bookchapter fp20

152

Upload: nor-asmida-azhar

Post on 01-Jul-2015

873 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bookchapter fp20
Page 2: Bookchapter fp20
Page 3: Bookchapter fp20
Page 4: Bookchapter fp20

Edisi Pertama 2008 © AZIZI YAHAYA & YUSOF BOON & SHAHRIN HASHIM 2008

Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Personaliti gaya hidup remaja / editor Yusof Boon, Azizi Yahaya, Shahrin Hashim. Mengandungi indeks ISBN 978-983-52-0534-7 1. Teenagers--Social life and customs. 2. Teenagers--Conduct of life. I. Yusof Boon. II. Azizi Hj. Yahaya. III. Shahrin Hashim. IV. Judul. 305.235

Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDIN

Diatur huruf oleh / Typeset byAZIZI YAHAYA & RAKAN-RAKAN

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

81310 Skudai Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia byPENERBIT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA34 – 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,

81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.

(PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia byUNIVISION PRESS

Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9 Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA

Page 5: Bookchapter fp20

v Kandungan

KANDUNGAN

Prakata vi

Bab 1

Personaliti Remaja Sharifudin Ismail & Noordin Yahaya

1

Bab 2 Baka Dan Personaliti Remaja Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi

14

Bab 3 Remaja dan Pengaruh Keluarga Noordin Yahaya & Shahrin Hashim

36

Bab 4 Kecerdasan Dan Personaliti Azizi Yahaya & Shahrin Hashim

44

Bab 5 Pembentukan Konsep Kendiri Remaja Nurul Ezzati Azizi

69

Bab 6 Pelakuan Agresif Remaja Azizi Yahaya& Shahrin Hashim

81

Bab 7 Kenakalan Remaja Nurul Ezzati Azizi, Nurulhuda Azizi & Yusof Boon

117

Bab 8 Kajian Keremajaan Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi

130

Indeks 144

Page 6: Bookchapter fp20

PRAKATA

Buku ini mengajak pembaca bersama-sama melalui pengalaman-pengalaman bagaimana hendak memahami gaya hidup Remaja yang sering terdedah dengan masalah social.

Penghasilan buku ini ‘Personaliti Gaya Hidup Remaja’ mendedahkan aktiviti remaja dalam kehidupan sosial. Peranan golongan remaja tidak dinafikan kerana mereka merupakan waris yang akan menentukan hala tuju masa depan. Mereka mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi. Merekalah yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi dan pembangun generasi. Namun dalam pada itu kita tidak putus-putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang semakin hari semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan pelbagai paparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetak mahupun di Internet. Masalah sosial, keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin amat membimbangkan kerana ia turut mengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkan kestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktif dan berdaya maju. Sebelum ini kita dikejutkan dengan masalah bohsia, bohjan, pelacuran dan seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Masalah menjadi lebih gawat apabila kita dikejutkan dengan tindakan ganas pelajar sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan serius kepada si mangsa. Isu ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam merungkai punca keadaan itu.

Page 7: Bookchapter fp20

vii Prakata

Buku ini sesuai dibaca oleh semua pembaca khususnya bagi mereka yang ingin mempunyai ramai anak yang dalam alam remaja. Penulis buku ini berusaha memberi panduan kepada pembaca bagaimana ibu bapa boleh menggunakan buku ini sebagai panduan untuk mendidik anak Diharapkan dengan membaca buku ini, pembaca dapat meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi cabaran semasa dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.

Azizi Hj Yahaya Yusof Boon Shahrin Hashim Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas Universiti Teknologi Malaysia 2008

Page 8: Bookchapter fp20

Personaliti Remaja

1

1

PERSONALITI REMAJA Sharifudin Ismail Noordin Yahaya

PENGENALAN Personaliti merupakan sebahagian daripada bidang psikologi yang mengambil kira tentang manusia secara keseluruhan sebagai individu dan makhluk yang kompleks. Personaliti atau dalam bahasa Inggeris “persons” berasal dari perkataan Latin iaitu “persona” yang membawa maksud topeng muka. Topeng muka boleh ditafsirkan sebagai perlakuan baik yang ingin ditonjolkan oleh setiap manusia dengan menyembunyikan perlakuan yang buruk.

Kajian saintifik yang dijalankan tentang personaliti mengajukan persoalan-persoalan tentang mengapa kita seperti mana kita sekarang. Dalam mencari jawapan kepada persoalan tersebut, kita tidak dapat mengelak dari menghadapi kenyataan bahawa tingkah laku manusia adalah sangat kompleks. Manusia mempunyai banyak persamaan tetapi berbeza dalam berbagai cara yang lain. Dalam pelbagai kajian yang telah dijalankan, kebanyakan penyelidik cuba mencari hubungan yang bermakna di antara personaliti dan berbagai aspek yang melibatkan tingkah laku manusia.

Definisi personaliti adalah berbeza mengikut setiap ahli psikologi. Definisi personaliti seperti mana yang diberikan oleh Hergenhahn dan Olson (1999), iaitu personaliti membolehkan seseorang itu lebih efektif untuk bersosial kerana individu tersebut dilihat sebagai orang yang mempunyai personaliti yang menarik, teruk atau langsung tiada personaliti. Apabila personaliti dikaitkan dengan perkataan asalnya iaitu persona yang bermaksud topeng,

Page 9: Bookchapter fp20

2 Personaliti Gaya Hidup Remaja

personaliti lebih mencerminkan aspek diri sendiri yang dipilih untuk dipamerkan kepada dunia. Definisi ini juga membawa maksud bahawa beberapa aspek penting bagi seseorang manusia itu cuba disembunyikan atas sebab-sebab yang tertentu.

Selain itu, ada juga ahli psikolgi yang berpendapat bahawa

personaliti adalah sebagai perwatakan, manakala sesetengahnya mengatakan personaliti hanya terhad kepada tingkahlaku seseorang. Gordon Allport (1961) menyatakan personaliti adalah sebagai penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik di dalam diri seseorang individu di mana ia menentukan tingkah laku dan penyesuaiannya terhadap alam sekeliling. Istilah dinamik yang diberikan adalah bermaksud sesuatu yang berkembang dan akan berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Begitu juga sistem psikofizikal, merujuk kepada unsur-unsur pemikiran dan juga hal yang berkaitan denagn keadaan fizikal seseorang.

Mischel (1981), menyatakan personaliti merupakan susunan pola-pola tingkahlaku manusia yang disesuaikan mengikut situasi kehidupan mereka. Manakala Eysenk (1967), menjelaskan definisi personaliti sebagai keseluruhan tingkah laku sesuatu organisma yang meliputi pelbagai aspek seperti perangai, peribadi, intelek dan juga bentuk badan yang agak stabil.

Sigmund Freud yang terkenal dengan teori psikoanalisanya menjelaskan personaliti adalah hasil integrasi struktur-struktur dalaman seperti id,ego dan superego. Menurut Freud lagi, keperluan manusia bukan hanya setakat makan dan minum sahaja tetapi ia meliputi keperluan yang lebih luas seperti kasih sayang, keselamatan dan juga seks. Oleh itu bagi mencapai faktor yang dinginkan maka manusia akan menunjukkan personaliti dalam mencapai tahap kepuasannya.

Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan menunjukkan bahawa personaliti tidaklah hanya terhad kepada sesuatu aspek sahaja tetapi ia meliputi pelbagai aspek yang mana ianya boleh mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu yang unik dan membezakannya dengan seseorang individu yang lain. Aspek tersebut dipanggil perbezaan individu.

Page 10: Bookchapter fp20

Personaliti Remaja

3

Kajian tentang personaliti ini telah menghasilkan berbagai teori personaliti yang dapat membantu kita memerhati dan menerangkan berbagai aspek tentang personaliti.

Teori-teori personaliti tersebut adalah dapatan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap berbagai personaliti manusia. Memandangkan manusia adalah makhluk yang sangat kompleks, maka kewujudan berbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kita memahami personaliti manusia yang berbeza-beza. Secara kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri keseluruhan tingkah laku seseorang manusia sama ada yang dapat dilihat ataupun sebaliknya. Seseorang yang mempunyai personaliti yang positif biasanya mempunyai konsep kendiri yang positif dan boleh diterima oleh masayarakat.

Teori personaliti boleh dilihat dan dibahagikan mengikut beberapa bahagian seperti teori personaliti, teori trait dan sebagainya. Walaupun berbeza istilah yang diberikan oleh psikologi Barat namun ia tetap memberi maksud yang serupa. TEORI PERSONALITI Pelbagai teori personaliti yang telah dikemukakan oleh psikologi Barat. Di mana ia cuba menerangkan bagaimana seseorang individu itu membentuk tingkah laku yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Oleh kerana setiap pengkaji memberi pandangan yang berbeza-beza namun begitu terdapat beberapa jenis teori personaliti yang membincangkan tentang persamaan sifat semula jadi manusia dan perbezaan individu dari pelbagai perspektif. Gabungan perbincangan berbagai-bagai teori personaliti tersebut akan dapat memberikan kefahaman yang baik terhadap personaliti individu. Teori Personaliti Sigmund Freud (1940)Teori ini telah diperkenalkan oleh ahli psikologi Barat yang terkenal iaitu Sigmund Freud. Menurut teori ini, naluri yang mempunyai sumber, matlamat dan objek merupakan kuasa penggerak bagi personaliti. Freud (1940) telah menamakan naluri

Page 11: Bookchapter fp20

4 Personaliti Gaya Hidup Remaja

hidup sebagai eros dan tenaga yang dihubungkan dengan naluri tersebut sebagai tenaga libido. Tenaga mati pula dinamakan thanatos yang bertanggungjawab terhadap sikap agresif dan cenderung kepada destruktif diri. Beliau berpendapat bahawa sifat dan tingkah laku manusia didorong oleh satu tenaga yang datang dari dalam diri.

Berdasarkan kajian beliau lagi, beliau telah memperkenalkan konsep alam sedar dan tidak sedar. Di antara alam sedar dan alam tidak sedar terdapat satu aras yang dikenali sebagai alam prasedar. Di mana pada aras prasedar manusia biasanya sukar untuk menyedari sesuatu yang sudah berlalu tetapi boleh mengingat semula sesuatu peristiwa sekiranya diberikan tumpuan yang bersungguh-sungguh. Menurut Freud lagi bahagian yang tidak sedar sebenarnya merupakan bahagian yang terbesar dalam fikiran manusia. Akibatnya manusia akan bertindak dan menunjukkan personaliti yang sukar diterima oleh sebahagian besar masyarakat.

Freud (1940) membahagikan minda manusia kepada tiga bahagian iaitu

1. Id

Id merupakan dorongan biologikal dan tenaga naluri yang mendorong manusia untuk bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibatnya. Id juga adalah sebahagian dari minda yang dikawal oleh prinsip keseronokan dan bersifat semulajadi dan dipunyai oleh kanak-kanak dan terletak diperingkat bawah sedar. Ia merupakan gudang simpanan kepada segala bentuk dorongan. Sifat ini wujud sejak dilahirkan.

2. Ego Ego merupakan subsistem personaliti yang terbentuk melalui pengalaman yang realiti. Tugasnya adalah mengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id. Ego juga merupakan eksekutif bagi personaliti dan dikawal oleh

Page 12: Bookchapter fp20

Personaliti Remaja

5

personaliti. Ia berkembang daripada id yang berusaha untuk berhadapan dengan realiti. Ego ialah sebahagian daripada id dan diubah menjadi ego melalui persepsi kesedaran. Pada peringkat ini biasanya kanak-kanak sudah dapat menilai tingkah laku diri sendiri apabila pemikiran semakin matang.

3. Superego Superego pula bermaksud mengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id dan ego khasnya yang berkaitan dengan tingkah laku yang salah dan berlawanan dengan kehendak masyarakat sekeliling. Idengan kata lain superego merupakan komponen moral bagi personaliti. Ia berfungsi untuk menyekat segala kemahuan Id yang tidak berlandaskan kepada nilai moral dan etika sosial yang diterima masyarakat. Kegagalan superego dalam memainkan peranan sebagai pencegah akan mengakibatkan seseorang itu mengalami konflik dalaman dan menegakibatkan perasaan ego mengalami kebimbangan dan seterusnya membentuk pelbagai helah bela diri.

Mekanisme helah bela diri merupakan proses luar sedar

yang menurunkan keresahan dengan menolak atau menidakkan sesuatu realiti. Ia adalah proses yang bertujuan mempertahankan ego dari mengalami kerisauan dan keresahan. Beliau juga percaya bahawa pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak bagi setiap peringkat perkembangan psiko seksual akan menentukan jenis personaliti yang akan dimiliki oleh kanak-kanak tersebut apabila dewasa kelak. TEORI PERSONALITI KAREN HORNEY (1950) Teori ini menekankan tentang hubungan awal di antara ibu bapa dan anak sebagai faktor penting dalam perkembangan personaliti seseorang individu. Sekiranya hubungan tersebut adalah positif

Page 13: Bookchapter fp20

6 Personaliti Gaya Hidup Remaja

dan berasaskan kepada kasih sayang, kanak-kanak akan berkembang secara normal. Manusia yang normal akan lebih bersikap fleksibel dan spontan serta meletakkan matlamat sesuai dengan kebolehan mereka. Mereka juga hidup dan berkecenderungan untuk mencapai realisasi diri.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang negatif dengan ibu bapa mereka, perasaan tertekan yang wujud akan menyebabkan timbulnya keresahan dalam diri mereka. Untuk menghilangkan perasaan tersebut, seseorang akan cuba menggunakan salah satu daripada kaedah penyesuaian terhadap orang lain iaitu bergerak ke arahnya, bertentangan atau meninggalkannya. Individu yang normal akan menggunakan kaedah tersebut bergantung kepada suasana. Individu yang bermasalah (neurotik) akan hanya menggunakan satu kaedah sahaja yang menyebabkan berlakunya konflik dan keresahan.

Selain daripada kaedah yang tersebut di atas, teori ini juga mencadangkan beberapa teknik penyesuaian lain seperti blind spots iaitu tindakan mengabaikan sesuatu yang tidak konsisten dalam kehidupan; rasionalisasi iaitu memberikan alasan yang logik bagi menutup kesalahan dan beberapa teknik lain lagi.

Menurut Horney (1950), setiap manusia dilahirkan dengan diri sebenar yang sihat yang sesuai bagi perkembangan personaliti yang normal. Sekiranya manusia dapat hidup selari dengan diri mereka yang sebenar, mereka akan berupaya untuk mencapai potensi sepenuhnya dan dapat hidup harmoni dengan manusia yang lain (Hergenhahn dan Olson, 1999).

Teori ini disokong oleh dapatan yang menunjukkan bahawa semakin meningkatnya bilangan manusia yang mempunyai kepercayaan yang tidak rasional terhadap diri sendiri, kecenderungan untuk menjadi tertekan, tidak boleh bersosial, perkahwinan yang tidak bahagia dan menjadi seorang yang tidak dapat menyelesaikan masalah. TEORI PERSONALITI ALBERT BANDURA (1977) Teori ini menyatakan bahawa perbezaan individu disebabkan oleh faktor kognitif, tingkah laku dan persekitaran yang saling

Page 14: Bookchapter fp20

Personaliti Remaja

7

bekerjasama dalam menentukan tindakan seseorang individu terutamanya dalam suasana bersosial. Ia turut menekankan bahawa manusia boleh belajar tentang sesuatu tingkah laku melalui pemerhatian sebelum ia melakukannya. Ini adalah kerana manusia sedar tentang konsekuen dan boleh mengandaikan apa yang akan berlaku serta didorong oleh insentif dalaman dan luaran.

Bandura (1977) juga berpendapat bahawa pembelajaran sosial memberikan maklumat yang berfaedah melalui interaksi dengan manusia lain dan elemen lain dari persekitaran. Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan sesuatu yang penting di mana seseorang akan bertingkah laku menurut model tertentu.

Menurut teori ini, terdapat dua tingkah laku yang berkaitan dengan konsep percontohan iaitu peniruan dan pengenalpastian (Habibah dan Noran, 1997). Peniruan mempunyai pengertian yang agak sempit manakala pengenalpastian bermaksud mengambil kesemua pola tingkah laku. Percontohan melibatkan proses yang lebih luas daripada peniruan tetapi lebih kecil daripada pengenalpastian.

Bandura (1977) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku melalui dua cara iaitu memerhati dan menerima kesan negatif atau positif kepada tingkah laku yang dihasilkan. Oleh yang demikian, pembentukan personaliti seseorang amat bergantung kepada pemerhatian terutama dalam tempoh pembesaran kanak-kanak yang mudah menerima dan belajar melalui proses yang tersebut. Teori Personaliti Humanistik Carl Rogers (1980) Teori personaliti Humanistik telah diperkenalkan oleh Carl Rogers dan juga Abraham Maslow. Teori ini mengatakan manusia mempunyai keupayaan untuk membentuk nasib mereka sendiri bagi merancang sesuatu. Mengikut teori ini, seseorang itu sentiasa menunjukkan sifat-sifat personaliti yang baik serta ingin menjadikan manusia yang berhati mulia, bermoral, pandai mengambil hati dan saling berhubung di antara satu sama lain. Menurut Abraham Maslow, manusia selalu mencuba mendapatkan

Page 15: Bookchapter fp20

8 Personaliti Gaya Hidup Remaja

kesempurnaan kendiri untuk membentuk perkembangan personaliti yang positif.

Asas utama bagi teori ini menyatakan bahawa semua manusia di lahirkan dengan kecenderungan untuk memaksimumkan potensi mereka yang menyebabkan mereka mencari pengalaman yang boleh meningkatkan kehidupan mereka. Kecenderungan tersebut akan mendorong individu bergerak ke arah kreativiti, tanggungjawab sosial dan berdikari. Pengalaman yang memberikan kepuasan akan dipilih manakala pengalaman yang tidak memuaskan akan dielakkan. Manusia yang sihat akan menggunakan proses penilaian organismik sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Konsep kendiri wujud hasil daripada pengalaman yang berulang-ulang.

Kewujudan kendiri menyebabkan wujudnya keperluan kepada tanggapan positif seperti penerimaan kemesraan, kasih sayang, simpati dan dihormati dari orang-orang yang mempunyai hubungan dengan seseorang individu. Keperluan kepada tanggapan positif akan berkembang kepada keperluan kepada ‘self-regard’. Ini bermakna seseorang individu memerlukan bukan hanya tindak balas positif dari orang yang mempunyai hubungan dengannya, ia juga memerlukan tindak balas yang positif terhadap dirinya sendiri. Menurut Rogers (1980), kanak-kanak memerlukan tanggapan positif yang tidak bersyarat. Kedudukan bersyarat yang dikenakan kepada seseorang akan menjadikannya tidak kongruen dengan nilai yang ada pada dirinya. Ketidak kongruenan ini akan menjadikan individu tersebut mengalami keresahan.

Rogers memberikan lebih penekanan kepada dua konsep lain, iaitu ketekalan diri dan kongruen. Kebanyakan tingkah laku adalah tekal dengan konsep kendiri, walaupun tingkah laku tersebut tidak memberi apa-apa ganjaran. Apabila terdapat banyak ketekalan antara konsep kendiri dengan pengalaman, maka terdapat banyak kongruen dalam diri individu. Ini dinamakan kongruen yang tinggi.

Menurut teori ini, manusia mengalami keadaan tidak kongruen apabila terdapat perbezaan antara diri yang di amati dengan pengalaman sebenar. Keadaan ini boleh menimbulkan

Page 16: Bookchapter fp20

Personaliti Remaja

9

ketegangan dan kekeliruan. Kerisauan yang merupakan hasil daripada perbezaan antara pengalaman dan persepsi tentang diri sendiri berlaku sekiranya individu tidak menyedari akan keadaan tersebut. Walau bagaimana pun, beliau percaya bahawa setiap individu cuba mengekalkan konsep kendirinya melalui dua cara membela diri iaitu dengan memesongkan pengertian pengalaman yang dialaminya dan menidakkan pengalaman itu pernah berlaku. TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER (1964) Dari berbagai jenis teori personaliti yang ada, teori Adler menekankan tentang keunikan seseorang individu yang dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial dan bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh faktor biologi terutamanya pada zaman kanak-kanak. Menurut Stein dan Edwards (1998), Adler memberikan penekanan yang mendalam terhadap kepentingan fungsi inferioriti organ yang menentukan kedudukan personaliti seseorang. Kelakuan dan perasaan inferioriti wujud apabila seseorang itu, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung membandingkan dirinya dengan orang lain dan mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang lebih rendah.

Adler (1964) mempercayai bahawa perasaan inferioriti sentiasa wujud dan memberi motivasi dalam perkembangan personaliti manusia. Kesan ini dilihat amat penting terutamanya apabila ia berlaku dalam diri kanak-kanak. Selain daripada konsep inferioriti, konsep superioriti juga merupakan aspek yang penting dalam kehidupan individu yang akan mempengaruhi gaya hidup mereka. Ini adalah kerana matlamat utama seorang manusia merupakan kesempurnaan diri. Konsep minat sosial yang diutarakan oleh Adler menekankan tentang pentingnya hidup bermasyarakat.

Beliau juga menegaskan tentang perlunya memupuk hubungan baik di antara ibu bapa dan anak. Begitu juga hubungan di antara ahli keluarga yang merupakan orang-orang signifikan kepada kanak-kanak. Faktor-faktor ini merupakan aspek yang mempengaruhi pembentukan gaya hidup di kalangan anak-anak.

Page 17: Bookchapter fp20

10 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Selain daripada itu, turutan kelahiran juga memberi kesan sosial kepada kanak-kanak yang juga memberi sumbangan dalam bentuk gaya hidup seseorang. Ini adalah kerana turutan kelahiran dikatakan menjadi asas kepada tingkah laku seseorang kanak-kanak. TEORI TRAIT Trait bermaksud sebarang bentuk sifat yang membezakan seseorang individu dengan individu yang lain denagn kadar kekal dan kosisten (Atkinson dan rakan-rakan 1987). Ia juga merupakan sifat-sifat dalaman yang mempengaruhi tingkah laku seseorang/ Sesetengah ahli psikologi berpendapat trait dipengaruhi oleh baka dan ada pula yang mengatakan oleh persekitaran. Teori trait dipelopori oleh William Sheldon, Goldon Allport dan Raymond Cattell. Teori Trait Gordon Allport (1961) Dalam teori ini, Allport (1961) menekankan bahawa personaliti adalah dinamik, tersusun dan unik. Beliau menambah bahawa personaliti adalah tingkah laku yang terpandu. Menurut teori ini lagi, trait menyediakan struktur, keunikan dan motivasi yang menjadi ciri kepada personaliti seseorang. Personaliti seorang dewasa yang matang akan berkembang secara perlahan melalui lapan peringkat.

Beliau juga percaya bahawa trait wujud dalam urat saraf manusia yang merupakan unsur yang diwarisi yang menyebabkan tingkah laku. Oleh itu, ia dilihat sebagai struktur dalam personaliti dan juga desakan yang menyebabkan tingkah laku. Beliau juga membezakan tiga jenis trait iaitu trait kardinal, trait pusat dan trait sekunder. Trait kardinal sangat ketara dalam kehidupan seseorang dan kita boleh mengesan punca trait tersebut. Secara umum, trait kardinal hanya sedikit. Trait pusat merupakan kecenderungan yang ada pada seseorang, merangkumi situasi yang agak terhad. Jumlah trait pusat adalah lima hingga sepuluh misalnya kejujuran, kebaikan dan tingkah laku asertif. Trait sekunder pula tidak kerap

Page 18: Bookchapter fp20

Personaliti Remaja

11

berlaku dan merupakan tingkah laku yang lebih umum dan tekal. Walaupun Allport percaya bahawa kebanyakan trait adalah diwarisi tetapi beliau tidak membuat kajian untuk membuktikan teorinya.

Beliau berpendapat bahawa seorang yang tidak sihat merupakan individu yang terganggu perkembangan positifnya disebabkan oleh rasa kurang selamat di zaman kanak-kanaknya. Untuk mengatasinya, ia perlu merasa disayangi dan diperlukan. TEORI TRAIT WILLIAM SHELDON William Sheldon merupakan seorang doktor perubatan. Menurut beliau lagi, susuk tubuh badan seseorang seperti gemuk atau endomorf, tegap atau mesomorf dan juga tinggi serta kurus atau ektomorf mempengaruhi pembentukan personaliti. Orang yang gemuk biasanya mempunyai sifat-sifat seperti tidak kedekut, periang, tidak aktif dalam sukan, senang mencurahkan perasaan, kurang emosional, lambat bertindak balas dan suka bergaul.

Manakala orang yang segak pula, William Sheldon menyatakan, individu seperti ini mempunyai sifat seperti bertenaga, kuat bekerja dan cerdas. Manakala orang yang tinggi pula biasanya mempunyai sifat seperti banyak berfikir, tidak suka mencurahkan perasaan, berhati-hati semasa bercakap, kurang berkawan dan cepat sensitif. Walaubagaimanapun apa yang dikemukakan oleh Sheldon ini hanyalah secara kebetulan sahaja dan tidak semua orang yang gemuk itu mempunyai sifat yang dinyatakan itu tadi. TEORI TRAIT RAYMOND CATTEL (1965) Menurut Cattell, personaliti adalah sesuatu yang membenarkan kita membuat ramalan apa yang dilakukan oleh seseorang individu dalam sesuatu situasi. Cattell (1965) telah membahagikan trait kepada dua iaitu trait permukaan dan trait sumber. Trait permukaan bermaksud trait yang mudah dikenal pasti daripada tingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang. Trait sumber pula adalah sifat-sifat yang tidak dapat dilihat secara langsung tetapi boleh diketahui melalui faktor analisis. Selain daripada itu, Cattell juga berpendapat untuk mengenalkan personaliti seseorang bukan

Page 19: Bookchapter fp20

12 Personaliti Gaya Hidup Remaja

bergantung kepada trait sahaja tetapi juga melalui motivasi seseorang. TEORI JENIS, INTROVERT DAN EKSTROVERTTeori jenis introvert (dalaman) dan ekstrovert (luaran) telah diperkenalkan oleh Carl Jung (1993) dan Hans J. Eysenck (1967). Menurt Eysenck, baka memainkan peranan yang amat penting dalam personaliti jenis ini. Individu yang tergolong dalam kumpulan introvert biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:

i Suka memendam perasaan, serius dan tidak suka marah.

ii Memnetingkan diri sendiri seperti suka membuat kerja secara bersendirian. Contoh pekerjaans eperti pelukis, pengubah dan sebagainya.

iii Suka merancang drngan teratur bagi kepentingan masa hadapan.

iv Mengambil masa yang panjang untuk tidur. v Mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi

khasnya pada waktu pagi tetapi akan berkurangan apabila tiba waktu malam.

Sementara itu individu yang tergolong dalam golongan ekstrovert pula mempunyai ciri-ciri seperti :

i Mempunyai ramai kawan dan selalu berkeadaan riang.

ii Selalu aktif dalam sukan iii Cepat marah tetapi tidak menyimpan perasaan

dendam yang berpanjangan. iv Keadaan mental dan emosi lebih yang stabil dan

tidak mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. TEORI PEMBELAJARAN Teori ini menjelaskan bahawa tingkah laku dan pembentukan personaliti manusia adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan bukannya dari jiwa atau dalaman. Ini bermaksud jiwa tidak mempunyai peranan langsung dalam pembentukan tingkah laku

Page 20: Bookchapter fp20

Personaliti Remaja

13

manusia. Jika dilihat melalui andaian yang dibuat oleh ahli dalam bidang bahaviurisme dan pembelajaran Skinner menyatakan :

i Tingkah laku manusia pada umumnya ditentukan oleh persekitaran

ii Manusia suka kepada kenikmatan dan ingin menjauhkan diri dari kesakitan

iii Tingkahlaku manusia boleh dikawal, dibentuk dan dimanipulasikan.

KESIMPULAN Memahami personaliti remaja melalui kefahaman teori ini adalah penting kerana ia boleh menjadi panduan kepada ibu bapa untuk lebih memahami keadaan anak-anak remaja mereka RUJUKAN Abdul Razak Habib, Salleh Amat, Zuria Mahmud. (2001).

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 26: 81 – 92.

Azizi Hj Yahaya dan Shahrin Hashim . (2007). “Membentuk Personaliti Kanak-kanak”. Pendidikan Kekeluargaan, Desktop Publisher, 104-121.

Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah Laku Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.” Projek Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Zulzaidi Bin Mahmod. (09 April 2008). Televisyen 'curi' masa berkualiti kanak-kanak. Berita Harian

Page 21: Bookchapter fp20

2

BAKA DAN PERSONALITI REMAJA Nurulhuda Azizi

Nurul Ezzati Azizi

PENGENALAN Seorang tokoh ulama Islam yang agung iaitu Imam Al-Ghazali, telah meletakkan tanggungjawab mendidik akhlak kepada ibu bapa. Ini adalah kerana anak-anak perlu dilatih dan dididik sejak kecil di mana mereka ini umpama kain putih yang bersih yang menerima segalanya dari ibu bapa mereka.

Alfred Adler (1964) berpendapat bahawa kanak-kanak belajar untuk menangani masalah dalam kehidupan melalui sokongan dan galakan yang diberikan oleh orang-orang signifikan yang membantu dalam perkembangan mereka (Marcus dan Rosenberg, 1998). Dengan adanya asas yang positif, kanak-kanak akan membesar dan dapat menempuh tiga tugas utama dalam kehidupan mereka iaitu pekerjaan, masyarakat dan hubungan kasih sayang dengan jayanya. Mereka akan dapat berkembang dengan baik dan menyumbang kepada masyarakat. Sekiranya kanak-kanak tidak mendapat sokongan dan galakan yang diperlukan, mereka akan dikuasai oleh perasaan rendah diri dan kesannya, mereka akan memiliki cara hidup yang negatif.

Adler (1964) menegaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi gaya hidup yang merupakan antara ciri-ciri personaliti kanak-kanak. Pendapat ini turut disokong oleh Karen Horney (1950) yang mengatakan bahawa hubungan awal di antara ibu bapa dan anak sebagai faktor penting dalam perkembangan personaliti seseorang individu. Sekiranya hubungan tersebut adalah positif dan berasaskan kepada

Page 22: Bookchapter fp20

15 Baka dan Personaliti Remaja

kasih sayang, kanak-kanak akan berkembang secara normal. Menurut satu kajian lain yang dijalankan, mereka

mencadangkan bahawa sesetengah jenis personaliti yang bermasalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah didikan ibu bapa. Kajian yang dijalankan oleh Gallant (1998) terhadap hubungan di antara ciri-ciri personaliti dengan masalah keibubapaan di kalangan mereka yang alkoholik, mendapati wujud hubungan yang positif di antara ciri-ciri personaliti yang bermasalah dengan cara didikan ibu bapa yang alkoholik.

Kail dan Cavanaugh (2000) menyatakan bahawa terdapat dua dimensi hubungan di antara ibu bapa dan anak iaitu tahap kemesraan dan responsif serta tahap kawalan yang keterlaluan di kalangan ibu bapa yang berupaya mempengaruhi sikap, tingkah laku dan juga personaliti anak. Baumrind dalam Kail dan Cavanaugh (2000) telah menggabungkan kedua-dua dimensi tersebut dan menghasilkan empat gaya keibubapaan iaitu:

1. Autoritarian. Gaya ini merupakan gabungan kawalan yang tinggi dengan sedikit kemesraan. Ibu bapa tersebut meletakkan peraturan dan mengharapkan ianya akan dipatuhi tanpa sebarang bantahan dan perbincangan. Nilai yang ingin disemai di dalam diri anak adalah kesungguhan, hormat dan ketaatan.

2. Autoritatif. Gaya ini menggabungkan kawalan yang sederhana dan seimbang dengan kemesraan yang diberikan kepada anak mereka. Ibu bapa dengan gaya ini lebih mengutamakan penjelasan terhadap peraturan yang dibuat dan menggalakkan perbincangan.

3. Permisif. Ibu bapa dengan gaya ini lebih memberikan kemesraan tetapi terlalu kurang kawalan terhadap anak mereka. Mereka lebih banyak menerima tingkah laku anak dan kurang memberikan sebarang hukuman.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan, ia

menunjukkan bahawa kanak-kanak di bawah jagaan ibu bapa yang autoritarian mendapat gred yang rendah, estim diri yang rendah dan juga kurang mempunyai kemahiran bersosial. Kanak-kanak

Page 23: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 16

yang mempunyai ibu bapa yang autoritatif lebih cenderung untuk mendapat gred yang tinggi, bertanggungjawab, berkeyakinan diri dan kemahiran bersosial yang tinggi. Manakala kanak-kanak dengan ibu bapa yang permisif cenderung mendapat gred yang rendah, impulsif dan mudah kecewa. Oleh yang demikian, kesimpulan yang dapat dibuat adalah gaya keibubapaan yang menggabungkan kemesraan dan kawalan yang sederhana merupakan cara yang terbaik dalam membentuk tingkah laku dan personaliti yang baik di kalangan anak-anak.

