brm3013

34
1 BRM3013 TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK TUGASAN KUMPULAN UPSI 03 ( A122PJJ ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON RASHIDAH BT ABD RAHIM D20102043325 013-3363710 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR HJ ZULKEFLEE B. HJ YAACOB TARIKH SERAH: 3 MEI 2013 PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM JUMLAH 1. Golongan Kata 2.Membina frasa, klausa dan ayat

Upload: marina-bt-masdar

Post on 16-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

  • 1

    BRM3013

    TATABAHASA BAHASA MELAYU

    SEKOLAH RENDAH

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN

    UPSI 03 ( A122PJJ )

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    RASHIDAH BT ABD RAHIM D20102043325 013-3363710

    NAMA TUTOR E-LEARNING : DR HJ ZULKEFLEE B. HJ YAACOB

    TARIKH SERAH: 3 MEI 2013

    PEMARKAHAN

    1 TUGASAN 1

    2 TUGASAN 2

    3 E FORUM

    JUMLAH

    1. Golongan Kata

    2.Membina frasa, klausa dan ayat

  • 2

    BIL PERKARA MUKA

    SURAT

    Isi Kandungan 2

    1 Pengenalan 3

    2 Frasa, Klausa Dan Ayat

    2.1 Maksud Frasa 6

    2.2 Maksud Klausa 8

    2.3 Maksud Ayat 10

    3 Golongan Kata

    3.1 Kata Nama 14

    3.2 Kata Ganti Nama 17

    3.3 Kata Kerja 18

    3.4 Kata Adjektif 20

    3.5 Kata Tugas 25

    4 Analisis Kerja Murid

    4.1 Perbandingan 27

    5 Kesimpulan 33

    Rujukan

  • 3

    1.0 PENGENALAN

    Pada zaman yang serba moden ini, kedudukan bahasa Melayu di Malaysia jelas

    mencerminkan masyarakat penggunanya sedang mengalami pembangunan pesat.

    Masyarakat tidak sunyi dalam meneroka pelbagai perkara baru, konsep baru, fikiran

    baru dan sebagainya. Justeru, penutur bahasa Melayu perlu mengambil inisiatif

    dengan memperkukuhkan dan mengembangkan bahasa Melayu itu sendiri. Pihak

    kerajaan dan institusi pendidikan juga melaksanakan pelbagai matlamat dan dasar

    dari segi aspek pembinaan bahasa.

    Oleh hal yang demikian, seseorang guru bahasa melayu hendaklah menguasai

    pengetahuan dalam bidang sintaksis. Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn,

    Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2004), sintaksis dapat ditakrifkan

    sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan dan konstruksi

    ayat. Selain itu, perkataan, frasa dan klausa memainkan peranan yang penting

    dalam membentuk binaan sesuatu ayat. Hal ini dapat difahami bahawa kaedah

    penggabungan dan penyusunan perkataan boleh membentuk ayat yang lengkap

    dalam sesuatu bahasa. Menurut Nik Safiah dan Norlidza Shamsudin (2008),

    sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.

    Justeru, kebolehan seseorang guru mendalami ilmu sintaksis itu penting dan

    memberikan kelebihan serta impak kepada murid-murid, seterusnya berupaya

    menilai prestasi murid-murid yang terlibat. Malah, guru boleh mengambil inisiatif

    mengaplikasikan pendekatan, kaadah mengajar yang pelbagai untuk menjana

    pengetahuan murid-murid agar konsentrasi murid-murid akan sentiasa fokus dalam

    pembelajaran. Sementara itu, bahan bantu mengajar juga menjadi eleman yang

    penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian murid-

    murid mengenai topik yang sedang diutarakan.

