cimb - terma-terma dan syarat-syarat 1. filecontoh- contoh yang ... tempoh kempen adalah berhak...

5
CIMB Wealth Starter Campaign Kempen Wealth StarterCIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat 1. Kempen ini dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“Bank” atau “CIMB”) dan akan berlangsung dari 03 hb Ogos 2015 sehingga 31 hb Oktober 2015, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). 2. Kelayakan 2.1 Kempen ini adalah terbuka kepada semua pelanggan sedia ada dan baru Bank yang berada di seluruh negara, (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Peserta-Peserta yang Layak”) yang membeli produk-produk yang mengambil bahagian di bawah Kempen ini. 2.2 Produk-produk yang layak untuk Kempen ini terdiri daripada produk-produk kumpulan produk seperti berikut:- a) Dana Unit Amanah Konvensional yang dipasarkan oleh Bank (“Unit Amanah”); b) Skim Persaraan Swasta (“Private Retirement Scheme”) termasuk dana CIMB-Principal PRS Plus yang dipasarkan oleh Bank (“PRS”); c) Sun SaveAssured (“SSAP”) yang ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad; dan d) Sun EduSmart (“Sun Edu”) yang ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad. Setiap kumpulan produk di atas akan dirujuk sebagai “Kumpulan Produk”. Setiap produk akan dirujuk secara individu sebagai “Produk” dan secara kolektif sebagai “Produk -Produk”. SSAP dan/atau Sun Edu akan dirujuk secara kolektif sebagai “Produk-Produk Sun Life Malaysia”). 2.3 Pekerja-pekerja tetap dan/atau kontrak CIMB (termasuk subsidiarinya dan/atau syarikat-syarikat yang berkenaan) adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. 2.4 Peserta-Peserta yang Layak yang menerima apa-apa Ganjaran Tunai atau memperolehi Polisi PA percuma (seperti yang ditakrifkan di bawah ini) di bawah Kempen ini tidak layak untuk apa-apa promosi atau kempen serentak lain yang berhubungan dengan Produk-Produk, melainkan jika dipersetujui oleh Bank. 2.5 Berhubungan dengan akaun-akaun bersama, hanya pemegang akaun bersama yang pertama dinamakan iaitu pemegang akaun utama, yang layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. 3. Ganjaran Tunai 3.1 Peserta-Peserta yang Layak adalah layak untuk memenangi Ganjaran Tunai yang bernilai RM5.00 atau RM10.00, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini. Contoh- contoh yang disediakan di bawah adalah bagi tujuan-tujuan penerangan dan ilustrasi sahaja. 3.2 Ganjaran Tunai Untuk Pembelian Produk-Produk (a) Peserta-Peserta yang Layak yang membeli mana-mana dua (2) Produk-Produk, setiap satu daripada Kumpulan Produk yang lain dalam Tempoh Kempen adalah berhak untuk Ganjaran Tunai RM5.00; (b) Peserta-Peserta yang Layak yang membeli mana-mana tiga (3) atau lebih Produk-Produk setiap satu daripada Kumpulan Produk yang lain dalam Tempoh Kempen adalah berhak untuk Ganjaran Tunai RM10.00.

Upload: ngodan

Post on 13-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat 1. fileContoh- contoh yang ... Tempoh Kempen adalah berhak untuk polisi Insurans Kemalangan Diri yang percuma sehingga

CIMB Wealth Starter Campaign

Kempen “Wealth Starter” CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat 1. Kempen ini dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“Bank” atau “CIMB”) dan akan berlangsung dari 03

hb

Ogos 2015 sehingga 31hb

Oktober 2015, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). 2. Kelayakan 2.1 Kempen ini adalah terbuka kepada semua pelanggan sedia ada dan baru Bank yang berada di

seluruh negara, (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Peserta-Peserta yang Layak”) yang membeli produk-produk yang mengambil bahagian di bawah Kempen ini.

2.2 Produk-produk yang layak untuk Kempen ini terdiri daripada produk-produk kumpulan produk seperti

berikut:- a) Dana Unit Amanah Konvensional yang dipasarkan oleh Bank (“Unit Amanah”);

b) Skim Persaraan Swasta (“Private Retirement Scheme”) termasuk dana CIMB-Principal PRS Plus yang dipasarkan oleh Bank (“PRS”);

c) Sun SaveAssured (“SSAP”) yang ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad; dan d) Sun EduSmart (“Sun Edu”) yang ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad.

Setiap kumpulan produk di atas akan dirujuk sebagai “Kumpulan Produk”. Setiap produk akan dirujuk secara individu sebagai “Produk” dan secara kolektif sebagai “Produk-Produk”. SSAP dan/atau Sun Edu akan dirujuk secara kolektif sebagai “Produk-Produk Sun Life Malaysia”).