Walau bagaimana pun, dapatan kajian yang dibuat oleh Gorman (1998) berbeza bagi kaum Cina di mana adalah didapati kebanyakan ibu bapa dari kaum Cina yang berasal dari negara China mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian. Hasilnya adalah anak-anak mereka didapati lebih berjaya dalam pencapaian akademik dan juga mempunyai tahap kesihatan psikologikal yang tinggi.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Brook, Zheng et. al. (2001) tentang pengaruh sikap ibu bapa terhadap keganasan di kalangan kanak-kanak berumur 2 tahun mendapati bahawa ibu bapa yang mengambil dadah dan mengalami konflik dalam perkahwinan mereka berperanan dalam menyebabkan berlakunya keganasan di kalangan kanak-kanak terhadap rakan sebaya mereka. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa yang mengambil dadah sememangnya bersikap ganas dan ini telah menjadi model kepada kanak-kanak tersebut untuk bersikap dan bertingkah laku yang sama.

FAKTOR ETNIK DAN KETURUNAN Ciri-ciri personaliti dan perbezaan individu turut dipengaruhi oleh baka atau keturunan. Nahavandi dan Malekzadeh (1999) menyatakan bahawa keturunan terdiri daripada kumpulan genetik, jantina, bangsa dan latar belakang etnik seseorang individu. Dalam kajian yang dijalankan ke atas sepasang kembar, mendapati bahawa walaupun mereka dibesarkan secara berasingan, personaliti kedua-dua kembar tersebut lebih menyerupai antara satu sama lain berbanding dengan ahli keluarga angkat mereka.

Page 24: Bookchapter fp20

17 Baka dan Personaliti Remaja

Etnik merupakan salah satu ciri yang termasuk di dalam istilah keturunan. Etnik bermaksud perbezaan kebudayaan yang diwarisi oleh setiap kumpulan manusia di mana kebudayaan ini merujuk kepada pertuturan, agama, makanan kebiasaan dan negara asal (Mohd. Salleh Lebar, 2001). Dalam satu kajian yang dijalankan, mendapati bahawa terdapat perbezaan yang jelas dalam pembentukan tingkah laku dan personaliti di kalangan kanak-kanak dari budaya dan keturunan yang berlainan iaitu Cina, Amerika Syarikat dan orang-orang Cina yang berhijrah ke Amerika Syarikat.

Menurut Yong Chee Ken (1998) pembentukan personaliti yang asas bertitik tolak daripada empat andaian daripada yang berikut:

1. Pengalaman awal seseorang individu membawa kepada pengaruh yang berpanjangan terhadap personalitinya.

2. Pengalaman yang serupa cenderung menghasilkan ciri-ciri personaliti yang serupa di kalangan individu yang terdedah dengan pengalaman-pengalaman itu.

3. Amalan-amalan dalam penjagaan anak adalah mengikut corak budaya, dan cenderung serupa walaupun tidak pernah identikal bagi pelbagai keluarga dalam masyarakat.

4. Cara penjagaan anak berbeza-beza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Di antara masyarakat yang berlainan kerap kali wujud

pengalaman-pengalaman yang berbeza. Dari itu norma-norma personaliti mereka juga berbeza. Tambahan lagi sistem nilai yang wujud dalam masyarakat sudah tentu berbeza daripada masyarakat lain yang turut sama menyumbang kepada wujudnya perbezaan tersebut.

Hubungan ini juga dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Dion dan Yee (1987) tentang perbezaan personaliti di kalangan golongan barat (iaitu Anglo dan Eropah) dengan golongan timur (iaitu Cina, Jepun dan Indo-Pakistan). Golongan timur mempunyai personaliti yang mengutamakan keharmonian, kekeluargaan dan keselamatan. Manakala golongan barat pula

Page 25: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 18

lebih kepada individualistik, kecenderungan terhadap pengurusan diri dan persekitaran. FAKTOR AHLI KELUARGA Adler memberi penekanan kepada kedudukan seseorang dalam susunan adik-beradiknya. Beliau mempercayai bahawa personaliti anak pertama adalah berlainan daripada anak kedua atau anak bongsu. Anak tunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibu bapanya. Anak sulung yang mempunyai beberapa orang adik beradik bertingkah laku seperti anak tunggal pada permulaannya. Dengan munculnya anak kedua, ibu bapa akan lebih memberi perhatian kepadanya. Ini memungkinkan timbulnya perasaan cemburu di hati anak sulung tersebut. Begitu juga dengan anak kedua dan anak bongsu yang masing-masing mempunyai tingkah laku dan sikap yang tersendiri. Menurut Habibah dan Noran (1997), telah banyak kajian dibuat terhadap teori Adler ini sama ada yang menyokong mahupun yang tidak menyokongnya.

Menurut Mizan Adiliah et. al (2000) persepsi individu terhadap kedudukannya dalam adik-beradik dan keluarga juga memberikan kesan kepada konsep diri yang akhirnya membentuk personaliti mereka. Berbanding dengan ahli keluarga yang lain, individu sentiasa menilai dengan membandingkan sama ada ia lebih baik, setanding atau kurang, diterima atau tidak. Perbandingan ini boleh berlaku secara langsung atau tidak melalui interaksi seharian dengan ahli keluarga mereka.

Menurut Habibah Elias (2002) keluarga boleh memberi kesan keatas perkembangan personaliti seseorang.Ibubapa memeinkan peranan yang penting untuk mewujudkan perhubungan yang harmonis dikalangan ahli keluarga.Ibubapa hendaklah menunjukan bahawa mereka mengambil berat dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Cara yang demikian dapat membantu anak-anak supaya berasa lebih positif terhadap diri mereka sendiri dan akhirnya menjadi orang dewasa yang berani dan yakin pada diri sendiri.

Page 26: Bookchapter fp20

19 Baka dan Personaliti Remaja

FAKTOR PERSEKITARAN Ibn Khaldun dipetik dalam Abdullah Al-Amin Al-Na’miy (1994) menyatakan bahawa manusia berbeza berdasarkan persekitaran di mana sesiapa yang mendapati dalam persekitaran dan pendidikannya, faktor-faktor yang membantunya menuju kebaikan akan tergolong ke dalam golongan yang baik. Manakala sesiapa yang mendapati sebaliknya pula boleh jadi tergolong dalam golongan orang jahat. Beliau juga merumuskan bahawa faktor perwarisan dan pengaruh persekitaran mempunyai kesan dalam membentuk dan mengubah sesuatu tingkah laku.

Menurut Nahavandi dan Malekzadeh (1999), perbezaan yang wujud di kalangan individu juga dipengaruhi oleh interaksi di antara faktor keturunan dan persekitaran. Faktor persekitaran dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam membentuk personaliti seseorang. Faktor persekitaran menggabungkan budaya, pendidikan, didikan ibu bapa dan juga lokasi fizikal.

Kamaruddin (1996) menerangkan bahawa budaya yang merupakan norma kehidupan seseorang berupaya mencorakkan personaliti seseorang. Budaya yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai dalam budaya yang tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti. Nilai-nilai murni yang disemaikan dalam diri seseorang akan melahirkan individu yang mempunyai personaliti yang seimbang.

Menurut Hassan Langgulung (1997), pendidikan terbahagi kepada dua jenis iaitu pendidikan dari segi masyarakat dan pendidikan dari segi individu. Pendidikan masyarakat merupakan warisan kebudayaan daripada generasi tua kepada generasi muda. Ianya merujuk kepada nilai-nilai yang bersifat intelektual, seni, politik, ekonomi dan berbagai lagi. Pendidikan individu pula bererti pengembangan potensi-potensi pada diri manusia yang terpendam dan tersembunyi. Individu itu umpama lautan yang penuh dengan mutiara dan bermacam-macam hidupan tetapi tidak kelihatan. Ia perlu digali dan dipancing supaya ia dapat dijadikan

Page 27: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 20

perhiasan dan makanan manusia. Manusia mempunyai berbagai bakat dan kemampuan yang boleh digilap agar ianya memberi manfaat kepada dirinya dan seluruh masyarakat.

Interaksi di antara faktor keturunan dan persekitaran dalam membentuk personaliti dapat ditunjukkan dalam rajah 1 berikut:

CIRI

INDIVIDU

Perbezaan individu (dipetik dari Nahavandi dan Malekzadeh

(1999) Pembinaan sesebuah tamadun bukan hanya terletak pada generasi muda sahaja.Ianya lebih menekankan kepada para ibu bapa serta masyarakat kerana orang yang muda akan belajar melalui contoh tauladan dan menerima didikan dari orang disekelilingnya.Tanpa contoh dan didikan yang betul, tidak mungkin mereka akan dapat belajar dan mempunyai personaliti serta akhlak yang baik.Pembentukan personaliti seseorang individu itu dipengaruhi oleh beberapa faktor yang penting. Habibah dan Noran(1997) menyatakan bahawa personaliti seseorang itu bergantung kepada beberapa faktor termasuklah faktor baka dan juga pengaruh persekitaran yang

Keturunan: Gen, Bangsa, Etnik, Jantina

Persekitaran: Budaya, Pendidikan, Ibu bapa, Fizikal

Personaliti

Kebolehan dan kemahiran

Nilai Sikap

Tingkah laku

Page 28: Bookchapter fp20

21 Baka dan Personaliti Remaja

merangkumi didikan keluarga terutamanya ibu bapa, budaya dan perbezaan kaum.

Kline(1993) menyatakan personaliti dari pandangan model psiko metrik adalah merupakan jumlah trait bagi seseorang individu yang menentukan keseluruhan tingkah laku individu tersebut.Ciri-ciri personaliti yang berbeza menentukan perbezaan yang wujud dalam diri setiap individu.Personaliti merupakan sebahagian daripada bidang psikologi yang mengambil kira tentang manusia secara keseluruhan sebagai individu dan makhluk yang kompleks.Manusia mempunyai banyak persamaaan tetapi berbeza dalam berbagai cara yang lain.Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu yang unik dan membezakannya dengan seseorang individu yang lain.Aspek tersebut dikenali sebagai perbezaan individu.Kewujudan berbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kita memahami personaliti manusia yang berbeza-beza.

Menurut Adler (1964), gaya hidup (lifestyle) merupakan personaliti seseorang individu yang merangkumi pendapat kreatif terhadap diri sendiri, masalah kehidupan dan keseluruhan sikap terhadap dirinya dan orang lain.Gaya hidup juga dianggap lambing kepada tingkah laku seseorang.Terdapat empat jenis gaya hidup yang asas iaitu pertama memberi manfaat kepada masyarakat (Socially useful type) merupakan golongan yang menghasilkan kebaikan bukan sahaja kepada dirinya sendiri malahan kepada orang lain. Gaya hidup yang kedua ialah jenis yang menguasai (Ruling type) adalah golongan yang ingin membuktikan kehebatan dirinya melalui tindakan menguasai dan mengarah orang lain. Manakala gaya hidup yang ketiga merupakan golongan yang ingin mendapatkan kesenangan dengan usaha orang lain tanpa usaha dari dirinya sendiri. Bagi gaya hidup yang keempat pula,adalah jenis yang mengelak (Avoiding type) merupakan golongan yang suka mengelakkan diri dari membuat sebarang keputusan.

Gaya hidup manusia dibentuk oleh pengalaman awal yang pernah dilalui oleh seseorang.Walaupun ia merupakan ciri semulajadi seseorang tetapi boleh dipertingkatkan melalui

Page 29: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 22

latihan dan bimbingan.Dalam memahami gaya hidup seseorang adalah perlu untuk mengambil kira orang-orang yang mempunyai hubungan dengannya seperti ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat yang turut memberi kesan kepada pemilihan gaya hidup seseorang individu. Selain itu , terdapat juga hubungan di antara gaya hidup dengan pencapaian akademik seseorang itu.

Kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan fenomena negatif yang melibatkan golongan remaja dalam jenayah-jenayah seperti membunuh, merompak, merogol dan sebagainya. Zakaria Stapa (1997) menyatakan bahawa golongan remaja merupakan golongan yang perlu dilengkapkan diri mereka dengan pengisian yang bermakna kerana kepada mereka dipertaruhkan kelangsungan nasib masa depan segala apa yang kita usahakan pada masa kini.Pembuangan bayi di merata tempat dan seks di luar nikah semakin menjadi sejak akhir-akhir ini. Di antara sebab-sebab yang menjadi punca kepada perlakuan negatif ini ialah perselisihan faham dengan ibubapa, mempunyai latar belakang keluarga yang sering bergaduh dan tidak bahagia, gangguan seksual serta masalah pergaulan.

Masyarakat kita pada masa kini menggambarkan warga masyarakat yang semakin kasar, ganas, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri.Kesan daripada sikap ini ditunjukkan dengan meningkatnya angka kemalangan dan kematian akibat daripada kemalangan jalan raya. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengenal pasti gaya hidup dengan ciri-ciri personaliti seseoprang itu.Menurut Adler, individu yang normal secara semulajadinya akan ‘mengambil berat’ tentang orang lain dan mempunyai matlamat untuk berbakti kepada masyarakat.Beliau juga percaya bahawa orang-orang yang neurotik dan penjenayah serta orang-orang yang gagal dalam hidup kurang mempunyai matlamat sosial.Mereka ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira kebajikan masyarakat.Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa “ Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain”.Dalam hadis yang lain juga, baginda bersabda

Page 30: Bookchapter fp20

23 Baka dan Personaliti Remaja

bahawa “Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal orang Islam yang lain maka dia bukan dari kalangan mereka”.

Jelas di sini menunujukkan individu yang baik dan sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.Matlamat yang ingin dicapai adalah menghasilkan insan yang baik.Dengan mengenal pasti ciri personaliti melalui gaya hidup yang bermanfaat kepada masyarakat ia akan menghasilkan budaya hidup yang dapat membentuk personaliti dan masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan manusia yang produktif. KONSEP PERSONALITI Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona atau personalitas. Maksud pesonalitas ialah topeng yang merujuk kepada rupa luaran yang ada pada seseorang.Menurut Ma’rof dan Haslinda (2002), personaliti merupakan keseluruhan cara bertindak, berfikir dan merasa yang tipikal bagi seseorang yang menjadikan individu itu berbeza dengan orang lain.Dua konsep yang ditekankan ialah tipikal dan berbeza.Personaliti seseorang mengandungi kesemua ciri pskilogi yang secara relatifnya tidak berubah, yang tipikal(biasa terdapat) pada individu tersebut. Penekanan kedua adalah berbeza iaitu setiap daripada kita adalah manusia yang unik kerana tiada seorang pun yang mempunyai kombinasi kualiti-kualiti psikologi tipikal yang benar-benar sama.

Allen(2000) personaliti merupakan beberapa set yang mengandugi dimensi tingkah laku di mana setiap satunya berkaitan dengan trait yang tertentu. Walaupun terdapat manusia yang berkongsi trait yang sama berbeza daripada segi pemilikan setiap trait tersebut dan perkongsian tersebut tidak melibatkan keseluruhan personaliti. Menurut Habibah dan Noran (1997), personaliti merujuk kepada dua pengertian iaitu kemahiran sosial.

Mengikut pengertian ini, personaliti seseorang dinilai melalui cara dia berjaya mendapatkan tindak balas yang

Page 31: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 24

positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. Dalam konteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarik dengan orang lain dikatakan mempunyai personaliti yang menarik.Pengertian kedua ialah personaliti didefinisikan sebagai kesan yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Oleh kerana itu, seseorang itu boleh dikatakan mempunyai ‘personaliti agresif’ atau ‘personaliti submisif’ atau ‘personaliti penakut’. Atribut atau kualiti tersebut merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain.Berdasarkan kedua-dua pengertian tersebut, adalah jelas menunjukkan personaliti merujuk kepada penilaian yang dibuat oleh seseorang. GAYA HIDUP Adler sering menggunakan kata gaya hidup dalam teori personaliti dan psikologi individu.Menurut beliau, gaya hidup seseorang merupakan personaliti, kesatuan personaliti, satu bentuk pandangan yang kreatif bagi diri seseorang, masalah hidup dan keseluruhan sikap terhadap kehidupan diri dan orang lain.Gaya hidup juga merupakan kunci kepada tingkah laku seseorang dalam mencapai “superioriti”.

Terdapat empat jenis gaya hidup yang diutarakan oleh Alfred Adler iaitu yang bermanfaat kepada masyarakat (Socially useful), mengelak (Avoiding), mengambil kesempatan (Getting)dan menguasai (Ruling). Keempat-empat jenis gaya hidup ini merupakan ciri-ciri personaliti seseorang individu dalam usaha mereka untuk mencapai superioriti dalam kehidupan.Gaya hidup ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu didikan ibu bapanya terutamanya bagi tempoh lima tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak dan juga dipengaruhi oleh turutan kelahiran seseorang.

DIDIKAN IBU BAPA Didikan ibu bapa ditakrifkan sebagai segala bentuk asuhan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak sama ada dalam bentuk kasih saying, perhatian dan juga disiplin yang dikenakan kepada mereka. Menurut Habibah dan Noran(1997)

Page 32: Bookchapter fp20

25 Baka dan Personaliti Remaja

menjelaskan bahawa terdapat berbagai-bagai cara ibu bapa berhubung dengan anak-anak mereka iaitu bermesra dan banyak memberi kasih sayang,dingin dan membenci dan terlalu memberi pelindungan di samping menyedari keperluan anak untuk bebas serta berdikari.Setiap pola tingkah laku ibu bapa memberi kesan terhadap pembentukan personaliti anak.

Terdapat tiga jenis gaya keibubapaan iaitu pertama autoritarian. Gaya ini merupakan gabungan kawalan yang tinggi dengan sedikit kemesraan. Ibu bapa tersebut meletakkan peraturan dan mengharapkan ianya akan dipatuhi sebarang bantahan dan perbincangan. Nilai yang ingin disemai di dalam diri anak adalah kesungguhan, hormat dan ketaatan.Gaya keibubapaan yang kedua ialah autoritatif. Gaya ini menggabungkan kawalan yang sederhana dan seimbang dengan rasa

Kemesraan yang diberikan kepada anak mereka.Ibu bapa yang menggunakan gaya keibubapaan ini lebih mengutamakan penjelasan terhadap peraturan yang dibuat dan menggalakkan perbincangan.Manakala gaya keibubapaan yang ketiga ialah permisif. Ibu bapa dengan gaya ini lebih memberikan kemesraan tetapi kurang kawalan terhadap anak mereka.Mereka lebih banyak menerima tingklah laku anak dan kurang memberikan sebarang hukuman.Ketiga-tiga jenis gaya keibubapaan ini mempengaruhi personaliti individu dan berperanan membentuk gaya hidup mereka. BUDAYA Budaya merupakan nilai-nilai yang dikongsi oleh masyarakat setempat.Habibah dan Noran(1997), menyatakan bahawa budaya mempunyai tingkah laku dan kepercayaan tertentu yang diterima dan diiktiraf oleh ahli-ahlinya. Ini bermakna terdapat pola tingkah laku tertentu yang menyebabkan sesebuah kelompok mempunyai ciri-ciri personaliti yang sama.Faktor budaya termasuklah budaya menghargai, tekun berusaha,

Page 33: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 26

bersaing dan juga budaya cukup makan. TURUTAN KELAHIRAN Turutan kelahiran merujuk kepada susunan anak yang dilahirkan dalam sesebuah keluarga. Menurut Adler (1927), turutan kelahiran seseorang anak memberi kesan sosial kepada kanak-kanak. Walaupun, seseorang itu dibesarkan oleh ibu bapa dan di rumah yang sama tidak bermakna mereka mempunyai identiti sosial yang sama kerana perbezaan umur memberikan perbezaan dalam penerimaan terhadap sikap ibu bapa. Maka perbezaan ini mempengaruhi bentuk personaliti seseorang.Menurut Adler anak pertama berlainan daripada anak kedua atau bongsu.Anak tunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibubapanya. Anak sulung yang mempunyai beberapa orang adik beradik juga juga mempunyai tingkah laku seperti anak tunggal juga tetapi kelahiran anak kedua mengarah kasih sayang ibu bapa kepada anak kedua pula.Ini menyebabkan anak sulung tadi berasa tidak selamat dan bencikan adiknya. Anak kedua mungkin mengalami bahawa pada peringkat awalnya dia dapat menundukan kakak atau abangnya kerana ibu bapa akan sering meminta kakak atau abang tadi mengalah kepada tingkah laku adik. Dengan itu anak kedua tadi mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dan menjadi individu yang lebih waras daripada anak sulung. Seterusnya anak bongsu mempunyai lebih banyak peluang untuk menundukan abang-abang dan kakak-kakak yang ada. Akhirnya dia menjadi rosak dan mempunyai tingkahlaku neurotik.

Teori Adler yang kedua ini banyak dibuat kajian.Penemuan kajian tahun tiga puluhan tidak menyokong teori tersebut. Akan tetepi penemuan kajian yang dilakukan pada tahun lima puluhan menyokong teori Adler.seterusnya kajian yang dilakukan pada tahun tujuh puluhan memberi penemuan yang berbelah bagi. Kini teori Adler tentang kedudukan seseorang dalam susunan adik beradiknya tidak mendapat banyak sokongan atau dibuat kajian.

Page 34: Bookchapter fp20

27 Baka dan Personaliti Remaja

MEKANISME BELA DIRI Apabila berhadapan dengan ancaman yang akan menggugat kestabilan atau kerisauan, terdapat dua cara ego berhadapan dengan keadaan ini iaitu berhadapan terus dengan keadaan tegang atau membela diri daripada keadaan tersebut. Sekiranya sumber ancaman dapat dikenal pasti, ego boleh menghadapi keadaan ini dengan mempertahankan diri.Cara seseorang berhadapan dengan keadaan tegang dinamakan mekanisme bela diri. Mekanisme tersebut mungkin menyebabkan seseorang menindakkan, memalsukan atau mengubah kebenaran. Selain itu, mekanisme ini mungkin dilakukan secara tidak sedar. Terdapat pelbagai cara seseorang membela dirinya iaitu dengan cara menekan perasaan, rasionalisasi, penonjolan, sublimasi, pengalihan, pampasan, pembentukan reaksi dan juga pengenalpastian. Menekan perasaan Cara asas bagi ego mengawal tingkah laku yang impulsif ialah dengan cara memendam diri atau menekan tingkah laku impulsif. Melalui cara ini, tingkah laku impulsive yang liar dipaksa balik kembali ke bahagian tidak sedar, maka terdapatlah imbangan antara id dan ego. Akan tetapi idea tyang terpendam ini tidak akan terus hilang, ia akan terus kembali ke bahagian sedar melalui cara lain seperti mimpi atau terlepas kata. Rasionalisasi Mekanisme bela diri yang melibatkan rasionalisasi melibatkan penerangan tingkah laku yang tidak diterima dari segi motif peribadi atau sosial. Ia merupakan proses memberi alasan kepada tingkah laku yang tidak diterima.Pelajar yang menerima markah yang rendah dalam ujian atau peperiksaan akan mengatakan kegagalannya disebabkan oleh guru agak kedekut memberi markah yang tinggi.Sama seperti memendam

Page 35: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 28

diri, rasionalisasi berada pada tahap tidak sedar. Penonjolan diri Dalam penonjolan diri, seseorang membela dirinya daripada idea atau ciri peribadi yang tidak diterima oleh orang lain.Seseorang yang mempunyai perasaan benci kepada orang lain akan menonjolkan perasaannya sebagai perasaan benci kawan-kawan terhadapnya dan dengan demikian dia berhak menyimpan perasaan benci tersebut terhadap kawan-kawannya. Sublimasi Seseorang boleh menunjukkan tingkah laku yang tidak diterima dengan menggantikannya dengan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.Dengan mengambil bahagian dalam pertandingan tae kwan do atau judo mungkin boleh menggantikan tingkah laku agresif.Menurut Freud, cara untuk menjadi manusia yang matang ialah dengan mempelajari cara membuat sublimasi sebagai ganti desakan naluri yang liar. Pengalihan Kebanyakan tingkah laku tidak mempunyai satu matlamat tetapi mungkin mempunyai satu hierarki matlamat.Satu tinglkah laku boleh dikatakan mengalami pengalihan apabila matlamat yang lebih rendah mengambil tempat matlamat yang lebih tinggi. Misalnya seorang pemandu kereta yang berasa marah apabila ditahan polis dan didenda kerana memandu dengan laju akan mengalihkan perasaan marahnya kepada orang lain mungkin kepada penjual goring pisang di tepi jalan kerana lambat membungkus pesanan goreng pisangnya.

Page 36: Bookchapter fp20

29 Baka dan Personaliti Remaja

Pampasan Pampasan adalah satu bentuk penggantian apabila sesuatu kelemahan seseorang di atasi dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang yang berlainan tetapi hamper sama dengan cita-cita asal.Misalnya seorang yang gagal menjadi seorang doktor akan berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli farmasi atau doktor pergigian yang berjaya. Teori Analitik Sosial Ahli psikologi yang mula-mula membentuk teori analitik sosial ialah Alfred Adler. Teori beliau juga dikenali sebagai teori psikologi individu. Adler memberi penekanan kepada kedudukan seseorang dalam susunan adik-beradiknya. Beliau mempercayai bahawa personaliti anak pertama adalah berlainan daripada anak kedua atau anak bongsu.Anak tunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibubapanya. Anak sulung mempunyai beberapa orang adik beradik juga pada mulanya mempunyai tingkah laku seperti anak tunggal, tetapi kelahiran anak kedua mengarah kasih sayang kepada anak kedua pula, akan menyebabkan anak sulung berasa tidak selamat dan bencikan adiknya.Anak kedua pada peringkat awalnya akan dapat menundukkan kakak atau abangnya kerana ibu bapa akan sering meminta kaka atau abangnya mengalah kepada tingkah laku adik.Dengan itu, anak kedua ini akan mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dan menjadi individu yang lebih waras daripada anak sulung.Manakala anak bongsu pula mempunyai lebih banyak peluang untuk menundukkan abang-abang dan kakak-kakaknya. Akhirnya dia menjadi rosak dan mempunyai kecenderungan untuk membentuk tingkah laku neurotik.

Page 37: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 30

Teori Fenomenologi-Humanistik Teori ini dikemukakan oleh Carl Rogers. Menurut teori Rogers, konsep utama dalam struktur personaliti ialah diri. Menurut beliau seseorang itu melihat sesuatu objek dan mengalami dan memberi makna kepada objek-objek tersebut. Keseluruhan persepsi atau pandangan dan makna yang berkaitan dengan objek merupakan bidang fenomena seseorang.Bahagian-bahagian dalam bidang tersebut dilihat sebagai “diri”, “diri saya” dan “saya”.Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya, seseorang itu menghimpun banyak banyak pengalaman yang berkaitan dengan dirinya.Pengalaman awal ini akan berkembang menjadi konsep kendiri iaitu persepsi seseorang tentang dirinya sendiri.

Maksud diri di sini ialah satu set persepsi yang telah tersusun dan ia wujud secara sedar. Walaupun kita mempunyai pengalaman yang tidak kita sedari, konsep kendiri adalah baahgian diri kita yang sedar.Rogers mempercayai bahawa definisi diri seperti ini adalah tepat dan perlu digunakan dalam penyelidikan.Definisi diri yang merangkumi bahagian tidak sedar tidak boleh dikaji secara objektif.Satu konsep yang berkaitan di sini ialah konsep kendiri yang kita idamkan. Ia merqngkumi persepsi dan makna yang berkaitan dengan diri kita sendiri dan sangat dihargai oleh kita. Teori kognitif sosial Teori kognitif sosial adalah berasaskan kepada teori pemelajaran.Pada peringkat awalnya, teori ini dikenal sebagai teori pemelajaran sosial. Kini ia dikenali sebagai teori kognitif sosial atau teori pemelajaran kognitif sosial.Teori ini adalah teori personaliti yang paling popular di kalangan ahli akademik.Ia juga banyak digunakan dalam bidang psikologi klinikal. Ahli psikologi yang sering dikaitkan dengan teori kognitif sosial ialah Albert Bandura.

Struktur personaliti yang diberi penekanan oleh teori

Page 38: Bookchapter fp20

31 Baka dan Personaliti Remaja

kognitif sosial adalah kepada proses kognitif.Dua konsep penting yang berkaitan dengan struktur adalah konsep diri dan konsep matlamat. Menurut teori sosial kognitif, diri tidak merupakan struktur yang tetap tetapi sebagai proses kognitif. Dalam memahami konsep kendiri seseorang, kita perlu memahami tentang apa yang berlaku dalam persekitaran dan tingkah laku.Teori ini juga mengatakan seseorang itu mempunyai konsep tentang dirinya sendiri dan proses kawalan diri yang mungkin berbeza dari semasa ke semasa dan dari satu situasi kepada situasi yang lain.

Satu aspek tentang persepsi diri ialah keberkesanan diri atau pengamatan tentang kebolehan diri sendiri untuk berhadapan dengan situasi tertentu. Konsep keberkesanan diri berkaitan dengan penilaian yang dibuat oleh seseorang tentang kebolehan dirinya untuk melakukan sesuatu tugas dalam satu situasi. Proses pembentukan personaliti Teori kognitif sosial memberikan penekanan kepada dua proses yang berlainan daripada teori pemelajaran lain tentang personaliti iaitu pemelajaran dengan cara pemerhatian dan pengawalan diri sendiri.Pemelajaran pemerhatian melibatkan kebolehan untuk mempelajari tingkah laku dengan memerhati orang lain.Pengawalan diri pula melibatkan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi diri mereka sendiri dan bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran.Kedua-dua proses ini melibatkan proses pemikiran (kognitif) dan kedua-dua proses dipengaruhi oleh dendaan dan ganjaran tetapi tidak ditentukan oleh kedua-dua faktor tersebut. Pemelajaran Pemerhatian Menurut teori pemelajaran pemerhatian seseorang itu belajar dengan hanya memperhatikan tingkah laku orang lain.Orang yang diperhatikan itu dinamakan model atau contoh. Sebagai contohnya, seorang anak akan belajar bahasa dengan

Page 39: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 32

memperhatikan kedua ibu bapanya bercakap satu proses yang dinamakan pencontohan. Terdapat dua tingkah laku yang berkaitan dengan konsep pencontohan iaitu peniruan dan pengenal pastian. Pencontohan melibatkan proses yang lebih luas daripada peniruan tetapi lebih kecil daripada pengenalpastian. Kawalan Diri Pemelajaran berlaku dengan dua cara iaitu dengan memperhati dan juga dengan cara menerima kesan negatif atau positif kepada tingkah laku yang dihasilkan. Kita belajar menetapkan matlamat yang sesuai dengan diri kita dan kadang kala memuji diri kita sendiri apabila kita berasa berjaya melakukan tingkah laku yang diperhatikan atau menghukum diri kita rasa gagal untuk melakukan tingkah laku yang diperhatikan. Jelas bahawa teori pembelajaran sosial memberi penekanan kepada dua perkara iaitu membentuk standard bagi pengukuhan diri dan kepada proses kognitif. Melalui mekanisme kognitif seperti ini, Bandura mempercayai bahawa manusia boleh mengawal diri mereka dan juga boleh mengadakan rancangan dan matlamat bagi masa hadapan mereka. Pertumbuhan dan perkembangan Menurut teori kognitif sosial, pertumbuhan dan perkembangan bergantung kepada kemahiran memproses maklumat atau kecekapan kognitif yang dipelajari melalui pemerhatian dan pengalaman langsung. Selain itu, jangkaan, rancangan dan kawalan diri juga penting. Kecekapan tingkah laku adalah kebanyakkannya dipengaruhi oleh pengalaman tetapi faktor baka atau fisiologi memberikan batasan kepada pertumbuhan dan perkembangan.

