ceram ah

9
ceramah...pencemaran alam sekitar...selamat membaca!!! Ceramah Sempena Hari Alam Sekitar Untuk Murid-Murid Tahap II Sekolah Rendah TEKS CERAMAH ‘PENCEMARAN’ Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Tuan Haji Ramli Bin Embong, guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Pencemaran . Persekitaran kita, yang lebih dikenali sebagai alam sekitar, merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada manusia. Malangnya sejak kebelakangan ini, suatu perubahan cuaca yang mendadak dan membimbangkan telah berlaku. Bencana alam seperti tsunami, bahang panas, kemarau panjang serta banjir yang tidak terkawal sering didengar. Ini telah memberikan alamat bahawa bumi kita telah rosak dan kualiti alam sekitar kita semakin tercemar. Namun begitu, kita sangat memerlukan suatu persekitaran yang sihat untuk meneruskan kehidupan seharian kita di muka bumi ini. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara dan menjaga alam sekitar supaya selamat. Anak-anak yang saya sayangi sekalian, Apa makna pencemaran? Pencemaran adalah kesan yang memudaratkan persekitaran. Ia terjadi daripada aktiviti manusia sendiri seperti industri dan proses pertanian. Banyak aktiviti manusia untuk pembangunan telah menyebabkan pencemaran alam seperti memotong atau menorah bukit, menggondolkan hutan, perindustrian, pertanian dan perlombongan. Anak-anak sekalian, Ada lima jenis pencemaran alam iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran kimia, pencemaran bunyi dan pencemaran radiasi. Pencemaran ini disebabkan oleh faktor manusia. Kita menggunakan oksigen yang terdapat di udara sekeliling untuk berbafas dan hidup. Namun begitu, udara kita telah tercemar akibat aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti industri perkilangan, kepulan asap tebal daripada kenderaan bermotor, insinirator, dan penggunaan racun kimia dalam bidang pertanian. Pelbagai unsur-unsur serta partikal toksid telah dilepaskan ke udara dan ini telah mengancam persekitaran dan kehidupan manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Pembakaran sampah secara terbuka atau di tempat pelupusan sampah juga telah menyebabkan pencemaran udara. Manakala hutan telah dibakar secara besar- besaran untuk tujuan kegiatan ekonomi dan pertanian. Ini menyebabkan terjadinya jerebu yang boleh mengancam tahap kesihatan pernafasan manusia. Keadaan ini disebut pencemaran udara.

Upload: ley5680

Post on 24-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ceramah

TRANSCRIPT

Page 1: Ceram Ah

ceramah...pencemaran alam sekitar...selamat membaca!!!

Ceramah Sempena Hari Alam Sekitar Untuk Murid-Murid Tahap II Sekolah Rendah

TEKS CERAMAH ‘PENCEMARAN’

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang

Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Tuan Haji Ramli Bin Embong,

guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.  Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk

‘Pencemaran’.  Persekitaran kita, yang lebih dikenali sebagai alam sekitar, merupakan anugerah

Tuhan yang amat berharga kepada manusia.  Malangnya sejak kebelakangan ini, suatu perubahan

cuaca yang mendadak dan membimbangkan telah berlaku.  Bencana alam seperti tsunami, bahang

panas, kemarau panjang serta banjir yang tidak terkawal sering didengar.  Ini telah memberikan

alamat bahawa bumi kita telah rosak dan kualiti alam sekitar kita semakin tercemar.  Namun begitu,

kita sangat memerlukan suatu persekitaran yang sihat untuk meneruskan kehidupan seharian kita di

muka bumi ini.  Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara dan menjaga

alam sekitar supaya selamat.

Anak-anak yang saya sayangi sekalian,

Apa makna pencemaran?  Pencemaran adalah kesan yang memudaratkan persekitaran.  Ia

terjadi daripada aktiviti manusia sendiri seperti industri dan proses pertanian.  Banyak aktiviti manusia

untuk pembangunan telah menyebabkan pencemaran alam seperti memotong atau menorah bukit,

menggondolkan hutan, perindustrian, pertanian dan perlombongan.

