contoh rph kssr bm tahun 5

4
TEMA Kemasyarakatan TAHUN 5 Tekad TAJUK Gotong-royong MASA 9.30 – 10.30 pagi STANDARD PEMBELAJARAN 2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan prosa dan memindahkan maklumat dalam bentuk grafik untuk membuat keputusan. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. membaca dan memahami petikan syarahan 2. memindahkan maklumat dalam bentuk peta minda. AKTIVITI Set Induksi (5 Minit) 1. Guru mengedarkan kotak yang mengandungi kad kata kerja. 2. Murid melakonkan aksi berdasarkan kata kerja yang dipilih secara serentak. 3. Murid-murid yang tidak mendapat kad kata kerja meneka aksi yang dilakonkan. 88 Langkah 1(15 Minit) 1. Murid membaca petikan syarahan secara mekanis. 2. Murid menyenaraikan perkataan yang sukar. 3. Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan syarahan yang dibaca. Langkah 2(20 Minit) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Murid diminta mengenal pasti faedah bergotong-royong yang terdapat dalam petikan. 2. 3. Murid memindahkan maklumat dari petikan ke dalam 3. bentuk peta minda. 4. Langkah 3(15 Minit) 5. 1. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan secara 6. bergilir-gilir. 7. 2. Murid lain membetulkan kesalahan rakan mereka dengan 8. bimbingan guru. 9. Penutup(5 Minit) 1.Guru membuat rumusan tentang pengajaran dan menerapkan nilai murni berdasarkan tajuk. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral Nilai : Bekerjasama, Menjaga Kebersihan EMK : I-Think KB : Menjana Idea, Mengecam BCB : Bacaan Mentalis BAHAN BANTU

Upload: nuurhafiza-saad

Post on 22-Jul-2015

828 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh rph kssr bm tahun 5

TEMA Kemasyarakatan

TAHUN 5 Tekad

TAJUK Gotong-royong

MASA 9.30 – 10.30 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN 2.5.3

Membaca, memahami dan menaakul bahan prosa dan memindahkan maklumat dalam bentuk grafik untuk membuat keputusan.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran, murid dapat:1. membaca dan memahami petikan syarahan 2. memindahkan maklumat dalam bentuk peta minda.

AKTIVITI

Set Induksi (5 Minit) 1. Guru mengedarkan kotak yang mengandungi kad kata kerja. 2. Murid melakonkan aksi berdasarkan kata kerja yang dipilih secara serentak. 3. Murid-murid yang tidak mendapat kad kata kerja meneka aksi yang dilakonkan. 88 Langkah 1(15 Minit) 1. Murid membaca petikan syarahan secara mekanis. 2. Murid menyenaraikan perkataan yang sukar. 3. Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan syarahan yang dibaca. Langkah 2(20 Minit) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Murid diminta mengenal pasti faedah bergotong-royong yang terdapat dalam petikan.2. 3. Murid memindahkan maklumat dari petikan ke dalam 3. bentuk peta minda.

4. Langkah 3(15 Minit)5. 1. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan secara 6. bergilir-gilir.7. 2. Murid lain membetulkan kesalahan rakan mereka dengan 8. bimbingan guru.9. Penutup(5 Minit)

1.Guru membuat rumusan tentang pengajaran dan menerapkan nilai murni berdasarkan tajuk.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Kesihatan, Pendidikan MoralNilai : Bekerjasama, Menjaga KebersihanEMK : I-ThinkKB : Menjana Idea, MengecamBCB : Bacaan Mentalis

BAHAN BANTU

Page 2: contoh rph kssr bm tahun 5

Faedah Bergoyong-royong

Page 3: contoh rph kssr bm tahun 5

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan

hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada

pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk

“Faedah Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud

mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan

makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama

bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan

dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh,

majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli

masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk

mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan

pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi

amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku

sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos

dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat

Page 4: contoh rph kssr bm tahun 5

kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan.

Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu

mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu

mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak

bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata,

biarlah saya mengundurkan diri dahulu.