cekur

11
CEKUR

Upload: bihahalim

Post on 30-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

cekur ubat traditional

TRANSCRIPT

Page 1: CEKUR

CEKUR

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Page 2: CEKUR

Cekur merupakan sejenis tanaman tanah rendah yang tahan dan

tumbuh dengan baik di kebanyakan tanah yang subur. Nama saintifik bagi

cekur ialah Kaemferia Galanga L malah cekur ini juga merupakan sepsis

tumbuhan di bawah family Zingibereraceae (perry, 1980). Cekur berasal dari

Asia Tropika. Penyebarannya meliputi kawasan di Asia Tenggara seperti

Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam serta India dan China.

Di Negara kita, kebanyakankawasan yang ditanam adalah di sekitar

rumah yang berkeadaan lembab dan sedikit teduhan.tumbuhan ini

mempunyai daun-daun yang lebar dan tumbuh mendatar di permukaan

tanah. Saiz daun cekur ini boleh mencapai sehingga 10 cm lebar dan 15 cm

panjang. Pelepah daunnya pendek dan berukuran 2 hingga 3 cm sahaja.

Daun cekur ini berbunga ditengah-tengah rumpunnya.

Bunganya berwarna putih dan berbintik ungu. Daun dan rizomnya

(ubi) mempunyai bau yang unik dan sangat beraroma. Rizomnya berbentuk

seperti susunan jari. Di hujung akarnya pula, terdapat butir-butir ubi berwarna

putih kemerahan yang berbentuk sepeti jari. Di Jawa, cekur ini dikenali

sebagai Kencur. Cekur mempunyai banyak Khasiat. Rizomnya mempunyai

aroma yang lembut. Baunya yang tersendiri dapat mambezakanya dengan

halia yang lain.

Khoo Joo Li (2004), Kajian terhadap ketoksidan dan aktiviti Anti-H. pylori fraksionat ekstrak kloroform pokok cekur Kaempferia Galanga Linn, Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. (hlm. 22-24)

Page 3: CEKUR

Daun cekur cekur dengan bunga

Rizom cekur

Page 4: CEKUR

2.0 KHASIAT CEKUR

Cekur mempunyai banyak khasiat. Rizomnya mempunyai aroma yang

lembut. Mengikut analisis kimia rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati

seperti seneol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak

yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakan dengan jelas antara cekur

dengan halia.

Cekur banyak digunakan sebagai perasa makanan dan ramuan dalam

penyediaan ubat tradisional. Daunnya juga digunakan sebagai ulam dan ramuan

dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk

menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut

memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf serta meredakan demam panas. Malah

orang melayu zaman dahulu mengunakan rizom cekur dicampurkan dengan

rempah ratus yang lain untuk mengubati demam malaria.

RAWATAN SAMPINGAN ;

1.Rizom cekur juga boleh digunakan untuk mengubati sakit gigi,

menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu kepala.

2.Rizom cekur juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit

selesema dengan cara menghidu rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan

untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.

3. Rizom cekur juga boleh digunakan untuk jamu bagi senak perut,

membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid.

4. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan

dibuat bedak untuk merawat jerawat.

Page 5: CEKUR

Malah cekur juga popular dalam kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi

mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Ia mempunyai bahan yang dapat

bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Khasiatnya dikatakan

boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka

yang merasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara

berterusan, ulam ini dikatakan boleh mengekalkan keremajaan.Mengekalkan

keremajaan. Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-

wanita yang bermasalah.

3.0 KEGUNAAN CEKUR DALAM PERUBATAN

Rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu bagi

mengubati selsema. Ia dijadikan tonik bagi mengubati batuk kering dan bronchitis.

Cekur juga dijadikan losen bagi merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam,

dan sengal tulang. Bagi wanita baru bersalin, cekur dimakan sebagai ulam bagi

mengecutkan Rahim dan menggalakkan pembuangan angina. Akar cekur juga

digunakan bagi merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema.

Tetapi jika akar cekur dikunyah dan ditelan terlalu banyak akan menyebabkan

khayal.

Air rebusan akar cekur digunakan bagi merawat sakit perut disebabkan

pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan membasuh

rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan

pedih akibat digigit ulat bulu.

