comm

16
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA CBFC1103 INTRODUCTION TO COMMUNICATION NAMA : LEDIAH BINTI TAWAKAL NOMBOR MATRIK : 820709125892003 NO KAD PENGENALAN : 820709125892 NOMBOR TELEFON : 014-8531454 PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU JANUARI 2015 1

Upload: milly-hafizah-mohd-kanafia

Post on 07-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

comm

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

CBFC1103

INTRODUCTION TO COMMUNICATION

NAMA : LEDIAH BINTI TAWAKALNOMBOR MATRIK : 820709125892003NO KAD PENGENALAN: 820709125892NOMBOR TELEFON: 014-8531454

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

JANUARI 2015

ISI KANDUNGAN

NOKANDUNGANMUKA SURAT

01PENGENALAN3

02PENGGUNAAN KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN4

03KESAN PENGGUNAAN KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN7

04PENGALAMAN PERIBADI DARI KONTEKS KOMUNIKASI : INTERAKSI SOSIAL, KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN DAN KOMUNIKASI DI TEMPAT KERJA8

05KESIMPULAN9

06RUJUKAN10

PENGENALANKomunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu yang lain. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua perbuatan iaitu perbuatan menghantar maklumat dan proses untuk bertukar-tukar maksud. Tujuannya supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk dari komunikasi lisan, komunikasi bukan verbal atau komunikasi bukan lisan misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan komunikasi bertulis.Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ketiga, komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Komunikasi yang baik sangat penting bagi sesebuah perhubungan. Tanpa komunikasi yang baik, sesuatu hubungan tidak akan berkekalan. Setiap manusia memerlukan komunikasi kerana manusia tidak dapa thidup keseorangan. Hal ini kerana manusia diciptakan berpasangan oleh Allah S.W.T.Menurut Shannon dan Weaver, 1948 komunikasi ialah satu minda mempengaruhi minda lain melalui tulisan, muzik, seni, lukisan, teater, tarian dan semua pertuturan manusia. Manakala menurut Sillars, 1988 komunikasi ialah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapatdan tulisan, percakapan atau imej, visual atau lain-lain dengan difahami oleh setiap yang terlibat.Antara cadangan yang boleh digunakan untuk meningkatkan komunikasi lisan dalam kalangan pelajar ialah mengadakan pembentangan dengan lebih kerap. Setiap pelajar atau kumpulan diwajibkan membuat perbentangan di dalam kelas. Pembentangan yang selalu dilakukan boleh menghilangkan rasa gugup dan takut seseorang individu atau pelajar di khalayak ramai. Perkara yang pada mulanya sukar akan menjadi mudah apabila sering dipraktiskan. Oleh itu, pembentangan dalam kelas dapat membantu meningkatkan komunikasi dalam kalangan pelajar.Selain itu, pelajar perlu banyak membaca supaya tahu tentang isu-isu semasa dan mahir tentang topik yang akan dibentangkan. Topik pembentangan yang dibentangkan harus dikuasai supaya pendengar atau penonton dapat memahami isi yang disampaikan. Semasa proses pembentangan dilakukan pasti ada soal jawab daripada pendengar atau penonton yang tidak faham dan inginkan penjelasan yang lebih mendalam tentang topik yang dibentangkan. Keadaan ini akan mempengaruhi kemahiran komunikasi seseorang individu serta meningkatkan kelemahan-kelemahan dalam proses komunikasi.S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.Dalam tugasan ini, terdapat 3 persoalan yang akan dijawab iaitu tentang penggunaan komunikasi lisan dan bukan lisan, kesan penggunaan komunikasi lisan dan bukan lisan dalam interaksi sosial, komunikasi antara perseorangan dan komunikasi di tempat kerja dan akhir sekali ialah cerita tentang pengalaman peribadi serta anekdot untuk setiap konteks komunikasi.PENGGUNAAN KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISANTerdapat 6 fungsi utama komunikasi dalam kehidupan kita ialah memindahkan maklumat, mengajar dan belajar, membujuk atau mempengaruhi, hiburan, bersosial dan perundingan. Setiap satu fungsi ini digunakan di tempat dan situasi yang berbeza. Komunikasi juga terbahagi kepada dua jenis iaitu komunikasi lisan dan bukan lisan.Komunikasi lisan ialah satu bentuk komunikasi yang menggunakan suara untuk menyampaikan maklumat, seperti