    Secara keseluruhannya, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang penting,

    terutamanya pendidik dalam memperkenalkan ilmu sintaksis dengan kaedah yang

    berkesan untuk melahirkan warganegara yang cemerlang dan berilmu pengetahuan

    selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • 4

    1.1 OBJEKTIF KAJIAN

    1.1.1 Mengenal pasti maksud frasa, klausa dan ayat dalam bentuk lakaran grafik.

    1.1.2 Memahami dan mengetahui perbezaan antara golongan kata

    1.1.3 Menganalisis aspek kesalahan tatabahasa bahasa Melayu yang meliputi frasa,

    klausa dan ayat serta golongan kata.

    1.1.4 Membuat rumusan dan refleksi mengenai tatabahasa bahasa Melayu yang

    berkaitan dengan bidang sintaksis.

    1.2 BATASAN KAJIAN

    Kerja kursus ini memerlukan saya menggunakan kemudahan pusat sumber sekolah

    untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Bahan rujukan

    yang lengkap dan kemudahan yang disediakan membolehkan saya mencari

    maklumat dengan selesa.

    Sementara itu, saya juga mengunjungi perpustakaan awam Negeri Perak untuk

    mendapat maklumat tambahan dan bahan rujukan yang berlainan untuk dimuatkan

    dalam kerja kursus ini dan bahagian bibliografi.

    Selain itu, saya juga mengambil inisiatif menggunakan kemudahan internet bagi

    mencari maklumat tambahan untuk dimasukkan dalam kerja kursus ini. Nota kuliah

    yang dibekalkan oleh pensyarah pembimbing juga menjadi garis panduan agar

    tugasan dapat disiapkan dengan sempurna dan mengikut objektif yang ingin dicapai.

    DEFINISI KAJIAN

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai

    pengetahuan atau cabang ilmu linguistik dan peraturan tentang susunan kata dalam

    ayat. Menurut Nik Safiah dan Norlidza Shamsudin (2008), sintaksis ialah bidang ilmu

    bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Hal ini bermaksud sintaksis mengkaji

    hukum atau rumus bahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan

    perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

  • 5

    Menurut Nik Safiah dan Norlidza Shamsudin (2008), ayat terbentuk daripada frasa

    yang terbentuk daripada perkataan. Sementara itu, ayat ialah satu perkataan atau

    serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud.

    Selain itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), klausa pula merupakan

    rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi

    konstituen atau bahagian kepada ayat. Sementara itu, frasa ialah kumpulan kata

    yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa.

    Di samping itu, perkataan ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa

    yang disebutkan atau dituliskan dengan menggunakan huruf-huruf untuk

    menyampaikan sesuatu maksud.

    Seperti yang diketahui dalam bahasa Melayu, Morfologi adalah bidang ilmu yang

    mengkaji mengenai kata dan pembentukan kata. Selain itu, terdapat beberapa

    perkara yang dititikberatkan dalam bidang morfologi, antaranya ialah definisi sesuatu

    kata tersebut, cara kata tersebut dibentuk, proses-proses pembentukan kata yang

    berlaku dan perkataan-perkataan yang terhasil melalui proses yang dilalui itu.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), morfologi ialah kajian mengenai

    pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Selain itu, morfologi merupakan bidang

    yang mengkaji struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu

    bahasa yang mempelajari sktruktur kata dan perubahan terhadap golongan dan erti

    kata. Golongan kata merupakan salah satu daripada morfologi.

  • 6

    2.0 FRASA, KLAUSA DAN AYAT DALAM BENTUK LAKARAN GRAFIK.

    2.1 MAKSUD FRASA

    FRASA

    satu susunan yang

    mengandungi dua perkataan

    Perkataan yang boleh

    diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih

    hanya mengandungi

    subjek dan predikat

    Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008)

  • 7

    Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), frasa ialah unit yang boleh terdiri

    daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, atau

    satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau

    lebih. Selain itu, frasa juga berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh

    mengandungi hanya subjek dan predikat. Sementara itu, susunan tatabahasa frasa

    boleh menjadi konstituen kepada klausa atau konstituen frasa itu sendiri. Antara

    contoh susunan perkataan ialah seekor anak kucing betina.

