capa rengat

3
Capa Rengat Sinopsis "Aku" buat kali pertama menjejakkan kaki ke hampung yang dimomokkan oleh ibu sebagai penderitaan dan kesepian. Namun, anggapan "aku" berubah apabila mengikut Pak Cik Kinto meninjau bukit di belakang rumah pusaka mereka. Pada hari Pak Cik Kinto ke bandar menguruskan pemindahan harta pusaka ibu kepadanya, "aku" mengelilingi kampung, lalu bertemu dengan Su yang mengajaknya bermain di tepi paya dengan beberapa kanak-kanak kampung. "Aku" cepat menyesuaikan diri. "Aku" berasa senang kerana pengalaman dilayan begitu mesra, tidak seperti kawan-kawan di kota yang sombong dan terkongkong. "Aku" tidak jadi marah walaupun berkali- kali rumah katak yang dibinanya dipecahkan oleh Su yang begitu lucu dan mesra. Su kemudiannya menghadiahi "aku" sejambak bunga bernama capa rengat atau melur hutan yang dipetik di hujung paya. Sedang "aku" sibuk membina rumah katak, kali ini dengan acuan kaki Su, tiba-tiba adik tiri Su datang memanggilnya pulang. Malamnya "aku" tidur keletihan di samping capa rengat itu. Keesokan paginya, "aku" dan ibu bersiap-siap pulang ke kota. Mereka menaiki teksi. Perasaan "aku" menjadi hiba, sayu dan sepi yang begitu tajam. "Aku terus diam dan bungkam apabila ibu memberitahu mereka tidak lagi akan balik kampung justeru tanah dan rumah pusaka mereka telah diserahkan kepada Pak Cik Kinto. "Aku" benar-benar kehilangan pengalaman yang begitu indah dan juga Su... PERSOALAN 1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan. 2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan. Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung. 3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.

Upload: amirul

Post on 18-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Capa Rengat

Capa Rengat

Sinopsis

"Aku" buat kali pertama menjejakkan kaki ke hampung yang dimomokkan oleh ibu sebagai penderitaan dan kesepian. Namun, anggapan "aku" berubah apabila mengikut Pak Cik Kinto meninjau bukit di belakang rumah pusaka mereka. Pada hari Pak Cik Kinto ke bandar menguruskan pemindahan harta pusaka ibu kepadanya, "aku" mengelilingi kampung, lalu bertemu dengan Su yang mengajaknya bermain di tepi paya dengan beberapa kanak-kanak kampung. "Aku" cepat menyesuaikan diri. "Aku" berasa senang kerana pengalaman dilayan begitu mesra, tidak seperti kawan-kawan di kota yang sombong dan terkongkong. "Aku" tidak jadi marah walaupun berkali-kali rumah katak yang dibinanya dipecahkan oleh Su yang begitu lucu dan mesra. Su kemudiannya menghadiahi "aku" sejambak bunga bernama capa rengat atau melur hutan yang dipetik di hujung paya. Sedang "aku" sibuk membina rumah katak, kali ini dengan acuan kaki Su, tiba-tiba adik tiri Su datang memanggilnya pulang. Malamnya "aku" tidur keletihan di samping capa rengat itu. Keesokan paginya, "aku" dan ibu bersiap-siap pulang ke kota. Mereka menaiki teksi. Perasaan "aku" menjadi hiba, sayu dan sepi yang begitu tajam. "Aku terus diam dan bungkam apabila ibu memberitahu mereka tidak lagi akan balik kampung justeru tanah dan rumah pusaka mereka telah diserahkan kepada Pak Cik Kinto. "Aku" benar-benar kehilangan pengalaman yang begitu indah dan juga Su... PERSOALAN 

1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan. 

2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada  asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung. 

3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su. 

4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya. 

BINAAN PLOT 

PermulaanAku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara “Aku”. Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani “Aku” dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung. 

Perkembangan

Page 2: Capa Rengat

Pada sebelah petang, “Aku” merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. “Aku” bertemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. “Aku” pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air. 

KlimaksKeesokan paginya, “Aku” dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. “Aku” berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana kampung. 

Peleraian“Aku” pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung. 

WATAK DAN PERWATAKAN

“Aku”· Seorang anak remaja· Menghargai alam sekitar· Proaktif dan cergas· Mempunyai pandangan bernas· Berfikiran positif 

Ibu· Pertengahan usia· Tegas dengan pendirian· Sikap terburu-buru membuat keputusan· Prihatin terhadap orang lain· Berperilaku mesra 

Su· Budak perempuan awal remaja· Bersikap periang· Aktif dan cergas· Bijak mengolah keadaan· Taat kepada ibu 

Pakcik Kinto· Bapa saudara “Aku”· Mahir selok-belok di kampung· Mempunyai kemahiran menembak· Ikhlas melayani tetamu· Melaksanakan urusan dengan cekap