2.3 Pekerja-pekerja tetap dan/atau kontrak CIMB (termasuk subsidiarinya dan/atau syarikat-syarikat yang

berkenaan) adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini.

2.4 Peserta-Peserta yang Layak yang menerima apa-apa Ganjaran Tunai atau memperolehi Polisi PA percuma (seperti yang ditakrifkan di bawah ini) di bawah Kempen ini tidak layak untuk apa-apa promosi atau kempen serentak lain yang berhubungan dengan Produk-Produk, melainkan jika dipersetujui oleh Bank.

2.5 Berhubungan dengan akaun-akaun bersama, hanya pemegang akaun bersama yang pertama dinamakan iaitu pemegang akaun utama, yang layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini.

3. Ganjaran Tunai 3.1 Peserta-Peserta yang Layak adalah layak untuk memenangi Ganjaran Tunai yang bernilai RM5.00

atau RM10.00, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini. Contoh-contoh yang disediakan di bawah adalah bagi tujuan-tujuan penerangan dan ilustrasi sahaja.

3.2 Ganjaran Tunai Untuk Pembelian Produk-Produk

(a) Peserta-Peserta yang Layak yang membeli mana-mana dua (2) Produk-Produk, setiap satu

daripada Kumpulan Produk yang lain dalam Tempoh Kempen adalah berhak untuk Ganjaran Tunai RM5.00;

(b) Peserta-Peserta yang Layak yang membeli mana-mana tiga (3) atau lebih Produk-Produk setiap

satu daripada Kumpulan Produk yang lain dalam Tempoh Kempen adalah berhak untuk Ganjaran Tunai RM10.00.

Page 2: CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat 1. fileContoh- contoh yang ... Tempoh Kempen adalah berhak untuk polisi Insurans Kemalangan Diri yang percuma sehingga

CIMB Wealth Starter Campaign

Ilustrasi A:- Seorang pelanggan, A, semasa Tempoh Kempen, membeli:- - 1 Produk Unit Amanah - 1 Produk Sun SaveAssured adalah berhak untuk satu (1) Ganjaran Tunai RM5.00 berkenaan dengan Produk-Produk yang dibeli semasa Tempoh Kempen

Ilustrasi B:- Seorang pelanggan, B, semasa Tempoh Kempen, membeli:- - 2 Produk-Produk Unit Amanah dan Produk Sun SaveAssured sahaja adalah tidak berhak untuk Ganjaran Tunai RM10.00, tetapi berhak untuk Ganjaran Tunai RM

5.00

3.3 Ganjaran Tunai Untuk Pelaburan Bulanan

Selain daripada Ganjaran Tunai yang dinyatakan di Seksyen 3.2 di atas, Peserta-Peserta yang Layak yang melakukan pelaburan bulanan minimum untuk tiga (3) bulan secara berturut-turut untuk Produk-Produk yang dibelikan semasa Tempoh Kempen adalah berhak untuk Ganjaran Tunai RM5.00 dengan syarat pelaburan bulanan mesti dilakukan terhadap Produk-Produk dalam Kumpulan Produk yang sama.

Ilustrasi C:- Seorang pelanggan, C, yang :- -Melakukan pelaburan bulanan untuk tiga (3) bulan terhadap apa-apa jenis Produk-Produk Unit Amanah yang dibeli, kesemuanya dalam Tempoh Kempen, adalah berhak untuk satu (1) Ganjaran Tunai RM5.00

Ilustrasi D:- Seorang pelanggan, D, yang - - Melakukan pelaburan bulanan untuk dua (2) bulan terhadap Produk Unit Amanah yang dibeli dan pelaburan bulanan untuk satu (1) bulan terhadap Produk Skim Persaraan Swasta yang dibeli, kesemuanya dalam Tempoh Kempen, adalah tidak berhak untuk Ganjaran Tunai RM5.00 berkenaan dengan pelaburan-pelaburan bulanan yang dilakukannya.

Ilustrasi E:- Seorang pelanggan, E, yang:- - Melakukan pelaburan bulanan untuk tiga (3) bulan terhadap Produk(-Produk) Unit Amanah, pelaburan-pelaburan bulanan untuk tiga (3) bulan terhadap Produk(-Produk) Skim Persaraan Swasta, kesemuanya dalam Tempoh Kempen, adalah berhak untuk dua (2) Ganjaran Tunai RM5.00 setiap satu berkenaan dengan pelaburan-pelaburan bulanannya.

