buletin puspanita 2005 bil2 -...

10
Assalamualaikum…. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t Suara Puspanita berjaya diterbitkan untuk kali yang kedua pada tahun ini. Biarpun sebenarnya sudah terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, namun Biro Penerbitan PUSPANITA akan tetap berusaha untuk menerbitkan Suara Puspanita sebagai tatapan semua ahli. Syukur juga kerana kita telah diberi peluang sekali lagi untuk berada di bulan yang penuh barakah ini iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak dan InsyaAllah Aidilfitri akan menjelang tiba. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh PUSPANITA dan diharapkan semua ahli PUSPANITA bersedia untuk memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti tersebut. Biarpun pada masa yang sama kita begitu sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke Putrajaya. Akhir kata, saya berharap agar isi kandungan yang dipaparkan dalam Suara Puspanita ini dapat memberi sedikit pengetahuan dan manfaat kepada semua ahli. Saya juga mewakili semua Ahli Jawatankuasa Penerbitan PUSPANITA mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Sekian… RMA Dari Ketua Pengarang Isi Kandungan PUSPANITA CAWANGAN SPA Bil 2/2000 Disember 2000 Ramadhan 1421H PUSPANITA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DAN MAAF ZAHIR BATIN “Hati sama dengan pisau, pengetahuan sama dengan batu. Apabila pisau tidak diasah tentu pisau akan tumpul dan berkarat. Orang yang tidak mahu menjadi murid, dia tidak akan menjadi guru.” (Cendiakawan) Muhasabah Diri 2 Kenali Sukan 3 Berita Aktiviti Puspanita 4 Bahasa Jiwa Bangsa 5 Belajar Bahasa Arab 6 General Knowledge 8 Resepi Ramadhan 8 Bougainvilla—Mekar Sepanjang Tahun 9 Kesihatan dan Pemakanan 9 Selamat Datang ke PUTRAJAYA 10 SUARA PUSPANITA

Upload: dangkhue

Post on 09-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

Assalamualaikum…. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t Suara Puspanita berjaya diterbitkan untuk kali yang kedua pada tahun ini. Biarpun sebenarnya sudah terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, namun Biro Penerbitan PUSPANITA akan tetap berusaha untuk menerbitkan Suara Puspanita sebagai tatapan semua ahli. Syukur juga kerana kita telah diberi peluang sekali lagi untuk berada di bulan yang penuh barakah ini iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak dan InsyaAllah Aidilfitri akan menjelang tiba. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh PUSPANITA dan diharapkan semua ahli PUSPANITA bersedia untuk memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti tersebut. Biarpun pada masa yang sama kita begitu sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke Putrajaya. Akhir kata, saya berharap agar isi kandungan yang dipaparkan dalam Suara Puspanita ini dapat memberi sedikit pengetahuan dan manfaat kepada semua ahli. Saya juga mewakili semua Ahli Jawatankuasa Penerbitan PUSPANITA mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Sekian… RMA

Dari Ketua Pengarang

Isi Kandungan

PU

SP

AN

IT

A C

AW

AN

GA

N S

PA

Bil 2/2000

Disember 2000

Ramadhan 1421H

PUSPANITA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA

DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DAN

MAAF ZAHIR BATIN

“Hati sama dengan pisau, pengetahuan sama dengan batu. Apabila pisau tidak diasah tentu pisau akan tumpul dan berkarat. Orang yang tidak mahu menjadi murid, dia tidak akan menjadi guru.” (Cendiakawan)

Muhasabah Diri 2

Kenali Sukan 3

Berita Aktiviti Puspanita 4

Bahasa Jiwa Bangsa 5

Belajar Bahasa Arab 6

General Knowledge 8

Resepi Ramadhan 8

Bougainvilla—Mekar Sepanjang Tahun 9

Kesihatan dan Pemakanan 9

Selamat Datang ke PUTRAJAYA 10

SUAR

A PU

SPAN

ITA

Page 2: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan, tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN

yang harus kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung kita sendiri, tetapi sebagai umat Islam, kita harus saling ingat memperingati antara satu sama lain.

Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia. InsyaAllah.

20 Perkara Jangan

BIL 2/2000 Page 2

Dipetik dan diolah dari Majalah OK

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.