Dari segi pembentukan kebolehan dan kecekapan, Bandura memberikan penekanan kepada pembentukan keberkesanan diri. Sumber untuk memperolehi keberkesanan

Page 40: Bookchapter fp20

33 Baka dan Personaliti Remaja

adalah berbagai-bagai seperti kejayaan diri sendiri, memperhatikan orang lain dan juga melalui pujukan. Amat penting bagi seseorang itu untuk mengalami kejayaan kerana ia berkaitan dengan pembentukan minat yang bersifat intrinsik atau dalaman. PERSONALITI DAN KEUPAYAAN INDIVIDU Satu perkara yang ketara dalam perkembangan personaliti ialah perbezaan individu. Tiada dua individu yang mempunyai personaliti yang serupa.Setiap individu berbeza dengan individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu seperti kecerdasan, kreativiti dan kepimpinan. Perbezaan dalam ketiga-tiga aspek tersebut menghasilkan individu yang berbeza-beza dalam ciri-ciri personaliti mereka PERSONALITI DAN KEUPAYAAN INDIVIDU Satu perkara yang ketara dalam perkembangan personaliti ialah perbezaan individu. Tiada dua individu yang mempunyai personaliti yang serupa.Setiap individu berbeza dengan individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu seperti kecerdasan, kreativiti dan kepimpinan. Perbezaan dalam ketiga-tiga aspek tersebut menghasilkan individu yang berbeza-beza dalam ciri-ciri personaliti mereka. 1. Kecerdasan lisan Seseorang yang dianggap cerdas itu mempunyai perbendaharaan kata yang baik dan berupaya membaca dengan kefahaman yang tinggi. Individu ini juga mempunyai perasaan mengetahui yang mendalam terutama perkara-perkara baru.Apabila menghadapi masalah, dia akan mengkaji masalah dengan teliti daripada semua aspek dalam masalah tersebut.Kecerdasan lisan biasanya belajar sesuatu dengan cepat iaitu mudah menerima sesuatu pengetahuan atau kemahiran .Apabila ditinjau secara lisan, pertuturannya adalah lancar.Dia mudah menyesuaikan dirinya sama ada di kalangan

Page 41: Bookchapter fp20

Personaliti Gaya Hidup Remaja 34

orang dewasa atau rakan sebaya. 2. Kebolehan menyelesaikan masalah Individu yang mempunyai kebolehan ini biasanya boleh berfikir secara logik dan boleh mengaitkan idea-idea di antara satu sama lain.Dia juga bergerak balas idea dengan orang lain melalui fikirannya. Keupayaannya mentafsir maklumat dengat tepat memudahkannya membuat keputusan dengan baik.Dia mempunyai idea yang banyak dan bersedia mendengar pendapat semua pihak dalam sesuatu perbincangan. 3. Keterampilan sosial Individu yang menunjukkan keterampilan sosial mudah menerima orang lain dan menunjukkan minat terhadap dunia sekelilingnya. Dia merupakan seorang yang menepati janji, mengakui kesilapan-kesilapannya dan bertanggungjawab kepada masyarakat. Di samping itu dia akan berfikir dahulu sebelum berkata-kata atau melakukan sesuatu.Selain itu, individu ini juga suka berterus-terang, jujur dengan dirinya dan orang lain serta membuat pertimbangan yang adil.Terdapat berbagai cara seseorang itu dianggap cerdas. Antaranya ialah kebolehan menyelesaikan tingkah laku seseorang dengan lancar dan mudah terhadap pelbagai kehendak dalam situasi sosial yang berlainan.

KESIMPULAN Perkembangan tahap mentaliti, kognitiviti dan personaliti anak perlu diberi perhatian walaupun zahirnya ia kelihatan seperti satu fitrah semulajadi seseorang itu. Namun, seandainya ia dipandang remeh tanpa sebarang tindakan susulan dan berpanjangan, aspek perkembangan tersebut sebenarnya merupakan satu titik awal bermulanya gangguan-gangguan terhadap perkembangan personaliti anak-anak. Dengan mempunyai personaliti yang sihat dan sempurna, maka anak dapat berjaya memiliki satu kekuatan diri untuk menjadi benteng daripada sebarang anasir jahat yang ingin

Page 42: Bookchapter fp20

35 Baka dan Personaliti Remaja

mempengaruhi atau menguasai diri dari melakukan tindakan atau perkara yang negatif. Ayah dan ibu adalah teladan pertama bagi pembentukan peribadi anak. Keyakinan-keyakinan, pemikiran dan perilaku ayah dan ibu dengan sendirinya memiliki pengaruh yang sangat dalam terhadap pemikiran dan perilaku anak. Karena keperibadian manusia muncul berupa lukisan-lukisan pada berbagai ragam situasi dan kondisi dalam linkungan keluarga. Keluarga berperanan sebagai faktor pelaksana dalam mewujudkan nilai-nilai, keyakinan-keyakinan dan persepsi budaya sebuah masyarakat. Ayah dan ibulah yang harus melaksanakan tugasnya di hadapan anaknya. Khususnya ibu dan bapa yang harus memfokuskan dirinya dalam menjaga akhlak, jasmani dan kejiwaannya pada masa pra kehamilan sampai masa kehamilan dengan harapan Allah memberikan kepadanya anak yang sehat dan saleh. RUJUKAN Abdul Razak Habib, Salleh Amat, Zuria Mahmud. (2001).

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 26: 81 – 92.

Azizi Hj Yahaya dan Shahrin Hashim . (2007). “Membentuk Personaliti Kanak-kanak”. Pendidikan Kekeluargaan, Desktop Publisher, 104-121.

Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah Laku Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.” Projek Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Zulzaidi Bin Mahmod. (09 April 2008). Televisyen 'curi' masa berkualiti kanak-kanak. Berita Harian

Page 43: Bookchapter fp20

3

Remaja dan Pengaruh Keluarga Noordin Yahaya Sahrin Hashim

PENGENALAN Penghasilan ini merupakan suatu ulasan hasil laporan berbentuk buku daripada tesis mengenai tajuk yang signifikan iaitu ‘Remaja dan Pengaruh Keluarga’. Peranan golongan remaja tidak dinafikan kerana mereka merupakan waris yang akan menentukan hala tuju masa depan. Mereka mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi. Merekalah yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi dan pembangun generasi. Namun dalam pada itu kita tidak putus-putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang semakin hari semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan pelbagai paparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetak mahupun di Internet. Masalah sosial, keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin amat membimbangkan kerana ia turut mengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkan kestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktif dan berdaya maju. Sebelum ini kita dikejutkan dengan masalah bohsia, bohjan, pelacuran dan seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Masalah menjadi lebih gawat apabila kita dikejutkan dengan tindakan ganas pelajar sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan serius kepada si mangsa. Isu ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam merungkai punca keadaan itu.

Anak-anak, khasnya remaja pada abad ke-21 ini terdedah dengan pelbagai bentuk pengaruh. Dalam dunia yang disebut sebagai"borderless world" ini banyak menyuntik unsur-unsur yang positif mahu pun yang negatif. Anak-anak lebih mudah tertawan

Page 44: Bookchapter fp20

Remaja dan Pengaruh Keluarga

37

dengan program yang membunuh sahsiah berbanding program yang menghidupkan peribadinya (Hassan Mohd Ali,1977)

Secara tidak langsung, ini memberi tamparan yang hebat kepada ibu bapa. Ibu bapa harus dapat membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial. Masalah berkaitan sosial remaja banyak berpunca daripada hubungan antara ibu bapa dengan remaja itu sendiri. Sejumlah besar remaja menyalahkan ibu bapa. Sebagaimana petikan akhbar berjudul "Ayah Sibuk, Remaja Liar" Harian Metro, 1 Ogos 2001, "Keluarga Terbiar, Remaja Jadi Liar" Harian Metro, 6 September 2001 dan "Jenayah Rogol Juvana Salah Siapa?" Utusan Malaysia, 23 Julai 2001.

Kesibukan urusan kerja menyebabkan kekurangan agihan masa. Kasih sayang yang mereka harapkan diganti dengan kemewahan dan wang ringgit.

Ibu bapa pula menafikan kenyataan ini dan menyalahkan pihak lain sama ada disebabkan faktor ego dengan kedudukan mereka atau persepsi mereka terhadap golongan remaja yang dikatogerikan sebagai golongan yang masih mentah. Bagaimanapun tugas tersebut nampaknya telah diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah atau pihak sekolah. Dengan berbuat demikian mereka berharap akhlak, personaliti dan kendiri anak mereka dapat dibentuk sebaik mungkin. Akibatnya, mereka mengundang gejala sosial di kalangan remaja. DEFINISI REMAJA

Menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka, istilah remaja bermaksud mulai dewasa atau sudah baligh. Remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan di antara umur 12 tahun sehingga 20 tahun di mana seseorang itu mengalami perubahan dari aspek fizikal, kognitif dan social. Menurut Rogers(1985) remaja mengalami beberapa bentuk perubahan dari segi :

i Perubahan fizikal : Pada tahap ini remaja mengalami perubahan fizikal badannya iaiatu remaja lelaki akan menjadi lebih tegap dan menunjukkan cirri-ciri maskulin.

Page 45: Bookchapter fp20

38 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Remaja perempuan akan menunjukkan cirri-ciri kewanitaannya seperti pembesaran buah dada dan punggung. Rangsangan seksual akan berlaku.

ii Perubahan emosi dan fikiran : Pada peringkat ini kegilaan mereka meniru tingkah laku idola mereka meningkat. Perasaan ingin mencintai dan dicintai wujud bukan lagi terhadap ibu bapa tetapi rakan social yang lain.

iii Menyertai kumpulan: Pada peringkat ini remaja akan memilih rakan sebaya sebagai orang paling signifikan dalam hidupnya dan ini menimbulkan konflik dengan ibu bapa. Masalah delinkuen timbul kerana remaja sering memberontak pada peringkat ini.

iv Menentang kekuasaan : Konflik yang timbul antara remaja dengan ibu bapa timbul kerana perbezaan pendapat yang ingin menghalang minat pencapaian dan potensi diri mereka. Keadaan ini menjerumuskan mereka kea rah negatif.

Menurut Erikson(1968) peringkat remaja merupakan satu revolusi diri ke arah kematangan di mana mereka perlu menilai semula diri dari aspek fizikal, emosi dan social serta pandangan orang lain terhadap mereka. Pada masa tersebut, remaja perlu membuat pilihan tentang kehidupan mereka termasuklah perhubungan pekerjaan dan sebagainya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang minimum. Oleh itu remaja mungkin mengalami ‘self diffusion’ atau kecelaruan kendiri disebabkan perubahan bentuk badan yang mendadak, keinginan seks yang bertambah dan persediaan menghadapi dunia dewasa yang penuh dengan pilihan dan kemungkinan. Sama ada kecelaruan kendiri ini dapat diatasi atau membawa kepada masalah delinkuen bergantung kepada pengalaman masa lalu dan perkembangan personality remaja tersebut. Sekirannya remaja ini mempunyai perkembangan personality yang sihat, dia seharusnya dapat menangani tekanan ini dengan baik.

Coleman(1974) berpendapat bahawa remaja mempunyai dua set identity iaitu, keadaan dirinya pada masa akan datang. Hasil dapatan analisa beliau menunjukkan konflik identity masa depan

Page 46: Bookchapter fp20

Remaja dan Pengaruh Keluarga

39

yang akan bertambah selaras dengan pertambahan umur, bukannya identity sedia ada. Kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan dalam jumlah remaja yang mementingkan hala tuju masa depan mereka yang kadangkala menimbulkan kekeliruan identity DEFINISI KELUARGA DAN PENGARUH IBU BAPA Keluarga adalah institusi yang mempunyai ibu, bapa, anak-anak atau lebih hubungan darah perkahwinan atau anak angkat dan tinggal bersama dalam satu rumah tangga(Horton dan Hunt,1991).

Keluarga juga dikatakan sebagai sebuah kumpulan yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Keluarga ini boleh terdiri daripada keluarga besar atau sekecil-kecilnya terdiri daripada seorang isteri dan seorang suami.

Ibu bapa merupakan orang signifikan yang mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas anak mereka. Orang signifikan adalah mereka yang dianggap penting, rapat dan berpengaruh dalam hidup kanak-kanak sebagai sumber keselamatan, kasih saying, dan harga diri. Sumber itu boleh diberi secara positif atau negatif (Burns, 1979). Orang yang signifikan ini boleh terdiri daripada ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan guru dan orang yang berpengaruh di sekeliling kita(Rogers, 1951) Terdapat tiga cara bagaimana ibu bapa mempengaruhi konsep kendiri seseorang anak iaitu : a) Keadaan awal kehidupan yang dipengaruhi oleh perasaan dan

tingkah laku orang signifikan terhadap dirinya. b) Proses pengajaran dan pembelajaran melalui ganjaran dan

hukuman c) Modelling-cara hidup dan tingkah laku orang signifikan yang

diterima dan dicontohi(Baron, & Byrne,1987. Ibu bapa dianggap sumber konsep kendiri terpenting

berbanding bapa. Menerusi emosi ibu ketika dalam kandungan lagi dan ketika menyusu iaitu ‘attachment theory’ pembentukan konsep kendiri anak terbentuk. Contohnya, jika ibu mengambil berat dan prihatin serta mencurahkan kasih sayang kepada anak maka anak akan merasa dirinya dihargai dan tidak mudah meragam. Jika anak tidak dapat layanan dan kehendaknya tidak dipenuhi maka mereka

Page 47: Bookchapter fp20

40 Personaliti Gaya Hidup Remaja

berasa bahawa dirinya diabaikan dan sering meragam. Pemberian nama yang baik boleh mempengaruhi konsep

kendiri kanak-kanak. Nama yang mempunyai makna yang baik memberi satu keyakinan kepada kanak-kanak. Dapat menonjolkan persepsi yang baik daripada pandangan orang lain. Panggilan atas nama ini juga merupakan doa daripada ibu bapa. Mengenai gaya didikan dan asuhan ibu bapa Baumrind(1971) menyatakan terdapat tiga bentuk gaya asuhan ibu bapa iaitu: a) Authorotatif iaitu ibu bapa mengawal anak dengan peraturan

ketat tetapi anak boleh berkomunikasi terbuka dengan mereka. b)Authoritarian iaitu ibu bapa mengenakan kawalan ketat kepada

anak-anak. Anak dilarang menyoal tindakan mereka. c) Permisif iaitu ibu bapa mengamalkan komunikasi terbuka

Seperti yang diketahui perkembangan personaliti dan gaya asuhan ibu bapa adalah antara pembolehubah-pembolehubah konsep kendiri seseorang. Oleh itu bapa mempunyai pengaruh ke atas pembentukan konsep kendiri anak. Pendidikan ibu bapa mempengaruhi perkembangan konsep kendiri anak-anak kerana konsep kendiri merupakan satu proses pembelajaran. Kebanyakan proses pembelajaran ini diperoleh dari orang signifikan seperti ibu bapa terutamanya di peringkat awal pembesaran anak-anak. Ibu bapa memainkan peranan yang unik untuk mempengaruhi anak-anak dalam proses pembelajaran konsep kendiri kerana kebergantungan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak tersebut kepada mereka. Antara pengkaji yang mengkaji tentang peranan ibu bapa dalam pembentukan konsep kendiri anak ialah Coppersmith, Sear dan Rosenberg. Coppersmith(1967) mendapati bahawa hubungan antara kanak-kanak dan ibu bapa merupakan faktor utama dalam pembinaan harga diri. Beliau mengkaji terhadap kanak-kanak lelaki sebelum melangkah ke alam remaja sehingga ke alam remaja. Coppersmith membahagikan kanak-kanak lelaki kepada 3 kumpulan iaitu harga diri yang tinggi, sederhana dan rendah. Coppersmith tidak menjangka dengan kanak-kanak harga diri yang tinggi tidak berkelakuan mulia, tetapi kanak-kanak harga diri yang rendah sentiasa berkelakuan baik. Beliau mendapati bahwa konsep kendiri lebih bertumpukan kepada

Page 48: Bookchapter fp20

Remaja dan Pengaruh Keluarga

41

kebebasan yang diberi oleh ibu bapa. Sear(1957) pula mendapati konsep kendiri adalah hasil

daripada proses pembelajaran dan pengalaman lampau. Sear mendapati bahawa kawan memainkan peranan utama dalam pembentukan konsep kendiri pada zaman remaja. Menurut beliau ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep kendiri awal kanak-kanak.

Rossenberg(1965) pula mendapati bahawa anak-anak yang dihargai oleh ibu bapa akan mempunyai harga diri yang tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang ibu bapa sentiasa tidak puas hati terhadap pencapaian anak-anak. Estim kanak-kanak yang sering dipuji akan meningkat. Rosenberg mendapati bahawa konsep kendiri lebih bertumpukan kepada kehendak ibu bapa.

Kamphaus (1992) membincangkan juga faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kepintaran. Ia termasuklah faktor; Keluarga dan baka – keluarga yang berpisah, membezaan dalam mendidik kanak-kanak, kedudukan ibu bapa dan ibu bapa yang pintar.

i Persekitaran – media massa, guru, rakan sebaya dan saudara-mara.

ii Perbezaan bangsa – contoh daripada kajian, kanak-kanak Asia lebih pintar daripada kumpulan minority Amerika, antara kulit orang kulit putih dan hitam.

iii Perbezaan jantina – lelaki lebih bijak daripada perempuan (Kaufman, 1979)

iv Status sosioekonomi – golongan ibu bapa profesional dan ibu bapa pinggir/ luar bandar.

v Kedudukan kelahiran – Bouch. D dan Segal (1985) anak pertama lebih bijak kerana perhatian dan tumpuan padanya, dalam keluarga yang besar anak hujung agak ketinggalan dan tahap kepintaran yang agak sama bagi keluarga yang mem punyai 2 @ 3 orang anak.

vi Trauma dan teratogens – malnutrition (kekurangan zat – organ tidak membesar), kurang berat badan semasa lahir, anoxia (kurang oksigen semasa lahir –

Page 49: Bookchapter fp20

42 Personaliti Gaya Hidup Remaja

terencat akal) dan pendedahan alkohol. vii Kesihatan – selalu sakit viii Motivasi dan penerimaan individu Kesemua perkara di atas mempunyai hubungan dengan

kepintaran yang secara tidak langsung mengakibatkan pencapaian akademik menjadi tinggi atau rendah. Lazimnya kepintaran tinggi akan mendapat markah yang tinggi dalam pencapaian akademik. Sebaliknya jika kurang pintar maka pencapaian akademik akan merosot.

KESIMPULAN Menurut Kamal (1996), dari perspektif Islam, personaliti adalah satu kesedaran tingkah laku, budi pekerti, amalan, perkataan-perkataan dan pandangan hidup individu. Pootkay dan Allen (1986) pula menyatakan konsep kendiri adalah pandangan individu tentang personaliti dirinya sendiri. Ini adalah persepsi personaliti dari dalam. Dapat disimpulkan bahawa konsep kendiri adalah sebahagian dari personaliti. Personaliti yang terdapat pada manusia adalah berbeza bagi setiap individu. Fulner (1972) berpendapat konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang dengan persekitarannya. Oleh itu hubungan dan ikatan dalam sesebuah keluarga adalah penting. Ikatan dalam keluarga serta peranan yang dimainkan oleh ahli keluarga pada masa ini berbeza berbanding dengan keluarga pada zaman dahulu. RUJUKAN Baumrind, D. (1971). “Current patterns of parental authority”.

Developmental Psychology Monographs, 4 (1, Pt.2). Ghafani bin Awang. (2007). “Kenakalan Remaja dari Perspektif

Islam” Retrieved on 8 Aug 2008, from http://halaqah.net/v10/index.php

Kimberly Kopko. (2007). “Parenting Styles and Adolescents”.

Page 50: Bookchapter fp20

Remaja dan Pengaruh Keluarga

43

Cornell Cooperative Extension Maccoby, E. E., & Martin, J. A. (1983). Socialization in the

context of the family: Parent-child interaction. In E. M. Hetherington (Ed.) & P. H. Mussen (Series Ed.), Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization, personality and social development (pp. 1–101). New York: Wiley.

Marzita Abdullah. (2003), Bebas samseng - Kelulusan, pengalaman pengetua bukan penentu. Portal Pendidikan Utusan, 9.9.2003. Retrieved on 8 Aug 2008, from http://www.tutor.com.my

Marzita Abdullah. (2003), Disiplin pelajar - Kadangkala berpunca daripada guru. Portal Pendidikan Utusan, 30.9.2003. Retrieved on 8 Aug 2008, from http://www.tutor.com.my

Nurul Izzah Sidek. (2007), Menghukum remaja dengan rotan. Portal Pendidikan Utusan, 26.07.2007. Retrieved on 5 Sept 2008, from http://www.tutor.com.my

Rohana Man. (2004), Bunuh diri - Pelajar terpinggir dan terasing. Portal Pendidikan Utusan, 13.07.2004. Retrieved on 5 Sept 2008, from http://www.tutor.com.my

Rosmah Dain. (2004), Personaliti anak - Keluarga kumpulan penting bentuk peribadi. Portal Pendidikan Utusan, 12.08.2004. Retrieved on 5 Sept 2008, from http://www.tutor.com.my

Sarjit Singh Gill. (2007). “Menangani Masalah Salah Laku Pelajar”. Berita Harian – Jumaat, 27.7.2007

Page 51: Bookchapter fp20

4 KECERDASAN DAN PERSONALITI

Azizi Yahaya Sahrin Hashim

PENGENALAN Kecerdasan juga dikaitkan dengan prestasi dalam persekitaran sosiobudaya yang khusus.Orang yang cerdas dalam bidang sosial biasanya dapat melakukan perkara yang betul dalam masa yang sesuai.Mereka meneliti setiap masalah itu dengan mendalam dan menyelesaikan masalah tersebut.Kecerdasan juga dikaitkan dengan tindakan kerana membolehkan seseorang itu bertindak untuk mencapai matlamat mereka. Sebaliknya orang yang tidak memiliki kebolehan ini sukar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana pemikiran dan matlamat yang tidak jelas.

Pada pandangan orang biasa, kecerdasan menekankan kepakaran seseorang dalam bidang pengetahuan, terutama dalam keterampilan sosial dan menyelesaikan masalah secara praktik. Orang yang bijak mempunyai kepakaran dalam perancangan dalam kehidupan dan mempunyai pertimbangan yang baik tentang perkara-perkara penting dalam kehidupan.Dia mempunyai kebijaksanaan sosialnya untuk menyelesaikan masalah hidup yang penting seperti konflik yang berlaku antara suami isteri. Walau bagaimanapun kecerdasan sosial sukar diukur kerana masalah dalam kehidupan sosial tidak difahami dengan cara yang sama dan penyelesaiannya sukar di persetujui oleh ramai orang. Menurut Cattell (1949), mendapati bahawa terdapat kolerasi yang tinggi antara kecerdasan dengan kawalan diri, kebolehpercayaan, kerajinan, kebebasan emosi, ketekunan dan

Page 52: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

45

ketabahan merupakan trait tingkah laku. Perkaitan antara kecerdasan dengan penyesuaian boleh diterangkan dengan beberapa kemungkinan.Pertama, kanak-kanak yang cerdik mempunyai ibubapa yang cerdik juga dan boleh menangani masalah emosi kanak-kanak dengan bijak. Dengan demikiab, mereka dapat membina asas psikologi yang kukuh semmasa peringkat kanak-kanak.

Kedua, kanak-kanak yang cerdik akan dapat menghadapi harapan dan kehendak sosial dan dengan itu tingkah laku mereka diberikan ganjaran dan menghasilkan penyesuaian yang baik kepada kehendak-kehendak tersebut. Ketiga, kanak-kanak yang lebih cerdik kana menghadapi harapan-harapan dan kehendak-kehendak sosial berkemungkinan akan menjadi lebih bejaya. Keempat terdapat perkaitan antara kecerdasan dengan kreativiti, ingin tahu dengan kebijaksanaan, iaitu trait-trait yang membantu meningkatkan popularity dan penyesuaian di kalangan kumpulan sebaya. Kelima perkaitan antara penyesuaian di jangkakan di klanagan kanak-kanak kelas menengah berbanding dengan kanak-kanak kelas rendah kerana penekanan yang diberikan oleh golongan kelas menengah ke atas pencapaian akademik dan kemajuan pendidikan.

Aspek-aspek personaliti juga boleh mempengaruhi fungsi intelek. Individu yang mempunyai kecerdasan yang lebih tinggi akan menunjukkan daya uasaha yang lebih tinggi, darjah kebebasan yang lebih tinggi,berkeupayaan menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi persaingan berbanding dengan individu yang mempunyai kecerdasan yang rendah. Interaksi antara intelek dengan personaliti adalah kompleks dan terdapat perbezaan yang besar dalam penyesuaian personaliti di semua peringkat kecerdasan.Beberapa masalah penyesuaian emosi yang tertentu didapati lebih kerp berlaku di kalangan mereka yang rendah kecerdasannya. Walaupun tidak terdapat perkaitan yang jelas antara intelek dengan personaliti, kecerdasan tetap mempengaruhi interaksi sesorang dengan orang lain. Di

Page 53: Bookchapter fp20

46 Personaliti Gaya Hidup Remaja

samping itu juga, kecerdasan juga memberikan kesan ke atas penyesuaian terhadap kehendak-kehendak persekitaran.

KEPIMPINAN Kepimpinan ialah kebolehan untuk mempengaruhi dsesuatu kumpulan kea rah pencapaian matlamat yang tertentu.Punca pengaruh ini sama ada secara formal seperti seseorang yang dilantik supaya memegang jawatan pengurus sebuah syarikat atau tidak formal iaitu seorang pemimpin yang wujud di luar struktur formal seperti dalam kumpulan sosial di Bandar dan di desa,Ahli-ahli Ahli-ahli ang mempunyai banyak kuasa atau pengaruh sosial atau mereka yang banyak memberikan sumbangan kea rah matlamat kumpulan biasanya dinamakan sebagai pemimpin.

Ciri-ciri yang menunjukkan perkaitan yang konsisten walaupun kecil ialah kecerdasan dan motivasi. Pemimpin di dapati lebih tinggi kecerdasannya dan mereka lebih berorientasikan pencapaian, dominan dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.Oleh itu, ciri-ciri personaliti yang positif seperti kecerdasan yang lebih tinggi, motivsi yang kukuh dan keyakinan diri anatara sifat yang membezakan pemimpin dengan orang lain. KREATIVITI Menurut de Bono (1992), menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada aiatu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai.Sesuatu yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mestilah merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.Di samping itu juga, ada pendapat yang menyamakan kreativiti denagn keistimewaan semulajadi atau kecerdasan. Secara ringkasnya, kreativiti ialah satu proses mental yang dengannya individu mencipta idea atau menggabungkan idea

Page 54: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

47

atau produk yang sedia ada menjadi sesuatu yang baru (Gallangher 1985). PERSONALITI KREATIF Seseorang yang kreatif boleh menunpukan perhatian , mengemukakan teka-teki, menerima konflik dan ketegangan dan mepunyai keinginan supaya dilahirkan setiap hari(Fromm 1959). Individu yang kreatif menggunakan masalah dengan cara yang membina. Menurut Davis(1976), ciri paling penting pada individu yang kreatif ialah sikap kreatif. Sikap kreatif merangkumi tujuan, nilai dan beberapa trait personaliti yang menggalakkan seseorang itu berfikir dengan cara bebas, mudah suai dan berimaginasi.Individu yang kreatif boleh berfikir tentang penggunaan baru atau cara yang lebih baik.Kebolehannya menggunakan pemikiran yang bercapah boleh membantunya menghasilkan sesuatu yang baru. Ciri-ciri atau trait personaliti boleh membantu kita mengenal pasti kanak-kanak dan remaja yang kreatif di dalam bilik darjah. Kajian Getzels dan Jackson(1962) mengemukan penemuan yang berikut :

a. Kreativiti tinggi-kecerdasan tinggi Kanak-kanak dalam kumpulan ini boleh mengawal diri

dan juga mendapat kebebasan, menunjukkan tingkah laku orang dewasa dan juga kanak-kanak. b. Kreativiti tinggi-kecerdasan rendah

Kanak-kanak dalam kumpulan ini menghadapi konflik antara diri sendiri dengan persekitaran sekolah, mengalami perasaan tidak berharga dan kekurangan. Namun demikian, dalam situasi yang bebas daripada ketegangan, merka boleh berkembang dan maju dari segi kognitif.

Page 55: Bookchapter fp20

48 Personaliti Gaya Hidup Remaja

c. Kreativiti rendah-kecerdasan tinggi Kumpulan kanak-kanak ini hanya menumpukan kepada

pencapaian sekolah. Pada kanak-kanak ini, kegagalan akademik adlalah suatu kehancuran dan oleh itu mereka akan terus berusaha untuk mencapai gred terbaik dan mengelakkan kegagalan yang menyakitkan. d. Kreativiti rendah-kecerdasan rendah

Kumpulan kanak-kanak ini selalu menunjukkan pelbagai tingkah laku bela diri seperti Bergiat dalam aktiviti sosial atau tingkah laku yang pasif.

Kebolehan mencipta dan kreativiti tidak lagi hanya ada

pada mereka yang istimewa sahaja. Pemikiran kreatif boleh berkembang apabila para guru sedar bahawa semua kanak-kanak mempunyai keupayaan dan mampu melakukannya.Walau bagaimanapun, kreativiti perlu dipelajari. Oleh yang demkian, ibu bapa dan guru adalah orang yang berperanan dalam membentuk kreativiti kanak-kanak atau remaja.

MASALAH KECERDASAN Dalam dunia pendidikan masalah kecerdasan adalah masalah utama, ntuk membincangkannya. Peranan kecerdasan adalah faktor penting bagi menekerana masalah tersebut tidak diendahkan, walaupun ramai yang cuba untukan pembelajaran berjaya atau gagal terutama di kalangan kanak-kanak. Perbahasan mengenai kecerdasan pada dasarnya dapat di katogarikan kepada:

1. Perbahasan mengenai sifat kebenaran kecerdasan 2. Perbahasan mengenai penyelidikan kecerdasan

Kecerdasan adalah bersifat teori-konsep manakala penyelidikan kecerdasan lebih bersifat metodologi, namun ianya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain

Page 56: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

49

PANDANGAN TENTANG KECERDASAN Sifat hakikat kecerdasan dapat dimulakan dengan pertanyaan:’ Apakah itu kecerdasan dan ia telah dibincangkan oleh ahli psikologi sekitar tahun 1990-1925. Ahli-ahli psikologi yang mula membahaskan masalah ini telah mendefinisikan atas dasar Spekulatif-logik. Sepanjang pengalaman penulis, tidak ada hubungan yang jelas di antara definisi mengenai kecerdasan dan Pengukuran kecerdasan yang diajukan oleh seseorang ahli psikologi. Pendekatan falsafah spekulatif-logik masih diikuti oleh ahli-ahli psikologi di Eropah namun ia tidak diikuti lagi oleh ahli psikologi di Amerika Syarikat dan Inggeris dan mereka lebih mengutamakan Data Empiris yang membincangkan dan menganalisis data dari eksperimen yang dijalankan. Data Empiris ada hubungkaitnya dengan masalah sifat hakiki kecerdasan dan masalah-masalah lain seperti:

1. Bagaimanakah perkembangan kecerdasan pada kanak-kanak normal dan kurang normal.

2. Sejauh manakah perkembangan kecerdasan itu dipengaruhi oleh faktor-faktor dasar dan faktor lingkungan.

3. Bagaimanakah kita dapat membezakan kecerdasan dengan prestasi pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 1920-1930 ramai pengkaji telah melakukan kajian untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan di atas. Hasil dari kajian mereka mendapati tidak ada satu persoalan pun yang dapat dijawab dengan terperinci tetapi ia akan menimbulkan masalah lain. Hari ini ahli-ahli psikologi tidak cuba untuk membuat penelitian terhadap “Apakah kecerdasan itu?” Akan tetapi mereka menumpukan kepada masalah yang lebih khusus seperti:

Page 57: Bookchapter fp20

50 Personaliti Gaya Hidup Remaja

1. Bagaimanakah struktur mental orang dewasa? 2. Bagaimanakah struktur mental itu berubah-ubah mengikut

pertambahan umur? 3. Adakah kecerdasan seseorang akan berubah-ubah pada

tahap yang lain?

Konsep-konsep kecerdasan adalah: 1. Konsep yang bersifat spekulatif 2. Konsep yang bersifat pragmatis 3. Konsep yang berdasarkan faktor analisis 4. Konsep yang bersifat operasi 5. Konsep analisis fungsi.

1 Konsep-konsep mengenai kecerdasan yang bersifat

spekulatif Spearman, dalam bukunya ‘The Abilities of Man (1927) mengkatogarikan kepada tiga bahagian, iaitu:

i Definasi mengenai kecerdasan umum. ii Definisi kebolehan individu iii Definisi kecerdasan secara umum daripada yang

khusus.

a) Kecerdasan umum. i Ebbinghaus (1897) mendefinasikan sebagai

kemampuan untuk membuat kombinasi ii Terman (1921) mendefinisikan sebagai kemampuan

untuk memikir benda yang abstrak iii Thorndike mendifinisikan sebagai hal yang dapat di

nilai dengan ketidak sempurnaan dalam perjuangan hidup mereka.

b) Kecerdasan dari kesatuan dari kebolehan diri. Kecerdasan adalah gabungan daripada kebolehan diri yang khusus. Pengukuran dapat dibuat dari kebolehan yang khusus seperti daya berfikir, pengamatan dan kebolehan melaksanakan sesuatu.

Page 58: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

51

c) Kecerdasan secara umum daripada yang khusus. Ia lahir dari keyakinan. Yang di perolehi dengan ujian kecekapan umum. Oleh yang demikian kecerdasan didefinisikan sebagai taraf umum yang mewakili kebolehan khusus.

