borang markah pbs

Upload: princessgreen

Post on 14-Jul-2015

1.472 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

23/2

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAHGEOGRAFIKERJA KURSUS Februari Julai

23/2

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI KERTAS 2 FEBRUARI HINGGA JULAI

Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus ini mengandungi 17 halaman bercetak 23/2 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

2

23/2

KANDUNGAN

Halaman 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 Pengenalan Matlamat Kerja Kursus Geografi Objektif Mata Pelajaran Geografi Objektif Penilaian Kerja Kursus Geografi Rasional Penilaian Kerja Kursus Geografi Maklumat Am Arahan Kepada Calon Elemen dan Aspek Yang Dinilai Sistem Penilaian Lampiran 3 3 4 5 5 6 7 8 9 11

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3 1.0 PENGENALAN

23/2

Panduan ini disediakan untuk memberi maklumat yang terperinci bagi guru mengendalikan pelaksanaan Kerja Kursus Geografi. Setiap calon PMR diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi sebagai satu daripada keperluan peperiksaan. Penilaian Kerja Kursus Geografi dikendalikan oleh pihak sekolah dengan pemantauan pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi. Penilaian adalah berdasarkan aspek-aspek yang telah ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Geografi. Pelaksanaan dan penilaian kerja kursus ini dijalankan oleh calon PMR dari Februari hingga Julai.

2.0 MATLAMAT KERJA KURSUS GEOGRAFI Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi bertujuan memenuhi matlamat kurikulum geografi yang membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia. Pelaksanaan kerja kursus memberi pengalaman secara langsung kepada calon untuk mengkaji kelapan-lapan tema yang terdapat dalam Geografi Fizikal dan Manusia. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan kelapan-lapan tema juga boleh dibuat kajian. Bahagian ini juga memberi penekanan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan.

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

4 3.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN GEOGRAFI Objektif kurikulum Geografi membolehkan calon: 3.1 3.2 3.3

23/2

menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasi ruangan; mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampai data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif; memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab; menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain; mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya dengan negara Malaysia; memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain; menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta pentingnya menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana; mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik; menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan rasional; mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

5 4.0 OBJEKTIF PENILAIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI Objektif penilaian Kerja Kursus Geografi ialah untuk menilai kebolehan calon: 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 mencari dan mengumpul fakta geografi daripada sumber yang sahih;

23/2

menyusun, mengelas, menganalisis, menyampai data geografi yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif; merekod fakta geografi yang telah dianalisis mengikut format kajian yang betul; menggabungkan dan mengaplikasikan pengetahuan geografi dalam situasi sebenar; menilai, merumus dan mengemukakan cadangan terhadap permasalahan manusia dan alam sekitar; mengamal nilai murni, mensyukuri dan mencintai alam.

5.0 RASIONAL PENILAIAN KERJA KURSUS GEOGRAFI Rasional penilaian Kerja Kursus Geografi ialah untuk: 5.1 5.2 5.3 mengukur konstruk (Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai) yang ditanam dalam diri calon; membolehkan guru membuat penilaian sepanjang kerja kursus dilaksanakan; membolehkan guru menilai hasil kerja calon pada akhir pelaksanaan kerja kursus.

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

6 6.0 MAKLUMAT AM 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 Guru mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus. Kerja kursus ini wajib dilaksanakan oleh semua calon PMR.

23/2

Kerja kursus hendaklah dilaksanakan oleh calon PMR dari Februari hingga Julai. Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus ini bagi semua calon mengikut panduan jadual pelaksanaan.(Lampiran 1) Guru hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya. Guru hendaklah membimbing calon dalam pemilihan tugasan. Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang tidak melebihi 5 kilometer persegi. Guru hendaklah memaklumkan kepada calon mengenai aspek dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus. Guru mesti memastikan calon melaksanakan kesemua aspek kerja kursus. Guru hendaklah membimbing calon untuk menghasilkan kerja yang terbaik supaya mereka memperoleh tahap pencapaian cemerlang. Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Guru hendaklah memaklumkan markah calon supaya mereka boleh memperbaiki hasil kerja. Guru hendaklah memaklumkan tahap pencapaian calon. Borang Markah Calon 1 (BMC/1) hendaklah diisi untuk merekod pencapaian calon dan disimpan di sekolah.(Lampiran 2) Guru hendaklah memindahkan maklumat dari BMC/1 ke borang markah yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Borang Markah Calon 2 (BMC/2) hendaklah diisi sekiranya calon berpindah sekolah untuk tindakan sekolah baru.(Lampiran 3)

6.7

6.8 6.9 6.10 6.11 6.12 6.13 6.14 6.15

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

7 7.0 ARAHAN KEPADA CALON 7.1 7.2 7.3 Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

23/2

Calon PMR dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografi dari Februari hingga Julai berpandukan senarai semak. (Lampiran 4) Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan. Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang tidak melebihi 5 kilometer persegi. Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mendapat Kod 1: Cemerlang, Kod 2: Kepujian atau Kod 3: Memuaskan. Calon yang tidak menulis laporan dapatan kajian akan mencapai Kod 4: Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta geografi. Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu. Fakta geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 400 patah perkataan mengikut format yang ditetapkan. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer pada kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. Penggunaan komputer / foto dalam kajian tidak mempengaruhi pemarkahan. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan kerja kursus. (Lampiran 5) Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul. (Lampiran 6) Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.

