buku panduan istiadat konvokesyen...

9

Upload: ngonhan

Post on 26-Feb-2018

380 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSIakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/Buku_Panduan_Graduan_Konv… · Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI 2 ... pada hari Konvokesyen mengikut
Page 2: Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSIakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/Buku_Panduan_Graduan_Konv… · Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI 2 ... pada hari Konvokesyen mengikut

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

2

1. PENGENALAN

Sekalung Tahniah kepada anda dan keluarga di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Memandangkan Konvokesyen adalah upacara yang amat bererti kepada anda dan

kaum keluarga, maka pihak Universiti memohon anda untuk bekerjasama sepenuhnya agar majlis yang

penuh istiadat dan bermakna ini dapat berjalan lancar. Semoga Buku Panduan ini dapat membantu anda.

2. ISTIADAT KONVOKESYEN

Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas UPSI akan diadakan di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton

City, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam dua (2) sidang seperti berikut:

Bil. Sidang Tarikh Kumpulan Graduan

1. Satu (1)

2, 3, 4 & 5 Jun 2015 ISMP bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) UPSI, PPG UPSI-USM dan PPG UPSI-Kirkby International College (KIC)

2. Dua (2)

24, 25 & 26 November 2015 Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda, Diploma dan Diploma Pendidikan

3. ETIKA PAKAIAN GRADUAN

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

Lelaki :

Berbaju Melayu lengkap bersamping, atau

Lounge suit termasuk seluar panjang berwarna hitam, atau

Baju kemeja berlengan panjang warna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna

hitam dan

Kasut hitam dan sarung kaki hitam. (Kasut sukan tidak dibenarkan)

Wanita :

Baju kurung/Baju kurung moden atau kebaya labuh dengan kain tanpa belah (split). Graduan

mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

Gaun dan skirt hendaklah labuh ke bawah paras lutut.

Blouse tanpa lengan dan kain pario adalah TIDAK DIBENARKAN

Warna pakaian adalah bebas.

Kasut sarung dengan tinggi tumit tidak lebih 1 inci. (Selipar adalah tidak dibenarkan)

Peringatan : Petugas istiadat berhak menghalang mana-mana graduan yang tidak mematuhi etika

pakaian daripada memasuki dewan istiadat.

4. JADUAL PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK GRADUAN

SIDANG 1 (PPG-UPSI & PPG-Francais UPSI USM & KIC)

GRADUAN TARIKH MASA PROGRAM LOKASI RAPTAI

Program Pensiswazahan

Guru (PPG) - UPSI

25 hingga 27 Mei 2015 (Isnin – Rabu)

Nota: Boleh hadir mana-mana satu (1) hari

8.30 pagi – 12.30 t/hari

AT34J

PEMINJAMAN

Bilik Jubah, Tingkat 1 Dewan Besar, Kampus Sultan

Azlan Shah, Proton City

29 Mei 2015 Jam 3.00 petang

Dewan Besar

2.30 petang - 4.30 petang

28 Mei 2015 (Khamis)

8.30 pagi – 12.30 t/hari

AT03J AT05J AT07J

AT31J AT32J AT33J

Page 3: Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSIakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/Buku_Panduan_Graduan_Konv… · Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI 2 ... pada hari Konvokesyen mengikut

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

3

GRADUAN TARIKH MASA PROGRAM LOKASI RAPTAI

2.30 petang - 4.30 petang

AT14J AT16J AT23J

AT50J AT59J AT62J

Program Pensiswazahan

Guru (PPG) Francais UPSI-

USM & UPSI-KIC

29 Mei 2015 (Jumaat)

8.30 pagi – 12.30

t/hari AT34F

PEMINJAMAN

Bilik Jubah, Tingkat 1 Dewan Besar, Kampus Sultan

Azlan Shah, Proton City

2.30 petang - 4.30 petang

NOTA PENTING:

a) Graduan diminta menyelesaikan semua baki hutang yang masih tertunggak sebelum datang mengambil pakaian akademik. Resit pembayaran hendaklah dikemukakan sebagai bukti pembayaran (Jika berkaitan).