2 Jangan masuk bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori

seluruh rumah kita.

3 Jangan makan dan minum dalam bekas makanan yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia

membahayakan.

4 Jangan biarkan pinggan-mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal.

6 Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7 Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8 Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9 Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10 Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12 Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang kebahagiaan.

14 Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal

kecewa pula.

15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16 Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17 Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal

selamanya.

20 Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan, sebab semuanya itu untuk keselamatan kita. Allah

lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaanya.

Page 3: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

Mana-mana peserta yang dapat mengumpul mata yang terbanyak dikira pemenang.

Buah Satu — Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung itu jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ketangan kiri. Ulang semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lam- bung masukkan buah yang terkumpul di tangan kiri ke tangan kanan.

Buah Dua — Sama seperti Buah Satu, cuma pungut dua buah setiap kali dilambung.

Buah Tiga — Sama juga seperti Buah Satu dan Dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung ke dua pungut tiga.

Buah Empat — Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung.

Buah Lima — Serakkan biasa, ambil 3 buah di tangan kanan dan 2 buah di tangan kiri, lambung satu buah yang di tangan kanan, sambil meletakkan ke lantai buah-buah yang ada di kedua- dua tangan dan segera sambut buah yang dilambung.

Buah Sentuh — Seperti Buah Satu, cuma sentuh sahaja setiap buah di lantai dengan sekali lambung pungut ke semua buah.

Buah Pungut — Sama, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ke tangan kanan semula.

Buah Tukar — Serakkan buah, ambil satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah di tangan dengan satu buah di lantai. Ulang sehingga semua buah-buah ditukar . Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah di tangan ke lantai dan sekali lam- bung pungut ke semua buah.

Buah Lambung — Sama seperti Buah Tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut satu buah di lantai terus sambut satu buah yang dilambung kumpulkan ke tangan kanan.

Buah Timbang — Untuk menentukan mata timbang buah ke belakang tapak tangan sekiranyadapat limz, disambut semula ke tapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima.

Pada masa mengambil buah-buah itu pemain tidak boleh menyentuh mana-mana buah yang berhampiran.

Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang dilambung jatuh ke lantai.

Tiap kali satu-satu peringkat semua buah dikumpul dan disertakan untuk peringkat yang lain.

Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan/kesalahan yang telah dilakukan.

Dalam pusingan selepas itu, seorang pemain menyambung permainannya di peringkat ia telah melakukan kesalahan.

Cara Bermain

Cara Menentukan Kemenangan

BIL 2/2000 Page 3

Hukuman dan Larangan

Mati.

Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung.

Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain.

Pada langkah timbang, ketika menyambut semula ke tapak tangan, jumlahnya tidak sama

Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula.

Peraturan Bermain

- Batu Seremban

Batu Seremban adalah merupakan satu permainan tradisional yang menggunakan lima buah yang diperbuat

Page 4: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

BIL 2/2000

Sumbangan Untuk Anak-anak Yatim/Miskin

Sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, Jawatankuasa PUSPANITA akan

memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan anak-anak miskin di Asrama Damai,

Anak-anak Yatim Kuang, Selangor sebelum menyambut Aidilfitri.

Semua anggota SPA diharapkan sudi menghulurkan sumbangan derma ikhlas dan

sumbangan tersebut boleh diberi dalam bentuk wang tunai, pakaian harian/uniform sekolah atau makanan kering seperti beras, gula dan

makanan dalam tin.

Asrama Damai Anak-anak Yatim Kuang didiami oleh anak-anak yatim dan anak-anak miskin lelaki dan perempuan

seramai 110 orang. Segala perbelanjaan di sini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai.

Sumbangan boleh diberikan kepada wakil PUSPANITA Bahagian masing-masing selewat-

lewatnya pada 11 Disember 2000.

Semoga sumbangan kita akan dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dalam keadaan

yang lebih sempurna.

Tadarus Al-Quran.

Bertadarus Al-Quran adalah sangat digalakkan, lebih-lebih lagi dalam bulan

Ramadhan yang penuh rahmat ini. Sebagai mengisi masa rehat (1.00—2.00 petang),

Biro Agama dan Pelajaran telah menganjurkan tadarus al-Quran bertempat di Bahagian Khidmat, Tingkat 16, Wisma

KWSG.