Anak-anak sekalian,

Ada lima jenis pencemaran alam iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran

kimia, pencemaran bunyi dan pencemaran radiasi.  Pencemaran ini disebabkan oleh faktor

manusia. Kita menggunakan oksigen yang terdapat di udara sekeliling untuk berbafas dan

hidup.  Namun begitu, udara kita telah tercemar akibat aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terkawal

seperti industri perkilangan, kepulan asap tebal daripada kenderaan bermotor, insinirator, dan

penggunaan racun kimia dalam bidang pertanian.  Pelbagai unsur-unsur serta partikal toksid telah

dilepaskan ke udara dan ini telah mengancam persekitaran dan kehidupan manusia, tumbuh-

tumbuhan dan binatang. Pembakaran sampah secara terbuka atau di tempat pelupusan sampah juga

telah menyebabkan pencemaran udara.  Manakala hutan telah dibakar secara besar-besaran untuk

tujuan kegiatan ekonomi dan pertanian.  Ini menyebabkan terjadinya jerebu yang boleh mengancam

tahap kesihatan pernafasan manusia.  Keadaan ini disebut pencemaran udara.

Antara kesan pencemaran udara ialah gangguan kesihatan.  Gangguan ini berlaku kerana kita

terdedah kepada pelbagai sumber pencemaran di udara seperti karbon monoksida, plumbum,

nikotina, tar tembakau, sinaran radioaktif, hujan asid dan lapisan ozon menjadi nipis.

Page 2: Ceram Ah

Karbon monoksida terhasil daripada pembakaran jentera kenderaan bermotor seperti kereta,

motosikal, lori dan bas.  Karbon monoksida akan mengurangkan bekalan oksigen kepada sel-sel

darah dan boleh menyebabkan kesesakan nafas dan membawa maut.

Manakala pelepasan plumbum ke udara yang dihasilkan oleh ekzos kenderaan bermotor dan

pembakaran plumbum daripada kilang akan menyebabkan kecacatan mental dan fizikal. Pendedahan

kepada nikotina pula menyebabkan barah mulut, kekuningan gigi dan mengeraskan arteri.  Manakala

tar tembakau merosakkan sel peparu dan menyebabkan bronchitis dan barah paru-paru.  Sinaran

radioaktif pula boleh menyebabkan penyakit barah tulang, kemandulan dan kecacatan bayi dalam

kandungan.

Anak-anak yang dikasihi sekalian,

            Pencemaran air pula terjadi apabila sumber air kita dicemari oleh pelbagai bahan yang

merbahaya seperti sisa toksid, virus, bakteria, parasit dan pathogen.  Bahan-bahan ini yang masuk ke

dalam sumber air kita seperti longkang, sungai, kolam dan laut menyebabkan air menjadi kotor dan

sangat merbahaya kepada pengguna.  Ia boleh mengakibatkan seseorang itu dijangkiti pelbagai

penyakit bawaan air seperti taun dan kegatalan kulit.

Anak-anak sekalian,

            Pelbagai sisa buangan kimia dan sisa toksid dari kilang yang dibuang ke dalam sumber air tadi

akan menjejaskan kualiti air bersih dan mengancam kesihatan manusia.  Ia juga akan meracuni ikan

dan hidupan air yang hidup di situ.  Manusia yang memakan ikan-ikan itu pula akan dijangkiti pelbagai

penyakit yang merbahaya.

Sementara itu, apabila kandungan oksigen dalam air semakin pupus dan berkurangan,

bakteria-bakteria anaerobik (yang tidak menggunakan oksigen) akan mendominasi kehidupan di

dalam air dan menghasilkan toksid-toksid dan gas yang berbau busuk (metana) di dalam air.

Anak-anak sekalian,

Dunia dan persekitaran kita juga telah dicemari oleh satu lagi jenis pencemaran yang dikenali

sebagai pencemaran bunyi.  Pencemaran ini boleh didefinisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan

atau yang menganggukan.

