buku program ngiling bidai

Upload: tan-synn-sheng

Post on 06-Jul-2015

157 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tentatif Malam Ngiling Bidai Gawai Dayak SMK Tatau 2011

Sambutan Ngiling Bidai Gawai Dayak SMK Tatau 2011

7.45 malam

- Kedatangan Tetamu - Upacara Miring - Makan Petang - Persembahan Tarian Ngajat - Persembahan Beramban - Persembahan Tarian Kebudayaan Kelab Kebudayaan SMK Tatau - Nyanyian - Ngerebahka Ranyai - Acara Ngiling Bidai - Majlis bersuraiTempat :

Tarikh : Masa :

Gelanggang SerbagunaSekolah Menengah Kebangsaan TatauP m

23 7.45

Julai 2011

P M

INFO GAWAIGawai Dayak merupakan perayaan yang di Sarawak oleh kaum bumiputera Sawarak, terutamanya masyarakat Iban, Bidayuh dan lain-lain masyarakat Dayak. Gawai Dayak merupakan pesta kesyukuran selepas berakhirnya musim menuai dan seterusnya menyambut tahun baru bagi masyarakat dayak khasnya masyarakat Iban. Gawai Dayak diisytiharkan sebagai perayaan rasmi di peringkat Negeri Sarawak pada 1 Jun 1965. Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan rumah panjang. Penyediaan pelbagai makanan dipersembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan. Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Di peringkat sekolah, tujuan sambutan Hari Gawai Dayak adalah seperti yang berikut : 1. Memberi pendedahan tentang budaya dan tradisi masyarakat kaum Dayak kepada semua warga sekolah khususnya masyarakat bukan Dayak dan warga sekolah keseluruhannya. 2. Memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan para pelajar dan guru-guru yang bernaung di SMK Tatau. 3. Mewujudkan kerjasama yang erat antara para guru, kakitangan dan para pelajar untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan kemenjadian murid di sekolah ini. 4. Mendidik warga sekolah untuk menghormati budaya dan adat resam setiap kaum yang ada di sekolah ini. 5. Memberi peluang kepada semua warga sekolah yang berlainan kaum dan agama untuk sama-sama meraikan Gawai Dayak. 6. Mewujudkan kesefahaman, keharmonian dalam kalangan semua warga sekolah untuk memperkukuhkan lagi konsep 1 Malaysia.