    Seperti yang telah difahami, frasa juga dikenali sebagai binaan daripada satu

    perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua

    perkataan atau lebih. Bentuk kata kucing ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh

    diperluaskan menjadi seekor kucing, kucing betina, seekor kucing betina,

    seekor anak kucing betina.

    DEFINISI

    BINAAN FRASA

    CONTOH

    Unit terdiri daripada susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

    Binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. .

    kucing seekor kucing seekor kucing betina seekor anak kucing betina

  • 8

    Hal ini juga bermaksud binaan seekor anak burung merpati akan bertemu dengan

    sebuah frasa, burung merpati, yang dipancangkan ke dalam frasa yang lain, anak

    burung merpati dan seterusnya ke dalam sebuah frasa yang lain, seekor anak

    burung merpati.

    2.2 MAKSUD KLAUSA

    KLAUSA

    Klausa Bebas

    Klausa yang dapat berdiri sendiri.

    Contoh : Mereka mogok.

    Klausa Tidak Bebas

    Klausa yang tidak dapat berdiri dengan sendiri.

    Contoh : Mereka mongok kerana mereka membantah

    sikap majikan.

  • 9

    klausa boleh ditakrifkan sebagai satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi

    subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Sementara itu, klausa

    juga terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas.

    Sementara itu, klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri dengan sendiri dan

    bersifat ayat lengkap apabila diucapakan dengan intonasi yang sempurna. Sebagai

    contoh, mereka mongok. Klausa mereka mongok, mengandungi subjek mereka

    dan predikat mongok. Sekiranya diucapan dengan intonasi yang semourna dan

    betul, klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap, iaitu mereka mongok.

    Di samping itu, klausa bebas dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh

    menjadi sebahagian ayat yang lebih luas dan kompleks. Contohnya, mereka

    mongok kerana mereka membantah sikap majikan. Seperti yang diketahui,

    konstituen mereka mongok merupakan klausa bebas yang terbentuk dalam ayat

    yang mengandungi satu klausa yang lain, iaitu kerana mereka membantah sikap

    majikan. Tetapi, klausa kerana mereka membantah sikap majikan yang

    mengandungi subjek mereka, predikat membantah sikap majikan dan kata

    hubung kerana ialah klausa tidak bebas, kerana klausa tersebut tidak dapat berdiri

    dengan sendiri. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut klausa tidak bebas.

    Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan tidak bebas, klausa bebas disebut

    klausa utama, manakala klausa tidak bebas disebut klausa kecil.

    Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid

    Mahmood (2008) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, menyatakan bahawa ayat

    ialah pengucapan paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan

    mengandungi makna yang lengkap. Hal ini bermaksud, pengucapannya bermula dan

    diakhiri dengan kesenyapan dan mengandungi intonasi yang sempurna.Sementara

    itu, ayat juga terbahagi kepada dua golongan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Oleh

    hal yang demikian, bagi ayat dasar mahupun ayat terbitan terbahagi pula kepada

    pelbagai jenis ragam ayat, antaranya ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,

    ayat seruan, ayat majmuk, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya.

  • 10

    2.3 MAKSUD AYAT

    AYAT

    Paling tinggi letaknya dalam

    susunan tatabahasa.

    Mengandungi makna yang

    lengkap.

    Pengucapan bermula dan

    diakhiri dengan kesenyapan.

    Mengandungi intonasi yang

    sempurna.

    Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji

    Musa dan Abdul Hamid Mahmood

    (2008)

  • 11

    Subjek (S) + Predikat (P) BINAAN AYAT

    FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS

    POLA AYAT DASAR

    Ayat Tunggal Ayat Majmuk

    BENTUK AYAT

    Ayat Penyata Ayat Tanya

    Ayat Perintah Ayat Seruan

    JENIS AYAT

    Ayat Aktif Ayat Pasif

    RAGAM AYAT

  • 12

    Bentuk Ayat

    Ayat Tunggal

    Menurut Nik Safiah Karim, Norlidza

    Shamsudin (2008), ialah ayat terdiri daripada

    satu subjek dan predikat.

    Ayat Majmuk

    Menurut Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsudin (2008),

    ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek dan

    predikat.

    Ayat Majmuk Gabungan

    Ayat Majmuk Pancangan

    Ayat Majmuk Pancangan

    Relatif - "yang"

    Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

    Ayat Majmuk Campuran

    Ayat Majmuk Campuran

  • 13

    Jenis Ayat

    Ayat Penyata

    Contoh :

    Dia pergi ke sekolah.

    Ayat Tanya

    Contoh :

    Siapakah mentor awak?

    Ayat Perintah Ayat Seruan

    Contoh :

    Wah, cantiknya rumah itu !

    Ayat Suruhan Contoh : Kamu tolong baca ayat itu.

    Ayat Silaan Contoh : Jemput makan semua.

    Ayat Permintaan Contoh : Tolong ambilkan buku itu.

    Ayat Larangan Contoh : Jangan duduk di situ.

  • 14

    3.0 GOLONGAN KATA

    Perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu boleh digolongkan ke dalam beberapa

    golongan kata tertentu. Setiap golongan kata itu pula mempunyai subgolongannya

    sendiri. Istilah golongan kata ini samalah dengan apa yang dimaksudkan dengan

    jenis-jenis perkataan menurut Zaba.Menurut Nik Safiah Karim, golongan kata boleh

    terbahagi kepada empat golongan, antaranya adalah kata nama, kata kerja, kata

    adjektif dan kata tugas. Setiap golongan ini dapat dibahagikan pula pada

    subgolongan yang kecil.

    3.1 Kata Nama

    Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti

    kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat

    atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan

    berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti

    nama.

    3.1.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama

    Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata

    nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

    a. Kata Nama Khas

    Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata

    nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996)

    menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada

    sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang,

    bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis

    dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua,

    iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan

    kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

  • 15

    Rajah : Kata nama khas

    b. Kata Nama Am

    Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang

    umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil

    berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia

    atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v)

    berbilang atau tak berbilang seperti berikut :

    KATA NAMA KHAS

    Kata Nama Khas Hidup

    Manusia

    Bukan Manusia

    Kata Nama Khas Tidak Hidup

  • 16

    KATA NAMA AM

    Hidup

    Manusia

    ayah, jururawat, petani

    Bukan Manusia

    ayam, pokok, burung

    Tidak Hidup

    Institusi

    universiti, mahkamah,

    sekolah rendah

    Bukan institusi

    Abstrak

    Berbilang

    rancangan, pendapat, senyuman, bayangan

    Tidak

    kemesraan, hawa, roh, ketibaan

    Konkrit

    rumah, padang, bandar

  • 17

    3.2 Kata Ganti Nama

    Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi

    pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada

    dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk.Kata

    ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan

    kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan

    kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.

    Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

    Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

    Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti

    dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua

    kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula

    boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik

    Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:

    KATA GANTI NAMA

    Kata Ganti Nama Tunjuk

    Kata Ganti Nama Diri

    Kata Ganti Nama Diri Tanya

    Kata Ganti Nama Diri Orang

    pertama

    kedua

    ketiga

  • 18

    Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

    3.3 Kata Kerja

    Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat

    jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja

    pasif.

    (a) Kata kerja aktif transitif

    Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan

    objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata

    kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama

    ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-

    kan, me-i, memper-kan, memper-i atau akhiran i denganmenduduki

    kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.

    Contoh:

    i) Samad membacakan ayahnya surat.

    ii) Pengarang itu menulis buku.

    KATA KERJA

    KATA KERJA TRANSITIF

    AKTIF PASIF

    KATA KERJA TAK TRANSITIF

    BERPELENGKAP TAK

    BERPELENGKAP

  • 19

    iii) Aminah sedang mencuci pakaian.

    iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

    (b) Kata kerja aktif tak transitif

    Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam

    ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif

    boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak

    menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh,

    datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-

    imbuhan : me-, ber-, ber-an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta,

    terjatuh, dan bersendirian.

    Contoh :

    i) Pegawai itu berkereta ke pejabat.

    ii) Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.

    iii) Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.

    iv) Gadis itu tersenyum.

    v) Padi sedang menguning.

    vi) Pemuda itu sedang berbual.

    (c) Kata kerja pasif

    Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.

    Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu

    (i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis

    dan sebagainya.

    (ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai

    dan sebagainya.

    (iii) Kata kerja pasif ke ..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan

    dan sebagainya.

  • 20

    3.4 KATA ADJEKTIF

    Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang

    menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula boleh terdiri

    daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur

    lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah

    seperti contoh yang berikut:

    Ahmad sangat pandai bermain muzik.

    Pemuda itu baik sungguh.

    Buah cempedak itu enak sekali.

    Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif

    Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata

    sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif

    seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

    Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama

    atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh

    kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata

    adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima

    imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)

    Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada

    sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii)

    kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif

    waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan

    (ix) kata adjektif pancaindera

    Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi

    menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama,

    seperti contoh berikut:

  • 21

    kuat pintar nakal

    keras lemah sihat

    bijak cergas jahat

    Contoh ayat: i. Budak nakal selalu kena marah

    ii. Dia lemah dalam matematik

    iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.

    iv. Anak Pak Kamar bijak sekali.

    v. Peserta itu berdiri dengan cergas.

    Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:

    jingga perang hitam

    putih biru kelabu

    Contoh ayat: i. Adik suka pakai baju hijau.

    ii. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.

    iii. Baju kesukaan saya berwarna kuning.

    iv. Kereta merah itu kepunyaan abang.

    v. Dia memiliki mata berwarna biru.

    Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:

    tebal gemuk panjang

    nipis kurus pendek

    tinggi rendah kecil

    Contoh ayat: i. Buku tebal itu sudah saya baca.

    ii. Anaknya masih kecil lagi.

    iii. Badannya semakin kurus.

    iv. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.

    v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

  • 22

    Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:

    lurus bulat bujur

    bengkok leper bundar

    lonjong buncit tajam

    Contoh ayat: i. Jalan lurus mudah dilalui.

    ii. Bentuk buah kelapa itu lonjong.

    iii. Mukanya bujur sirih.

    iv. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.

    v. Matanya tajam memandang ke hadapan

    Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:

    kerap awal sering

    jarang lewat silam

    baharu dahulu lampau

    Contoh ayat: i. Kedatangannya lewat hari ini.

    ii. Dia berada di kampus sehari suntuk.

    iii. Kenangan silam sukar dilupakan.

    iv. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.

    v. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal

    Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:

    nyaris dekat

    hampir jauh

    Contoh ayat: i. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.

    ii. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.

  • 23

    iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

    Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh

    yang berikut:

    pantas deras ligat

    lambat gopoh perlahan

    laju cermat cepat

    Contoh ayat: i. Kereta itu dipandu dengan laju.

    ii. Siapa cepat dia dapat.

    iii. Gasing itu berpusing ligat.

    iv. Arus sungai itu sangat deras.

    v. Dia cermat apabila berbelanja.

    Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur

    keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan,

    seperti contoh yang berikut:

    kasih takut malu

    sayang hendak geram

    cinta rindu marah

    Contoh ayat: i. Dia masih marah kepada saya.

    ii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.

    iii. Mereka amat rindu akan kampung halaman.

    iv. Kanak-kanak itu takut akan kucing.

    v. Pemuda itu masih malu untuk bersuara

    Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti

    contoh yang berikut:

    Indera sentuh

  • 24

    lembik kasar licin

    halus kesat keras

    i. Lantai itu licin kerana baru dicuci.

    ii. Kulit mukanya sangat halus.

    iii. Kain yang kesat itu ialah kain lap.

    iv. Buku itu berkulit keras.

    v. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

    Indera dengar

    nyaring lembut mersik

    merdu garau serak

    i. Suaranya merdu bagai buluh perindu.

    ii. Teriakannya nyaring sungguh.

    iii. Kebanyakan lelaki bersuara garau.

    iv. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.

    v. Alunan musik itu mersik.

    Indera pandang

    comel hodoh molek

    cantik buruk segak

    i. Pemuda segak itu guru saya.

    ii. Kakaknya suka berpakaian cantik.

    iii. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.

    iv. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.

    vi. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

  • 25

    Indera bau

    wangi hanyir harum

    busuk hancing tengik

    i. Bunga ros itu harum baunya.

    ii. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.

    iii. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.

    iv. Setiap hari dia memakai minyak wangi.

    v. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

    Indera rasa

    manis kelat masam

    masin payau lazat

    i. Setiap hari kita minum air tawar.

    ii. Semua orang suka makanan lazat.

    iii. Buah limau masam rasanya.

    iv. Saya tidak suka minum ubat pahit.

    v. Kuih tradisional itu terlalu manis.

    3.5 KATA TUGAS

    Kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan).

    Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan

    kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh

    menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

    Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk

    mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata

    tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung,

  • 26

    pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata

    tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas

    dalam sintaksis tertentu.

    kata hubung : dan, atau, tetapi

    kata seru : wah,amboi,cis

    kata tanya : apa, berapa, siapa

    kata perintah : sila, tolong, harap

    kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan

    kata bantu : akan, sudah, pernah

    kata penguat : sangat, amat, paling

    kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun

    kata nafi : tidak, bukan

    kata pemeri : ialah, adalah

    kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada

    kata pembenar : ya, betul, benar

    kata bilangan : dua, segala, banyak

    kata arah : atas, bawah, tepi

    4.0 ANALISIS KERJA MURID ( HELAIAN ANALISIS ADALAH SEPERTI FAIL FORMAT PDF YANG DILAMPIRKAN )

    Masalah kesalahan penggunaan BM di kalangan pelajar pada peringkat

    sekolah sangat ketara. Pada tempoh awal ) 990-an, MajJis Peperiksaan

    Malaysia melaporkan bahawa pencapaian BM pada tahap cemerlang dan kepujian

    merosot setiap tahun.

    Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak faktor yang

    menyebabkan berlakunya kesalahan atau kesalahan bahasa. Kesalahan bahasa

    tidak hanya berlaku semasa seseorang itu bertutur, bahkan berlaku juga

    semasa seseorang itu menulis. Menurut Lutfi Abas (1987: 169) kesalahan

  • 27

    bahasa tetjadi kerana faktor-faktor kejahilan, falsafah bahasa. gangguan

    psikologi, budaya bahasa, takrif nahu, teori himpunan, pengaruh dialek, dan

    pengaruh bahasa asing. Berhubung dengan perkara ini, satu kajian telah

    dijalankan terhadap hasil kerja murid yang berlainan jenis kajian terhadap

    tatabahasannya. Antaranya adalah tugasan yang berteraskan frasa dan golongan

    kata.

    4.1 PERBANDINGAN

    Bagi hasil kerja pertama, iaitu hasil kerja yang melibatkan frasa dan ayat, pelajar 2

    telah mendahului kedudukan dengan pelajar 1. Kedua-dua mereka memperoleh

    markah yang agak sederhana. Berikut merupakan perbezaan kesilapan yang telah

    dilakukan oleh kedua-dua pelajar :

    PELAJAR

    KESALAHAN TATABAHASA

    MARKAH

    Pelajar 1 Frasa kerja

    6/10

    Frasa sendi nama

    Penggunaan ayat

    Pelajar 2

    Frasa nama

    7/10

    Frasa kerja

    Frasa sendi nama

    Bagi tugasan kedua pula, pelajar 1 telah mendahului pelajar 2. Pelajar 1 telah

    memperoleh markah sebanyak 9/ 10, manakala pelajar B memperoleh markah 7/10.