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan

industri di mana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera berat dan

kenderaan lainnya.  Bunyi ini akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan

gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.  Di kawasan penempatan pula, punca

berlakunya pencemaran bunyi ialah proses pembinaan yang menanam cerucuk besi di dalam tanah

semasa membina bangunan tinggi.  Selain itu, kenderaan yang mengeluarkan bunyi bising seperti

kapal terbang, motosikal, lori dan kereta juga menyumbangkan kepada pencemaran bunyi.

Anak-anak sekalian,

Page 3: Ceram Ah

            Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang

negatif ke atas kesihatan manusia.  Begitu juga kepada persekitaran dan haiwan di mana ekosistem

telah diganggu.  Manakala kesan fisiologi kepada manusia melibatkan kehilangan pendengaran

(pekak).  Berlaku juga masalah psikologi yang menganggu komunikasi antara manusia, menganggu

tidur seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

            Bagi pekerja kilang dan penduduk di sekitar lapangan terbang mungkin menghadapi risiko

kehilangan pendengaran di mana ia biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh

mereka.

            Oleh itu, masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus diabaikan

mahupun dipandang ringan.

Anak-anak sekalian,

            Satu lagi pencemaran yang berlaku ialah pencemaran tanah.  Tanah adalah habitat alamiah

bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.  Hidup kita juga adalah bergantung kepada tanah.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga

terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.  Ia disebabkan oleh bahan buangan samada

berbentuk air atau pepejal.  Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

Antara punca pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang

sepeti minyak, sisa toksid dan sisa-sisa kilang.  Pembangunan yang tidak dirancang seperti

pembalakan yang berleluasa, pembukaan tanah baru, penebangan hutan akan memberi kesan buruk

contohnya berlaku hakisan tanah, perubahan iklim dan banjir.

            Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada

pencemaran tanah.  Tempat yang berlonggokan sampah itu akan menjadi tempat berkumpulnya lalat

dan tikus.  Ini semua akan menjejaskan kesihatan manusia.

Anak-anak yang dikasihi sekalian,

            Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah pencemaran ini.  Tanggungjawab

utama kita ialah menyahut seruan kerajaan dengan mengamalkan Program Kitar Semula.  Kita harus

menjadi rakyat yang prihatin terhadap alam sekitar.  Kumpulkan dan asingkanlah bahan-bahan

buangan ataupun terpakai di rumah.  Bungkuslah barang yang dapat dipergunakan atau dikitar

semula seperti botol plastik, surat khabar lama, kaca dan tin alumunium secara

berasingan. Kemudian, hantarlah barang-barang ini ke pusat kitar semula yang

berhampiran.  Jadikanlah aktiviti ini sebagai aktiviti bulanan keluarga.  Saya pasti, keceriaan alam

sekitar dan keharmonian hidup kita terjamin.  Begitu jugalah dengan kempen Cintailah Sungai Kita.

            Seterusnya, kita hendaklah mengelakkan pembakaran sampah secara terbuka.  Mahukah kita

hidup di bumi yang diselubungi jerebu? Jadi, marilah kita menjadi penghuni bumi yang lebih

bertanggungjawab.  Usahlah bakar daun kering, sampah ataupun tayar buruk sewenang-

wenangnya. Buanglah sampah sarap ke dalam tong sampah secara sistematik.  Pekerja Majlis

Perbandaran akan memungut dan menghantar ke tapak pelupusan sampah.  Dengan ini, kebersihan

alam sekitar dan kesihatan kita nescaya terpelihara.

Page 4: Ceram Ah

            Satu langkah mudah yang dapat kita lakukan ialah penjimatan elektrik.  Penggunaan elektrik

secara membazir bukan sahaja meningkatkan kos kehidupan bahkan mencemari alam

sekitar. Dengan mengurangkan penggunaan elektrik, kita dapat mengurangkan pembakaran bahan

api untuk menghasilkan tenaga elektrik di stesen jana kuasa.  Jadi amalkan langkah jimat cermat

samada di rumah atau di sekolah.

            Seterusnya pihak kerajaan perlulah membina kilang-kilang jauh dari kawasan

perumahan. Langkah tegas perlu diambil dalam mengawal aktiviti pembinaan, perlombongan dan

pembalakan. Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan

gas-gas beracun samada dari kilang-kilang mahupun kenderaan.

            Kerajaan juga perlu mewujudkan pembangunan pengangkutan jalan raya yang mesra alam

contohnya membina komuter, Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) dan Monorel yang tidak

mengeluarkan bunyi bising dan asap.

            Sebagai akhirulkalam ceramah saya pada pagi ini, saya ingin memperingatkan semua warga

dewan bahawa penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama.  Pastikan alam kita

bersih.  Namun begitu, selagi minda masyarakat tidak berubah selagi itu masalah akan wujud. Marilah

sama-sama kita berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih,

segar dan cantik dengan mula menghargai dan memelihara alam sekitar.  Sebelum saya mengakhiri

ceramah ini, renungilah serangkap sajak daripada saya yang berbunyi

Page 5: Ceram Ah

ssallamualaikum dan salam sejahtera,Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih

kepada pihak pengajur keranasudi menjemput saya untuk memberi ceramah

tentang kepentingan alam sekitar dalamkehidupan manusia,adab-

adab terhadap alam sekitar serta langkah-langkah mencegah pencemaran alam

sekitar.Saya mengambi l ke sempa t an i n i un tuk merakamkan ucapan t e r ima

ka s ih dan  penghargaan kepada PIBG, guru-guru dan pelajar-pelajar kerana sudi

melapangkan masauntuk menghadiri majlis pagi ini.Kehadiran guru-guru dan

pelajar-pelajar pada pagi inimenunjukkan sokongan ,semangat dan komitment dalam isu

penjagaan alam sekitar.Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai

kepada kesejahteraankehidupan. Manusia banyak bergantung hiduo

kepada sumber-sumber semulajadi

dimuk abum i   i n i .A l l ah   t e l ah  men c ip t a   a l a  m in i   s e imba ng  un tuk  

kemakmura n  man us i a . Bum i  yang   l ua s   d i j ad i kan   t em pa t   t i ngga l  manus i a .

gunung-gu nung   s ebaga i   pemasak     b u m i , t u m b u h - t u m b u h a n  

s e b a g a i   s u m b e r   m a k a n a n   d a n   u b a t a n   k e p a d a kehid

upan,demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan dilautan.Sejak

mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menikmati pembangunan

sosioe k o n o m i   y a n g   m e m b e r a n s a n g k a n   d a n   k e j a y a a n   i n i  

d i i k t i r a f   o l e h   m a s y a r a k a t an t a r abangsa .Pencap a i a n   i n i   ada l ah  ha s i l  

kom i tmen  dan  day a  u saha  ke ra j a an  un t uk  m e l a k s a n a k a n   p r o j e k -

p r o j e k   p e m b a n g u n a n   t e r m a s u k   p e m b i n a a n   b a n d a r    

b a r u , i n f r a s t r u k t u r   d a n   k e m u d a h a n   a w a m   s e p e r t

i   e m p a n g a n ,

Page 7: Ceram Ah

dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada

pencemaran udara.

Punca-punca berlakunya jerebu

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti

udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu:

Pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap

alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini telah

menyebabkan masalah jerebu di negara kita.

Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan

perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-

bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti

industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan

dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah  jerebu. Bahan-

bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan

kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida,

sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan

ke udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan

jerebu. Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga

menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Ketiga, masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat

dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan

angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia

Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran  hutan seperti

yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan

terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa

dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan

gas-gas ke dalam udara

Kesan-kesan jerebu

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan

manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan

manusia yang paling ketara adalah  terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan

penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan

jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-

tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan

kambing  yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Page 8: Ceram Ah

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku

disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan

menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar

kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara

dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan

raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang

paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama

hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan

semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu

mencecah angka 750)

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang

kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses

fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah

berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas

fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan

asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai

keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti

ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu

Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan

secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan

penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan

masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau

syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di

negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan

sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan

yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala

Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan.

Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah

bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan

khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran

Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan

untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa

Page 9: Ceram Ah

agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan

dapat dilakukan.

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan

pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari

segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk

menangani masalah ini.