burung burung pagi

Upload: rafida-omar

Post on 24-Feb-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Burung Burung Pagi

    1/3

    BURUNG-BURUNG PAGI(A.Wahab Ali)

    Rangkap 1Kemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari rezeki telah menyedarkanpenyajak.

    Rangkap 2Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.

    Rangkap 3Penyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota.Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezekiatau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagigolongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.

    Rangkap 4Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dankemampuan mereka walaupun serba kekurangan.

    Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota !olonganpengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untukmendapatkan makanan.

    ". Persoalan kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagiuntuk mencari rezeki.

    #. Persoalan keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasibgolongan pengemis di kota tersebut.

    $. Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terusmencari rezeki di kota tersebut.

    ". Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.

    #. %ima akhir bebas.

    $. &umlah baris bebas.'ontohnya ( %angkap ", # dan ) - ) baris, %angkap $ * baris

    ). &umlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.

    +. &umlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata.

    1

    Maksud Sajak

    Tema

    Persoalan

    Bentuk

  • 7/25/2019 Burung Burung Pagi

    2/3

    1. KatagandaApakah ada ulat-ulat lemah bagimu %angkap $, baris $

    2. SinkopeKulihat kau mematuk pasir pertama %angkap $, baris "

    3 AsonansiDan remah anak-anak sekolah %angkap $, baris +Pengulangan okal /a/

    4. Aliterasimembuka mataku%angkap ", baris )

    Sajak ini bernada sinis

    ". Nilai kepri!atinanPrihatin dengan nasib golongan pengemis di kota.

    " Nilai kegigi!anPengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.

    3 Nilai ke#akinan!olongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kotabesar.

    ". Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain contohnya

    penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.

    #. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya golonganpengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.

    $. Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya golongan pengemis yakindengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.

    2

    Ga#a Ba!asa

    Nada

    Nilai

    Pengajaran

  • 7/25/2019 Burung Burung Pagi

    3/3

    ". 0uraikan maksud rangkap ketiga sajak Burung-Burung Pagi.

    #. Kemukakan $ pengajaran yang diperoleh dalam sajak Burung-Burung Pagi.

    $. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menanganimasalah pengemis di negara kita1

    $a%apan&

    1. 2aksud rangkap ketiga itu ialah penyajak memerhatikan golongan pengemis yangberusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama adagolongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan

    daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan iniuntuk terus mendapatkan rezeki.

    #. 3iga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah(

    a Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain.'ontohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.

    b Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki. 'ontohnya golonganpengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.

    c Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri. 'ontohnya golongan pengemis

    yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha merekamencari rezeki.

    $. 4angkah-langkah untuk membantu golongan pengemis di negara kita ialah(

    a 2enyediakan tempat perlindungan percuma untuk mereka.

    b 2emberi kemudahan percuma seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

    c 2embuka peluang pekerjaan kepada golongan ini.

    3

    'ati!an