sedang mengajar dalam kelas, atau bercakap menerusi telefon, dan lain-lain lagi. Nama lain bagi komunikasi lisan ialah komunikasi verbal. Komunikasi lisan sangat berbahaya sekiranya di salah gunakan. Kerana komunikasi lisan boleh menyebabkan salah faham dan pergaduhan. Oleh itu, komunikasi lisan sangat penting untuk di jaga. Salah satu fungsi komunikasi bukan lisan ialah pengukuhan. la digunakan bertujuan untuk mengukuhkan hujah atau niat yang disampaikan oleh pengirim secara lisan. Dalam kempen pilihan raya ia kerap kali digunakan bagi menambat hati pengundi. Pernyataan tentang manifesto sering diulang dengan komunikasi bukan lisan. Misalnya merenung dengan tajam dan membesarkan mata sebagai tanda marah atau geram. Kebanyakan bahasa badan yang kita gunakan seharian adalah bagi memberi tekanan kepada apa yang sedang kita katakan. Mesej bukan lisan mengiringi komunikasi lisan untuk menggambarkan susasana interaksi. Misalnya, nada suara yang rendah dan muram akan tergambar apabila perbualan menyentuh tentang kematian atau kesedihan. Atau nada suara rendah menunjukkan kurang yakin calon yang bertanding.Komunikasi bukan lisan pula ialah satu jenis komunikasi yang hanya menggunakan pergerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, mata, mulut, badan dan sebagainya. Selain itu juga, penulisan juga merupakan salah satu komunikasi bukan lisan. Cara penyampaian dalam penulisan menggambarkan maklumat yang ingin kita sampaikan kepada orang lain.Komunikasi adalah penting untuk mengeratkan hubungan sesama manusia. Keupayaan kita untuk menggunakan komunikasi yang berkesan dapat menggambarkan hubungan kita dengan individu tersebut. Selain itu juga, komunikasi juga penting untuk menyampaikan maklumat, arahan dan pesanan samaada dalam organisasi dan juga institusi kekeluargaan. Komunikasi antara keluarga sangat penting dalam memastikan keharmonian sentiasa terjaga. Sekiranya dalam sebuah keluarga tidak mengamalkan komunikasi berkesan, ia akan menyebabkan keluarga tersebut gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga. Dalam konteks perguruan pula, komunikasi dua hala sangat penting untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penyampaian guru yang berkesan akan memastikan pelajar memperolehi maklumat yang ingin di sampaikan. Sebagai contoh, dalam menerangkan 1+1 = 2, terdapat pelbagai cara mengikut skil dan kemahiran guru tersebut. Oleh itu, sangat penting untuk menguasai kemahiran berkomunikasi untuk menyampaikan pengajaran dalam kelas. Berbeza dengan perbualan secara peribadi bersama rakan-rakan, berkomunikasi secara formal di hadapan khalayak seperti di dalam majlis, ceramah, syarahan, mesyuarat, taklimat, forum memerlukan teknik yang profesional. Ini kerana keperluan bercakap secara tertib, beretika, berkesan dan mudah difahami merupakan keperluan berlandaskan profesionalisme dalam menyampaikan sesuatu mesej secara berkesan.Disebabkan faktor tersebut, pengucapan yang berkesan penting dalam keperluan pembangunan masyarakat dan komuniti, sejajar dengan kemajuan kehidupan dan pembangunan negara. Sehubungan itu, bagi memenuhi tuntutan semasa dan keperluan masyarakat mahupun organisasi dan komuniti dalam teknik pengucapan awam, Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) telah menganjurkan bengkel Lafaz Pro: Pengucapan Awam (Umum), baru-baru ini.Bengkel dua hari yang diadakan di di Subang Jaya, Selangor itu bertujuan memberi panduan kepada peserta tentang teknik dan taktik pengucapan awam secara praktikal, selain menyediakan platform dalam meningkatkan keyakinan dan kebolehan peserta dalam aktiviti pengucapan awam secara kreatif, dinamik dan menarik. Bengkel itu berjaya memberi manfaat kepada peserta menerusi ceramah yang disampaikan oleh Felo Pusat Perundingan dan Latihan IKIM, Zarita Kassim dan pengacara dan jurulatih hos daripada Jef Hazimin & Co, Jef Hazimin Jaafar. Dari segi komunikasi secara bukan lisan, penulisan adalah salah satu contoh. Laras bahasa penulisan juga memainkan peranan yang penting dalam penulisan. Laras bahasa boleh beubah-ubah mengikut situasi sama ada dalam situasi formal ataupun bukan formal. Laras formal mempunyai format tersendiri dan lebih kepada penulisan yang mempunyai bahasa yang baik. Manakala laras bukan formal lebih kepada bahasa yang tidak tersusun dengan baik. Menggunakan laras yang tidak sesuai dengan situasi dapat dielakkan dengan kebolehan penulis membezakan laras formal dan bukan formal.Pengolahan yang baik dalam penulisan memudahkan maklumat dibaca serta difahami. Pengolahan melibatkan bahasa dan penggunaannya secara berkesan serta melibatkan format dan bentuk. Pengolahan yang baik dan sempurna mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian. Penulisan akan menjadi baik, menarik dan matang sekiranya penulis memberikan gambaran yang jelas dan menggerakkan rangsangan serta daya berfikir pembaca.Dari aspek bahasa penulisan pula, bahasa haruslah mudah dibaca, ditelahi dan difahami. Jangan menggunakan bahasa daerah dari negeri masing-masing kerana tidak semua pembaca memahaminya. Penulis haruslah peka terhadap bahasa dengan menjaga penggunaan bahasa yang digunakan agar menarik dan dan mudah dinikmati. Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa. Dengan itu, penulisan yang dihasilkan akan nampak menarik dan isi kandungan penulisan mudah difahami.Menerusi tujuh model yang disediakan sepanjang berlangsungnya bengkel, peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai teknik, gaya, cara dan kredibiliti yang harus ada pada seseorang pengucap itu. Zarita, dalam kertas kerjanya bertajuk, Bila Badan Berbicara mendedahkan betapa pentingnya kefahaman dalam memahami gerak badan seseorang itu kerana dalam gerak badan itu ada bahasa yang disampaikan seperti mana kajian saintifik yang dilakukan Dr. Paul Ekman sejak 1954.KESAN PENGGUNAAN KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISANInteraksi SosialInteraksi sosial adalah pertukaran di antara dua atau lebih individu dan merupakan blok bangunan masyarakat. Interaksi sosial boleh dikaji antara dua atau tiga kumpulan atau kumpulan sosial yang lebih besar. Dengan berinteraksi dengan satu sama lain, kita dapat membentuk peraturan, institusi dan sistem di mana mereka berusaha untuk hidup. Simbol-simbol yang digunakan untuk menyampaikan harapan masyarakat yang diberikan kepada mereka yang baru kepadanya.Kajian empirikal interaksi sosial adalah salah satu mata pelajaran daripada microsociology. Kaedah termasuk interaksionisme simbolik dan etnometodologi dan kemudian akademik sub-bahagian dan kajian seperti kajian psikososial, analisis perbualan dan interaksi manusia-komputer. Dengan interaksionisme simbolik, realiti dilihat sebagai sosial, interaksi dibangunkan dengan orang lain. Soalan etnometodologi bagaimana interaksi rakyat boleh mencipta ilusi perintah berkongsi sosial walaupun tidak memahami antara satu sama lain sepenuhnya dan mempunyai perspektif yang berbeza.Interaksi sosial adalah amat penting untuk kita cuba menyesuaikan diri dalam masyarakat. Ia membawa kesan sama ada negatif atau positif. Sekiranya kita gagal menguasai kemahiran berkomunikasi dalam interaksi sosial, kita mungkin akan hidup seperti katak bawah tempurung. Oleh yang demikian, kita seharusnya lebih bersifat terbuka dalam memulakan komunikasi bersama orang lain. Komunikasi di Tempat KerjaKetika berada di tempat kerja, komunikasi yang terlibat ialah antaranya komunikasi bersama majikan, komunikasi bersama bawahan, komunikasi bersama orang awam, komunikasi bersama pelajar dan sebagainya. Semua hubungan komunikasi ini penting dalam memastikan suasana kerja yang harmoni. Ia juga bagi memudahkan penyampaian maklumat dalam melancarkan urusan kerja. Komunikasi antara PerseoranganKomunikasi dengan diri adalah penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman bagi penyampai. Komunikasi dengan diri adalah penglibatan dalaman dan aktif individu dalam memproses mesej simbolik. Individu menjadi pengirim penerima sendirinya, menyediakan maklum balas kepada dirinya dalam proses dalaman yang berterusan. Ia amat berguna untuk membayangkan komunikasi dengan diri berlaku dalam pemikiran individu dalam model yang mengandungi seorang pengirim, penerima, dan lingkaran maklum balas.Sungguhpaun komunikasi yang berjaya biasanya ditakrifkan sebagai ada antara dua atau lebih individu, isu-isu berkaitan asas kegunaan berkomunikasi dengan diri sendiri dan masalah mengenai komunikasi dengan entiti bukan sentinal seperti komputer telah menjadikan sesetengah orang menegaskan bahawa takrif ini adalah terlalu sempit.

PENGALAMAN PERIBADI DARI KONTEKS KOMUNIKASI : INTERAKSI SOSIAL, KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN DAN KOMUNIKASI DI TEMPAT KERJAInteraksi Sosial Kehidupan kita di kelilingi oleh masyarakat yang pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai cara komunikasi yang tersendiri. Sebagai contoh, ada yang suka bercerita dengan suara yang besar, ada yang bercerita dengan Bahasa yang kedengaran agak kasar dan sebagainya. Pengalaman saya dalam interaksi sosial ini ialah ketika saya melawat Langkawi pada cuti sekolah tahun lalu. Kedah dan Pulau Pinang terkenal dengan Bahasa yang agak kasar. Pada ketika itu, saya ingin bertanya arah jalan ke Makam Mahsuri. Lalu saya bertanya kepada seorang pakcik. Pakcik, arah ke mana nak pergi ke Makam Mahsuri?. Dia menjawab dengan suara yang kuat, Hang pi arah tu, teruih ja!. Saya dan rakan agak terkejut dan segera berlalu setelah mengucapkan terima kasih. Dalam hati terdetik kenapa pakcik tersebut marah kepada kami. Setelah beberapa ketika, baru saya teringat bahawa slang dan cara bercakap orang Kedah sememangnya begitu. Komunikasi di Tempat KerjaPengalaman saya ketika berkomunikasi di tempat kerja pula ialah ketika mula-mula saya melapor diri di Pejabat saya bekerja. Majikan saya seorang berbangsa Cina. Beliau boleh dan suka berbahasa Melayu tetapi Bahasa Melayu beliau tidak begitu lancar. Ketika menerima arahan pertama, beliau berkata, Lepas pagi ini sudah habis, u pelgi bank kasi cash itu duit. Saya mula berfikir, lepas pagi itu boleh jadi tengah hari, petang, atau malam. Oleh kerana takut untuk bertanya, saya mengambil masa hampir sehari untuk berfikir tentang arahan tersebut. Sehingga dia datang semula ke meja saya dan bertanya, U sudah kasi bank itu cash ka? Saya terkejut dan bingkas bangun dan keluar ke bank. Apa yang saya pelajari daripada pengalaman pertama ini ialah sentiasa bertanya sekiranya tidak memahami akan sesuatu. Komunikasi berkesan itu terjadi apabila kedua-dua pihak dapat menyampaikan maklumat dengan betul dan berkesan. Komunikasi antara PerseoranganKomunikasi antara perseorangan ialah komunikasi yang berlaku dalam diri. Terdapat 1 kajian di mana apabila kita berkomunikasi dengan individu lain, sekurang-kurangnya terdapat 6 komunikasi terjadi dalam diri kita. Semua komunikasi itu berkisarkan tentang persepsi kita terhadap diri orang tersebut dan juga persepsi tentang diri kita. Kejadian berlaku ketika saya bertemu dengan seorang pelanggan. Ketika pertama kali berjumpa, saya hanya menganalisis beliau tanpa mengeluarkan apa-apa kata. Komunikasi hanya berlaku dalam hati sahaja. Salah satu soalan yang berlegar-legar di kepala saya ketika itu, Dia sudah kahwin ke belum?. Ketika sedang memikirkan perkara itu, tiba-tiba seseorang dengan tidak sengaja melanggar saya dan saya yang ketika itu sedang bermonolog sendiri, secara spontan saya berkata kepada pelanggan tersebut,Awak sudah kahwin ke?. Beliau terus berubah wajah dan saya berasa sangat malu. Tanpa menunggu jawapannya, saya meminta diri ke tandas. KESIMPULANMenurut Zulkifli (2000) dalam Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khairie Ahmad (2007), apabila berlaku interaksi bersemuka, kurang 10 peratus impak datang daripada perkataan yang diucapkan, manakala yang selebihnya datang dari mesej bukan lisan. Malah, sarjana komunikasi menganggarkan hanya 10 peratus komunikasi kemanusiaan diwakili oleh kata-kata. Sebanyak 30 peratus diwakili oleh bunyi yang mengiringi suara, dan 60 peratus diwakili oleh komunikasi bukan lisan. Menurut Colleen McKenna (2003) pula "tone, inflection and facial expressions account for 93 percent of your message. The actual words only account for 7 percent" Komunikasi bukan lisan amat penting kerana menurut Samovar, Larry A. dan Porter, Richard E. (1995) "Nonverbal communication is significant in human interaction because it is usually responsible for first impressions. Nonverbal communication involves all those nonverbal stimuli in a communication setting that are generated by both the source and his or her use of the environment and that have potential message value fro the source or receiver. " Colleen McKenna (2003) menyatakan bahawa komunikasi bukan lisan terdiri daripada "eye contect, body posture, distance/physical contact, facial expressions, gestures, vocal tone, fluency, timing and clothing". Secara umumnya komunikasi bukan lisan diketegorikan kepada lima iaitu prosemik, kinesik, paralinguistik, kronemik dan artifaktual. Unsur-unsur bahasa badan ini perlu dibaca secara bergugus-gugus, bukan satu persatu. Setiap unsur bahasa badan adalah seperti perkataan.Sebagai kesimpulannya,komunikasi akan menjadi tidak sempurna sekiranya terdapat halangan-halangan dalam berkomunikasi iaitu seorang yang pemarah, orang yang kurang sopan, orang yang pendiam tetapi menyimpan kemarahannya, orang yang sentiasa mendesak, orang yang sentiasa mengkritik,orang yang bermulut murai, orang yang suka berbalah dan yang terakhir ialah orang yang enggan mendengar apa yang ingin disampaikan. Oleh itu, proses komunikasi mempengaruhi minda, perasaan dan tingkah laku seseorang, kepentingan kemahiran adalah penting untuk mewujudkan komunikasi yang baik, cuba mengenalpasti punca, halangan dalam komunikasi untuk melahirkan komunikasi yang baik.(2508 patah perkataan)RUJUKANBarnes, Doughlas dan Frankie Todd. (1977). Communication and learning in small groups. London: Henley and Boston.Jabatan Pendidikan Negeri Johor (2000). Maklumat asas sekolah: Senarai sekolah-sekolah negeri Johor. Unit Maklumat: Sektor Pengurusan Perkhidmatan PendidikanMartinot, Delphine and JeanMarc Monteil. (2000). Use of self-concept in forming preferences by French students of different level of academic achievement. Journal of Psychology, 140:1, 119-131.Miller, George A. (1970). The psychology of communication: Seven essays. Great Britain: The Penguin Press.Pearson, Judy Cornelia dan Brian H. Spitzberg. (1990). Interpersonal, components and contexts (2nd edt.). USA: WM. C. Brown Publishers.Sutton, Clive. (1986). Communicating in the classroom. Great Britain: Robert Hartnoll Ltd.Syed Arabi Idid. (1998). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Weaver II, Richard. (1996). Understanding interpersonal communication. USA: Harper Collins College Publishers.2