blog_gagasan 1 malaysia

Upload: soffyann-nadzri

Post on 05-Apr-2018

231 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Blog_Gagasan 1 Malaysia

    1/5

    Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AmA STPMEN. SEZALI DINMETAFORA TRAINING AND CONSULTANTTel : 04-7323062 / 012-4425241blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _________________________________________________________________________________________AWAS !!Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.@ Hakcipta Terpelihara

    1

    Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

    Gagasan 1Malaysia

    Asas Utama Menyubur Perpaduan

    Membina Negara Maju

    Teras Perpaduan

    Penerimaan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara Keadilan Sosial

    Nilai-Nilai Menyokong Teras Perpaduan

    Hormat-menghormati

    Rendah Hati

    Kesederhanaan

    Berbudi Bahasa

    Budaya Progresif

    Budaya Berprestasi Tinggi

    Budaya Ketepatan

    Budaya Inovasi Budaya Ilmu

    Nilai-Nilai Aspirasi

    Kebijaksanaan

    Kesetiaan

    Ketabahan

    Integriti

    1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang

    kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia

    Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abd Razak

    (Perdana Menteri Malaysia)

    Dua asas utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk menyuburkan perpaduan dan membina negara maju. 1Malaysia ialah satugagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yangseharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu agenda baru negara yang terpisah daripada agenda kerajaanBarisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan sedia ada untuk mengukuhkanlagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, kearah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih mampan bagi rakyat dan negaraMalaysia.

    Dalam erti kata lain, 1Malaysia merupakan satu formula yang akan mempercepat lagi proses untuk menjadikan Malaysia sebuahnegara maju sepertimana yang dihasratkan melalui Wawasan 2020.

    Pengertian ini berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang disasarkan melalui Wawasan 2020,syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatupadu.

    Perpaduan yang dikehendaki dalam Gagasan 1Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negaralain, iaitu apabila identiti etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional yang sama.

    Sebaliknya Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti etnik setiapkaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

    1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, dengan satu kaum menerima keunikan kaum yanglain seadanya agar semua rakyat dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati dalam sebuah negara.

    Asas perpaduan ialah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud nasib semua kaum akan terbela dan tiadapihak yang akan dipinggirkan. Dalam konteks ini, keadilan mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahapyang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepadagolongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

    Gagasan 1Malaysia ialah penerusan agenda membina negara. Prasyarat untuk membina negara ialah perpaduan. Apabilaperpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Ertinya pendidikan dapat dimajukan,

    ekonomi dapat dipacu, kebajikan rakyat dapat dipenuhi dan hasilnya terciptalah sebuah negara yang kuat dan maju.

    2

    3

    4

    4

    4

  • 7/31/2019 Blog_Gagasan 1 Malaysia

    2/5

    Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AmA STPMEN. SEZALI DINMETAFORA TRAINING AND CONSULTANTTel : 04-7323062 / 012-4425241blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _________________________________________________________________________________________AWAS !!Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.@ Hakcipta Terpelihara

    2

    Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

    TAGLINE1MALAYSIA Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

    Ini ialah komitmen atau janji kerajaan kepada rakyat bahawa dalam pelaksanaan program dan projek-projek di bawah Gagasan1Malaysia, rakyat harus didahulukan. Rakyat didahulukan bermakna suara mereka didengari, kebajikan mereka dititikberatkan,rakyat mendapat khidmat terbaik serta diberi layanan mesra, dan natijahnya ialah rakyat berasa mudah, selesa, dihargai, dihormati,terjamin, selamat, mendapat keadilan dan seterusnya bangga serta bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

    Bagi memastikan kejayaan objektif tersebut, maka semua pihak harus bekerja kuat berasaskan strategi Pencapaian Diutamakan.

    Pencapaian Diutamakan bermaksud perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan dan semua pihak kepada rakyat hendaklah beradapada tahap kualiti yang optimum dan terbaik. Oleh itu, agensi pelaksana hendaklah memastikan hasil kerja memberi manfaat kepadarakyat, mengutamakan outcomeberbanding output, sentiasa berfikir yang terbaik untuk rakyat dan berfikir secara kreatif dan inovatifbagi memastikan rakyat mendapat kepuasan.