2. Konsep yang bersifat pragmatis Pada dasarnya konsep ini yang dinyatakan oleh Boring bahawa ia adalah apa yang diuji oleh ujian kecekapan, “Intelligence is what the tests test. This is narrow definition, but it is the only point of departure for a rigorous discussion of the test. It would be better if the psychologists could have used some other and more technical term; since the ordinary annotation intelligence is much broader. The damage is done, however, and no harm needs result if we but remember that measurable intelligence is simply what the test of intelligence test, until further scientific observation allows us to extend the definition”. Konsep ini amat selari dengan pendapat ahli psikologi di Amerika Syarikat. Namun berbeza dari pendapat Boring, iaitu tahap kecekapan dapat di ukur sesuai dengan definisinya. Pernyataan ini dianalogikan dengan pengetahuan tentang listrik, dan pengukurannya bergantung kepada definisi, kepentingan, aliran dan sebagainya. 3. Konsep yang berdasarkan faktor analisis. Konsep ini telah dipelopori oleh Spearman dan terus berkembang di daerah Anglo Saksis. Konsep ini amat penting di kalangan golongan dewasa. a) Teori Spearman Teknik analisis faktor Spearman telah menemui bahawa tingkah laku manusia disebabkan oleh dua faktor, iaitu:

Page 59: Bookchapter fp20

52 Personaliti Gaya Hidup Remaja

1) Faktor umum / general 2) Faktor-faktor khusus

Faktor umum yang dilambangkan dengan huruf g merupakan faktor yang menentukan tingkah laku seseorang. Jadi di dalam tingkah laku itu wujud faktor g tersebut. Manakala faktor khusus dilambangkan sebagai huruf s dan hanya berfungsi dan hanya berfungsi sebagai tingkah laku khusus sahaja. Jadi setiap tingkah laku itu wujud dalam dua faktor iaitu faktor g dan s. Ia dapat disimpulkan seperti berikut: Tingkah laku 1 = Tlı = g + sı Tingkah laku 2 = Tl = g + s Tingkah laku 3 = Tl = g + s Tingkah laku 4 = Tl = g + s Tingkah laku 5 = Tl = g + s Spearman berpendapat, bahawa faktor g bergantung kepada dasarnya, sedangkan factor s dipengaruhi oleh pengalaman (lingkungan pendidikan). b) Teori Thomson Pendapat Thomson bercanggah dengan pendapat Spearman. Menurutnya faktor g yang disebut oleh Spearman tidak wujud, bahkan yang ada hanyalah faktor-faktor khusus, iaitu factor s. Faktor s ini tidak bergantung kepada keturunan melainkan bergantung kepada pendidikan. Maka tidak hairan ada golongan yang lebih cergas dari golongan yang rendah, ini disebabkan oleh kesempatan pendidikan. c) Teori Cyrill Burt Pendirian Burt sama seperti pendirian Spearman. Pendapatnya adalah manusia terdapat faktor g, yang mendasari semua tingkah laku iaitu factor g ini bergantung kepada latar belakang yang di bawa sejak kecil. Selain itu beliau berpendapat bahawa setiap orang memiliki banyak factor s. Disamping itu wujud juga faktor ketiga iaitu factor kelompok yang

Page 60: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

53

biasanya menggunakan faktor c. Ia berfungsi pada sejumlah tingkah laku tetapi tidak pada semua tingkah laku. Oleh yang demikian faktor c lebih luas daripada factor s, tetapi lebih sempit daripada faktor g. Setiap tingkah laku mempunyai tiga faktor iaitu faktor g, factor c dan factor s. Ia dapat dijelaskan seperti berikut: Tingkah laku 1 = Tl = g + c + s Tingkah laku 2 = Tl = g + c + s Tingkah laku 3 = Tl = g + c + s Tingkah laku 4 = Tl = g + c + s Tingkah laku 5 = Tl = g + c + s d) Teori Thurstone Beliau adalah tokoh dari Chicago yang sependapat dengan Burt, bahawa ada faktor c, dan factor s yang berfungsi pada sebahagian tingkah laku. Faktor s ini mempunyai jumlah yang banyak sama dengan jumlah tingkah laku khusus yang di lakukan oleh individu. Namun pada pendapatnya faktor g tidak wujud. Faktor c ada tiga peringkat iaitu:

i Faktor ingatan iaitu kemampuan untuk mengingat (faktor M)

ii Faktor verbal iaitu kecekapan untu menggunakan bahasa (faktor V)

iii Faktor bilangan iaitu kemampuan untuk mengira (faktor N)

iv Faktor kelancaran bertutur iaitu kebolehan sesorang menggunakan perkataan yang sukar (faktor W)

v Faktor reasoning iaitu faktor kecekapan untuk berfikir secara logik. (faktor R)

vi Faktor persepsi iaitu iaitu kemampuan untuk mengamati dengan cepat dan cermat (faktor P)

vii Faktor ruang iaitu kemampuan untuk megadakan orientasi dalam ruang.

Page 61: Bookchapter fp20

54 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Sekiranya ada kecekapan umum, itu bukan kerana adanya faktor g, tetapi kerana kombinasi dari faktor c. e) Pendapat Guilford Beliau terkenal dalam bidang psikometri dan bersependapat dengan Thurdson, iaitu yang utama adalah faktor c sahaja. Terdapat 120 faktor c. Variasi kecerdasan dapat dilihat dari tiga aspek, iaitu:

1) Proses psikologi yang terlibat 2) Isi atau benda yang diproses 3) Bentuk maklumat yang dihasilkan.

1) Berdasarkan proses adalah: i Cognition ii Memory iii Divergent production iv Evaluation

2) Berdasarkan isi kandungan yang diproses adalah: i Figural ii Symbolic iii Semantic iv Behavioral

3) Berdasarkan bentuk maklumat yang di hasilkan adalah i Unit ii Classes iii Relations iv Systems v Transformation vi Implications

Oleh itu keseluruhannya adalah 5 x 4 x 6 = 120 faktor kecerdasan 4. Konsepsi yang bersifat Operasi Ahli pragmatis mendefinisikan kecerdasan sebagai apa yang diukur oleh soalan ujian dan di analisis dapatan yang diperolehi. Kemudian diikuti dengan menyusun dapatan yang diperolehi secara objekif dalam analisis faktor.

Page 62: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

55

Ahli pragmatis menyokong pendapat teori faktor tersebut, iaitu dengan mengukurnya seperti berikut: i) Menyusun peta atau gambar secara objektif mengenai

susunan akal dengan cara menganalisis ujian yang diperolehi hingga ke hari ini.

ii) Menyusun ujian kemampuan secara objektif dalam analisis faktor.

Ahli-ahli dalam bidang ini mendefinasikan teori faktor dengan cara: i) Mendefinasi- tindakkan ii) Mengukurnya- menganalisis hasil-hasil ujian. 5. Konsep-konsep Fungsi Konsep-konsep telah disusun atas dasar analisis mengenai bagaimana fungsinya kecerdasan dan didefinasikan sebagai: i) Kecenderungan untuk memperjuangkan tujuan tertentu -

semakin cerdas seseorang maka semakin cepat melaksanakan tujuannya yang mempunyai inisiatif sendiri tanpa menunggu arahan. Semakin cerdas seseorang maka semakin mempunyai pendirian yang tetap pada matlamatnya dan ia tidak mudah dipengaruhi oleh faktor luar.

ii) Berkemampuan untuk menyesuaikan maksudnya agar matlamatnya tercapai. Oleh itu, semakin cerdas seseorang, dia akan dapat menyesuaikan cara menghadapi sesuatu dengan betul dan akan melahirkan sifat kritis.

iii) Kemampuan untuk menkritik diri sendiri. Iaitu belajar dari kesilapan yang telah dilakukan. Oleh itu semakin cerdas seseorang ia dapat belajar dari kesilapan yang telah dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi.

Langeveld yang sependapat dengan Stern, mendefinasikan kecerdasan sebagai langkah untuk bertindak, bagi menentukan tujuan baru dalam hidupnya. Pendapat ini adalah sama dengan apa yang dikemukakan oleh Binet iaitu:

Page 63: Bookchapter fp20

56 Personaliti Gaya Hidup Remaja

i Pendirian yang ada bukan merupakan faktor utama tetapi merupakan sebahagian daripada keperibadian yang tidak dapat berdiam diri.

ii Pendirian ini tidak semata-mata ditentukan oleh dasar tetapi ia ditentukan oleh factor luar atau gabungan diantara factor dalaman dan factor luaran.

iii Pendirian ini lengkap, apabila ia berpotensi dan ada arah tujunya yang tertentu.

iv Pendirian ini akan muncul yang akan digunakan dalam aktiviti berfikir.

Maka dapat disimpulkan bahawa definasi kecerdasan tidak dapat dinyatakan dengan tepat. Namun setiap konsep harus menetapkan pendirian masing-masing. B. PENGUKURAN KECERDASAN Semenjak ahli psikologi mula mengadakan cara pendekatan secara impiris, maka pengukuran kecerdasan telah banyak menarik perhatian ahli psikologi tambahan pula gerakan gerakan pengukuran dalam lapangan psikologi telah berkembang. Dalam membincangkan mengenai pengukuran kecerdasan pada pandangan penulis jalan yang paling baik ialah sejarah, Jadi mengemukakan sejarah adalah usaha para ahli psikologi dalam bidang ini dan pada masa yang sama dapat menunjukkan teknik yang dapat digunakan dalam penyelidikan dan atau pengukuran kecerdasan serta penilaian dalam usaha-usaha tersebut. Sekiranya melihat sejarah maka dapat dilihat dari segi: i Mengemukakan sejarah perkembangan dengan memberi

gambaran yang bersifat umum mengenai persoalannya. ii Mengemukan sejarah perkembangan ujian kecekapan Binet,

kerana model ini yang dianggap oleh kebanyakkan ahli psikologi sebagai yang terbaik dan banyak diguna pakai terutama dalam menyelidik anak-anak yang masih muda.

Page 64: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

57

1. Perkembangan umum ujian kecekapan Pada umumnya perkembangan ujian kecekapan dapat

digambarkan kepada empat fasa seperti berikut:

i Fasa persiapan, iaitu berusaha mengumpulkan ujian kecekapan dan berlangsung sehingga tahun 1915.

ii Fasa menggunakan, iaitu fasa dimana orang menggunakan ujian yang telah disusun tanpa dikritik. Pada fasa ini ahli psikologi telah mengumpulkan bahan ujian daripada berbagai bidang kehidupan. Pengguna akan menggunakan bahan ujian tanpa melihat kelemahan yang mungkin terkandung dalam ujian tersebut. Ujian kecekapan dianggap sebagai dasar yang kuat dalam menentukan pelbagai hal dalam menentukan kemampuan manusia. Oleh yang demikian ia diaplikasikan sehingga dalam memilih seorang pegawai akan dilihat daripada hasil ujian kecekapan yang dijalankan terutama dalam bidang pendidikan. Contohnya dalam mengkatogarikan pelajar.

iii Fasa mencari bahan ujian yang bebas dari pengaruh kebudayaan. Ahli psikologi mula meyedari adanya kekurangan dalam bahan ujian kecekapan. Segala kelemahan yang wujud adalah disebabkan oleh pengaruh kebudayaan dan cara mengatasinya adalah dengan mengusahakan untuk mencari bahan ujian yang bebas dari pengaruh kebudayaan.

Florence L Goodenough terkenal dengan ujian DAM (Draw a Mant Test). Dia berpendapat bahawa aktiviti kanak-kanak yang mencerminkan kecekapannya yang tidak dipengaruhi oleh kebudayaan. Dengan penelitian yang meluas maka akhirnya dapat menggambarkan ukuran bagi kecekapan kanak-kanak. Ketika hasil bahan ujian ini digunakan oleh kanak-kanak Amerika yang berkulit putih, ianya telah menghasilkan seperti mana yang diharapkan, tetapi gagal bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang berkulit selain daripada putih.

Page 65: Bookchapter fp20

58 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Porteus memperkenalkan ujian labirian (maze test) sebagai ujian yang bebas dari pengaruh kebudayaan. Namun usahanya gagal. Ini disebabkan oleh tempat penyelidikan adalah faktor utama punca penyelidikan iaitu mencari bahan ujian kecekapan yang bebas daripada pengaruh kebudayaan. Dari awal lagi, usaha mencari bahan ujian yang bebas daripada pengaruh kebudayaan akan mencapai kegagalan sekiranya mengikuti langkah-langkah yang baru sahaja.

Percakapan bukanlah menggambarkan perkara yang bebas dari pengaruh kebudayaan. Untuk memahami hal ini kita harus berpaling daripada pengalaman hidup seharian. Pandangan pendidik terhadap kanak-kanak yang gemar menerangksn sesuatu dapat di golongkan kepada tiga golongan, iaitu;

i Golongan yang menyambut kegiatan kanak-kanak dengan baik. Mereka ini akan menyediakan segala kemudahan dengan secukupnya supaya kegemaran tersebut dapat dikembangkan hingga ketahap maksimum namun is perlu diberi bimbingan.

ii Golongan yang menggap aktiviti kanak-kanak itu sebagai aktiviti yang mengganggu. Contohnya apabila kanak-kanak nak menggambarkan sesuatu mereka akan menconteng dinding atau lantai atau apa sahaja yang bersih. Oleh itu golongan ini akan melarang perbuatan kanak-kanak tersebut.

iii Golongan yang acuh tak acuh terhadap aktiviti kanak-kanak. Golongan ini adalah dikalangan yang kurang pendidikan.

Daripada ketiga-tiga sikap ini dapat memberi pengaruh yang berbeza kecekapan yang akan dimiliki oleh kanak-kanak berkenaan. Kanak-kanak yang mendapat segala kemudahan akan memiliki kecekapan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Sementara itu kanak-kanak yang sentiasa dihalang tindak-tanduknya akan membantutkan pengembangan kecekapannya. Sekiranya ketiga-tiga golongan disatukan dalam melaksanakan sesuatu tugas pastinya ia akan menggambarkan prestasi yang dipengaruhi oleh kebudayaan. Fasa Kritis yang bermula dari tahun 1950 hingga sekarang.

Page 66: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

59

Setelah segala usaha untuk mencari bahan ujian yang bebas

dari pengaruh kebudayaan itu gagal, maka dapat disimpulkan bahawa ujian kecekapan tetap dipengaruhi oleh kebudayaan. Ahli psikologi mengakui bahawa bahan ujian kecekapan adalah alat yang sangat baik dan berguna tetapi ianya tetap terbatas. Alat ujian kecekapan ini mengandungi beberapa kelemahan seperti berikut:

i Alat ujian kecekapan yang disusun dalam lingkungan kebudayaan tertentu tidak dapat digunakan oleh mereka yang berlainan kebudayaan. Sekiranya ia digunakan juga maka ujian tersebut tidak dapat memenuhi fungsinya. Oleh yang demikian orang kurang prestasinya belum tentu ia dikalangan mereka yang kurang cerdas. Contohnya Seseorang yang tidak pernah melihat keretapi dalam hidupnya, apabila ia diberi ujian mengenai keretapi, pasti kanak-kanak tersebut tidak dapat menjawabnya. Maka kawasan atau tempat tinggal boleh mempengaruhi sampel dalam menyusun alat ujian.

ii Bahan ujian kecekapan hanya sesuai untuk menguji tingkahlaku tertentu.

Max Weber, seorang ahli sosiologi yang ternama menggolongkan tingkah laku kepada kepada 4 golongan. Iaitu: i Tingkahlaku afektif ii Tingkahlaku tradisional iii Tingkahlaku rasional berdasarkan nilai-nilai. iv Tingkahlaku rasional yang berasaskan tujuan tertentu. i Tingkahlaku afektif

Tingkahlaku yang berasaskan kepada perasaan. Ramai orang yang didalam hidupnya diwarnai oleh perasaan seperti para seniman yang mana tingkahlakunya kadang-kadang tidak dapat diterima akal. Oleh yang demikian tingkahlaku ini tidak dapat diukur dengan alat ujian kecekapan.

Page 67: Bookchapter fp20

60 Personaliti Gaya Hidup Remaja

ii Tingkahlaku tradisional Untuk mendapatkan hasil dalam ujian kecekapan

respondent harus bekerja dengan cepat dan tepat. Tetapi ia adalah diluar kemampuan mereka. Contohnya masyarakat jawa pada hari lebaran orang muda dikehendakki bersalaman dan mencium tangan nenek mereka dan sambil berjalan dengan sedikit membongkok, ini akan melambatkan pergerakkan seseorang. Kebiasaannya apabila hendak bertindak dengan cepat maka tak perlu lagi berjalan sambil menunduk. Dalam kehidupan manusia ini masih lagi banyak tindakkan yang diatur oleh tingkahlaku tradisional. Oleh yang demikian tingkahlaku ini tidak sesuai diukur menggunakan alat ujian kecekapan.

iii Tingkahlaku rasional berdasarkan nilai-nilai. Rasionalnya dilihat daripada nilai-nilai yang tertentu

seperti nilai kepercayaan atau agama. Seperti kepercayaan terhadap korban yang mana manusia mengganggap bahawa mengeluarkan korban akan menambahkan rezeki oleh yang berkuasa.

iv Tingkahlaku rasional berdasarkan tujuan adalah tingkahlaku yang menurut

pertimbangan apa yang akan dicapai atau dituju. Contohnya sekiranya hendak mengeluarkan harta adakah ia dapat mendatangkan yang lebih banyak harta. Tingkahlaku seperti ini sesuai untuk diuji menggunaka ujian kecerdasan.

2. Alat ujian hanya sesuai untuk menguji keperibadian yang

tertentu supaya orang dapat berjaya dalam ujian kecerdasan, maka orang yang hendak diuji tersebut harus harus memiliki sifat-sifat

i Mereka harus menurut sahaja tanpa dikritik petunjuk-petunjuk yang terdapat dalam alat ujian tersebut. Sekiranya dia ada mempunyai pendapat yang lain akan merugikan skor ujiannya. Contohnya seorang kanak-kanak diminta menunjukkan tangan kiri, dan dia tahu

Page 68: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

61

yang mana tangan kiri tetapi dia sengaja memberikan tangan kanannya maka ia akan mendapat skor 0 dalam item tersebut.

ii Dia harus mempunyai saingan yang besar dengan berusaha untuk mendapatkan skor yang tertinggi bagi mengatasi orang lain. Tetapi orang selalu bergotong royong tidak akan menghiraukan masalah persaingan kerana mereka tidak memiliki dorongan yang demikian. Oleh yang demikian orang yang kurang dorongan akan merugikan skor dalam ujian ini.

iii Mereka harus berpegang kepada prinsip ekonomi iaitu mengeluarkan usaha yang minimum tetapi akan mendapatkan hasil yang besar walaupun terpaksa mengenepikan pertimbangan yang lain.

4. Perbandingan kecerdasan merupakan hasil yang ditunjukkan

oleh ujian kecekapan tidaklah bergantung kepada keturunan atau latar belakangnya semata-mata.

Pada umumnya, penggunaan ujian kecekapan berdasarkan kepada jumlah markah yang diperolehi maka dengan ujian tersebut dapat diketahui kecerdasan umum mereka yang mengambil ujian tersebut. Anak-anak yang berasal dari ibu yang mempunyai kecerdasan yang rendah, ternyata kecerdasannya dapat mengatasi kecerdasan ibunya sekiranya mereka dididik dalam keadaan yang baik. Tetapi sekiranya anak-anak ini didik oleholeh ibunya sendiriakan mempunyai kecerdasan sama seperti ibunya. Ini menunjukkan bahawa persekitaran mereka dapat mempengaruhi perkembangan kecekapan mereka. 5 Perbandingan kecerdasan atau IQ seseorang tidak tetap.IQ seseorang boleh menurun dan meningkat. Seseorang yang pertama kali diuji akan mendapat markah di bawah 100, mungkin pada ujian yang kedua akan memdapat markah lebih dari 100 dan mungkin yang sebaliknya akan berlaku. Oleh yang demikian dapatan ujian tidak dapat dibuat pegangan. Kerana akan

Page 69: Bookchapter fp20

62 Personaliti Gaya Hidup Remaja

mengelirukan kedudukannya dalam hubungannya bersama teman-temannya.

i) Mengkatogarikan manusia – Contohnya, skor 50-69 di golongkan sebagai yang kurang normal, sementara Skor 70 dan ke atas di golongkan sebagai normal. Bagi skor 69 akan yang hanya kurang satu sahaja dikatogarikan sebagai tidak normal. Oleh yang demikian ianya tidak boleh dianggap sebagai nilai yang tetap atau mati.

ii) Ujian kecekapan ini masih mempunyai kekliruan. Ahli yang menyusun ujian telah berusaha sebaik mungkin supaya segala syarat-syarat untuk mencipta ujian dapat dipenuhi, namun kekeliruan masih terjadi terutama dalam menentukan perbezaan katogari, reabiliti dan penerimaan alat ujian.

Catatan Melaksanakan menjalani ujian kecerdasan Penulis mencatatkan kelemahan ujian kecekapan ini adalah bertujuan apabila menggunakan ujian hendaklah bersifat kritis dengan mengingat kelemahan-kelemahan tersebut, dan ujian kecerdasan tidak semestinya tepat.

Sehubungan itu digariskan beberapa langkah yang dapat digunakan apabila membuat pertimbangan. i) Kerana ujian kecekapan adalah bergantung kepada

kebudayaan, maka jangan menggunakan alat ujian yang disusun di luar negeri untuk menguji anak-anak kita. Sekiranya ia diguna pakai maka hendaklah diadakan penyesuaian dengan keadaan anak-anak didik kita. Maka perlulah membuat penelitian yang terperinci.

ii) Kecerdasan tidak semata-mata bergantung kepada latar belakang

iii) Kecerdasan tidak hanya bergantung kepada latar belakang dan tidak tetap. Oleh yang demikian, sebaiknya hendaklah mengadakan ujian secara berjadual mengikut masa yang ditetapkan.

Page 70: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

63

iv) Mungkin ada kekeliruan dalam ujian kecekapan, maka ahli psikologi perlu meninjau ujian-ujian yang yang telah di buat.

v) Kerana ujian kecekapan bukanlah yang dapat menentukan sesuatu maka jangan jadikan ia sebagai pegangan melainkan akan digunakan dalam alat ujian yang lain.

iii) Perkembanga ujian kecekapan Model Binet

Alfred Binet adalah seorang ahlipsikogi yang terkenal.

Semenjak tahun 1890 an telah mengadakan usaha untuk menyusun ujian kecekapan. Anak-anak yang kurang normal apabila dididik bersama dengan anak-anak yang normal akan menimbulkan kerugian, iaitu:

a) Anak yang kurang normal dipaksa untuk mengikuti pendidikan luar kemampuannya.

b) Kanak yang normal akan mensia-siakan kebolehan yang mereka ada.

c) Masyarakat akan rugi kerana pengeluaran kos dan penggunaan waktu yang lama dan kurang berkesan.

Oleh yang demikian kanak-kanak yang kurang normal hendak di didik secara berasingan.Maka perlukan alat untuk mengesan tahap kecekapan pelajar seawal mereka ingin memasuki arena persekolahan. Binet telah menemukan alat untuk mengukur kecerdasan ini yang mula diperkenalkan pada tahun 1805, iaitu terdiri dari 30 item. a. Daripada penghasilannya yang pertama Binet telah melakukan

perubahan bagi menyempurnakan item dengan bantuan daripada Simon. Hasilnya dapat diterbitkan pada tahun 1908. Bahan ujian ini terkenal dengan nama ujian ujian Binet-Simon, dalam jangkamasa tiga tahun telah usaha membaikpulih item dilakukan terhada alat ujian yang pertama. Ujian ini dapat digunakan oleh kanak-kanak yang berumur diantara 3 hingga 15 tahun dan mempunyai kelompok yang berlainan.

b. Umur kalender iaitu umur sebagaimana ditunjukkan pada hari kelahirannya. Umur kecerdasan adalah seperti mana yang

Page 71: Bookchapter fp20

64 Personaliti Gaya Hidup Remaja

ditunjukkan oleh ujian kecekapan. Bagi menentukan kanak-kanak yang normal dan kurang normal iaitu, apabila MA (mental age) tiga tahun atau lebih kurangnya dari CA (chronological age) maka orangnya tergolong kurang normal. Oleh yang demikian sekiranya ada anak yang CA nya kurang dari 10:0 setelah menjalani ujian kecekapan dan didapatinya bahawa MA nya adalah 7:0 atau 6:6, maka ia tergolong sebagai orang kurang normal. Namun sekiranya MA nya 8:0 atau 8:6 atau 9:0 maka ia tergolong anak yang normal.

c. Ujian yang dihasilkan pada tahun 1908 adalah yang terbaik (mengikut ukuran zaman tersebut), tetapi Binet dan Simon masih memperbaikinya. Hasilnya yang baru dapat diterbitkan pada tahun 1911. dan beberapa selepas itu Binet meninggal dunia. Model ini terus digunakan sebagai alat ujian oleh ahli psikologi.

d. Pada akhir tahun 1911 telah mengadakan satu kongres psikologi antarabangsa yang diadakan di Geneva. Banyak kunjungan dari ahli psikologi dari pelusuk Negara. Salah satu perkara yang dibahaskan dan mendapat perhatian adalah mengenai masalah ujian kecekapan. Stern menunjukkan bahawa selisihan tetap adalah tidak tepat dan perlu diganti kepada yang baru. Alat ujian kecerdasan tersebut perlu disusun atas dasar penyelidikan. Yang lebih sesuai adalah untuk menentukan status seseorang mengenai kecerdasan maka perlulah mengambil kira perbandingan tetap.

Kesimpulannya adalah dengan menentukan perbandingan

antara umur kecerdasan dan umur kalender. Sebenarnya adalah membandingkan umur kecerdasan anak yang kita uji dengan kecerdasan anak yang normal pada umumnya umurnya sama dengan kanak-kanak yang kita uji itu. Jadi perbandingan antara umur kecerdasan seseorang dengan umur kalender merupakan umur kecerdasan orang-orang yang seumur dengannya.

Page 72: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

65

Perbandingan dapat dibuat seperti berikut: IQ (Inteligence quotient) = MA (Mental age) CA (Chronological age) Untuk dimudahkan maka ia diperatuskan seperti berikut; IQ (Inteligence quotient) = MA (Mental age) x 100 CA (Chronological age)

e. Kongres psikologi antarabangsa telah dapat mengembangkan

bahan ujian kecekapan model Binet. Oleh yang demikian pada tahun 1912 sebanyak 4 alat ujian kecekapan mula diperkenalkan. Perubahan yang dibuat oleh LM Tearman ialah

i) Titiap tahun mempunyai 6 item dan setiap item bernilai 2 bulan umur kecerdasan

ii) Memperluaskan daerah yang dapat mempergunakan untuk menguji anak-anak yang berumur 2 hingga 18 tahun.

f. Tearman telah meninjau kelemahan yang didapati pada alat

ujian kecerdasan pada tahun 1912 dan telah terbit pada tahun 1916 hasil bantuan dari M.D Merrill. Hasilnya telah diterbitkan pada tahun 1937 dan ia terkenal hingga ke hari ini walau di mana sahaja.

g. Dengan perkembangan sosial yang begitu cepat, maka telah lahir hasil yang baru pada tahun 1960.

iv) Ujian Wecbsler

Dengan terkenalnya alat ujian kecerdasan untuk menguji seseorang individu untuk melihat kecerdasannya, maka timbullah pula alat ujian untuk menguji orang dewasa. Alat ujian Banet tidak dapat memenuhi kehendak ini. Namun ada sebahagiannya yang dapat diambil bagi menguji kecerdasan orang dewasa. Maka Wehcler telah menyusun skala nilai untuk menguji orang dewasa.

Ujian Websler telah diperkenalkan pada tahun 1955 dengan nama Wehcler Adult Inteligence Scale. Semenjak ujian Wehbler diperkenalkan ia terus digunakan dengan cepat diseluruh dunia

Page 73: Bookchapter fp20

66 Personaliti Gaya Hidup Remaja

kerana ia telah memenuhi ciri-ciri bagi menguji dan merawat kecerdasan orang dewasa. Perlaksanaan soal selidik i) Cara mendapatkan IQ:

a. Mulakan soalan ujia dari tahap yang rendah sehingga kanak-kanak tersebut tidak dapat menjawab item yang diberikan atau terus menayakan item yang standing dengan umurnya, apabila ia gagal menjawabnya maka tukar kepada item yang lebih rendah.

b. Hitung MA kanak-kanak yang diuji. Misalnya CA anak yang diuji itu ialah 8;0 Di dalam ujian ia menunjukkan seperti berikut:

Jadual 1- cara menghitung MA

Item mengikut umur

1 2 3 4 5 6 3;0 X X x X X X 4;0 X X X X X X 5;0 X X X X X X 6;0 X X X X X - 7;0 X X X X - - 8;0 X X X - - - 9;0 X X - - - - 10;0 X - - - - - 11;0 - - - - - -

MA anak yang diuji adalah: 7;0 + 0;6 + 0;4 + 0;2 = 7;0 + 1;0 = 8;0 atau

v) thn + 3/6 thn + 2/6 thn + 1/6 thn = 7 thn + 1 thn = 8 thn Jadi, IQ = MA x 100 CA

Page 74: Bookchapter fp20

Kecerdasan dan Personaliti

67

= 8x 100 = 100. 8 ii) Mengkatogarikan manusia kepada mengikut IQnya. iii) Perkembangan kecerdasan terjadi semasa kanak-kanak.

Perubahan tersebut berlangsung dengan cepat diantara umur 13 sehingga 15 tahun. Selepas umur 15 tahun perkembangan kecerdasan agak lambat.

iv) Di kalangan kanak-kanak yang masih muda pengaruh untuk berjaya atau gagal pembelajaran seseorang itu adalah besar Perbezaan kecerdasan dalam kecerdasan menunjukkan perbezaan yang berlaku di kalangan anak didik kita.

v) Bimbingan umum perlu diberi untuk melihat kecerdasan anak yang akan dibimbing.

vi) Berikan bantuan kepada mereka yang buntu untuk mengetahui tahap kecerdasan pelajarnya.

KESIMPULAN Guru atau pendidik perlu berhati-hati dalam membuat ujian kecerdasan. Apabila membuat perbandingan ke atas murid-muridnya hanya berdasarkan satu ujian sahaja amat terbatas dan tidak adil bagi murid tersebut. Tambahan pula, ujian-ujian kecerdasan perlu bersifat bebas budaya, iaitu ia mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan mengukur kecerdasan murid-murud di negara tersebut. Guru-guru pula perlu memahami beberapa konsep asas yang berhubung dengan prosedur menguji seperti formula membuat skor, pembolehubah, sisihan lazim taburan normal, umur mental IQ dan persentil.

Page 75: Bookchapter fp20

68 Personaliti Gaya Hidup Remaja

RUJUKAN Elias, Maurice, Tobias, Steven & Brain Friedlander (1999),

Emotionally Intelligent Parenting, Hodder and Stoughton, Great Britain.

G L Simons, Introducing Artificial Intelligence, 1984 NCC Publication.

Goleman, Daniel (1995) Emotional Intelligence, Bantam Books New York.

http :// www.culture.com.au/brain proj/17 thcent.htm. Ken Richardson, Understanding Intelligence, 1994 British Library

Cataloguing in Publication Data. Martin A. Fischler & Oscar Firschein, Intelligence, The Eye, The

Brain, and the Computer, 1987 Addison-Wesley Publication Company.

Nik Azis Nik Pa, Pelajar Pintar Cerdas, Teori dan praktik, 1990 Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam, Selangor

Philip E. Vernon, Intelligence Heredity and Environment 1979, University of Calgary, Alberta.

haty Mohd. Majzub, Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,1992 Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Kuala Lumpur.

Shapiro, Lawrence E 1997, How To Raise A Child With High EQ, Harpercollins Publication, New York.

Page 76: Bookchapter fp20

5

PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI REMAJA

Nurul Ezzati Azizi

PENGENALAN Hasil daripada beberapa teori yang saya rasakan agak signifikan dengan kajian yang dominan pada faktor keluarga khususnya ibu bapa sebagai pemboleh ubah dalam pembentukan konsep kendiri anak-anak, dapatlah ditafsirkan bahawa sememangnya wujud kolerasi yang tinggi antara dua perkaitan utama ini. Pemfokusan diberikan kepada peranan ibu bapa sebagai ‘ketua dalam unit sebuah institusi keluarga yang unik’, diikuti iklim yang terbentuk terhadap pengaruh dan perhubungan sesama anak atau adik beradik dalam sesebuah keluarga. Hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak sebenarnya bukan merupakan hubungan yang statik akan tetapi sebaliknya merupakan suatu perhubungan yang amat dinamik dan unik kerana wujudnya suatu situasi ‘give and take’ dan ‘kesan dan akibat’. Perhubungan dinamik ini berlangsung mengikut peringkat perkembangan sahsiah, mental dan umur anak.