Abdul Razak Bin Kasmuri (1999), Aspek Psikofarmakologi Alpinia galangal (L) Sw. (Lengkuas) dan Kaempferia galangal L. (Cekur) pada merit,

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. (hlm. 1-8)

http://tumijanarso.blogspot.com/2013/03/kencur-sebagai-pengganti-obat-bius.html

Page 6: CEKUR

3.1 CARA CEKUR DIGUNAKAN

Sakit telinga :

Potong rizom cekur sebesar ibu jari dan sedikit buah pala. Kedua-dua bahan

tadi ditumbuk halus dan tuangkan sedikit air panas. Cara menggunakannya

ialah dengan menyapukan ia disekitar telinga.

Masalah sesak nafas pada bayi:

Bahannya ialah rizom cekur sebesar ibu jari dan 2 helai daun kemukus. Cara

membuatnya ialah kedua bahan itu ditumbuk halus, kemudian ditambah

beberapa ceduk air panas. Cara menggunakannya ialah dengan

menyapukannya disekitar hudung.

Masuk angin:

Ambil 1 biji rizom cekur sebesar ibu jari dan sedikit garam. Cara

menggunakannya ialah dengan cekur dimakan dengan garam, kemudian

minum segelas air. Lakukannya dua kali sehari.

Sakit kepala:

Ambil dua helai daun cekur. Daun cekur ditumbuk halus kemudian sapukan

di sekitar dahi.

Batuk:

2 biji rizom cekur sebesar ibu jari dan garam seceukupnya. Cara

membuatnya ialah dengan cekur diparut, kemudian ambil satu cawan air

panas, campurkan. Biarkan selama 10 minit kemudian ditapis airnya. Minum

dengan ditambah sedikit garam.

Menghilangkan darah kotor:

Ambil 2 biji rizom cekur sebesar ibu jari, 1 helai daun trengguli, 1 biji buah

cengkih. Cara membuatnya ialah cekur dicincang kemudian dicampurkan

Page 7: CEKUR

dengan bahan lain dan direbus bersama dengan 3 gelas air sampai mendidih

kemudian ditapis. Minum air rebusan itu 2 cawan sehari

Kaki terseliuh :

Bahan yang digunakan ialah 1 biji rizom cekur dan beras yang sudah

direndam air.cara membuatnya kedua bahan tersebut ditumbuk dan

tambahkan sedikit air. Sapukan pada bahagian kaku yang terseliuh sebagai

bedak.

Menghilangkan Lelah.

Ambil 1 biji cekur, 2 sendok beras yang digoreng tanpa minyak dan 1 biji

cabai merah. Cara membuatnya semua bahan tersebut direbus bersama

dengan 2 gelas air sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas, kemudian

ditapis. Cara menggunakannya airmnya diminum sekaligus dan diulangi

sampai sembuh. Untuk lelaki air rebusan ditambah dengan 1 potong

lengkuas dan serbuk lada secukupnya.

Noor Salamah Yusoff (2003), Kesan ekstrak ubi pokok cekur, Kaempferia galangal terhadap Helicobacter pylori, Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. (hlm.69-73)

http://www.i-tbi.org/2012/01/manfaat-kencur-bagi-kesehatan.html

Page 8: CEKUR

4.0 KESIMPULAN

Kaum Melayu sememangnya mengamalkan perubatan tradisional untuk mengubati sebarang penyakit. Daun cekur adalah merupakan salah satu tumbuhan yang dijadikan sebagai bahan perubatan secara tradisional bagi masyarakat Melayu. Daun cekur juga mempunyai pelbagai jenis khasiatnya yang tersendiri. Masyarakat Melayu memanfaatkan khasiat daun cekur dalam bidang perubatan khususnya bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengubati penyakit dengan menggunakan daun cekur.

Bagi kaum Cina pula, ginseng mudah dikenali dalam kalangan kaum cina. Khasiat ginseng sememangnya mampu mengubati pelbagai jenis penyakit antaranya mampu meningkatkan kewaspadaan mental, mengubah mood dan menghilangkan rasa lelah. Malah ginseng ini juga dapat membantu masalah dalaman badan. Pelbagai kaedah atau cara yang digunakan unutk mengubati penyakit menggunakan ginseng ini.

Daripada kajian yang telah kami lakukan terhadap herba tradisional masyarakat di malaysia ini, terdapat pelbagai herba yang telah digunakan oleh masyarakat sejak turun temurun dan terdapat banyak khasiatnya. Oleh itu, kita janganlah mengabaikan dan perlu mengenali kebaikan herba yang terdapat di sekeliling kita kerana suatu hari nanti kita akan memerlukan herba ini.