aziz. Sesi perbincangan telah diadakan bersama Presiden Majlis Perbandaran Tawau, YBhg. Tuan Alijus @ Mohd Ali bin Haji Sipil dan seterusnya disusuli dengan sesi perbincangan bersama pegawai-pegawai MPT. Melalui lawatan dan perbincangan dibawah konsep NBOS ini telah berjaya membuka pendekatan baru dari segi perkongsian maklumat geospatial yang lebih efisien yang secara langsung akan dapat mengoptimumkan sumber tenaga dan aset serta dapat mengelakkan pembaziran kos akibat daripada pertindihan kerja.

LAWATAN TEKNIKAL DELEGASI NEPAL KE JUPEM

LAWATAN DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT GEOSPATIAL ANTARA JUPEM DAN MPT

26 Berita Ukur

KUNJUNGAN HORMAT

KUNJUNGAN HORMAT DATO’ ABD MAJID BIN MOHAMED MANTAN KPUP KE PEJABAT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH UKUR NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN

27

Satu lawatan peninjauan aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan Tasik Chini, Pahang yang diketuai oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diadakan pada 17 April 2017. Turut hadir bersama lawatan kerja ini adalah YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Sekitar dan YBhg.Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia bersama-sama ketua-ketua Jabatan dibawah NRE. Taklimat lawatan ini telah disampaikan oleh Encik Rosli bin Zul, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat tahap memulihara dan memelihara ekosistem di Tasik Chini, Pahang yang telah diwartakan sebagai tapak Rizab Biosfera pertama di Malaysia.

LAWATAN PENINJAUAN AKTIVITI PEMULIHARAAN TASIK CHINI

28 Berita Ukur

LAWATAN PENINJAUAN AKTIVITI PEMULIHARAAN TASIK CHINI

SAMBUTAN HARI BUMI

Pada 22 April 2017 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah turut serta dalam pengumpulan terbanyak Barangan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-Waste) Isi Rumah sebanyak 36,144 kilogram di Sambutan Hari Bumi dan mendapat pengiktirafan oleh Malaysian Book of Records (MBOR) sebagai pengumpulan terbanyak Barangan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-Waste).

Sambutan Hari Bumi ini telah dirasmikan YB Dato Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Turut hadir, Timbalan Menterinya, YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar.

Pengumpulan terbanyak sisa buangan tersebut merupakan paling tinggi buat masa ini hasil kerjasama penduduk dan pelbagai pihak. Program tersebut dijalankan melalui penglibatan bersama masyarakat setempat bermula 10 hingga 19 April lalu di lapan lokasi pengumpulan sekitar pekan itu dan beberapa sokongan jabatan kerajaan termasuk JUPEM. Antara barangan yang berjaya dikumpul termasuklah televisyen, peti sejuk, penghawa dingin,

mesin basuh, telefon bimbit, komputer peribadi dan pelbagai peralatan elektrik serta elektronik lain. Pada majlis yang sama JUPEM turut menjayakan program ini dengan menyertai pameran yang disertai oleh pegawai JUPEM dari Bahagian Hal Ehwal Persempadanan, Bahagian Ukur Geodetik, Bahagian Perancangan dan Korporat dan Bahagian Geospatial Pertahanan.

29

Dialog Transformasi Nasional 2050 anjuran NRE disertai oleh lebih 1000 belia dari institusi pendidikan tinggi sekitar Kuantan telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato Sri Dr. Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Manakala Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim sebagai moderator program. Dialog ini membincangkan elemen alam sekitar, bertemakan “Aspirasi Masa Depan Alam Sekitar Negara Kita”. Kakitangan JUPEM Pahang telah dilantik sebagai urusetia program bagi menjayakan program ini.

M A J L I S D I A L O G T N 5 0 BERSAMA MENTERI NRE

Majlis muzakarah ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Hj Osman, Mufti Negeri Pahang. Diwakili oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Agama Negeri Pahang, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan JUPEM Pahang. Muzakarah ini membincangkan penemuan-penemuan baru dalam urusan Islam Pahang.

MAJLIS MUZAKARAH JUPEM PAHANG

LAWATAN KERJA KPUP KE JUPEM PAHANGSempena dengan Dialog TN50 anjuran NRE, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah mengambil kesempatan untuk melakukan Lawatan Kerja Rasmi ke JUPEM Pahang. Lawatan turut dihadiri oleh Pengarah ukur dan Pemetaan Pahang serta pegawai dan kakitangan JUPEM Pahang.

JUPEM PAHANG

30 Berita Ukur

Hari Keluarga JUPEM Pahang telah diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara kakitangan ini telah diadakan di Pantai Balok, Kuantan. Berbagai aturcara diadakan termasuk sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa, di mana hadiah-hadiah dan hamper telah disediakan. Setelah jamuan makan tengahari, majlis bersurai.

HARI KELUARGA JUPEM PAHANGL A W ATA N E K S A DARIPADA PERKESOPada 3 Mei 2017, Perkeso Kuantan telah membuat lawatan ke JUPEM Pahang. Lawatan penanda aras (bench mark) ini dapat berkongsi mewujudkan amalan terbaik dalam amalan EKSA dan penambahbaikan dalam segala aspek.

31

MESYUARAT JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI (HLC) TINDAKAN PEMULIHAN CAMERON HIGHLANDS KALI KE -2Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Tindakan Pemulihan Cameron Highlands kali ke dua telah diadakan pada 19 Mei 2017 di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands yang dipengerusikan bersama oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang. Mesyuarat ini bertujuan untuk memutuskan beberapa langkah proaktif diambil demi kepentingan pengusaha dan penduduk di sini. YAB Timbalan Perdana Menteri memaklumkan kerjasama pintar antara kerajaan Persekutuan dan negeri antara lain memutuskan untuk memberikan peranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi peneraju dalam melakukan pemantauan selain Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Cameron Highlands serta agensi-

Sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) Ke-64 pada 22 April 2017, BGSP telah terlibat dengan pameran berkaitan elemen jurutera dan penggambaran udara menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) bagi merakam gambar dan video di sepanjang perbarisan. Seramai 16 pegawai dan 260 anggota lain-lain pangkat RAJD terlibat dalam perbarisan yang telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera, Mej. Jen. Dato’ Pahlawan Ir. Abdul Nasser Ahmad dengan tema ‘Gagah Membina Setia Mendukung’ di Padang Kawad IKEM, Kluang, Johor. Pelawat juga diberi penerangan berkaitan pembekalan produk dan perkhidmatan geospatial kepada ATM dan disamping keupayaan UAV Dragon 50 di ruang pameran BGSP.

P A M E R A N B G S P S E M P E N A U L A N G T A H U N R A J D K E - 6 4

agensi yang terlibat. Pemantauan akan dilakukan secara berkala bagi menentukan tiada pencerobohan haram dilakukan sehingga mengakibatkan hakisan yang membawa kepada banjir luar biasa serta kemusnahan alam sekitar. Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan serta beberapa pegawai dan staf JUPEM. Dalam lawatan ini Bahagian Geospatial Pertahanan telah menunjukkan demonstrasi UAV Quadcoper, Dji Inspire dan Dji Phantom secara live di lokasi Kampung Orang Asli Sg. Tiang dan kawasan banjir kilat di Balai Polis Ringlet.

JUPEM BGSP

32 Berita Ukur

Bagi membuktikan BGSP sentiasa komited dan memberi sokongan padu ke arah merealisasikan Pensijilan Semula Sistem Persekitaran Berkualiti (QE) Ibu Pejabat JUPEM. Satu majlis serah watikah kepada ahli jawatankuasa baharu telah diadakan pada 2 Mei 2017 bertempat di ruang legar pejabat BGSP, Tingkat 2, Bangunan Ukur. Pada majlis tersebut juga telah berlangsung pelancaran Bunting QE BGSP yang merupakan ikrar warga BGSP dalam menjayakan program QE Bahagian. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Brig Jen Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah BGSP selaku Ketua Zon Geospatial Pertahanan JUPEM merangkap Penaung pelaksanaan program QE BGSP. Taklimat pemantapan amalan QE dan kriteria audit pensijilan juga turut dibuat oleh Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Audit bagi meningkatkan idea penambahbaikan secara berterusan di kalangan warga BGSP.

MAJLIS SERAH WATIKAH PERLANTIKAN JAWATANKUASA PERSEKITARAN BERKUALITI BAHAGIAN GEOSPATIAL PERTAHANAN

Pada 4 Mei 2017, satu majlis ringkas penyerahan cek pampasan tuntutan kematian Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjumlah RM78,000.00 kepada Puan Roslaini bt Mohd Nawi, balu Allahyarham Mej Azhan bin Awang @ Semail (3006498) telah dilaksanakan oleh Timbalan Pengarah BGSP, Kol Haji Zakaria bin Abdul Rahman. Allahyarham pegawai BGSP tersebut telah meninggal dunia pada 12 Nov 2016. Sebelum itu, penyerahan cek pertama kepada balu Allahyarham telah disempurnakan oleh Pengarah BGSP pada 14 Mac 2017 yang lepas bagi cek khairat kematian daripada Koperasi Tentera berjumlah RM3,000.00, Koperasi Perumahan ATM RM3,000.00 dan khairat kematian daripada JUPEM berjumlah RM3,000.00.

M A J L I S S E R A H C E K P A M P A S A NSKIM TAKAFUL KEPADA BALU ALLAYARHAMMEJ. AZHAN BIN AWANG @ SEMAIL

33

Atas jemputan Pejabat Wilayah Maritim Selatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), YBrs. Sr Hj. Ramli bin Nor, PUPN Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Pos APMM Batuan Tengah di perairan Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Sesi taklimat ringkas mengenai operasi APMM di Batuan Tengah telah disampaikan oleh LT (M) Mohd Azzaiham bin Daiman, Pegawai Pemerintah Pos APMM Batu Tengah. Turut hadir adalah Tn. Mohd Foudzli bin Abdullah, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Johor.

Dalam sesi walk-around briefing yang disertai, PUPN Johor berkesempatan melawat ke beberapa struktur utama seperti Helipad, Bangunan Utiliti, Jeti dan Jambatan Operasi serta membuat tinjauan ke Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) dan Tubir Selatan (South Ledge) dari Menara Kawalan yang baru dinaikkan di atas Batuan Tengah. Keseluruhan Pos APMM Batuan Tengah tersebut akan diwartakan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

LAWATAN KERJA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN JOHOR KE POS APMM DI BATUAN TENGAH, JOHOR

JUPEM JOHOR

34 Berita Ukur

Program Amal Ramadhan telah dianjurkan dengan usahasama PUSPANITA JUPEM Johor dan Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Johor. Tujuan program diadakan adalah untuk membantu keluarga yang memerlukan terutama keluarga yang dikategorikan sebagai “miskin bandar” dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Tahun ini merupakan tahun kedua program ini dianjurkan dan program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga JUPEM Johor. Sebanyak 30 keluarga telah dipilih bagi menerima sumbangan Amal Ramadhan pada tahun ini. Penerima adalah terdiri daripada 8 orang kakitangan JUPEM Johor dan 10 orang petugas kebersihan Wisma Persekutuan Johor Bahru. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, YBrs. Sr Haji Ramli bin Nor dan Puan Pengerusi JUPEM Johor, Puan Rosni binti Ramli.