Agak jelas, ibu bapa mempunyai peranan utama dalam membentuk konsep kendiri anak-anak sejak lahir sehinggalah ke alam remaja, malahan menjadi pemangkin utama dalam pengaruh ke arah kewujudan personaliti anak yang ideal ataupun tidak.

Tanggungjawab dan peranan ibu bapa tidak pernah

Page 77: Bookchapter fp20

70 Personaliti Gaya Hidup Remaja

berakhir setakat dengan menghantar anak-anak ke pagar sekolah seterusnya menyerahkan bulat-bulat peranan tersebut kepada pihak guru khususnya. Agen utama sosialisasi pembentukan konsep kendiri iaitu pihak ibu bapa tidak hanya setakat untuk mendisiplinkan anak-anak, malahan turut perlu berperanan sebagai role model yang terbaik beserta didikan agama yang mencukupi.

Pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak dipercayai berlaku dalam dua cara. Pertama, adalah melalui pewarisan baka dan kedua, melalui perwarisan proses pembelajaran. Pembelajaran diistilahkan sebagai berlaku dalam konteks persekitaran seperti bentuk dan corak didikan ibu bapa serta tauladan oleh ibu bapa yang berkredibiliti untuk mempengaruhi perkembangan dan pembentukan konsep kendiri anak-anak.

‘Anak dilahirkan seperti kain putih…ibu bapalah yang

mencorakkannya’. Kepercayaan asasi ini wujud bahawa seorang anak bukan sahaja mengikut contoh ibu bapa malah berkemungkinan akan menjadi lebih buruk daripada yang mampu digambarkan contohnya melalui peribahasa, ‘ayah kencing berdiri, anak kencing berlari’. Ini selari dengan kenyataan pengkaji dan ahli teori bahawa anak-anak adalah pemerhati yang aktif namun mereka adalah penilai yang lemah.

Jelas, hubungan ibu bapa dengan anak dalam sesebuah keluarga adalah wujud melalui beberapa acuan tentang corak kaedah keibubapaan yang diaplikasikan. Kaedah ini juga ditentukan oleh model-model yang wujud dalam sesebuah entiti masyarakat serta andaian-andaian tertentu.

Gaya mendidik anak diertikan sebagai sikap yang ada pada ibu bapa berkenaan dalam proses membesarkan anak, seperti yang digambarkan melalui interaksi mereka dengan anak mereka (Darlin & Steinberg, 1993) Gaya ini didapati menggambarkan inisiatif bagi membentuk anak-anak yang gembira, sihat dan berkebolehan (Gunnoe, Hetherington & Reiss, 1999). Menurut Baumrind (971), pendekatan keibubapaan dalam mengawal dan menyokong disatukan dan membentuk tiga gaya mendidik anak iaitu autoritarian, autoritatif dan permisif. Dikesan bahawa gaya

Page 78: Bookchapter fp20

Pembentukan Konsep Kendiri Remaja

71

didikan tersebut berupaya kuat untuk mempengaruhi konsep kendiri anak-anak. Gaya tersebut ialah :

Gaya autoritarian Ini merupakan suatu cara ibu bapa mengenakan kawalan ketat ke atas tingkahlaku anak dengan membuat peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak dan tidak membenarkan anak menyoal berkenaan peraturan-peraturan dan nilai-nilai itu. Antara sifat ibu bapa authoritarian ialah :

i Setiap yang dikatakan adalah suatu peraturan atau undang-undang.

ii Tidak dapat bertolak ansur secara verbal dan percaya anak-anak perlu mendengar setiap kata-kata ibu bapa.

iii Tidak bersikap fleksibel dan menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman.

iv Cuba mengawal tingkah laku anak dengan mengenakan peraturan yang ketat, menilai tinggi ketaatan dan keakuran.

v Cuba membentuk, mengawal dan menilai tingkah laku anak mengikut piawaian yang mutlak.

vi Tidak responsif pada kehendak anak. vii Tidak cenderung untuk menggalakkan anak berdikari dan

bertanggungjawab dalam kehidupan.

Kebiasaannya, anak-anak yang dibesarkan dengan kaedah dan cara autoritarian adalah lebih cenderung untk bersifat tidak puas hati dengan diri sendiri, tidak dapat dipercayai, sering berubah mengikut situasi, agak cemas, kelam kabut, ganas secara pasif, mudah tersinggung, bersikap negatif dalam interaksi sesama rakan sebaya mahupun penglibatan secara social yang tidak memenuhi tuntutan moral universal. Gaya autoritatif Dalam hal ini, ibu bapa lebih gemar mengenakan peraturan ataupun had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi bersifat terbuka. Sifat-sifat dan gaya didikan ibu bapa yang bercorak autoritatif adalah seperti :

Page 79: Bookchapter fp20

72 Personaliti Gaya Hidup Remaja

i Anak-anak diberi kebebasan membuat keputusan sendiri daam perkara-perkara tertentu.

ii Lebih fleksibel dan rasional dalam sikap dan perspektif sesuatu isu keluarga.

iii Mengenakan kawalan tegas tetapi membenarkan kebebasan beransur-ansur yang bersesuaian dengan tahap perkembangan anak.

iv Had-had batasan tingkah laku dikenakan tetapi individualiti anak tetap diambil kira.

v Menggalakkan toleransi secara verbal dan menjelaskan sebab akibat di sebalik hukuman yang dikenakan.

vi Memberikan penjelasan tentang nilai-nilai mereka serta menaruh harapan tinggi kepada anak supaya dapat menerima dan mematuhinya.

vii Lebih menggalakkan sifat autonomi dan arah kendiri tetapi turut mengajar anak bertanggungjawab ke atas tingkah laku sendiri.

viii Agak peramah dan tidak melihat diri sebagai individu yang terasing serta individu yang tidak membuat kesilapan walaupun berperanan sebagai ketua keluarga.

ix Memastikan setiap anak menyumbang peranan dan tanggungjawab sebagai ahli keluarga mengikut kemampuan masing-masing.

x Bersikap responsif, sentiasa memberikan dorongan dan mampu untuk menghormati kepentingan dan keputusan anak. Ibu bapa begini biasanya adalah mesra tetapi tegas.

Hasil pemerhatian Baumrind, kanak-kanak yang dibesarkan

oleh ibu bapa autoritatif lebih bertendensi untuk menjadi bertenaga, aktif, suka meneroka, memiliki rasa ingin tahu yang kuat, berdedikasi, boleh mengawal diri, sentiasa berpuas hati dengan keadaan diri, menerima apa keadaan dengan rasional dan bersikap positif dengan individu lain.

Page 80: Bookchapter fp20

Pembentukan Konsep Kendiri Remaja

73

Gaya permisif Cara ini lebih bercirikan gaya komunikasi yang terbuka dan ibu bapa begini kurang menekankan tingkah laku yang baik kepada anak. Antara ciri ibu bapa yang permisif ialah :

i Tidak dapat menggunakan kuasa secara langsung dan terbuka.

ii Berkomunikasi secara terbuka tetapi tidak berusaha untuk membentuk tingkah laku anak.

iii Tidak banyak membuat permintaan kepada anak dan sering memberikan sepenuhnya kebebasan.

iv Kurang mengenakan kawaan dan apabila perlu, mereka menggunakan penjelasan ataupun sebab-sebab dan tidak menggunakan kuasa ataupun kekerasan bagi mengawal anak.

v Tidak bersifat untuk menghukum anak jika anak membuat kesalahan, sebaliknya lebih menerima impuls dan keinginan anak.

vi Berfungsi sebagai sumber yang memenuhi segala keinginan anak dan tidak dapat berfungsi sebagai agen-agen aktif yang terlibat dalam pembentukan tingkah laku anak.

vii Membiarkan anak mengatur aktiviti sendiri dan mengelakkan daripada mengenakan kawalan ke atas anak.

viii Cuba menyediakan keadaan yang membimbing ke arah perkembangan anak tetapi sebenarnya gagal berfungsi untuk membentuk had-had batasan yang tegas kepada anak ataupun mengkehendaki anak bertingkah laku secara lebih matang dan rasional.

Didapati, kanak-kanak yang dididik oleh ibu bapa yang

permisif adalah lebih cenderung bersifat tidak dapat mengawal diri, impulsive, kurang berdikari dan kurang meneroka sesuatu. Walau bagaimapun, mereka kelihatannya lebih gembira dan cepat sembuh daripada sesuatu tekanan ataupun krisis berbanding kanak-

Page 81: Bookchapter fp20

74 Personaliti Gaya Hidup Remaja

kanak yang dibesarkan secara autoritarian. Baumrind (1989) turut memberikan dua dimensi dalam

cara pembesaran iaitu kehendak dan tindak balas ibu bapa. Mekanisme-mekanisme cara pembesaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak diwakili oeh persilangan antara dua dimensi tersebut.

Kehendak ditakrifkan sebagai jumlah ataupun darjah kawalan yang dikenakan oleh ibu bapa pada anak manakala tindak balas ditakrifkan sebagai kekerapan interaksi dengan anak sama ada secara positif ataupun negatif (Maccoby dan Martin, 1983). Ringkasnya, hasil kajian susulan oleh Baumrind terhadap responden yang berusia 8 – 9 tahun (tahap pertengahan anak-anak), beliau membuat rumusan bahawa ibu bapa yang autoritatif lebih cenderung untuk :

i Berusaha menghasilkan kesan-kesan positif semasa tempoh ini secara berterusan terhadap anak-anak.

ii Memiliki gaya dan corak pembesaran yang paling baik dan ini dielemenkan oleh kehendak dan tindak balas tinggi.

iii Kemesraan ibu bapa akan menyebabkan wujudnya kesan positif manakala kedinginan dan permusuhan akan menghasilkan kesan-kesan negatif.

iv Kanak-kanak pula lebih cenderung memperolehi markah yang lebih baik dalam agensi iaitu kecenderungan mengambil inisiatif, sedia menghadapi cabaran dan cuba mempengaruhi sesuatu situasi.

v Mereka turut bersifat berdikari, bertanggungjawab dan yakin pada diri sendiri serta mempunyai konsep kendiri yang baik.

Awang Had Salleh (1985) menegaskan bahawa penyediaan generasi muda dengan ilmu @ pendidikan dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan bermotivasi ialah dengan dua cara:

1. Dengan pendidikan Tak Formal (seperti yang kita lakukan di rumah)

Page 82: Bookchapter fp20

Pembentukan Konsep Kendiri Remaja

75

2. Dengan pendidikan Formal (di sekolah-sekolah) Seterusnya Prof. Awang HS menjelaskan, masyarakat yang

berdisiplin sahaja tidak cukup mantap, tetapi untuk maju kehadapan, mereka harus ada daya utama (usaha), harus ada keinginan dan cita-cita di kalangan ahli masyarakat tersebut untuk meningkat maju. Masyarakat yang berdisiplin adalah satu kemestian, tetapi harus pula "bermotivasi" (bersungguh-sungguh, saksama dan dengan cemerlang) untuk mencapai tahap peradaban (tamaddun) yang lebih tinggi menerusi pergerakan yang cergas, mencapai kesempurnaan dan sentiasa produktif serta berkualiti tinggi dalam apa juga usaha yang dilakukan.

Atan Long (1979) berpendapat kekuatan atau kelemahan masyarakat bergantung kepada ahli-ahli masyarakat yang memberikan sumbangan kepada keutuhan dan kemajuan serta perkembangan masyarakat berkenaan. Sesebuah masyarakat perlu sanggup berubah (anjakan paradigma) menerima perubahan untuk terus hidup dan berkembang mengikut kemajuan zamannya. Jika tidak, mereka akan ketinggalan zaman atau pun tertinggal dalam meneruskan kehidupan yang terus berubah.

Seterusnya Prof. Awang HS menjelaskan, masyarakat yang berdisiplin sahaja tidak cukup mantap, tetapi untuk maju kehadapan, mereka harus ada daya utama (usaha), harus ada keinginan dan cita-cita di kalangan ahli masyarakat tersebut untuk meningkat maju. Masyarakat yang berdisiplin adalah satu kemestian, tetapi harus pula "bermotivasi" (bersungguh-sungguh, saksama dan dengan cemerlang) untuk mencapai tahap peradaban (tamaddun) yang lebih tinggi menerusi pergerakan yang cergas, mencapai kesempurnaan dan sentiasa produktif serta berkualiti tinggi dalam apa juga usaha yang dilakukan.

Manakala ibu bapa Amerika dikatakan lebih liberal, yakni menuruti kehendak dan syor anak dalam mendidik anak. Implikasinya interaksi-komunikasi anak dengan orang dewasa kelihatan lebih harmoni tetapi mereka mudah menentang serta melafazkan sesuatu yang mereka tidak setuju dengan orang dewasa @ mereka lebih berterus terang. Kadangkala mereka lebih bersifat biadab mengikut sistem nilai masyarakat Timur.

Page 83: Bookchapter fp20

76 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Menurut Connell lagi, berkemungkinan matlamat dan pola pensosialan kanak-kanak Australia terletak antara pola Inggeris dan pola Amerika. Begitu juga di kalangan masyarakat Barat lainnya mempunyai pola atau bentuk yang berbeza berasaskan budaya dan kepercayaan serta amalan hidup seharian mereka.

Selain daripada itu budaya-budaya kecil (sub – budaya) seperti cara didikan, aspirasi pendidikan dan kerjaya ibu bapa dalam hiraki/tatatingkat masyarakat (sosial status) turut mempengaruhi perbezaan yang jelas dari aspek nilai dan orientasi motivasi (dorongan) serta dalam amalan latihan anak-anak dalam keluarga. Dalam masyarakat Barat, menurut Connell (1981) kajian Antropologi dan Etnografi (Kajian Kes/Kajian Pemerhatian) @ kajian kualitatif telah melengkapkan lagi maklumat perkembangan kanak-kanak disamping kajian kuantitatif. Perkembangan JERI (jasmani,emosi, rohani dan intelektual) anak-anak (selain faktor baka dan persekitaran) mendapati pengaruh kebudayaan telah menunjukkan banyak bentuk tingkahlaku yang dahulunya dianggap ‘natural’ atau ditentukan secara ‘biology’ akan membayangkan pengaruh pola kebudayaan yang tertentu pula dalam hidup masyarakat tersebut.

Umpamanya terdapat perbezaan dalam matlamat hidup/sosial, nilai-nilai yang ditegaskan, cara amalan melatih kanak-kanak yang digunakan – kesemuanya mempengaruhi pola perkembangan diri anak-anak mereka, khususnya dalam persekolahan dan cita-cita @ kerjaya yang akan diceburi oleh anak-anak.

Kajian Pemerhatian dalam komuniti Inggeris dan komuniti Amerika telah menunjukkan perbedaan dalam penekanan yang boleh dibandingkan. Ibu bapa Inggeris lebih autokratik (memberi perintah, menentukan tingkahlaku anak, tidak sabar dengan perangai anak mereka, mengecam atau menghukum anak mereka.) Hasilnya anak Inggeris menunjukkan kesopanan dan menghormati orang dewasa walaupun ada kalanya juga renggang dan kerap menentang orang dewasa.

Satu kajian di Melbourne oleh Oeser (1954) mendapati kebanyakan bapa kelas separa mahir (sederhana) mempunyai darjah tinggi tidak pasti tentang masa depan anak mereka. bagi

Page 84: Bookchapter fp20

Pembentukan Konsep Kendiri Remaja

77

yang pasti pula mempunyai aspirasi yang agak rendah. Harapan bapa ini secara langsung dapat menggambarkan harapan anak mereka.

Bagi ibu bapa golongan mahir, mereka meletakkan tekanan yang lebih ke atas kerja sekolah anak dan atas kejayaan peribadi anak, merancang pekerjaan mahir (kolar putih) bagi anak lelaki mereka. Ibu bapa mempunyai aspirasi pendidikan yang tinggi dan mengharapkan pekerjaan anak yang lebih baik dan tinggi.Ibu bapa akan memberi lebih pertolongan /membantu kerja rumah (home work) anak. Mereka ada unsur pembaikan diri dan mempunyai pandangan masa depan berbanding kalangan keluarga golongan bawahan.

Pengaruh suasana keluarga (pola hubungan interaksi ibu bapa-anak) menunjukkan pola tingkahlaku di sekolah dan dalam interaksi bersama rakan sebaya. Bagi mereka yang kaya pengalaman berbahasa dan menerima pendedahan awal dalam membaca, menulis dan mengira (sejauhmana ibu bapa membacakan buku cerita kepada anak-anak mereka atau menyediakan buku-buku atau permainan yang membina daya intelek/berfikir anak-anak) semasa anak berumur 3-4 tahun atau sebelum bersekolah secara formal lebih berjaya dalam pesekolahan mereka.

Kajian ahli Sosiolinguistik juga membuktikan bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa ibundanya dengan cepat pada peringkat umur 5 tahun ke bawah lebih cekap berbahasa dan bijak.Ini bermakna ibu bapa harus menyediakan situasi dan kemudahan atau peralatan pembelajaran bahasa seawal mungkin.

Penyelidikan pendidikan mengesyorkan supaya hubungan ibu bapa – anak perlulah berasaskan dua dimensi iaitu:

1. Kemesraan (penerimaan emosi) seperti kasih sayang/diterima/dihargai

2. Autonomi – kawalan (dari kawalan menguasai kepada membenarkan kebebasan luas kepada kanak-kanak.)

Pentony (1956) mendapati keluarga demokrasi, ibu bapa menggalakkan kebebasan, pengawalan dikenakan melalui penjelasan rasional, tidak melalui kerahan @ arahan arbitrari

Page 85: Bookchapter fp20

78 Personaliti Gaya Hidup Remaja

(sewenang-wenang @ tidak dapat tidak perlu dipatuhi.) Bagi keluarga berkembang pula Campbell(1963) memberikan cirinya:

1 Anak-anak kaya dengan latar pengalaman (banyak pendedahan)

2 Terdapat kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga (harmoni/bahagia)

3 Ibu bapa mempunyai harapan dan hasrat yang sesuai serta realistik

4 Menggunakan pendekatan disiplin dan demokrasi 5 Ibu bapa sanggup menggalakkan kebebasan (tidak

mengongkong) 6 Pemusatan kanak-kanak kepada matlamat tingkahlaku. Kanak-kanak keluarga berkembang dikatakan jelas mencapai

dengan berkesan perkembangan diri dari aspek moral, pencapaian dalam pengetahuan dan kemahiran asasi (membaca, menulis dan mengira) serta pandai bergaul, bermasyarakat, bertanggungjawab dan ada kepuasan peribadi dan rohani.

Contohnya, ibu bapa yang meletakkan nilai yang tinggi dalam kecekapan intelek bagi diri mereka dan anak mereka, berkemungkinan mendorong anak mereka dalam kegiatan intelek/akademik/pembelajaran serta turut sama mengambil bahagian (berperanan sama). Oleh itu akan menjadi contoh (role model) kepada anak-anak berasaskan situasi @ keadaan @ suasana tersebut. Jelasnya ibu bapa mempengaruhi usaha pencapaian pelajaran anak mereka menerusi reaksi terhadap pencapaian @ prestasi cemerlang anak-anak mereka dalam pelajaran.

Kesimpulannya pengalaman yang anak-anak terima di rumah mempengaruhi aspek sahsiah yang mungkin mempunyai kaitan dengan sikap dan prestasinya di sekolah.

Page 86: Bookchapter fp20

Pembentukan Konsep Kendiri Remaja

79

KESIMPULAN Terdapat juga sesetengah ibu bapa menganggap penyediaan keselesaan kepada anak-anak sudah memadai dan mereka juga menganggap anak-anak akan memahami situasi mereka sebagai seorang ibu bapa yang berkerjaya. Pada hal, secara nalurinya anak-anak tidak akan beranggapan sedemikian malah anak-anak juga akan menganggap ibu bapa tidak mempedulikan mereka dengan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa kepada anak-anaknya. Pada masa yang sama, akan wujudnya pemikiran yang lebih ke arah negatif dan sekiranya anak-anak tidak dapat mengatasinya maka akan timbullah masalah lain yang boleh merunsingkab kedua-dua ibu bapa seperti masalah sosial dan sebagainya. Selain itu juga, ibu bapa yang tidak memahami situasi anak-anak mereka juga akan mendatangkan pelbagai masalah. Hal ini juga akan menyebabkan pertelingkahan dan pertengkaran antara anak-anak mereka. Ini disebabkan oleh anak-anak merasakan ibu bapa tidak memberi perhatian kepada mereka seolah-olah mereka tidak diperlukan dalam keluarga tersebut terutama apabila keluarga tersebut mendapat ahli keluarga yang baru. Di sini ibu bapa amat memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan anak-anak yang bakal lahir dan tumbesaran mereka yang sempurna terutama dari segi mendapat kasih sayang yang secukupnya. Selain itu, abang atau kakak juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk hubungan persaudaraan yang baik di kalangan adik-adiknya. RUJUKAN Chandler Barbour, Nita H. Barbour.(1997). Families, Schools, and

Communities; Building Partnership For Educating Children. New Jersey. Prentice-Hall.

Erikson, E. (1950). Childhood and society. New York: Norton. Hartup, W.W. (1983). Peer relations. In P.H. Mussen (Ed.).

Handbook of child psychology: Vol 4. Socialization,

Page 87: Bookchapter fp20

80 Personaliti Gaya Hidup Remaja

personality, and social development (pp. 103-196). New York: Wiley.

Hoffman, L. W. (1984). Work,family and the socializationof the child. In R.D. Parke, Review of child development research: Vol 7. The family (pp. 179-222). Chicago: University of Chicago Press.

Hurlock,E. (1980). Developmental psychology (5th ed.). New York; McGraw-Hill

Jerry J.Bigner (1994). Parent-Child Relations; An Introduction to Parenting (4th ed.). New York; Macmillan College Publishing Company.

Jersild, A., Telford, C., & Sawrey, J. (1975). Child psychology (7th ed.). Englewood Cliffs, NJ; Prentice Hall.

Parke, R.D. (1990,Fall). Family-peer systems: In search of a linking process. Newsletter: Developmental Psychology, American Psychological Association, Division 7.

Pringle,M.K. (1974). The needs of children. London: Hutchinson & Co., Ltd.

Page 88: Bookchapter fp20

6

PELAKUAN AGGRESIF REMAJA Azizi Yahaya

Sahrin Hashim

PENGENALAN Kajian ini cuba menentukan hubungan antara gaya keibubapaan dan salah laku pelajar yang dilakukan di sekolah rendah di daerah Johor Bahru. Bab ini membentangkan tinjauan literatur berkaitan dan kajian berkaitan. Bahagian literatur berkaitan membentangkan konsep, teori dan model yang berkaitan dengan kajian ini. Ini meliputi literatur tentang gaya keibubapaan dan perlakuan salah laku pelajar. Bahagian kajian berkaitan pula membentangkan dapatan-dapatan kajian lepas berkaiatan dengan kajian ini. Ini meliputi dapatan kajian tentang gaya keibubapaan dan perlakuan salah laku pelajar. Perlakuan Salah Laku Pelajar Menurut Weitan dan Lloyd (1994) dan Noor Adiah (1998), remaja bukan lagi kanak-kanak tetapi pada masa yag sama bukan juga dewasa. Dengan kata lain, remaja ialah mereka yang sedang mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani dan emosi. Umur mereka adalah sekitar 11 hingga 22 tahun. Devian pula adalah di mana apabila seseorang itu melanggar peraturan atau norma yang ditetapkan oleh sesuatu masyarakat tertentu dan dalam kes ini masyarakat dikatakan sebagai institusi sekolah , maka individu ini dikatakan bersifat devian. Devian lebih merujuk kepada tingkah laku seseorang

Page 89: Bookchapter fp20

82 Personaliti Gaya Hidup Remaja

tanpa mengira umur dan tidak bersifat konvensional. Delinkuen pula merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri khasnya mereka yang masih bersekolah dan belia Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkahlaku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal. Tiwi Kamidin (2004) menghuraikan tingkah laku destruktif yang sering berlaku di kalangan pelajar yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Biasanya tingkah laku destruktif di kalangan pelajar berusia 15 tahun amat membahayakan yang boleh mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lain yang dimusuhi. Sekiranya pelajar melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul di luar sekolah mahupun di dalam sekolah. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen. Menurut Tiwi lagi, individu yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. Jenis-jenis tingkah laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak

Page 90: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

83

terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. Noorzihan Mohamed Zin (2004) di dalam rencananya menyatakan bahawa ibu bapa pada masa kini dilihat seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlalu begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka dengan alasan sibuk dengan tugasan di pejabat. Menurutnya lagi sebagai ibu bapa, mereka perlu mengetahui bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini, anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa. Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Salah Laku Kenakalan Salah laku kenakalan yang difokuskan di dalam kajian ini adalah salah laku yang melibatkan masalah ponteng sekolah dan juga tingkah laku musnah atau juga dikenali sebagai vandalisme. Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan. Tan (2006) menyatakan bahawa terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa fakor seperti suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari

Page 91: Bookchapter fp20

84 Personaliti Gaya Hidup Remaja

proses pembandaran, pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah yang mana menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti gaya kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan, 2006). Azizi et al. (2007) pula menambah bahawa pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng. Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi. Salah Laku Fizikal Salah laku fizikal yang difokuskan di dalam kajian ini adalah salah laku yang melibatkan masalah buli, bergaduh dan perilaku yang melibatkan aktiviti kelucahan. Rahimin dan Mustafa (2007) menyatakan beberapa kajian yang telah dijalankan di mana mendapati bahawa kumpulan dari kalangan remaja Melayu secara terang-terangan mengaku tanpa segan silu terlibat dalam amalan “free-sex” dan menganggap ianya sebagai perkara biasa dan lumrah bersesuaian dengan stail hidup zaman moden, seperti mana ditonjolkan di dalam media massa moden. Kajian yang mendapati ramai daripada kalangan remaja Melayu telah terlibat dengan budaya bohsia dan bohjan. Antara ciri-ciri budaya ini adalah remaja bawah umur yang mengamalkan seks bebas sebagai cara untuk mendapatkan keseronokan nafsu semata-mata tanpa disertakan dengan dengan rasa bersalah, mengamalkan seks bebas secara “one night stand” dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang ikatan cinta dan menganggap gadis yang telah hilang dara sebagai memiliki status

Page 92: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

85

yang tinggi di dalam masyarakat hidup moden. Kajian yang mendapati remaja Melayu terlibat secara serius dengan budaya rock yang melampau. Apa yang membimbangkan adalah budaya ini dicirikan dengan beberapa sifat yang bertentangan dengan budaya ketimuran. Antaranya, corak budaya yang dihayati oleh pendokong budaya rock adalah dilambangkan dengan bentuk pakaian yang tidak terurus, kotor, tidak senonoh, lucah, kasar, memuja syaitan, mengalakkan pengambilan dadah dan mengamalkan seks bebas. Rohana Man (2004) menegaskan pergaulan dan seks bebas pelajar bukan sahaja berlaku antara pelajar perempuan dan lelaki, sebaliknya melibatkan pelajar lelaki dan lelaki (homoseksual) serta perempuan dan perempuan (lesbian). menjelaskan, masalah kecelaruan gender dalam kalangan pelajar sukar dikesan pada peringkat awal kerana ibu bapa tidak mengesyaki apa-apa jika melihat anak lelaki atau perempuan mereka tidur sebilik dengan rakan sama jantina. Antara faktor penyumbang yang paling jelas ialah masalah keluarga yang tidak stabil dan pengaruh rakan sebaya terutama jika rakan sebaya itu sudah berhenti sekolah. Rajmah Hasan Shirat (2003) pula menekankan bahawa pelajar di sekolah adalah terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan yang suka bersendirian, kumpulan yang suka mengganggu dan mengacau, kumpulan yang menjadi pak turut, kumpulan yang sukakan buku dan kumpulan ala samseng. Kumpulan yang suka bersendirian, pak turut dan sukakan buku selalu menjadi mangsa kumpulan pengacau dan samseng. Kumpulan ala samseng ini terdapat di sekolah menengah biasa dan berasrama. Antara masalah disiplin yang melibatkan membabitkan pelajar samseng adalah seperti merosakkan harta benda sekolah dan tempat awam, merokok, mengganggu dan mempengaruhi pelajar lain untuk melanggar disiplin sekolah.

Page 93: Bookchapter fp20

86 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Salah Laku Verbal Salah laku fizikal yang difokuskan di dalam kajian ini adalah salah laku yang melibatkan masalah melawan guru, melawan pengawas dan ugut. Sidek Baba (2005) mengatakan bahawa remaja pada masa sekarang ini bersifat kurang sopan kerana realiti hari ini menunjukkan sebahagian remaja kita sedang mengalami keadaan kehilangan adab. Beliau juga menyenaraikan sebab-sebab yang menjadi punca kepada permasalahan tersebut di mana punca yang pertama adalah disebabkan oleh ibu bapa yang kurang prihatin tentang pentingnya adab dalam proses membentuk tingkah laku anak-anak. Kedua, anak-anak sangat terdedah dengan tingkah laku yang tidak menggambarkan adab yang baik sama ada menerusi pengalaman hidupnya, mahupun yang disaksikan di kaca TV. Ketiga, yang lebih berumur tidak menjadikan dirinya sebagai contoh terbaik dari sudut pengamalan adab. Keempat, anak-anak mudah tertarik dengan tingkah laku yang kasar, bahan-bahan permainan yang menjadikannya ganas dan objek-objek seksual yang merosakkan. Beliau juga menegaskan bahawa inilah yang menyebabkan kita sering bertemu dengan remaja yang tidak memberi salam apabila berselisih dengan guru atau mereka yang lebih dewasa, melakukan kerja-kerja maksiat secara terang-terangan, hilang silu dan malu apabila bercampur gaul, menggunakan bahasa dan kata-kata kurang sopan dan lucah, memakai pakaian menjolok mata, melawan ibu bapa, melawan guru, terlibat dengan gejala sosial dan kegiatan dadah serta banyak lagi. Itulah gambaran sebahagian remaja kita yang sudah kehilangan adab. Gaya Keibubapaan Membesarkan anak bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah. Peralihan usia dari kanak-kanak ke remaja dikatakan zaman sukar bagi golongan ini menyesuaikan diri akibat keliru antara kehendak ibu bapa dengan keinginan diri yang semakin

Page 94: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

87

meningkat. Dalam sesetengah kes khasnya di kalangan remaja yang kurang mendapat perhatian ibu bapa dan belaian kasih sayang, pengaruh luar terutama teman sebaya sering dijadikan rujukan dalam banyak hal. Noorzihan Mohamed Zin (2004) menyatakan akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal dan sosial adalah di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Oleh yang demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka kemungkinan besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri. Sejauhmana keberkesanan ibu bapa menjalankan peranannya bergantung kepada interaksi ibu bapa dan anak-anak mereka. Tingkah laku ibu bapa banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri ibu bapa tersebut, ciri-ciri anak-anak dan bagaimana hubungan antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Mohd Amil Abdullah Saiby (2008) menyatakan bahawa ibu bapa pasangan yang bekerja perlu memiliki ilmu dan kemahiran untuk mengimbangi kerjaya dan keluarga supaya mampu berhadapan dengan cabaran dalam memenuhi tuntutan kerjaya dan keluarga. Mereka juga harus mempelajari kaedah mendidik anak-anak menurut kehendak Islam. Ibu bapa juga patut memainkan peranan proaktif, di samping sentiasa peka terhadap segala perkembangan dan perubahan, bagi mengelak anak-anak mereka terjebak dalam gejala sosial. Antara pendekatan boleh diambil oleh ibu bapa ialah memupuk kasih sayang, jati diri, ketahanan diri serta pendidikan agama yang sempurna untuk anak-anak mereka. Setiap individu yang dilahirkan mempunyai potensi untuk berkembang ke arah kecemerlangan. Bagi memastikan potensi ini berkembang ke arah yang positif, ibu bapalah yang terbaik memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak ini mencapai keunggulan peribadi. Anak-anak beruntung jika dilahirkan oleh orang tua yang penuh kasih sayang, perhatian dan pengertian dan memiliki kesempatan terbaik untuk mengembangkan fikiran mereka dengan penuh kegembiraan dan

Page 95: Bookchapter fp20

88 Personaliti Gaya Hidup Remaja

kejayaan. Namun ada sesetengah ibu bapa tidak memainkan peranan dengan berkesan dalam usaha menyalurkan bantuan yang amat diperlukan oleh anak-anak mereka disebabkan kesibukan tugas atau tidak mempunyai pengetahuan untuk membantu anak remaja. Mereka tidak lagi prihatin tentang perkembangan anak-anak di sekolah, tidak mengetahui siapakah rakan-rakan anak mereka dan tidak menghiraukan bagaimana masa lapang mereka dihabiskan. Zulkifli Jalil (2006) mengatakan bahawa gejala sosial adalah merupakan satu fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Remaja merupakan satu kumpulan individu yang kompleks. Sebahagian masalah yang dihadapi mereka adalah juga masalah sosial yang dihadapi orang dewasa. Beliau juga menegaskan bahawa ibu bapa masa kini lebih mengasihani anak-anak mereka dan menaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmoni dan bahagia. Bagaimanapun, senario mengejar perbelanjaan harian menyebabkan tekanan emosi di kalangan ibu bapa. Masalah ini dapat diselesaikan seandainya ibu bapa memberikan perhatian secukupnya kepada anak-anak sejak kecil dan sentiasa berkongsi masalah dengan mereka. Ibu bapa sepatutnya bukan sahaja menjadi `penjaga' mereka, tetapi juga `kawan' kepada anak mereka sendiri, di samping menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang. Menurut Nurul Izzah Sidek (2007), ibu bapa ada peranan yang besar dalam mendidik remaja. Jika ibu bapa tidak mendidik anak mereka di rumah, anak-anak akan terbiar dan tercicir. Masa yang paling kritikal mendidik anak-anak ialah sejak lahir hingga ke zaman remaja. Ibu bapa adalah contoh dan patut mempunyai kemahiran keibubapaan supaya pembesaran anak-anak berada dalam keadaan yang fitrah dan seimbang. Anak-anak yang mendapat didikan seimbang tidak akan mengalami proses

Page 96: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

89

keciciran dan akan menjadi pelajar-pelajar yang tidak menghadapi mas Laurance Steinberg (1996) menekankan bahawa masa yang diluangkan oleh ibu bapa untuk sama-sama menjalankan aktiviti bersama anak-anak adalah sangat terhad apatah lagi berkomunikasi terutama dengan anak remaja berhubung dengan kegiatan harian. Kenyataan ini sedikit sebanyak mengambarkan bahawa ibu bapa pada era ini gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Asmawati (1996) berpendapat kegagalan ibu bapa memberi pendidikan pada peringkat permulaan akan membawa kepada suatu petanda yang buruk terhadap disiplin anak-anak. Mahmod Nazar (1990) melihat kegagalan ibu bapa ini meneguhkan lagi pendapat Freud, yang mengatakan bahawa kualiti penjagaan yang diberikan di peringkat awal akan mempengaruhi di kemudian hari. Hetherington (2003) menggariskan kemahiran serta gaya keibubapaan boleh digambarkan melalui dua dimensi utama tingkah laku ibu bapa. Dimensi tingkah laku ibu bapa yang pertama adalah yang melibatkan perasaan atau emosi ibu bapa itu sendiri semasa membesarkan anak-anak mereka. Melalui dimensi emosi, ibu bapa sama ada boleh menunjukkan sikap yang mesra dan terbuka, perihatin terhadap anak-anak dan mereka lebih menumpukan kepada keperluan anak-anak di dalam membesarkan mereka atau ibu bapa juga boleh bersikap sebaliknya di mana mereka tidak menunjukkan sikap mesra, sentiasa menolak permintaan anak-anak, tidak memperdulikan anak-anak. Mereka yang bersikap begini lebih memfokuskan kepada memenuhi keperluan dan hajat mereka sendiri sahaja. Dimensi tingkah laku ibu bapa yang kedua pula adalah lebih kepada isu-isu yang berkaitan dengan pengawalan yang diberikan terhadap anak-anak mereka. Melalui dimensi ini ibu bapa boleh bersikap tegas dalam mengawasi setiap tingkah laku anak-anak serta menuntut anak-anak memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh mereka atau juga ibu bapa boleh bertindak dengan tidak memperdulikan serta membiarkan anak-anak untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.

Page 97: Bookchapter fp20

90 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Nurul Izzah Sidek (2007) menegaskan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranannya melalui menunjukkan contoh yang untuk diteladani. Mereka perlu mengelakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibu bapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku. Beliau juga menyatakan bahawa ibu bapa perlu berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini. Ahli-ahli psikologi seperti Baumrind (1967), Maccoby dan Martin (1983) berpendapat bahawa elemen-elemen yang penting di dalam proses sosialisasi kanak-kanak tidak hanya berdasarkan kepada sesuatu dimensi tingkah laku ibu bapa sahaja semasa membesarkan anak-anak mereka tetapi melibatkan kombinasi secara keseluruhan dimensi-dimensi yang ada iaitu emosi dan pengawalan. Berdasarkan kepada pendapat-pendapat ini Baumrind (1967) telah memperkenalkan tiga model gaya keibubapaan iaitu model gaya keibubapaan autoritatif, gaya keibubapaan autoritarian dan gaya keibubapaan permisif. Kajian gaya keibubapaan oleh Baumrind ini telah diteruskan oleh Maccoby dan Martin (1983) yang mana telah memperkenalkan model gaya keibubapaan yang keempat iaitu gaya keibubapaan pengabaian. Hasil kajian-kajian yang menggabungkan dimensi-dimensi tingkah laku ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka diringkaskan di dalam Jadual 2.1.

Page 98: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

91

Jadual 2.1:Pembahagian Model Gaya Keibubapaan

Dimensi Emosi

Mesra, terbukadan prihatin

Tidak mesra, tidak prihatin

Dimensi Pengawalan

Tuntutan memesasaran, tegas Autoritatif Autoritarian

Tiada tuntuan memenuhi sasarpermisif

Permisif Pengabaian

Model Gaya Keibubapaan Autoritatif Saifuddin Abdullah (2007) menerangkan bahawa ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak remaja digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Disiplin dan hala tuju ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Remaja bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan. Roslan Othman (2008) menerangkan dalam konsep keibubapaan, bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga, manakala ibu sebagai pembantu bapa dalam pengurusan keluarga dan rumah tangga serta menjadi pemimpin semasa ketiadaan bapa. Beliau menambah bahawa mengenai mendidik anak, khususnya anak remaja, perhubungan dan interaksi positif ibu bapa dengan anak perlu ada. Ia termasuk saling menghormati, sedia mendengar, memberi galakan dan sokongan serta menerima anak itu sebagai individu yang istimewa. Dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.1 yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa.

Page 99: Bookchapter fp20

92 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Rajah 2.1 : Tahap-tahap dalam mendidik anak-anak

Roslan menambah lagi bahawa ibu bapa yang mengamalkan gaya autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia. Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis ini dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan

Selepas 21 tahun • Beri kebebasan buat keputusan dan bertindak

15 ~ 21 tahun Didik macam berkawan, jangan dirotan, dimarah, peluk, pujuk dan nasihat

8 ~ 14 tahun Didik anak dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang

1 ~ 7 tahun • Didik secara bergurau • Jangan dipukul

Page 100: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

93

keinginan atau nafsu anak-anak. Manakala menurut Rosmah Dain (2004) pula, ibu bapa yang mengamalkan didikan berbentuk autoritatif menekankan cara demokrasi dan rasional selaras dengan jangkaan yang dikehendaki oleh anak. Bentuk kawalan yang digunakan oleh ibu bapa selalunya mengikut konteks dan dipersetujui bersama dengan memberikan gambaran peraturan yang lebih jelas dan konsisten. Asas kawalan dalam mendidik anak boleh disesuaikan mengikut keadaan dengan didikan yang lebih mesra, merangsang dan membantu dalam apa jua keadaan yang dihadapi anak. Kesan didikan autoritatif-demokratik ini membolehkan anak-anak mempunyai lebih keyakinan dan kawalan diri, bebas dan tidak terlalu bergantung, mampu membuat keputusan dengan baik dan betul. Pada masa yang sama anak juga akan lebih bertanggungjawab kerana segala didikan berorientasi pencapaian dan kecemerlangan. Anak-anak juga mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi, berkemampuan melakukan usaha, berpersonaliti dan mempunyai sahsiah yang positif. Mereka yang terbina dalam lingkaran hidup keluarga yang demokratik selalunya sentiasa bekerjasama mencapai kehendak ahli keluarga, saling hormat menghormati dan bertimbang rasa. Remaja dibesarkan dalam suasana gaya keibubapaan autoritatif berkemungkinan besar akan berjaya dalam peperiksaan dan yang mana sama kejayaannya, kalaupun tidak lebih, dengan yang dibesarkan dalam suasana gaya keibubapaan autoritarian. Bezanya ialah yang ini akan memiliki peribadi bersepadu, yakin, berdikari dan kreatif. Model Gaya Keibubapaan Autoritarian Roslan menambah lagi bahawa ibu bapa yang mengamalkan gaya autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia. Ibu

Page 101: Bookchapter fp20

94 Personaliti Gaya Hidup Remaja

bapa yang menggunakan pendekatan jenis ini dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak. Manakala menurut Rosmah Dain (2004) pula, ibu bapa yang mengamalkan didikan berbentuk autoritatif menekankan cara demokrasi dan rasional selaras dengan jangkaan yang dikehendaki oleh anak. Bentuk kawalan yang digunakan oleh ibu bapa selalunya mengikut konteks dan dipersetujui bersama dengan memberikan gambaran peraturan yang lebih jelas dan konsisten. Asas kawalan dalam mendidik anak boleh disesuaikan mengikut keadaan dengan didikan yang lebih mesra, merangsang dan membantu dalam apa jua keadaan yang dihadapi anak. Kesan didikan autoritatif-demokratik ini membolehkan anak-anak mempunyai lebih keyakinan dan kawalan diri, bebas dan tidak terlalu bergantung, mampu membuat keputusan dengan baik dan betul. Pada masa yang sama anak juga akan lebih bertanggungjawab kerana segala didikan berorientasi pencapaian dan kecemerlangan. Anak-anak juga mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi, berkemampuan melakukan usaha, berpersonaliti dan mempunyai sahsiah yang positif. Mereka yang terbina dalam lingkaran hidup keluarga yang demokratik selalunya sentiasa bekerjasama mencapai kehendak ahli keluarga, saling hormat menghormati dan bertimbang rasa. Remaja dibesarkan dalam suasana gaya keibubapaan autoritatif berkemungkinan besar akan berjaya dalam peperiksaan dan yang mana sama kejayaannya, kalaupun tidak lebih, dengan yang dibesarkan dalam suasana gaya keibubapaan autoritarian. Bezanya ialah yang ini akan memiliki peribadi bersepadu, yakin, berdikari dan kreatif. Model Gaya Keibubapaan Autoritarian Ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian

Page 102: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

95

adalah rendah responsifnya tetapi amat tinggi permintaannya. Saifuddin Abdullah (2007) menyatakan bahawa walaupun mereka pengasih dan penyayang, tetapi anak remajanya tidak dapat merasakan kasih sayang yang diberikan. Ini disahkan oleh Hetherington (2003) yang mana turut menyatakan bahawa kebebasan hampir tidak diberikan kepada anak-anak dan pendapat anak remaja jarang didengar. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita anak remaja pun ditentukan ibu bapa. Ibu bapa yang terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak ansur dengan anak-anak bahkan mereka ini kadang-kala menetapkan harapan yang tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anaknya. Gaya keibubapaan yang begini dilihat sebagai gagal dalam menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak. Menurut Rosmah Dain (2004) amalan didikan bersifat autotarian merupakan satu ukuran disiplin yang mutlak tanpa menjelaskan kewajarannya setiap tindak tanduk yang dilakukan. Arahan daripada ibu bapa mesti dipatuhi tanpa sebarang bantahan memandangkan ibu bapa berkuasa penuh dan ketua keluarga adalah tegas dan mengenakan kawalan. Kebiasaannya hasil daripada amalan gaya didikan seperti ini biasanya akan menjadikan anak-anak sukar membuat keputusan dengan baik, sentiasa berasa curiga dan menjauhkan diri, sikap suka bergantung dan tidak bebas. Anak-anak juga kurang bertanggungjawab, submisif dan rendah IQ yang mana akan mengakibatkan kemahiran dan orientasi pencapaiannya juga rendah. Selain daripada itu anak-anak juga mempunyai kendiri yang lemah, kurang kreatif dan kurang daya ingin tahu. Mereka juga rendah kawalan dalaman dan selalu menghadapi masalah sosial dan disiplin. Remaja dibesarkan dalam suasana gaya keibubapaan autoritarian berkemungkinan besar akan berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga-diri, tiada kespontanan dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa.

Page 103: Bookchapter fp20

96 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Model Gaya Keibubapaan Permisif Saifuddin Abdullah (2007) menerangkan bahawa ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan permisif mempunyai responsif yang amat tinggi tetapi permintaan yang amat rendah. Ia seakan-akan lawan kepada gaya keibubapaan autoritarian. Mereka banyak bertolak ansur, memberikan kebebasan, dan hampir semua kehendak anak remajanya diturutkan. Menurut Rosmah Dain (2004) pula, didikan secara permisif memperlihatkan didikan daripada ibu bapa yang terlalu longgar menyebabkan kawalan dan sekatan terlalu sedikit, malah kadang kala membenarkan sesuatu perlakuan tanpa batasan. Ibu bapa juga jarang menggunakan tindakan dan kuasa akibat keadaan kehidupan mereka yang agak tidak teratur dan mengelirukan anak-anak berkenaan. Kehidupan anak-anak yang dibesarkan mengikut didikan seperti ini biasanya tidak mempunyai pendirian, tiada arah dan tidak mempunyai model atau contoh dalam kehidupan. Biasanya mereka ini tidak jelas masa depan, jarang mendapat kasih sayang sepatutnya, terlalu bebas, tiada batasan yang akhirnya menyebabkan mereka terjebak dengan masalah juvana, dadah dan arak. Kesan didikan daripada ibu bapa menunjukkan anak-anak yang bersikap agak agresif terdidik oleh ibu bapa yang suka mendenda, rengang hubungan kekeluargaan, tidak mesra dan selalu menghadapi konflik kehidupan. Hetherington (2003) ada menggariskan yang mana remaja yang dibesarkan di dalam suasana gaya keibubapaan permisif selalunya bersikap agresif, menguasai keadaan atau sesuatu situasi, bersifat tegar serta tidak mematuhi arahan . Mereka juga seorang yang pemarah akan tetapi cepat reda marahnya dengan bertukar kepada sikap periangnya. Mereka juga didapati kurang dari segi kawal diri dan bersikap penting diri. Model Gaya Keibubapaan Pengabaian Saifuddin Abdullah (2007) turut menerangkan yang mana gaya

Page 104: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

97

keibubapaan pengabaian pula hampir tiada permintaan, disiplin dan hala tuju, serta hampir memberikan kebebasan penuh kepada anak-anak. Malahan, ia lebih merupakan satu kecuaian keibubapaan dalam membesarkan anak-anak mereka. Ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan sebegini lebih mementingkan pencapaian diri sendiri dari memikirkan masa depan yang bakal ditempuhi oleh anak-anak mereka. Menurut Hetherington (2003) ibu bapa sebegini juga tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak mengambil tahu lansung akan hal ehwal pelajaran anaknya serta suasana persekitaran sosial anak mereka. Selalunya ibu bapa terlalu sibuk dengan kehidupan dan tuntutan kerjaya mereka sendiri. Menurut Hetherington (2003) lagi remaja yang dibesarkan dengan gaya keibubapaan pengabaian mempunyai mood yang tidak stabil, sering kali berasa tidak serasi dengan sesuatu situasi, agresif, tidak bertanggungjawab dan selalui tidak mematuhi arahan. Mereka mempunyai sifat rendah diri, tidak matang dan rasa tersisih dari keluarga sendiri. Kajian Berkaitan Gaya Keibubapaan Najman et al. (1994) dalam kajiannya yang berkenaan dengan menilai gaya keibubapaan autotarian yang diamalkan oleh ibu bekerja di Australia. Skop kajian mengkaji jenis hukuman yang diberikan oleh ibu bapa yang bekerja terhadap anak-anak mereka serta meninjau kekerapan mereka menghukum anak-anak. Dapatan daripada kajian mendapati bahawa ibu bapa yang bekerja lebih kerap memberi hukuman secara fizikal kepada anak-anak mereka berbanding dengan ibu bapa yang salah seorang daripada mereka yang bekerja yang mana menggunakan pendekatan disiplin dengan penjelasan yang jelas diatas tindakan mereka kepada anak-anak. Newman et al. (2008) membuat kajian yang bertujuan untuk meninjau kajian-kajian lepas yang telas dilakukan pada

Page 105: Bookchapter fp20

98 Personaliti Gaya Hidup Remaja

tahun 1996 hingga 2007 yang menjurus kepada perhubungan di antara gaya keibubapaan dengan enam tingkah laku remaja yang berisiko yang utama. Kajian mereka memberikan penekanan terhadap pengaruh gaya keibupaan terhadap perkembangan tingkah laku remaja. Remaja yang dibesarkan melalui gaya keibubapaan autoritatif menunjukkan sikap perlindungan yang tinggi serta berisiko rendah untuk bertingkah laku devian berbanding dengan remaja yang dibesarkan dalam suasana dengan gaya keibubapaan bukan autoritatif. Kajian juga mendapati bahawa terdapat terdapat hubungan yang kukuh diantara gaya keibubapaan dan tingkah laku remaja yang melibatkan kemesraan, komunikasi dan amalan disiplin yang mempengaruhi pencapaian akademik dan penyesuaian psikososial remaja. Azizi dan Badrulzaman (2006) melakukan satu kajian berkenaan dengan persekitaran keluarga dan kesannya terhadap tingkah laku devian remaja. Kajian yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara persekitaran keluarga dengan tingkah laku devian di kalangan pelajar remaja di Daerah Pontian, Johor. Seramai 210 pelajar dari beberapa buah sekolah menengah di Daerah Pontian telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri tingkah laku ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja. Asiah, Irkhaniza dan Mohamed Sharif (2008) menekankan akan kepentingan komunikasi dalam pembentukan sebuah keluarga yang bahagia berdasarkan kepada situasi masyarakat kini yang sedang mengalami perubahan-perubahan besar akibat proses permodenan dan pembangunan ekonomi. Oleh yang demikian, institusi kekeluargaan akan lebih kukuh seandainya suami, isteri ibu bapa dan anak-anak pandai berkomunikasi sehingga menyebabkan keseluruhan ahli keluarga merasakan dirinya dicintai, dikasihi, dihargai dan dimuliakan. Hashim et al. (2008) pula melihat kepada isu-isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang terdiri daripada pengaruh budaya barat iaitu budaya skinhead, budaya punk dan

Page 106: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

99

budaya black metal; isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, mat rempit serta vandalisme yang berlaku dalam keluarga di Malaysia. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Saadah, Salwan dan Roslee (2008) pula mengkaji tentang jenis-jenis dan klasifikasi tingkah laku serta kaedah untuk menangani masalah kanak-kanak bermasalah tingkahl aku sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang berbudaya, berobjektif serta mempunyai jati diri yang tinggi yang seharusnya perlu bermula pada peringkat usia kanak-kanak bak kata pepatah “Mendidik anak-anak bermula dari rebungnya”. Kecelaruan dalam zaman kanak-kanak ataupun remaja ini menerangkan jenis-jenis kecelaruan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kecelaruan itu termasuk kecelaruan intelektual, kecelaruan tingkahlaku, kecelaruan emosi, kecelaruan fizikal dan kecelaruan perkembangan. Kajian Berkaitan Salah Laku Pelajar menengah atas di daerah Manjung. Beliau memberi tumpuan kepada salah laku moral, melawan autoriti (guru), melanggar

Page 107: Bookchapter fp20

100 Personaliti Gaya Hidup Remaja

undang-undang sekolah, melanggar peraturan kelas, tidak memenuhi keperluan kerja sekolah, kesukaran bekerjasama dan kekemasan diri. Faktor salah laku yang dikaji adalah berdasarkan faktor demografi (jantina, bangsa, saiz keluarga, pendapatan keluarga, tahap pendidikan ibu bapa), hubungan kekeluargaan, suasana pembelajaran dan kemudahan fizikal sekolah serta rakan sebaya. Hasil dari kajian beliau menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor demografi iaitu jantina, bangsa pendapatan keluarga, mengenai ibu bapa dan tahap pendidikan ibu dengan salah laku kecuali faktor bilangan adik beradik dan tahap pendidikan bapa, Kajian juga mendapati bahawa faktor-faktor hubungan kekeluargaan, kemudahan fizikal sekolah, suasana pembelajaran dan rakan sebaya mempengaruhi salah laku pelajar. Walau bagaimanapun faktor suasana pembelajaran dan rakan sebaya mempunyai hubungan yang kuat dan signifikan dalam mempengaruhi amalan salah laku pelajar menengah atas Azizi et al. (2007) telah melakukan satu kajian bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor Bahru. Antara faktor ponteng yang dikaji ialah faktor sikap pelajar, suasana sekolah, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor pengaruh media elektronik. Dapatan daripada kajian beliau menunjukkan faktor guru merupakan faktor paling dominan yang mendorong pelajar melakukan ponteng sekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ponteng seperti faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga. Wujud juga hubungan yang sinifikan antara gejala ponteng dengan pencapaian akademik. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat dan ponteng kelas dengan jantina. Namun, wujud perbezaan yang signifikan antara ponteng sekolah dengan jantina di kalangan pelajar. Azizi dan Abdul Latif (2005) dalam kajian mereka bagi mengenal pasti kekerapan dan jenis perlakuan buli serta program-

Page 108: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

101

program intervensi yang terdapat di sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Kajian yang dijalankan juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar dan guru tentang perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah serta isu-isu keselamatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan persepsi antara pelajar dan guru berkenaan kekerapan buli di kalangan pelajar sekolah menengah. Perlakuan buli secara verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap berlaku berbanding perlakuan buli secara fizikal. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap keinginan pelajar untuk membuli berada pada tahap yang rendah. Vandalisme atau merosakkan harta benda sekolah merupakan isu keselamatan yang dianggap pelajar sebagai paling serius di sekolah. Rakan merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh pelajar berbanding pihak lain berkenaan masalah buli di sekolah. Program intervensi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan perlakuan buli pada tahap sederhana. Mahadi Haji Khalid (2007) menjalankan kajian yang berkenaan dengan laku buli dalam kalangan pelajar SMKA di Sarawak. Hasil kajian menunjukan tingkah laku buli dari jenis verbal merupakan tingkah laku buli yang paling dominan dilakukan oleh pelajar-pelajar. Ciri-ciri tingkah laku buli dari jenis fizikal merupakan ciri-ciri tingkah laku buli yang paling dominan dilakukan oleh pembuli dan mangsa buli. Hasil kajian juga mendapati bahawa punca tingkah laku buli fizikal yang sering dilakukan dalam kalangan pelajar yang menjadi pembuli adalah untuk menunjukkan dirinya kuat, manakala dalam kalangan pelajar yang menjadi mangsa buli adalah seperti umurnya yang lebih muda. Kesan fizikal yang wujud dalam kalangan pembuli adalah seperti suka melanggar peraturan sekolah manakala dalam kalangan mangsa buli pula adalah seperti suka ponteng sekolah atau kelas. Azizi et al. (2008) pula telah menjalankan kajian berkenaan dengan perlakuan buli di sekolah. Kajiannya bertujuan untuk mengenalpasti tahap perlakuan buli di sekolah menengah dan rendah di Malaysia berdasarkan pengiraan Indeks Perlakuan

Page 109: Bookchapter fp20

102 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Buli Sekolah. Melalui kajian ini, jenis-jenis tingkah laku buli dan kekerapannya punca perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah dan ciri-ciri mangsa buli telah dikenal pasti. Hasil kajian mendapati tahap perlakuan buli sekolah menengah dan sekolah rendah di empat buah negeri berada pada tahap rendah dengan nilai Indeks Perlakuan Buli Sekolah ialah 38.81. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Beliau juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Indeks Perlakuan Buli sekolah menengah dan sekolah rendah, bandar dan luar bandar serta antara pelajar lelaki dan perempuan. Pendekatan Teori Bahagian ini membincangkan tetang teori berkaitan gaya keibubapaan dan perlakuan salah laku pelajar. Perbincangan ditumpukan kepada pembentangan konsep, teori dan model yang berkaitan dengan kajian ini. Fromm (2000) dan Maghfur (2000) telah menganalisis mengenai perilaku agresif manusia dan memberikan pandangan secara berbeza iaitu secara instingtivistik, behaviorisme dan psikoanalisis. Nasrudin Mohamed (2000) menggariskan bahawa secara umumnya, faktor-faktor yang selalunya dikaitkan dengan fenomena salah laku remaja dilihat dari tiga aspek: Pertama, faktor sosiologi; kedua, faktor psikologi; dan ketiga, faktor biologi. Faktor sosiologi merangkumi latar belakang keluarga, pencapaian persekolahan, penyalahgunaan dadah dan tabiat meminum alkohol atau menghidu gam, penonjolan aksi ganas di dalam budaya dan media, pengaruh komuniti dan penduduk setempat dan juga pengaruh rakan sebaya. Faktor sosiologi dan biologi pula selalunya mengaitkan perilaku nakal yang ditunjukkan oleh remaja sebagai berhubungan dengan keadaan rumah dan keluarga. Seorang lagi penyelidik, LeFlore (1988) mendapati secara keseluruhannya, persekitaran rumah tangga

Page 110: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

103

merupakan faktor terpenting dalam persoalan delinkuensi remaja berbanding dengan struktur keluarga. Ini selaras dengan Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukan oleh Albert Bandura yang mana menyarankan bahawa keagresifan ialah sesuatu yang dipelajari dan bukannya secara semula jadi wujud dalam diri seseorang individu. Tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, interaksi dengan rakan sebaya dan media massa (Mahmood Nazar, 2001). Teori Psikoanalisis Teori Psikoanalisis telah diasaskan oleh Sigmud Frued. Teori ini menyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara tidak sedar. Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan. Menurut Othman Mohamed (2000), Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandangan ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Tingkah laku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat. Dalam ertikata yang luas

Page 111: Bookchapter fp20

104 Personaliti Gaya Hidup Remaja

termasuklah juga kekeluargaan. Dengan demikian, maka diadakan ciri-ciri sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkan bilazim. Menurut Othman Mohammed lagi, konsep tahap kesedaran adalah penting dalam teori psikoanalisis. Dalam pemikiran manusia, keadaan sedar merupakan satu tahap yang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran iaitu sedar (concious), prasedar (preconcious) dan bawah sedar (unconcious). Tahap sedar tergolong segala aspek tingkah laku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya. Tahap prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Tahap bawah sedar pula merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku seseorang itu. Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara swadiri. Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun individu tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya. Teori psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego. Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu

Page 112: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

105

gejala bawah sedar. Sementara ego pula berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti individu. Super ego pula merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis. Super ego lebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang dipelajari, dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun masyarakat. Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya. Othman Mohamed (2000) mengatakan bahawa mengikut teori psikoanalisis terdapat lima peringkat perkembangan personaliti manusia iatu peringkat oral, anal, falik, pendaman dan genital. Peringkat oral adalah di mana kepuasan yang mula dirasai oleh seorang bayi iaitu keseronokan yang dikecapi di mulut. Peringkat ini bermula semenjak manusia itu dilahirkan. Hampir semua objek akan dibawa ke mulut oleh seorang bayi. Mengikut fahaman psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaan lekatan sebagai mekanisma bela diri semasa dewasa yang boleh membawa kepada trait yang passif, optimis dan ingin mengetahui. Manakala pada peringkat anal pula berlaku pada tahun kedua, kanak-kanak mula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi pembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semula jadi. Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagi melaksanakan kehendak pembuangan najisnya. Pelaksana psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang dilalui akan mempengaruhi sasiahnya apabila meningkat dewasa. Sementara pada peringkat falik pula,

Page 113: Bookchapter fp20

106 Personaliti Gaya Hidup Remaja

mengikut pendapat psikoanalisis, pada peringkat ini, kanak-kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Peringkat ini juga merupakan permulaan berkembangnya kompleks oedipus dan kompleks elektra. Kompleks oedipus berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ibunya. Kartasis penarikan ini juga berlaku terhadap kanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealiran dengan kompleks elektra. Rasa tidak puas terhadap sama ada ibu oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut serta mendapatkan perhatian kepada ibu atau bapanya. Peringkat paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual yang berkembang dalam diri seorang individu. Pada peringkat pendaman berlaku pada umur lima hingga dua belas tahun di mana kehendak seksual seseorang itu terpendam. Maka bermulalah gejala penyekatan seksual dalam diri individu. Walau bagaimanapun, peringkat ini juga penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri kelakian atau pun kewanitaan. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesama rakan sama ada dari jantina lelaki atau pun wanita. Akhir sekali peringkat genital berlaku apabila sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti dengan struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri. Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalkan dan bermula dengan peringkat kedewasaan. Di dalam teori psikoanalisis, Othman Mohamed (2000) juga menyatakan bahawa terdapat mekanisme bela diri yang berlaku bagi menjaga pembentukan ego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu. Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat pada peringkat bawah sedar

Page 114: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

107

dalam struktur ego. Seorang individu belajar hasil dari pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi memuaskan kehendaknya. Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakan mekanisme bela diri bagi menagani keadaan yang dihadapi. Teori Behaviorisme Menurut Saiful Ariff (2008) lagi teori behaviorisme pula mengatakan bahawa sikap agresif sangat bergantung pada keadaan luaran yang menginginkan seseorang itu untuk bersikap destruktif ataupun menyerang. Ini adalah selari dengan kaedah yang dilakukan oleh Box Skinner di mana ianya memperkatakan bahawa perilaku manusia itu lahir sebagai akibat upaya terus menerus secara cuba jaya, serta cenderung untuk diulangi. Sebagai contoh, seseorang yang mahu membunuh orang lain jika ia diberi upah.

Pendekatan behaviorisme ini dipelopori oleh John B. Watson yang berpendapat bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Menurut Bernstein (1994), idea-idea Watson inilah yang mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini, tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasnya R-G (rangsangan – gerakbalas). Selain J.B Watson, ahli-ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah B.F Skinner, Ivan Pavlov dan E.L. Thorndike. Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Menurut Mahani Razali

Page 115: Bookchapter fp20

108 Personaliti Gaya Hidup Remaja

(2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks. Menurut beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Bagi E.L. Thorndike, walaupun pembelajaran berlaku hasil gabungan antara stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas) seperti pendapat Pavlov dan Skinner, beliau memberi penekanan terhadap pembelajaran cuba jaya dan pengulangan. Mohd Azhar et al. (2004) pula menyatakan bahawa melalui teori behaviorisme pembelajaran berlaku apabila pelajar memperlihatkan tingkahlaku secara konsisten seperti yang diingini iaitu pelajar memberi maklumbalas terhadap peristiwa-peristiwa yang dirangkakan. (Newby et al, 1996). Teori ini juga menggalakkan pembelajaran melalui galakan dan rangsangan. Rangsangan boleh berbentuk pujian dan penghargaan. Dalam sesi pembelajaran, galakan dan rangsangan akan mendorong pelajar mempelajari sesuatu bidang dengan lebih tekun. Peneguhan negatif seperti denda dan hukuman tidak digalakkan, kerana ia membawa kesan emosi dan menghalang perubahan tingkah laku. Ulangan sesuatu rangsangan dan tindak balas yang bermakna dapat mengukuhkan pembelajaran terutamanya di dalam akitiviti membina kemahiran. Pembelajaran berasaskan teori ini menyediakan pelajar terlebih dahulu daripada segi keupayaan, kematangan dan melibatkan mereka secara sukarela dalam aktiviti. Pendekatan ini memberi kepuasan kepada pelajar. Schuman (1996) pula menambah bahawa dalam proses pembelajaran ini, kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang baik adalah perlu kerana ia memberi kesan kepada latihan dan peneguhan perubahan tingkah laku. Menurut Othman Mohamed (2000), terdapat empat jenis pendekatan dalam perubahan tingkah laku di dalam teri behaviorisme iaitu analisis penerapan tingkah laku, model klasik

Page 116: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

109

rangsangan-gerak balas, Teori Pembelajaran Sosial dan modifikasi tingkah laku kognitif. Model analisis penerapan tingkah laku. Pendekatan ini melihat bahawa tingkah laku sebenarnya adalah akibat daripada suatu rangsangan. Kawalan peneguhan ke atas sesuatu rangsangan itu pula akan mengubah tingkahlaku. Pendekatan ini menggunakan prinsip pelaziman operan dan pengukuran sama ada berkesannya aliran peneguhan dinilai daripada hasil kesan rangsangan yang baru. Proses aliran bagi model analisis penerapan tingkah laku ini seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.2 di bawah.