    Berikut merupakan perbezaan markah yang diperolehi oleh kedua-dua pelajar :

    PELAJAR

    KESALAHAN TATABAHASA

    MARKAH

    Pelajar 1 Ejaan 9/10

    Pelajar 2 Kata sendi nama 7/10

  • 28

    HASIL DAPATAN TUGASAN 1 PELAJAR 1

    JENIS

    KESALAHAN

    KESALAHAN TATABAHASA

    PEMBETULAN

    Frasa Kerja

    ...sebab bunga banyak kelopak

    ...sebab bunga mempunyai

    banyak kelopak

    Huraian : Menurut tatabahasa bahasa Melayu, kata kerja (transitif atau tak

    transitif) mesti hadir sebelum objek/pelengkap ayat. Jadual di atas

    menunjukkan pelajar tidak menggunakan kata kerja sebelum

    objek/pelengkap ayat. Oleh itu, kata kerja mempunyai perlu hadir untuk

    berfungsi sebagai binaan frasa kerja yang tepat.

    Frasa Sendi

    Nama

    Ramai orang berkunjung di pasar

    Ramai orang berkunjung ke

    pasar

    Huraian : Berdasarkan ayat di atas, pelajar didapati keliru dalam

    penggunaan kata sendi nama kedan di. Kata sendi nama ke digunakan di

    hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan arah atau tempat

    yang dituju dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang

    mengikutinya. Kata sendi nama di pula digunakan di hadapan kata nama

    atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata

    nama atau frasa nama.

    Bakul bunga tersebut diperbuat dari rotan

    Bakul bunga tersebut diperbuat

    daripada rotan

    Huraian : Penggunaan kata sendi nama dari di dalam juga didapati tidak

    tepat kerana menurut tatabahasa bahasa Melayu, kata sendi nama dari

    hendaklah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang

  • 29

    menyatakan arah atau masa. Kata sendi nama daripada pula hadir di

    hadapan kata kerja atau frasa kerja apabila digunakan untuk menyatakan

    perbezaan atau perbandingan. Oleh itu, frasa sendi nama yang tepat dalam

    ayat di atas ialah daripada rotan.

    Penggunaan

    ayat

    Contohnya bunga seperti rose, orkid dan

    bunga matahari.

    Contohnya bunga seperti

    mawar, orkid dan bunga

    matahari.

    Huraian : Pelajar menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris seperti

    rose yang sepatutnya dieja mawar.

  • 30

    HASIL DAPATAN TUGASAN 1 PELAJAR 2

    JENIS

    KESALAHAN

    KESALAHAN TATABAHASA

    PEMBETULAN

    Frasa Nama

    Itu pasar ada banyak barang

    Pasar itu ada banyak barang

    Huraian : Frasa nama Itu pasar dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur

    penerang iaitu Itu mendahului unsur inti iaitu pasar. Oleh itu, binaan frasa

    nama yang tepat ialah Pasar itu.

    Frasa Kerja

    Wanita itu membeli sangat cantik bunga

    Wanita itu membeli bunga

    yang sangat cantik

    Huraian : Penggunaan frasa kerja dalam ayat di atas tidak tepat kerana kata

    kerja transitif membeli perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata

    nama iaitu bunga. Oleh itu, frasa kerja yang tepat bagi ayat di atas ialah

    membeli bunga. Selain itu, penggunaan kata hubung yang perlu untuk

    memancangkan dua ayat. Ayat yang pertama ialah Wanita itu membeli

    bunga dan yang kedua ialah Bunga sangat cantik. Dalam ayat pancangan,

    pengulangan kata bunga hendaklah digugurkan.

    Frasa Sendi

    Nama

    Banyak bunga ke pasar itu

    Banyak bunga di pasar itu

    Huraian : Berdasarkan ayat di atas, pelajar didapati keliru dalam

    penggunaan kata sendi nama kedan di. Kata sendi nama ke digunakan di

    hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan arah atau tempat

    yang dituju dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang

    mengikutinya. Kata sendi nama di pula digunakan di hadapan kata nama

    atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata

    nama atau frasa nama.

