ct11210424 kelip kelip

2
Pendahuluan Langkah dan usaha The Star untuk menyingkap pencemaran besar-besaran di Tasik Chini dan kepupusan secara beransur-ansur kelip-kelip di Kuala Selangor bolehlah dipuji. Terlalu lama , sikap acuh tak acuh pihak berkuasa untuk mencegah atau mengurangkan kemusnahan alam sekitar kita dan sikap mementingkan diri sendiri dikalangan rakyat untuk terus menyalahgunakan dan merosakkan warisan semula jadi kita. Inilah dua punca utama mengapa pencemaran dan penyebab kepupusan kelip-kelip di sana. Apa yang mampu kita lakukan ialah melihat sahaja di sekeliling kita dan kita boleh melihat contoh-contoh fenomena buruk setiap hari. Longgokan sampah, pembersihan dan pembangunan bukit dan kawasan tadahan air yang tidak terkawal. Jika kita menyusuri Selat Melaka dan melihat papan tanda amaran terpampang begitu sahaja dan suatu pemandangan sampah ( beg terutamanya plastik dan bahan-bahan polistirena) terapung di laut daripada banyak laluan air yang mengalir dari pantai Malaysia. Mengapa semua ini berlaku? Diperingkat kebangsaan , kita mempunyai kementerian khusus yang ditugaskan untuk melindungi alam sekitar dan setiap negeri kita mempunyai Exco yang bertanggungjawab bagi alam sekitar. Mereka perlu proaktif dan mempunyai peranan dalam program-program dan sistem untuk memantau apa-apa yang berpotensi kepada kerosakan alam sekitar dan mengajukan masalah ini kepada agensi-agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk tindakan pencegahan yang perlu diambil sebelum kerosakan lebih teruk berlaku. Mereka tidak perlu menunggu bagi media untuk mengetengahkan masalah dan Sultan untuk menegur mereka baharulah bertindak. Saya bersetuju dengan pandangan Persatuan Pencinta Alam Malaysia bahawa pendekatan holistik diperlukan. Selain daripada kepolisan dan mengawal pencemaran, satu pendekatan bersepadu bagi menangani faktor-faktor pencemaran perlu dilaksanakan. Di samping itu, mendidik dan memberi ganjaran amalan alam sekitar juga adalah baik dan amat digalakkan. Kelip-kelip Kelip-kelip atau kunang-kunang merupakan salah satu Order terbesar dalam Kingdom serangga iaitu Coleoptera. Serangga ini mempunyai sepasang sayap sama seperti lalat berbanding serangga bersayap lain yang mempunyai dua pasang sayap. Dalam bahasa Inggeris serangga ini dipanggil firefly, glowworm atau lightning bugs. Kebanyakkan spesies kelip-kelip adalah nokturnal tetapi ada juga yang diurnal. Kelip-kelip boleh mengeluarkan cahaya (bioluminescent). Samada di dalam bentuk telur, larva atau pun kelip-kelip, semuanya mengeluarkan cahaya. Cahaya digunakan sebagai alat komunikasi di antara keli-kelip jantan (lebih bercahaya) dan betina untuk tujuan mengawan. Setiap spesies akan mempunyai isyarat mengawan yang tersendiri bagi mengelak berlakunya kekeliruan dengan spesies lain di satu kawasan yang sama. Setiap spesies juga mempunyai warna, bentuk cahaya dan panjang pancaran cahaya yang berbeza dan ia ditunjukkan semasa terbang, di atas tanah atau di atas pokok. Bagi spesies yang diurnal pula, mereka tidak mengeluarkan cahaya (non-luminescent) kecuali beberapa spesies yang mengeluarkan cahaya di kawasan samar-samar.

Upload: tembuakar-corp

Post on 19-Jul-2015

93 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ct11210424 kelip kelip

Pendahuluan

Langkah dan usaha The Star untuk menyingkap pencemaran besar-besaran di Tasik Chini dan kepupusan secara beransur-ansur kelip-kelip di Kuala Selangor bolehlah dipuji. Terlalu lama , sikap acuh tak acuh pihak berkuasa untuk mencegah atau mengurangkan kemusnahan alam sekitar kita dan sikap mementingkan diri sendiri dikalangan rakyat untuk terus menyalahgunakan dan merosakkan warisan semula jadi kita. Inilah dua punca utama mengapa pencemaran dan penyebab kepupusan kelip-kelip di sana.

Apa yang mampu kita lakukan ialah melihat sahaja di sekeliling kita dan kita boleh melihat contoh-contoh fenomena buruk setiap hari. Longgokan sampah, pembersihan dan pembangunan bukit dan kawasan tadahan air yang tidak terkawal. Jika kita menyusuri Selat Melaka dan melihat papan tanda amaran terpampang begitu sahaja dan suatu pemandangan sampah ( beg terutamanya plastik dan bahan-bahan polistirena) terapung di laut daripada banyak laluan air yang mengalir dari pantai Malaysia. Mengapa semua ini berlaku?