b) Graduan wajib membayar yuran konvokesyen yang ditetapkan mengikut tempoh masa yang akan dimaklumkan. Slip pembayaran yuran hendaklah dikemukakan semasa sesi peminjaman pakaian akademik.

c) Graduan dikehendaki menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web http://graduan.moe.gov.my/ dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa sesi peminjaman pakaian akademik.

d) Graduan adalah diingatkan untuk mematuhi giliran pengambilan jubah seperti yang dijadualkan. Panduan

Saiz Jubah boleh dirujuk semasa membuat saiz jubah.

e) Graduan dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik dan membawanya bersama

perkara a (jika berkaitan), b dan c semasa membuat peminjaman Pakaian Akademik.

f) Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan untuk membuat pinjaman pakaian akademik, kecuali dalam

kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan membawa borang

kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian Akademik dan dilampirkan dengan slip bayaran yuran

konvokesyen.

5. BAYARAN

5.1 Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran yuran konvokesyen mengikut ketetapan

berikut:

5.1.1 Graduan PPG-UPSI : Sila rujuk laman web konvokesyen UPSI di alamat

http://konvokesyen.upsi.edu.my/

5.1.2 Graduan PPG-UPSI Francais USM : Sila rujuk Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

di nombor 04-653 6133 (Cik Yusnani binti Yusof)

5.1.3 Graduan PPG-UPSI Francais KIC : Sila rujuk Kirkby International College (KIC),

di nombor 03-8318 2411 (Pn. Sabariah binti Ibrahim)

5.2 Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan

membuat bayaran yuran konvokesyen. Skrol Ijazah tidak akan diserahkan kepada mana-mana

graduan yang tidak membuat bayaran tersebut.

Page 4: Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSIakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/Buku_Panduan_Graduan_Konv… · Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI 2 ... pada hari Konvokesyen mengikut

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

4

6. MELAPORKAN DIRI UNTUK PERARAKAN GRADUAN

6.1 Semua bakal graduan diwajibkan melapor diri lengkap dengan pakaian akademik untuk perarakan graduan di Panggung Percubaan pada hari Konvokesyen mengikut sesi seperti berikut:

Tarikh / Masa

Sesi Pintu Program

2 Jun 2015 (Selasa)

1 7.15 pagi

1 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula A Manaf Mustuki – Chan Quee Yee)

2 Jun 2015 (Selasa)

1 7.15 pagi

2 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Chan Seow Whay – Faizah binti Megat Pauzan)

2 Jun 2015 (Selasa)

2 1.30 petang

1 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Faizah binti Ramly – Indra a/p Balan)

2 Jun 2015 (Selasa)

2 1.30 petang

2 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Indrani a/p Palaniappan – Latha a/p Vengadesan)

3 Jun 2015 (Rabu)

3 7.15 pagi

1 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Latif bin Mohamed Jusin – Manimegelai...)

3 Jun 2015 (Rabu)

3 7.15 pagi

2 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Manjula a/p Patchakhily – Nasriati...)

3 Jun 2015 (Rabu)

4 1.30 petang

1 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Naswadi bin Tapa – Norizan binti Ahmad)

3 Jun 2015 (Rabu)

4 1.30 petang

2 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Norizan binti Hussein – Rohaya binti Embong)

4 Jun 2015 (Khamis)

5 7.15 pagi

1 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Rohaya binti Mukhtar – Siti Fatimah Zakaria)

4 Jun 2015 (Khamis)

5 7.15 pagi

2 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Siti Fatimah Muda – Teo Hwee Ting)