Rajah 2.2 : Proses aliran model analisis penerapan tingkah laku Tingkah laku (GB) terhasil dari rangsangan (R). Rangsangan ditambah dengan peneguhan. Akibat dari proses ini maka berlaku satu gerak balas. Sebagai contohnya, seorang pelajar yang nakal di dalam bilik darjah. Pelajar melakukan sesuatu yang tidak disenangi guru, seperti buat bising. Setiap kali pelajar tersebut buat bising, beliau akan dimarahi guru bersamaan dengan pandangan serta mimik muka guru yang garang. Pelajar akan diam. Pada keadaan yang lain, apabila pelajar buat bising, dan pelajar melihat muka guru yang lain dengan mimik mukanya yang garang, pelajar akan menukar tingkah lakunya menjadi diam. Membuat bising merupakan rangsangan, dan bagi menghapuskan tingkahlaku buat bising, pelajar dimarahi bersamaan dengan gandingan muka marah. Pengalaman dimarahi diingati oleh pelajar dengan gandingan muka marah. Pada keadaan yang lain, mimik muka marah sudah mencukupi bagi mengubah tingkah laku untuk pelajar diam.

R Rangsanga

P Peneguhan

GB Gerak Balas

Page 117: Bookchapter fp20

110 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Model klasik rangsangan-gerak balas pula adalah pendekatan yang menerapkan prinsip pelaziman klasik dan penghindaran yang mula diasas oleh Ivan Pavlov. Prinsipnya menggunakan paradigma pembolehubah perantara bagi menghasilkan perubahan tingkah laku. Rajah 2.3 di bawah menunjukkan proses aliran bagi model klasik rangsangan-gerak balas.

Rajah 2.3 : Proses aliran model klasik rangsangan-gerak balas Dalam model ini, tingkahlaku (GB) terhasil dari rangsangan. Tingkah laku tersebut diperkukuh dengan wujudnya peneguhan (P) selepas terhasil tingkah laku yang baru. Teori Pembelajaran Sosial Menurut Othman Mohamed (2000), pendekatan pembelajaran sosial ini menggunakan prinsip kesalingan dalam interaksi manusia dengan alam persekitarannya. Manusia dianggap sebagai agen perubahan dan mempengaruhi persekitarannya dengan cara pembelajaran mengikut percontohan. Manusia mempunyai daya rangsangan pemikiran yang boleh menggerakkan proses secara simbolik serta berupaya membuat peraturan pilihannya secara sendiri. Kefahaman seperti ini memberi penekanan bahawa tingkah laku ditumpukan ke arah individu dan huraian analisis tentang individu dikaitkan dengan keadaan kehidupan psikologikalnya. Tingkah laku mula difahami dengan menumpu pada cara individu berinteraksi dengan orang lain yang signifikan dalam masyarakat. Di samping berupaya mengubah tingkahlaku

R Rangsangan

GB Gerak Balas

P Peneguhan

Page 118: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

111

mereka mengikut matlamat dan ideal yang dikehendaki sealiran dengan usaha memahami budaya alam sekelilingnya. Albert Bandura (1973), telah mengemukakan teori ini dan mendefinasikannya sebagai interaksi hubungan yang berbeza dengan peneguhan yang berbeza melalui interaksi individu dengan orang lain yang diteguhkan bagi menghasilkan pembelajaran tingkah laku devian dan bukan devian (Pagelow, 1984). Bandura (1977) menggambarkan tingkah laku manusia sebagai timbal balik iaitu tingkah laku manusia adalah dikawal oleh individu melalui proses kognisi dan juga persekitaran melalui kejadian-kejadian yang berbentuk rangsangan sosial. Ciri penting dalam teori Bandura ialah pembelajaran melalui pemerhatian. Beliau menyatakan bahawa manusia belajar melalui peneguhan vikarious iaitu pembelajaran sesuatu tingkah laku manusia dihasilkan daripada pemerhatian tingkah laku individu lain dan juga akibat daripada bertingkah laku sedemikian. Akan tetapi, beliau turut menekankan proses kognitif dalam mempengaruhi pembelajaran sesuatu tingkah laku. Menurutnya, manusia tidak akan meniru tingkah laku individu lain secara automatik sebaliknya akan membuat jangkaan implikasi tindakan demikian sebelum membuat keputusan untuk meniru. Apabila seseorang menganggap sikap atau tabiat mereka tidak disukai, mereka mungkin dihukum oleh orang di sekelilingnya maka mereka akan memilih sama ada mahu meneruskan atau mengubah sikap dan tabiat mereka itu. Mereka akan meneruskan atau mengubah sikap dan tabiat mereka kerana adanya faktor pengukuh yang mempengaruhi perilakunya. Menurut teori Bandura, ada dua jenis faktor pengukuh. Yang pertama ialah faktor di luar diri seseorang, iaitu perkara yang seseorang itu alami secara langsung akibat perilaku mereka, sebagai contoh ialah pujian atau kutukan yang seseorang itu terima selepas mereka melakukan sesuatu. Faktor pengukuh yang kedua ialah faktor yang datang daripada sistem yang ada dalam diri seseorang itu sendiri. Sistem seperti konsep-diri dan estim-diri ada dalam jiwa tiap-tiap manusia. Sistem itu mempengaruhi sikap, tabiat dan perilaku seseorang. Orang di sekeliling

Page 119: Bookchapter fp20

112 Personaliti Gaya Hidup Remaja

persekitaran seseorang adalah menjadi sumber pelajaran kepada mereka melalui proses pemberian ganjaran atau hukuman ke atas sikap, tabiat dan perilaku mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang menunjukkan sikap yang orang di sekitarnya mengganggap betul, mereka akan diberi pujian. Masyarakat sekitarnya tidak mengutuk dan tidak menghukum mereka. Daripada pujian dan kutukan masyarakat persekitarannya itu, mereka belajar apa yang disebut sebagai peraturan masyarakat. Pujian dan kutukan masyarakat persekitarannya dapat mempengaruhi mereka supaya meneruskan atau mengubah sikap dan perilaku seseorang. Daripada masyarakat persekitaran juga seseorang itu belajar apa yang disebutkan sebagai main-peranan. Tiap-tiap hari kita melakukan main-peranan kerana kita selalu membayangkan diri kita berfikir, berbuat dan berasa seperti orang lain. Kita bayangkan apa-apa orang lain akan buat dan apa mereka akan kata terhadap kita. Kita juga bayangkan kalau kita berada dalam keadaan mereka, apa yang akan kita buat atau apa yang akan kita katakan. Masyarakat persekitaran juga menjadi sumber kepada sikap, tabiat dan perilaku kita. Ini terjadi melalui apa yang disebutkan sebagai model-peranan. Kita belajar dan mengamalkan sikap, tabiat dan perilaku dengan cara memerhatikan sikap, tabiat dan perilaku orang lain di sekeliling kita. Orang itu disebut model-peranan kita. Selain itu terdapat pelajar yang boleh dipengaruhi dengan mengenakan teknik psikologi songsang. Menurut teori ini, keadaan psikologi songsang hanya berlaku dalam keadaan yang orang itu ingin melakukan sesuatu yang dia yakin dia bebas untuk melakukannya, tetapi kemudian dia tidak dibenarkan melakukannya. Apabila seseorang itu percaya dia akan kehilangan hak melakukan sesuatu yang dia yakin bahawa dia berhak melakukannya, dia akan melakukan reaksi seperti menganggap perkara yang ditegah itu adalah lebih tinggi nilainya, seseorang itu semakin ingin melakukan perkara yang ditegah, menganggap alternatif yang ada padanya sekarang turun nilainya dan membenci pihak yang menyekat hak-hak dan kebebasannya.

Page 120: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

113

Manusia sentiasa mempengaruhi pemikiran kita dan keputusan yang kita buat. Orang di sekeliling kita, sama ada mereka sedar atau tidak, menggunakan pelbagai strategik untuk mempengaruhi pemikiran kita dan oleh itu mempengaruhi keputusan kita.

Rozmi dan Norhayati (2007) menyenaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi permodelan atau peniruan sesuatu tingkah laku. Salah satu faktor yang mempengaruhi permodelan ialah ciri-ciri model tersebut. Individu akan lebih cenderung dipengaruhi oleh model yang serupa dengannya seperti kesamaan dalam segi umur, jantina dan sebagainya. Selain itu, sesuatu model yang memerlukan kepakaran juga akan lebih mendapat perhatian khasnya golongan individu yang mempunyai kepercayaan terhadap kebolehannya untuk meniru tingkah laku tersebut. Ini kerana keupayaan melakukan aktiviti yang memerlukan kemahiran ini dianggap akan meningkatkan status pengamal. Ganjaran yang diperolehi hasil daripada sesuatu tingkah laku juga akan mempengaruhi intensiti peniruan model. Individu akan membuat penimbangan kepada ganjaran dan dendaan yang akan diperolehi ekoran daripada sesuatu tindakan yang diambil. Individu akan memilih dan membentuk tingkah laku yang boleh mendatangkan ganjaran dan mengelakkan diri daripada dendaan. KESIMPULAN Proses pembelajaran sepanjang hayat berlaku dalam institusi sosial. Pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak akan membentuk konsep diri pada individu. Oleh itu kelompok primer iaitu keluarga merupakan kelompok yang paling berpengaruh. Pentingnya fungsi kekeluargaan adalah sejak mula anak itu dilahirkan. Anak-anak mula belajar dari kedua ibu bapa mereka. Oleh itu ibu bapa yang memberi masa yang berkualiti kepada anak-anak mereka dapat menanamkan minat dan bertindak balas dengan memberikan didikan dan peluang yang berpatutan.

Page 121: Bookchapter fp20

114 Personaliti Gaya Hidup Remaja

RUJUKAN Allport, G. W. (1961) Pattern and growth in personality. New

York : Holt. Atan Long. (1988).Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka Bindra, D. (1959).Motivation:A systematic reinterpretation.

Dalam Strongman, K.T. (1973). The Psychology of emotion.Great Britain: The

Garden City Press Ltd. Bortner, M. A. (1988) Delinquency and justice: an age of crisis.

New York : McGraw-Hill Book Company. Bronfenbrenner, U. (1961) Toward a theoretical model for the

analysis of parent-child relationships in a social context. Kertas kerja tidak diterbitkan: Cornell University

Brook, Whiteman, & Cohen. (1995). Adolescent school experience and dropout,

Adolescent pregnancy & young adult deviant behavior. Journal of education

Research , 98, 10. Chaplin, J. P. (1968) Dictionary of psychology. New York : Dell. Chiam H.K. (1982). “Adolescence and his family: Some aspects

of their relationships”. Dalam Ketas Kerja Persidangan Nasional

Mengenai Kaum Remaja 63 – 71 Colmen, J.C. (1974. Youth: Transition to adulthood.

Chicago:University of Chicago Press. Compass, B., & Waguer B. (1992). Psychosocial stress during

adolescence. Dalam Nielsen L. (1991). Adolescence : A contemporary view.

New York : Harcourt Brace College Publishers. Cortes, J. B. & Gatti, F. M. (1972) Delinquency and crime: a

biopsychosocial approach. New York: Seminar Press. Foster, & Clark, F.S (1989). Parental influences on adolescent

Page 122: Bookchapter fp20

Pelakuan Aggresif Remaja

115

problem behavior: Mediasional and moderational models involving deviant

peers. Journal of Family Psychology, 3, 39 – 60 Gardner,H. (1985).Frames of mind.The theory of multiple

intteligences.New York: Basic Books. Gibbons, D. C.(1981) Delinquent behavior. New Jersey: Prentice

Hall. Goleman, D. (1995). Emotional Intteligence: Why it can matter

more than IQ. New York:Bantam Books. Goleman, D. (1996). Emotional Inttelligence. Why it matter

more than IQ. Learning 24, (6), 49-50 Hall, G.S (1904). Adolescence. New York: Appleton Holahan, C. K. and Sears, R. R. (1995). The gifted group in later

maturity. Stanford : Stanford University Press. Jamaliah Ahmad (1988). Masalah pelajar di Sekolah Menengah

Bandar & Luar Bandar Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Johnson, D.L (1985). Middle classes in dependent countries.

Beverly Hills: Saga publication. LeFlore. (1938). Psychological factors in delinquency. Dalam

Kvreceus, W.C (1945). Jurvinile Delinquency and The School. New York: World

Book Co. Lemert, E.M. (1972). Human deviance: Social problem and

social control. Englewood Cliffs, N.J., prentice Hall Inc Mahmood Nazar Mohamed (1992). Pengantar Psikologi:Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mayer, J.D., and Salovey, P. (1997). What is emotional of

Page 123: Bookchapter fp20

116 Personaliti Gaya Hidup Remaja

emotional intteligence. Intelligence, 17, (4), 433-442 Mc Caghy, C.H. (1985). Deviant behavior: crime, conflict and interesting group. New York : Mav Publishing Co. Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Panduan Meningkatkan

Kecerdasan Emosi. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Page 124: Bookchapter fp20

Kenakalan Remaja 117

7

KENAKALAN REMAJA Nurul Ezzati Azizi Nurulhuda Azizi

Yusof Boon

PENGENALAN Tingkah laku kenakalan bolehlah didefinisikan sebagai tingkah laku yang menyeleweng daripada norma atau berbeza daripada standard yang diterima oleh masyarakat. Menurut Mc CaGhy (1985) tingkah laku kenakalan adalah tingkah laku yang tidak diterima oleh masyarakat. Lemert (1972) pula menerangkan bahawa tingkah laku kenakalan atau ‘deviance’ merupakan pelanggaran norma-norma masyarakat. Ia dilakukan oleh sekelompok individu dalam masyarakat yang norma-norma yang dipegangnya adalah berbeza daripada apa yang dipegang oleh majoriti populasi tersebut.

Ianya boleh juga dikaitkan dengan salah laku (delinquence) iaitu kegagalan mematuhi apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang atau peraturan. Secara dasarnya, mereka yang dikatakan nakal adalah mereka yang tidak mengikut peraturan serta melanggar norma-norma masyarakat setempat di mana individu itu tinggal. Mereka melakukan tingkah laku yang tidak selari dengan kehendak masyarakat. Tingkah laku kenakalan ini juga dikaitkan dengan tahap umur sebelum dewasa iaitu sebelum 18 tahun. Dengan kata lain, ia adalah masalah salah laku remaja yang semakin meruncing kini. Antara contoh tingkah laku kenakalan adalah perbuatan ponteng kelas, membuli, perlakuan agresif seperti bergaduh, berjudi, memeras ugut, penyalahgunaan dadah,

Page 125: Bookchapter fp20

118 Personaliti Gaya Hidup Remaja

perbuatan berunsur lucah, pelacuran, jenayah harta benda dan sebagainya. Menurut Gibbons (1981), tingkah laku kenakalan adalah sangat luas definisinya. Ia berbeza daripada segi kekerapan, masa ia dilakukan, keseriusan kenakalan, dan terdapat pelbagai jenis kenakalan yang boleh dikategorikan di dalamnya. Perbezaan ini bergantung kepada bagaimana ia diberi definisi oleh masyarakat di mana ia dilakukan. Daripada pendapat ini, jelaslah bahawa apa sahaja perbuatan yang dikatakan kenakalan itu adalah berakarkan faktor sosial. Ia bergantung bagaimana masyarakat mentafsirkannya. Maka satu masyarakat dengan masyarakat yang lain mempunyai definisi berbeza terhadap apa yang dikatakan tingkah laku kenakalan. Definisi kenakalan satu perbuatan juga berkait rapat dengan golongan yang berkuasa dalam satu masyarakat tersebut (Bortner, 1988). Secara umumnya, orang yang berkuasa dalam masyarakat ini akan menentukan satu perbuatan itu adalah di luar norma dan dianggap ‘nakal’ sekiranya ia bertentangan dengan nilai dan kepentingan mereka. Contohnya, jika di Barat, golongan yang berkuasa di sana membenarkan homoseksualiti, maka, tingkah laku homoseksual tidak dianggap sesuatu yang ‘nakal’ tetapi boleh diterima oleh mereka. Bagaimanapun, jika golongan yang berkuasa tidak membenarkannya, maka ia tetap dianggap di luar norma masyarakat. Oleh itu, jika dilihat secara global tanpa mengira tempat, negara, komuniti dan masyarakat, golongan remaja tidak mempunyai kuasa untuk menentukan definisi perbuatan mereka. Maka definisi tingkah laku mereka adalah refleksi nilai dan imej masyarakat dewasa dalam komuniti tersebut terhadap apa yang patut dan tidak patut dilakukan oleh seseorang itu. Daripada sudut sosiologi pula, kenakalan juga boleh ditafsirkan dari aspek normatif dan relativistik. Kedua-dua tafsiran menjurus kepada penekanan terhadap norma-norma masyarakat tetapi mempunyai pendekatan berbeza. Ia merujuk kepada siapakah yang terlibat dalam tingkah laku pelanggaran norma. Manakala tafsiran daripada aspek relativistik pula dilihat bukan merujuk kepada siapa yang melakukan tetapi bagaimana ia

Page 126: Bookchapter fp20

Kenakalan Remaja 119

ditafsirkan oleh masyarakat sebagai melanggar norma. Definisi normatif menjelaskan siapa yang melanggar norma dan mengapa mereka melakukannya. Definisi relativistik bagaimanapun menekankan bagaimana masyarakat mentafsirkan tingkah laku itu sebagai nakal. Terdapat pelbagai pendapat dan teori yang menerangkan kenakalan ini. Ia telah dilihat daripada pelbagai sudut. Pakar psikiatri, ahli psikologi dan pakar biologi lebih menekankan daripada aspek sebab-sebab berlakunya kenakalan berpunca daripada faktor dalaman diri individu tersebut. Contohnya ahli biologi mengatakan ia disebabkan oleh faktor perubahan hormon yang mengganggu remaja ketika proses pertumbuhan fizikal mereka. Manakala ahli psikologi melihatnya daripada aspek hasil patologi atau kelemahan yang berlaku dalam komponen personaliti, afektif dan kognitif individu terbabit. Manakala, ahli sosiologi lebih menekankan faktor persekitaran sosial dalam memberi tafsiran kepada tingkah laku kenakalan ini. Secara ringkasnya, tingkah laku kenakalan ini bolehlah diterangkan sebagai respon bersifat patologikal terhadap persekitaran fizikal dan keadaan sosial tertentu disebabkan beberapa faktor yang mendorongnya berlaku seperti aspek fisiologi, psikologi, persekitaran dan sosiologi. FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TINGKAH LAKU KENAKALAN Terdapat tiga faktor penting yang menyumbang ke arah tingkah laku kenakalan. Faktor-faktor tersebut adalah:-

1 Perangai (temperament) “Temperament” bermaksud sifat yang menonjolkan afektif seseorang individu. Chaplin (1968) dalam ‘Dictionary of Psychology’ mentafsirkannya sebagai tindakan reaktif seseorang yang menunjukkan emosinya. Manakala The American Heritage Dictionary (2004) pula menyatakannya sebagai ciri-ciri bagaimana seseorang itu berfikir, bertindak dan memberi reaksi terhadap satu-

Page 127: Bookchapter fp20

120 Personaliti Gaya Hidup Remaja

satu situasi. Allport (1961) pula telah memberikan satu definisi yang komprehensif dari sudut psikologi dengan menyatakannya sebagai satu fenomena penonjolan emosi seseorang individu yang menunjukkan tahap reaksinya terhadap rangsangan emosi dan kekuatannya untuk mengawal mood. Maka secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan ‘temperament’ ini adalah sebahagian daripada personaliti seseorang yang menunjukkan paten reaktif dan afektif seseorang, sifat semulajadi dan spontan terhadap satu rangsangan emosi. Ia adalah organisasi yang unik dan dinamik dalam diri seseorang. Menurut Cortes dan Gatti (1972) salah satu faktor kenakalan seseorang adalah kerana tahap ‘temperament’nya yang agak tinggi berbanding individu biasa. Ini bermakna, individu yang agak cepat bertindak balas terhadap satu rangsangan emosi akan lebih cenderung untuk terlibat dalam tingkah laku kenakalan berbanding individu yang mampu mengawal tahap ‘temperament’nya. Pengawalan ‘temperament’ ini memerlukan masa yang agak lama menerusi latihan berterusan, pengawalan persekitaran, penerapan nilai-nilai kepercayaan, perubahan gaya hidup dan sebagainya. 2 Persekitaran kekeluargaan Bronfenbrenner (1961) dalam kertas kerjanya ‘Toward a Theoretical Model for the Analysis of Parent-Child Relationships in Social Context’ telah mencadangkan bagaimana persekitaran keluarga membentuk sikap remaja dan mendorongnya untuk melakukan tingkah laku kenakalan. Terdapat empat cara berbeza hubungan kekeluargaan yang mempengaruhi tingkah laku kenakalan seseorang remaja.Empat cara tersebut adalah:

i pengawalan yang tinggi ii kawalan yang rendah iii sokongan yang tinggi iv s okongan yang rendah

Keempat-empat cara ini adalah fungsi keseimbangan antara kawalan (perhatian dan disiplin) dan sokongan (penerimaan dan

Page 128: Bookchapter fp20

Kenakalan Remaja 121

kemesraan). Cara yang terbaik dan menghasilkan kesan yang optima adalah keseimbangan antara keempat-empat cara di atas. Namun jika terdapat tekanan ekstrem antara dua cara, ia akan memberi kesan ke atas personaliti dan tingkah laku anak. Ia boleh diringkaskan seperti di bawah:

-Ibu bapa : Kawalan tinggi, sokongan rendah -Anak : Dominan, agresif, memberontak, sukar dikawal -Ibu bapa : Kawalan tinggi, sokongan tinggi -Anak : terlalu bergantung, patuh -Ibu bapa : Sokongan tinggi, kawalan rendah -Anak : terlalu agresif, emosi yang sangat tidak stabil -Ibu bapa : Sokongan rendah, kawalan tinggi -Anak : tidak matang, tidak bertanggungjawab, mengikut perasaan

Bagaimanapun, Cortes dan Gatti (1972) telah mencadangkan pendapat yang agak berbeza daripada pendapat Bronfenbrenner walaupun mereka mengambil asas daripada ideanya itu. Walaupun banyak kombinasi faktor lain yang menyumbang ke arah wujudnya tingkah laku kenakalan, namun, persekitaran kekeluargaan ini amat penting kerana proses penyesuaian psikologi dalam kehidupan dewasa adalah bergantung kepada kestabilan emosi dan pembentukan personaliti dalam hubungan ibu bapa-anak ini. Ketidakstabilan hubungan akan mendorong anak terlibat dalam tingkah laku kenakalan yang mendatangkan banyak masalah bukan saja kepada keluarga tersebut tetapi juga kepada masyarakat dan negara. Cortes dan Gatti (1972) mencadangkan bahawa gaya keibubapaan yang dipraktikkan adalah berdasarkan dimensi nilai dalam budaya dan sosial dalam masyarakat tersebut. Ia juga dipengaruhi oleh agen-agen dan proses sosialisasi pada peringkat awal kehidupan individu itu. Kanak-kanak sudah tentu dipengaruhi oleh pengaruh institusi dan norma-norma masyarakat melalui ibubapa berdasarkan gaya keibubapaan yang ditunjukkan. Walaupun impak daripada agen sub-budaya lain seperti rakan sebaya, sekolah dan sebagainya, namun ia masih dikawal secara

Page 129: Bookchapter fp20

122 Personaliti Gaya Hidup Remaja

langsung atau tidak langsung oleh persekitaran dan pengawasan keluarga. C) Reaksi terhadap proses pemodenan Terdapat pendapat yang diasaskan daripada teori ‘determinist’ yang menyatakan kenakalan adalah disebabkan oleh faktor pemodenan yang berlaku. Teori ini telah diasaskan oleh L. Wirth yang meneyelidik tentang hubungan antara persekitaran perbandaran dengan tingkah laku kenakalan. Maka, menerusi teori ini, tingkah laku kenakalan adalah hasil tingkah laku adaptif terhadap ketidakmampuan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar. Ianya juga disifatkan sebagai salah satu tingkah laku kehidupan di bandar.

Kehidupan di bandar dilihat telah meningkatkan tahap individualiti. Tahap impersonaliti yang tinggi menyebabkan dorongan ke arah keruntuhan hubungan interpersonal. Akibatnya ia meningkatkan pemisahan sosial dan menggalakkan pemusatan ego serta akan lahirlah pelbagai tingkah laku kenakalan. Oleh itu, impersonaliti dilihat sebagai respon untuk menghadapi rangsangan dan kehendak yang berlawanan dalam situasi sosial yang pelbagai dalam proses perbandaran.

Berdasarkan pendapat ini juga, proses pemodenan yang berlaku boleh menyebabkan ‘kepadatan’ daripada aspek psikologi. Kepadatan ini adalah kesan daripada persekitaran perbandaran yang kompleks dan kurang familiar berbanding kehidupan sebelumnya yang lebih harmoni dan kurang kompleks. Proses ini menyebabkan berlakunya kepadatan informasi, perubahab gaya hidup, perubahan tingkah laku yang semakin kompleks, perubahan peraturan dan undang-undang, pengecualian daropada peraturan terdahulu, kehilangan kuasa, wujud perasaan tidak percaya terhadap individu lain, ketidakpuashatian, diskriminasi dan sebagainya.

Apa yang berlaku, perubahan dan limpahan informasi ini terpaksa diterima dan diproses oleh individu yang mengalami perubahan tersebut. Ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan perubahan kritikal dalam peningkatan

Page 130: Bookchapter fp20

Kenakalan Remaja 123

informasi dan pengalaman. Kepadatan rangsangan ini menyebabkan mereka bertindak balas terhadap pengaruh tersebut melalui pelbagai cara seperti mereka cuba untuk mengurangkan dan memilih informasi yang melimpah itu, mereka cuba untuk mengelakkan diri daripada menerima informasi dan akibatnya menidakkan realiti serta mereka mewujudkan dunia khayalan sebagai ganti kepada dunia sebenar yang begitu menekan. Dunia khayalan yang diwujudkan itu dilihat sebagai dunia sebenar seperti biasa.

Selain itu, proses pemodenan ini juga membentuk dan menangani beberapa peranan dan identiti. Persekitaran bandar menggalakkan pemisahan dan mengurangkan hubungan antara individu. Pemisahan dari segi fungsi dan ruang yang berlaku menyebabkan mereka terpaksa membentuk peranan yang berbeza untuk bertindak balas dan memberi respon kepada perubahan-perubahan yang berlaku. Cabaran melalui perubahan peranan ini berlaku dalam institusi keluarga, sesama jiran, sesama pekerja dan rakan-rakan. Perkara ini menyebabkan kebanyakan mereka terutamanya remaja tidak mampu untuk menghadapi perubahan itu. Perubahan dalam perbezaan peranan utama ini juga menyebabkan konflik psikologi yang mendorong ke arah tingkah laku kenakalan. Ringkasnya, kenakalan adalah reaksi dan akibat daripada konflik psikologi yang berlaku dalam proses pemodenan.

Faktor yang mendorong kenakalan akibat kepadatan yang berlaku ini juga dipengaruhi oleh kesan negatifnya terhadap kejelekitan sosial dalam masyarakat. Impersonaliti menyebabkan beberapa perkara seperti

a)kehilangan tanggungjawab sosial dalam diri individu b)penafian terhadap masyarakat kerana mementingkan diri sendiri c) kehilangan kawalan sosial sebagai komponen positif terhadap kawalan tingkah laku d) kehilangan sistem nilai dalam masyarakat. Kenakalan adalah tingkah laku adaptif hasil daripada

kelemahan sokongan personal dalam norma-norma tingkah laku individu dalam masyarakat. Ia juga boleh disebabkan kekeliruan

Page 131: Bookchapter fp20

124 Personaliti Gaya Hidup Remaja

dalam norma-norma tingkah laku kerana kurangnya bimbingan serta keterasingan yang berlaku akibat kurangnya sokongan dalam menghadapi cabaran hidup.

Kesimpulannya, tingkah laku kenakalan dilihat sebagai kesan pemodenan terhadap tingkah laku manusia kerana perubahan yang berlaku itu amat menekan dan menyebabkan gangguan dari segi emosi dan psikologi. Ia adalah reaksi untuk melepaskan diri daripada tekanan tersebut. TEORI-TEORI BERKAITAN KENAKALAN REMAJA (DELINKUEN) Beberapa teori daripada pelbagai aspek akan dikupas untuk menghuraikan tentang tingkah laku kenakalan remaja dalam bahagian ini. Teori Biogenic Teori Biogenic ini merujuk kepada tingkah laku kenakalan yang dilakukan kerana faktor penyakit (etiological) yang mana remaja berkelakuan berkenaan kerana mempunyai bentuk badan yang secara biologinya tidak normal. Kelakuan kenakalan seperti “endocrine imbalance or brain pathology”. Bentuk badannya dengan secara semula jadi mendorong remaja ini berkelakuan nakal. Terdapat kes-kes yang disebabkan oleh organic atau faktor biologi secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi tingkah laku delinkuen. Remaja yang mengalami kekurangan kematangan dalam perkembangan saraf otaknya, akan menyebabkan berlakunya ketidakfungsian sistem saraf yang boleh menyebabkan tingkah laku delinkuen berlaku. Terdapat pengkaji yang menunjukkan bahawa kes-kes jenayah disebabkan Sistem Saraf Autonomi (ANS) adalah lebih lambat untuk dipulihkan jika dibandingkan dengan kes-kes yang berasaskan persekitaran. Bagaimanapun, penyelidikan moden terhadap faktor biogenik kini lebih menekankan faktor biososial dalam tingkah

Page 132: Bookchapter fp20

Kenakalan Remaja 125

laku manusia. Penyelidikan kontemporari ini mengambil kira interaksi antara aspek biologi dan genetik kemanusiaan serta pengalaman sosial. Ini bermakna kini, struktur badan dan faktor semulajadi seperti hormon bukanlah faktor terpenting yang menyebabkan kenakalan berlaku tetapi ia tergabung dengan faktor-faktor persekitaran yang membentuk kombinasi yang kuat. Menurut Gibbons (1981), terdapat juga pendapat yang mengatakan kenakalan berlaku disebabkan oleh faktor biologi yang berkaitan dengan kecerdasan. Kajian yang dilakukan menunjukkan bukti terdapat hubungan antara tingkah laku kenakalan dan kecerdasan yang dimiliki oleh individu tersebut. Remaja yang dikatakan mempunyai pencapaian akademik yang tinggi kurang terlibat dengan tingkah laku pencapaian. Manakala remaja yang mempunyai pencapaian akademik yang kurang menyerlah dan IQ yang rendah cenderung untuk melakukan tingkah laku kenakalan. Maka perbezaan ini dikatakan amat ketara dan menjadi bukti penting bahawa kecerdasan memberi pengaruh yang kuat terhadap punca kenakalan berlaku. Tetapi, terdapat pertikaian berkaitan teori ini. Tingkah laku kenakalan adalah hasil proses sosialisasi. Maka sudah pasti tingkah laku tersebut bukanlah disebabkan oleh faktor biologi tetapi hasil proses pembelajaran dan persekitaran sosial yang berlaku. Maka agak sukar untuk mengatakan tingkah laku kenakalan benar-benar disebabkan oleh faktor biologi walaupun ia memberi peranan yang penting. Malah, kecerdasan yang dikatakan bukti faktor biologi yang membezakan remaja nakal dan tidak nakal juga diragui kebenarannya. Ini kerana, adakah kecerdasan benar-benar produk biologi atau ianya adalah hasil gabungan aspek biologi dan persekitaran pembelajaran yang merangsang faktor tersebut. Teori Psikogenik Mengikut Teori Psikogenik, si pelakunya mempunyai berbagai sifat, dan kelakuan mereka ini dapat memberi tahu kita bahawa tingkah lakunya

Page 133: Bookchapter fp20

126 Personaliti Gaya Hidup Remaja

adalah respons daripada masalah psikologi (psychological pathology). Antara faktor psikologi yang menyumbang kepada tingkah laku delinkuen ialah bila wujudnya emosi tidak gembira. Kebanyakan remaja yang tidak gembira adalah hasil dari keluarga yang berpecah. Persekitaran kekeluargaan adalah faktor yang lebih penting mempengaruhi tingkah laku delinkuen jika di banding dengan peranan struktur familinya. Ini bermakna tidak semestinya keluarga yang berpecah akan mendatangkan remaja yang bersedih. Apa yang lebih penting ialah persekitaran atau suasana keluarga itu sendiri. Dari sudut psikologi, hubungan ibu bapa dengan remaja adalah penting. Bagi remaja lelaki dan remaja perempuan, mereka lebih rapat dengan ibu atau emak mereka adalah suatu perkara yang biasa. Tetapi bagi remaja lelaki yang lebih rapat dengan bapa mempunyai hubungan yang lebih dekat kepada tingkah laku delinkuen (Johnson, 1985). Gaya tingkah laku ibu bapa mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka di dalam keluarga. Terdapat penyelidik yang dalam kajian mereka mendapati ibu bapa yang suka bergaduh antara mereka, akan mendapati anak-anaknya, terutama anak perempuan sebagai anak bermasalah.

Telah diketahui bahawa remaja yang bertingkah laku delinkuen adalah lebih tegas menurut gaya sosial mereka seperti ingkar, mempunyai nilai yang bertentangan dengan peraturan, mudah tersinggung, suka bergaduh,suka menuduh, suka memusnahkan sesuatu, cenderung memaksa dan kurangnya kawalan diri. Sesetengah remaja sangat suka menafikan bahawa mereka ada masalah, suka mengelak dari mengambil tanggungjawab atas tindakan mereka, dan seterusnya suka menyalahkan orang lain bila mereka mendapat kesusahan. Oleh itu banyak kes yang ditemui bahawa remaja yang melakukan tingkahlaku delinkuen adalah sebab gangguan emosi mereka seperti takut, bimbang atau bermusuhan. Terdapat juga kes-kes yang menemui bahawa sebab-sebab remaja berkelakuan delinkuen kerana mereka tidak mendapat kasih sayang yang cukup semasa mereka membesar.

Page 134: Bookchapter fp20

Kenakalan Remaja 127

Gibbons (1981) dalam bukunya telah menyatakan faktor psikologi ini terbukti memberi kesan yang besar terhadap wujudnya tingkah laku kenakalan menerusi beberapa kajian yang dilakukan menggunakan ujian psikologi yang berbeza. Kajian yang dilakukan oleh Gluecks yang dinyatakan oleh Gibbons (1981) menggunakan ujian Roschach. Remaja nakal dilihat lebih mengikut perasaan, lebih kasar dan kurang patuh kepada pihak berkuasa. Manakala dalam ujian MMPI (Minnesota Multiphasic Personality Inventory) yang menilai paten personaliti tertentu seseorang termasuklah aspek paranoia. Apa yang ditunjukkan dalam ujian tersebut, remaja yang nakal memperolehi skor yang tinggi dalam aspek kurang kerjasama, menipu dan mempunyai skor psikopatik yang agak tinggi.

Selain itu, kajian yang dilakukan untuk melihat kenakalan ini dalam konteks persekolahan telah menunjukkan pelajar yang lemah dari aspek kemahiran sosial dan pengawalan emosi akan menghadapi maslah kenakalan (Gibbons, 1981). Ini kerana mereka sangat bergantung, kurang kemahiran untuk berkawan dan untuk melepaskan tekanan akibat perkara tersebut, mereka cenderung untuk melakukan keganasan. Teori Sosiogenik “Gelora” dan “tekanan” Mengikut Hall (1904), perkembangan sosial bagi seseorang remaja merupakan satu masa yang penuh gelutan hasil daripada remaja itu melalui proses mula mengenali dirinya sendiri tapi dalam masa yang sama remaja perlu mengenali kehendak-kehendak masyarakat sekelilingnya. Proses sosialisasi ini bagi remaja merupakan masa “gelora” dan “tekanan”. Hal ini berlaku sebab segala gejala yang timbul itu merupakan akibat daripada proses perkembangan peribadinya yang mengandungi beberapa unsur, iaitu kedewasaan, seksual, pencarian identiti, keinginan material yang tidak terkawal dan kurangnya disiplin diri. Di samping itu remaja juga akan menerima pelbagai tekanan dari masyarakat yang mungkin sukar di atasi oleh seorang remaja.

Page 135: Bookchapter fp20

128 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Menurut Hall (1904), pelbagai tekanan ini akan menyebabkan remaja tersebut mengalami masalah yang berbeza-beza berdasarkan ciri-ciri individu, persekitaran ekonomi, sosial dan tahap pendidikan mereka.

Antara teori spesifik yang menyokong idea bahawa tekanan menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku kenakalan adalah teori pelabelan yang diperkenalkan oleh Howard Becker. Teori ini menyatakan kebanyakan remaja menghadapi masalah tekanan dan gelora dalam proses perubahan adalah kerana mereka telah dilabelkan dengan label teretntu oleh masyarakat. Dalam menyusur kehidupan, remaja kerap kali melakukan kesilapan untuk menilai apa yang betul dan salah kerana kurang pengalaman dan ilmu pengetahuan. Namun apa yang berlaku, mereka kerap dilabelkan dengan label tertentu kerana kesilapan itu. Contohnya, remaja yang melakukan salah laku akan dilabelkan oleh masyarakat sebagai ‘sampah’ dan kurang memberi sokongan untuk membantunya pulih kembali. Ini memberi tekanan yang hebat ke atas diri individu tersebut.

Teori ini diasaskan daripada teori Cooley yang membentuk konsep ‘looking glass self’. Beliau mengatakan bahawa remaja akan melihat dirinya sebagaimana ia dilihat oleh orang lain. Maka, tafsiran siapakah diri mereka adalah bergantung kepada tafsiran yang diberikan oleh lingkungan sosial dan penilaian masyarakat terhadap mereka. Label yang diberikan terhadap mereka akan menyebabkan mereka merasakan dan menerima diri mereka seperti itu. Seterusnya, remaja tersebut akan terus berkelakuan seperti yang dilabelkan itu.

KESIMPULAN

Masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa. Dalam situasi ini perkembangan emosi para remaja akan mewujudkan pelbagai fenomena tabiat dan tingkahlaku yang perlu ditangani dengan baik

Page 136: Bookchapter fp20

Kenakalan Remaja 129

agar ianya tidak menimbulkan masalah kepada dirinya, keluarga ataupun masyarakat. Emosi seseorang akan berkembang mengikut tahap yang berbeza. Perkembangannya memberi kesan kepada perubahan dan masalah tingkahlaku . Tingkahlaku yang wujud pada diri seseorang kesan daripada perkembangan emosinya terbentuk samada positif atau negatif. Kesan positif perlu dipupuk dan dikembangkan agar ianya dapat dimanafaatkan , manakala kesan negatif perlu ditangani dengan bijak bagi mengaw mengawal ketidakstabilan emosi yang boleh mengakibatkan kesan kepada diri dan pihak lain.

RUJUKAN Abd. Rahman Ahmad, 1992, Bimbingan Dan Kaunseling Dari

Perspektif Islam, Serdang, Human Resource Enterprise. Amir Awang, 1987, Teori Dan Amalan Psikoterapi (Edisi Awal),

Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia Azizi Yahaya, et.al. (2005). “Buli.” Skudai : Universiti Teknologi

Malaysia. Habibah Elias Dan Noran Fauziah Yaakub “Psikologi Personaliti”

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kamus Bahasa Melayu, Fajar Bakti Oleh Arbak Othman (1996) Mohd Najib Ghafar (1997). “Asas Penyelidikan Sains Sosial”

Skudai Universiti Teknologi Malaysia. Zakiah Daradjat, 1970 Peranan Agama Dalam Kesihatan Mental,

Jakarta, Penerbit P.T Gunung Agung.

Page 137: Bookchapter fp20

8

KAJIAN KEREMAJAAN Nurulhuda Azizi

Nurul Ezzati Azizi

PENGENALAN Dalam sejarah kehidupan manusia,istilah “kecerdasan” merujuk kepada satu set tingkahlaku yang dianggap bernilai oleh sesesuatu budaya. Oleh kerana nilai murni bagi sesuatu masyarakat merangkumi berbagai perkara yang berbeza, maka makna bagi istilah kecerdasan bergantung kepada keadaan dan masa yang tertentu.

Ahli pendidik dan psikologi memberi mengkaji pendekatan yang berbeza terhadap istilah kecerdasan, pelakuan remaja. Perhatikan bahawa setiap hasil kajian di bawah memberi penekanan kepada kebolehan dan kemahiran tertentu yang difikirkan penting bagi kehidupan manusia HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DAN KENAKALAN REMAJA Dalam menghadapi pelbagai masalah berkaitan kenakalan remaja yang semakin meruncing kini, Daniel Goleman (1995) mencadangkan agar penekanan terhadap kecerdasan emosi harus dilakukan. Untuk menggalakkan kecerdasan emosi ini, Goleman mencabar para pendidik untuk berusaha menerapkan dan mengajar secara lengsung teknik-teknik dan kemahiran sosial dan pengawalan emosi kepada pelajar. Ia dikatakan bukan saja dapat memberi faedah dari aspek sikap dan tingkah laku pelajar malah ia

Page 138: Bookchapter fp20

Kajian Keremajaan

131

dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Menurut Goleman lagi, keganasan yang berlaku di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat adalah disebabkan pelajar dan remaja mereka ‘buta’ dari segi pengawlan emosi dan kemahiran bersosial. Secara asasnya, insiden-insiden yang berlaku contohnya tembakan di sebuah sekolah di Brooklyn oleh pelajarnya adalah disebabkan rasa marah dan tidak puas hati yang tidak dapat dikawal dan dilepaskan dengan cara yang tidak sesuai. Salah laku ini berlaku kerana kurangnya fungsi kognitif dalam mengawal emosi dan perasaan. Hasilnya, tingkah laku yang mengikut perasaan ini akan membawa kesan yang amat negatif bukan saja kepada diri tetapi jiga kepada orang lain di sekitar mereka.

Desakan emosi ini dikatakan berpunca daripada pelbagai faktor yang secara dominannya disebabkan oleh tekanan akibat kehidupan moden kini. Ia bolehlah disifatkan sebagai masalah global yang berlaku dalam dunia hari ini dan reaksi kepada perubahan dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Jiwa yang tertekan ini memerlukan mekanisme kawalan emosi yang mantap untuk menilai apa yang sepatutnya dilakukan dalam satu-satu situasi agar ia tidak menimbulkan suasana yang tidak diingini. Ia dapat dilakukan dengan kecerdasan emosi. Berdasarkan pendapat dan idea Goleman itu, pencegahan masalah kenakalan remaja dapat dilakukan secara lebih efektif apabila mereka diajar untuk mengawal emosi seperti kawalan desakan hati, mengawal kemarahan dan mencari penyelesaian yang kreatif terhadap masalah sosial. Proses pengajaran itu boleh dilakukan secara informal ketika proses membesarkan anak di rumah atau secara formal di sekolah. Jika proses memantapkan kecerdasan emosi ini berlaku di rumah, input yang diperolehi mungkin sedikit dan secara tidak langsung tetapi kerana ia dilakukan berulang-ulang kali dan mengambil masa yang lama, maka otak dapat merefleksikannya dalam bentuk yang kukuh. Apatah lagi jika diaplikasikan secara berterusan apabila menghadapi kegagalan, kesedihan dan sebagainya. Hasilnya, dengan latihan yang berterusan ini, manusia yang lebih terkawal emosinya dapat dilahirkan.

Page 139: Bookchapter fp20

132 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Bagaimanapun, proses ini menjadi lebih berkesan dan mantap apabila ia dilaksanakan di sekolah secara formal. Kurikulum yang telah ditetapkan akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali diri mereka dengan lebih dekat menerusi emosi yang dirasai oleh mereka. Selain itu, suasana persekolahan berasaskan persekitaran sosial dapat memberi pengalaman dan aplikasi secara langsung kepada pelajar untuk mengamalkan apa yang dipelajarinya. Krisis-krisis personal yang dilalui sepanjang persekolahan boleh dijadilkan medan untuk menilai kecerdasan emosi yang dimiliki.

Kecekapan emosi ini dikatakan memberi hasil yang lebih mantap apabila gabungan antara pembelajaran kawalan emosi dan kemahiran sosial itu dilakukan antara di sekolah dengan di rumah.

Beberapa aspek yang ditekankan dalam kecerdasan emosi boleh menggalakkan kawalan emosi kerana ia menggalakkan kesedaran kendiri terhadap emosi. Dengan mengenalpasti emosi yang dimiliki, seseorang itu akan mampu untuk menguruskannya. Selain daripada itu juga, kemahiran sosial dan kemahiran menangani konflik dapat disemaikan kerana kecekapan emosi ini mementingkan aspek empati iaitu bagaimana kita dapat membaca emosi orang lain. Dalam hal ini, pelajar akan bukan saja bijak untuk mengenali emosi kendiri malah tahu bagaimana membaca emosi orang lain. Hasilnya, dia akan tahu bagaimana untuk bertindak atau memberi respon dalam satu-satu situasi yang dilaluinya. Melalui kecekapan tersebut, pelajar akan lebih bijak dalam hubungan dan sebarang konflik interpersonal akan mudah diselesaikan. Dengan cara ini juga, mereka dapat mengelakkan diri daripada melanggar norma-norma yang telah ditetapkan dalam masyarakat. Jadi, tingkah laku kenakalan dapat dielakkan. PROGRAM BERKAITAN KECERDASAN EMOSI DAN KEJAYAANNYA MENGURANGKAN KENAKALAN REMAJA Menurut laporan daripada The George Lucas Educational Foundation

Page 140: Bookchapter fp20

Kajian Keremajaan

133

Magazine (2001), terdapat beberapa program yang dilaksanakan di amerika Syarikat yang menyemai kecerdasan emosi dalam diri pelajar-pelajar telah berbukti dapat mengurangkan kadar kenakalan remaja. Antara program tersebut adalah satu program yang dijalankan di New York dan Atlanta iaitu ‘Resolving Conflict Creatively Program’. Perlaksanaan kurikulum yang menitikberatkan kecerdasan emosi iaitu memberi kemahiran kepada pelajar untuk mengawal emosi dan menggunakan kemahiran sosial ini, telah dapat mengurangkan tingkah laku kenakalan remaja. Program ini terbukti telah mengurangkan penahanan juvana, aduan terhadap remaja dan pelajar yang berhenti sekolah. Kesan positif yang sama telah juga dapat dibuktikan menerusi beberapa projek seumpamanya seperti ‘Responsive Classroom’ yang dilaksanakan pada 1996-1998 dan ‘Seattle Development Project’ yang dilaksanakan di kawasan jenayah tinggi di Amerika. Hasilnya, kes-kes berkaitan keganasan remaja, penyalahgunaan dadah dan alkohol serta kehamilan di kalangan remaja dapat dikurangkan. HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR Zaman remaja adalah masa yang amat genting dalam perkembangan seseorang individu. Pada masa ini berlakunya perubahan yang drastik terhadap diri mereka dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Semasa berlakunya perubahan ini mereka akan mengalami pelbagai masalah yang membawa kepada tekanan dalam hidup (Compas, 1987). Banyak kajian yang telah dilakukan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dialami oleh para remaja sekolah sama ada di dalam mahupun di luar Negara. Kaedah-kaedah kajian juga pelbagai iaitu meliputi kaedah temu bual, senarai semak masalah, soal selidik dan juga melalui kaedah penulisan esei oleh responden.

Page 141: Bookchapter fp20

134 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Menurut Sadowski (1998), pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah biasanya mempunyai ciri-ciri sosial dan emosi yang sama iaitu pengawalan tindakan impuls yang kurang, kelemahan kemahiran penyelesaian masalah, penghargaan diri yang rendah, serta kurang kemahiran berkomunikasi. Richardson (2000), telah membuat kajian ke atas 196 pelajar, dan hasil analisisnya mendapati bahawa kecerdasan emosi memainkan peranan yang penting dalam mengatasi trauma yang di alami. Hasil kajian Richardson (2000), seterusnya mendapati bahawa pelajar perempuan dikesan mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi berbanding pelajar lelaki. Ini membuktikan bahawa keputusan akademik pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding pelajar lelaki. Richardson (2000), seterusnya mendapati bahawa pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi akan menunjukkan tahap pengawalan perasaan dan diri yang baik, mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, boleh mengurus perasaan kekecewaan dengan baik serta kurang bertindak melulu tetapi lebih berhati-hati. Perlakuan ini dikesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang baik. HUBUNGAN ANTARA DIMENSI KECERDASAN DIRI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan yang menunjukkan hubungan antara dimensi kesedaran diri dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian oleh Jamaliah Ahmad (1988) ke atas 400 orang pelajar empat buah sekolah iaitu dua dari bandar dan dua lagi dari luar bandar telah mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar ialah kerjaya diikuti pelajaran dan peribadi psikologi. Masalah peribadi yang kerap dihadapi ialah berkaitan dengan masalah kendiri, emosi dan ekonomi. Masalah peribadi ini mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik pelajar.

Kesedaran diri membawa maksud kesedaran seseorang terhadap perasaannya mengenai sesuatu situasi yang sedang

Page 142: Bookchapter fp20

Kajian Keremajaan

135

dihadapinya. Individu yang mempunyai tahap kesedaran kendiri yang tinggi dipercayai seorang yang berkeyakinan. Secara langsung, individu ini mempunyai konsep kendiri yang tinggi dan sedar tentang kehendak dan keinginan yang akan dicapai pada masa akan datang berdasarkan keupayaan dan kebolehannya. Persoalan yang diwujudkan ialah kesedaran manusia pada ketidakpastian kesudahannya dan kesedaran yang mereka hidup di dunia yang tiada kepastiannya menimbulkan kerisauan pada individu.

Kesedaran diri yang tinggi termasuk mengetahui diri iaitu menyedari kita bahawa memainkan pelbagai peranan dalam hidup dan masyarakat kita. Sekiranya seseorang berjaya mempunyai kesedaran tersebut dan dapat memainkan peranannya dengan fungsi yang paling optimal, maka individu tersebut dikatakan berjaya.

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Holahan dan Sears (1995), dan telah mengambil masa sehingga 60 tahun untuk menilai perkembangan seramai lebih kurang 1000 orang yang punyai tahap IQ tinggi dari zaman kanak-kanak hingga mereka bersara. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa individu yang punya keyakinan diri pada permulaan adalah lebih berjaya di dalam kerjaya mereka. HUBUNGAN ANTARA DIMENSI PENGAWALAN EMOSI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Kajian yang telah dijalankan oleh kementerian Pendidikan German (1988), ke atas 6863 orang pelajar yang telah diminta menulis karangan mengenai perkara yang menjadi punca tekanan emosi, telah mendapati perkara utama yang dicatatkan oleh pelajar sebagai punca gangguan emosi ialah pencapaian yang kurang memuaskan di dalam peperiksaan. Pelajar juga mencatatkan pencapaian akademik yang rendah akan mengakibatkan konflik dengan ibu bapa. Konflik ini merupakan punca tekanan emosi kepada mereka.

Page 143: Bookchapter fp20

136 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Chiam (1982), telah menjalankan kajian terhadap 977 orang pelajar dengan menggunakan ‘soal selidik Masalah Mooney’. Sampel telah dipilih daripada 4 buah sekolah dari Kuala Lumpur dan sebuah dari Kajang. Hasil kajian mendapati bahawa para pelajar berasa sangat takut dan bimbang akan gagal di dalam akademik. Kegagalan dalam pengawalan emosi akan memberikan kesan kepada tahap pencapaian akademik pelajar.

Shoda, Mischel dan Peake (1990), telah melakukan kajian ke atas kanak-kanak berumur 4 tahun. Hasil kajian mereka mendapati kanak-kanak yang dapat mengawal tindakan impuls telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam bidang akademik dan mempunyai kemahiran yang baik juga dalam bidang sosial. Individu yang dapat mengawal emosinya dipercayai merupakan sebagai individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi. HUBUNGAN ANTARA DIMENSI EMPATI DENGAN PENCAPAIAN AKADMIK PELAJAR

Empati adalah keupayaan seseorang individu dalam mengesan atau menilai perasaan individu lain yang berada di persekitarannya. Ia merupakan satu dimensi kecerdasan emosi yang penting. Seterusnya menurut Goleman (1995) ketidakupayaan seseorang individu untuk mengesan perasaan orang lain adalah merupakan satu kekurangan utama di dalam kecerdasan emosi seseorang.

Nowicki dan Duke (1992), telah membuat kajian yang menghasilkan dapatan bahawa tahap empati yang rendah adalah berhubungan dengan pencapaian akademik yang lemah. Apabila dua orang pelajar yang mempunyai kecerdasan intelek yang sama tetapi memperoleh kemahiran empati yang berbeza, didapati pelajar yang mempunyai sifat empati yang tinggi memperolehi gred yang lebih baik.

Page 144: Bookchapter fp20

Kajian Keremajaan

137

HUBUNGAN ANTARA DIMENSI KEMAHIRAN INTERPERSONAL DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR Pencapaian akademik yang rendah adalah berkaitan dengan masalah sosial dan emosi yang dialami oleh pelajar. Ini jelas dapat dilihat terutamanya dalam masalah kurang keupayaan menggunakan kemahiran sosial untuk mendapat sokongan guru (MacMullin, 1994)

Kajian oleh Sadowski (1998), mendapati bahawa terdapat korelasi antara kemahiran sosial dengan pencapaian akademik. Apabila seseorang pelajar mempunyai kemahiran sosial yang baik bermakna ia mempunyai asas yang baik dalam mencapai kejayaan pembelajaran di sekolah. Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial biasanya menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik daripada rakan sebayanya yang kekurangan kemahiran sosial (Grossman et al., 1997). Apabila seseorang pelajar sering mengadakan konflik interpersonal dalam kumpulannya, pencapaian pembelajarannya pasti rendah kerana konflik ini telah menghindarkannya daripada klik kumpulannya. Penghindaran ini merupakan satu daya penolakan yang menolak pelajar tersebut daripada interaksi dalam kumpulannya.

Individu yang dapat berinteraksi secara berkesan dalam masyarakatnya diterima oleh ahli-ahli masyarakat dan secara tidak langsung membina konsep kendiri yang positif dan juga meningkatkan pencapaiannya dalam pembelajaran. JENIS-JENIS DIMENSI KECERDASAN EMOSI YANG DIMILIKI OLEH REMAJA Kebanyakan pelajar hari ini mempunyai dimensi kecerdasan emosi motivasi diri yang tinggi dan diikuti pula oleh dimensi kecerdasan emosi pengawalan emosi. Seterusnya disusuli oleh dimensi empati, kemahiran interpersonal dan dimensi kesedaran diri. Boleh dikatakan bahawa dimensi motivasi diri adalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar.

Page 145: Bookchapter fp20

138 Personaliti Gaya Hidup Remaja

Ini disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Bernard (1965) dan Rauste-Von Wright (1986) yang menunjukkan bahawa motivasi diri adalah faktor utama dalam memperoleh pencapaian akademik yang baik. Motivasi adalah suatu unsur yang penting untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran pembelajaran, mendorong pelajar terus berminat dalam pelajaran, serta mewujudkan proses pembelajaran yang menyeronokkan. Faktor motivasi juga boleh menghindar pelajar daripada melakukan tingkah laku yang melanggar disiplin. Menurut Bernard (1965), motivasi adalah penggerak yang melibatkan proses membangkitkan, mengekal dan mengawal minat. Motivasi juga merupakan penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya atau hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam bidang pelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajar itu cenderung ke arah motivasi yang timbul dari dalam atau luar diri mereka. Ini amat penting supaya guru dapat memberikan rangsangan yang sewajarnya kepada pelajarnya supaya berusaha sehingga mencapai kejayaan dalam pembelajaran. Dimensi pengawalan emosi adalah merupakan satu elemen yang penting di dalam kecerdasan emosi. Menurut Dweck (1996), pelajar akan mengalami kekecewaan dan kegagalan untuk mencapai matlamat mereka. Kekuatan dan ketabahan mereka bergantung pada pengawalan mereka terhadap cara mereka berfikir dan jenis perasaan yang mereka miliki. Jika mereka berupaya mengawal emosi, mereka akan berjaya mencapai matlamat dan berjaya dalam bidang akademik. Ini akan mendorong para pelajar menghindari perbuatan atau tingkah laku yang melanggar disiplin.

Apabila para pelajar mempunyai tahap pengawalan emosi yang baik, tingkah laku mereka akan lebih terkawal. Menurut Yates (1986), pengawalan emosi merupakan pencipta atau penambah kepada tingkah laku, pemikiran dan perasaan yang positif. Pengawalan emosi dikesan memberi kebaikan di dalam

Page 146: Bookchapter fp20

Kajian Keremajaan

139

aspek di bawah: i. mengurangkan masalah yang dihadapi ii. mencegah berlakunya masalah dengan mengawal

tindakan yang buruk iii. mencapai matlamat yang diingini iv. mencegah kemerosotan sesuatu pencapaian.

Dimensi empati adalah satu dimensi kecerdasan emosi yang berupaya membuat seseorang pelajar menyedari tentang emosi dan keperluan orang lain. Dengan ini pelajar berupaya menunjukkan sifat prihatin mereka kepada rakan dan juga masyarakat di sekitarnya. Kajian oleh Rosenthal (1977), menunjukkan bahawa individu yang mempunyai dimensi kecerdasan emosi empati adalah lebih berjaya dalam kerja dan kehidupan sosial mereka. JENIS-JENIS TINGKAH LAKU KENAKALAN PELAJAR Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat beberapa tingkah laku kenakalan yang kerap dilakukan oleh para pelajar. Antaranya ialah tingkah laku tidak mementingkan masa dan bersikap gemar membuang masa. Mereka dikesan kerap dan gemar berkeliaran di kawasan sekolah daripada berada di dalam kelas. Ada ramai pelajar gemar membeli makanan di kantin di luar waktu rehat dan kebanyakan datang lewat ke sekolah. Tingkah laku sebegini telah menimbulkan kerisauan pihak sekolah.

Selain daripada itu, tingkah laku yang tidak mementingkan kekemasan diri juga menimbulkan masalah di sekolah. Mereka berfesyen rambut keterlaluan dan ada segelintir pelajar pula mewarnakan rambut mereka.

Seterusnya, pelajar hari ini, tidak kira pelajar lelaki atau pun perempuan suka memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah. Benda-benda hiasan ini termasuk rantai tali, gelang tangan dan cincin plastik yang berwarna-warni. Pelajar lelaki pula memakai anting-anting dan sengaja membesarkan lubang telinga. Pelajar bukan setakat tidak mementingkan soal

Page 147: Bookchapter fp20

140 Personaliti Gaya Hidup Remaja

kekemasan diri bahkan suka melanggar peraturan sekolah. Tindakan berkuku panjang merupakan antara tingkah laku kenakalan yang popular di kalangan pelajar. Pelajar kaum Cina dan pelajar perempuan di kesan suka menyimpan kuku panjang kerana terpengaruh dengan media massa yang kerap menyiarkan artis yang berkuku panjang iaitu orang signifikan yang mereka ikuti.

Selain daripada itu, tingkah laku kenalan ponteng kelas dan ponteng sekolah. Tingkah laku ponteng ini telah dikesan lama dahulu namun sehingga sekarang ia nya masih belum dapat dibanteras lagi. Kajian oleh Dobbson (1980), mendapati bahawa persekitaran sekolah yang bising dan peraturan yang terlalu ketat serta mengongkong pelajar menjadi punca pelajar ponteng sekolah.

Kajian oleh Lim Hong Guan dan Sarojini Menon (1982), telah mendapati antara sebab para pelajar ini ponteng ialah takut gagal di dalam peperiksaan, tidak tahu cara belajar yang berkesan, tidak boleh menumpukan perhatian serta suka menyalahkan sekolah, guru atau kokurikulum. Kesukaran dalam matematik merupakan masalah yang sangat mengganggu mereka. Kesedaran guru mengenai kecerdasan emosi dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan tingkah laku kenakalan pelajar di sekolah membolehkan guru memperbaiki mutu pengajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi. Para guru mesti peka bahawa terdapat dimensi kecerdasan emosi pelbagai yang dimiliki oleh pelajar. Satu pengetahuan tentang dimensi kecerdasan emosi dapat menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan dan seterusnya membanteraskan tingkah laku kenakalan pelajar di sekolah. Selain itu, dimensi kecerdasan emosi pelajar juga perlu dikesan agar mereka boleh mengesan bidang-bidang yang sesuai diceburi. Melalui kajian ini, pelbagai jenis dimensi kecerdasan emosi yang dimiliki oleh pelajar perlu diketahui supaya mereka diberikan pendedahan mata pelajaran yang menjadi kekuatan mereka. Oleh yang demikian, pihak sekolah, jabatan pendidikan dan

Page 148: Bookchapter fp20

Kajian Keremajaan

141

kementerian boleh berganding bahu supaya merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dan bidang kurikulum yang dapat memanfaatkan golongan pelajar ini. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

i. Para guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi kecerdasan emosi pelajar. Oleh sebab kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh dipupuk dan dikembangkan, guru perlu ada pengetahuan tentang kecerdasan emosi agar dapat membantu meningkatkan kecerdasan emosi pelajarnya.

ii. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang strategi mengendali masalah emosi, cara bekerjasama dengan orang lain, membantu pelajar mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya. Apabila pelajar berupaya mengawal emosi mereka akan dapat memberikan penumpuan terhadap proses pembelajarannya.

iii. Pendidik hendaklah mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan seperti mengadakan perbincangan kumpulan supaya pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar mengetahui perasaan rakan dan mendapat maklum balas terhadap tindakan yang diambil iaitu perasaan empati. Pelajar yang mempunyai empati lebih mudah memenuhi permintaan dan kehendak pendidik serta memberi tindak balas dengan segera.

iv. Menurut Cahill (1994), emosi dapat memberi rangsangan kepada pemikiran otak dan mengaktifkannya. Ini akan membantu pelajar dalam proses mengingat. Oleh itu pelajar boleh

Page 149: Bookchapter fp20

142 Personaliti Gaya Hidup Remaja

memanipulasi perasaan emosinya agar dapat membantu dalam usaha mengingat isi pelajaran yang disampai guru.

v. Ibu bapa adalah berperanan penting dalam menentukan proses perkembangan emosi pelajar menjadi sempurna. Kesedaran ibu bapa terhadap kecerdasan emosi anak-anak mereka akan dapat membantu meningkatkan tahap kecerdasan yang dimiliki.

KESIMPULAN Ibu bapa perlu belajar bahawa semua jenis perasaan itu adalah normal tetapi ada tindakbalas yang boleh diterima dan ada yang tidak boleh diterima. Kelebihan anak-anak yang mempunyai EQ yang tinggi ialah kelebihan dari segi sosial dan kognitif. Kanak-kanak yang mempunyai EQ yang tinggi kurang mempunyai masalah tingkah laku seperti agresif. Apabila seseorang gagal memperoleh kemahiran EQ sewaktu zaman kanak-kanak dan awal remaja, ia akan menghadapi pelbagai risiko seperti kemuraman, keganasan, "eating disorder", jenayah dan penyalahgunaan dadah. Dari segi kognitif, sekiranya kanak-kanak mempunyai EQ yang tinggi dia boleh memberikan. RUJUKAN Abd. Rahman Ahmad, 1992, Bimbingan Dan Kaunseling Dari

Perspektif Islam, Serdang, Human Resource Enterprise. Amir Awang, 1987, Teori Dan Amalan Psikoterapi (Edisi Awal),

Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia Habibah Elias Dan Noran Fauziah Yaakub “Psikologi Personaliti”

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kamus Bahasa Melayu, Fajar Bakti Oleh Arbak Othman (1996) Mohd Najib Ghafar (1997). “Asas Penyelidikan Sains Sosial”

Page 150: Bookchapter fp20

Kajian Keremajaan

143

Skudai Universiti Teknologi Malaysia. Zakiah Daradjat, 1970 Peranan Agama Dalam Kesihatan Mental,

Jakarta, Penerbit P.T Gunung Agung.

Page 151: Bookchapter fp20

INDEKS

Allport 2, 10, 11 Anting-anting 141 Authoritarian 73,76, 92, 93 Autonomi 74,79,126 Autoritatif 76,91,92 Bandura 33, 24,105, 113 Berakhlak 95, 96 Buli 103, 104, 105, 119

Dadah 87. 88, 98 Delinkuen 126, 128, 129 Demokratik 94, 95, 96 Devian 83, 100, 113 Emosi 133, 134, 135 Empati 141, 143

Gaya hidup 9, 10, 15 Guru 102

Intelek 47, 48, 78 Interpersonal 134, 138, 139

Kasar 87 Kecerdasan emosi 133,135,136, 139, 140 Keluarga 102 Kenakalan 134,135, 141 Kognisi 113 Kognitif 113, 121, 133 Konflik 5, 6, 17,40,41,46 Kotor 87 Kreativiti 8, 34, 35, 47,49, 50 Kurikulum 134,135, 142 Lucah 87 Masyarakat 120, 121, 123, 125 Media elektronik 102 Memuja syaitan 87 Menghukum 33,100, 144 Motivasi 9,10, 12, 44,139, 140

Page 152: Bookchapter fp20

Indeks

145

Nafsu 18,87 85, 95, 96 Paten 122, 129 Pembelajaran 113 Pendapatan keluarga 102 Pengabaian 93,99 Permisif 16, 17, 26, 42, 72, 93 Personaliti 1, 2, 3 Pesona 2 Ponteng 85, 86, 102,142 Rakan sebaya 102 Remaja 1, 2, 3

Seks bebas 87 Sikap pelajar 102 Sosiolinguistik 79 Suasana sekolah 102 Tidak senonoh 87 Tingkah laku 113 Trait 12, 22, 25,46, 47, 49 Ujian Roschach 128