cara membuat topeng

9
11) Lee Yih Chuinn (MT/BC) Cara Membuat Topeng Dalam kerja kursus Seni Dalam Pendidikan yang berkod WAJ 3107 ini, kami adalah dikehendaki untuk membuat satu topeng haiwan untuk mempersembahkan satu drama. Oleh itu, kumpulan kami pun memilih untuk membuat drama yang bertajuk “Sang Harimau Yang Tamak Haloba”. Saya adalah bertanggungjawab untuk memainkan watak Sang Kancil. Untuk membuat topeng Sang Kancil ini, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dan saya telah memilih kaedah belon untuk membuat topeng Sang Kancil tersebut. Terdapat beberapa langkah yang penting untuk membuat topeng tersebut. Langkah yang pertama adalah meniup satu belon yang saiznya adalah sama dengan saiz kepala saya. Belon yang ditiup oleh

Upload: lee-yih-chuinn

Post on 27-Oct-2015

539 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Membuat Topeng

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Cara Membuat Topeng

Dalam kerja kursus Seni Dalam Pendidikan yang berkod WAJ 3107 ini,

kami adalah dikehendaki untuk membuat satu topeng haiwan untuk

mempersembahkan satu drama. Oleh itu, kumpulan kami pun memilih untuk

membuat drama yang bertajuk “Sang Harimau Yang Tamak Haloba”. Saya

adalah bertanggungjawab untuk memainkan watak Sang Kancil.

Untuk membuat topeng Sang Kancil ini, terdapat beberapa kaedah yang

boleh digunakan dan saya telah memilih kaedah belon untuk membuat topeng

Sang Kancil tersebut. Terdapat beberapa langkah yang penting untuk membuat

topeng tersebut. Langkah yang pertama adalah meniup satu belon yang saiznya

adalah sama dengan saiz kepala saya.

Selepas habis meniup belon tersebut, langkah yang seterusnya pula

adalah untuk menampalkan surat khabar yang basah ke atas belon tersebut.

Sebelum ini, saya telah memotong helaian surat khabar tersebut kepada

beberapa kerat demi memudahkan proses penampalan ke atas belon.

Belon yang ditiup

oleh saya.

Page 2: Cara Membuat Topeng

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Apabila habis menampal surat khabar yang merupakan lapisan pertama

ke atas belon, saya terus dengan menampal surat khabar lapisan yang kedua

dengan serta-merta. Langkah ini diteruskan sehinggalah ke surat khabar lapisan

yang keempat siap ditampal di atas belon. Selepas itu, saya pun membiarkan

belon yang ditampal dengan surat khabar yang basah tersebut kering selama 1

jam.

Selepas 1 jam, saya pun meneruskan langkah di atas, iaitu menampal

surat khabar ke atas belon tersebut. Tetapi kali ini saya menggunakan gum

P.V.A untuk menampal surat khabar ke atas belon tersebut. Tujuan saya

menggunakan gum P.V.A kali ini adalah untuk mengukuhkan serta mengeraskan

bentuk asas, iaitu bulat yang dibuat daripada surat khabar tersebut. Selain itu, ini

Surat khabar yang

dipotong kepada

beberapa kerat.

Proses penampalan

surat khabar yang

basah ke atas belon.

Page 3: Cara Membuat Topeng

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

turut akan memudahkan proses untuk mengeluarkan belon tanpa menjejaskan

bentuk bulat yang dibentuk nanti.

Saya menampal suratkhabar ke atas belon dengan menggunakan P.V.A

sebanyak tiga lapisan berbanding dengan empat lapisan yang dibuat dengan

suratkhabar yang ditampal menggunakan air. Selepas habis tampal tiga lapisan

Gum P.V.A yang

digunakan untuk

menampal surat

khabar ke atas belon.

Gambar menunjukkan cara saya

menampal surat khabar ke atas

belon dengan menggunakan

gum P.V.A.

Page 4: Cara Membuat Topeng

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

tersebut, maka saya pun membiarkan belon itu kering selama 2 jam sebelum

meneruskan langkah yang seterusnya.

Langkah yang seterusnya pula adalah untuk menampalkan kertas A4

menggunakan gum P.V.A ke atas belon. Tujuan menampal kertas A4 adalah

untuk mencantikkan permukaan bentuk bulat yang akan dijadikan topeng nanti

selain daripada mengeraskan lagi surat khabar yang digunakan untuk menampal

belon awal tadi. Setelah kertas A4 siap ditampal, maka saya pun membiarkan ia

kering selama 1 jam.

Selepas itu, saya pun melepaskan angin belon tadi. Kelihatan satu

bentuk bulat mimik belon sudah pun terhasil. Dengan berhati-hati, saya pun

mengeluarkan sebahagian surat khabar yang ditampal dengan air tadi yang

sudah pun tidak berapa melekat. Selepas itu, saya pun menggunakan pisau

pemotong untuk mengerat bentuk bulat tersebut supaya ia sesuai dengan saiz

bentuk muka saya.

Tanpa melengahkan masa, saya pun memotong dua bulatan yang

melambangkan mata pada bentuk bulat tersebut. Ini diteruskan dengan proses

menghasilkan sepasang telinga serta hidung dan mulut Sang Kancil dengan

menggunakan surat khabar. Setelah siap melipat, saya pun menggunakan

masking tape untuk melekatkan bahagian-bahagian tersebut pada model saya.

Setelah habisnya langkah-langkah di atas, maka pun tibalah masanya

untuk saya menyembur model saya. Saya menggunakan penyembur yang

berwarna perang tua untuk menyembur model saya. Selepas habis menyembur,

saya pun membiarkan model saya kering selama 2 jam. Maka pun terhasillah

topeng Sang Kancil saya.

Page 5: Cara Membuat Topeng

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Hasil produk, topeng

Sang Kancil saya.

Page 6: Cara Membuat Topeng

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Refleksi

Semasa saya menerima kerja kursus berkod WAJ 3107 yakni Seni Dalam

Pendidikan ini, saya berasa agak gelisah. Ini adalah kerana kerja kursus ini

meminta kami untuk membuat satu topeng haiwan selain daripada

mempersembahkan satu drama selama 10 minit secara kumpulan. Namun,

dengan bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah saya, Cik Junaidah, dapatlah saya

menyempurnakan kerja kursus ini dapat menghantar tepat pada masanya.

Melalui kerja kursus ini, adalah tidak dinafikan bahawa saya telah dapat

mempelajari beberapa perkara yang baru. Antaranya adalah kepentingan seni

dalam pendidikan diaplikasikan dalam proses P&P di sekolah kelak. Ini adalah

kerana melalui lakonan drama seperti yang dilakukan oleh kami, proses P&P

akan menjadi lebih menarik lalu menjadikan murid-murid gembira untuk

mempelajari pembelajaran dalam kelas. Lakonan ini ditambah dengan

kemasukan nilai-nilai moral yang dapat disampaikan kepada murid dengan cara

yang lebih mudah serta efisien.

Selain itu, buat julung kalinya, saya turut dapat mempelajari tentang cara-

cara untuk membuat topeng yang tidak diajar semasa kuliah. Oleh itu, kerja

kursus ini sedikit banyak memberikan pendedahan kepada saya dari segi

penggunaan teknik serta warna yang sesuai dalam membuat satu topeng yang

cantik dan menarik. Tambahan pula, saya juga dapat menghayati keindahan

serta nilai estetik seni melalui pembuatan topeng tersebut.

Namun, terdapat juga perkara yang harus saya memperbaiki pada masa

kelak. Antaranya adalah penggunaan warna yang salah pada topeng saya.

Hasilnya topeng saya lebih menyerupai seekor anjing daripada seekor sang

kancil. Ini adalah kerana saya kurang mahir lagi dalam proses penyemburan

tersebut. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

maaf kepada segala masalah yan timbul atas kesilapan saya kali ini. Saya

berjanji bahawa saya akan mengingati kesilapan kali ini serta tidak

mengulanginya lagi pada masa kelak.

Page 7: Cara Membuat Topeng

11) Lee Yih Chuinn (MT/BC)

Secara konklusinya, pengintegrasian unsur seni dalam pendidikan

merupakan suatu strategi pengajaran yang cukup sesuai sekali, khasnya bagi

murid-murid hari ini yang semakin berminat terhadap objek-objek yang

berwarna-warni. Oleh itu, sebagai seorang penyebar ilmu, kami haruslah

mengaplikasikan unsur seni ini dalam pengajaran kita kelak.