contoh surat memohon dan kelulusan kutipan derma

2
LAMPIRAN 10 CONTOH SURAT PERMOHONAN MENGUTIP DERMA Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Rujukan Tuan : Rujukan Kami : Tarikh : Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN Merujuk perkara di atas, saya selaku Bendahari Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali dengan penuh rasa tanggungjawab memohon kebenaran untuk mengutip derma keahlian bagi Persatuan Bahasa Melayu sebanyak RM3.00 (Ringgit Malaysia :Tiga Sahaja) daripada setiap ahli untuk jangka masa satu tahun. Kutipan ini adalah penting untuk menjayakan aktiviti persatuan ini. Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan. Sekian terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………. ( ROSLEE BIN ISMAIL ) Bendahari, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali, 6800 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Upload: yusnita-yusof

Post on 13-Feb-2015

1.211 views

Category:

Documents


70 download

DESCRIPTION

Contoh Surat Memohon Dan Kelulusan Kutipan Derma

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Surat Memohon Dan Kelulusan Kutipan Derma

LAMPIRAN 10

CONTOH SURAT PERMOHONAN MENGUTIP DERMA

Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Rujukan Tuan : Rujukan Kami : Tarikh : Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN Merujuk perkara di atas, saya selaku Bendahari Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali dengan penuh rasa tanggungjawab memohon kebenaran untuk mengutip derma keahlian bagi Persatuan Bahasa Melayu sebanyak RM3.00 (Ringgit Malaysia :Tiga Sahaja) daripada setiap ahli untuk jangka masa satu tahun. Kutipan ini adalah penting untuk menjayakan aktiviti persatuan ini.

Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………. ( ROSLEE BIN ISMAIL ) Bendahari, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali, 6800 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Page 2: Contoh Surat Memohon Dan Kelulusan Kutipan Derma

LAMPIRAN 11

CONTOH SURAT KELULUSAN MENGUTIP DERMA

Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Rujukan Tuan : Rujukan Kami : Tarikh :

Encik Roslee Bin Ismail, Bendahari, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tuan, KELULUSAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN Merujuk perkara di atas, saya selaku Penolong Pendaftar Sekolah meluluskan permohonan tuan mengikut Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb.Mei 1998 P.U.(A) 196, untuk mengutip derma keahlian Persatuan Bahasa Melayu sebanyak RM3.00 (Ringgit Malaysia : Tiga sahaja) daripada setiap ahli. 2. Sehubungan dengan itu, diharapkan Persatuan Bahasa Melayu akan bergerak aktif di samping menjaga nama baik sekolah. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ……………………………………. ( ) Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.