buku panduan sesi pendaftaran pelajar baharu jun …€¦ · politeknik balik pulau, pulau pinang...

15
JUN 2020 BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU Sesi POLITEKNIK BALIK PULAU OGOS 2020 HARI PENDAFTARAN versi 1.8 ( RABU )

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

JUN 2020 BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Sesi

POLITEKNIK BALIK PULAU

OGOS 2020

HARI PENDAFTARAN

versi 1.8

( RABU )

Page 2: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahniah diucapkan kepada semua calon pelajar baharu kerana berjaya mendapat tempat pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini mengandungi arahan lengkap penyediaan dokumen, pemakaian dan persiapan untuk hari pendaftaran. Sila lengkapkan semua borang pendaftaran yang disertakan. Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dan mengharapkan agar perjalanan bersama keluarga ke politeknik ini nanti lancar dan selamat. Sekian, terima kasih. Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000

Page 3: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

MAKLUMAT AM PBU

Latar Belakang

1 Februari2007

Penubuhan PBU beroperasi di Politeknik Seberang Perai

Sesi Julai 2008 Kampus berpindah ke Bangunan

Ideal Avenue, Bayan Lepas

Sesi Julai 2007 Ambilan pertama 30 pelajar, Sijil Teknologi Maklumat (SIT). November 2013 Beroperasi di kampus tetap di Balik Pulau

Jabatan Akademik

Jabatan Teknologi

Maklumat & Komunikasi

Diploma

Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Jabatan Matematik,

Sains & Komputer

( Jabatan Sokongan )

Jabatan Pengajian Am

( Jabatan Sokongan )

PBU telah mendapat persijilan kualiti dokumen MS ISO 21001:2018 dan

pengiktirafan MQA 01

Page 4: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

Pelan Lokasi

Imbas kod QR untuk panduan ke Politeknik Balik Pulau. Koordinat : 5.345616, 100.215190 Waze : Politeknik Balik Pulau Google Maps : Politeknik Balik Pulau

Page 5: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

Baca maklumat pendaftaran berikut dengan teliti. Sila ambil tindakan sewajarnya agar proses pendaftaran dapat berjalan dengan lancar. Calon pelajar tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara tersebut di bawah tidak dipatuhi atau mengemukakan maklumat palsu.

Kementerian Pengajian Tinggi juga berhak menarik balik tawaran tempat pengajian di PBU sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.

Lengkapkan semua borang pendaftaran sebelum diserahkan kepada PBU semasa hari pendaftaran.

Page 6: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

Dokumen Pendaftaran

Borang HEP 1 hingga 6 perlu dimuat turun di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my

Borang HEP 1 Borang Maklumat Peribadi Pelajar Borang HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor (Pemeriksaan Perubatan dicop dan ditandatangani oleh Doktor Perubatan Kerajaan/Swasta yang SAH. Pihak kami TIDAK menanggung sebarang kos pemeriksaan tersebut. Filem X-Ray TIDAK PERLU disertakan) Borang HEP 3 Kebenaran IbuBapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan

Borang HEP 4 Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung Borang HEP 5 Akuan Pelajar / Akuan Ibubapa / Penjaga Borang HEP 6 Aku Janji Pelajar • Dokumen-dokumen lain yang perlu

dibawa di Lampiran B

Semua dokumen berikut MESTI DITANDATANGANI pelajar, ibubapa/penjaga dan saksi*.

Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum

Page 7: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

Bayaran Pendaftaran Semua pelajar baharu perlu menjelaskan bayaran seperti berikut:-

YURAN

PENGAJIAN

YURAN

ASRAMA

YURAN

PENDAFTARAN

RM 200 RM 360 RM 300

(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Nama Akaun

POLITEKNIK KPT

Kaedah Bayaran Cash Deposit Machine

(CDM) Rujuk lampiran A

(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Nama Akaun

POLITEKNIK KPT

Kaedah Bayaran Cash Deposit Machine

(CDM) Rujuk lampiran A

(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Nama Akaun KOPERASI

POLITEKNIK BALIK PULAU BERHAD

Kaedah Bayaran Cash Deposit

Machine (CDM) Rujuk lampiran A

Bayaran yuran pengajian untuk 1 semester

Bayaran penginapan asrama untuk 1 semester

Bayaran insurans, baju politeknik, kad matrik dan lain-lain kelengkapan / peralatan pelajar.

Sila lekatkan 3 slip pembayaran tersebut pada senarai lampiran yang disediakan (Muat turun senarai semak dokumen di www.heppbu.com/pendaftaran . Sila buat salinan dan bawa semasa hari pendaftaran di Politeknik Balik Pulau.

Penginapan PBU MEWAJIBKAN penginapan di asrama untuk pelajar baharu. Sila berhubung dengan penyelia asrama untuk mengetahui status bilik.

Page 8: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

Bantuan Kewangan PBU TIDAK MENJAMIN sebarang bentuk bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa politeknik. Adalah menjadi tangungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alat pembelajaran, buku dan lain-lain. Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (sekiranya layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PBU. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik untuk tujuan tersebut.

PINJAMAN PTPTN

Pelajar baharu dikehendaki melaksanakan perkara-perkara i hingga iii di bawah bagi tujuan permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). i. Membuka Akaun Bank Islam (BIMB). ii. Anda digalakkan membuka akaun Skim Simpanan

Pendidikan Nasional (SSPN). iii. Beli NO. PIN PTPTN di mana-mana cawangan Bank

Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan Permohonan On-Line PTPTN.

LAIN-LAIN PINJAMAN

1. Baitulmal Negeri 2. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

(BKNS) 3. Biasiswa Sukan KPM 4. Dermasiswa KPM (OKU / PPK) 5. Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak 6. Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri

Johor 7. FELDA 8. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) 9. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 10. Kerajaan Negeri Perak 11. Kerajaan Negeri Pulau Pinang 12. Kerajaan Negeri Selangor 13. Kuok Foundation Berhad

14. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah 15. Lembaga Zakat Negeri 16. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu

Perak Darul Ridzuan (MAIP) 17. MARA 18. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa

Negeri Selangor 19. Yayasan Felcra 20. Yayasan Kelantan Darulnaim 21. Yayasan Negeri Melaka 22. Yayasan Negeri Sarawak 23. Yayasan Negeri Sembilan 24. Yayasan Pahang 25. Yayasan Pelajaran Johor 26. Yayasan Terengganu

Page 9: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

HARI PENDAFTARAN

Rupadiri Semasa Hari Pendaftaran Semua pelajar PBU adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran

(Tatatertib), 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta semua kaedah, peraturan dan arahan-arahan bertulis berhubung dengan tatatertib sebagai seorang pelajar politeknik.

Oleh yang demikian, semasa mendaftar semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri semasa hari pendaftaran sebagaimana berikut:-

( Pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti yang dinyatakan di atas TIDAK akan dibenarkan untuk mendaftar )

Rambut Pelajar Lelaki • Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan

atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

Pakaian Pelajar Lelaki

• Baju kemeja lengan panjang berwarna PUTIH.

• Tali leher HITAM – Tidak mempunyai corak atau gambar (Plain)

• Seluar panjang jenis ‘slack’ berwarna HITAM – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.

• Bertali pinggang biasa berwarna hitam – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.

Kasut Pelajar Lelaki • Berwarna GELAP dan bertutup penuh. • Memakai stoking dengan sempurna. • Kasut sukan tidak dibenarkan.

Page 10: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

Rambut Pelajar Perempuan (Bukan Islam)

• Kemas • Tidak diwarnakan • Tidak berfesyen

Pakaian Pelajar Perempuan

• Tudung HITAM (Islam) • Baju kurung PUTIH (Islam & bukan

Islam) • Baju kemeja PUTIH dipadankan dengan

kain atau seluar slack HITAM (Pilihan pakaian untuk bukan Islam).

• Sopan dan tidak menjolok mata Kasut Pelajar Perempuan

• Berwarna GELAP dan bertutup penuh. • Memakai stoking dengan sempurna. • Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan

tidak dibenarkan.

Peraturan Tambahan Mengenai Pemakaian • Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan

sama sekali. • Pelajar TIDAK DIBENARKAN memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar

pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

• Pelajar lelaki muslim DIWAJIBKAN membawa baju melayu lengkap (bersampin dan bersongkok) untuk majlis rasmi politeknik.

• Etika pakaian hari perkuliahan biasa adalah seperti gambar di bawah :-

• Perkuliahan hari ISNIN, semua pelajar DIWAJIBKAN memakai pakaian lengkap seperti Hari Pendaftaran (putih dan hitam).

Page 11: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

Carta Alir Semasa Hari Pendaftaran

Nota tambahan :- • Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk bagi urusan pendaftaran pelajar • Penutup mulut & hidung (mask) hendaklah dipakai sepanjang masa • Suhu badan perlu diambil sebelum masuk ke kaunter • Pastikan tangan anda telah dicuci (sanitizer) • Maklumat pelajar perlu diisi sebelum berurusan di kaunter • Sentiasa jaga jarak anda (social distancing)

P

KETIBAAN CALON PELAJAR

Hanya 1 pelajar & 2 orang waris dibenarkan masuk ke kampus Politeknik Balik Pulau.

PELAJAR LELAKI

Turunkan barang di Kamsis Lelaki (drop off & drive thru) 8.30 pagi

PELAJAR PEREMPUAN

Turunkan barang di Kamsis Perempuan (drop off & drive thru) 8.30 pagi

BERSURAI

Program Minggu Suai Kenal bermula jam 2.00 petang

SARINGAN KESIHATAN

Saringan Covid-19 di parkir Pusat Islam

Page 12: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

LAMPIRAN A

Kaedah Bayaran Yuran YURAN PENGAJIAN RM 200.00 - Screen shot paparan mesin CDM BIMB

YURAN ASRAMA RM 360.00 - Screen shot paparan mesin CDM BIMB

Page 13: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

BAYARAN PELBAGAI RM 300.00 – Rujuk laman web www.heppbu.com

Lekatkan slip bayaran dan buat 1 lagi salinan. Borang ini boleh didapati laman web JHEP, menu Senarai Semak.

Page 14: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

Senarai Semak Dokumen Perlu Dibawa Pada HARI PENDAFTARAN Sila rujuk senarai semak terkini di laman web https://heppbu.com/pendaftaran/senarai-semak/

Nota tambahan : Selesai sesi pendaftaran kamsis, pelajar akan mengikuti program Minggu Suai Kenal 5-7 Ogos

2020 (Rabu - Jumaat). Sila bawa segala pakaian dan keperluan peribadi secukupnya.

Sesi perkuliahan bermula 10 Ogos 2020 (Isnin).

Page 15: BUKU PANDUAN Sesi PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JUN …€¦ · Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000 . MAKLUMAT AM PBU : Latar Belakang : 1 Februari2007 Penubuhan PBU

SELAMAT MENDAFTAR

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK BALIK PULAU

Pinang Nirai Mukim 6 11000 Balik Pulau

Pulau Pinang Tel : 04-868 9000

Web JHEP : www.heppbu.com