Ilustrasi F:- Seorang pelanggan, F, yang:- - Melakukan pembayaran premium bulanan untuk tiga (3) bulan selepas pembelian Sun SaveAssured dalam Tempoh Kempen, adalah berhak untuk satu (1) Ganjaran Tunai RM5.00

Page 3: CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat 1. fileContoh- contoh yang ... Tempoh Kempen adalah berhak untuk polisi Insurans Kemalangan Diri yang percuma sehingga

CIMB Wealth Starter Campaign

4. Mengkreditkan Ganjaran Tunai 4.1 Ganjaran(-ganjaran) Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun deposit yang dikekalkan oleh Peserta-

Peserta yang Layak di Bank sahaja.

Ganjaran Tunai RM5.00 Bank akan mengkreditkan Ganjaran Tunai RM5.00 ke dalam akaun yang dibuka terkini dan aktif dipegang dengan Bank oleh Peserta-Peserta yang Layak yang berhak untuk Ganjaran Tunai RM5.00.

Ganjaran Tunai RM10.00 Bank akan mengkreditkan Ganjaran Tunai RM10.00 ke dalam akaun yang dibuka terkini dan aktif dipegang dengan Bank oleh Peserta-Peserta yang Layak yang berhak untuk Ganjaran Tunai RM10.00.

4.2 Ganjaran Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Peserta-Peserta yang Layak selepas tamat

Tempoh Kempen. Peserta-Peserta yang Layak mengakui bahawa Bank boleh mengambil masa sehingga tiga (3) bulan atau lebih untuk mengkreditkan Ganjaran Tunai.

5. RM10,000 Insurans Kemalangan Diri Percuma Untuk Produk-Produk Sun Life Malaysia 5.1 Peserta-Peserta yang Layak yang membeli mana-mana Produk-Produk Sun Life Malaysia dalam

Tempoh Kempen adalah berhak untuk polisi Insurans Kemalangan Diri yang percuma sehingga RM10,000 (“Polisi PA”) yang ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia dan adalah terhad atas dasar “setiap seorang pelanggan” (“per customer”), tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di bawah:

a) Pemegang polisi Produk-Produk Sun Life Malaysia yang dibeli dan pemegang polisi Polisi PA

yang percuma mesti merupakan individu yang sama, berumur di antara 16 tahun dan 64 tahun

setakat Tarikh Status Polisi Berkuatkuasa (seperti yang ditakrifkan di bawah).

b) Perlindungan di bawah Polisi PA adalah satu (1) tahun dan akan bermula pada hari pertama

bulan kalendar seterusnya berikutan dengan tarikh pengeluaran polisi Produk-Produk Sun Life Malaysia yang dibeli semasa Tempoh Kempen DENGAN SYARAT PADA SETIAP MASA Polisi Produk-Produk Sun Life Malaysia masih berkuatkuasa setakat Tarikh Status Polisi Berkuatkuasa seperti berikut:-

Jadual A

Ruangan 1 Ruangan 2 Ruangan 3

Tarikh Pengeluaran Polisi Produk-

Produk Sun Life Malaysia Tarikh Permulaan

Perlindungan Polisi PA

“Tarikh Status Polisi

Berkuatkuasa” untuk

Produk-Produk Sun Life

Malaysia yang dibeli

03 Ogos 2015- 31 Ogos 2015 15 Sept 2015 01 Sept 2015

01 Sept 2015- 30 Sept 2015 15 Okt 2015 01 Okt 2015

01 Okt 2015- 31 Okt 2015 15 Nov 2015 01 Nov 2015

01 Nov 2015 – 30 Nov 2015 15 Dis 2015 01 Dis 2015

Page 4: CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat 1. fileContoh- contoh yang ... Tempoh Kempen adalah berhak untuk polisi Insurans Kemalangan Diri yang percuma sehingga

CIMB Wealth Starter Campaign

c) Sekiranya Produk(-Produk) Sun Life Malaysia yang dibeli tidak lagi berkuatkuasa setakat

“Tarikh Status Polisi Berkuatkuasa” masing-masing yang dinyatakan dalam Ruangan 3 dalam

Jadual A di atas, Peserta yang Layak tidak berhak untuk Polisi PA percuma.

d) Polisi PA melindungi Manfaat Kematian Akibat Kemalangan dan Kehilangan Upaya Akibat Kemalangan tertakluk kepada kesemua terma-terma and syarat-syarat Polisi PA.

6. Lain-lain 6.1 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, kesemua Peserta-Peserta yang Layak bersetuju

untuk terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat ini. Apa-apa dan kesemua keputusan yang dibuat oleh Bank berkenaan dengan Kempen, kecuali merupakan kesilapan nyata, adalah muktamad dan konklusif.

