cara solat istikharah

4
Cara Solat Istikharah hafizamri.com /cara-solat-istikharah/ Solat Sunat Istikharah Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Anda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !! Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya. Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa. Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah. Khaifiat Solat Istikharah Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqomah. Lafaz niat:- “Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala” “Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala” Rakaat pertama- Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Upload: milamin

Post on 25-Sep-2015

254 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Cara Solat Istikharah

TRANSCRIPT

  • Cara Solat Istikharahhafizamri.com /cara-solat-istikharah/

    Solat Sunat IstikharahSolat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguanmemutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

    Anda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !!

    Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara,contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidakdapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

    Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelumseseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

    Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguanmasih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membacadoanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut.

    Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah hatilebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalahpilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

    Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yangtidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan,besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetapmempunyai husnuz-zan kepada Allah.

    Khaifiat Solat IstikharahTata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan,iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur.

    Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalammengemukakan permohonan kepada Allah.

    Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azanatau iqomah.

    Lafaz niat:-

    Ushalli Sunnatal IstikharaatiRakataini Lillahi Taaala

    Sahaja Aku sembahyangsunnat istikharah 2 rakat tunaikerana Allah Taala

    Rakaat pertama-

    Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

  • Rakaat kedua-

    Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

    Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

    Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t.misalnya:

    Ya Allah, jika hal ini.( sebutkan namanya )

    Doa istikharahSetelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

    Ya Allah, saya memohonkanpilihan menurutpengetahuanMu danmemohonkan penetapandengan kesuasaanMu juga sayamemohonkan kurniaMu yangbesar, sebab sesungguhnyaEngkaulah yang MahaMengetahui dan saya tidakmengetahui apa-apa. EngkauMaha Mengetahui segala yangghaib. Ya Allah, jikalau di dalamilmuMu bahawa urusan sayaini..baik untukku dalamagamaku, kehidupanku sertaakibat urusanku, makatakdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya.Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku,kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah akudaripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudianpuaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.

    Antara fadhilat Solat IstikharahApabila kita sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketikahendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal temanhidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan.

    Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharahini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

    Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikanperingatan dalam soal ini.

    Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimanadisebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

    Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalamberbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamumenghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

  • Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohonkekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpahkurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan akutidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dansesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkaumengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalamurusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, makatetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadakudalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kinidan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukkusebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

    Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajarial-Quran.

    Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlakudi kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukannama sebenar.

    Kisah 1

    Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untukmemiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumahyang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telahmenawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebutakan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kinilima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salimterpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masihtidak wujud.

    Kisah 2

    Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahayamata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agaksusah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkankepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihatkereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kenacuri. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuranbulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untukmelangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

    Kisah 3

    Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skimpelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Duatahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

    Kisah 4

    Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembanturumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembanturumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai danberkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari

  • didapati pembantunya telah lari dari rumah.

    Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada merekaadakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Merekakata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

    Kisah 5

    Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari diamendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa keranajasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkankepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaituRM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidamuntuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidakterus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan.Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafarmengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergimenunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandartidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendakdiberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetapJaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada oranglain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

    Kisah 6

    Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bilamenerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman.Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solatIstikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa Ya Allahkalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kaugantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna. Selang dua minggu Pengetua disekolahnyamemberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasaagak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Diayakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah(al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

    Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran.Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

    Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaranbalik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macamperkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut,pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan.Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membelirumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebihawal daripada yang dijangkakan.

    Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang adaunsur-unsur riba seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allahmemberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin danpercayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dansusah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

    Cara Solat IstikharahSolat Sunat IstikharahKhaifiat Solat IstikharahDoa istikharahAntara fadhilat Solat IstikharahBetapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.