cerita kedua lelaki unta mukjizat

Upload: zahiruddin-zahrudin

Post on 05-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Cerita Kedua Lelaki Unta Mukjizat

TRANSCRIPT

CERITA KEDUA : KISAH UNTA MUKJIZATPESERTA LELAKI SEK KEB TUN DATU HAJI MUSTAPHA KUDAT

PENDAHULUAN /PEMBUKAAN

{Assalamualaikum pembuka bicara, Terima kasih kepada pengerusi acara, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan semua.

Bulan menerangi malam gelita Tanda kebesaran buat semua Pantun Unta mukjizat tajuk ceritaJadi panduan buat semua

ISI PERTAMA

Rakan sekalianSiapakah sebenarnya Nabi Salleh ya rakan-rakan? Nabi Salleh adalah putera kepada Ubaid bin Ashif. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud

PENGAJARANTahukah rakan-rakan mengetahui nama-nama Nabi adalah rukun iman yang ketiga dalam Islam. Rakan-rakan masih ingat nama-nama rasul?

Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh Ibrahim, Luth, Ismail Nasyid Ishak, Yaakub, Yusuf, AyubShuib, Musa, Harun, ZulkifliPelajarilah sirah rasul kita ya rakan-rakan.

ISU SEMASARakan sekalian..Di Malaysia, ada individu yang mengaku dirinya nabi. Lihat sajalah Ayah Pin dengan Kerajaan Langitnya dan Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad. Masya Allah.

DALILFirman Allah SWT :

Mafhumnya :Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu),. (Surah al Ahzab ayat 45).

ISI KEDUA

Rakan sekalian..Apa kaitan unta dengan Nabi Salleh ya rakan-rakan? Nabi Salleh berdakwah kepada kaum Tsamud supaya menyembah Allah. Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Seru dan rayu Nabi Salleh. Namun ibarat mencurah air ke daun keladi, seruan dakwah Nabi Salleh dibantah dan tidak dipedulikan. Patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Herdik para pemuka kaum Tsamud.

ISU SEMASA

Rakan sekalian..Usaha dakwah di Malaysia bukan setakat dilakukan oleh pihak seperti JAKIM dan YADIM malah media penyiaran swasta seperti ASTRO yang turut berganding bahu menyebarkan dakwah Islam menerusi program seperti Imam Muda dan Ustazah Pilihan.

DALILFirman Allah SWT :

Mafhumnya :Dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu. (Surah al Hajj ayat 67)

PENGAJARANYa rakan-rakan, berdakwah adalah suatu kewajipan ya rakan-rakan. Mengajak rakan-rakan solat berjemaah adalah salah satu dakwah yang boleh kita lakukan di sekolah.

ISI KETIGARakan-rakan sekalian..Dakwah Nabi Salleh tidak diendah, Pemuka Tsamud sering membantah, SyairNabi Salleh enggan menyerah,Mukjizat unta anugerah Allah.

Ya rakan-rakan, setelah dicabar berulang kali membuktikan kebenaran dakwahnya, Nabi Salleh berdoa kepada Allah. Tiba-tiba seekor unta betina keluar dari sebuah batu karang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit.

ISU SEMASARakan-rakan, unta adalah sejenis haiwan yang banyak terdapat di negara Asia Barat. Di Malaysia pula terdapat banyak jenis haiwan yang diancam kepupusan. Antaranya adalah Orang Utan dan badak Sumatera.

PENGAJARANOleh itu, marilah sama-sama kita berganding bahu memelihara hubungan sesama makhluk Allah ini.

DALIL Firman Allah SWT :

Mafhumnya :"Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; (Surah an Nahl ayat 5).

ISI KEEMPATRakan-rakan sekalian..Dakwah Islam jadi perhatianPantun Petanda dakwah tak akan padam Unta mukjizat menjadi buruanPemuka Tsamud menyimpan dendam

Meskipun Nabi Salleh melarang unta tersebut jangan diapa-apakan, namun pemuka kaum Tsamud tetap meneruskan rancangan membunuh unta tersebut. Kami memang telah membunuhnya! Kata pemuka Tsamud dengan angkuh.

ISU SEMASA

Pada hari ini terdapat banyak contoh perbuatan zalim manusia terhadap flora dan fauna. Lihat sahajalah isu pencemaran alam sekitar di Malaysia. Pencemaran sungai, pembalakan, pembakaran terbuka adalah sebahagian contoh perbuatan zalim manusia.

DALILFirman Allah SWT :

Mafhumnya :Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia.(Surah ar Rum ayat 41).

PENGAJARANOleh itu, mahukah kita melihat Malaysia sbertukar seperti padang jarak padang tekukur yang penuh dengan bahan kimia? Oleh itu bersama-samalah kita mencegahnya sebelum terlambat.

ISI KELIMARakan-rakan sekalianTurun bala balasan Allah yang kuasaPemuka kaum Tsamud mati tersiksa Itulah balasan pada yang zalim NasyidSebagai pengajaran buat semua

Akhirnya, pemuka kaum Tsamud yang membunuh unta Nabi Salleh menerima balasan azab berupa halilintar, gempa bumi dan hujan batu.

PENGAJARANBuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Oleh itu rakan-rakan, marilah kita bersama-sama berpegang teguh dengan ajaran Allah.

DALILFirman Allah SWT :

Mafhumnya :Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan.(Surah ali Imran ayat 104).

ISU SEMASATahukah rakan-rakan, halilintar, gempa bumi dan hujan adalah sebahagian fenomena alam. Yang boleh bertukar menjadi tragedi. Lihat sahajalah tsunami yang berlaku di Acheh.

PENUTUPRakan-rakan..Demikian secebis kisah peristiwa hijrah Rasulullah buat santapan rohani sekalian. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; PantunSalam perpisahan untuk semua,Lain masa bersua lagi.

5