6.2 Bank berhak untuk menukarkan tempoh dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Kempen dan/atau menggantung, membatal, menamat atau menarik balik Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan Peserta-Peserta yang Layak notis terlebih dahulu sebanyak dua puluh satu (21) hari kalendar selaras dengan Seksyen 6.3 di bawah ini. Bagi mengelakkan keraguan, penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik Kempen ini tidak memberi hak kepada mana-mana Peserta-Peserta yang Layak untuk apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Peserta-Peserta yang Layak akibat secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan penggantungan, pembatalan atau penamatan.

6.3 CIMB berhak untuk dengan memberikan notis terlebih dahulu sebanyak dua puluh satu (21) hari

kalendar untuk mengubah (samada penambahan, pemotongan, pengubahsuaian, pindaan, atau selainnya walau bagaimana sekalipun) (“Pindaan”) mana-mana terma-terma dan syarat-syarat di sini. Apa-apa Pindaan terhadap peruntukan di sini adalah terikat kepada syarikat-syarikat yang layak dan CIMB dianggap telah memberitahu Peserta-Peserta yang Layak mengenai Pindaan melalui: (i) paparannya di premis dan laman web Bank berkenaan dengan Pindaan di mana peruntukan-peruntukan terperinci berkenaan dengan Pindaan boleh dibekalkan dalam notis sendiri atau boleh dibekalkan kepada Peserta-Peserta yang Layak atas permintaan; atau (ii) melalui notis yang dihantar oleh CIMB ke alamat terakhir Peserta-Peserta yang Layak yang diketahui; atau (iii) diiklankan dalam satu surat khabar pilihan Bank; atau (iv) melalui mel elektronik atau melalui apa-apa cara pemberitahuan lain yang mungkin dipilih oleh Bank dan Pindaan adalah dianggap mengikat Peserta-Peserta yang Layak setakat dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain yang mungkin ditentukan oleh Bank dalam pemberitahuan.

6.4 Terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengatasi apa-apa peruntukan atau representasi yang

terkandung dalam mana-mana bahan-bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini sekiranya terdapat apa-apa percanggahan terma

6.5 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta-peserta yang Layak dianggap sebagai

telah membaca, memahami dan menyetujui supaya terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini.

6.6 Bank hanya merupakan pengedar Produk-Produk Sun Life Malaysia yang ditaja jamin oleh Sun Life

Malaysia dan tidak akan bertanggungjawab ke atas atau dipertanggungjawab dalam apa jua cara berkenaan dengan apa-apa perkara atau tuntutan yang dibangkit di bawah Produk-Produk Sun Life Malaysia. Sun Life Malaysia sebagai penanggung insurans yang berlesen dan penaja jamin bagi Produk-Produk Sun Life Malaysia akan mengakujanji tanggungjawab-tanggungjawab insurans. Produk-Produk Sun Life Malaysia bukan merupakan Produk-Produk Bank dan maka bukan merupakan tanggungjawab bagi atau diberi jaminan oleh Bank.

6.7 Sekiranya terdapat apa-apa ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara

versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa-

Page 5: CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat 1. fileContoh- contoh yang ... Tempoh Kempen adalah berhak untuk polisi Insurans Kemalangan Diri yang percuma sehingga

CIMB Wealth Starter Campaign

bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut di atas sekiranya permintaan telah dibuat oleh Peserta(-Peserta) yang Layak dan diambil perhatian dan diakui oleh Bank dalam rekod-rekodnya bahawa versi Terma-terma dan Syarat-syarat dalam Bahasa Malaysia akan mentadbir pengendalian Kempen, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

6.8 Peserta-Peserta yang Layak adalah tidak terlindung oleh dana pampasan di bawah Seksyen 152

Akta Pasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007. Dana pampasan tidak diluaskan kepada pelabur yang

mengalami kerugian wang akibat daripada penggelapan atau penyalahgunaan wang atau harta yang

lain secara fraud, oleh seorang pengarah, pegawai, pekerja atau wakil CIMB Bank Berhad. Sekiranya

pelabur mengalami kerugian wang dalam situasi di atas berkenaan dengan tindakan-tindakan pekerja

Bank, pelabur boleh melaporkan aduan dengan Unit Resolusi Pelanggan kami dengan nombor

berikut. Pelabur yang tidak berpuas hati dengan keputusan Unit Resolusi Pelanggan Bank boleh

merujuk kes tersebut kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau Pusat Penyelesaian Pertikaian

Industri Sekuriti dalam enam (6) bulan selepas penerimaan keputusan muktamad Unit Resolusi

Pelanggan. Aduan pelabur hanya akan diuruskan oleh salah satu saluran yang dipilih oleh pelabur

untuk merujukkan kesnya.

Unit Resolusi Pelanggan Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: 1 300 880 900