4 JUN 2015 (Khamis)

6 1.30 petang

1

AT03J ISMP (Sains Sukan) dengan Kepujian

AT59J ISMP (Pendidikan Jasmani) dengan Kepujian

AT07J ISMP (Ekonomi Rumah Tangga) dengan Kepujian

AT31J ISMP (Kemahiran Hidup) dengan Kepujian

AT23J ISMP (Seni) dengan Kepujian

AT14J ISMP (Matematik) dengan Kepujian

AT16J ISMP (Sains) dengan Kepujian

AT33J ISMP (Geografi) dengan Kepujian

AT32J ISMP (Sejarah) dengan Kepujian

AT62J ISMP (Bahasa Tamil) dengan Kepujian

AT50J ISM Bahasa Cina dengan Pendidikan

AT05J ISMP (Bahasa Melayu) dengan Kepujian

AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Teo Mei Ling – Uswaton Hasanah Salleh)

4 JUN 2015 (Khamis)

6 1.30 petang

2 AT34J Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Nama graduan bermula Uthaya Kumar Krishnan – Zuryati Ismail)

5 JUN 2015 (Jumaat)

7 7.15 pagi

1 AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian PPG UPSI-USM

5 JUN 2015 (Jumaat)

7 7.15 pagi

2 AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian PPG UPSI-USM

5 JUN 2015 (Jumaat)

8 2.00 petang

1 AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian PPG UPSI-KIC

Page 5: Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSIakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/Buku_Panduan_Graduan_Konv… · Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI 2 ... pada hari Konvokesyen mengikut

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

5

5 JUN 2015 (Jumaat)

8 2.00 petang

2 AT34F Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian PPG UPSI-KIC

Petunjuk: P1 : Panggung Percubaan Pintu 1 P2 : Panggung Percubaan Pintu 2 Nota: Nama Graduan AT34J adalah disusun mengikut turutan abjad. Semakan giliran bergraduat juga boleh dirujuk di laman web http://akademik.upsi.edu.my/

6.2 Bakal graduan akan disusun mengikut nombor giliran menerima Ijazah (nombor giliran adalah seperti yang tercatat dalam kad nama). Kad nama akan diberikan kepada setiap bakal graduan semasa bakal graduan melapor diri di Panggung Percubaan pada Hari Konvokesyen. Kad nama yang diberi perlu disimpan dengan baik untuk diserahkan kepada petugas semasa anda berdiri untuk naik ke pentas di dalam dewan bagi menerima ijazah.

6.3 Bakal graduan kategori OKU atau yang mengalami masalah kesihatan seperti kurang upaya,

mengandung, dalam tempoh berpantang dan bermasalah untuk beratur atau berjalan dipohon untuk memaklumkan ketidakupayaan tersebut kepada Urus Setia Istiadat Konvokesyen melalui emel [email protected] atau boleh juga memaklumkan kepada pegawai yang bertugas di Panggung Percubaan Kampus Sultan Azlan Shah pada hari konvokesyen.

6.4 Bagi graduan sesi petang, sila pastikan anda melaporkan diri sebelum menunaikan solat zohor

(Masjid Kampus Proton City). Selesai solat, para graduan dikehendaki segera ke Panggung Percubaan dan masuk ke dalam barisan mengikut susunan yang ditetapkan. Para graduan yang lewat kembali dalam barisan perarakan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

6.5 Graduan tidak dibenarkan membawa apa-apa beg ke dalam Panggung Percubaan. Sehubungan

itu, segala urusan peribadi hendaklah diselesaikan sebelum mendaftar diri. 7. PERARAKAN GRADUAN MASUK KE DEWAN

Bakal graduan akan bergerak dalam barisan Perarakan Graduan dari Panggung Percubaan ke Dewan Besar pada masa yang ditetapkan seperti berikut:

TARIKH SESI MASA

2 Jun 2015 (Selasa)

1 9.10 pagi

2 2.20 petang

3 Jun 2015 (Rabu)

3 8.35 pagi

4 2.20 petang

4 Jun 2015 (Khamis)

5 8.35 pagi

6 2.20 petang

5 Jun 2015 (Jumaat

7 8.35 pagi

8 2.45 petang

Jawatankuasa Istiadat Mempunyai Kuasa Untuk Tidak Membenarkan Graduan Yang Tidak Mematuhi Masa Dan Etika Pakaian Yang Ditetapkan Daripada Menyertai Istiadat Konvokesyen UPSI. BAKAL GRADUAN TIDAK DIBENARKAN KELUAR DEWAN SEHINGGA ISTIADAT KONVOKESYEN SELESAI.

