confucianism e

3
Confucianisme Kehidupan Confucius Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan. Confucius dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu !e. Ket berusia " tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan se#ak itu beliau di#aga oleh ib Confucius masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai se#arah, matematik orang Cina. Beliau #uga sangat mahir tentang $Li$, iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaup keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap bela#ar dengan tekun dan ber#aya memas perkhidmatan kera#aan semasa berusia %& tahun. Setiap #abatan yang dibawa #agaanny ber#alan dengan lancar. Beliau telah dilantik men#adi ketua hakim dan 'erdana (ent Lu. )leh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan ker#a*ker#a beliau, beli dinaikkan pangkat dengan cepat. +kan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat meneri a#aran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip*prinsipnya t keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya. +khirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kera#aan selepas kematian Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun untuk bela#ar dan men#adi guru beliau men#adi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang la tahun sebelum kembali ke Lu pada tahun - - S(. 'ada masa itu, Confucius telah meran menyebarkan a#arannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan mengikuti a#arannya tetapi gagal. Beliau kembali ke Lu pada tahun - - S(. Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku*buku termasuk nyanyi dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. B meninggal dunia pada tahun -&/ S( semasa berusia &0 tahun. Ajaran Confucius Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip*prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan a#aran Confuciu dirumuskan dalam konsep 1en yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang

Upload: thiuya-gunasekaran

Post on 04-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ajaran

TRANSCRIPT

ConfucianismeKehidupan ConfuciusConfucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan. Confucius dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Ketika berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itu beliau dijaga oleh ibunya. Sewaktu Confucius masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina.Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya. Akhirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya.Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru, beliau menjadi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10 tahun sebelum kembali ke Lu pada tahun 484 SM. Pada masa itu, Confucius telah merantau dan menyebarkan ajarannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal. Beliau kembali ke Lu pada tahun 484 SM.Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.Ajaran ConfuciusConfucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History (Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching).Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia Cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga memetingkan penyembahan kepada nenek moyang.Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.Sebagai satu kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.Konklusi:agama confucius diamalkan oleh segelintir orang cina. Agama ini diasaskan oleh kung fu tze.Ia berasaskan nilai nilai moral yang perlu diamalkan. CONTOHNYA:xiou bermaksud ketaatan kepada ibubapa,li bermaksud kesusilaan.