PROGRAM RAMADHAN JUPEM JOHOR

Lawatan kerja diketuai oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, YBrs. Sr Haji Ramli bin Nor dan disertai oleh wakil PTD Kota Tinggi, wakil TNB, wakil Juruukur Tanah Berlesen, Peguambela dan Peguamcara serta wakil pemilik Ladang Santi. Lawatan kerja dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Juruukur Daerah Johor Timur, Sr Ismail bin Hussin. Beberapa perkara telah dibentangkan kepada ahli-ahli termasuk kronologi pengukuran tanah, pelan sempadan lot, sempadan pengambilan balik tanah TNB dan kedudukan pylon-pylon di atas lot tanah terlibat. Kerja-kerja pengukuran telah dimulakan oleh pasukan ukur, Pejabat Ukur Daerah Johor Timur pada 27 Mac 2017 sehingga 17 April 2017. Data Ukuran juga telah dihantar ke Ibu Pejabat JUPEM Johor untuk proses semakan dan kelulusan. Kesimpulannya, kerja pengukuran bagi pengesahan lot tanah Ladang Santi dan pengambilan balik tanah TNB telah dijalankan dengan jayanya sepertimana perintah Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Secara tidak langsung, JUPEM Johor telah memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepakaran dalam bidang berkaitan dan memenuhi kehendak pelanggan. Semoga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan sentiasa maju dan relevan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

LAWATAN KERJA UKURAN PENGAMBILAN TANAH PROJEK LALUAN TALIAN PENGHANTARAN 275KV DARI PENGERANG COGENT PLAN (PCP) KE PMU TANJUNG LANGSAT 2

35

POS APMMBATUAN TENGAH, JOHOR

36 Berita Ukur

37

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM W.P. Labuan telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup JUPEM 2017 dan telah diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan. Seramai 53 orang kakitangan telah menyertai pertandingan tersebut termasuk 5 orang kakitangan wanita dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Jabatan juga berbangga di atas kesudian Sr Mohamad Zikri bin Mat Isa, Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P Labuan untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang bagi pertandingan kali ini adalah dari kumpulan 4 di mana beliau turut berada di dalam kumpulan tersebut.

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM W.P. Labuan telah menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup JUPEM 2017 telah diadakan pada 20 Mei 2017 bertempat di Gelanggang Badminton Kuaters TUDM di Kg. Ganggarak W.P Labuan. Seramai 53 orang kakitangan telah menyertai pertandingan tersebut dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Pertandingan ini juga turut disertai Sr Mohamad Zikri bin Mat Isa, Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P Labuan. Pemenang bagi pertandingan kali ini adalah dari kumpulan 4 di mana beliau turut berada di dalam kumpulan tersebut.

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM W.P. Labuan telah menganjurkan Pertandingan Karom Tertutup pada 13 - 15 Jun 2017 bertempat di pejabat JUPEM W.P Labuan. Pertandingan ini diadakan di antara kakitangan dan pegawai JUPEM W.P. Labuan dan ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan yang memang sudah lama terjalin. Seramai 53 orang kakitangan telah menyertai pertandingan tersebut. Pada pertandingan kali ini telah dimenangi oleh kumpulan 5 yang disertai oleh Encik Muhamad Fariz bin ABSL Kamarulazman, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P Labuan.

PROGRAM JOM SIHAT PERTANDINGAN FUTSALPROGRAM JOM SIHAT PERTANDINGAN BADMINTON

PROGRAM JOM SIHATPERTANDINGAN KAROM

JUPEM W.P. LABUAN

38 Berita Ukur

JUPEM KELANTAN

Dalam menuju ke arah negara maju, rakyat cergas serta melahirkan pekerja sihat menjadi tonggak utama. JUPEM Kelantan turut mengambil langkah untuk memastikan pegawai dan kakitangan mengamalkan budaya hidup yang sihat. Oleh yang demikian, program senamrobik yang diadakan setiap hujung bulan telah berlangsung pada 27 April 2017 bertempat di ruangan parkir JUPEM Kelantan. Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan, Sr. Mustafa bin Hj. Md Kasim, berbesar hati turut serta dalam program senamrobik tersebut. Tenaga pengajar luar telah dijemput untuk memeriahkan lagi program ini. Setelah selesai senamrobik, disusuli dengan gotong-royong EKSA bagi memastikan persekitaran tempat kerja dan di pejabat sentiasa dalam keadaan ceria, bersih dan selamat sesuai dengan tujuan EKSA itu sendiri.