8. PANDUAN DAN TATACARA MENERIMA IJAZAH

8.1 Semua bakal graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian

Akademik di Panggung Percubaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan (Rujuk perkara 6.1).

Page 6: Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSIakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/Buku_Panduan_Graduan_Konv… · Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI 2 ... pada hari Konvokesyen mengikut

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

6

8.2 Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda dengan nombor giliran masing-masing sama ada di Panggung Percubaan mahupun di Dewan Besar. Nombor giliran adalah tercatat dalam Kad Nama anda. (Rujuk perkara 6.2).

8.3 Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa Dekan mengumumkan penganugerahan Doktor

Falsafah/ Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma Pendidikan. 8.4 Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima

Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma Pendidikan. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Para graduan diminta mematuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.

8.5 Apabila nama graduan diumumkan;

i) graduan diminta berjalan terus ke arah DYMM Tuanku Canselor / Pro Canselor. ii) tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas). iii) terima Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana/Sarjana Muda/Diploma/Diploma Pendidikan

dengan kedua belah tangan. iv) beri ucapan “Menjunjung Kasih Tuanku” kepada Tuanku Canselor dan “Terima kasih”

kepada Pro Canselor. v) undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali

ke tempat duduk asal.

8.6 Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai.

9. PERARAKAN GRADUAN KELUAR DEWAN

Semua bakal graduan akan bergerak dalam barisan untuk meninggalkan dewan sebaik sahaja juruacara mengumumkan “Perarakan Graduan Keluar Dewan”.

10. JEMPUTAN KEPADA TETAMU GRADUAN

Semua bakal graduan hanya diberi sekeping kad jemputan untuk 3 orang tetamu sahaja. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Kad Jemputan dan pelekat kenderaan akan diserahkan kepada graduan semasa membuat pinjaman pakaian akademik. Peraturan Istiadat dan Etika Pakaian tetamu graduan ada dijelaskan di dalam kad jemputan. Tetamu graduan yang tidak mengikut panduan berpakaian yang ditetapkan boleh dihalang dari masuk ke dalam dewan.

11. GAMBAR

Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh Universiti. Syarikat ini akan mempamerkan gambar-gambar yang telah siap diproses selepas konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung, kecuali dari tempat duduk masing-masing.

12. PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK

12.1 Graduan hendaklah memulangkan pakaian akademik selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas selesai Istiadat Konvokesyen bagi program masing-masing mengikut masa dan tempat seperti berikut:

GRADUAN TARIKH TEMPAT MASA

Page 7: Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSIakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/Buku_Panduan_Graduan_Konv… · Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI 2 ... pada hari Konvokesyen mengikut

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

7

Semua Graduan 2 – 12 Jun 2015

Auditorium Utama Kampus Sultan Abdul Jalil

Shah, Tanjong Malim

8.30 pagi - 12.30 tengahari dan

2.15 petang - 4.30 petang

(kecuali hari Jumaat kaunter dibuka pada jam 2.45 petang)

12.2 Denda akan dikenakan dalam kes-kes berikut:

BIL. PERKARA

KADAR (RM)

IJAZAH LANJUTAN SARJANA MUDA /

DIPLOMA

1. Lewat pulang Pakaian Akademik (kadar sehari lewat) 10.00 10.00

2. Denda rosak/hilang jubah 400.00 300.00

3. Denda rosak/hilang mortar board (topi) 80.00 70.00

4. Denda rosak/hilang hood 50.00 40.00

5. Denda rosak/hilang semua pakaian akademik 450.00 350.00

12.3 Sekiranya anda tidak dapat memulangkan Pakaian Akademik dalam tempoh yang ditetapkan, di

atas sebab-sebab tertentu anda boleh mewakilkan kepada orang lain untuk memulangkannya dengan menggunakan borang kebenaran kepada wakil untuk memulangkan Pakaian Akademik.