Diperingkat kebangsaan , kita mempunyai kementerian khusus yang ditugaskan untuk melindungi alam sekitar dan setiap negeri kita mempunyai Exco yang bertanggungjawab bagi alam sekitar. Mereka perlu proaktif dan mempunyai peranan dalam program-program dan sistem untuk memantau apa-apa yang berpotensi kepada kerosakan alam sekitar dan mengajukan masalah ini kepada agensi-agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk tindakan pencegahan yang perlu diambil sebelum kerosakan lebih teruk berlaku.

Mereka tidak perlu menunggu bagi media untuk mengetengahkan masalah dan Sultan untuk menegur mereka baharulah bertindak. Saya bersetuju dengan pandangan Persatuan Pencinta Alam Malaysia bahawa pendekatan holistik diperlukan. Selain daripada kepolisan dan mengawal pencemaran, satu pendekatan bersepadu bagi menangani faktor-faktor pencemaran perlu dilaksanakan. Di samping itu, mendidik dan memberi ganjaran amalan alam sekitar juga adalah baik dan amat digalakkan.

Kelip-kelip

Kelip-kelip atau kunang-kunang merupakan salah satu Order terbesar dalam Kingdom serangga iaitu Coleoptera. Serangga ini mempunyai sepasang sayap sama seperti lalat berbanding serangga bersayap lain yang mempunyai dua pasang sayap. Dalam bahasa Inggeris serangga ini dipanggil firefly, glowworm atau lightning bugs. Kebanyakkan spesies kelip-kelip adalah nokturnal tetapi ada juga yang diurnal.

Kelip-kelip boleh mengeluarkan cahaya (bioluminescent). Samada di dalam bentuk telur, larva atau pun kelip-kelip, semuanya mengeluarkan cahaya. Cahaya digunakan sebagai alat komunikasi di antara keli-kelip jantan (lebih bercahaya) dan betina untuk tujuan mengawan. Setiap spesies akan mempunyai isyarat mengawan yang tersendiri bagi mengelak berlakunya kekeliruan dengan spesies lain di satu kawasan yang sama.

Setiap spesies juga mempunyai warna, bentuk cahaya dan panjang pancaran cahaya yang berbeza dan ia ditunjukkan semasa terbang, di atas tanah atau di atas pokok. Bagi spesies yang diurnal pula, mereka tidak mengeluarkan cahaya (non-luminescent) kecuali beberapa spesies yang mengeluarkan cahaya di kawasan samar-samar.

Page 2: Ct11210424 kelip kelip

Keperluan

Beberapa spesies Asia adalah sepenuhnya aquatik. Mereka memerlukan air yang bersih (tiada pencemaran), tempat yang sunyi dan gelap, dan kehadiran pokok berembang. Kelip-kelip hanya hidup selama 2 minggu. Selepas mengawan, keli-kelip betina akan meninggalkan telurnya di permukaan tanah dan akan mati. Selepas 3- 4 minggu telur akan menjadi larva dan berada di tempat tersebut. Larva (glow worms) mempunyai kitaran hidupnya selama 9 bulan sebelum bertukar menjadi kelip-kelip.

Habitat

Di Semenanjung Malaysia, selain Tasik Chini, Kampung Kuantan menjadi tarikan pelancong untuk menyaksikan serangga berkelipan bagaikan satu pesta cahaya di waktu malam. Di beberapa kawasan hutan paya laut seperti di Matang dan Kuala Gula, Perak juga berpotensi tinggi untuk menjadi satu lagi produk eko-pelancongan yang ternama di Malaysia.

Ancaman dan pencegahan

Kini populasi kelip-kelip semakin berkurangan, akibat pencemaran air, pembangunan di kawasan tebing sungai dan kemusnahan habitat.

Sesuai dengan habitat dan kitaran hidup kelip yang memerlukan air yang bersih untuk membiak, langkah-langkah perlu diambil seperti mewartakan kawasan kelip-kelip di Malaysia sebagai kawasan perlindungan amat tepat supaya generasi akan datang akan dapat melihat keunikan serangga ini.

Diantara langkah tersebut ialah, pertama menyediakan habitat yang sunyi daripada hiruk-pikuk manusia terutamanya pada waktu malam. Penanaman pokok yang berembang juga diperluaskan supaya suasana redup, gelap dan sunyi boleh diwujudkan. Ini adalah penting bagi tempoh sembilan bulan untuk larva sempat bertukar menjadi kelip-kelip.

Kedua adalah mengharamkan pembangunan dalam kawasan yang diwartakan untuk habitat kelip-kelip serta mengetatkan undang-undang mengenainya. Ketiga, semua jenis pencemaran adalah dilarang dan denda maksima perlu dikenakan bagi pihak yang melanggar peraturan ini.

Sekian.

Joseprin @ Jamaluddin Bin Abdullah CT11210424 PPG UMS Cohort2 Sains dan PJasmani