Bermula pada 27 November 2000 bersamaan 1 Ramadhan 1421H dan

terdapat 6 kumpulan yang mengambil bahagian dengan 3 orang dalam setiap

kumpulan.

Page 4

Berita Aktiviti Puspanita Sepanjang Bulan Ramadhan

Jualan Sepanjang Bulan Puasa

Sebagai menambahkan ekonomi PUS PANITA, ahli-ahli PUSPANITA telah

bertungkus-lumus untuk mengadakan jualan kuih seperti karipap yang disediakan sendiri oleh ahli-ahli PUSPANITA dan diketuai oleh Pn. Siti Ramlah Che Ha (Timbalan Bendahari PUSPANITA). Jualan ini hanya diadakan pada

minggu pertama dan kedua bulan Ramadhan.

Disamping itu Biro Ekonomi juga mengadakan jualan beberapa barangan keluaran MARDI dan FAMA. Barangan

seperti kordial, jus mengkudu, nata de coco, rempah, kuah rojak madu dan kicap pedas.

Kad Hari Raya SPA 2000

Seperti biasa, PUSPANITA bekerjasama dengan PASPA bagi mengeluarkan Kad Hari

Raya SPA. Aktiviti ini telah dimulakan sebelum kedatangan bulan Ramadhan dan terdapat 4 jenis pilihan kad hari raya yang telah dipersetujui untuk diedar dan dijual

kepada semua warga SPA.

Pengeluaran kad hari raya ini merangkumi kerja– kerja merekabentuk kad dan kertas

dalam kad, pemilihan dan pembelian kertas kad yang sesuai, pemilihan kad yang mempunyai rekabentuk yang sesuai, mengedarkan kad untuk tempahan,

mencetak kad dan kertas dalam kad, melipat dan menggam kertas dalam pada kad,

pembelian sampul kad dan mengedarkan kad mengikut tempahan yang telah diterima. Kad

Hari Raya SPA 2000 telah dijual dengan harga RM0.80.

Terima kasih kepada semua ahli yang telah

memberi sokongan dengan membeli kad hari raya SPA dan maaf sekiranya kad yang

diterima tidak begitu sempurna.

Rekabentuk/Layout Ai’sah Hussin

Photostat/Pengedaran

Rosniyati Mansor Mek Kalthum Taib

Ketua Pengarang/Editor Roszita Mohamad Ahyar

Pengarang

Afidah Hj. Mohd. Isa Rosmawati Thumidar

Page 5: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

BIL 2/2000

Penggandaan penuh. Contohnya :

rama-rama cantik-cantik pulau-pulau besar-besar

kehendak-kehendak makan-makan jangan-jangan kalau-kalau

Penggandaan separa. Contohnya :

laki lelaki layang lelayang

lari berlari-lari tanya tertanya-tanya

tolong tolong-menolong

Penggandaan berentak. Contohnya :

lauk-pauk lintang-pukang anak-pinak simpang-siur

Nama Khas—Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, bangunan, syarikat, jabatan, taman perumahan, dan cogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya :

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Akhlah Mulia Masyakat Jaya

Jalan Cenderasari

Bank Simpanan Nasional

Kata sendi dan kata hubung— Huruf pertama

bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya :

Dewan Bahasa dan Pustaka

Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia

Diari dan Kalender untuk Kakitangan Jabatan (tajuk surat/memo)

Page 5

Kata Ganda

Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil

Contoh bentuk penggunaan kata ganda.

Salah Betul

mereka-mereka rakyat Malaysia mereka rakyat Malaysia

Setiap peserta-peserta Setiap peserta atau tiap-tiap peserta

Pelbagai perkara-perkara Pelbagai perkara

Segala sampah sarap Segala sampah

Semua pelabur-pelabur Semua pelabur

Para menteri-menteri/para-para menteri Para menteri

Beberapa borang-borang Beberapa borang

Page 6: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

BIL 2/2000 Page 6

Dialog Tengah hari

Sejahtera ke atas kamu Dan sejatera juga ke atas kamu

Selamat siang! Selamat siang! (siang yang penuh baraqah)

Bagaimana keadaan awak sekarang ? Keadaan saya sebagaimana biasanya, terima kasih

Dan bagaimana pula keadaan awak ?

Keadaan saya sangat baik sekali, terima kasih

Senang berjumpa dengan awak !Saya demikian juga.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.” 1. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada

bau haruman kasturi. 2. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka

berbuka puasa. 3. Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman

kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

4. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Assalamualaikum...pada keluaran lepas, kita telah belajar Bahasa Arab untuk dialog pagi. Berikut adalah sambungan pelajaran tersebut dengan Dialog Tengahari.

Page 7: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

BIL 2/2000

Kelaskan tugas dalam beberapa bentuk dan sediakan fail. Kelaskan mengikut peringkat, contohnya keutamaan, penting, tindakan segera, dapatkan maklumat lanjut ataupun rujukan.

Gunakan diari dengan berkesan jika ada temujanji, menunjukkan maklumat lengkap, siapa, di mana, tarikh, waktunya dan untuk apa.

Jadualkan janji temu dengan teliti.

Kemaskan meja, bersistem dan mudah diikuti. Katakan sesuatu berlaku pada anda dan pekerja lain terpaksa menghabiskan tugas anda yang terbengkalai.

Jika meja anda tidak tersusun, sukar baginya untuk menyambung tugas anda.

Buang yang tidak perlu. Jika ditanya ramai yang menafikan mereka melakukan sesuatu yang membazirkan masa, umpamanya bergayut lama di telefon dan menyimpan pelbagai maklumat tanpa menapis.

Jelita, Jun 1999

Dapatkan gambaran jelas corak pekerjaan anda. Catat apa yang anda patut buat sama ada menelefon, merancang, mesyuarat ataupun menulis surat serta anggarkan masa yang diambil untuk membereskan setiap tugas itu. Dari situ anda boleh melihat corak kerja dan memangkas waktu pembaziran.

Rancang kerja dengan mencatat senarai yang perlu dibuat, anggaran masa menyudahkannya, peruntukan masa kecemasan dan tentukan keutamaan.

“Penat..Masalah di pejabat belum selesai, di rumah masalah lain pula menunggu…nak memasak...membasuh..mengemas rumah..dengan karenah anak-anak lagi..”

Rungutan begini biasa didengar daripada mulut wanita bekerja. Masa 24 jam rasanya tidak cukup kerana terpaksa memikul dua tanggungjawab. Kegagalan membahagikan tumpuan meninggalkan kesan rumahtangga terabai, prestasi kerja mendatar dan tidak berpeluang kenaikan pangkat.

Lumrah manusia mahukan kejayaan, kecemerlangan kerjaya, rumahtangga harmoni dan bahagia. Kebijaksanaan mengendalikan tekanan dan masa mampu melonjak wanita ke tahap kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Mengikut Susanne Rix dalam bukunya, Superworking, How To Achieve Peak Performance Without Stress, ciri-ciri yang dimiliki wanita cemerlang :

Rasa terkawal—berjaya mengawal diri dan keadaan, bukan rasa dipengaruhi oleh faktor luaran.

Tenang tetapi peka

Bertenaga tanpa tekanan

Yakin

Pembabitan dan komitmen—keazaman menyiapkan tugasan sebaik mungkin

Bermotivasi atau sentiasa terdorong

Berfikiran jelas dan tertumpu

Gambaran menyeluruh dan jelas matlamat

Terangsang tetapi bukan tertekan—ada tekanan untuk menyiapkan kerja tetapi tekanan ini dilihat sebagai cabaran

Komunikasi jelas

Emosi positif—digambarkan sebagai gembira dan menyeronokkan

Naluri atau gerak hati—kebolehan bertindak mengikut gerak hati dan tahu apa yang dilakukan

Tetapi yang penting sekali, ingatlah bahawa kedua-dua tanggungjawab itu merupakan amanah yang mesti kita lakukan. Anggaplah sebagai satu ibadah, moga rumahtangga bahagia dan kerjaya cemerlang.

Page 7

Perancangan Masa

Wanita Cemerlang

“Pengurusan masa berjaya dilakukan berdasarkan dua

perkara, iaitu bagaimana anda merancang penggunaan masa

dan bagaimana anda melaksanakannya”

Page 8: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

BIL 2/2000 Page 8

Barangan Fama :- Rempah - RM1.30 Rojak Madu - RM3.80 Kicap Pedas - RM2.30 Hubungi :- Zabedah (337)

Kordial Mardi - RM7.00 Jus Mengkudu - RM22.00 Nata de coco - RM9.00 Hubungi :- Sity Zaleha (402)

HARGA BERPATUTAN

Promosi Hari Raya

The Biggest Palace In The World - Imperial Palace (Gu Gong) at Beijing, China. Gu Gong, the Imperial Palace served as the royal palace during the Ming and Qing dynasties. It was first built in 1406 and expanded into today's shape during the reign of the Qing Emperors. It covers 72 hectares of floor space, the largest architectural complex in China, and consists of a large number of buildings with more than 9,000 bays. It is said that there are 9,999.5 rooms, to make the maximum number of rooms less than ten thousand.

Puding Karamel (untuk 8 orang) Bahan-bahannya 12 biji telur ayam 1 tin susu cair (Ideal) 9 sudu besar gula pasir 1 sudu teh esen vanilla 1 1/2 (tin susu) air 9 sudu besar gula pasir (untuk gula hangus)

Cara membuatnya Telur dicampur susu, air, gula dan vanilla. Kacau hingga sebati dan

sehingga gula hancur. (tidak perlu dipukul) Kemudian ditapis. Gula dimasak dengan api perlahan hingga bertukar kekuningan. Tidak

perlu dicampur air—untuk gula hangus. Sediakan loyang, masukkan gula hangus. Kemudian masukkan bancuhan

telur, susu, air, gula dan vanilla yang telah ditapis tadi ke dalam loyang tersebut.

Bakar atau kukus. Karamel ini lebih enak sekiranya dibakar, loyang yang berisi karamel perlulah dilapik dengan bekas yang berisi sedikit air supaya karamel ini tidak keras.

Mutu Terjamin

Page 9: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

BIL 2/2000

Bunga kertas bunga bulang atau nama saitifiknya Bougainvilla Spesies adalah daripada jenis pokok renek dan dipercayai berasal dari Brazil.

Mudah dibiakkan dengan cara keratan dan berbunga hampir sepanjang masa dan berbunga lebat pada musim panas. Terdiri daripada tiga spesies iaitu Bougainvilla Glabra, Bougainvilla Spectabilis dan Bougainvilla Peruviana. Interaksi di antara spesies ini menghasilkan hibrid-hibrid yang terdiri daripada 3 kumpulan utama iaitu : Bougainvilla Butiana (Bougainvilla Glabra x Bougainvilla Peruviana), Bougainvilla Spectoperuviana (Bougainvilla

Spectabilis x Bougainvilla Peruviana), Bougainvilla Spectoglabra (Bougainvilla Spectabilis x Bougainvilla Glabra)

Mempunyai bentuk daun yang hampir sama bagi semua jenis spesies iaitu berbentuk bujur dan tirus.

Mempunyai ciri-ciri bunga yang unik iaitu di bahagian dalamnya mempunyai 3 bunga dalam satu kumpulan dengan braktea (kelopak) di bahagian luar. Bunga sebenar berupa tiub tirus.

Bentuk tangkai bunga juga berbeza menikut spesies. Contohnya Bougainvilla Glabra biasanya mempunyai tangkai bunga tunggal manakal Bougainvilla Spectabilis mempunyai tangkai bunga yang berbilang.

Corak pembungaan juga berbeza antara jenis. Ada yang

mempunyai corak berbunga sepanjang masa dan

ada yang berbunga mengikut musim malah ada

yang amat sukar berbunga.

Proses pembungaan melibatkan 2 peringkat

iaitu pembentukan kudup atau kuntum dan

bunga kembang. Kudup bunga akan

dikeluarkan selagi ada pengeluaran bunga.

Namun tidak semua kudup akan

berkembang menjadi bunga. Kudup yang

tidak kembang akan menjadi duri.

Perkembangan bunga dipengaruhi oleh jumlah makanan yang terkumpul pada hujung pucuk tempat bunga terbentuk. Oleh itu faktor yang boleh meningkatkan pengumpulan makanan seperti cahaya yang tinggi dan suhu yang sederhana akan meningkatkan bilangan bunga yang berkembang.