13. PENGAMBILAN TRANSKRIP DAN IJAZAH

13.1 Bagi graduan PPG-UPSI yang belum mengambil Transkrip, ianya akan diserahkan bersama Ijazah

selepas urusan pemulangan pakaian akademik. 13.2 Bagi graduan PPG-Francais UPSI-USM dan UPSI-KIC, Transkrip boleh diambil masing-masing di

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), USM dan KIC manakala Ijazah pula akan diserahkan selepas urusan pemulangan pakaian akademik. Sebarang masalah berhubung pengambilan transkrip boleh hubungi PPIP, USM di nombor 04-6536133 dan KIC, di nombor 03-8318 2411.

13.3 Graduan yang tidak hadir Istiadat Konvokesyen boleh memberi kebenaran kepada Universiti untuk

urusan pos dengan mengisi dan mengemukakan Borang Kebenaran Mengambil Ijazah yang disertakan dengan slip bayaran yuran konvokesyen dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan melalui emel atau pos ke alamat Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. Urusan pos akan dibuat selepas Istiadat Konvokesyen berakhir.

13.4 Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan

mengambil ijazah. Graduan yang masih berhutang dengan Universiti juga tidak dibenar mengambil ijazah masing-masing.

13.5 Transkrip akademik dan ijazah hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak universiti tidak akan

bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos atau dituntut melalui wakil yang mengambilnya.

13.6 Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang

atau rosak dengan kadar berikut :

BIL. PERKARA KADAR (RM)

1 Bayaran Salinan Transkrip 10.00

2 Bayaran Salinan Ijazah 60.00

Page 8: Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSIakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/Buku_Panduan_Graduan_Konv… · Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI 2 ... pada hari Konvokesyen mengikut

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

8

14. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (ONLINE)

Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan Graduan.

Pada Istiadat Konvokesyen Ketujuh Belas 2015 semua graduan diwajibkan melengkapkan maklumat

Kajian Pengesanan Graduan melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my yang akan dibuka satu (1) bulan sebelum tarikh konvokesyen.

Graduan adalah diwajibkan untuk melengkapkan maklumat kajian ini dan membawa cetakan slip

pengesahan kajian semasa mendaftar untuk membuat peminjaman Pakaian Akademik. Graduan yang gagal melengkapkan maklumat ini tidak dibenarkan mengambil Pakaian Akademik (Jubah).

15. PERTANYAAN Pertanyaan dan urusan mengenai konvokesyen bolehlah dirujukkan kepada pegawai-pegawai berikut: 15.1 Kehadiran, Pakaian Akademik, Transkrip dan Ijazah

Pn. Safinaz binti Salim Penolong Pendaftar (Pengijazahan) Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI Email : [email protected] Tel : 05-450 6314 En. Mohd Zaid bin Tahir/Pn. Siti Khairatul Azwa binti Mohd Farok Pembantu Tadbir (Pengijazahan) Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI Email : [email protected]/[email protected] Tel : 05-450 6994

15.2 Gambar

Maklumat syarikat fotografi akan dimaklumkan semasa sesi peminjaman pakaian akademik.

15.3 Alumni

Cik Nurul Nadiah binti Ishak Penolong Pendaftar Pusat Perhubungan Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI Email : [email protected] Tel : 05-450 5325

Page 9: Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSIakademik.upsi.edu.my/unit/graduation/Buku_Panduan_Graduan_Konv… · Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI 2 ... pada hari Konvokesyen mengikut

Buku Panduan Istiadat Konvokesyen UPSI

9

NOTA Segala bentuk borang boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi Konvokesyen di

alamat url http://konvokesyen.upsi.edu.my

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah betul sewaktu buku ini dicetak. Pihak Universiti berhak menambah, meminda dan membetulkan mana-mana kandungan tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada graduan.