Pada tanggal 10 hingga 11 April 2017, pasukan audit dari MAMPU telah datang ke JUPEM Kelantan bagi melaksanakan audit Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Audit EKSA tersebut dijalankan oleh Encik Sharul Nizal bin Sharippudin dan Encik Al-Arif bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah Kanan dari MAMPU. JUPEM Kelantan telah berjaya mendapat pensijilan EKSA daripada MAMPU kategori Cemerlang . Selain daripada itu, JUPEM Kelantan juga mendapat penghargaan dan ucapan tahniah daripada Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, melalui surat bertarikh 9 Jun 2017.

PROGRAM SENAMROBIK DANGOTONG ROYONG PERDANA EKSA

PENSIJILAN EKSA JUPEM KELANTAN

JUPEM Pulau Pinang telah muncul Naib Johan dalam pertandingan Inovasi Zon Utara di Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif bersempena dengan Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Inovasi Inklusif dengan Projek eMusafir bertempat di SME Corp, Pulau Pinang pada 5 hingga 6 April 2017. Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) adalah tentang “Inovasi Inklusif” iaitu “Inovasi yang menyasarkan khalayak” dan “Inovasi daripada golongan akar umbi”. Objektif Program Inovasi Inklusif (HIP6) ialah untuk memupuk, mengenal pasti, memilih, menerima pakai, menambah nilai, membangunkan dan sentiasa memastikan Inovasi Inklusif dapat merapatkan jurang perbezaan di kalangan rakyat Malaysia dari segi pendapatan dan akses ke keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan dan sumber kewangan. Pembentangan projek eMusafir telah dibentangkan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Ahmad.

JUPEM PULAU PINANG MUNCUL NAIB JUARA PERTANDINGAN INOVASI ZON UTARA

JUPEM PULAU PINANG

39

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF JUPEM TAHUN 2017

KEJOHANAN TENPIN BOWLING JALINAN MESRA JUPEM TERENGGANU TAHUN 2017

Tanggal 13 April 2017, Kumpulan Payang telah mewakili JUPEM Terengganu ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JUPEM Tahun 2017 yang diadakan di Dewan Prima, Wisma LJT, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Kumpulan ini dianggotai seramai 10 orang yang diketuai oleh Puan Norhanini binti Mamat dan Sr Raja Hassan bin Raja Mamat sebagai fasilitator.

Biro Ekonomi Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Terengganu telah menganjurkan kejohanan tenpin bowling pada 24 Mei 2017 bertempat di Coral Crown Bowl Center, Paya Bunga Square, Terengganu. Sebanyak 20 Kumpulan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada pihak Juruukur Tanah Berlesen, kakitangan JUPEM Terengganu dan kakitangan daripada Wisma Persekutuan. Ini merupakan inisiatif Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Terengganu untuk memupuk semangat kesukanan antara kakitangan dan mengeratkan lagi kerjasama antara JUPEM dan Juruukur Tanah Berlesen.

Kumpulan Payang telah berjaya mendapat anugerah Persembahan Terbaik dan sekaligus telah dinobatkan sebagai JOHAN Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JUPEM Tahun 2017. Konvensyen yang diadakan ini merupakan satu medan untuk kakitangan JUPEM mengutarakan dan berkongsi idea-idea kreatif disamping menjalankan tugas hakiki masing-masing.

JUPEM TERENGGANU

40 Berita Ukur

MAJLIS DIALOG JUPEM TERENGGANU BERSAMA JURUUKUR TANAH BERLESEN

MAJLIS IHYA RAMADHAN, KHATAM AL QURAN DAN TAHLIL PERDANA JUPEM TERENGGANU Pada 18 Jun 2017 bersamaan 24 Ramadhan 1438H, Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu telah mengadakan Majlis Ihya Ramadhan, Khatam Al Quran dan Tahlil Perdana bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama tingkat 6, Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu. Majlis ini turut diisi dengan tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Allnurulhuda bin Ghazali. Turut hadir dalam majlis tersebut Sr Haji Nurijan bin Ahmad selaku Timbalan Pengarah Ukur I serta Sr Raja Hassan bin Raja Mamat, Timbalan pengarah Ukur II serta kakitangan JUPEM Terengganu.

JUPEM Terengganu telah mengadakan majlis dialog bersama Jurukur Tanah Berlesen peringkat JUPEM Terengganu bagi kerja-kerja ukuran hutan simpan, tunggakan kerja pertanyaan dan nombor lot yang telah dikeluarkan tetapi 16 ASCII belum dihantar ke JUPEM bil. 1 / 2017 pada 9 Mei 2017. Program ini melibatkan 19 Jurukur Tanah Berlesen dan turut dihadiri oleh Sr Fadzullah Suhaimi bin Abdul Ghafar, Pengarah Ukur Seksyen Naziran Kadaster, Tuan Haji Mohd Fouzi bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan Sr Ismail bin Harun, Setiausaha Lembaga Juruukur Tanah (LJT) serta pegawai-pegawai kanan JUPEM Terengganu. Program ini bertujuan untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan kerja- kerja yang tertunggak seperti kerja-kerja hutan simpan, kerja-kerja pertanyaan dan nombor lot yang telah dikeluarkan tetapi 16 ASCII belum dihantar ke JUPEM.

Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan dan keagamaan jabatan ini untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak. Pada masa yang sama, ia dapat mengimarahkan lagi suasana ukhuwah dikalangan kakitangan jabatan ini di dalam pembacaan kitab suci Al-Quran serta memperbanyakkan lagi amal ibadah untuk mendapatkan ganjaran pahala sempena bulan Ramadan al Mubarak ini disamping menjalankan tugas hakiki kepada Jabatan.

41

Kelab Sukarelawan Pelancongan JUPEM Perlis dengan kerjasama PUSPANITA JUPEM dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis telah menjayakan Program Khidmat Masyarakat dengan membawa bantuan barangan keperluan harian kepada golongan asnaf di perkampungan di sekitar Satun, Thailand. Majlis penyerahan barang-barang yang telah disumbangkan oleh kakitangan JUPEM dan orang awam telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia kepada wakil kelab telah diadakan pada 5 Jun 2017 bertempat di Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur.

program KHIDMAT MASYARAKAT KE SATUN, THAILAND

JUPEM PERLIS & PUSPANITA

42 Berita Ukur

43

Satu majlis perpisahan bagi meraikan Puan Triveinei a/p Sundaram, Ketua Unit Integriti yang bertukar ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Subang Jaya, Kementerian Sumber Manusia. Majlis ini telah diadakan pada 25 Mei 2017 bertempat di Unit Integriti, Tingkat 11, Wisma JUPEM. Turut hadir pada majlis perpisahan ini adalah YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs. Dr. Teng Chee Hua, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia II dan kakitangan-kakitangan di Unit Integriti.

PERTUKARAN KETUA UNIT INTEGRITI JUPEM KE KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM) mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-87 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Yang Dipertua KOJUPEM bertempat di Hotel HIG, Langkawi pada 21 Mei 2017. Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada KOJUPEM kerana memberi dividen sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan 2016. Pencapaian ini jelas menggambarkan bahawa KOJUPEM telah ditadbir urus dengan baik. Beliau juga menyarankan agar KOJUPEM tidak terikat dengan amalan bergerak secara sendiri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti terutama dalam bidang perniagaan. Mesyuarat dihadiri oleh 52 orang perwakilan dari seluruh Malaysia termasuk Anggota Lembaga. Laporan kewangan KOJUPEM bagi tahun 2016 telah mencatatkan peningkatan keuntungan bersih iaitu RM1,939,816 berbanding tahun 2015 iaitu RM1,756,507. Terdahulu dari itu, beliau telah menyampaikan anugerah dari KOJUPEM kepada 10 orang Perwakilan dan Anggota Lembaga. Anugerah ini diberikan kepada mereka yang telah berkhidmat kepada KOJUPEM melebihi 17 tahun.

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-87 KOPERASI UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

KOJUPEM

JUPEM UNIT INTEGRITI

44 Berita Ukur

eratan Akhbar April-Jun 2017K

Sr Dr. Azhari bin Mohamed menjelaskan secara terperinci dan forrmula pengiraan kiblat mengikut Jam 9.44 dan kesan pesongan kiblat di Malaysia di Ruangan Ekslusif,

Berita Harian

JUPEM terus menjaga warisan Menara Jam Sultan Abdul Samad The Sun Online,

Khamis 29 June 2017

Lawatan kerja Datuk Ir. Dr. Haji. Hamim bin Samuri sempena pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand.

45

INFO TEKNO

MULTIBEAM ECHOSOUNDER

Multibeam echosounder merupakan sistem teknologi sonar yang digunakan untuk pemetaan dibawah permukaan air seperti sistem sonar yang lain. Sistem multibeam ini memancarkan gelombang bunyi berbentuk kipas dari head tranducer yang dipasang di bawah perut kapal atau di sisi kapal. Tempoh masa perjalanan gelombang yang dihantar ke dasar laut dan kembali kepada penerima tranducer merupakan kaedah dan konsep yang digunakan dalam penentuan sesuatu kedalaman.

Multibeam echosonder antara teknologi moden pada waktu ini yang digunakan dalam melakukan aktiviti pemetaan dasar laut antaranya seperti pipeline survey, pemeriksaan struktur bawah air, pengorekkan pasir, pemetaan kawasan kritikal dan pemantauan objek. Sistem multibeam pada asalnya merupakan sistem singlebeam yang telah dipertingkatkan keupayaannya di mana sistem yang digunakan pada masa kini antara 80 beam sehinggalah kepada 800 beam bagi dual head system yang mampu memberikan resolusi imej yang lebih terperinci dan berkualiti.

Sistem Multibeam boleh dikategorikan berdasarkan kepada kemampuan capaian kedalaman serta sapuan dasar laut maksimum oleh setiap ping yang dipancarkan oleh head tranducer multibeam sebagaimana dirumuskan pada gambar rajah kedalaman berbanding frekuensi. Sistem ini mempunyai dua kategori gelombang bunyi frekuensi iaitu gelombang bunyi frekuensi rendah dan gelombang bunyi frenkuensi tinggi. Kategori gelombang bunyi frekuensi rendah mempunyai frekuensi diantara 8 kHz hingga 33 kHz di mana frekuensinya dapat bergerak lebih jauh atau lebih dalam kerana dapat menembusi medium air atau kehilangan kekuatan intensitinya lebih rendah berbanding gelombang bunyi berfrekuensi tinggi. Bagi kategori gelombang bunyi frekuensi tinggi, frekuensinya adalah diantara 125 kHz hingga 1000 kHz. Pemilihan frekuensi tinggi ini dapat memberikan imej yang beresolusi tinggi pada kedalaman yang cetek berbanding gelombang frekuensi rendah. Pemilihan penggunaan gelombang frekuensi tinggi sangat sesuai bagi kedalaman diantara 0.5 meter hingga 300 meter. Pemilihan kategori gelombang bunyi frekuensi sangat penting dalam sistem multibeam mahupun singlebeam dan kebiasaanya pemilihan frekuensi ini akan berdasarkan kepada objektif atau output yang akan dihasilkan.

Teknologi multibeam sangat meluas penggunaannya bukan sahaja untuk penentuan kedalaman malah teknologi multibeam ini telah berkembang pesat dan penggunaanya telah diperluaskan ke pelbagai bidang. Teknologi multibeam terutamanya pada head tranducer pada masa kini telah

dipertingkatkan dan digabungkan dengan pelbagai ciri-ciri teknologi dan aplikasi lain seperti side scan sonar, water column visualisation dan water inspection untuk pelbagai kegunaan dan keperluan pengguna.

Pada masa kini, teknologi multibeam boleh mencapai kedalaman sehingga 11 kilometer dan bukaan sapuan dasar laut boleh mencapai sehingga 3 kali kedalaman jika tiada sebarang halangan semasa operasi dijalankan. Selain digunakan untuk mendapatkan kedalaman, penggunaan teknologi multibeam ini turut diaplikasikan dalam kerja-kerja pencarian kapal karam, pencarian kapal udara yang terhempas, eksplorasi gas & minyak, kawalan habitat lautan dan sains biologi lautan.

MULTIBEAM SYSTEM DALAM OPERASI SEARCH AND RESCUE (SAR)

Di dalam operasi search and rescue, penggunaan sistem ini secara amnya melibatkan dua fasa. Di dalam fasa pertama, sistem ini digunakan dalam melaksanakan ukuran batimetri dan menyediakan peta topografi permukaan dasar laut. Pada fasa kedua, pelan batimetri yang dihasilkan pada fasa pertama akan digunakan sebagai panduan semasa pencarian objek di bawah air yang telah dikenal pasti.

Pada fasa ini, multibeam sonar dan side scan sonar yang dipasang pada Autonomous Unmanned Vehicle (AUV) atau Remotely Operated Vehicle (ROV) akan digunakan untuk merekod imej-imej 2D dan 3D yang beresolusi tinggi di permukaan dasar laut ini. Rajah The data behind the search for MH370 merupakan contoh salah satu eksplorasi pencarian SAR yang menggunakan sistem ini dan semasa operasi tersebut, sebuah kapal laut yang karam telah ditemui pada kedalaman 4207 meter dari aras laut.

Rajah Kedalaman Berbanding Frenkuensi

Rajah Multibeam Sonar Swath

TEKNOLOGI MULTIBEAM SURVEY Mohd Hilmi bin Abdullah

Teks:

46 Berita Ukur

TEKNOLOGI UNDERWATER COLUMN MULTIBEAM

Teknologi multibeam echosouder selain daripada mengukur kedalaman dasar laut penggunaannya telah dipertingkatkan bagi pengesanan objek di antara dasar laut dan permukaan air (water column feature) seperti ikan, batu karang dan objek-objek yang lain. Water column merupakan satu elemen yang terkandung di antara dasar laut dan permukaan laut yang juga dipanggil sebagai kandungan pertengahan air. Maklumat-maklumat water

column features ini boleh diperolehi daripada maklumat gangguan (outliers) semasa pemprosesan data-data batimetri. Selanjutnya, gabungan kedua-dua maklumat data water column dan batimetri ini boleh menghasilkan maklumat lengkap landskap dasar laut. Gabungan kedua-dua maklumat ini membolehkan kajian seperti interaksi habitat dan persekitaran air dapat dilaksanakan. Rajah Map of Underwater Column Features and Seafloor Characters di Pulau Agas, Lumut, Perak merupakan salah satu contoh pengunaan teknologi multibeam echosounder ini.

KESIMPULAN

Penggunaan multibeam echosounder telah berkembang pesat dan diaplikasikan dalam pelbagai bidang berdasarkan kepada ketepatan dan keupayaannya dalam penentuan kedalaman dan pemetaan dasar laut. Pada masa kini, teknologi multibeam juga telah berjaya menembusi dan menerokai bidang sains perikanan, aktiviti pencarian dan menyelamat, kawalan bencana alam di pesisir laut, dan banyak lagi. Namun penggunaan dan pemilihan kategori frekuensi yang betul pada sistem mulitbeam echosounder akan menghasilkan kualiti imej dan ketepatan sesuatu pengukuran kedalaman. Penggunaan secara optimum teknologi ini juga bergantung kepada keputusan kalibrasi (Patch Test) dan kepakaran operator dalam mengendalikan sistem multibeam echosounder. Perkembangan teknologi multibeam ini telah memberikan impak kepada manusia untuk terus menerokai persekitaran di bawah permukaan air dan di dasar laut secara optimum dan bijaksana seiring dengan pembangunan era teknologi moden kini.

Map of Underwater Column Features and Seafloor Characters for Agas Island using WASSP MBES and QPS Fledermause Software. K. Naim and Mohd Razali Mahmud (2015) Simultaneous Water Column Detection and Seafloor Characteristics Multibeam Echo Sounder System. Master thesis.93.

The data behind the search for MH370 Cited: https://geoscience-au.maps.arcgis.com

April-Jun 2017

47

HEART ATTACKW A R N I N G S I G N

Sudut Kesihatan

April-Jun 2017

48 Berita Ukur