bmm3104

67
BMM3104 Ringkasan Modul KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR BERTUTUR: A)Kemahiran Bertutur: merupakan proses komunikasi yang kompleks yang mana penutur dapat menghasilkan bunyi bahasa yang bermakna dengan menggunakan unsur-unsur prosodi dan para linguistik dengan sempurna. Ia juga melibatkan proses mental; memahami,menakul,memadan,menyesuai dan memberi gerakbalas tertentu. B)Aspek Pertuturan: termasuklah:- Sebutan Tekanan Mora Jeda Intonasi Nada Tatabahasa Kelancaran kefasihan Laras bahasa C)Objektif Kemahiran Bertutur:- murid-murid dapat; o Menyebut dengan jelas o Menyampaikan idea o Melaporkan peristiwa o Memberi penerangan dan alasan o Bertemu ramah o Bertutur secara bertatasusila o Bertukar-tukar pendapat D) Aktiviti Kemahiran Bertutur:- Menjawab soalan Membina soalan Memberi arahan Bercerita Simulasi Drama Taklimat. MENDENGAR A) Kemahiran mendengar; merupakan satu proses minda dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. B) Peringkat Proses Mendengar:- Mendengar deretan bunyi bahasa Memahami bunyi Menilai bunyi

Upload: strawbery-rainy

Post on 05-Jul-2015

6.274 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMM3104

BMM3104Ringkasan ModulKEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURBERTUTUR:A)Kemahiran Bertutur: merupakan proses komunikasi yang kompleks yang mana penutur dapat menghasilkan bunyi bahasa yang bermakna dengan menggunakan unsur-unsur prosodi dan para linguistik dengan sempurna. Ia juga melibatkan proses mental; memahami,menakul,memadan,menyesuai dan memberi gerakbalas tertentu.B)Aspek Pertuturan: termasuklah:-• Sebutan• Tekanan• Mora • Jeda• Intonasi• Nada• Tatabahasa• Kelancaran kefasihan• Laras bahasa

C)Objektif Kemahiran Bertutur:- murid-murid dapat;o Menyebut dengan jelaso Menyampaikan ideao Melaporkan peristiwao Memberi penerangan dan alasano Bertemu ramaho Bertutur secara bertatasusilao Bertukar-tukar pendapat

D) Aktiviti Kemahiran Bertutur:- Menjawab soalan Membina soalan Memberi arahan Bercerita Simulasi Drama Taklimat.

Page 2: BMM3104

MENDENGARA) Kemahiran mendengar; merupakan satu proses minda dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.B) Peringkat Proses Mendengar:-Mendengar deretan bunyi bahasaMemahami bunyiMenilai bunyiBertindak balasC) Objektif Kem. Mendengar-: Memperoleh idea Mencari isi Melakukan arahan Mengecam isi Mentafsir maknaD) Bentuk Kemahiran Mendengar• Secara pasif• Secara aktif• Secara bertelau-telau• Secara menebuk-nebuk• Secara beremosi• Secara berhati-hatiE) Prinsip-prinsip Mendengar Melalui latihan Melalui pengalaman Dapat menyatukan idea dengan cara berkesan Dipengaruhi oleh aspek fizikal,neorologi dan psikologi Mendengar untuk apresiasi

KEMAHIRAN LISAN-BAB 2Peringkat Penguasaan Kemahiran LisanA) Peringkat Penerimaan-dengar, faham tanpa tindak balasB) Peringkat Tindakbalas=dengar, faham dan bertidakbalasPERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTURi) Peringkat Awal-pengucapan bertatasusila,mengajuk,menyoal,membuat teguran,memberi arahanii) Peringkat Pertengahan-membuat deskripsi,cerita,bersoaljawab,memembaca iklan,komen mudah.iii) Peringkat Maju-bercerita,perbincangan,ceramah,mendeklamasi puisi, drama dan perbahasanUNSUR2 DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN LISAN

Page 3: BMM3104

1. Kecerdasan2. Kesihatan3. Fizikal4. Persekitaran5. Jantina –pertumbuhan berbeza6. Dwi bahasa-kanak-kanak dwi bahasa sering tergangguPRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR1. Perlu diajar bersama-sama dengan kemahiran bertutur,membaca dan menulis2. Perlu dirancang menjurus kepada satu aktiviti3. Disampaikan dalam pelbagai aktiviti4. Diajar berperingkat-peringkat-mudah ke sukar, konkrit ke abstrak5. Diajar secara tak langsung6. Murid perlu diberi peluang7. MotivasiSoalan spot:Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.

BMM3104 –KEM. MENDENGAR DAN BERTUTUR (Bab 3A) Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur1. Pendekatan Situasi |- Berlandaskan teori behaviouris dan struktural Murid perlu menguasai kemahiran asas ; membuat tanggapan, membunyikan perkataan dan aspek struktur bahasa1.1 Prinsip Pendekatan Situasi• Guru perlu memberi peneguhan• Perlu memandu menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul• Dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat• Kem. Bertutur mesti diajar di peringkat awal pengajaran• Perlu ada latih tubi

2. Pendekatan Komunikatif Murid boleh menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan komunikasi dalam sesuatu interaksi bahasa.

2.1 Prinsip Pendekatan Komunikatif• Murid menguasai kecekapan berbahasa dan tahu menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa sebenar• Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka• Murid dan guru perlu ada hubungan positif

Page 4: BMM3104

• Apa yang dibincangkan mesti di bawah pengetahuan dan pengalaman murid• Perlu menggunakan situasi formal dan tidak formal

B) Kaedah Pengajaran Kem. Bertutur1. Keedah Terus – murid belajar bertutur dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan yang dilihat dan didengarnya. Akhirnya mereka dapat membentuk kelaziman dalam berbahasa. Ciri-ciri Kaedah Terus; Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa Jika murid tidak faham, guru perlu menggunakan ABM Aspek tatabahasa- diajar melalui tunjuk cara Murid perlu membuat kesimpulan

Langkah Pengajaran Mengguna Kaedah Terusi) Memperdengarkan perbualanii) Murid dilatih berbualiii) Diadakan latih tubi agar murid dapat menguasai sebutan dan intonasi

2. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya.3. Kaedah Audio-Lingua : Menggunakan pelbagai alat rakaman Kanak-kanak perlu meniru dan menghafaz4. Kaedah Komunikatif Kanak-kanak menguasai bahasa melalui proses kognitif Mementingkan penguasaan kecekapan bahasa

Teknik Pengajaran Kem. Bertutur:> latih tubi> soal jawab> bercerita> main peranan> simulasi

BMM3104 – KEMAHIRAN MEMBACA (BAB 6)

A) JENIS BACAAN: Bacaan Mekanis- mementingkan bunyi, intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bacaan Mentalis – untuk memahami apa yang dibaca.

Page 5: BMM3104

Bacaan Intensif- lebih mendalam;mementingkan kefahaman bagi tujuan meneliti dan mentafsir Bacaan Ekstensif – makin meluas;di laksanakan di luar bilik darjah

B) PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

• Peringkat Kesediaan Membaca-bacaan awal dan asas kanak-kanak. Dipengaruhi oleh faktor fizikal, emosi, pengalaman, persekitaran, kecerdasan dan perkembangan kognitif.• Prabacaan-kesediaan membaca;ketajaman pengamatan mata dan telinga, koordinasi psikomotor dan mental.• Bacaan – kemahiran mengenal abjad hingga dapat membaca ayat.• Bacaan Mekanis-dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.• Bacaan dan Kefahaman – membaca untuk memahami apa yang dibaca dan dapat membuat tafsiran yang betul dan tepat.

C) TEKNIK BACAAN

• Bacaan Intensif-bacaan mentelaah isi dan juga bahasa Konsep Bacaan Intensif;i) meluaskan lagi perkembangan muridii) menjelaskan lagi struktur yang sukar dan perkembangan perbendaharaan kataiii) mengkaji ciri-ciri tatabahasaiv) mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan

Tujuan Bacaan Intensif-Membolehkan kanak-kanak;i) Membaca dengan baikii) Dapat mentafsiriii) Kepantasan membacaiv) Menilai dan mengulas isiv) Mengesan, menilai, memahami dan menikmati unsur-unsur estetikavi) Mengenal pasti laras bahasavii) Membuat rumusan

ª Bacaan Ekstensif- bacaan yang lebih meluas. Tujuannya memahami lebih banyak isi. Cara bacaannya:o Cara tinjauan-meninjau tentang bab, sinopsis, Isi kandungan dsb.o Cara sekilas- utk mendapat maklumat secara umum/hal-hal tertentu

Page 6: BMM3104

sahaja/mdpt bahan perpustakaano Cara dangkal-utk mendapat kefahaman secara luaran. Konsep Bacaan Ekstensif;o Di luar kelaso Pelajar seronoko Tanpa bimbingan guruo Bahan bacaan meluas Tujuan;o Melatih murid berdikario Dapat membaca dengan fasiho Dapat pengetahuan meluas dano Berhiburo Menambah minato Kaya perbendaharaan

Bacaan Skimming-membaca cepat bagi tujuan mengutip maklumat secara sepintas lalu.

Bacaan Scanning-bacaan secara cepat bagi tujuan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan. Pembaca tidak perlu menghabiskan apa yang dibaca. Cuma mencari maklumat yang dikehendaki sahaja

http://mofa1190.blogspot.com/2010/05/ringkasan-modul-bmm3104.html

Page 7: BMM3104

Definisi KonsepKemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orangbertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapatdalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimanaproses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yaknimemberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponankemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini,kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej ataumaklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkanpenghasilan maklumat.Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalamkehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami danmemperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorangpenutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat danberkesan dalam interaksi tersebut.Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan PelajaranDalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskanpengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupansehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuaidalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru,ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa

Page 8: BMM3104

MelayuSekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahirankecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lainmenguasai kemahiran:(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasamelibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yangdiperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyiberkenaan.4(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lainmencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secaraberurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah – untukdiri sendiri dan orang lain;(c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapanbertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;(d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuanmemperoleh maklumat tertentu;(e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti –ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;(f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan samaada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;(g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dansyarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri,nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;(h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkankeupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikutnada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secarahafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan(i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea denganmenggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan

Page 9: BMM3104

nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.Kemahiran BertuturKemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur,seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi(intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat danpergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untukmengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan prosesmental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentumengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaanmendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasadengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengardan membaca secara berkesan.5Konsep Pertuturan(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengardan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasanotaknya;(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahapsosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepadaaspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.Aspek-Aspek Pertuturan(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikansetiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid

Page 10: BMM3104

diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepatmengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanyamelibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan danmakna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan/sǝmak/ dan seumpamanya;(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut danmemberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentubagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalambahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasaMelayu;(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkanelemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jedadigunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur inidigunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jedabermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan,‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskantembakkan!6(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun ataumenaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatarberbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyaiintonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujungayat.(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketikasesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re,Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikiandalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina,

Page 11: BMM3104

kewujudannya lebih jelas.(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dantatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksisdan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkanberbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperolehkebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspektatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertuturdengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhidan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalanganmurid-murid.(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur denganbaik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebutperkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran muridmuridmenggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmuberlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasisecara berkesan.Objektif Kemahiran BertuturKemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:(a) menyebut dengan jelas;(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ;7(d) memberi penerangan dan al asan;(e) menunjuk arah;(f) membina soalan untuk mencari maklumat;(g) bertemu ramah;(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;(i) bertutur secara bertatasusila; dan(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.Proses dan Bentukya:Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;

Page 12: BMM3104

(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;(c) Membina soalan berdasarkan bahan;(d) Memberi arahan kepada rakan;(e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;(f) Berbual melalui telefon;(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawabsoalan yang diajukan;(i) Permainan komunikatif;(j) Mengadakan perbahasan;(k) Perbincangan forum;(l) Memberi taklimat dan ceramah;(m) Main peranan;(n) Simulasi;(o) Teater bercerita; dan(p) DramaKemahiran MendengarMengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apamasalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius?Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perludikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awaltertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanakkanakini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepadaberbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasaberkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari,8mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orangyang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkanperkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatandan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaranmerupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak

Page 13: BMM3104

ini. Inibermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baikmengikut standard tertentu.Mengapa kemahiran mendengar perlu?Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memprosesmaklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untukmenerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog,mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupanharian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan,perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem),memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataanperasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).Proses MendengarUmumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaanmesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlakumelalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspekpendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlakusecara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar:(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.9Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadapgabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akanmenghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan

Page 14: BMM3104

pengetahuan danpengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlakusecara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan.Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akandigunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannyakepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yangbaik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru,anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak bolehditerima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan prosesmendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatugerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.Objektif mengajar kemahiran mendengarMelalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:(a) memperoleh idea;(b) mencari isi-isi penting;(c) melakukan arahan/ tindak balas;(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orangterkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalamkemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengardengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh

Page 15: BMM3104

pulamemahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.10Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasidalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar,bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelumkemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini,aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain prosesmendengar:(a) secara pasif;(b) secara bertelau-telau;(c) tanpa tindak balas;(d) secara menebuk-nebuk;(e) dengan beremosi;(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan(g) secara kritikal.Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dandingati;(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secaraberperingkat-peringkat;(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbandingdaripada kecerdasan otaknya;(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaranseseorang;(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;

Page 16: BMM3104

(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspekkesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secarakritis terhadap bentuk dan isi.11Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkanmurid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyibahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasatersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian denganmesej yang diterima itu.Latihan1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasalisan?2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal12Tajuk 2Kemahiran Mendengar dan Bertutur· Peringkat Penguasaan· Unsur dan Faktor Keberkesanan· Prinsip PengajaranSinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengardan Bertutur:· Peringkat Penguasaan· Unsur dan Faktor Keberkesanan· Prinsip PengajaranAspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membacadan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perludiajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasaikemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran

Page 17: BMM3104

berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlumenyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiranberbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedariterdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah.Hasil Pembelajaran1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknikpengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.13Kerangka KonsepModul untuk membangunkan strategi pengajaran efektifPeringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahamanmendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukanmereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkanhendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan modeldalam kalangan murid-murid berkenaan.(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secarapertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa danayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.Peringkat –Peringkat Kemahiran BertuturUntuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapatmengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikutsituasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskanbetapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakniperingkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam

Page 18: BMM3104

bilik darjahsehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengandemikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikutperingkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.MenetapkanMatlamatMenulisObjektifMembentukujianMembentukaktivitipengajaranMemilih MediaPengajaranMelaksanakanPengajaranMenelitiSemula TeksMenganalisisCiri-CiriPelajarMenyemak Pengajaran14Peringkat awal(a) Melafazkan pengucapan bert atasusila;(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;(g) Memberi arahan;(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.Peringkat pertengahan(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi

Page 19: BMM3104

seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;(i) Memberi komen secara mudah; dan(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.Peringkat maju(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, prosesdan sebagainya;(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar danlain-lain;(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;(j) Mendeklamsi puisi;15(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secaraberperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhitahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisanTerdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran danpembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,(a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukankeupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memprosesmaklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;(b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahapdan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atausakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa,bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;

Page 20: BMM3104

(c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yangberhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi:lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyibunyibahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan.Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggotabadan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikiankerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;(d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluargaibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasipetempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomiakan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benakfikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayanmempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup danmembesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;(e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanakberbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanakperempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan16perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturandalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbandingkanak-kanak lelaki; dan(f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauhlebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam prosespertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripadabahasa ibundanya.Prinsip pengajaran kemahiran mendengar(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur,membaca dan menulis;(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamikdan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkankemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus

Page 21: BMM3104

kepadasesuatu aktiviti tertentu;(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dandisampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkandiri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknyamemberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-muridboleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melaluiaksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekatkepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkaraperkarayang lebih sukar dan seumpamanya.(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehinggabegitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan prosesberkenaan;(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderunganmendengar dalam kalangan kanak-kanak;(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatihkemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru ataumelalui daya insiatif murid sendiri.17Tajuk 3Kemahiran Mendengar dan Bertutur· Kaedah· Teknik PengajaranSinopsisTajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiranmendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umumdihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif,yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan

Page 22: BMM3104

bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknikpengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiranmendengar dan bertutur dalam bilik darjah.Hasil PembelajaranMenghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran danpembelajaran.Kerangka KonsepModul untuk membangunkan strategi pengajaran efektifPendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran BertuturPemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat pentingdalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukanMenetapkanMatlamatMenulisObjektifMembentukujianMembentukaktivitipengajaranMemilih MediaPengajaranMelaksanakanPengajaranMenelitiSemula TeksMenganalisisCiri-CiriPelajarMenyemak Pengajaran18kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, adabaiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengardan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran

Page 23: BMM3104

kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutandan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiranyang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuaimengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utamapengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur.Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajarkemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antarastrategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerapkali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.Pendekatan Pengajaran Kemahiran BertuturModul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasidan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitandengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar)dalam bilik darjah(a) Pendekatan SituasiPendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan olehMackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semuaunsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalampola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan katakatadan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga maknamaknayang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teoristruktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untukmembolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulubeberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasaikemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga

Page 24: BMM3104

aspekstruktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan danpenguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengandemikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betulsupaya gerak balas itu diulangi lagi;19(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yangdigunakan oleh masyarakat;(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapatmemandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka sertadapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untukmendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur inidiajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan,keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akanterganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutanbahasa yang salah;(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-muriddalam latihan bertutur;(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-muridmempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkansebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlumemandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alatpertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru merekapelajari itu;(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama merekaakan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlumelatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan

Page 25: BMM3104

yangbetul.Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuankemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupanseharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perludihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasauntuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perluberdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalamkehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran,misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapanbahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkankemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjahuntuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalanganmasyarakat.20(b) Pendekatan KomunikatifPendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalampendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahajameliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyidan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untukmenggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksibahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertuturmerangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalamkemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu

Page 26: BMM3104

interaksi ataukomunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputikecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatifmencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:(a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa danmenggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengandemikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;(b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru,komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam prosespengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;(c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungandengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidakformal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasiyang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan yang begini dapatmelatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentukparalinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebihberkesan;(d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan muriddengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang bolehmendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan(e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyaipengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengandemikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itumelalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahanrakaman menjadi semakin perlu.21Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa

Page 27: BMM3104

dalampertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapatmenyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialogatau karangan lisan sebagaimana berikut.Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?Kakitangan pos : “Pak cik”?Wanita : (terdiam)Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik?Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsubaru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin punbelum.Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajarankemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajarankemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsurbunyibunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakansesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-muridtidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasayang tepat dan berkesan.Kaedah Pengajaran Kemahiran BertuturTelah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melaluidua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsurbunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatifmengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikutkonteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaranyang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatankomunikatif.Kaedah Terus

Page 28: BMM3104

Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan caramendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalamperbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda22mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yangmereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antaralain:(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan kontekspenggunaan bahasa tersebut;(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akanmenghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran,lakonan, gerak laku dan lain-lain;(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajarisecara induktif, dan(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan danintonasi yang betul.Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkanseperti berikut:(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yangmengandungi ayat-ayat yang sempurna.(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasaisebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat padapola-pola ayat dalam perbulan tersebut.Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k . Mereka

Page 29: BMM3104

juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapatmempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaranyang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupunbahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuaidigunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.23Kaedah Fonetik atau Kaedah LinguistikKaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasadalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupunmenghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itudikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalamkonteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilihdan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketikamemilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyidaripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:coffee - kopischool - sekolahradio - radiobicycle - basikalbiscuit - biskutManakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.Subjek Kata kerja ObjekSayaIpergigo

Page 30: BMM3104

ke sekolah.to school.DiaHeminumdrinkssusu.milk.Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran denganmenggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.24Kaedah Audio-LingualKaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan muridmenjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaranini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:(a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuanbahasa;(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan(e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain.Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini jugaberanggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentukkelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaanbahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambilcontoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian,

Page 31: BMM3104

unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secaraintensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaandengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahamikebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untukmemastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkahpengajarannya seperti berikut:(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumusataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah inijuga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz.Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yangsebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yangdihafaz.25Kaedah KomunikatifPembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi.Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasadan komunikatif.(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah merekadapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalampengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yangbermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang

Page 32: BMM3104

saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan strukturbahasa yang diajar.(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana danbukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan,ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa danpenggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajarankemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amalunsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaanunsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasajuga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasamereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif inibertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), danmenguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam kontekspenggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.Teknik Pengajaran Kemahiran BertuturKaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau carauntuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang gurumemilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandunganpelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih26dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dankaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkanbeberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran

Page 33: BMM3104

bahasa yangdipercayainya paling berkesan.Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakanoleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialahteknik:(a) Latih tubi; (b) Bercerita;(c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara(e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat(g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran(i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita(k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi(m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk caraBerdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas,dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukanmengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagisetiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yangsesuai bagi setiap teknik berkenaan.Aktiviti Pengajaran Kemahiran BertuturTeknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran.Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prosemengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanyamembincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilikdarjah.27Latih Tubi SebutanLatih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutandan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz olehmurid.Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalamperkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang bolehmenghasilkan makna yang berbeza.Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut

Page 34: BMM3104

sesuatu bunyi itudengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadimasalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyeb ut fonem /p/- Pandang pandan tepi pagar depan padang.- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.Bola.Ali menendang bola.Ali menendang bola di padang.daki - laki tari - lari malu - baluMurid-murid, ikutcikgu sebut.Bola. Ali menendangbola. Ali ….28NyanyianSeni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktivitinyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyimemerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.Selamat datang.Sila masuk ke dalam.Mari kita duduk.Apa khabar sekarang.Sudilah minum.Janganlah segan-segan.Minum air kopi.Makan kuih di pinggan.Latihan Pandang dan SebutGambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkanpertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakangambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasanbergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.i. Pak Abu seorang petani.ii. Dia bekerja di sawah.iii. Dia menggunakan kerbauuntuk membajak tanah.

Page 35: BMM3104

29Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajarankemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalamkalangan murid muurid Tahun 4.Karangan LisanKarangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkanbahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada muriduntuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menuliskarangan bebas.Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibacaataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendakimenjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, muridmuriddikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataanmereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebihpenting daripada menghasilkan karangan bertulis.Memproses MaklumatAktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-muridmempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan30untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuanmenyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.Contoh:Interaksi SosialAktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasitertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi danlakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yanglebih mencabar.Contoh: Lakonan Terkawal

Page 36: BMM3104

Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambuttetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak.Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam disitu. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal denganpekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilikSenarai barang yang diberi olehguru.· Khemah· Lampu picit· Makanan kering· Makanan basah· Alat memasak· Pakaian· Baldi· Alat menjahit· Pisau· Kapak· Bantal· Selimut· Air· Susu tin· Cangkul· Surat khabar· Radio· Mancis apiMurid diminta berimaginasi bahawa merekaakan pergi berkhemah di bukit selama tigahari. Tiap-tiap seorang hanya bolehmembawa barangan seberat tidak melebihi20 kilogram. Kumpulan mesti mengambilkeputusan apa yang paling perlu merekabawa dari senarai yang diberi oleh guru.Mereka juga dikehendaki memberi alasanmengapa mereka membuat keputusanbegitu.31untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorangialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Dibelakang hotel ada tempat letak kereta. Hotel anda juga menyediakansarapan pagi bagi pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001)

Page 37: BMM3104

Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:(a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;(b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku(c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yangterdapat dalam gambar ini.RumusanPerhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaranbahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran danpembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahania kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik danlengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yangbermutu serta pembelajaran yang berkesan.32Tajuk 4Kemahiran Mendengar dan Bertutur· Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur· Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti· Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran danPembelajaranSinopsisRancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuanlengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar danbertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikitbanyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasadan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan denganpembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perludipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.Hasil Pembelajaran1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajarankemahiran mendengar dan bertutur; dan

Page 38: BMM3104

2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantumengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiranmendengar dan bertutur;Kerangka KonsepModul untuk membangunkan strategi pengajaran efektifMenetapkanMatlamatMenulisObjektifMembentukujianMembentukaktivitipengajaranMemilih MediaPengajaranMelaksanakan PengajaranMenelitiSemula TeksMenganalisisCiri-CiriPelajarMenyemak Pengajaran33Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:Komponan Persediaan MengajarPersediaan Penyampaian PenutupMaklumat Am Set Induksi KesimpulanPengetahuan Sedia Ada Perkembangan PenilaianObjektif Pengajaran i. Kemahiran Peneguhan TugasanIsi Pelajaran ii. Kemahiranmenerangkan IlustrasiUlasan Kendiriiii. KemahiranMenggunakan PapanTulisiv. Kemahiran VariasiRangsanganv. Kemahiran MenyoalMenulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Page 39: BMM3104

Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting,sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasayang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiranmendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yangberikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajarankemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakanaktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlumenentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan(menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan,menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) danafektif (memilih).Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan BertuturPerancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas,iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yangsesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalamproses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad34kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akandigunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahanyang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan danmurid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakantugasan sebagaimana diarahkan.(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-muridmelaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi

Page 40: BMM3104

bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individusekiranya perlu.(c) Peringkat susulan dan penilaianDalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulandan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru bolehmenentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-muridboleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yangditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam prosespengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yangdiperolehnya dalam perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikanmengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta muridmelaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-muridyang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensicemerlang).Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran(a) Bahan yang sesuaiPrinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar danbertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuaidengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan),pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid,suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:35Kesesuaian dengan perkara PenjelasanObjektif dan matlamatpengajran(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapatmembantunya mencapai objektif dan matlamatpengajaran;(b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian PelajaranMalaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan danKerajaan Malaysia;(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam,

Page 41: BMM3104

kepercayaan dan amalan dalam kalanganmasyarakat tempatan.Pendekatan, kaedah danteknik pengajaran(a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannyaditentu lebih terdahulu.Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaanmurid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, statussosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaranakan meninggalkan kesan yang baik kepada muridmurid;(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialahmurid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasitinggi, mendorong, menggerak, merangsang,mengarah dan menentukan reaksi murid-muridterhadapnyaMinat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selaridan dengan minat dan kecenderungan murid-muridbelajar.Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatiankepada perkara-perkara berikut:(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran,iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspekrangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruhtindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilihdalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda danmendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsipberkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yangkompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang36mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum,(v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akandatang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!

Page 42: BMM3104

(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajaritu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya,bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiranberbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungimaklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i)pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat,latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur –mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungimaklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuaimengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepadakementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlumengandungi soalan latihan dan ulangkaji.(d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz,ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajarberkenaan mengandungi arahan yang jelas;(e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan keranakewajaran kosnya (munasabah);(f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan secara berulangkali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;(g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakaidalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengaradalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiranbertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:Aktiviti latih tubi untuk pertuturanAktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakanalatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar

Page 43: BMM3104

dan bergambar, filem dan slaid.37Aktiviti peniruan dan hafazanBahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dandisesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog,seni kata lagu, dan petikan karangan.Aktiviti kemahiran komunikatifAlat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pitarakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada, intonasi dan gayapengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat carapenggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka danlain-lain yang dapat menyampai kan sesuatu maksud. Misalnya:(a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepadakelas;(b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;(c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, danmenghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama;(d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;(e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid bolehmembandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan(f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan.Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatanboleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara lain,aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasankawasanperindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di sampingitu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklanboleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.38Aktiviti pengumuman lisan

Page 44: BMM3104

Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, distesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiridaripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripadasumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaansajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaanpelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahanbahantersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohioleh murid-murid.Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktivitibertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakanuntuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.Boneka(a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.Perhatian kepada semuapenumpang MalaysianAirlines dari Kuala Lumpur keKota Kinabalu, Sabah.Pesawat akan berlepas padapukul 3.00 petang. Semuapenumpang diminta masukmelalui pintu B3.39(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dansatu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagimemainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.

Page 45: BMM3104

Bahan Kartun(a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.(b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai.(c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam ceritadan dari segi ketepatan maknanya.(d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.Video dan Bahan Sastera(a) Murid menonton rakaman drama.(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atautidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan SultanMelaka dalam cerita Hang Jebat.(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan denganmembuat tindakan sendiri.40Gambar Foto (potret)KesimpulannyaPenggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikutkeadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimanamurid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasadengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatifdan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauhmanakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkanpelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perluuntuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajarkemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harianyang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untukmencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan PelajaranBahasa Melayu.

Page 46: BMM3104

(a) Murid diminta menerangkan keadaanemosi seorang kanak-kanak yang terdapatdalam foto yang diperlihatkan iaitu samaada sedih, gembira, takut, marah dansebagainya.(b) Murid kemudian meramalkan peristiwayang mencetuskan perasaan demikian.(c) Murid diminta menyenaraikan beberapaperkara yang menarik tentang pemuda itu(d) Murid membuat karangan pendek tentangkanak-kanak tersebut.41Tajuk 5Kemahiran Mendengar dan Bertutur· Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian KemahiranMendengar dan Bertutur.SinopsisPenilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalampengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihalmenentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiranmendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru,modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu danmenggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar danbertutur salam kalangan murid.Hasil Pembelajaran1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yangsesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar danbertutur; dan2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.Kerangka KonsepModul untuk membangunkan strategi pengajaran efektifMenetapkanMatlamatMenulisObjektifMembentuk

Page 47: BMM3104

ujianMembentukaktivitipengajaranMemilih MediaPengajaranMelaksanakanPengajaranMenelitiSemula TeksMenganalisisCiri-CiriPelajarMenyemak Pengajaran42PengenalanKemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuattaakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur denganmenggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu,kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasadan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuathentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suaramesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspekkepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dansebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea danpandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasanapertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasaiperbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteksuntuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampu

Page 48: BMM3104

membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Diajuga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yangberbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yangperlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaranujaranhormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan,meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyaisistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawankita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yangkita hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itudengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengankonteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadapkemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasaini.43Bahagian-bahagian Penilaian BertuturPenilaian bertutur terbahagi kepada dua:Pertama: penilaian kemahiran menyebutPenilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid padaperingkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalambahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu,mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkanbahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan.Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah.Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar

Page 49: BMM3104

membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman sepertikh, gh, sy, z, v, s dan f.Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata,frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian danintonasi.Penilaian kemahiran bertuturKemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan denganmenggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dansebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayatsecara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiranbertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan danpertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yangfasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nadadan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciriciriparalinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidakmungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Denganitu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatantatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontandan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.44Teknik menguji kemahiran bertuturBertutur dengan gerak balas terhadBertutur mengikut arahanMengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balassecara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,

Page 50: BMM3104

TEKNIKMENGUJIKEMAHIRANMENYEBUTMengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan.Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yangdiperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakamanatau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betulmengikut konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetikdaripada bahan bercetak seperti cerita.Menyebut perkataanpasangan minimalMurid menyebutpasangan perkataanyang sukar disebut dandideikriminasikanbunyinya. Gurumemaparkan perkataandan menyuruh muridmenyebutnya.Kemudian gurumemaparkan perkataanlain yang hampir samabunyi dan menyuruhmurid menyebut.Kemudian gurumerumuskan perbezaanbunyi kedua perkataantersebut.Membaca kuat.Ujian membaca kuatboleh digunakan untukmurid yang telah tahumembaca. Denganmembaca kuat, muriddinilai dari segikelancarannyamembaca dengannada, intonasi dangaya mengikutwacana dan konteksayat-ayat dalam

Page 51: BMM3104

petikan yang dibacaitu.Pemarkatan.Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahawa hanya satuatau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat danpenyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.45Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya esok.Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yangtidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus memintabantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan katasapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi denganorang tua itu.Bertutur berdasarkan gambarDi sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan danbeberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalansoalanitu.Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas.Misalnya:(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?(b) Apa yang sedang mere ka lakukan?(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu?(soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebihkritis).46Membaca Kuat(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahappenguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membacaialah 2-3 minit.Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap danterkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebutbunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dan

Page 52: BMM3104

kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul.Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks keranamurid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur katahormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.Bertutur Secara BerpanduBertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur denganmenggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikatkepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya merekaberpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walaubagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepadasesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalampenilaian jenis ini ialah:Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;(b) Murid membaca senyap;(c) Guru membaca kuat petikan;(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibacaoleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid).Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul.47Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:Main perananTeknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasitertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Guru perlumenerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yangdikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secaraberpasangan. Misalnya:Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan,murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang

Page 53: BMM3104

hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahajadisaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkanperanan masing-masing secaara spontan.Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengansituasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiranbertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.Temu bual dan Temu dugaTeknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberipeluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapanberbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalamkalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid ataumurid dengan murid. Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-muridmenggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.· Murid diminta mengingat ataumengimaginasikan sesuatu danmenjelaskan sesuatumengenainya. Misalnya: percutiansemasa cuti sekolah.· Teknik ini dapat menilai kecekapanbertutur secara spontan, tanpabimbingan guru48Pemarkatan Ujian BertuturTerdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur,iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.Pemarkatan Secara ObjektifPemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yangbelum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur denganlancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberigerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang

Page 54: BMM3104

pendekberdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebutayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untukmenentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakanpada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang merekaberikan.Bahagian ABaca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betuli. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolahii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.iii. Dengan siapa adik bermain bola tadiiv. Wah, besarnya rumah awak!Bahagian BJawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.i. Apakah cita-cita kamu?ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?Bahagian CTeliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.Soalan:i. Apakah yang dilakukan oleh orang-orangitu?ii. Apakah alat-alat yang digunakan olehmereka?iii. Bagaimanakah cara merekamelakukannya?49Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut:(a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya danmemadankan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yangberlawanan, sama dan sebagainya.(b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempatkediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.(c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur,

Page 55: BMM3104

kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isikarangan dll.(d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentudengan selamat;(e) berinteraksi – melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll(f) simulasi – main peranan dalam lakonan, forum dll(g) projek – perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporandll.Senarai Semak untuk Pemarkatan.Nama Murid: .....................................................................................................MarkatBahagianNo: GambarNomborSoalan2101234A512345J =J =50Nilai Markat (cadangan)2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dantatabahasa.1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atautatabahasa.0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga

Page 56: BMM3104

menunjukkan kesalahan yang ketara.Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2.Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.Pemarkatan Secara HolistikPemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitukebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan,bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaankemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkanbagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yangdikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan.Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikankepada lima komponen yang besar, iaitu:i. sebutanii. kefahamaniii. ketatabahasaniv. keluasan perbendaha raan kata, danv. kelancaran pertuturan.Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perluditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.RumusanTopik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalampengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting, awal51diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka guru mesti memainkan peranan penting untukmemastikan kejayaan murid-muridnya. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan

Page 57: BMM3104

pendekatan, kaedah dan te knik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskanprinsip-prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu, guruharus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan caramemberi markah. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untukmembimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.(a) Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilaidengan menggunakan pemarkatan secara holistik.(b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik.Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebihbersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu?52Tajuk 6Kemahiran Membaca· Matlamat dan Jenis Bacaan· Peringkat Pengajaran Bacaan· Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming danScanningSinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Tajuk ini akanmenjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan teknik bacaan. Empat teknikbacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming danscanning.Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walaubagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supayapenguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harusbermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasaikemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahanbacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan

Page 58: BMM3104

dan teknik yang sesuai dan berkesan.Hasil Pembelajaran1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkatpengajaran bacaan1.2 Menghuraikan teknik bacaan.53Kerangka konsepFikirkan:Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah?Arahan:· Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah.· Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila fahami jenisbacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.· Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teoriini.MatlamatKemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapatbertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripadakemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahanbertulis.Matlamat dan Jenis Bacaan:· Mekanis· Mentalis· Intensif· EkstensifPeringkat Pengajaran Bacaan:· Kesediaan membaca· Prabacaan· Mekanis· Bacaan danKefahamanTeknik bacaan:· Intensif· Ekstensif· Skimming

Page 59: BMM3104

· Scanning Pengajaran Kemahiran MembacaBAHASA MELAYUMemahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkatpengajaran Bacaan danAplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming danScanning54Jenis BacaanBacaan mekanisBacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikutsistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyidengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaanyang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.Bacaan MentalisBacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hatitanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalahuntuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.Bacaan IntensifBacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuanuntuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yangdibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan danpenggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensifadalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentangstruktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciritatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan sertakepentingan gerak laju dan kelainan latihan.Anda perlu tahu matlamat andamengajar kemahiran membacakepada pelajar-pelajar ! Kini,

Page 60: BMM3104

fahami pula jenis-jenis bacaan.55Bacaan EkstensifBacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan inimenitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman danmeningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkanpelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukandi luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan muridmendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan rujukan untukmengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajarandan pembelajaran.PERINGKAT PENGAJARAN BACAANPeringkat Kesediaan MembacaMenurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangansama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorangkanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yangmenyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaanmembaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapijuga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus danberterusan.Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialahkeadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan danperkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudutkeupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaanmatanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari

Page 61: BMM3104

segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahanbacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mentalpula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telahdiberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaanmembaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagaikemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebihmudah.56Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkatkesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.PrabacaanPrabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputikemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktivitikoordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Padatahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong merekamempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan denganmenggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagikemahiran tersebut.Bacaan MekanisPada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayatayatmudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kataterbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang

Page 62: BMM3104

sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata danabjad atau mengeja.Bacaan dan KefahamanKefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadapapa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahamanini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan maknadaripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentangapa yang dibaca.57Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cubalaksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahapkesesuaian pelajar anda.Teknik BacaanBacaan IntensifMembaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secarasaksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan.Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-polakalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benarsesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati denganmengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif iniadalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi,membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangatdititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan denganbahasa, ditegaskan.Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehandalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga

Page 63: BMM3104

memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan danpenggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yangberlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuanpenuh daripada guru-guru.Banyak bahan yangperlu kita baca !Kita bolehgunakan pelbagaiteknik yang telahdiajar oleh gurukita. Teknikbacaan ini akanmeningkatkanpemahaman kita.58Konsep-konsep bacaan intensif(a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembanganpembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru;(b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yangsukar dan memperkembang perbendaharaan kata;(c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayatdan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya;(d) Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dantulisan; dan(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.Tujuan(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan,intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik;(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan denganmengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus;(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;(d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca;

Page 64: BMM3104

(e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa;(f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.Bacaan EkstensifMembaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyakmungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isipenting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membacaekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:(a) membaca tinjauan(b) membaca sekilas(c) membaca dangkal59Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan menelitiapa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar katayang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dansebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya,cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yangcepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkanmaklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. Pertama, untukmemperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat halhaltertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaandaripada perpustakaan.Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaranatau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidakmemerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah.Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti

Page 65: BMM3104

membaca yangdilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan,menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasanmembaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di sampingberpeluang menimba ilmu pengetahuan.KONSEP BACAAN EKSTENSIF(a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;(b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;(c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat,umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan(d) Bahan-bahan yang berbeza.TujuanBacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:(a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada oranglain;(b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;(c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur;60(d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dansebagainya;(e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan danmembina daya kreatif;(f) Menambah minat membaca;(g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik;(h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;(i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa;(j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakanperpustakaan;(k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;SKIMMINGSkimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secarasepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada

Page 66: BMM3104

pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat danhanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintaslalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.Prosedur SkimmingLangkah-langkah skimming:(a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumattentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;(b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisanseperti hujah, teknikal dan sebagainya;(c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadiasas untuk ‘skim’;(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan kontekspetikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latarkepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikappengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuksecara umum dan signifikannya;61(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati ideayang penting dan fakta; dan(f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulandan rumusan.Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepasitu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-bezaantara seorang dengan seorang yang lain.SCANNINGScanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepatdan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuanscanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu

Page 67: BMM3104

maklumattertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantungkepada penumpu an mental.ProsedurLangkah-langkah untuk scanning:(a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.(b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumatyang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.(c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secaracepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.(d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yangdihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.(e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengahtengahkolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalammodul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Silalakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknikbacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkankemahiran membaca anda.62Tajuk 7PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN· Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan PengalamanBahasa· Kaedah Pandang Sebut· Kaedah Abjad· Kaedah FonikSinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaranbacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan, komunikatif danpengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandangsebut, kaedah abjad dan kaedah fonikKemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling

Page 68: BMM3104

melengkapi. Walaubagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajarmenggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalampembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supayapenguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam konteks inibahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah,pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajarankemahiran membacaHasil Pembelajaran1.1 Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajarankemahiran-kemahiran bahasa63Kerangka konsepPENDEKATAN PENGAJARAN BACAANPendekatan BinaanPendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan inipengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebihdahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akanmembentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-muriddiperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi sukukata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentukayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.Pendekatan CerakinanPendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsurunsuryang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecilyang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut

Page 69: BMM3104

Pendekatan PengajaranKemahiran Bahasa :· Binaan· Cerakinan· Komunikatif· PengalamanbahasaKaedah Bacaan· Pandang Sebut· Abjad· FonikPengajaran KemahiranBAHASA MELAYU:Pendekatan dan Kaedah Bacaan AsasAplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan,Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa.Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik64pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepadaperkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepadahuruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak)dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermaknadan menarikPendekatan KomunikatifPendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Yangdipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakandalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiranmembaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di manapelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaanstruktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secaraberpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal

Page 70: BMM3104

yang positif.Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teaterpembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.Prinsip pendekatan komunikatif:(a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;(b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;(c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;(d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman ataupengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahamimesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-muridmempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama sertamereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan.Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral,interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlumempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan merekamenguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid65murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah,tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecamtulisan yang dibacanya.Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayatdan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada peringkatinterpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untukmentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsirmakna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan

Page 71: BMM3104

tentangpelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soalpelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalampembelajaran kemahiran bacaan.Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu merekamemahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalamansendiri atau pengalaman orang lain;(b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuaidengan pengetahuan sedia ada mereka;(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dansebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep;(d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankansebelum aktiviti membaca; dan(e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaranpembelajaran membaca.Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalampengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagaikaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalampengajaran bacaan.66Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiranmembaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedahpengajaran membaca ialah:Kaedah Pandang SebutKaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan denganmemperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan jugakaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut.Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid denganmenggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid

Page 72: BMM3104

menyebutperkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yangterdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yangditunjukkan.Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjadsatu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertaigambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambanglambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatuperkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyaklambang.Menggunakan bahan bantu belajarKAEDAHPANDANG SEBUTMenyebutPerkataanMencerakinkanperkataan dankataMembina danmembaca ayatMembacaayat latihan67Kaedah AbjadKaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku katadan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untukmembolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedahmengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihanmenyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan. Seterusnya diikuti

Page 73: BMM3104

dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku katadan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya,huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurutRaminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan hurufbesar didedahkan serentak.Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama danbunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistemejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelahmurid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaranditeruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itudibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukandengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kataitu.Menggunakan bahan bantu belajarKAEDAHABJADMenyebut namahuruf abjad a –z; huruf besardan kecilMenyebut sukukata V dan KVMengeja sukukata, perkataandan frasaMembacaayat latihan68Kaedah FonikKaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap

Page 74: BMM3104

hubungan antarahuruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk hurufdan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkanhuruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan sukukata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja.Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yangdibaca.Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Andaperlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian muridanda . Selamat mencuba dan berjaya!Menggunakan bahan bantu belajarKAEDAHFONETIKlatihanMembunyikan hurufdanasosiasidenganMembatang sukukata danperkataanMembacafrasa danayat69Tajuk 8TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA(a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read,Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lainlain(b) Teknik Bercerita(c) Teater PembacaSinopsisTajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik yang akan

Page 75: BMM3104

dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca. Teknik yangmantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiranmembaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justerudapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantungkepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksiserta berfikir kritis dan kreatif.Hasil Pembelajaran1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiranbahasa.70Kerangka konsepSurvey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)1. SQ3RSQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaianmaklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tuga san yang perludiselesaikan.SQ3R adalah singkatan bagi;S (survey) - TinjauQ (question) - Soal/tanyaR (read) - BacaR (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisanR (review) - Baca semulaSurvey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentangapa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar,tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perengganpengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini jugapelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.TEKNIK PENGAJARANKEMAHIRAN MEMBACA

Page 76: BMM3104

(a) Survey, Question, Read,Review, Recite(SQ3R);Read, Review,Recite (3R);(b) Know,What,Learn,How,(c) (KWLH); dan lain-lain(a) LingkaranSoalan,(b) Tatacerita(c) BimbinganMenjangka,Teater Pembaca· BimbinganMenjangka,· Teater PembacaTeknikPengajaran Kemahiran MembacaBAHASA MELAYUAplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R,KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan Menjangkadan Teater Pembaca71Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu sirisoalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluantugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumatyang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membacakelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secaraaktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telahdisenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikansoalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannyasepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat ataumaklumat yang terdapat yang ditemuinya.Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba

Page 77: BMM3104

mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh.Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga bolehcuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada notaatau bahan yang telah dibaca.Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagianbuku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yangdibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.Knowledge, What, Learn, How (KWLH)KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan(untuk membaca seterusnya)Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telahdiketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan(bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang barudilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuatpembacaan seterusnya).Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada denganapa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, danmenentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat72tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borangmenggunakan teknik KWLH.Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:R (Read) - MembacaA (Analogize) - Menganalogi

Page 78: BMM3104

D(Discuss) - BerbincangA( Apply) - MengaplikasiR(Review/Research) - Menyemak/ MenyelidikTeknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajarmenghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah RADARialah:R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yangdikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberiserta membandingkan dengan ma klumat lain.A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait danmempunyai persamaan.D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat.Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaanyang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.A – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumussemula apa yang telah dibincangkan.RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya denganpengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untukmembandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sediaada pada diri mereka sendiri.Teater PembacaTeknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita denganmenggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu ceritayang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dannada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau73suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka palingdiutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Page 79: BMM3104

Langkah pelaksanaan(a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;(b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;(c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog;(d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai;(e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan;(f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;(g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan(h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.TEKNIK BERCERIT ATeknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membinakecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat danperhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaankata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar,bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:(a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,kemuncak dan kesudahan cerita;(b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalanmata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya janganmendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid;(b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;(c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;74(d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting;(e) Lakukan latihan;(f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkanpenceritaan; dan(g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan denganbahasa yang henda k disampaikan.