ceper

6
1.0.0 CEPER 1.1.0 Pengenalan Ceper ialah sejenis permainan yang mengunakan penutup botol minuman, ia merupakan salah satu permainan tradisional yang selalu dimainkan golongan kanak-kanak. Permainan ini pada kebiasaanya akan melibatkan dua pemain dan lebih. Cara pemainan ini ditentukan dengan mengira jumlah ceper yang berjaya diperolehi. Semasa menimbang ceper tersebut,contohnya satu ceper akan mewakili dua puluh markah. Teknik permainan ini mestilah mengunakan geseran pada ceper yang tersusun bertindih menegak. Permain hendaklah menjentik ceper yang ditentukan pihak lawan supaya mengenai caper yang dikehendaki. Pemenang akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan dikira mengikut markah. Peraturan ini ditentukan apabila ceper yang bertindih dua dipangil ayam maankala bertindih tiga dipangil jamban dan ceper yang bertindih empat dipangil bunga. 1.2.0 Peraturan permainan Ceper 1.2.1 Prosedur am permainan 1. Permainan ini memerlukan lima keping penutup botol besi atau budak panggil ceper lah senang. Dan sila ketuk sedikit untuk meberi keselesaan sewaktu menimbang.

Upload: ali-mazlan

Post on 02-Jul-2015

1.783 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: CEPER

1.0.0 CEPER

1.1.0 Pengenalan

Ceper ialah sejenis permainan yang mengunakan penutup botol minuman, ia

merupakan salah satu permainan tradisional yang selalu dimainkan golongan

kanak-kanak. Permainan ini pada kebiasaanya akan melibatkan dua pemain dan

lebih. Cara pemainan ini ditentukan dengan mengira jumlah ceper yang berjaya

diperolehi.

Semasa menimbang ceper tersebut,contohnya satu ceper akan mewakili dua

puluh markah. Teknik permainan ini mestilah mengunakan geseran pada ceper

yang tersusun bertindih menegak. Permain hendaklah menjentik ceper yang

ditentukan pihak lawan supaya mengenai caper yang dikehendaki. Pemenang

akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan

dikira mengikut markah.

Peraturan ini ditentukan apabila ceper yang bertindih dua dipangil ayam

maankala bertindih tiga dipangil jamban dan ceper yang bertindih empat dipangil

bunga.

1.2.0 Peraturan permainan Ceper

1.2.1 Prosedur am permainan

1. Permainan ini memerlukan lima keping penutup botol besi atau budak panggil

ceper lah senang. Dan sila ketuk sedikit untuk meberi keselesaan sewaktu

menimbang.

2. Permainan ini memerlukan lebih dari satu orang. Ini bermaksud lebih ramai

lebih seronok dan bermain seorang menunjukkan anda kurang teman bermain.

Ia juga boleh dimainkan secara individual atau berpasangan.

Page 2: CEPER

3. Pemain-pemain perlu menentukan giliran bermain dengan melakukan aksi

timbang-menimbang. Bilangan yang lebih besar akan diberi keistimewaan untuk

beraksi terlebih dahulu.

4. Pemain akan memutar susunan ceper untuk medapatkan serakan taburan

secara tidak tersusun dan setiap keping ceper dipastikan tidak bertindih antara

satu sama lain dan tidak terkena gangguan dari objek lain. *Jika ia berlaku

terdapat peraturan yang akan dikenakan.

5. Jika taburan itu memenuhi kriteria dari peraturan sebelum ini pemain boleh

meneruskan permainan dengan mengambil satu dari lima keping ceper yang

terserak.

6. Apabila pemilihan telah dilakukan. Pemain lain boleh menentukan pasangan

ceper yang perlu dijentik. Rujuk gambar pertama belah bawah.

7. Jika berjaya merintangi halangan itu. Pemain perlu menimbang ceper dengan

kemas. Setiap ceper yang berjaya ditimbang akan dikurniakan dua mata.

Sepuluh mata penuh jika berjaya menimbang dengan sempurna. Ingatan pada

jumlah mata amat penting. Jika pemain tersalah menyebut jumlah mata sebenar.

Mata akan ditolak keseluruhannya. Oleh yang demikian. terdapat anasir yang

menggunakan khidmat bank untuk menyimpan mata agar kerugian dapat

dikurangkan bla berlaku kecuaian. Biasa lah. 100 masuk bank.

8. Pemain perlu mengumpulkan jumlah mata mengikut syarat-syarat sebelum

bermain

Page 3: CEPER

1.3.0 Peralatan yang diperlukan

i) dua puluh biji tutup botol atau ceper.

1.4.0 Cara permainan

1.4.1 Timbang

i. Pemain perlu menimbang ceper dengan kemas. Setiap ceper yang

berjaya ditimbang akan dikurniakan dua mata. Sepuluh mata penuh

jika berjaya menimbang dengan sempurna.

1.4.2 Selerak

i. Pemain akan memutar susunan ceper untuk medapatkan serakan

taburan secara tidak tersusun dan setiap keping ceper dipastikan

tidak bertindih antara satu sama lain dan tidak terkena gangguan dari

objek lain.

ii. Jika taburan itu memenuhi kriteria dari peraturan sebelum ini pemain

boleh meneruskan permainan dengan mengambil satu dari lima

keping ceper yang terserak.

iii. Apabila pemilihan telah dilakukan. Pemain lain boleh menentukan

pasangan ceper yang perlu dijentik.

1.5.0 Pengiraan mata

i. Satu ceper yang dapat ditimbang dikira dua markah. 5 ceper untuk

10 markah.

1.6.0 KEADAAN DIMANA CEPER BERTINDIH

1.6.1 TINDIH DUA

i. Ayam : Situasi ceper bertindih dua. Maka permain diberi

kelonggaran untuk menarik keluar ceper tersebut.

Page 4: CEPER

1.6.2 TINDIH TIGA

i. Jamban : Situasi ceper bertindih tiga. Ini dipanggil Jangan

tanya. Aku pun tak tahu siapa punya kepala panggil

jamban. Perlu bermain mengikut susunan jamban

1.6.3 TINDIH EMPAT DAN LIMA

i. Keadaan ini jarang berlaku tetapi sekirannya berlaku maka setiap

ceper yang bertindih itu akan diambil oleh pihak lawan untuk

dilepaskan diudara satu persatu agar kempat-empat ceper

tersebut berselerak. Kemudian permainan diteruskan seperti

biasa.

1.7.0 Masa

i. Masa diperuntukkan untuk permainan ini adalah 30 minit.

Page 5: CEPER