    Aspek-Aspek Utama 1MalaysiaDua aspek utama yang akan menjayakan Gagasan 1Malaysia ialah :

    Aspek Pertama Penerapan Teras-Teras Perpaduan

    Menerapkan teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini ialah komponen-komponenasas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didukungi oleh empatnilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

    Aspek Kedua Pengamalan Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi

    Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi yang digagaskan dalam Gagasan 1Malaysia ialah budaya dan nilai yang perlu ada dalammasyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Budaya Progresif dan Nilai-NilaiAspirasi ini akan membantu dalam usaha mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaranglobal, dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

    Budaya Progresif yang dimaksudkan ialah Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Ketepatan, Budaya Inovasi dan Budaya Ilmu.Sementara Nilai-Nilai Aspirasi yang dimaksudkan ialah Kebijaksanaan, Kesetiaan, Ketabahan dan Integriti.

    Teras-Teras Perpaduan

    Teras-Teras Perpaduan

    1. Penerimaan1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, dengan sesuatu kaum menerima keunikan kaumyang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam sebuah negara. Ia ialahpeningkatan ketara daripada sikap tolenrasi semata-mata.

    2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan :a) Perlembagaan Persekutuanb) Rukun Negara

    3. Keadilan SosialSemua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada pihak yang akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuankaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yangmemberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

  • 7/31/2019 Blog_Gagasan 1 Malaysia

    3/5

    Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AmA STPMEN. SEZALI DINMETAFORA TRAINING AND CONSULTANTTel : 04-7323062 / 012-4425241blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _________________________________________________________________________________________AWAS !!Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.@ Hakcipta Terpelihara

    3

    Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

    PENGAMALAN NILAI-NILAI YANG MENYOKONG TERAS PERPADUANKetiga-tiga teras perpaduan ini pula didukungi oleh nilai-nilai berikut :

    Hormat-menghormati : Hormat-menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain.Rasa hormat ini juga menuntut kita agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkanperuntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

    Rendah hati (Tawaduk) : Rasa rendah hati atau Tawaduk ialah perasaan insaf bahawa kita semua ialah rakyat dalam sebuahnegara sama dan kita perlu hidup bersama-sama secara harmoni. Ia juga perangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiapindividu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demimemperkukuhkan masyarakat dan negara.

    Kesederhanaan : Pendekatan sederhana dalam apa-apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk sepertiMalaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh menimbulkan masalahketidakstabilan sosial yang lebih parah.

    Berbudi bahasa : Budi bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksidengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

    PENGAMALAN BUDAYA PROGRESIF DAN NILAI-NILAI ASPIRASI UNTUK MENJADI NEGARA MAJU

    PENGAMALAN BUDAYA PROGRESIF DAN NILAI-NILAI ASPIRASI

    1. Budaya Berprestasi Tinggi :Amalan memastikan setiap perkara dan tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Secaralebih khusus, ia bermaksud setiap produk yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan mestilah bertaraf dunia dan mempunyainilai tambah. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

    2. Budaya Ketepatan : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlumengamalkan budaya ketepatan. Antara aspek ketepatan yang perlu diberi perhatian ialah aspek ukuran, janji, masa dan membuatkeputusan.

    3. Budaya Inovasi : Menjadi amalan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua bidangyang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kitamesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk

    menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

    4. Budaya Ilmu : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yangtinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmusepanjang hayat.

    5. Kebijaksanaan : Cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak.

    6. Kesetiaan : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yangtercinta.

    7. Ketabahan : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidakmudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa-apa juabidang yang diceburi.

    8. Integriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsadan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalammelakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

  • 7/31/2019 Blog_Gagasan 1 Malaysia

    4/5

    Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AmA STPMEN. SEZALI DINMETAFORA TRAINING AND CONSULTANTTel : 04-7323062 / 012-4425241blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    _________________________________________________________________________________________AWAS !!Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.@ Hakcipta Terpelihara

    4

    Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

  • 7/31/2019 Blog_Gagasan 1 Malaysia

    5/5

    5

    Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang