borang pengesahan status tesis€¦ · sekolah sukan malaysia bandar penawar serta subjek-sukjek...

24
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya, RUSTAM BIN HASHIM (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap Rumah Kakitangan Klinik Desa Prof Madya Dr. Abd Hafidz bin Hj. Omar Bukit Sagu 1 26050 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008 PEMANTAUAN PRESTASI ATLET LAWAN PEDANG NEGERI JOHOR BAGI SUKMA 2008 (MASA REAKSI DAN KETANGKASAN) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 30-Oct-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya, RUSTAM BIN HASHIM (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT TERHAD TIDAK TERHAD

TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap

Rumah Kakitangan Klinik Desa Prof Madya Dr. Abd Hafidz bin Hj. Omar

Bukit Sagu 1

26050 Kuantan,

Pahang Darul Makmur. Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008

PEMANTAUAN PRESTASI ATLET LAWAN PEDANG

NEGERI JOHOR BAGI SUKMA 2008 (MASA REAKSI DAN

KETANGKASAN)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

i

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah arjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penyelia : Prof Madya Dr. Abd. Hafidz bin Hj. Omar

Tarikh : 21 APRIL 2008

ii

PEMANTAUAN PRESTASI ATLET LAWAN PEDANG NEGERI JOHOR BAGI

SUKMA 2008 (MASA REAKSI DAN KETANGKASAN)

RUSTAM BIN HASHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : RUSTAM BIN HASHIM

Tarikh : 21 APRIL, 2008

iv

DEDIKASI

Buat Keluarga Tersayang

Ayahanda En Hashim bin Md. Nor Bonda Pn Noorhayati binti Hj. Hassan

Adinda-adinda

Farhanah Ihsan

Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) yang banyak Membantu

Terutamanya kepada Prof Madya Dr. Abd. Hafidz bin Haji Omar

Rakan-rakan seperjuangan

Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah…………………….

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana telah melimpahkan kurniaNya dapat

penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir

kursus sebelum menerima segulung ijazah.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah

Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat

pensyarah pembimbing Prof Madya Dr. Abd. Hafidz bin Haji Omar di atas bimbingan

dan tunjuk ajar tanpa rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan dari Majlis Sukan Negeri

Johor teruma sekali kepada En Omar yang telah banyak membantu penyelidik

menjalankan ujian kepada subjek dan juga sedikit tunjuk ajar beliau. Tidak lupa juga

jutaan terima kasih kepada Cikgu Riduwan yang merupakan jurulatih lawan pedang di

Sekolah Sukan Malaysia Bandar Penawar serta subjek-sukjek yang telah memberikan

kerjasama sepenuhnya kepada penyelidik dalam menjalankan kajian.. Selain itu, kepada

pelajar-pelajar Sains Sukan, UTM yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada

penyelidik terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2003/2004 serta

rakan-rakan lain yang banyak membantu terutama kepada Sufian, Fadli, Syed, Iqbal ,

Khairiyah, Salleh dan Doloh. Terima kasih kawan-kawan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dan adik beradik tersayang yang

sentiasa memberikan sokongan yang tidak terhingga kepada penyelidik.

Moga Allah rahmati dan kurnia kebahagiaan buat anda semua. Sekian terima kasih

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan latihan yang

disediakan kepada atlet bagi meningkatkan prestasi mereka dalam pertandingan

SUKMA 2008. Elemen yang dikaji adalah ketangkasan dan juga masa reaksi atlet.

Dalam kajian-kajian lepas, banyak pengkaji telah mendapat dapatan bahawa

ketangkasan dan juga masa reaksi merupakan elemen yang amat penting yang perlu ada

dalam setiap atlet lawan pedang. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui

tahap masa reaksi dan juga ketasngkasan atlet lawan pedang negeri Johor dalam

persiapan mereka ke kejohanan SUKMA 2008. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi

memastikan setiap atlet lawan pedang negeri Johor akan dapat mencapai tahap masa

reaksi dan tahap ketangkasan yang secukupnya sebelum mereka turun bertanding.

Dalam kajian ini, sampel diambil daripada atlet yang terpilih mewakili negeri Johor di

SUKMA 2008 di negeri Terengganu. Seramai 8 orang atlet telah terlibat dalam kajian

ini. Pengkaji telah menggunakan ujian Nelson reaction Test untuk menguji masa reaksi

atlet tersebut. Manakala ujian Lateral Change of Direction Test telah digunakan bagi

mengkaji ketangkasan atlet lawan pedang negeri Johor yang akan beraksi di SUKMA

2008 di Terengganu nanti. Pengkaji menjalankan ujian pre terlebih dahulu unutuk

mengetahui tahap ketangkasan dan tahap masa reaksi atlet pada peringkat permulaan.

Bagi meningkatkan ketangkasan atlet pengkaji juga akan mencadangkan satu jenis

latihan yang dipanggil tangga tangkas bagi meningkatkan tahap ketangkasan atlet lawan

pedang ini. Setelah atlet menjalani latihan ini selama 2 bulan dengan kekerapan

sebanyak 3 kali seminggu pengkaji akan menjalani ujian post bagi mengetahui

perubahan terhadap tahap masa reaksi dan tahap ketangkasan atlet. Dapatan kajian

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ketangkasan atlet sebelum

dan selepas menjalani latihan tangga tangkas (p=0.04 bagi lelaki,p=0.01 bagi

perempuan). Kesimpulan daripada dapatan kajian mendapati bahawa latihan tangga

tangkas amatlah sesuai bagi meningkatkan ketangkasan atlet lawan pedang. Cadangan

yang ingin diketengahkan di sini adalah latihan tangga tangkas ini dapat diperkenalkan

kepada sukan lain yang memerlukan ketangkasan yang tinggi

vii

ABSTRACT

This research is to identify the effectiveness of training session for athlete to

improve their prestige in SUKMA Tournament 2008. The elements analyzed were the

agility and reaction time for fencers. In the previous research, many researches agreed

that the agility and reaction time mere the most important element needed in every

fencing athlete. The objective of this research is to see the agility and reaction time level

of the fencer in preparing themselves for SUKMA Tournament 2008. The aim of this

research is to make sure that all Johor’s fencers are able to achieve their agility and

reaction time level for them to beat the opponent in the tournament. The samples of this

research were the eight selected Johor’s fencers who will take part in SUKMA

Tournament 2008 in Terengganu. The Nelson Reaction Time was used to get data

reaction time while The Lateral Change of Direction Test was to used to see the agility

level of the Johor’s fencers. The pre-test was carried out in the first place to identify the

athlete agility and reaction time level. Furthermore, the researcher proposes agility

leader exercise to increase athlete agile. After three training session in a week for two

month time, the researcher then carried out the post-test in order to get the differences in

agility and reaction time level. As the result, there was difference in fencer agile before

and after the agility leader exercise which were p = 0.04 for men and p = 0.01 for

women. As a conclusion, the agility leader is effective and appropriate yet it helps

athlete to increase their agility in the game. As my recommendation, the agility leader

exercise should be applied in any other game which required the athlete to be high in

agility.

viii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI GRAF xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

ix

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Operasional 9

1.10 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Masa Reaksi 13

2.3 Ketangkasan 16

2.4 Penutup 19

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk Kajian 21

3.3 Sampel Kajian 21

3.4 Tempat Kajian 22

3.5 Prosedur Penyelidikan 22

3.6 Latihan Kepada Atlet 27

3.7 Instrumen Kajian 32

3.8 Analisis Data Kajian 32

3.9 Penutup 32

4 PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Deskriptif 34

4.3 Data Inferential 44

4.4 Penutup 56

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

x

5.2 Ringkasan Kajian 57

5.3 Perbincangan 58

5.4 Penerimaan dan Penolakan Hipotesis 63

5.5 Kesimpulan 64

5.6 Masalah Yang Dihadapi 65

5.7 Cadangan Kajian 65

5.8 Penutup 67

BIBILIOGRAFI 68

LAMPIRAN 69

xi

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Konseptual Sistem Kawalan 15

Loop Tertutup.

3.1 Ukuran tangga tangkas 27

3.2-3.21 Latihan tangga tangkas 29-31

4.1 Lengkungan normal ujian t-sampel 46

berpasangan ujian Nelson Reaction Test

lelaki

4.2 Lengkungan normal ujian t-sampel 49

berpasangan ujian Nelson Reaction Test

perempuan

4.3 Lengkungan normal ujian t-sampel 52

berpasangan ujian Lateral Change of

Direction Test lelaki

4.4 Lengkungan normal ujian t-sampel 55

berpasangan ujian Lateral Change of

Direction Test perempuan

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Norma bagi ujian Nelson Reaction Time 24

Test

3.2 Norma bagi ujian Lateral Change of 26

Direction Test

4.1 Skor atlet lelaki bagi ujian Nelson 34

Reaction Time Test

4.2 Skor atlet lelaki bagi ujian Nelson 34

Reaction Time Test

4.3 Skor atlet lelaki bagi ujian Lateral Change 35

of Direction Test

4.4 Skor atlet lelaki bagi ujian Lateral Change 35

of Direction Test

4.5 Perbandingan data ujian pre dan post ujian 44

masa reaksi atlet lelaki (Nelson Reaction

Time Test)

xiii

4.6 Perbandingan data ujian pre dan post ujian 47

masa reaksi atlet perempuan (Nelson

Reaction Time Test)

4.7 Perbandingan data ujian pre dan post ujian 50

ketangkasan atlet lelaki (Lateral Change of

Direction Test)

4.8 Perbandingan data ujian pre dan post ujian 53

ketangkasan atlet prrempuan(Lateral Change

of Direction Test)

xiv

SENARAI GRAF

GRAF TAJUK MUKA SURAT

4.5a Perbezaan pencapaian atlet lawan pedang 36

lelaki SUKMA 2008 negeri Johor di

antara ujian pre dengan ujian post bagi

ujian Nelson Reaction Time Test

4.5b Pencapaian subjek lelaki bagi ujian Nelson 37

Reaction Time Test mengikut peratusan

4.6a Perbezaan pencapaian atlet lawan pedang 38

Perempuan SUKMA 2008 negeri Johor

di antara ujian pre dengan ujian post bagi

ujian Nelson Reaction Time Test

4.6b Pencapaian subjek perempuan bagi ujian 39

Nelson Reaction Time Test mengikut

peratusan

4.7a Perbezaan pencapaian atlet lawan pedang 40

lelaki SUKMA 2008 negeri Johor di

antara ujian pre dengan ujian post bagi

ujian Lateral Change of Direction Test

xv

4.7b Pencapaian subjek lelaki bagi ujian Lateral 41

Change of Direction Test mengikut

peratusan

4.8a Perbezaan pencapaian atlet lawan pedang 42

Perempuan SUKMA 2008 negeri Johor

di antara ujian pre dengan ujian post bagi

ujian Lateral Change of Direction Test

4.8b Pencapaian subjek perempuan bagi ujian 43

Lateral Change of Direction Test mengikut

peratusan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Lantikan 69

B Surat Kontrak Persetujuan Subjek Ujian 71

C Borang Skor 72

17

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada zaman dahulu, pahlawan diajar seni lawan pedang. Mereka menggunakan

pedang pendek bersama mata pedang yang berlapis-lapis bersama perisai kecil yang

digunakan untuk menahan serangan dari pihak lawan. Kemudian pedang panjang

digunakan dan memerlukan kedua-dua belah tangan untuk menggunakannya. Pada awal

kurun ke-12, pahlawan zaman dulu memakai rantai besi sebagai pertahanan melawan

serangan bilasan. Apabila pedang yang nipis dan lebih panjang dicipta, ia menghapuskan

penggunaan rantai. Perisai tangan digunakan untuk menahan serangan daripada pihak

lawan. Sehinggalah kea bad ke-16, generasi pertama yang perjaya menguasai teknik

bermain pedang muncul. Saintis mula mengajar seni mempertahankan diri dengan

menggunakan pedang(Carnello Assuppa,awal abad ke-17)Murial Bower(1997). Menurut

Aldo Nadi, salah seoarang guru moden yang hebat dalam seni lawan pedang adalah orang

Itali iaitu Angelo yang mencipta akti penangkisan berpusing-pusing yang sangat pantas.

Lawan pedang mula berkembang sebaggai satu sukan yang mencergaskan pada abad ke-

17 apabila serbuk api atau serbuk peluru dan senjata api digantikan dengan pedang

sebagai senjata asas. Seni lawan pedang ini kemudian berkembang lagi menjadi salah

satu jenis sukan yang berobjektifkan sentuhan, bukan cedar dan membunuh. Topeng

muka yang digunakan kini telah direka oleh La Boessiere iaitu guru lawan pedang dari

Perancis pada pertengahan kurun ke-18.

18

Lawan pedang yang ada pada waktu ini terbahagi kepada 3 katogeri iaitu Foil,

Sabre dan Epee. Dalam kategori foil, kemahiran untuk menguasainya adalah agak sukar.

Mereka yang dapat menguasai dalam kategori ini boleh bermain dalam kategori sabre dan

epee. Dalam kategori ini juga mereka boleh mendapat kecederaan kecil semasa dalam

permainan. Sentuhan yang dapat memberi mata sekiranya hujung pedang itu mengenai

pada kepala,tangan,kaki,bahagian dari kolar baju hingga ke pangkal peha hadapan,

belakang dan dari kolar ke pinggul. Selain daripada kawasan tersebut, ainya dikira tidak

sah dan tidak akan mendapat mata. Dalam katogeri sabre pula, bahagian sentuhan yang

akan mendapat mata adalh lebih besar berbanding dengan kategori foil. Kawasan tersebut

adalah bahagian atas badan daeri garisan melintang dilukis berdasarkan titik tertinggi

persilangan antara seluar pelawan pedang semasa berada dalam keadaan bertahan. Dalam

kategori epee pula sentuhan yang terkena pada semua badan adalah dikira sah. Tiada siri

aksi yang perlu dilakukan dan ianya bebas.

Dengan ini, dalam permainan lawan pedang ini masa reaksi dan ketangkasan

adalah penting. Ini kerana atlet akan menggunakan masa reaksi dengan lebih pantas

untuk menyerang pihak lawan semasa dia berada dalam keadaan bertahan. Ketangkasan

juga penting dimana digunakan oleh atlet untuk menukar kedudukan posisi badan

daripada kedudukan bertahan kepada kedudukan untuk melakukan serang kepada pihak

lawan. Kedua-dua komponen ini perlu ada pada atlet untuk memastikan mereka berjaya

dalam sukan lawan pedang. Kedua-dua komponen ini nampak agak mudah tetapi ianya

memerlukan latihan-latihan yang sesuai untuk meningkatkan tahap yang memuaskan.

Secara umumnya, dalam semua jenis sukan melibatkan aspek masa reaksi yang

selalu berhubungkait dengan factor kepantasan dan ketangkasan(Sarjit Singh dan Sheikh

Kamaruddin,1988). Begitu juga dalam sukan lawan pedang melibatkan komponen

kemampuan motor yang utama iaitu ketangkasan dan kepantasan yang banyak

19

mempunyai hubungkait dengan masa reaksi. Masa reaksi adalah jangka masa yang

diambil untuk bergerak bertindak selepas menerima rangsangan di mana melibatkan

pemprosesan maklumat dalam sisitem maklumat manusia. Oleh yang demikian semakin

tinggi ketangkasan yang ditunjukkan oleh atlet itu, bermakna semakin pantaslah masa

reaksi mereka.

