bmm3110

9
Pada umumnya ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam kelompok tertentu. Kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap mempunyai makna dan mengandungi sekurang- kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Ayat pula terdiri daripada empat unsur iaitu: ayat, klausa, frasa dan perkataan. Ayat ialah unit tatabahasa yang terbesar yang mempunyai subjek dan predikat. Klausa ialah ayat dalam ayat,ia juga mempunyai subjek dan predikat. Frasa ialah unsur yang wujud dalam ayat atau klausa.Perkataan pula ialah unsur dalam frasa binaan setiap unsur tersebut. Dalam sintaksis, dua bahagian yang paling penting ialah subjek dan predikat. Apabila kita membina sebuah ayat dalam bahasa melayu, Kita membentuk dua kelompok perkataan. Kelompok pertama menyatakan sesuatu hal dan Kelompok kedua menceritakan tentang hal itu. Hal bahagian yang menjadi hal dipanggil subjek manakala bahagian yang menjadi perihal dipanggil predikat. Contohnya: Amin sedang membaca buku. Di sini frasa subjek adalah Amin manakala frasa predikat ialah sedang membaca buku. Definisi subjek ialah perkara yang diceritakan. Ia terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Unsur-unsur bahasa yang menjadi subjek terdiri daripada; Frasa nama contohnya Kereta itu sunguh laju Kata ganti nama contohnya Mereka menunggu lagi kepulangan Famie Frasa kerja yang berkuasa nama contohnya Bersedekah itu besar pahalanya

Upload: md-yazid

Post on 15-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pada umumnya ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam kelompok tertentu. Kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap mempunyai makna dan mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Ayat pula terdiri daripada empat unsur iaitu: ayat, klausa, frasa dan perkataan. Ayat ialah unit tatabahasa yang terbesar yang mempunyai subjek dan predikat. Klausa ialah ayat dalam ayat,ia juga mempunyai subjek dan predikat. Frasa ialah unsur yang wujud dalam ayat atau klausa.Perkataan pula ialah unsur dalam frasa binaan setiap unsur tersebut.

Dalam sintaksis, dua bahagian yang paling penting ialah subjek dan predikat. Apabila kita membina sebuah ayat dalam bahasa melayu, Kita membentuk dua kelompok perkataan. Kelompok pertama menyatakan sesuatu hal dan Kelompok kedua menceritakan tentang hal itu. Hal bahagian yang menjadi hal dipanggil subjek manakala bahagian yang menjadi perihal dipanggil predikat. Contohnya: Amin sedang membaca buku.Di sini frasa subjek adalah Amin manakala frasa predikat ialah sedang membaca buku. Definisi subjek ialah perkara yang diceritakan. Ia terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Unsur-unsur bahasa yang menjadi subjek terdiri daripada; Frasa nama contohnya Kereta itu sunguh laju Kata ganti nama contohnya Mereka menunggu lagi kepulangan Famie Frasa kerja yang berkuasa nama contohnya Bersedekah itu besar pahalanya Frasa Adjektif yang berkuasa nama contohnya Harumnya memikat hati.

Bagi definisi predikat, ia adalah bahagian ayat yang menceritakan perkara mengenai orang, benda, tempat atau perkara yang dinyatakan dalam subjek. Predikat terbina daripada empat jenis frasa iaitu:- Frasa Nama = frasa yang mempunyai kata nama Frasa Kerja = frasa yang mempunyai kata kerja sebagai inti frasa Frasa Adjektif = frasa yang mempunyai satu kata adjektif atau kata bantu Frasa Sendi = Boleh berfungsi jika kata kerja yang menjadi inti predikat digugurkan

Pola Ayat dasar Bahasa Melayu

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:

PolaJenis PolaSubjekPredikat

1.FN + FNEncik Abupemborong kain.

2.FN + FKDiamembaca buku.

3.FN + FAAmirulsangat segak.

4.FN + FSSekolah sayadi Sibu.

Frasa Nama Dan Frasa Nama ( FN + FN )Ayat

Frasa nama (FN) ialah binaan yang,dari sudut nahu,boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam pola ayat FN + FN, frasa nama berfungsi sebagai subjek dan Predikat. Contohnya dalam jadual dibawah:

Subjek Frasa NamaPredikat Frasa Nama

Awang Juhariseorang petani

Bandar Sandakan bandar alam semulajadi

Mereka berada di Kuala Lumpur

Harumnya bunga itu

Dalam frasa nama, kata nama menjadi inti frasa nama dan wajib hadir dalam binaan frasa nama. Inti boleh terdiri daripada satu atau dua kata nama. Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu manakala jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya. Dalam pembinaan frasa nama, Peraturan D M (Hukum D-M) digunakan untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen frasa nama. D bermaksud diterangkan dan M ialah menerangkan . Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan inti yang hadir pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur yang hadir kedua.

Frasa Nama dan Frasa Kerja (FN + FK)

Pola ayat bagi FN + FK ialah sesuatu ayat yang terdiri Frasa nama sebagai subjek dan frasa kerja sebagai predikat. Frasa kerja ialah binaan kata intinya kata kerja yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih. Terdapat lima jenis frasa kerja dalam pola ayat FN + FK ini, iaitu :-

a) Frasa nama + Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkapContohnya Kanak-kanak itu menangisSubjek ; Kanak-kanak itu (FN) Predikat : menangis (FK)

b) Frasa nama + Frasa kerja tak transitif berpelengkapContohnya : Ekonomi negara kita bertambah kukuhSubjek : Ekonomi negara kita (FN) Predikat : bertambah kukuh (FK)

c) Frasa nama + Frasa kerja transitif satu objekContohnya : Nur Hidaya hanya membeli buah-buahan.Subjek : Nur Hidaya (FN) Predikat : membeli buah-buahan (FK)

d) Frasa nama + Frasa kerja transitif dua objekContohnya : Nuriz membawakan ibunya sepinggan kuih.Subjek : Nuriz (FN) Predikat : membawakan ibunya sepinggan kuih (FK)

e) Frasa nama + Frasa kerja dengan keteranganContohnya ; Sungai Paitan mengalir dengan tenangnyaSubjek : Sungai Paitan Predikat : mengalir dengan tenangnya

Frasa kerja merupakan satu binaan yang kompleks. Dimana unsur-unsur kata kerja transitif dan tak transitif boleh bercampur dengan satu atau lebih objek, ada yang berpelengkap dan tidak serta mengandungi unsur kata bantu dan keterangan.

Frasa Nama dan Frasa Adjektif ( FN + FA )

FN + FA adalah sejenis pola ayat yang terdapat dalam sintaksis. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat.

Contoh frasa adjektif sebagai predikat Adiknya sangat pandaiSubjek : adiknya (FN) Predikat ; sangat pandai (FA) Kandang kambing ini burukSubjek : kandang kambing ini ( FN) Predikat ; buruk ( FA )

Contoh frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat Duta besar itu paling lama di Malaysia Subjek : Duta besar itu (FN) Predikat : paling lama di Malaysia ( FA ) Seorang laksamana terlalu gagah berani Subjek : seorang laksamana ( FN) Predikat : terlalu gagah berani ( FA ) Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat sama ada di hadapan, belakang dan bebas (terletak dimana sahaja). Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat, misalnya masih, amat

Terdapat dua jenis frasa adjektif iaitu :- Frasa adjektif dengan satu kata adjektif sebagai predikat Frasa adjektif dengan kata bantu dan kata penguat sebagai predikat Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )

Pola FN + FS ialah frasa nama dan frasa sendi nama. Definisi frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.

Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa melayu termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk dan sebagainya. Frasa sendi nama didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama boleh berfungsi sebagai predikat ayat apabila kata kerja yang menjadi inti predikat ini digugurkan, dikurungkan. Contohnya:-

Bapa saya ( ada ) di rumahSubjek ; bapa saya (FN) Predikat : di rumah ( FS )

Tembikar ini ( dibuat ) daripada tanah liat Subjek : tembikar ini ( FN ) Predikat ; daripada tanah liat ( FS )

Tabung simpanan itu ( adalah ) untuk masjid Subjek ; tabung simpanan itu ( FN ) Predikat : untuk masjid ( FS )

Sebenarnya, pola ini mengandungi frasa predikat yang janggal. Ini menunjukkan ada kata kerja yang digugurkan. Semua ayat dalam pola ini dapat diperlengkap dengan memasukan kembali kata kerja yang digugurkan itu tanpa kecuali.Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:-

i- Kata Sendi Nama + Frasa Namaii- Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Namaiii- Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keteranganiv- Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

BibliografiBukuAbdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman, 2006. Sintaksis, Kuala Lumpur.

Nik safiah karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 2009. Tatabahasa Dewan edisi ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman WebMinggu 12 - Sintaksis, di akses pada 20 / 11 / 2011 jam 10.23 pagi http://www.ppl.upm.edu.myJenis-jenis ayat, di akses pada 23 / 11 / 2011 jam 11.30 pagi http://www.tutor.com.my/stpmModul TB-6, Jenis-jenis ayat diakses pada 23 / 11 / 2011 jam 9.15 pagi http://cikgurazak.blogspot.com/2010/05/modulSintaksis, Diakses pada 20 /11/ 2011 jam 11.45 pagi, http://www.tutor.com.my/stpm/