buku teks sains tahun 5 sekolah kebangsaan (kssr semakan

1
Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan) ini dihasilkan berdasarkan enam tema Sains Tahap 2, iaitu Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan ini mengandungi 10 unit, iaitu Kemahiran Saintifik, Manusia, Haiwan, Tumbuh-tumbuhan, Elektrik, Haba, Pengaratan, Jirim, Fasa Bulan dan Buruj serta Mesin. Penerbitan buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan ini dihasilkan berdasarkan sukatan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Buku ini dihasilkan mengikut kesesuaian tahap murid tahun 5 khususnya untuk kegunaan murid sekolah kebangsaan. Buku ini ditulis oleh tiga orang penulis yang telah dipilih berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan mereka yang bersesuaian dengan buku ini. Mohd Ramadhan bin Anwar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI Sains) sebelum memulakan kerjaya sebagai pendidik pada tahun 2005. Beliau telah berkhidmat sebagai guru Sains selama 15 tahun. Kini beliau menjalankan tugas sebagai Ketua Panitia Sains di Sekolah Kebangsaan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan 2017) ini merupakan buku teks kelima yang ditulis oleh beliau selepas buku teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 1 (KSSR Semakan 2017), buku teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 2 (KSSR Semakan 2017), buku teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 4 (KSSR Semakan 2017) dan buku teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 6 (KSSR). Siti Roha binti Abd Karim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kepujian). Beliau memulakan perkhidmatan pada tahun 1992 di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Pekan Nanas selama 25 tahun sebelum ke Sekolah Kebangsaan Kayu Ara Pasong, Pontian. Kini beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 2, Pontian, Johor sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau juga merupakan Panel Pembina DSKP Sains Sekolah Kebangsaan (KSSR dan KSSR Semakan), Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Sains Sekolah Kebangsaan dan Panel Penilai Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan) ini merupakan buku teks kedua yang ditulis oleh beliau selepas buku teks Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan). Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin mendapat latihan Diploma Perguruan Asas di Institusi Perguruan Perempuan Melayu, Melaka pada tahun 1990 hingga tahun 1992. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Terbuka Malaysia. Kini beliau bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor. Beliau mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Sains sekolah rendah selama 26 tahun. Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan) ini merupakan buku Sains ke 11 yang ditulis oleh beliau bersama penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Upload: others

Post on 05-Oct-2021

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan

Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan) ini dihasilkan berdasarkan enam tema Sains Tahap 2, iaitu Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan ini mengandungi 10 unit, iaitu Kemahiran Saintifik, Manusia, Haiwan, Tumbuh-tumbuhan, Elektrik, Haba, Pengaratan, Jirim, Fasa Bulan dan Buruj serta Mesin.

Penerbitan buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan ini dihasilkan berdasarkan sukatan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Buku ini dihasilkan mengikut kesesuaian tahap murid tahun 5 khususnya untuk kegunaan murid sekolah kebangsaan. Buku ini ditulis oleh tiga orang penulis yang telah dipilih berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan mereka yang bersesuaian dengan buku ini.

Mohd Ramadhan bin Anwar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI Sains) sebelum memulakan kerjaya sebagai pendidik pada tahun 2005. Beliau telah berkhidmat sebagai guru Sains selama 15 tahun. Kini beliau menjalankan tugas sebagai Ketua Panitia Sains di Sekolah Kebangsaan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan 2017) ini merupakan buku teks kelima yang ditulis oleh beliau selepas buku teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 1 (KSSR Semakan 2017), buku teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 2 (KSSR Semakan 2017), buku teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 4 (KSSR Semakan 2017) dan buku teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 6 (KSSR).

Siti Roha binti Abd Karim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kepujian). Beliau memulakan perkhidmatan pada tahun 1992 di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Pekan Nanas selama 25 tahun sebelum ke Sekolah Kebangsaan Kayu Ara Pasong, Pontian. Kini beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 2, Pontian, Johor sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau juga merupakan Panel Pembina DSKP Sains Sekolah Kebangsaan (KSSR dan KSSR Semakan), Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Sains Sekolah Kebangsaan dan Panel Penilai Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan) ini merupakan buku teks kedua yang ditulis oleh beliau selepas buku teks Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan).

Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin mendapat latihan Diploma Perguruan Asas di Institusi Perguruan Perempuan Melayu, Melaka pada tahun 1990 hingga tahun 1992. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Terbuka Malaysia. Kini beliau bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor. Beliau mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Sains sekolah rendah selama 26 tahun. Buku teks Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan) ini merupakan buku Sains ke 11 yang ditulis oleh beliau bersama penerbitDewan Bahasa dan Pustaka.