Mengikut Verdussi (1980), masa reaksi digunakan untuk mengukur kepantasan

ibu jari dan jari telunjuk bertindak balas kepada pembaris yang dijatuhkan. Kesahan

konstruk digunakan oleh penyelidik lampau bagi memilih ujian masa reaksi. Nilai

kebolehpercayaan ujian yang pernah dilaporkan oleh Johnson & Nelson (1979) ialah 0.89

dan diperoleh melalui kaedah uji dan ulang uji. Masa reaksi ialah masa yang diambil

untuk bertindak balas kepada sesuatu rangsangan. Kepantasan dan masa reaksi adalah

elemen penting untuk kejayaan prestasi kecergasan motor dalam kebanyakan kemahiran

sukan. Fultan dan Hubbart (1975), melaporkan bahawa kepantasan dan masa reaksi

kanak-kanak lelaki dan perempuan meningkat secara signifikan dengan umur.

Ketangkasan pula ialah kebolehan menukar arah kedudukan badan atau

sebahagian badan dengan cepat dan pantas. Ketangkasan digunakan oleh jurulatih

sebagai satu ujian bagi mengukur prestasi kecergasan motor atlet. Menurut Miller (1998),

baka mempunyai hubungan rapat dengan tahap ketangkasan pelajar. Kebanyakan belajar

mampu meningkatkan ketangkasan dengan menambahkan keupayaan ke atas kekuatan,

kepantasan, koordinasi dan keseimbangan melalui pengajaran, latihan dan latih tubi

ketangkasan. Kemahiran ketangkasan atlet juga boleh ditingkatkan dengan penyesuaian

kaedah latihan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pelajar yang

memiliki tahap ketangkasan yang tinggi mempunyai peluang yang baik untuk berjaya

dalam semua aktiviti fizikal.

20

Menurut Helen Ten dan Haridas (1996), ketangkasan adalah kelakuan motor yang

melibatkan pergerakan yang berturutan dengan arah yang berbeza dengan seberapa cekap

dan pantas yang boleh. Dalm sukan lawan pedang elemen ini adlah sangat penting iaitu

digunakan semasa menyerang ketika berada dalam situasi bertahan dan juga sebaliknya.

Mengikut Jo’zef (1996), ketangkasan hanya boleh ditingkankan dengan beberapa latihan

spesifik yang dijalankan secara teratur. Ia juga melibatkan aspek kemahiran terbuka dan

tertutup yang ada pada seseorang. Semua ini berkait rapat antara satu sama lain. Latihan

yang dijalankan ini mestilah bermula dengan gerakan kaki yang baik dan gerakan ini

banyak mempengaruhi aspek ketangkasan atlet.

Pada kejohanan SUKMA di negeri Terengganu pada tahun 2008, kontijen negeri

Johor akan menghantar atlet lawan pedang untuk bertanding di sana. Pencapaian lepas

bagi atlet lawan pedang negeri Johor adalah memuaskan. Banyat pingat telah disumbang

daripada sukan lawan pedang. dengan ini, diharap pada SUKMA 2008 ini, mereka dapat

menyumbang lebih banyak lagi pingat kepada negeri Johor. Selain mewakili negeri

Johor, atlet lawan pedang negeri ini juga mewakili Negara ke kejohanan yang terdapat di

serata dunia. Atlet-atlet ini ditempatkan di Sekolah Sukan Bandar Penawar dan juga di

Sekolah Sukan Bukit Jalil. Di sini mereka telah diberikan banyak latihan bagi

meningkatkan prestasi mereka dalam sukan lawan pedang. Pelbagai latihan telah

disediakan oleh jurulatih mereka. Pada kebiasaannya mereka akan berlatih setelah tamat

waktu persekolahan iaitu di sebelah petang pada setiap hari.

21

1.2 Latar belakang Masalah

Seperti yang diketahui sukan lawan pedang ini memerlukan masa reaksi dan

ketangkasan yang cukup bagi memastikan kemenanangan berada di dalam tangan. Apa

yang saya dapat lihat di kalangan atlet lawan pedang negeri Johor, mereka mempunyai

tahap masa reaksi dan ketangkasan yang agak rendah dan tidak memuaskan. Dengan

memberikan latihan kepada setiap atlet lawan pedang negeri Johor ini, diharapkan

masalah ini akan dapat diatasi dengan berkesan. Ini adalah bagi memastikan kontinjen

Johor dapat mengungguli tempat teratas dalam kejohanan SUKMA 2008 nanti.

1.3 Pernyataan Masalah

Masa reaksi dan ketangkasan merupakan elemen penting bagi seorangatlet lawan

pedang, dengan memiliki masa reaksi dan ketangkasan yang bagus, sesorang atlet lawan

pedang itu sudah pasti dapat mempamerkan prestasi yang memuaskan dalam perlawanan.

Ramai atlet lawan pedang tidak sedar akan kepentingan masa reaksi dan

ketangkasan dalam sukan yang mereka telah ceburi. Dengan sebab ini juga jurulatih

lawan pedang sendiri telah menyediakan latihan berasaskan komponen masa reaksi dan

ketangkasan pada setiap sesi latihan. Mereka telah diberikan latihan masa reaksi dan

ketangkasan ketika sesi latihan. Namun begitu, masih terdapat segelintir atlet lawan

pedang mempunyai tahap masa reaksi dan ketangkasan yang rendah walaupun latihan

kelajuan dan ketangkasan seringkali dijalankan. Oleh hal yang demikian, kajian yang di

jalankan ini akan dapat meningkatkan tahap masa reaksi dan ketangkasan pemainatlet

lawan pedang negeri Johor SUKMA 2008. Melalui kajian ini juga, dapatlah menjadi

panduan kepada semua atlet dan jurulatih sukan lawan pedang bagi meningkatkan lagi

usaha bagi mencapai standard level masa reaksi dan ketangkasan pada tahap yang

maksimum.

22

1.4 Objektif Kajian

Setiap kajian yang dijalankan semestinya mempunyai matlamat atau objektif yang

ingin diperolehi hasil daripada kajian tersebut. Objektif ini adalah sangat penting untuk

dijadikan sebagai garis panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Begitu jugalah

dengan kajian yang dijalankan ini. Diantara objektif dalam kajian ini adalah:

1.4.1 Meningkatkan tahap masa reaksi atlet lawan pedang lelaki negeri Johor untuk

pertandingan SUKMA di Negeri Terengganu.

1.4.2 Meningkatkan tahap masa reaksi atlet lawan pedang perempuan negeri Johor

untuk pertandingan SUKMA di Negeri Terengganu.

1.4.3 Meningkatkan tahap ketangkasan atlet lawan pedang lelaki negeri Johor untuk

pertandingan SUKMA di Negeri Terengganu..

1.4.4 Meningkatkan tahap ketangkasan atlet lawan pedang perempuan negeri Johor

untuk pertandingan SUKMA di Negeri Terengganu.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian terdapt persoalan yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Persoalan

kajian di sediakan bagi menjadi panduan kepada pengkaji unutuk menjalankan kajian ini.

Antara persoalan kajian tersebut adalah:

1.5.1 Adakah tahap masa reaksi atlet lawan pedang lelaki negeri Johor meningkat

dalam persiapan untuk ke pertandingan SUKMA 2008 di Terengganu?

23

1.5.2 Adakah tahap masa reaksi atlet lawan pedang perempuan negeri Johor

meningkat dalam persiapan untuk ke pertandingan SUKMA 2008 di

Terengganu?

1.5.3 Adakah tahap ketangkasan atlet lawan pedang lelaki negeri Johor meningkat

dalam persiapan untuk ke pertandingan SUKMA 2008 di Terengganu?

1.5.4 Adakah tahap ketangkasan atlet lawan pedang perempuan negeri Johor

meningkat dalam persiapan untuk ke pertandingan SUKMA 2008 di

Terengganu?