  • 31

    HASIL DAPATAN TUGASAN 2 PELAJAR 1

    KESALAHAN EJAAN

    PEMBETULAN

    Merias

    Meriah

    Istanah

    Istana

    HASIL DAPATAN TUGASAN 2 PELAJAR 2

    Kajian mendapati ayat yang dinyatakan dalam hasil kerja murid tidak mempunyai

    kesalahan penggunaan golongan kata. Namun, terdapat beberapa kesalahan ejaan

    pada golongan tersebut.

    JENIS

    KESALAHAN

    KESALAHAN TATABAHASA

    PEMBETULAN

    Kata sendi

    nama

    Sampah tersebut di buang oleh budak

    perempuan itu.

    Sampah tersebut dibuang oleh

    budak perempuan itu.

    Huraian : Kesalahan penggunaan kata sendi di. Di sini apa yang dapat

    dilihat, pelajar ini terkeliru dengan penggunaan kata sendi di dan imbuhan

    di.

    Kata sendi

    nama

    Bapa mereka menunggu dibangku.

    Bapa mereka menunggu di

    bangku.

    Huraian : Kesalahan penggunaan kata sendi di. Di sini apa yang dapat

    dilihat, pelajar ini terkeliru dengan penggunaan kata sendi di dan imbuhan

    di.

  • 32

    Kata sendi

    nama

    Kesemua pengunjung menikmatkan

    suasana pantai tersebut

    Kesemua pengunjung

    menikmati akan suasana

    pantai tersebut.

    Huraian :Penggunaan singkatan kanhanya sesuai digunakan dalam

    bahasa lisan dan tidak pada bahasa tulisan.

    Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar 1 telah mendahului pelajar

    2. Bagi tugasan 1, pelajar 1 telah memperolehi markah yang kurang daripada

    pelajar 2. Namun, apabila diperhatikan, pelajar ini melakukan kesalahan yang

    sering dilakukan oleh pelajar lain. Ayat yang digunakan oleh pelajar ini agak

    mengambil risiko sehingga melakukan kesilapan. Berlainan pula dengan pelajar 2,

    meskipun markah yang diperoleh mendahului markah pelajar 1, dia masih dilabelkan

    sebagai pelajar yang mempunyai masalah tatabahasa yang agak rumit.

    Bagi tugasan 2 pula, pelajar didapati pertama didapati membuat kesilapan

    pada bahagian ejaan semata-mata. Pelajar 2 pula kelihatan mendapat kesulitan

    pada bahagian kata sendi nama.

    Bagi pendapat saya, ianya berlaku kerana terjadinya perbezaan bangsa dan

    bahasa. Pelajar 2 merupakan pelajar yang terdiri daripada pelajar India. Bahasa

    dan pertuturan pertamanya berbeza dengan kita. Oleh itu, ayat yang dihsailkan

    agak berputar belit dan tidak gramatis.

  • 33

    5.0 KESIMPULAN

    Bidang sintaksis dan morfologi hendaklah dikuasai oleh pihak guru terlebih

    dahulu sebelum menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Sementara

    itu, guru juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan jelas

    untuk membantu kefahaman murid-murid. Hal ini kerana tunjuk ajar guru yang

    berkesan disertai dengan intonasi yang betul, sudah pasti murid-murid akan lebih

    berminat untuk menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Secara keseluruhannya, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang

    penting, terutamanya warga pendidik dalam memperkenalkan ilmu sintaksis dengan

    kaedah yang berkesan untuk melahirkan warganegara yang cemerlang dan berilmu

    pengetahuan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • 34

    Rujukan.

    Abdul Hamid Mahmood 1980. Pengajaran Tatabahasa Malaysia : Satu Tinjauan Terhadap

    Buku Teks Tingkatn 4 & 5 ( Bahagian I-III). Dewan Bahasa.

    Kamarudin Hj. Husin.1993.Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kumpulan Budiman Sdn.

    Bhd. Subang Jaya.

    Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood ( 2010 ).

    Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga .Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.