7.4

7.5 7.6 7.7

7.8

7.9 7.10 7.11 7.12 7.13

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

8 8.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI Kerja Kursus Geografi (KKG) mengandungi dua elemen iaitu: Elemen 1 Mengumpul data

23/2

1.1 Mencari dan mengumpul fakta geografi daripada sumber yang sahih. Elemen 2 Menulis laporan 2.1 Menyusun, mengelas, menganalisis, menyampai data geografi mengikut format yang ditetapkan. 2.2 Format penulisan KKG mengikut aspek berikut: 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 2.2.6 2.2.7 2.2.8 2.2.9 Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan

2.2.10 Lampiran 2.2.11 Rujukan

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

9 9.0 SISTEM PENILAIAN Penilaian kerja kursus mengikut sistem Skor Berdasarkan Kriteria Penskoran. 9.1 Definisi

23/2

Skor Berdasarkan Kriteria Penskoran ialah satu kaedah menyatakan prestasi calon berdasarkan penguasaannya dalam sesuatu aspek yang dinilai. Skor ini menunjukkan keupayaan calon sendiri dan tidak boleh dibandingkan dengan calon lain. Guru hendaklah membimbing calon untuk memperoleh tahap pencapaian cemerlang bagi setiap aspek. 9.2 Pelaporan 9.2.1 Skor meliputi markah, kod dan tahap pencapaian calon. 9.2.2 Jumlah markah bagi kesemua aspek dikira bagi menentukan kod dan tahap pencapaian calon. Jumlah Markah 40 50 30 39 15 29 1 14 0 Kod 1 2 3 4 5 6 Tahap Pencapaian Cemerlang Kepujian Memuaskan Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum Tidak melaksanakan kerja kursus Dikecualikan (Dengan kebenaran LPM)

9.2.3 Penentuan kod dan tahap pencapaian calon. Calon mendapat Kod 1, Kod 2 dan Kod 3 setelah melaksanakan kesemua aspek. Calon mendapat Kod 4 sekiranya tidak menulis laporan dapatan kajian.

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

10 9.3 Merekod

23/2

9.3.1 Guru dikehendaki merekodkan keputusan penilaian Kerja Kursus Geografi berdasarkan aspek berikut:

Bilangan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Aspek Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan Penilaian umum Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

Markah

9.3.2 Borang Markah Calon 1 (BMC/1) yang telah diisi dengan lengkap hendaklah difailkan dan disimpan di tempat yang selamat bagi rujukan Lembaga Peperiksaan Malaysia. 9.3.3 Sekiranya calon tidak melaksanakan mana-mana aspek, guru hendaklah mencatatkan 0 di ruangan markah bagi aspek yang tidak dilaksanakan. 9.3.4 Calon mendapat Kod 4 bagi tahap pencapaian sekiranya tidak menulis laporan dapatan kajian. 9.3.5 Sekiranya calon tidak melaksanakan kesemua aspek, guru hendaklah mencatatkan 0 di ruangan jumlah markah. 9.3.6 Calon mendapat Kod 5 bagi tahap pencapaian sekiranya tidak melaksanakan kerja kursus. 9.3.7 Guru hendaklah memindahkan maklumat dari BMC/1 ke borang markah yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

11

23/2 Lampiran 1 PANDUAN JADUAL PELAKSANAAN

GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS Tindakan sebelum pelaksanaan kerja kursus BIL. 1 2 3 PERKARA Taklimat kerja kursus kepada guru-guru Geografi Tingkatan 3 di sekolah. Taklimat kepada calon PMR. Membimbing calon PMR memilih tugasan. Februari Guru Geografi Tingkatan 3 TARIKH TINDAKAN Ketua Panitia Geografi

Tindakan semasa pelaksanaan kerja kursus BIL. 1 PERKARA Guru menyemak dan membimbing calon mengumpul data geografi mengikut kriteria yang ditetapkan. Guru menyemak data yang dikumpul mengikut kriteria yang ditetapkan. Guru menyemak dan membimbing calon merekod data geografi mengikut format yang ditetapkan. Guru menyemak laporan dapatan kajian dan memberi markah mengikut kriteria yang ditetapkan. Guru menyemak hasil kerja calon secara keseluruhan dan memberi markah mengikut kriteria yang ditetapkan. Guru menetapkan tahap pencapaian calon mengikut markah yang ditetapkan. Pemantauan pelaksanaan kerja kursus oleh pegawai LPM. Guru mengisi markah calon PMR dalam Borang Markah Calon 1 (BMC/1). Memindahkan maklumat dari BMC/1 ke borang markah yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 23/2 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TARIKH Februari

TINDAKAN

2

Mac

3

Calon PMR April Jun Guru Geografi Tingkatan 3

4

5

Julai

6

7

April Jun

Pegawai LPM

8

Julai

Guru Geografi Tingkatan 3

9

Guru Geografi Tingkatan 3 Julai Ogos dan Setiausaha Peperiksaan Sekolah

12

23/2 Lampiran 2 BMC / 1

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG MARKAH CALON 1 GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS Nama Sekolah Alamat Sekolah Nombor Pusat Peperiksaan Nombor Telefon Nombor Faks Bilangan Calon : .......................................................................................... : .......................................................................................... : .......................................................................................... : .......................................................................................... : .......................................................................................... : ..........................................................................................Angka Giliran Nombor Kad Pengenalan MarkahAspek 1 7 Aspek 9 12

Bil.

