contoh kertas kerja lawatan 2013

8
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 2013

Upload: haznorifa-hood

Post on 07-Sep-2015

93 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Sebagai rujukan sahaja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

MURID TAHUN 620131.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan St Alban Sungai Tapang. Aktiviti lawatan ini juga termasuk dalam perancangan aktiviti Pasca UPSR 2013. Hasil daripada lawatan ini boleh memupuk impian murid dalam memilih laluan kerjaya yang mereka minati. Disamping itu, aktiviti ini juga ingin memupuk keseronokan penghayatan budaya dan semangat perpaduan dalam diri murid-murid. Aktiviti lawatan ini juga tidak keluar daripada standard pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh murid-murid dalam menempuhi kehidupan sosial bermasyarakat.2.0 LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah dibuat dengan teliti bagi mempastikan semua murid yang terlibat dapat mengikuti lawatan yang dianjurkan. Lawatan ini bakal melibatkan 13 orang murid Tahun 6 di mana akan melawat tempat-tempat seperti Jongs Crocodiles Farm, Balai Bomba dan Semenggok Wildlife Centre. Lawatan ini turut melibatkan 4 orang guru pengiring. Dalam masa yang sama, guru pengiring ini bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai integrasi, perpaduan dan kehidupan yang berintegriti di kalangan murid.3.0 RASIONAL

3.1. Murid-murid perlu didedahkan kepada dunia luar melalui aktiviti lawatan3.2. Sekolah bertanggungjawab melaksanakan serta menanam konsep lawatan dalam negeri dengan tujuan untuk memberikan pengalaman kepada murid.3.3. Murid dapat mengenali dan menikmati keindahan alam di tempat-tempat yang dilawati4.0OBJEKTIF4.1. Memberikan perluang kepada murid untuk menimba pengetahuan am tentang tugas dan peranan Jabatan Bomba Dan penyelamat Malaysia

4.2. Memberi peluang kepada murid untuk menghayati keunikan dan keindahan alam semulajadi yang ada di negeri Sarawak4.3. Memberi pendedahan tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Terengganu.4.4. Menanam sikap tolong menolong, bertolak ansur dan berdikari di kalangan murid.5.0PELAKSANAAN

5.1Tarikh pelaksanaan yang dirancang: 31 Oktober 2013

5.2Tempoh pelaksanaan

: 7.30 pagi hingga 5.00 petang

5.3Tempat-tempat yang akan dilawati: Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia,

Jongs Crocodiles Farm dan Semenggok Wildlife Centre.

6.0KUMPULAN SASARAN6.1. Murid-murid tahun 6 6.2. Bilangan peserta lawatan adalah:5.2.1.1.Murid : 13 orang5.2.1.2. Guru Pengiring : 4 orang

6.3.Pengangkutan:

6.3.1

Bas sekolah 1 buah

6.3.2

Kereta guru 1 buah(kereta disediakan oleh guru pengiring di mana rasionalnya adalah untuk sekiranya berlaku kecemasan)

7.0SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN7.1Pihak penganjur perlulah menyediakan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk setiap murid yang menyertai lawatan ini

7.2Pihak penganjur juga perlulah memastikan setiap guru pengiring da peserta mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik7.3Murid-murid perlu menghantar surat kebenaran beserta surat penyataan kesihatan (sekiranya mempunyai penyakit kronik) kepada pihak penganjur8.0JAWATANKUASA LAWATAN SEKOLAHPenasihat

: Pn. Mary Bubby Song(Guru Besar)Pengerusi

: Pn. Magdalene Lilawati (Pk. Pentadbiran)Setiausaha

: Pn. Haznorifa bt. HoodBendahari

: Pn. Malina Alexco

AJK Keselamatan & Kebersihan: En. MuhaiminAJK Pengangkutan

:Pn. Magdalene LilawatiAJK Makanan dan Minuman

: Pn. Azizah Baharudin

AJK Kebajikan & Disiplin

: Pn. HaznorifaAJK Dokumentasi

: En. Muhaimin9.0TENTATIF PROGRAM

9.1Tarikh Lawatan: 31 Oktober 2013 (Khamis)

9.2Masa perjalanan aktiviti :

7.00 pagi

- berkumpul di kawasan letak kereta sekolah

- bacaan doa sebelum memulakan perjalanan

- Taklimat ringkas tentang keselamatan dan disiplin

7.30 pagi

- bertolak ke Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia

8.30 pagi

- Sesi taklimat dan penerangan oleh Pegawai Bomba

10.00 pagi

- minum rehat

10.30 pagi

- bertolak ke Jongs Crocodiles Farm

11.00 pagi

- Tiba di Jongs Crocodiles Farm

1.00 petang

- Makan Tengah hari

1.30 petang

- Bertolak ke Semenggok Wildlife Centre

2.00 petang

- Tiba di Semenggok Wildlife Centre

4.00 petang

- Bertolak balik ke SK St. Alban Sg Tapang

5.00 petang

- Dijangka sampai ke SK St. Alban Sg Tapang

10.0PERATURAN DAN ARAHAN LAWATAN

10.1Komunikasi/Alat Komunikasi

10.1.1Guru pengiring haruslah sentasa membekalkan alat komunikasi seperti telefon bimbit bagi keperluan semasa kecemasan

10.1.2Guru pengiring dibenarkan menggunakan alat komunikasi untuk menghubungi pihak pengangkutan sebelum atau selepas aktiviti lawatan selesai10.1.3Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang aktiviti lawatan berlangsung bagi melancarkan pergerakan aktiviti.

11.0KESELAMATAN

11.1Keselamatan haruslah diutamakan dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengutamakan keselamatan

11.2Guru pengiring perlu memastikan murid-murid dalam keadaan selamat

11.3Murid dilarang merayau-rayau keluar daripada kawasan aktiviti lawatan

11.4Jika berlaku kemalangan, guru pengiring akan membawa murid berkenaan ke hospital dengan segera dan murid yang lain dipastikan dalam keadaan selamat12.0KETETAPAN MASA/PERGERAKAN PESERTA LAWATAN

12.1Murid hendaklah tiba di kawasan yang telah ditetapkan 10 minit sebelum aktiviti bermula

12.2Murid tidak dibenarkan pergi ke tempat lain selain daripada kawasan aktiviti lawatan

12.3Murid perlulah menepati masa sepanjang aktiviti lawatan ini13.0PAKAIAN/TAG NAMA

13.1Semasa lawatan ini, peserta haruslah memakai pakaian yang telah ditetapkan iaitu baju seragam sekolah yang lengkap.

13.2Setiap murid dan guru pengiring haruslah sentiasa memakai tanda nama bagi tujuan identiti peserta di dalam rombongan lawatan14.0ANGGARAN PERBELANJAAN Jumlah murid : 13 orang

Guru Pengiring : 4 orang

Jumlah Peserta: 17 orangBILPERKARAPERBELANJAAN

1.Tambang bas 1 buahRM 350.00

2.Minum Rehat & tengah hari: RM 125.00

3.Tiket ke Jongs Crocodiles Farm: RM5 x 13 orang murid = RM65RM10 x 3 orang guru pengiring = RM30JUMLAH = RM 95.00RM 95.00

4.Tiket ke Semenggok Wildlife Centre: RM5 x 13 orang murid = RM 65RM5 x 3 orang guru pengiring = RM 15JUMLAH = RM 80RM 80.00

5.JUMLAH BESARRM 650.00

Sumber Kewangan : Bimbingan dan Kaunseling (B&K)

15.0PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dlaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalamkehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

Disemak oleh :

___________________

____________________

HAZNORIFA BT HOOD

MAGDALENE LILAWATI

Setiausaha,

Pengerusi,

AJK Lawatan Sambil Belajar.

AJK Lawatan Sambil Belajar.

Disahkan oleh:

__________________

Mary Bubby Song

Guru Besar

SK ST Alban Sg Tapang.