Wanita, Jun 1999

Page 9

Mekar Sepanjang Tahun

Menjaga kesihatan dan pemakanan penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Melalui maklumat di bawah, anda boleh bertanya sendiri, apakah makanan yang anda ambil selama ini tergolong dalam makanan yang sihat dan berupaya mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.

Untuk mengurangkan masalah tulang mudah patah, hipertensi dan kaki kejang, dapatkan sumber vitamin dan kalsium. Ia boleh didapati daripada susu rendah lemak, yogurt, keju dadih, taufu, sardin, hati, kacang, peas dan oren.

Risiko kanser usus dan rektum boleh dikurangkan dengan pengambilan fiber yang banyak didapati di dalam bijirin, buah-buahan, biji-bijian, brokoli dan kekacang.

Vitamin C baik untuk masalah pendarahan gusi, ketegangan, sakit sendi dan kanser tertentu. Ia boleh di dapati di dalam jus oren, cili hijau, tomato, brokoli, tembikai susu, kentang bakar dan pisang.

Niacin yang boleh di dapati di dalam susu, telur, daging, kacang, ikan, bijirin dan roti penuh zat dapat mengurangkan cirit-birit, sakit kepala dan kulit mengelupas.

Kesihatan dan Pemakanan

Rabun malam dan kanser tertentu memerlukan Vitamin A yang boleh di dapati di dalam lobak, jus tomato, kentang manis dan bayam.

Rasa lemah, sakit kepala dan demam pula boleh dikurangkan dengan daging merah, ikan, ayam, angsa, telur, kekacang dan buah-buahan kering.

Daging cincang dan ayam, makanan laut, biji gandum, buah-buahan, gula dan sayuran yang mengandungi Selenium boleh mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung, lemah otot dan tidak bermaya.

Untuk mengurangkan lemah-lemah seluruh badan dan masalah kesuburan, dapatkan vitamin Manganese yang di dapati daripada bayam, lobak sayur, kismis, epal, susu, brokoli, teh hitam dan kacang hijau.

Masalah gusi berdarah, sakit jantung, debaran hati yang tidak menentu dan otot kejang boleh dikurangkan dengan pengambilan Magnesium. Sumber Magnesium boleh di dapati dari pisang, avokado, bijirin gandum, tiram, kekacang dan susu rendah lemak.

Keluarga, Jun 1996

Page 10: buletin puspanita 2005 bil2 - puspanita.spa.gov.mypuspanita.spa.gov.my/puspanita/pdf/BULETIN_PUSP... · terlewat dari perancangan yang telah diaturkan sebelum ini, ... 10 Jangan bergaul

Selamat Datang ke PUTRAJAYA.

Putrajaya adalah merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” di bawah projek Koridor Raya Multimedia (MSC), satu projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.

Putrajaya akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan menjadi contoh bandar-dalam-taman yang lengkap dengan jaringan infomasi berdasarkan teknologi multimedia.

Pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek ‘real-estate’ terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010.

Putrajaya adalah sebuah projek besar yang terletak 22 km di selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar Manhattan, New York.

Putrajaya diilhamkan berdasarkan 3 ideologi :

Manusia dan Penciptanya Manusia dan manusia Manusia dan alam

Perpindahan pejabat ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya

akan bermula tidak berapa lama lagi. Kehangatan perpindahan itu sudah mula terasa di semua bahagian di SPA. Dengan perpindahahan ini, maka semua bahagian di SPA akan berada di satu bangunan. Ini memudahkan lagi urusan kerja seharian dijalankan. Bangunan SPA diletakkan di Parcel C Blok C7. Berikut adalah penempatan untuk setiap bahagian mengikut tingkat: TINGKAT BAHAGIAN SPA 6 Bahagian Pengambilan 7 Bahagian Pengambilan Khas dan Bahagian Peperiksaan 8 Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Perkhidmatan 9 Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Naik Pangkat & Tatatertib 10 Pengerusi, Timb.Pengerusi, Setiausaha, Timb. Setiausaha, SPKP Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti satu bilik mesyuarat kecil untuk mengadakan perbincangan di setiap bahagian. Ahli Puspanita juga akan menjalankan aktiviti di Bilik Puspanita yang disediakan di Tingkat 9. Calon-calon yang hadir untuk temuduga juga disediakan satu ruang menunggu yang lebih luas dan selesa.

BIL 2/2000 Page 10