Nama Calon

KodAspek 8 Jumlah Markah

1 2 3 4 5 6 7

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

13

23/2 Lampiran 3 BMC / 2

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG MARKAH CALON 2 GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS Nama Calon Angka Giliran Nombor Kad Pengenalan : ............................................................................................. : ............................................................................................. : .............................................................................................

Nama dan Alamat Sekolah : ............................................................................................. ............................................................................................. Tugasan Kerja Kursus : .............................................................................................

Aspek 1 7 Aspek 9 12 Aspek 8 Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

.... ( Tandatangan Guru )

........ ( Tandatangan dan Cap Pengetua )

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

14

23/2 Lampiran 4 SENARAI SEMAK

Elemen 1 : Mengumpul data Perkara Menerima taklimat kerja kursus dari guru geografi.

Bil.

Tarikh

Catatan

1

Februari

2

Mendapatkan bimbingan guru dan memilih tugasan.

Februari

3

Mencari dan mengumpul data geografi daripada sumber yang sahih.

Februari

4

Mendokumentasikan data geografi yang dikumpul daripada pelbagai sumber. Menghantar dokumentasi data geografi yang dikumpul daripada pelbagai sumber untuk semakan guru penilai. Memperbaiki dokumentasi data geografi yang dikumpul daripada pelbagai sumber bagi memperoleh markah terbaik.

Mac

5

Mac Mei

6

Mac Mei

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

15

23/2

Elemen 2 Bil. 1

: Menulis laporan Perkara Tarikh Mac Catatan

Mendapatkan bimbingan guru untuk menulis laporan dapatan kajian mengikut format yang ditetapkan. Menyusun, mengelas, menganalisis, mentafsir dan merekod data geografi. Menulis laporan kajian mengikut format yang ditetapkan: Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan Menghantar laporan dapatan kajian untuk semakan guru penilai. Memperbaiki hasil laporan dapatan kajian bagi memperoleh markah terbaik. Menghantar semula hasil laporan dapatan kajian kepada guru penilai untuk disemak dan diberi markah serta tahap pencapaian.

2

Mac April

Mac Mei

3

4

Mac Mei

5

Mei Jun

6

Jun Julai

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

16

23/2

Lampiran 5 HALAMAN HADAPAN KERJA KURSUS GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS Nama Calon Tingkatan Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran Nama dan Alamat Sekolah Tajuk Kerja Kursus Guru Penilai Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 : ........................................................................................... : ........................................................................................... : ........................................................................................... : ........................................................................................... : ........................................................................................... : ........................................................................................... : ........................................................................................... Aspek Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan Penilaian umum Aspek 1 7 Aspek 9 12 Aspek 8 Jumlah Markah Tahap Pencapaian ................................. ( Tandatangan Guru ) 23/2 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Markah Penuh 1 1 2 2 2 8 2 25 2 2 2 1 25 25 50

Markah Diperoleh

17

23/2 Lampiran 6 RUJUKAN

Buku Ilmiah Khairuddin Hj. Kamaruddin, 1992. Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia. Malaysia : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Lee Shok Mee, Tee Kim Hong, 1994. Pendidikan Alam Untuk Kanak-kanak. Malaysia : Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Shamsudin Ibrahim, 1994. Tumbuhan Pantai. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Jurnal Ranjit Gill. MAS AIRBONE : The Evolution and Birth of Malaysia Airlines, dalam Jurnal Malaysia Airlines. Bil. 9 Jun 1993. Yayasan Warisan Johor 1999. Jilid 111.Jurnal Warisan Johor, dalam. JSEAH. Vol. 10. April 1989. Akhbar Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Orang Sumber Encik Kassim bin Samad, 57 tahun, No 3, Jalan TRJ 2/1A, Taman Rahmat Jaya, Kundang, Rawang, 48020 Selangor. Puan Saniah binti Zainuddin, 60 tahun, No. 51, Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur. Melawat Tempat Kajian Pejabat Perhutanan Bukit Nanas, Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur. Zoo Negara Malaysia, Jalan Ulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur. Taman Negara Malaysia, Jerantut, Pahang. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Jabatan Perhutanan Malaysia, Hutan Simpan Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur. Internet http://www.geographia.com/malaysia/niah.htmldan sarawaktourism.com http:// www.geocities.com/thetropic/cabana/2035/cameron2.html.com http:// www.agri.upm.edu.my/-chris/ss/sst3302/sumber%20dan%20sifat%20%air.com

23/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia